Friday, February 15, 2013

MURSYID dan LADUNI

kasyaf dalam redha Allah
Ilmu ladunî diperoleh manusia melalui penyampaian langsung (mukâsyafah). Untuk memperoleh mukâsyafah, ia memerlukan proses yang panjang yang harus dijalani oleh manusia. 
Hal ini, kerana Tuhan (sebagai pemberi ilmu) adalah Dzat Yang Maha Suci, yang akan memberikan ilmu ladunî itu hanya kepada jiwa tertentu yang telah suci.

Manusia yang ingin memperoleh ilmu ladunnî, maka harus memiliki cara-cara atau prasyarat-prasyarat tertentu. Salah satunya adalah dengan proses “penyucian jiwa” (al-Ghazâlî membahasakanmya dengan istilah “Tazkiyah al-Nafs”).


Dalam proses pensucian jiwa itu memerlukan langkah-langkah antara lain:
Pertama, dengan melakukan takhallî, yakni upaya pengosongan jiwa dari sifat-sifat tercela;

Kedua, dengan
tahallî, yakni mengisi jiwa yang telah terkosongkan itu dengan ahklak-akhlak terpuji; dan

Ketiga adalah 
tajallî, yakni ketersingkapan dan atau hasil yang nampak berupa kurnia keistimewaan atau karâmah yang dimiliki manusia setelah melalui dua proses takhallî dan tahallî.
Pada tahap tajallî inilah ilmu ladunî singgah. -  al-Ghazâlî


Cahaya

Harus diketahui bahawa "ILMU LADUNI" adalah penyerapan Nur Ilham yang terjadi selepas penyempurnaan (JIWA) sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Demi satu jiwa serta Yang Menyempurnakannya" (Surah Al-Syams:7). Jiwa yang bersih dan suci bakal menerima pancaran NUR (cahaya) rohani yang benar lagi membenarkan.

Bukan semua jiwa layak menerima pancaran LADUNI ini.

Perjalanan atau Perkembalian (kepada asal - fitrah) adalah dengan tiga cara: 

1. Mempelajari semua ilmu dan mengambil sebahagian yang lebih besar dari kebanyakannya. (Penjelasannya: ialah dengan mempelajari dasar-dasar semua ilmu, kemudian kebanyakan dari ilmu-ilmu ini hendaklah diketahui pula sebahagian yang lebih besar dari kandungan. Katakanlah lebih daripada 50%). 

2. Latihan yang benar dan Murraqabah yang betul, kerana Nabi SAW. pernah menunjukkan kepada hakikat ini dengan sabdanya yang bermaksud: "Siapa yang beramal dengan apa yang telah diketahuinya, Allah akan mempusakakan Ilmu mengenai apa yang belum diketahuinya". Bersabda lagi Nabi SAW. yang bermaksud: "Siapa yang menyerahkan dirinya untuk Allah (beramal) selama 40 pagi, Allah Taala melahirkan mutiara-mutiara hikmah dari Qalbu ke atas lidahnya". 

3. Berfikir; bahawa jiwa itu bila beramal (menerusi ilmu-ilmu yang dipelajari) dan berlatih (beramal) dengan (keadah) ilmu kemudian berfikir mengenai maklumat menurut syarat-syarat berfikir, akan dibuka kepadanya pintu ghaib seperti seorang ahli perniagaan yang menyelenggarakan hartanya dengan syarat-syarat (yang ditentukan untuk) penyelenggaraan, akan dibuka kepadanya pintu-pintu keuntungan. 

Bila ia melalui jalan yang salah ia akan jatuh di dalam kerugian. Sekali melakukan kesalahan, sesaorang itu bakal melakukan kesalahan berikutnya. Begitulah seterusnya. Jiwa yang tercemar akan hilang cahaya dan pastinya akan menyerah diri kepada alam kegelapan. Alam kegelapan adalah alam syaitan yang dilaknat. Contoh sesaorang yang berdusta untuk menyelamat maruahnya terpaksa melakukan dusta kedua dan seterusnya demi menutupi dusta sebelumnya. 

Begitu juga sebaliknya seperti contoh: seorang pemikir itu, bila ia menempuh jalan yang betul ia akan menjadi seorang yang bijaksana dan terbuka saluran dari Alam Ghaib dalam Qalbunya; lalu ia menjadi seorang Alim yang sempurna, beraqal, berilham lagi mendapat pertolongan (dari Allah) sebagaimana sabda Nabi SAW. yang bermaksud: "Berfikir sesaat itu lebih baik daripada beribadat selama 60 tahun".

Syarat-syarat berfikir juga ada kaedahnya. Tetapi  cara dan hakikatnya adalah suatu yang samar, memerlukan penerangan yang agak lanjut dan penjelasan dengan pertolongan Allah Taala. Cukuplah dengan mengambil pendekatan mudah iaitu cuba ikhlaskan diri dan berfikirlah dengan hati bersih meninggalkan syak wasangka. 

Firman Allah yang bermaksud: "Dan sesiapa yang Allah tidak kurniakan kepadanya Nur, nescaya tidak ada baginya sebarang Nur". (Surah An-Nur:40) 

Dan Allah yang menjadi Wali orang-orang Mukmin, 



Cara Mencapai Makrifat

Masalah Syariat, Tariqat, Haqiqat dan Makrifat adalah bidang-bidang atau cabang ilmu yang sangat khusus dan amat berbeza disegi pendekatan dan sumber perantara lmu itu.

Pertelingkahan antara Ulama Haqiqat dan Ulama Syariat telah berlaku sejak dulu lagi. Mereka sebenarnya "betul" dalam bidang masing-masing. 

Sebagaimana berlaku antara Nabi Musa dan Nabi Khaidir. Nabi Musa, walaupun seorang Nabi, beliau tidak mempunyai Makrifat. Jadi beliau menghukum sesuatu kejadian berdasarkan ilmu Syariat yang beliau tahu. Nabi Khaidir pula dikurniakan Allah ilmu Makrifat, jadi beliau menghukum sesuatu mengikut ilmunya. Jadi dalam perjalanan bersama-sama Nabi Musa, Nabi Khaidir telah membunuh seorang budak, membangun semula rumah yang telah hampir musnah dan mengapak kapal yang beliau tumpangi. 

Perbuatan ini amat bersalahan dengan Syariat Nabi Musa. Kerana tidak sabar, Nabi Musa menegur perbuatan Nabi Khidir. Dengan itu mereka terpaksa berpisah sebagaimana perjanjian yang telah dibuat sebelum perjalanan. Nabi Khaidir berbuat demikian kerana pada pandangan Makrifatnya, budak itu mesti dibunuh kerana ia bakal menjadi anak yang nakal, sedangkan ibu/bapanya orang yang solleh. 

Dibawah bangunan lama terdapat harta anak yatim yang belum dewasa. Dalam perjalanan dengan kapal, Nabi Khaidir merosakkan sedikit (melubangi) kapal yang ditumpanginya supaya tidak dirampas oleh Raja yang zalim di pelabuhan yang mereka akan singgah. Raja ini akan merampas kapal-kapal yang baik. Dalam hal ini Nabi Musa betul dengan ilmunya dan Nabi Khaidir betul dengan ilmunya. 

Seperti juga yang berlaku pada Halaj (Abu Mansur), seorang wali Allah. Ia dihukum bunuh oleh gurunya sendiri kerana dikatakan mengaku dirinya Allah dengan berkata `Anal Haq'. Pada pandangan Feqah (ilmu syariat) beliau telah bersalah dan perlu dihukum bunuh. Setelah kepalanya dipancung, darah tersembur dan membentuk perkataan "La ila ha illa llah" dipermukaan tanah. 

Dalam hal ini, ahli Syariat yang menjatuhkan hukum tidak bersalah begitu juga Halaj juga tidak bersalah. Halaj berkata demikian kerana terlalu 'Zuk" atau telah fana di dalam kewujudan Allah SWT. Sumber hukum untuk masyarakat umum dalam Islam mestilah berlandaskan Syariat. Syariah adalah hukum untuk masyarakat umum dan bersifat duniawi. Ini adalah untuk menjadikan hukum Islam kukuh bersistematik sebagaimana diamalkan oleh Rasulullah SAW. 



Laduni dan Kasyaf

Laduni dan Kasyaf sebenarnya bukan ilmu. Ia merupakan cara ilmu itu disampaikan. Laduni bermaksud Allah memasukkan terus maklumat berkenaan sesuatu perkara kedalam pengtahuan sesaorang itu. Tidak melalui pendengaran atau penglihatan. Dengan perkataan lain tidak ada guru. 

Kasyaf bermaksud keupayaan seseorang itu melihat perkara-perkara ghaib yang tidak nyata pada mata kasar. Pandangan kasyaf ialah pandangan menggunakan mata basir (mata batin atau mata rohani). Kalau mata kasar menggunakan cahaya (sinar cahaya matahari atau lampu) untuk melihat, mata basir menggunakan "NUR" untuk melihat.

(Untuk mudah fahaman, kita boleh mengambil contoh berikut: bagaimanakah diri nampak sesuatu ketika bermimpi dalam tidur padahal mata zahir terpejam)

Kekuatan mata basir berbeza-beza. Paling rendah boleh melihat dimensi jin (dan syaitan). Peringkat lebih tinggi boleh melihat dimensi malaikat (alam malakut), kemudian dimensi roh. Paling tinggi ialah dimensi ketuhaan (Alam Lahut).

Jadi ilmu-ilmu ini walaupun semuanya sumbernya dari Allah SWT, ia disalur melalui cara yang berbeza. Sesuai dengan Ilmu Syariat yang bersifat zahir (paling rendah dan bersifat awam). 

Membicara perkara-perkara yang zahir semata-mata, penyampaiannya juga mesti menggunakan peralatan zahir juga, seperti guru zahir, kitab-kitab yang bersumberkan Quran dan Hadith Rasulullah SAW.

Dari sini akan bermulalah perjalanan seterusnya kepada perkara-perkara ghaib pula dengan bantuan guru mursyid. Guru Mursyid menjadi pemandu arah kepada sang murid yang masih teraba-raba dalam gelap. Sehingga mata basirnya celik, tidak lagi buta dan meraba.

Matlamat sebenar ialah untuk masuk ke alam ghaibul ghuyup (Ghaib Dalam Ghaib) yang tentunya memerlukan bantuan guru yang yang lebih tinggi darjatnya. Guru jenis ini tak perlu dicari. Ia akan datang sendiri atas perintah Allah Azzawajalla.

Tariqat ialah jalan atau cara-cara untuk mempertingkatkan IMAN, TAQWA dan seterusnya mendapatkan keredhaan Allah SWT. 

Jadi, untuk mendapatkan keredhaan Allah, mestilah menggunakan jalan atau peraturan yang diredhai Allah. Apabila sesorang pengamal tariqat beramal bersungguh-sungguh dengan ikhlas di bawah panduan seorang guru yang mursyid, darjat IMAN dan TAQWAnya meningkat dari hari ke sehari. Hasil dari peningkatan ini, "dirinya" yang berada dalam diri zahir (jasad), menjadi bertambah kuat dan sihat. Dari sini murid akan mula faham apa itu jasad, diri dan roh.

Mata basirnya semakin terang sehingga pada suatu masa, cukup kuat sehingga boleh melihat alam ghaib atau kasyaf. Setelah kasyaf dan sudah melihat dimensi-dimensi yang dijelaskan tadi, IMANnya meningkat dari ILMU YAKIN kepada AINUL YAKIN. 

Kalau dahulu murid itu yakin adanya alam ghaib kerana percaya kepada ilmu syariat (yang dipelajari). Tetapi kini telah melihat sendiri adanya alam ghaib tersebut. Naiklah darjat menjadi AINUL YAKIN (Ain bermakna mata). Jelas pada penglihatannya.

Kemudian Allah membuka lagi lautan ilmu (maklumat) berkenaan dengan Rahsia Allah kepada murid ini melalui guru-guru ghaib pula yang terdiri daripada Wali-wali Allah atau ALLAH memberi terus melalui Laduni. 

IMAN murid tadi meningkat lagi sehingga mencapai HAQQUL YAKIN. Iaitu yakin sebenarnya-benar yakin. Inilah darjat yakin para Nabi-nabi. Setelah mengtahui rahsia-rahsia kejadian alam ini, maka dikatakan murid tadi telah mencapai HAQIQAT (Yang Haq). Iaitu mengtahui kejadian makhluk Allah di segi zahirnya dan ghaibnya (batinya). 

Setelah mendapat HAQIQAT, seterusya murid tadi dengan kurniaNYA, akan ditambah lagi ILMUnya sehingga mengenal KHALIQ, Yang Maha Pencipta iatu ALLAH YANG MAHA PERKASA. Inillah dikatakan telah mendapat MAKRIFAT. Ia itu mengenal ALLAH sebagaimana ALLAH sendiri memberi tahu mengenai diriNYA.

Sebagai kesimpulan, Tariqat itu masih berbetuk syariat kerana ia ilmu zahir. Hasil dari amalan tariqat, seseorang itu dikurniakan Haqiqat dan Makrifat. 

Guru mursyid 

Guru mursyid ialah guru yang telah mendapat sekurang-kurangnya mencapai peringkat Haqiqat kalaupun tidak sampai kepada Makrifat. 

Jika kita bukan ahlinya, tak perlulah menjadi seperti orang buta yang cuba menceritakan bentuk seekor gajah. Orang buta yang pegang belalai tentu mengatakan gajah itu seperti ular. Orang buta yang pegang kaki, kata gajah macam tiang, begitulah seterunya. 

Berkenaan persoalan bagaimana hendak membezakan sama ada sumber ilham atau guru ghaib itu yang haq (wali-wali misalnya) atau batil (syaitan). Sebagai guru mursyid, amat mudah baginya untuk mengesan apa yang terjadi kepada murid di bawah bimbingannya. Guru mursyid juga akan dapat membantu muridnya untuk segera memperbetulkan langkah. 

Guru mursyid dapat melihat dengan mata basir dan dapat mengenal siapa sebenarnya yang datang. Syaitan memang pandai merupa (menyamar), tetapi harus diketahui, mata basir amat tajam sehingga syaitan itu juga boleh dibunuh melaluinya. Sebab itu mempelajari ilmu yang berkaitan perkara ghaib perlu berguru dengan guru zahir yang mursyid.

Kalau berbicara masalah Tariqat, tak perlulah bertanyakan tentang hadis atau nasnya. Lihatlah siapa yang mengajar dan siapa pula muridnya. Mana salsilahnya. Tariqat yang betul, tariqat yang salah kedua-duanya juga jelas. 

Kalau amalan Tariqat tersebut bersalahan dengan Syariat, jangan ragu lagi. Pasti salah. Seperti solat tanpa kelakuan atau solat niat atau dipanggil juga solat batin, tentu salah kerana ia bersalahan syariat. Solat mesti ada tiga syarat iaitu niat, berkata-kata dan kelakuan. Kalau tidak menjaga aurat, bercampur laki-laki dan perempuan juga salah. 

Bahkan, semakin tinggi seseorang itu dalam perjalanannya menuju keredhaan Ilahi, semakin lazat dan merindui solat, pastinya dia sangat kasih malah akan giat mengerjakan solat. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, baginda asyik dalam solatnya, melakukan solat malam sehingga bengkak kakinya. Kalau semakin menjauhi solat atau sembahyang, sahlah syaitan atau ketua syaitan ia itu Iblis yang menjadi gurunya.

Harap jangan lakukan dosa ini pula. Perlu diingat jika sesaorang itu tidak menampakkan kelibatnya bersolat, jangan sekali-kali menghina, menuduh atau menganggap dia tidak pernah solat. Ini juga hal yang penting.

Solat itu merupakan "persembahan"  hamba kepada khaliknya bukan untuk dipertunjukkan kepada manusia atau untuk dipuji manusia. Ketahuilah memang ada manusia yang menyembunyikan amalnya dari diketahui manusia. Mereka terdiri dikalangan ahli haqiqat dan makrifat. Bagi mereka, mereka amat takut kepada bahaya "syirik" terhadap Allah walaupun ianya dipandang remeh oleh masyarakat ramai.

Sebagai kesimpulan, jalan selamat untuk menjadi orang yang diredhai Allah SWT, mesti bermula mempelajari dan mengamal Tariqat (tariqat hanyalah kaedah atau jalan). Sesaorang yang mengamal Tariqat telah tahu dengan yakin sama ada segala amalannya diterima atau tidak oleh Allah SWT sebelum ia meninggal dunia lagi. Ia masih boleh diperbetulkan sebelum mengadap Ilahi. 

Bahkan diantara mereka ini mungkin layak dilantik menjadi Wali-Wali Allah. 

Orang syariat hanya mendapat tahu sama ada Allah redha atau tidak setelah mereka mati. Ini sudah terlambat kalau terdapat kesilapan dalam amalan sehingga tidak diterima Allah SWT.

Akhir kata, Selawat dan Salam ke atas Sayyidina Muhammad dan Ahli Keluargnya dan Sahabatnya. Cukuplah Allah yang menjadi Wakil. Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Besar. Bermula segala puji-pujian itu bagi Allah Seru Sekelian Alam. Semoga Allah memberkati usaha hambaNya dan melimpahkan rahmat kasih sayangnNya di dunia dan akhirat. Allahu A'lam.

Assalamualaikum wb.
Bab Ilmu ini akan disambung.... InsyaAllah

66 comments:

  1. Info yang menarik dan berguna. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tuan. Terima kasih atas ilmu yang dikongsi. Saya hendak bertanya, adakah di dalam abjad ada mengamalkan tariqat? dan jika ada, apakah tariqat yang diamalkan? mohon pencerahan. t.kasih.

    ReplyDelete
  3. Wa alaikumussalam, terima kasih kepada kedua saudara di atas. ABJAD tidak menganjurkan tarikat tertentu sebagaimana lazimnya. Namun di dalam ABJAD itu sendiri sudah membawa aliran mengatasi pelbagai tarikat dan harus diketahui, ABJAD hanyalah satu nama berasal dari amalan dan ajaran Tok Kenali serta guru2nya dan guru2nya pula bersalsilah dari Syeikh AbdulQadir Jailani penghulu segala aulia dan juga diketahui mengetuai pelbagai aliran tarikat. Demi memudahkan, di xaman serba kacau ini, ABJAD dimulai dengan SYAHADAH dalam usaha pengukuhan "TAUHID" - juga merupakan satu jalan (tarikat). Saudara boleh dapatkan maklumat lanjut dari Atok Zamany di http://kubranewszamany.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamu'alaikum,dlm perjalanan kerohanian jgn dirosakkan dgn tanggapan aliran atau thoriq kita lebih wibawa dr thoriq yg dibawa oleh ikhwan lain......awas dlm beramal tajalli azazil sentiasa menunggu peluangyg terbuka Allahu'alam.....anak banjar




      Delete
  4. Terbaik. Terimakasih atas ilmu yang curahkan. Moga Allah swt melimpahkan rahmatNya buat anda.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum tuan, ingin bertanya boleh kah sekiranya saya copy dan paste ke blog sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa alaikumussalam, terimakasih semua.. silakan saudara Kidxx

      Delete
    2. terime kasih bayak tuan rumah. Kerana saya yakin ilmu ini amat bermanfaat dan perlu sampai menyampaikan. jgn risau sy akan creditkan ke blog tuan.

      Delete
  6. Salam kasih,
    Dengan nama kekasih..

    "Tidak 'Aku' jadikan 'rahsia' ini..
    melainkan lantaran rahmat dan kasih sayang'Ku' semata.."

    "Wahai 'aku' yang tenang..
    Kembalilah kepada yang 'Maha Aku' dengan redho lagi diredhoi."

    Bertemulah 'ilmu' dengan 'ilmu'..

    Yang merindui.

    ReplyDelete
  7. ..... GURU MURSYID & ILMU LADUNI .....

    Bermula Guru Mursyid Zahir dia hanya pembuka jalan,
    Guru Mursyid Sejati dia pembimbing destinasi tujuan,
    Dimanakah dia berada tersembunyi ngak bisa ketahuan,
    Melaenkan pasrah secara total itu sedikit permulaan..

    Bermula kesah Moses perasan dirinya paling beriman,
    Lantas Allah Rabbul Izzati perintah dalami bab iman,
    Mencari jejaki antara Hamba2-Nya yg paling beriman,
    Kalo mahu ketemuan lokasinya dipertemuan 2 lautan..

    Soalnya mampukah Moses menjejaki tempat dinyatakan,
    Jika ketemuan mampukah Moses turuti setiap ajaran,
    Yg tersurat seperti dlm Surah Al-Kahfi itu jawaban,
    Yg tersiratnya hanya Ilmu Laduni itu mengkhabarkan..

    ..... ALLAHU'ALAM & WASSALAMMMMMU.....


    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..
    Alhamdulillah..terima kasih di atas penjelasan dn pencerahan yg dsmpaikn oleh tuan.. Trjawab sudah persoalan d minda ini..mohon sambungan lg ye :-) syukran jazilan

    - @ -

    ReplyDelete
  9. salam, well done bro, intan kekadang nampak macam kaca. makin terbuka rahsia, makin tak dihargai. sebab nampak mudah tapi payah. hanya mereka yang benar2 mencari redhaNya akan mendapat berkat. semoga ada yang dapat menfaat.

    ReplyDelete
  10. Aku mencari aku..
    apakah sudah ditemui aku..
    aku yang mana akan pulang kenbali..
    apakah aku rindu pada aku..
    walau aku nyata pada segala..kenapa aku masih belum bertemu akan aku..
    wahai aku antara aku..
    amat dekatnya tidak bersentuh...jauh sayupnya tidak terpisah.

    ReplyDelete
  11. We are made of light. The same light that created the entire universe with no exception. You should see the light. You radiate light every time you are closer to the ultimate reality. The light will reveal the ultimate truth. It is only you.

    The light need no rule, no regulation, no exception. The light has no duality. The light only realises one ultimate reality, one ultimate truth of every existence. The light is the singular of All things.

    Your body is a vessel. The light need no container. It has to be released if you have not realised it. But if you do, then you have to learn from it and exist as it.

    the one........

    ReplyDelete
  12. Salam,

    Nape senyaaappp lama ja la ni..x ada artikel baru ka?

    ReplyDelete
  13. Hi, Neat post. There is an issue along with your web site in web explorer,
    could test this? IE nonetheless is the marketplace leader and a good
    part of people will pass over your wonderful writing
    due to this problem.

    Take a look at my web page: how to cheat in miscrits

    ReplyDelete
  14. It's remarkable for me to have a web site, which is useful for my experience. thanks admin

    my homepage; aimbots

    ReplyDelete
  15. Upon examining some etymological dictionaries, one
    can conclude that games are a creative expression of
    the human spirit through the creation of an activity that has
    an entertaining, instructive and competing element. Port forwarding lets you specify which ports the game needs to perform at it's best. Next Jim Deacove developed a few of his own board games based on the principles of cooperation, group strategy and joint problem solving.

    My blog: Recommended Internet site - english.inhangzhou.com

    ReplyDelete
  16. I understand that those are the products designed by manufacturers
    to make them money and if they are endorsed by winning popular professionals,
    sales will be high. It should come as no surprise that i - Tunes is loaded full of pirate apps for i - Phone, i
    - Pod Touch, and i - Pad. In this addictive puzzle game, catch
    that damn fly and avoid those tricky obstacles.


    Look at my website ... hotrod.mdowdell.com

    ReplyDelete
  17. Enjoying the service of Odyssey - Streaming - Radio is so easy.

    It was an entertaining radio program that played the music people
    wanted to hear combined with his groovy upbeat
    personality. What s more is that 2G phones can come in a tinier and slimmer package, even
    its batteries.

    Here is my blog - radio zemun plus de vu

    ReplyDelete
  18. In most cases they are, but when it comes to updates, patches, etc to the mmorpgs.
    they simply need to learn that you will not be able to appease everyone of your player-base.
    As ever we strive to help our customers make informed decisions and understand where their r4 cards are coming from.


    Feel free to visit my blog post: http://www.spielespielen24.de

    ReplyDelete
  19. Even though your goal is just to lose 5 pounds in a week, you should be strict with what you do so as not to inadvertently undo all
    your hard work for vegetarian weight loss. Withdrawal from levothyroxine can be done but it takes 6 weeks of withdrawal
    for the remaining thyroid tissue to be completely starved.
    Then leave it a while until your tummy lets you know that you're hungry again before opting for a healthy snack.

    Feel free to surf to my blog :: http://www.prerociscejanitra.mojforum.si/forums_m.php?mode=viewprofile&u=365

    ReplyDelete
  20. Upon examining some etymological dictionaries, one can conclude that
    games are a creative expression of the human spirit through the creation
    of an activity that has an entertaining, instructive
    and competing element. A bowler who can consistently pick up his spares can easily hold a 180 average without getting any strikes.
    It fizzles as the lights go out, and she says it's been great talking to you.

    Check out my web page; spiele spielen

    ReplyDelete
  21. Entertainment industry and other business establishments have seen a heavy growth with the number of online applications developed.
    In addition to music, they broadcast preaching and teaching from Jimmy Swaggert and
    other pastors and teachers who work with the ministry.
    On average, 32% of the population streams music, which is exactly the penetration of usage in the US.

    Visit my weblog ... http://www.doctorsnetsa.com/

    ReplyDelete
  22. There is also a boom that can be moved up and out of the way
    when one wants to simply use the headphones.
    I am one of those night owl gamers that plays in the evening, and
    don't like too much lighting around me. Remember, no matter what things you do, make your audiences concentrate on the most important part of your tutorial video, if only for a minute.

    Feel free to visit my web site - http://forum.bistum-speyer.net

    ReplyDelete
  23. In addition to this, now you can listen to the radios online, which is already
    getting to be pretty popular. Her first movie was Holiday in the Sun in
    the year 2001, Help in the year 2004. Some radio stations have also started
    making use of streaming MP3 format, which could be played through
    Winamp.

    My weblog; woodhull.tv

    ReplyDelete
  24. Do you have a spam problem on this blog;
    I also am a blogger, and I was curious about your situation; many of us have created some nice procedures and we are looking to swap
    methods with others, why not shoot me an email if interested.


    Review my web-site ... funny videos of pets

    ReplyDelete
  25. In the four tournaments since his first of the season, he.
    Port forwarding lets you specify which ports the game needs to perform at it's best. You can also customize the car including retractable hanggliders.

    Also visit my web blog ... Recommended Internet page

    ReplyDelete
  26. The developers are saying that Defiance is a pixel perfect shooter,
    so if you aim at your target's head it WILL be a headshot instead of the invisible dice rolling a 5 and telling you that you somehow missed. However, every character in the game (even supporting players) should be presented in this same detail. Preparing to apply to the dozens of other game development companies for video game jobs will enable you to expand and diversify your list of possible employers, and your chances of getting hired will increase tremendously.

    Feel free to surf to my homepage ... spielespielen24.de/gesch..

    ReplyDelete
  27. Once you have done this, set the burn speed to 4x and click Burn and wait for it to complete.
    It should come as no surprise that i - Tunes is loaded full of
    pirate apps for i - Phone, i - Pod Touch, and i - Pad.
    Are you a Kansas City Chiefs or Pittsburgh Steelers fan.


    my blog post :: Go At this site - www.wagjournal.com

    ReplyDelete
  28. No longer does a music lover need to bother about traveling out of range when a fantastic song comes
    on over the vehicle radio. They also apparently believe that their customers who like
    a particular song they hear on the radio, are likely to purchase that
    song, which could add to downloads from i - Tunes.
    There are many websites that bring to people radio channels for their personal entertainment.


    my blog post ... cb radio linear amplifier schematics

    ReplyDelete
  29. There is also a boom that can be moved up and out of the way
    when one wants to simply use the headphones. On the bright side, the actual functionality of the integration is perfect.
    Another great aspect of this remote is that it comes with a recharging dock.


    Here is my homepage: click through the next webpage

    ReplyDelete
  30. As salam admin terima kasih atas segala maklumat....saya berharap admit teruskan usaha....semoga bermanfaat kepada semua....

    ReplyDelete
  31. As salam admin terima kasih atas segala maklumat....saya berharap admit teruskan usaha....semoga bermanfaat kepada semua....

    ReplyDelete
  32. clients, Rachel, who got back together with her ex. All spaceship game leveling systems are designed slightly differently, but there are some general concepts that apply to all games
    in this genre. In this addictive puzzle game, catch that damn fly and avoid those tricky obstacles.


    Also visit my website: Homepage

    ReplyDelete
  33. Howdy! This is kind of off topic but I need some advice from an established blog.
    Is it very hard to set up your own blog? I'm not very techincal but I can figure things out pretty quick. I'm thinking about creating my own
    but I'm not sure where to begin. Do you have any tips or suggestions? Many thanks

    My page: to make easy money on the internet

    ReplyDelete
  34. Too many folks have already thrown away plenty of good money on nothing but useless salt tablets being shipped from South America.

    In fact, I always suggest to those overweight vegetarians to keep to
    a max of 4 pounds a week so you won't suffer loose skin post weight loss. Now, the average healthy amount people are supposed to lose is 2 pounds per week.

    my page simply click the up coming internet page

    ReplyDelete
  35. The pc 2007 elite TV software is therefore legitimate software with over 3000
    TV channels. According to online music provider
    Pandora the legislation will help end the discrimination
    against internet radio. Turn on iheartradio and then look at a different app, your station will keep playing and you can control everything from the "running apps" menu (double-click the home button).


    Here is my homepage: Look At This

    ReplyDelete
  36. 99, while the Sansa Clip+ has an entry price of $39.
    As we ate, not only did our waitress check
    back with us to see if we required anything
    further, but the manager stopped by as well. We are literally not the
    same person we were a minute ago, let alone a day, a month or a
    year ago.

    Visit my web site http://www.online-radioportal.de/radio-genre-chill

    ReplyDelete
  37. I'm amazed, I must say. Rarely do I come across a blog that's
    equally educative and engaging, and let me tell you, you have hit the nail
    on the head. The problem is something not enough folks are speaking intelligently about.
    I am very happy that I stumbled across this during my search for something regarding this.


    Also visit my page miscrits volcano

    ReplyDelete
  38. Masih banyak yang tak tepat. Kau kata ilmu laduni boleh diperolehi....(pembuka kata). Kemudian kau garap sebenarnya laduni bukan ilmu. Kau sendiri pusing pening ke?

    Takhalli, Tahalli, dan Tajalli ni jalan cerita dalam Naqsyabandi, antara jalan cerita barang serupa dalam nak mengenal diri. (Yang lainnya Martabat 7, Lahut Malakut& Jabarrut, Sirr-sampai jasad, Nurullah-Nur Muhammad)

    Jadi aku bagitau kat sini, Tongang tonggeng-jangan sampai menempias pada orang lain. Takut kau tak lepas, orang lain diheret tergantung.

    ReplyDelete
  39. She is likely a WARRIOR PERSONALITY I talk about
    in the KWML Mastery Course on women, dating, love,
    and friendship. t want to forget to buy your all star game tickets at Angels Stadium from an independent ticket broker
    that cares more about customer satisfaction than the bottom line.
    Next Jim Deacove developed a few of his own board
    games based on the principles of cooperation, group strategy and joint problem solving.


    my web site :: Visita il mio sito

    ReplyDelete
  40. Hello i am kavin, its my first occasion to commenting
    anyplace, when i read this article i thought i could
    also create comment due to this good paragraph.

    Have a look at my blog; black cat pictures

    ReplyDelete
  41. Whats up! I simply wish to give an enormous thumbs up for the great info you’ve gotten here on this
    post. I can be coming again to your blog for more soon.


    Also visit my blog post - bee keeping

    ReplyDelete
  42. This is more important than ever in a world where there
    are dozens of different audio formats. Much of your best
    players marketplaces in the united states are supervised.
    You will need an outside antenna to get clear reception on your
    radio.

    Review my web blog; radio cd player under cabinet

    ReplyDelete
  43. You don't have to hit the gym for two and three hours each day to lose weight, but it does help to squeeze in 30 minutes of physical activity each day. Authorities inside the area will need to have an intensive understanding of laboratory and labeling techniques, infection security precautions, appropriate blood attract approaches to the elderly and for infants and even more. When you're about to start on
    your weight loss plan, it's a good idea to think about your end goal and chunk it down into smaller goals.

    My webpage; Check Out Www. Chimneyville.Com

    ReplyDelete
  44. Hey! I simply would like to give an enormous thumbs up for the nice data you could
    have right here on this post. I can be coming again to your weblog for
    more soon.

    Feel free to surf to my website music camps fairfax va

    ReplyDelete
  45. Assalaamu'alaikum wbt, tuan. :] Tkàsih kongsikan elmunye :) Allah TaaLa merahmati tuan insyaALLAH :))


    paknas:]

    ReplyDelete
  46. Assalaamu'alaikum wbt, tuan. :] Tkàsih kongsikan elmunye :) Allah TaaLa merahmati tuan insyaALLAH :))


    paknas:]

    ReplyDelete
  47. The radio itself is made for Pandora, seeing as how its remote had all the Pandora controls right on it.
    Tens of thousands of people all across the United
    States are starting their own Internet radio shows
    - for free. Various types of the internet radio player can be available for your own use.


    My page; internetradio aussetzer ()

    ReplyDelete
  48. I think the admin of this website is truly working hard in support of his
    site, because here every stuff is quality based material.



    My web site: virtapay exchange

    ReplyDelete
  49. For example, if you just moved from Miami to Chicago, there are
    probably not a lot of Salsa radio stations to listen to in the Windy City.
    The ads featured on the Internet radio website can inspire listeners
    to make a purchase through the website itself. Various types of the internet radio player can
    be available for your own use.

    My web blog - internetradio aussetzer

    ReplyDelete
  50. Even though your goal is just to lose 5 pounds
    in a week, you should be strict with what you do so as not to inadvertently undo all your hard work for vegetarian weight
    loss. For many working to lose weight, one failure is enough to get them off the path
    to success. When you're about to start on your weight loss plan, it's a
    good idea to think about your end goal and chunk it down
    into smaller goals.

    Feel free to surf to my blog post: tv.goldmineradio.com/gro.
    . ()

    ReplyDelete
  51. Link exchange is nothing else but it is just placing the other person's blog link on your page at proper place and other person will also do same in favor of you.

    my web-site übersetzung deutsch spanisch online

    ReplyDelete
  52. Salam saudara admin.bila lagi saudara akan update lagi.

    ReplyDelete
  53. harap maaf semua, saya belum pulih sepenuhnya. sama2 doakan semoga saya dapat meneruskan usaha ini.

    untuk makluman saya dimasukkan ke ICU hospital putrajaya pada bulan 3 yang lalu - saya alami koma selama sebulan, alhamdulillah kini smakin pulih.

    Harap maklum.

    ABATASA

    ReplyDelete
  54. Salam Abatasa,
    Moga diberi iman yang sempurna,ilmu yang bermanafaat,kekayaan yang halal, baik dan banyak, kesihatan yang baik serta umur yang panjang untuk meneruskan perjuangan. Adakah pengalaman yang dapat dikongsi bersama?

    Baru-baru ini bila google blog ini "cannot find server". Alhamdulillah sekarang dah ada semula.

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum wbt..

    Salam hormat tuan
    moga tuan berada dalam keadaan baik serta selamat dengan izin Allah Ta'ala..




    Al-faQir Ilallah : lat

    wassalam

    ReplyDelete
  56. menuju ma'rifat tak mesti punya guru.
    jangan takut tersesat jika niat dan caranya lurus(tak syirik) dan ikhlas.

    Ingat firman ALLAH tentang iblis, iblis tak bisa berbuat apapun terhadap orang ikhlas. apa itu ikhlas? baca, baca terjemahan, renungi dan hayati... sampai nur hidayah nur muhammad shallallah mengantar ke hadirat ILAHI.

    selamat jalan dan bertemu ALLAH.

    + disarikan dari kitab kehidupan sejati, al-qur'an qadim yang tergelar.

    ReplyDelete
  57. Terima kasih atas artikelnya. Alhamdulilah, sedikit paham atas apa yg telah dialami sekarang.

    ReplyDelete
  58. berhati hati lah bila ada yang sebut ilmu laduni...takut nanti sesat...

    sila baca di link ni: http://drmaza.com/home/?p=1149

    ReplyDelete
  59. ❗Fāţir:42 - Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sungguh-sungguh bahawa jika datang kepada mereka seorang rasul pemberi peringatan, nescaya mereka akan lebih mendapat petunjuk dari sebarang umat yang lain. Tetapi sebaliknya *setelah datang rasul pemberi peringatan kepada mereka, mereka bertambah jauh dari kebenaran*.
    ��Rujuk Surah Al-Ahzab, ayat 7. Empat orang pemberi peringatan akan dihantar kepada umat akhir zaman di mana semuanya sudah, sedang, dan bakal diberi Al-Hikmah oleh Allah dalam memahami isi kandungan Al-Quran. Sebelum azab bintang berekor, kalian akan didatangi dua orang pemberi peringatan dari kalangan orang kebanyakan. Kemudian, Imam Mahdi akan 'dijagakan'. Beberapa tahun selepas itu, Nabi Isa akan diturunkan dan mengesahkan kebenaran yang dibawa semua pemberi peringatan. Selain ayat keterangan Al-Quran, gerangan pemberi-pemberi peringatan sudah Allah dedahkan melalui tajalli yang hanya dapat difahami oleh orang-orang yang diberi ilmu. Setiap berita ada waktunya. Kelak kalian akan tahu.

    https://m.facebook.com/Pendaki-Mahligai-Makrifat-1235177323165323/

    http://pendakimahligaimakrifat.blogspot.my

    Harimau Allah (Pemuda Bani Tamim) sedang 'dijagakan'. Doakan yang terbaik.

    ReplyDelete
  60. Artikel yg hebat!! Betapa untungnya sapa yg dapat belajar semua ni!!

    ReplyDelete

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews