Wednesday, June 13, 2012

Neo-Con: ancaman baru dari Indonesia


Selamatkah Malaysia dari hentaman wabak Liberalisma yang bakal mengheret seluruh kaum muslimin menuju Pluralisma? Pluralisma ini adalah agama yang ditaja oleh Yahudi Zionis sebagai laluan memaksa semua manusia mematuhi apa sahaja yang mereka ketengahkan termasuklah Order Dunia Baru (New World Order) di bawah pemerintahan satu kuasa mutlak, kaum Yahudi. 

Sejauh mana umat Islam Malaysia sensitif dengan gerakan ini bergantung kepada tahap kefahaman umat Islam terhadap bahaya yang bakal terhasil dari serangan penganut Islam Liberal. Gerakan Islam Liberal telah berpusat di Indonesia dan Turki ketika ini. Mereka menyusup ke setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan muda yang mentah agama. Liberalisma adalah ancaman bentuk baru kepada sekelian orang beriman.

Manusia penganut fahaman Islam Liberal ini sering mengaku sebagai golongan beriman, tetapi sebenarnya mereka hanya berimankan hawa nafsu mereka semata-mata. Mereka bijak berbicara dan berhujah, tetapi semuanya dipandu oleh kehendak nafsu serakah dan kenginan dunia termasuk pangkat, harta dan seks. Oleh itu, kekangan terhadap pergerakan ini wajar dilakukan tanpa sebarang tolak ansur. Mereka akan melakukan kerosakan besar termasuk menyesatkan akidah kaum muslimin. Ajaran sesat jenis baru ini didokong sepenuhnya oleh talibarut Yahudi dan mendapat bantuan dana besar dari pertubuhan-pertubuhan Yahudi Antarabangsa.

Demi politik, pastinya akan ada yang menentang amaran ini. Namun seperti biasa, politik kepartian sangatlah bejat dan ia hanya akan mendungukan akal dan membataskan tahap kematangan sesaorang. Hanya kematangan yang sempurna akan dapat memisahkan antara kepentingan agama dengan kepentingan politik. Mana patut didahulukan. Mungkinkah ada yang rela ke neraka semata-mata atas kehendak politik? Terserahlah kepada kebijaksanaan masing-masing.


Gerila Pluralisme

Satu kejutan baru, gerakan Liberalisma dan Pluralisma yang sedang giat di Indonesia bakal melanda negara ini secara terang-terangan sedikit waktu lagi. Sebuah kem khas telah diwujudkan di sebuah tempat bernama Utan Kayu, Jakarta, Indonesia. Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL) sebuah pertubuhan yang mendapat dana khas dari beberapa pertubuhan di USA menjadi tenaga pengajar dan juga pentadbir kepada gerakan ini. Ia juga bakal menjadi senjata baru bagi seorang pemimpin yang sedang bersiap sedia mengambil alih pentadbiran negara ini.

Markas ini dibiayai oleh agen luar negara yang juga bertanggung jawab membangkitkan gerakan penentangan dan pemberontakan di Timur Tengah. Markas ini dibina bagi melatih anggota gerila khusus dalam penerapan halacara (pelbagai kaedah) dalam bentuk gerak saraf. Selanjutnya anggota terlatih ini akan menyerap masuk ke seluruh lapisan masyarakat negara ini dalam masa terdekat dengan beberapa pendekatan baru. Membawa agenda Islam Liberal adalah matlamat utama kumpulan ini. Berperanan menyesatkan sebahagian besar anak-anak muda Malaysia sebagaimana yang telah mereka lakukan di Indonesia. 

 

Terbuktilah sekarang kenapa pemimpin tersebut sering berulang alik ke Indonesia sedikit masa dahulu. Pernah menjadi rakan kepada bekas Presiden Indonesia yang menyanjung Israel. Bersahabat baik dengan peneraju JIL sehingga menimbulkan rasa kurang senang sebahagian rakyat negara berkenaan.

Terserahlah kepada rakyat negara ini sama ada untuk terus memberi sokongan kepada pemimpin ini setelah pendedahan tersebut. Islam Liberal akan merosakkan pegangan akidah umat dan bakal mencetuskan pertelingkahan dahsyat jika ia berjaya disebarkan dalam negara ini.

Kebijakannya menyembunyikan rahsia ini amat membimbangkan terutamanya kepada para pengikut parti Islam negara yang sudah tentu tidak akan menyenanginya. Selagi pemimpin parti tersebut tidak mengiakan, selagi itulah rahsia ini selamat bagi pemimpin ini. Adakah ia dapat diklasifikasikan sebagai pengkhianatan? Terserahlah kepada pembaca untuk menilainya.



Mungkin ramai yang tidak sedar akan kewujudan akhbar kecil ‘Malaysia Harini’, namun muka depan akhbar ini bagi tarikh 11 – 25 Jun 2012 menunjukkan yang akhbar ini perlu diberi perhatian.

Pendedahan di muka depannya yang bertajuk ‘Utan Kayu markas lahir gerila anwar?’ mendedahkan bagaimana mahasiswa dilatih untuk menyerap masuk ke dalam sektor-sektor awam sebagai perisik untuk memperoleh maklumat. Dalam pada itu, mereka juga bertanggungjawab untuk menerapkan pemikiran dan fahaman liberal dan plural di kalangan masyarakat. Matlamat utama latihan mereka di markas tersebut adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang menolak pemikiran dan fahaman mereka. 


Malaysia Hari Ini


Menurut akhbar tersebut, Anwar telah merekrut ramai anak muda kita, terutama mahasiswa untuk dihantar ke Utan Kayu bagi menjalani latihan.

Secara ringkasnya, pemikiran liberal dirujuk sebagai pemikiran terbuka yang meletakkan hak asasi, iaitu kemahuan, kehendak dan nafsu manusia mengatasi tuntutan budaya, agama mahupun hukum alam, contohnya perlakuan seks songsang. Dalam hal-hal tertentu, golongan ini juga meletakkan hak segelintir mereka sebagai mengatasi hak majoriti contohnya dalam menganjurkan demonstrasi dan rusuhan.

Fahaman pluralisme pula merujuk kepada kepercayaan bahawa semua agama adalah sama kedudukannya. Maka, ibadah dalam Islam seperti solat boleh dilakukan di mana-mana saja tempat ibadat tanpa mengira sama ada ia adalah kuil hindu atau gereja. Selain itu, semua orang boleh mengaminkan doa yang ditujukan kepada Allah S.W.T. atau Dewa berkepala gajah, atau Jesus Christ kerana ia tiada bezanya.

Komunitas Utan Kayu dipelopori oleh Pengarang akhbar Tempo iaitu Goenawan Mohamad, Pengarang akhbar Suara Pembaruan, Aristides Katoppo, Peneliti LIPI, Moehtar Pabottinggi, Wartawan Kanan Radio Mara, Mohamad Sunjaya, Pegawai Komunikasi UGM, Ashadi Siregar serta beberapa tokoh wartawan lain di Indonesia. 

Kebebasan akhbar yang wujud selepas tumbangnya Presiden Seoharto telah membuka jalan yang luas kepada golongan ini untuk bergerak cergas. Bagi memudahkan pergerakan mereka dalam politik, pemimpin Komunitas Utan Kayu menubuhkan Institut Studi Arus Informasi (ISAI) yang bertanggungjawab menerbitkan buku politik dan membangunkan jaringan wartawan alternatif.

Sepertimana agen-agen penyebar fahaman liberal di Malaysia seperti Malaysiakini, SUARAM dan berbagai-bagai lagi yang ditaja oleh NED dan NDI iaitu antara jaringan kompleks di bawah CIA, Majalah Tempo juga ada menerima bantuan khusus daripada The Asia Foundation dari jaringan yang sama. Melalui dana yang diterima dari pihak inilah maka Goenawan berjaya menubuhkan Komunitas Utan Kayu dan juga Komunitas Salihara iaitu Pusat Islam Liberal dan LGBT, yang mana Anwar pernah dijemput untuk memberi ucapan khas.

Peneraju The Asia Foundation di rantau Asia Tenggara ialah Dr. Surin Pitsuwan, Bekas Menteri Luar Thailand dan sahabat Anwar.

Surin mendapat pendidikan dari Harvard, merupakan Muslim Thailand pertama yang pro neo-con sehingga diterima sebagai fellow di The Rockeffeler Fellowship Program, The Rockefeller Foundation, Harvard University dan American University, Cairo. Peranan The Asia Foundation ialah menaja fahaman Islam pro-barat atau liberal tadi. 

 
Goenawan

Goenawan, Anwar dan Ulil Abshar Abdalla

Selain Anwar yang pernah berucap di Komunitas Salihara, Goenawan juga pernah menjemput Aminah Wadud, iaitu tokoh Islam liberal yang mengimamkan solat Jumaat di Amerika untuk berucap di sana. Mungkin ramai yang lupa bahawa ketika Anwar menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau pernah melantik Aminah Wadud ini sebagai tenaga pensyarah Universiti dari 1989 – 1993.

Antara tokoh lain yang pernah menjadi tetamu kehormat Komunitas Salihara ialah Musdah Mulia iaitu tokoh Islam liberal yang giat membela LGBT.

Selain Komunitas Salihara, Goenawan juga memperjuangkan LGBT melalui Lontar Foundation dan Tifa Foundation.

Persamaan antara Aminah Wadud, Musdah Mulia, Goenawan dan Anwar Ibrahim adalah mereka merupakan antara personaliti Islam yang menerima sanjungan serta anugerah khas dari Barat atas nama pejuang kebebasan, pejuang hak asasi, kemanusiaan dan berbagai-bagai lagi.

Kerana berjaya menimbulkan kontroversi di kalangan umat islam, Aminah Wadud menerima Danish Democracy Prize. Musdah Mulia menerima anugerah US State Department’s International Women of Courage kerana membela LGBT. Anwar diberi jawatan tinggi dalam beberapa organisasi dalam rangkaian jaringan Neo-con manakala Goenawan pula menerima penghargaan ‘Dan David Prize’ dari Tel Aviv University, Israel malah akhbar Israel, haaretsz juga melaporkan bahawa goenawan turut diberi hadiah wang USD250 ribu atas penghargaan itu.

Hakikatnya, pengiktirafan, anugerah dan sanjungan yang diberikan oleh barat kepada semua mereka ini, walaupun dirujuk atas nama hak asasi, kemanusiaan, kebebasan dan sebagainya adalah sebenarnya pengiktirafan terhadap kerja kuat mereka untuk memecahbelahkan umat Islam serta melemahkan pegangan agama Islam.

Di Malaysia, antara tokoh yang turut menerima sanjungan dan beberapa anugerah dari Barat atas nama hak, kebebasan dan kemanusiaan adalah Ambiga Sreevanesan, yang juga merupakan pejuang LGBT.

Justeru, jika ada yang masih sangsi dengan kewujudan gerakan khas untuk melemahkan Islam, sewajarnyalah mereka kembali merujuk kepada Al-Quran yang menyatakan bahawa “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sampai kamu mengikuti agama mereka” (al baqarah ayat 120).

Allah tidak berbohong kepada hambanya. Bukti kebenaran ayat-ayat Al-Quran kini berada di depan mata. Semoga mahasiswa dan golongan-golongan muda di Malaysia tidak terlalu mudah terhasut untuk membenci dan memberontak tanpa asas. Dan gunakanlah akal dengan sebaiknya agar tidak terpedaya dengan ide-ide baru yang kelihatan menarik tetapi sebenarnya sesat dan merosakkan diri serta masyarakat.

Kerajaan juga digesa agar tidak memandang ringan akan pendedahan ini. Adalah diharapkan agar tindakan tegas diambil untuk mengekang pergerakan agen-agen neo-con di negara kita.

sumber: brojinggo.blogspot.com



 
Ulil Abshar peneraju Islam Liberal
diancam bunuh (Bom Buku)


parcel buku yang mengandungi bom

TRIBUNNEWS.COM, JAKARTA - Sebuah paket bom berisi buku meledak di kantor Sekretariat Utan Kayu yang juga Kantor Berita Radio (KBR) 68H. Paket tersebut ditujukan untuk pendiri Jaringan Islam Liberal (JIL) Ulil Abshar Abdalla.
Saat dibuka, buku tersebut meledak. Tiga orang polisi terluka. Korban paling parah yakni Kasat Reskrim Polres Jakarta Timur Kompol Dodi Rahmawan.
Berikut kronologi meledaknya bom tersebut.
*Paket dikirim ke Sekretariat Utan Kayu oleh seorang kurir laki-laki pukul 10.00 WIB. Paket ditujukan untuk Ulil Abshar Abdalla.....
baca selanjutnya .... di sini

Ulil Abshar Abdalla 
Peneraju JIL

Seorang lagi rakan Anwar di Komunitas Utan Kayu ialah Ulil Abshar Abdalla yang diberi tanggungjawab sebagai Koordinator JIL (Jaringan Islam Liberal Indonesia).

Di kalangan golongan intelektual Muslim Liberal Jakarta yang dikenali sebagai ISAI (Institut Studi Arus Informasi), satu NGO yang diasaskan oleh Goenawan. Ulil Abshar adalah salah seorang staf ISAI.

Kini Ulil Abshar mahu mengembangkan racun Islam Liberal di Indonesia pada 2001, dia mendapat sokonmgan penuh daripada Goenawan. Teater Utan Kayu, Jakarta, milik Goenawan menjadi markaz Ulil dan kumpulan Islam Liberalnya berdiskusi.

Pendek kata, kejayaan Ulil bergantung 100 peratus kepada sokongan padu Goenawan, tanpa Goenawan, Ulil Abshar dan JIL tidak berjaya mengembangkan racun Islam Liberal seperti hari ini.

Buat masa ini, Ulil Abshar adalah Pengararh ICRP (Indonesian Conference on Religion and Peace) sebuah yayasan pluralisme Indonesia ynag ditaja oleh The Asia Foundation. Dia juga menjadi Pengarah Freedom Institute, Jakarta, satu daripada cabang organisasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat untuk memperjuangkan kebebasan dalam Islam.

Oleh itu, menurut sumber, apa yang dipraktikkan Anwar bersama rakan-rakannya di Indonesia adalah satu perkara yang perlu ditangani segera kerana sudah ramai mahasiswa dan barisan muda negara diberi pendedahan yang amat buruk untuk kerajaan pimpinan Najib.

Justeru, Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memantau perjalanan keluar masuk mahasiswa ke Indonesia terutamanya mereka yang ingin melawat Utan kayu kerana bimbang itulah agenda yang dibawa Anwar untuk menanamkan sikap benci mereka kepada kerajaan.

“Islam Liberal tidak sesuai di Malaysia apatah lagi perkara yang menjadi intipati Anwar menghalalkan apa yang diharamkan agama Islam yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah perlu disekat".

“Saya memohon KDN pantau pergerakan mereka yang mahu ke Utan Kayu demi memastikan mahasiswa kita tidak terjerat dengan nafsu serakah Anwar” kata sumber tersebut.

Lagi pendedahan mengenai Utan Kayu, sila baca di sini

punca kehancuran dunia
Liberalisma dan Pluralisma

15 comments:

  1. Anuar lagi yang jahat.. sudahlah.. tolong tegur pemimpin sekarang.. dia lah khalifah yang di lantik.. tolong daulah kan negara Islam... aduhhhh

    ReplyDelete
  2. apsal? tak betul? buktikanlah anwar tak jahat.

    ReplyDelete
  3. Kita kena berlaku adil sebagai seorang Islam, itu lebih hampir kepada taqwa, adekah patut menghukum org lain jahat tanpa menimbang kebaikan yg ade pada dirinya? lagipun penulis hanya menganalisis seorng ahli politik pembangkang tanpa uji balas kepada ahli politik kerajaan. patut bagi penulis menghighlight juga kejahatan yg ade pada pihak poitik kerajaan, barulah kami rakyat marhaen ni rasa keadilan dan kesaksamaan, tuan jua akan disanjung. tapi jika tidak adil boeh dihidu jua, namun selagi kita bernyawa ade sahaja peuang untuk berlaku adil.

    Belaku adil adalah hampir kepada taqwa walau kepada org yg kita tidak suka, kerana apa yg kita taip dan sebar di internet ni disaksikan malaikat pencatit tu x tamabah lagi kesannye kepada pembaca. kesan baik dapat pahala, kesan buruk bawa fitnah dan dosa selama mana ia dujud dan dibaca.

    beraku adilah...

    ReplyDelete
  4. Astaga..AnonymousJune 15, 2012 9:43 AM Buka la mata sikit..
    dok taksub dengan anwar tu kenapa..x nampak ka apa yg dah dia buat kat negara kita.
    kalau anda seorang yg besederhana jgn la membuta nak taksub. anwar jadi pm huru hara dunia melayu ni nanti.
    anwar bukan calon pemimpin yg boleh diharap. sokong keamanan israel, apa benda ni!! tu pon x nampak lagi ker... ALLAHumahdinosiratholmustaqim.. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang jahat adalah penulis atikel di atas , yang menuduh Anwar tanpa bukti kukuh. Atikel di atas hanyalah rekaan penulis yang mendapat berita daripada penentang Anwar tanpa usul periksa.Sepatutnya jika penulis mempunyai mata telinga dan akal yang sihat Anwar ialah pemimpin yang di sanjung kerana satu-satunya pemimpin yang dapat menggugat pemimpin UMNO yang korup dan rasuah sekarang.

      Delete
  5. nak buat cammana dia tak nampak. kalau dia tahu apa yang sedang dan telah berlaku secara adil dia takkan cakap begitu. kita faham kerajaan juga banyak musibah tetapi terpaksa kita pilih yang buruk dari yang lebih buruk. maafkanlah dia, nampak macam ikhlas tu tapi terlekat kat pukat jaring apa boleh buat

    ReplyDelete
  6. Salam pembaca tetap, terima kasih atas teguran anda. cuba bayangkan begini, jika kita tahu anak kita nakal dan cuba rosakkan keluarga. Kita ada dua pilihan nak marah atau biarkan. mana lebih adil?

    Ini soal Islam akan terpinggir bila Islam Liberal merebak nanti. Bukankah itu tanggung jawab kita memelihara setakat terdaya? Malaikat juga tahu apa yang ada dalam dirikita bukan sahaja yang kita tulis.

    Kalau Islam Liberal dibiarkan, samalah dengan kita mengiayakan kemungkaran yang dahsyat. Kita tahu Islam Liberal membawa agenda LGBT, adakah kita dibenarkan menyokongnya? Inilah kemelut yang sukar dibaca oleh mereka yang anti kerajaan.

    Jika ancaman ini lenyap, kita sama2 pula tegur kesalahan pihak sebelah sana. Insyaallah.

    ReplyDelete
  7. Anwar adalah produk umno. Semasa di dalam dialah wira.. bila dah keluar dan menentang umno dialah haprak! Khairy jamakudin pun sama specier dgn anwar... cuma dia masih dlm umno. Kesimpulannya, umno adalah kilang yg mengeluarkan product laknattullah spt mereka brdua ni.

    ReplyDelete
  8. Saya amat seuju dengan anda "anon 828". Khairy juga bakal menjadi masalah kepada negara satu hari kelak selepas era Anwar. Bukti semakin hampiri kita. Mereka membawa halacara diluar tamadun Islam. UMNO menjadi kilang? Tak dapat dinafikan, semua semut suka kepada gula, akhirnya merosakkan gula. UMNO telah dicemari, kini giliran PAS pula. Melayu tetap jadi mangsa.

    ReplyDelete
  9. Waalaikumsalam kepada Tuan Admin,

    memang bernas dan saya hormati tuan admin dan juga penulis, jikalau tersinggung saya mohon kemaafan. cumanya saya khuatir ketidaksamaan dalam penulisan tuan, kita semua memang dalam alam fitnah, jikalau benar anwar itu seperti yg kata, Allah jualah yg menghukum. namun yg saya kesalkan adalah pemimpin kita yg dah hampir 50 tahun ini sudah semakin bobrok.

    contoh yg tuan admin bagi saya padankan dalam contoh yg nyata dalam seharian di tanah melayu ketika ini...

    Tanah Melayu semakin maju, parti yg kononnya "membuka kemerdekaan" telah membawa kita kearah yg membanggakan dari segi zahir, namun dari segi batinnya...rohani anak muda semakin rosak jahanam, rasuah yg berleluasa memang sukar ditutup, pemimpin yg lemah, melebihkan kroni dari agama, lebihkan orang luar dari orang sendiri. bahkan agama itu terlalu jauh dari jiwa sehingga murtad itu disenyapkan media, kerna nanti itu petunjuk yg pemimpin sekarang lemah. pemimpin bagaikan ayah, tapi kalau ayah sendiri tidak baik bagaimana mahu menundukkan isteri sendiri, dan mengawal anak2 yg nakal?

    Lihatlah muka2 kami rakyat marhaen yg kerja pagi balik malam ni, seperti manusia yg tidak berjiwa, hidup habis dekat kerja... masakan tidak, rohani lemah dihambat meterialistik dan tuntutan hidup, adekah mereka yg dikerusi empuk itu tidak mejiwai kami ini? mereka rasa tak kesusahan mencari sesuap nasi? sudah tentu anak muda sekarang rosak... masa tiada untuk anak2 dan keluarga, jadilah anak2 yg kurang kasih sayang. undang2 ade tapi lebihkan majikan, masa kami abis di kerja shj. dimana pemimpin ketika itu? berkokok di parlimen?

    Pemimpin berjiwa rakyat bukan letaknya pada lidah, tetapi pada peluh keringat, air mata dan darah rakyat... jika tidak pernah rasa susah dari lahir, atau sampai sekarang, jangan digelar pemimpin rakyat. tiada layak langsung. terkenang masa silam islam, but saya suka baca berulang kali artikel ni...
    http://drmaza.com/home/?p=808

    nasehat ini bukan sahaja pada pembaca lain, tapi pada diri saya sendiri jua, takut jadi ayah yg jahat dan dayus kerana tidak mampu mendidik anak2 yg nakal dan mahu menghancurkan keluarga atau isteri yg suka pijak kepala suami,

    YA besar beban jadi abah, yg pasti abah yg lemah adelah lebih besar bala dan fitnahnya dari musuh keluarga( kaum pendatang).kalau abah berwaspada, berwibawa dan kuat, tiada orang luar berani kacau keluarga kita. anak yg nak murtad, jadi bengkok atau pengkid dah lama abah hambat keluar rumah biar insaf. BENAR kata pepatah orang kita, AYAH KENCING BERDIRI, ANAK KENCING BERLARI.

    mudahan jadi peringtan buat diri saya supya menjadi adil dan abah yg baik, salam beramal pada semua.

    wasalam.

    ReplyDelete
  10. Penyokong Tegar PAS jangan gundah gulana. Masa masih ada untuk berubah dan baiki maruah dan kedudukan. Bangunkan jatidiri sendiri dan jangan berharap kepada agen Yahudi ini, ia amat merbahaya dan bakal akan pupuskan PAS satu hari nanti. Dia tidak pernah ikhlas membantu PAS sebab itu ramai orangnya menyusup masuk dalam PAS. Tujuannya memaksa PAS mengikut caranya. Ingat siapakah dia setiausaha PAS sebelum ini? Berapakah bilangan ulama yang berada atas pentas sekarang? Cuma satu iaitu Hj Hadi. Selainnya siapa mereka?

    Manusia Anwar tidak akan pernah redha untuk mengangkat PAS menjadi orang kanannya malah dia lebih dekat dengan DAP. Harap ada yang faham situasi ini.

    PAS boleh hidup sendiri dan tak perlukan Anwar atau PKR malah lebih bermaruah jika dapat jauhi DAP. Jaka PR menang sekali pun PAS tidak akan diberi jawatan PM atau TPM. Percayalah.

    - Pedang Melayu-

    ReplyDelete
  11. melayu yg gaduh2 tuduh menuduh sesama sendiri semuanya tak betul. yg betul org yg berkecuali & lebih mementingkan Islam dari politik. sebab dunia ni Allah yg punya, hebat mana pun bercakap putar belit, solat, zakat pun tak..ingat Allah nak tolong kat dunia ni? kalau Allah dah murka, masuk mana2 parti pun org benci. lagi tu rezeki Allah yg bg, ada org tak pernah mengundi pun tp amalan hidup dia baik, hidup dia senang je aku tengok? so, fikirla sendiri. byk bekad pejuang2 politik cakap dorang menyesal buang masa utj kepentingan parti, bkn kepentingan Allah, last2 rasa sia2 je apa yg dorang buat. mmg betul pn, apa2 perjuangan yg tidak berlandaskan Islam mmg sia2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..org mgkin kata aku lalang, atas pagar atau rakyat yg tak bertanggungjawab sbb tak pernah mengundi.bkn.aku xnak undi tp aku kompius dgn political climate d msia skrg ini.makin aku mencari kebenaran d satu pihak semakin byk kekrliruan yg aku temui.falsafah,polisi,prinsip,pegangan dan amalan mereka, buat aku yg jahil ni jd makin kusut.kalau nk dpt pandangan org ramai plak..caci maki kafir mengkafir semua keluar, gerun aku mendengarnye.kalau nk refer kat imam dan org alim ulamak , dorsng punya ststements favor ke team msg2 pulok..his dgn dunia kacau bilau perang sana perang sini .semuanya jadikan aku takut utk buat pilihan..yang pasti aku tau dunia skarang dah akhir zaman..aku tau fitnah berada dmana mana.aku takut dan keliru..takut2 tersalah membrri panduan kpd keturunan aku yg rata2 masih tak kenal tpudaya duniawi.aku berdoa semoga Allah beri aku petunjuk dan jd kan aku peminpin Islam sejati utk keluarga dan keturunanku dan semoga mereka sentiasa mengundi aku sbgai peminpin mrk selagi nyawa di kandung badan..Amin Ya Rabbul 'alamin.

      Delete
  12. saya suka smua status atas pagar dan berkecuali.namun bgitu bukan beerti sy atas pagar...sy suka ambil pengajaran dr perperangan jamal.saidina ali berperang dgn mertuanya aisyah.itulah provokasi dan fitnah munafikun yg paling berjaya stelah wafat rasulullah..t.melayu mungkin akan terjadi sperti ini jika blum ambil iktibar.provokasi fitnah api2 makin sampai kpd sasaran..ulama wal alimum wal umarak semakin banyak.namun tiada penyelesaian..masing1 punya ijtihad..kecian abu turab...jadual Allah...aper nak buat...smentara ada akal ikuttlah..smua dah pandai.

    ReplyDelete
  13. Aku tau Anwar ni mmg agent Yahudi... Tapi Umno, PAS, dan parti2 lain pun sama jugak...Freemason dah pegang kepala semua parti dah...

    ReplyDelete

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews