Sunday, January 22, 2012

kaitan RIBA, KNIGHTS TEMPLER dan MANUSIA di akhir zaman



Salam hormat dari ABATASA

Bismillahirrahmanirrahim

gambar pada wang kertas 10 ringgit lama


Kemunculan huru hara dunia semakin menghimpit kita menjadikan kita terus bercelaru untuk mencari siapa musuh kita sebenar. Kita disibukkan dengan sesuatu yang sebenarnya tidak perlu. Hari yang semakin kacau ini akan membutakan mata kita untuk melihat kebenaran. Tentulah semua ini sengaja dibebankan kepada kita, manusia akhir zaman.

Pemesongan fakta serta bukti sengaja ditimbulkan bagi mengelak dari dikesan. Negara Arab tidak lagi akan aman sampai bila-bila kerana sememangnya ia dirancang sedemikian rupa. Dunia Islam akan digoncang dan dimanipulasi sehingga kita semua menjadi letih dan lesu. Jangan kita sangka Malaysia akan terlepas dari strategi ini.

Kita mungkin bernasib baik, namun ia tetap akan terjadi juga akhirnya kerana Knights Templer dan armada salib mereka sentiasa berusaha tanpa jemu mengkucar kacirkan negara kita. Memang benar segala langkah mereka akan terus terselindung, namun ada diantaranya dapat kita kesan melalui beberapa tindakan mereka yang melebihi batas. Contoh terbaru ialah bagaimana beberapa pertubuhan di USA mengecam sistem perundangan kita. Menggesa kita mengubah beberapa peruntukan undang-undang tertentu.

Mengapa mereka begitu berminat mencampuri urusan negara kita? Mengapa mereka tidak cuba selesaikan apa yang mereka telah mulakan di Asia Tengah, Asia Barat dan Utara Afrika? Agen-agen mereka berkeliaran dalam negara kita dengan bebas dan mampu pula melantik beberapa proksi secara rahsia. Ini menunjukkan mereka tidak pernah putus asa untuk merentap keamanan yang sedia wujud dalam negara sejak sekian lama.


demonstran bersenjata?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan demonstrasi jalanan di Syria yang akhirnya menjadi medan pertempuran bersenjata antara demonstran dan tentera kerajaan. Siapa yang bekalkan senjata kepada demonstran? Selayaknya rakyat Syria menumpukan tenaga melawan Israel kerana negara Yahudi inilah yang sepatutnya menjadi musuh mereka. Mengapa mereka begitu bersemangat untuk menjatuhkan pemerintah padahal negara jiran mereka masih lagi huru hara sejak Saddam diguling. Bodoh sangatkah mereka?

siapa dalang yang bekalkan senjata?

Mereka tidak bodoh kerana pada zaman Asad, hampir seluruh rakyatnya dapat keluar dari buta huruf. Ramai yang telah memasuki Universiti. Tetapi apa yang terjadi ialah mereka telah diperbodohkan melalui pelbagai media terutama saluran internet yang tidak terkawal (sebagaimana di negara kita). Terhasut dengan propaganda dan maklumat palsu oleh agen-agen mereka untuk membenci kerajaan. Kini mereka dibekalkan senjata untuk memerangi tentera kerajaan pula.

kematian untuk THH

Sekarang ini sudah nampak tanda Syria akan mengikuti nasib Libya apabila pemberontak (bukan lagi demonstran) mula melaungkan perkataan "revolusi" dan meminta dunia menumbangkan Presiden dengan alasan kerajaan Syria membunuh orang awam. Ia hanya bermula dari api yang sangat kecil iaitu demonstrasi jalanan.Mulai sekarang kita akan lihat drama Libya merebak ke Syria. Sudah dekat masanya PBB dan NATO masuk campur. Israel tersenyum girang melihat rakyat Syria sibuk berbunuhan sesama sendiri.

Sukakah kita melihat siri huru hara sebegini? Layakkah kita mengangkat para demostran ini sebagai mujahidin dan kematian mereka sebagai syahid? Kita tak suka huru hara tetapi kita juga yang membantu ke arah itu dan bersedia pula dimangsakan. Kenapa? Adakah kita juga bodoh? Tidak, tetapi kita diperbodohkan sebagaimana datuk nenek kita dahulu melalui perancangan Knights Templer (an Illuminati group called the Knights Templar).

Cuba kita lihat, untuk siapa pengorbanan rakyat Syria yang selama ini menjadi penganut Islam yang hidup aman damai? Siapakah yang menjadi batu api dan merancang semua kejadian ini? Rasanya ramai yang dapat memberi jawapannya. Benarkah kita sudah faham percaturan mereka? Kalau ya, kenapa kita ikut menerima kaedah yang mereka tawarkan. Kita juga sudah mula terikut-ikut berdemonstrasi walaupun masih banyak ruang untuk kita bermusyawarah.

Kita wajib menolak hasutan membenci pemerintah seperti yang berlaku di negara Arab. Sudah ada suara-suara provokasi yang mengatakan kerajaan sekarang ini "zalim", serupa dengan apa yang berlaku kepada kerajaan Muammar Gadhafi dahulu. Sama sahaja bentuknya dan media asing pula memberi liputan tidak adil dengan memburuk-burukkan kerajaan. Melalui cara inilah hasutan diselit untuk menyemarakkan lagi kebencian rakyat kepada pemimpin negara sendiri. Mereka sentiasa memasang perangkap untuk bangunkan serangan saraf yang lebih berkesan. Matlamatnya ialah menghasut rakyat bangun memberontak menjatuhkan kerajaan walaupun majoriti rakyat tidak menyetujuinya (majority wipeout).

Saya masih ingat di era awal 60an dahulu. Saya sering terserempak dengan siaran radio Komunis Malaya (bintang tiga) cabang gerak saraf atau propaganda komunis. Mereka menghasut rakyat untuk bangun menentang kerajaan. Kaedah yang sama berulang kembali tetapi dengan cara yang lebih tersusun dan rahsia.

901

Baru-baru ini kita dimaklumkan berlaku tiga letupan bom dihari demonstrasi 901. Masing-masing menuding jari ke arah satu sama lain. PKR menuduh PERKASA. PAS menuduh UMNO dan UMNO menuduh PKR. DAP, MCA dan MIC tidak pula terlbat. Akhirnya ada yang mengatakan polis yang membuat sabotaj. Untuk apa polis lakukan semua ini? Atas alasan apa? Untuk menangkap demostran? Semua itu tidak masuk akal langsung.

Apa yang lebih meyakinkan ialah ada anasir lain yang masih menyembunyikan diri melakukannya. Alasan yang paling logik ialah huruhara. Rancangan PR untuk mengumpulkan 100 ribu penyokong pada hari itu telah diambil kesempatan untuk mencetuskan kekacauan, percik api sebagaimana berlaku di dunia Arab. 

Jika benar hari itu dipenuhi lautan manusia, berapa ramaikah yang terkorban? Dalam huruhara ini akan berlakulah serang menyerang dari kedua belah pihak. Pastinya ia dimulai oleh anasir gelap yang tidak kita kenali dengan menyerang kedua belah pihak. Saya difahamkan bahawa ramai orang Yahudi telah mendarat di Singapura beberapa hari sebelum kejadian. Adakah ia satu kebetulan?

Tidak kira siapa sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang harus memahami perancangan musuh kita bersama untuk api-apikan supaya kita terus bermusuhan. Mulai sekarang jadilah manusia matang. Politik ini hanya untuk mengundi dalam pilihanraya, bukan untuk bertengkar, memaki hamun dan bergaduh. bukan untuk berpecah belah.

Apa yang penting bagi THH ialah permulaan huru hara, dan selepas itu mereka hanya melihat dari jauh. Kisah Libya, Mesir dan Syria akan wujud di bumi Malaysia. Kita patut bersyukur kepada Allah Subhana wa Taala kerana tidak mengizinkan berlakunya kekacauan pada 9 Januari yang lalu. Dengan izin Allah juga berlaku pula pemecatan Dr Hasan Ali sehari sebelum kejadian, ini telah memperlahankan rentak demonstrasi. Pemecatan Dr Hassan ada hikmahnya. Begitulah Allah memberi pertolongan kepada hambaNya, namun berapa ramaikan dari kita yang bersyukur?

ulama tidak ikur serta

Tidak mustahil ada yang menyangkal pandangan ini dan mengatakan itu semua hanya kebetulan. Namun jika Allah kehendaki, pada hari itu akan berlakulah sesuatu yang amat kita kesalkan. Ramai diantara yang menyertai perhimpunan tersebut adalah orang Melayu dan Islam. Kita pasti akan melihat aksi pergaduhan dan pembunuhan sesama Melayu sesama Islam. Keadaan pada hari ini mungkin berbeza, negara kita telah huru hara, mungkin lebih banyak rusuhan. Saya tidak membuat andaian keterlaluan kerana saya nampak ada unsur subersif seumpama Arab Spring diperhimpunan itu.

Apa yang nyata Allah tidak memihak mereka (THH) walaupun seteliti mana pun mereka merancang. Kita kira bernasib baik. Malangnya kita tidak pernah belajar dan mengambil iktibar. Kita masih bernafsu untuk berkumpul untuk demostrasi hanya kerana asakan dan pujukan ketua yang kita sayangi. Kecerdikan kita dinilai melalui keupayaan kita untuk memandang jauh ke hadapan. Sejauh mana kita mampu meneliti bukti lampau sebagai pengajaran.


Bayangkan jika anda diantara yang terkorban kerana letupan bom tersebut, berbaloikah tindakan anda membela DSAI atau Saiful itu. Apa salahnya kita membiarkan mahkamah membuat keputusannya. Jika berlaku kegawatan, ahli keluarga kita dan rakan-rakan kita mungkin ikut terkorban sama dari pelbagai kemungkinan rusuhan, pergaduhan atau mati jatuh terpijak. Bagaimana nasib kaum wanita yang ikut serta pada masa itu, mampukah mereka melarikan diri dengan selamat? Lebih malang lagi jikalau polis bertindak kasar menahan penunjuk perasaan, keadaan akan menjadi lebih gamat. .

YA. Itulah yang mereka mahu. Itulah harapan mereka kerana masa letupan bom tersebut disetkan ialah pada waktu puncak dimana hakim dijangka selesai membaca keputusannya (anggaran lebih kurang 2 jam). Keputusan pula seperti semua pihak jangkakan memihak Saiful dan DSAI disabit kesalahan, tentu keadaan penyokong DSAI seramai 100,000 orang itu menjadi ribut. Ketika kemuncak kemarahan itulah letupan berlaku. Cubalah anda bayangkan situasi pada waktu itu..

Alhamdulillah, semua itu tidak berlaku sebagaimana yang mereka kehendaki. Kita harus segera berubah. Kita perlu buat hijrah dan tinggalkan acara demonstrasi ini bagi menggagalkan niat mereka. Cukuplah kita gunakan saluran yang wajar sebagai manusia bertamaddun. Tidak kiralah sama ada anda PAS, UMNO, PKR, PERKASA atau NGOs. Usah terikut-ikut emosi dengan membenci satu sama lain kerana ia adalah hasutan syaitan, sama ada syaitan di kalangan manusia ataupun syaitan dari kalangan jin.

Jadilah dan berwataklah sepertimana manusia beriman, kerana hanya manusia beriman sahaja yang dikasihi Allah. Bersabarlah dengan kezaliman jika pun ada kerana itu pembawaan para wali Allah. Yakinlah dengan doa yang dipanjatkan ke hadrat Allah swt. Bukankah kita selalu diberitahu supaya beriman bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang lagi Maha Adil? Adakah kita sudah tidak lagi beriman dengan sifatNya, beriman dengan namaNya? Tidak perlu kita beremosi kerana emosi itu sebenarnya samaran syaitan jin yang bersembunyi dalam jiwa kita. Berubahlah, berilah nasihat kepada rakan dan ahli keluarga supaya berubah sebelum ia menjadi bencana.

Saya menyeru kita semua, berpindah masuk ke pihak Allah SWT dan Rasulullah SAW. Marilah kita keluar daripada pihak penyembah lucifer, Iblis Knights Templer. Kita telah lama dikuasai dan kesemua negara Islam hari ini diperhambakan serta hidup dalam keadaan sengsara. Mereka melaksanakan pelbagai rancangan untuk memusnahkan Islam.


Produk Ekonomi Kapitalis

Bagaimanakah sekiranya suami, isteri atau anak kecil kita dibom oleh Templars dan Ya’juj & Ma’juj ini? Tetapi tidak mustahil juga sebelum serangan brutal kaum Ma'juj Ma'juj ini, kita saling berbunuhan sesama sendiri. Tidakkah anda pernah terbayang kita akan turut menerima nasib sama seperti ribuan rakyat Arab dan Asia Tengah satu hari nanti, dan pada masa itu tiada saudara Islam yang mempunyai masa untuk mempedulikan kita. Oleh itu, sudah tiba masanya kita mengkaji kembali sejarah untuk mendapatkan ilmu dan berjuang pada jalan Allah. Masuk kembali ke dalam barisan.  Bersatu teguh bercerai roboh.

Bagaimanakah kita berjuang? Tak perlu kita ikut rentak yang mereka aturkan. Itu semua juadah untuk kita santap umpama racun arsenik yang bakal memusnahkan kita. Kita perlu berjuang dengan membantu menyampaikan ilmu pengetahuan ini kepada semua orang Islam, agar kita dapat bersama bangun menentang Knights Templar yang menguasai dunia hari ini. Bukan menyertai mereka. Mereka telah lama melemahkan kita dengan undang-undang mereka, media, riba dan mengawal seluruh hidup kita. 

Mereka mengawal minda anak muda hingga banyak yang berfikiran sekular dan mencari keseronokan semata-mata. Inilah matlamat mereka, “Novos Ordo Seclorum” yang tertera pada US Dollar, iaitu The New Secular Order.

Mereka menjadikan orang Islam hari ini sekular yang mengaku Islam di mulut tetapi hati dan jiwa raganya menganut agama “ New Secular Order” dan membentuk “One World Religion”. Kini kita dan anak-anak kita mula tertarik dan berhujah menyokong kepercayaan Knights Templar. Ini jauh berbeza di mana wanita kafir dahulu kagum dan meniru cara wanita Islam kerana bangga dengan penghormatan diberikan kepada wanita Islam. Orang kafir dahulu mencari orang Islam untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah mereka.

Kini semuanya terbalik. Kita pula ghairah menjulang Barat. Menerima pendekatan sekular dan kini pendekatan liberal pula. Contoh nyata, kita tahu NED merencanakan kejatuhan Islam di Timur Tengah dan memasukkan fahaman liberalisma untuk merosakkan anak muda Islam, kini kita pula yang terkinja-kinja hendak bernaung di bawah mereka.

Kita perlu kembali kepada sistem zaman lampau (Islam) untuk menjatuhkan sistem utama mereka, iaitu Sistem Undang-undang dan Sistem Matawang. Mereka ini hanya berlindung di bawah undang-undang untuk memberikan mereka kuasa ke atas wang kertas dan penguasaan kekayaan dunia. Berhentilah membantu mereka merosakkan akal murni kita dengan kekalutan yang sia-sia.

Oleh itu sasaran utama bukanlah di medan perang, tetapi di medan undang-undang, dan untuk menjatuhkan sistem mereka ini tidaklah sesukar disangka. Kedua-dua ini di dalam kawalan kita dan sistem ini lemah seperti sarang labah-labah. Kita hanya perlu bersatu dan mencabar undang-undang ini di Mahkamah.

al-Quran: al-Ankabut:41 Maksudnya: “...Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang sehabis-habis reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengatahuan…”;

Keputusan Mahkamah ini akan menjadikan undang-undang dan terdedah kepada orang awam (law report), serta mengakibatkan Pemimpin, Ulama, Sultan dan seluruh masyarakat terpaksa patuh. Oleh itu, hakim, magistret dan badan kehakiman mesti mendapatkan maklumat sebenar untuk mereka membuat keputusan yang betul. Jadi LANGKAH PERTAMA ialah bersatu dengan mendedahkan kebenaran (ilmu) ini kepada pihak yang yang terlibat di dalam undang-undang (termasuk ulama dan peguam) serta masyarakat keseluruhannya. Ini akan menjatuhkan kekuatan mereka yang kedua, iaitu Sistem Matawang.


Apabila masyarakat memahami situasi sebenar, sudah pasti mereka akan berjuang untuk kebenaran dan keluar dari agama Lucifer (Iblis). Maka kita perlu bantu sampaikan maklumat ini kepada semua blog dan hantarkan kepada pemerintah kita, ahli agama, hakim dan peguam, ahli politik, surat khabar, dan paling penting, kepada pelajar atau sesiapa sahaja. 

Pelajar adalah tiang utama bagi gerakan menyedarkan kembali mereka yang tua berkarat akibat telah lama dibuai selesa berselimutkan bantal dan tilam orang kafir. Pelajar adalah golongan paling tidak berkepentingan, berbanding pihak atasan yang mengejar publisiti murahan, pangkat, duit rasuah dan riba serta pihak membuat pelbagai undang-undang zalim. Edarkan kepada pelajar-pelajar yang dapat membuat perubahan dalam sistem dan struktur pentadbiran negara seperti pelajar agama dan undang-undang. Sebelum itu, sedarkan para pelajar supaya tidak diperalatkan. Jiwa muda mereka yang cepat panas itu akan mudah diperdaya.

Tdakkah kita terfikir, siapakah sanggup menjadi manusia tidak berakal. Menyangkakan Allah akan memberikan laluan mudah untuk kita ke syurga sedangkan saudara Islam kita yang lain hidup sengsara? Siapakah yang berani menyangka kita akan mendapat ujian yang mudah di akhir zaman ini? Ujian mudah pada zaman kemunculan Dajjal? Banyak hadis menyatakan cabaran zaman ini adalah paling sukar dilalui. 

Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, 
“…Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api…” (HR Tirmizi)

Beberapa nas berikut akan dapat menginsafkan kita dari melakukan pekerjaan sia-sia.

al-Quran: An-Nisaa:97 Maksudnya: “..Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..”; 

Hadis Rasulullah SAW, Hudhayfah ibn al-Yaman:

…Orang biasa bertanya kepada Nabi tentang kebaikan, sedangkan saya bertanya tentang kejahatan, kerana saya bimbang kejahatan itu akan menimpa saya. Lalu saya berkata, ‘Wahai rasul Allah! Kami sebelum ini dalam keadaan kejahilan dan kejahatan, lalu Tuhan mendatangkan kebaikan kepada kami. Akan berlakukah kejahatan lagi selepas kebaikan ini?’‘Ya,’ jawab Nabi.‘Dan adakah kebaikan akan kembali lagi selepas kejahatan ini?’ saya bertanya. Nabi menjawab, ‘Ya, tetapi ia bercampur-baur dengan kejahatan.’ ‘Apakah kejahatan itu?’ saya bertanya. Nabi menjawab, ‘Setengah orang akan mengikut selain daripada sunnahku dan akan memimpin mereka ke jalan lain daripada jalanku. Setengah perbuatan mereka baik, setengah jahat.’Saya bertanya, ‘Adakah akan wujud kejahatan lagi setelah kebaikan (campuran) ini? Beliau menjawab, ‘Ya, pendakyah-pendakyah yang berdiri di pintu neraka; barangsiapa mendengar mereka kan mereka campakkan ke dalamnya.’ ‘Terangkanlah kepada kami sifat-sifat mereka, wahai rasul Allah!’ saya meminta. Nabi berkata, ‘Mereka dari bangsa kita dan bercakap bahasa kita.’Apakah perintahmu kepadaku jika aku berada di dalam keadaan itu?’ saya bertanya. Nabi berkata, ‘Ikutlah puak majoriti orang-orang Islam (ummah) dan pemimpin mereka (khalifah) .’ ‘Tetapi jika mereka tidak ada puak majoriti atau seorang pemimpin?’ saya bertanya.Nabi menjawab, ‘Jika demikian, tinggallah semua puak walau kamu terpaksa berpaut kepada akar pokok hingga kamu mati…’; (HR Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “…Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt.Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya”.Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?” (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, “Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya…”. (HR al-Baihaqi) 

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: telah bersabda Rasulullah saw.; “…Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada merekafitnah ini akan kembali…”. (HR al-Baihaqi)

al-Quran:al-Jaathiyah:23  Maksudnya: “…Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan ia puladisesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya. Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak mahu beringat dan insaf? …”;

Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “…Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama (ulama sejati). Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. mereka sesat dan menyesatkan orang lain…” (HR Muslim) 

Berdasarkan petunjuk tersebut kita dapat menilai diri sendiri sejauh mana kita berada pada jalan Allah dan meninggalkan larangannya. Kita wajar muhasabah diri sebelum masanya terlewat dan menjadi makanan musuh Allah.

Kita lihat pekerjaan yang telah mereka (musuh Allah) lakukan kepada kita selama ini di luar pengetahuan kita. Kita tinjau kembali sejauh mana kita telah terhasut untuk menjayakan rancangan mereka menguasai dunia. Tidak menjadi kesusahan bagi kita jika kita benar-benar berhasrat keluar dari sistem yang mereka sediakan.

MERDEKA tetapi masih dijajah

Knights Templar memberikan kemerdekaan mudah kepada kita kerana mereka keluar secara strategi. Apakah yang mereka kuasai? Mereka menggenggam kuasa memberikan hutang secara mencipta wang pinjaman dari atas angin!

Mereka berkuasa menjadikan kita semua hamba hutang dan hidup tertekan. Mereka melakukan perdayaan ini dengan menguasi sistem bank pusat seperti Bank Negara Malaysia. Mari kita lihat keraguan yang timbul dari Akta Bank Negara Malaysia:

Akta Bank Negara Malaysia 1958

Section 6. (1) The authorized capital of the Bank shall be two hundred million ringgit.

Section 6. (2) Twenty million ringgit of the authorized capital shall be subscribed and paid up by the Government on the establishment of the Bank.

(Catatan: Sejarah menunjukkan Knights Templar tidak membeli 80% saham dalam Federal Reserve Bank, tetapi menggunakan 20% saham kerajaan dan menggandakan ciptaan wang untuk mereka membeli bahagian 80%. Ini bermaksud mereka memiliki 80% secara percuma. Sila rujuk sejarah Federal Reserve Bank – The Money Master)

Berdasarkan undang-undang di atas, fakta didedahkan dan kesimpulan yang dapat dibuat ialah:

(a) Bank Negara bukan badan kerajaan dan adalah syarikat persendirian kerana mempunyai saham sama seperti syarikat persendirian.

(b) Kerajaan menjadi pemegang saham miniroti (10%). Pemegang saham majoriti (90%) tidak dinyatakan (dirahsiakan). Rahsia dikuatkan dengan undang-undang rahsia (secrecy) ke atas segala aktiviti Bank Negara Malaysia.

(c) Bank Negara badan bukan kerajaan kerana kerajaan pemegang saham minoriti dan tidak pemilikan saham melebihi 51%.

(d) Bank Negara juga bukan badan kerajaan kerana kerajaan berhutang dengan Bank Negara. Apakah terjadi sekiranya kerajaan gagal membuat bayaran? Adakah ianya bermaksud BNM membankrupkan kerajaan Malaysia sendiri?

(e) Saham awal Bank Negara Malaysia RM200 juta, tetapi baru-baru ini BNM memberikan pinjaman berbillion kepada kerajaan. Dari manakah BNM mendapatkan wang sebegitu banyak? Apakah perniagaan BNM, dan jika BNM bank persendirian, kenapa BNM tidak membayar cukai seperti bank persendirian lainnya?

(f) Ekonomi dan nasib negara diletakkan dibawah kekuasaan pemegang saham majoriti tidak kita ketahui. Pemegang saham majoriti ini menentukan jumlah wang dalam aliran ekonomi (demand and supply, dan melalui kuasa menetapkan kadar BLR atau selainnya), dan menentukan setiap perkara kewangan negara kita.

Terdapat pelbagai peruntukan di dalam Akta Bank Negara Malaysia 1958 yang membuktikan ketidak munasabahan Bank Negara Malaysia, termasuklah peruntukan menyatakan perkara mengenai Bretton Wood Agreement dan peranan Bank Negara sebagai agen kepada International Monetary Funds. (Govenor pertama Bank Negara Malaysia – Tan Sri W H Wilcock (Jan 1959 – Jul 1962))

SIMBOL

Ini selanjutnya disokong logo Bank Negara difahamkan sebagai kijang atau “Barking Deer” (Muntjac). Persoalannya ialah adakah kijang berekor panjang? Bagaimana pula perbezaan ke atas tanduk dan telinga kijang ? Apakah pula maksud bulan dan matahari? Adakah sejarah kita dan sejarah logo bank negara tidak tercemar dan boleh dipercayai; Has history been tampered with?



Barking Deer atau Pharaoh Hound? Anubis, One the Ancient Egyptians' main gods. God of the Dead and Embalming.

Binatang dengan bentuk yang seperti kijang dalam logo Bank Negara tetapi mempunyai ekor yang panjang adalah anjing di sisi patung mesir purba yang dikenali sebagai Pharoah Hound atau Ibizan Hound (The Ibizan Hound.. is an agile, deer-like dog of the hound family). Selainnya, perhatikan juga perbezaan pada bentuk telinga, tanduk dan leher.

Simbol mesir purba turut terkandung dalam US Dollar, yang meletakkan simbol piramid pada wang mereka. Apakah kaitan tamadun Mesir dengan orang Amerika Syarikat? Ya!! Knights Templer, kerana mereka pengamal sihir dari tamadun arab dan mengamalkan agama menyembah Lucifer (Iblis).

Ejaan “MASON”

Knights Templer berkomunikasi melalui simbol kerana menyembah Iblis, dan Iblis hendak menandingi kekuasaan Allah SWT dengan memperbanyakkan tanda menunjukkan kekuasaanya di muka bumi, iaitu meniru tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang terdapat di langit, angkasa, hujan, gunung, semut, labah-labah dan sebagainya.

Perbezaan mudah ialah tanda kekuasaan Allah terjadi dari sesuatu yang tidak dapat ditiru manusia kerana dicipta dari yang tiada, manakala tanda-tanda Iblis adalah sekadar buatan daripada bahan yang telah Allah sediakan, sepertimana manusia mencipta kereta daripada besi, kasut daripada kulit haiwan dsbnya.

Selainnya dan antara rahsia terbaru didedahkan dan memerlukan siasatan kita ialah Amerika Syarikat bukan sebuah negara, tetapi syarikat persendirian. Menakjubkan sungguh permainan Knights Templar! 

Persoalannya jika mereka boleh melakukan ke atas negara besar seperti Amerika Syarikat dan sebelum kita mendapat kemerdekaan, apakah kemunasabahan negara kita tidak menghadapi nasib sama? Apakah kemunasabahan negara kita terlepas dari perdayaan ini?

Mulakan muhasabah diri dan keluar dari papan catur THH.


sebahagian sumber: Muslim Village (99.9% manusia dijajah)


Thursday, January 19, 2012

PEMBANGKANG - FITNAH DALAM SISTEM POLITIK ISLAM.




PEMBANGKANGAN ADALAH CARA POLITIK BARAT MERUPAKAN FITNAH DALAM SISTEM POLITIK ISLAM.

Amalan pemimpin dan rakyat di zaman Saidina Abu Bakar Assiddik dan di zaman Saidina Umar Alkhattab adalah yang terbaik dan bercirikan sistem Islam sepenuhnya. Amalan agama dan politik di zaman inilah yang terbaik satelah tamat zaman Rasulullah saw. Ini di benarkan oleh Hadis Sahih Rasulullah saw. Sabda Rasulullah saw, “Sebaik-baik kamu (Umat islam) ialah mereka yang berada dizamanku, kemudian yang berikutnya (Zaman Abu Bakar) kemudian yang berikutnya (zaman Saidina Umar ra).- Hadis Sahih Muslim.

Jadi apa yang yang dikatakan oleh puak Ihkwanul Muslimin Mesir bahawa segala amalan dan perkataan Khalifah empat adalah lapuk dan tidak sesuai pada zaman moden adalah salah, kerana Rasulullah saw memeberi pertunjuk yang berlainan. 

Puak Ikhwanul Muslimin itu berkata demikian supaya mereka boleh menjadi pembangkang, kerana jika mengikut kaedah Khalifah Arrasyidin pembangkang ini tidak ada dan tidak pernah dipraktikkan oleh khalifah Arrasyidin dan khalifah atau pemimpin yang dipilih berkuasa seumur hidup (Khalifah/Sultan). Pembangkangan adalah fitnah besar dalam sistem politik Islam. Kita lihat apa kata Saidina Umar ra tentang politik pembangkang,

Daripada Khuzaifah ra katanya, “Pada suatu ketika kami berada bersama Umar, lalu dia bertanya, “Siapakah diantara saudara-saudara yang hafal Hadis Rasulullah saw mengenai fitnah sebagaimana yang pernah disabdakan beliau? 
Jawabku, “Aku”. 
Kata Umar “Engkau sungguh berani !.Bagaimana sabda beliau?”.
Aku mendengar Rasulullah bersabda, “Fitnah seorang laki-laki bersumber atau terletak pada isterinya, pada hartanya, pada dirinya, pada anaknya, pada tetangganya. Semuanya tidak melakukan puasa, tidak bersembahyang, tidak bersedekah, tidak mahu menganjurkan yanh makruf (kebajikan) dan mencegah yang mungkar”. 
Kata Umar, “Bukan itu yang aku maksudkan, tetapi ialah huruhara yang menggelora bagaikan gelombang lautan”. 
Jawabku, “Anda tidak terlibat dalam peristiwa itu !, Ya Amirul Mukminin !, Kerana antara anda dengan bencana itu ada suatu pintu yang terkunci rapat”. 
Tanya Umar, “Apakah pintu itu dipecahkan orang atau dibuka orang”?.
Tidak dibuka, tetapi dipecahkan orang”. 
Kata Umar, “Kalu begitu patutlah pintu itu tidak lagi dapat dikunci untuk selama-lamanya”. 

Kami bertanya kepada Khuzaifah. “Tahukah Umar pintu yang mana”. Jawab Khuzaifah, “Ya !, saperti yang diketahui oleh Umar pada malam besok hari”.-Hadis Sahih Muslim.

Pintu yang diperkatakan oleh Khuzaifah dan Khalifah Umar ra itu ialah kematian Umar ra pada malam besoknya. Pada malam besoknya Umar dibunuh ketika menjadi imam bersembahyang oleh seorang Majusi. Selepas kematian umar ra beliau di ganti oleh Saidina Uthman bin Affan, dan di zamannya terjadilah pembangkangan politik sehingga terjadi pemberontakan dan mengakibatkan Saiidina Uthman terbunuh. 

Kematian Umar menjadi pemisah kepada dua zaman yang berlainan. Iaitu dimana zaman Abu Bakar ra yang tidak ada pembangkangan politik dan begitu juga di zaman Umar ra. Di zaman Uthman ra dan zaman Ali kw terjadi pembangkangan politik, ia membawa banyak fitnah dan huruhara. Terjadi hasil dari pembangkangan politik itu. 

Pembangkangan ini pula bukanlah dibuka atau ditaja atau direstui oleh khalifah yang memerintah saperti mengadakan pemilihan semula khalifah dan sebagainya, walaupun ada umat Islam yang menyuruh Saidina Uthman meletak jawatan. Jika Saidina Uthman bersetuju meletak jawatan, maka pemilihan semula berlaku dan ini adalah pembangkangan yang dibuka. Demikian juga di zaman Saidina Ali, beliau tidak mengadakan parti pembangkang, tetapi beliau tetap ditentang oleh Muawiyah, dan ini juga tidak ditaja oleh umat Islam. Tetapi dipecahkan dan diusahakan oleh Muawiyah. 

Kata Saidina Umar pintu fitnah pembangkangan ini tidak dapat ditutup selama-lamanya. Kerana itulah ada sahaja pembangkangan politik yang akan berlaku. Ianya dapat dikawal, tetapi tidak dapat dihapuskan sama sekali. Lebih-lebih lagi amalan politik Barat yang mewajibkan ada parti pembangkang menjadi amalan seluruh dunia, termasuk negara-negara Islam. 

Apabila Saidina Umar ra di lantik menjadi Khalifah, beliau berucap di khalayak ramai. Antaranya kata beliau, jika aku tidak betul maka luruskanlah aku. Maka bangun seorang dengan pedangnya berkata jika engkau tidak betul akan diluruskan dengan pedang. Ini menunjukkan semangat penentangan itu telah bertapak se awal-awal zaman khalifah lagi. Saidina Umar tidaklah menyuruh umat Islam bertindak sekeras itu, ia bermaksudkan ingatkan dirinya. 

Adalah tidak beradab mengangkat pedang di hadapan seorang Khalifah dan dijamin syurga pula oleh Rasulullah saw. Tindakan dengan pedanglah yang membawa padah kepada Saidina Uthman ra dan Saidina Ali kw. 

Malah pembangkangan ini juga telah timbul di zaman Rasulullah lagi apabila seorang yang berjanggut lebat, mata cekung dan dahinya menjorok menegur Rasulullah supaya baginda takut kepada Allah swt. Ini adalah salah, kerana Rasulullah saw tidak perlu di ingatkan oleh manusia tentang hal ehwal agama, tetapi boleh memberi pandangan tentang hal ehwal adat dan cara dalam hal-hal keduniaan. Ini kerana dia sentiasa dalam peliharaan Allah dan tidak mungkin melakukan maksiat dan melakukan kesalahan dalam hal agama. Jika ada kesalahan kecil dalam tugas, maka Allah swt sendiri meluruskannya. 

Pernah berlaku Rasulullah saw meninggalkan seorang buta dan menghadap seorang bangsawan Quraisy apabila keduanya datang bertanya mengenai agama Islam. Allah swt menurunkan ayat Alquran menegur Baginda Rasulullah saw. 

Dalam kes ini, manusia berjanggut tersebut adalah manusia biadap dan mempunyai sikap keterlaluan. Di mana manusia saperti inilah yang meniup semangat penentangan (pembangkangan) terhadap para pemimpin dan akhirnya lahirlah militan yang bersemangat saperti dirinya.dan menjadi pengganas dunia. Malah setengah dari mereka membunuh orang Islam dan para pemimpin negara Islam yang tidak bersetuju dengan cara mereka. Kita boleh lihat apa yang berlaku di Linya, Iraq dan beberapa negara Islam yang bergolak.

Dalam zaman di mana amalan demokrasi bebas Barat ini berleluasa maka pembangkangan pun dibenar diamalkan dengan meluas dan merata tanpa mengingat lagi bahawa politik pembangkang ini tidak ada dalam kamus politik Islam. Amalan yang ditiru dari Barat ini menyebabkan politik umat Islam sentiasa tidak tenteram hasil asak mengasak antara parti kerajaan dan parti pembangkang. Fitnah ini tidak akan membuah kebaikan. Bagi Barat sistem ini memberikan menfaat kepada mereka dengan memecah kecilkan umat Islam. 

Lagi pun Rasulullah saw pernah bersabda ada tiga zaman terbaik iaitu zamannya, zaman Abu Bakar dan zaman Umar. Tidak ada zaman terbaik yang keempat. Sekarang ini negara demokrasi masih berada diatas landasan sunnah politik Islam, iaitu pemimpin dipilih. Ada jejak-jejak kenabian walaupun tidak sepenuhnya sunnah, kerana zaman nabi saw tidak ada pembangkang dan Rasulullah saw sendiri tidak mendaftarkan parti pembangkang. 

Begitu juga di zaman Abu Bakar ra dan Umar ra, tidak ada pembangkang walau pun Abu Bakar tidaklah sebaik Rasulullah saw dan Umar pula tidaklah sebaik Abu Bakar. Sistem politik yang mewajibkan ada pembangkang menjadi perbezaan antara amalan politik demokrasi kini dengan demokrasi Rasulullah saw dan para sahabat. 

Namun pembangkangan ini telah terjadi dan tidak akan berhenti. Manusia memang makhluk yang suka membangkang tanpa usul periksa. Di zaman terbaik Islam itu, pemimpin dipilih dan pembangkang tidak ada atau tidak dibuka. Mereka mengamalkan syura iaitu nasihat dan berbincang. Di zaman kita sekarang ini pemimpin juga dipilh tetapi pembangkangan berlaku dan dibuka pula. Di sesetengah negara Islam pembangkangan yang dibuka secara dekmorasi telah beralih menjadi pembangkangan bersenjata saperti Di Indonesia dan Algeria.

Inilah perbezaan Sunnah Pemerintahan Islam di zaman terbaik Islam dengan Sunnah Pemerintahan Islam sekarang ini. Pemerintahan kini telah kembali mengikut jejak kerasulan iaitu pemimpin dipilih dan bukannya lagi warisan saperti yang berlaku dalam pemerintahan monarki iaitu pemerintah beraja. Namun perpecahan telah terjadi akibat di buka pintu bangkangan (pembangkang).

Di zaman Saidina Uthman ra, banyak orang Islam yang suka memburuk-burukkan beliau. Ubaidullah bin Umar yang diampunkannya kerana membunuh juga sangat kuat mengkeritik beliau. Kerana terlampau banyak orang bercakap tentang politik dan membangkang inilah terjadinya pemberontakan dan Saidina Uthman dibenci langsung dibunuh. Zaman bagindalah bermulanya fitnah dalam pemerintahan.

Di zaman Saidina Ali, pembangkang politik bertukar menjadi pemberontakan. Pemberontakan ini diketuai oleh Muawiyah. Semasa berperang dengan Saidina Ali, kuasa politik negara Islam tidak berkembang lagi saperti di zaman Umar ra. Muawiyah terpaksa berdamai dengan tentera Rome dan membayar sejumlah wang yang banyak. Tenaga umat Islam masa itu digunakan untuk memusnahkan sesama sendiri.

Pembangkang Muawiyah adalah orang yang bertanggung jawab diatas kejadian dan fitnah yang buruk itu. Saidina Ali ra tidaklah boleh disalahkan. Ini kerana Saidina Ali adalah orang terjamin syurga dan digelar "Pintu Ilmu" sementara Muawiyah tidak ada kelebihan sedemikian. Mencegah negara Islam dari mempunyai dua khalifah adalah tugas khalifah awal dilantik.

Semasa Muawiyah masih kecil, beliau sedang tidur di riba Nailah, kakaknya, dan Rasulullah saw berkata “Engkau sayangkah kepada adik engkau itu, sesungguhnya dia akan menjadi orang besar islam seluruhnyanya”. Setelah dewasa Muwawiyah berkata, “Perkataan itulah yang aku selalu ingat”. Rupanya percakapan Rasulullah saw menyebabkan Muawiyah mempunyai niat kepada politik yang kuat, sehingga sanggup berperang dengan "pintu ilmu" itu, iaitu Saidina Ali kw.

Muawiyah sepatutnya mengerti apabila Rasulullah berkata sesuatu perkara, tentu akan terjadi. Jika beliau tidak berperang dan tidak meminta pangkat sekalipun beliau tetap akan menggantikan Saidina Ali kw disatu hari nanti. Jika beliau taat kepada Ali maka beliau tetap akan dilantik oleh umat islam kerana pada ketika itu beliau sahajalah ahli politik yang bijak. Namun begitu beliau mengambil keputusan berperang untuk mendapat kuasa. Jadi terpaksa melangkah seratus ribu nyawa atau lebih.

Demikianlah juga keadaan pemimpin PAS di negara kita. Jika mereka mencampurkan diri dalam UMNO atau Barisan Nasional, mereka tidak akan rugi. Jika telah tertulis, Allah menetapkan mereka akan muncul sebagai pemimpin negara, mereka akan dapat juga jadi Perdana Menteri melalui taat setia kepada kepimpinan yang ada. Jika mereka tetap mahu berpecah dan berjuang sendirian tanpa melibatkan UMNO mereka mungkin juga akan dapat kuasa, tetapi kemungkinan besar setelah menempuh huru hara dan kekacauan. Atau setelah orang Islam Melayu di Malaysia kehilangan kuasa politik kerana berpecah belah.

Segeralah bersatu untuk membangunkan sistem pemerintahan Islam. Susah sangatkah untuk kita bersatu hati untuk menyerang kembali anasir subersif yang sedang merosakkan agama? Yahudi dan Nasrani telah bersatu hati mengganyang Islam. Kita orang Islam masih lagi bertempur sesama sendiri. Kemanakah hala tuju kaum malang ini dan mampukah mempertahankan kesucian agama tercinta? Mustahil.

Segera masuklah dalam satu saf, kurangkan peselisihan dan jauhi sikap benci membenci. Jauhi iri hati keduniaan kerana dunia ini tidak pernah akan kekal. Jadilah barisan pendesak dari dalam, inilah masanya untuk wujudkan perkongsian kuasa yang dituntut agama. Tak perlulah menoleh kebelakang lagi kerana bukti nyata Islam sedang diperkosa. Sukarkah manusia Melayu ini untuk bersatu? Tidak, tetapi ada dalang yang mengeturkannya sebegitu. Siapa yang akan menjadi mangsa? Anda, saya dan seluruh kaum Muslimin. Ulama menjadi pembimbing umara. Mendesak supaya mengaturkan peralihan sistem dari sisten zionis kepada sistem sunnah. Kenapa tak lakukan? Ia disebabkan oleh kepentingan dunia dan rasa tidak sabar.

Jika kaum skular mempunyai naluri keduniaan ia tidaklah menghairankan, tetapi jika kaum ulama juga mempunyai naluri yang sama, amatlah malang bagi kaum Muslimin. Kaum ulama harus tonjolkan sifat mulia seperti sabar, ikhlas, memaafkan, tawakkal dan sebagainya untuk dicontohi. Bukannya bersaing sebagaimana mereka yang sekular.

Yahudi dan Nasrani tidak pernah berputus asa menyerang Islam dan memecah belahkan perpaduan Muslimin. Bagaimana kita boleh berputus asa untuk bersatu dan dalam masa yang sama mengiakan apa yang dipersiapkan oleh Yahudi dan Nasrani untuk kita. Kenapa? Ia disebabkan dendam, benci dan sentiasa membuka hati untuk mendengar hasutan.

Bersatu sahaja caranya untuk menentang segala sistem yang dipaksakan oleh Yahudi dan Nasrani. Selain itu kita hanya berangan-angan dengan berbagai resolusi itu dan ini. Oleh itu sediakanlah tapak yang sesuai untuk Islam bangun kembali. Tolak pemerintah dan tolak pembangkang dan pilih jalan baru? Dimanakah jalan baru itu?

Kita semua tahu Yahudi bergabung dengan Nasrani (yang tersesat) untuk melumpuhkan Islam melalui rangkaian Zionis antarabangsa seperti beberapa pertubuhan rahsia mereka termasuk Jesuits, NED, CFR dan PBB yang amat terkenal itu. Kita tidak layak mendapat kemenangan dengan menyertai mereka. Abaikanlah alasan seorang pemimpin totok yang gilakan wang lobi Yahudi tersebut. Sanggup gadaikan apa sahaja demi dana besar untuk berjaya dalam perjudian politik.

Bangunkan kumpulan pendesak dalam kepimpinan negara dan sentiasa memantau program kerajaan supaya tidak menyalahi syarak. Dengan perlahan-lahan kita hapuskan sistem perundangan dan kewangan Yahudi ini.

Semoga bermenfaat


tulisan zabada


Tuesday, January 17, 2012

Kekalutan Terselindung

Buatlah pertimbangan, kita teliti suara pengikut DSAI.





petikan dari Suara Pakatan Rakyat  Dis 16 2011


WALAUPUN pahit, kita terpaksa mengakui bahawa penggulungan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kita dikasihi tidak berakhir dengan begitu baik. Apalah daya seorang individu melawan seluruh sistem kehakiman dan kerajaan. Namun, apa yang kita kesali ialah sikap yang diambil oleh peguam bela, terutamanya Karpal Singh sebagai ketua yang seolah-olah tidak mencuba sebaik mungkin dan mengaku kalah sebelum berjuang ke titisan darah yang terakhir.

Komen-komen Karpal kepada media bila ditanya mengenai kes ini juga menunjukkan yang dia sudah putus asa. Sikap ini dapat dilihat dari tindakan Karpal menyerahkan penggulungan kepada dua peguam junior iaitu Sankara Nair dan Ram Karpal secara bergilir dan tidak melakukannya sendiri sehingga akhir sepertimana sepatutnya.

Akibatnya, hujah penggulungan dilihat tidak konsisten dalam menyatakan pembelaan. Malah, kita juga amat terkejut apabila Karpal seolah-olah cuba menggambarkan yang kejadian liwat itu berlaku secara suka sama suka.

Antara hujah yang digunakan ialah Saiful punya banyak peluang untuk keluar dari bilik tidur itu sebelum dakwaan liwat itu dilakukan dan beliau memilih untuk tidak berbuat demikian. Karpal langsung tidak mempertikaikan tarikh, masa dan tempat kejadian iaitu di unit 1151 walaupun cuba menimbulkan keraguan terhadap unit tersebut sebelumnya.

Karpal juga tidak mempertikaikan dakwaan mengenai kewujudan KY Jelly dan bahawa Saiful makan karipap serta minum kopi selepas kejadian. Selain dari itu, penampilan Najwan Hilmi sebagai saksi pembelaa dan provokasi seolah-olah cuba untuk menggambarkan Saiful sebagai seorang gay hanya menguatkan lagi bahawa liwat benar-benar berlaku.

Pembelaan diri yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar dari kandang tertuduh di mana, pastinya atas nasihat dan hujah-hujah yang disediakan Karpal juga, tidak terdapat satu pun hujah yang menerangkan bagaimana konspirasi dilakukan sehingga membolehkan DNA Anwar dijumpai di dalam dubur Saiful. Malah, nasihat Karpal untuk membiarkan bela diri dilakukan dari kandang tertuduh yang tidak boleh disoal-balas juga jelas adalah satu nasihat yang salah.

Karpal pula menyediakan hujah-hujah secara am sahaja dalam menafikan bukti saintifik yang dikemukakan pendakwa. Lebih dari itu, semua saksi pembela yang dibawa Karpal terbukti tidak punya kredibiliti dan kenyataan mereka dengan mudah boleh dipertikai dan dipatahkan oleh pendakwa.

Satu persoalan yang bermain di kalangan penyokong Datuk Seri Anwar ialah, tidak mungkin Karpal tidak terlebih dahulu menyelidik latar belakang saksi-saksi pembela yang dikemukakannya. Apakah Karpal tersilap terlalu memandang rendah terhadap pihak pendakwa dan menyangka yang mereka tidak akan mampu mendedahkan latarbelakang yang meragukan saksi-saksi yang dikemukakannya? Inikah sikap peguam yang kononnya tersohor?

Politik apa yang dimainkan Karpal sehingga memerangkap Datuk Seri Anwar?

Karpal mungkin menyangka yang hujah mengesahkan bahawa kejadian liwat berlaku secara suka sama suka akan membantu Anwar mendapat sokongan luar. Namun, sedarkah Karpal impak hujah sedemikian terhadap sokongan terhadap Anwar dari kalangan umat Islam?

Tidak mungkin Datuk Seri Anwar yang warak itu melakukannya secara suka sama suka mahupun paksa. Sebagai seorang Muslim yang beriman Datuk Seri Anwar pasti tahu bahawa liwat adalah satu dosa besar yang dilaknat Allah S.W.T. Perlakuan sedemikian akan menyebabkan Nabi Muhammad tidak mengaku sebagai umatnya.

Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Luth.” (Hadis riwayat Ibn Majah, at-Tirmidzi dan al-Hakim).

Tabiat suka kepada pasangan sejenis bermula pada zaman kaum Nabi Luth yang gemar hidup menentang arus, mengikut nafsu serakah tanpa mempedulikan nilai agama dan kemasyarakatan. Walaupun Nabi Luth menasihati mereka, ia tidak diterima sedikitpun, sehinggakan tetamu baginda sendiri mahu diusik. Disebabkan itu, mereka ditimpa musibah yang sungguh dahsyat, buminya tenggalam sehingga menjadi lautan.

Kisah ini diceritakan dalam al-Quran melalui beberapa surah, antaranya surah al-Akabuut, an-Naml dan al-Hijr.

Jelas di sini, bahawa Karpal Singh sudah benar-benar terlalu angkuh dan tidak membuat kerjarumah dengan baik bagi membela Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak hairanlah terdapat desas-desus bahawa berlaku perbalahan di kalangan peguam-peguam Datuk Seri Anwar yang menimbulkan dolak dalih dalam membuat keputusan sama ada untuk mengsapina Tan Sri Musa Hassan. Perbalahan ini tidak mungkin berlaku jika Karpal adalah seorang ketua yang baik.

Amatlah malang bagi Datuk Seri Anwar kerana terperangkap dalam keangkuhan Karpal. Kes ini mungkin tidak akan berakhir begini jika Karpal lebih bertanggungjawab serta tidak bersikap terlebih yakin.

Oleh: Azman Ariffin




petikan dari Suara Pakatan Rakyat  Jan 16 2012 



SIDANG media oleh Datuk Dr. Hasan Ali dirumahnya sebentar tadi berakhir dengan antaranya ‘ikrar’ Hasan Ali untuk mengadakan ‘road tour’ seluruh Malaysia untuk mendedahkan siapakah dia ‘golongan parasit’ dalam PAS yang dituduh menghalang tugasnya ‘melindungi Islam’ di Selangor.

Pertemuan dengan media ini adalah pertama kali diadakan sejak Hasan Ali dipecat dari jawatannya sebagai Exco Kanan di Selangor pada minggu lepas.

Penulis yakin, peluang mengadakan road tour ini bukan sahaja digunakan untuk mendedahkan golongan parasit yang diperkatakan, sebaiknya juga untuk mendedahkan segala ’keburukan’ dalam PAS dan pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu sendiri.

Malah penulis juga dimaklumkan bahawa Hasan Ali akan turut menjaja isu moral Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh tidak sesuai dengan norma kehidupan bermasyarakat di Malaysia, walaupun Anwar telah diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lepas.

Persoalannya sekarang, sejauh manakah PAS dan Pakatan Rakyat sendiri bersedia untuk menghadapi ‘tindak balas’ oleh Hasan Ali ini?

Penulis kurang bimbang dengan soal pentadbiran dalam kerajaan Negeri Selangor kerana walaupun telah dipecat, Hasan Ali masih terikat dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk melindungi maklumat-maklumat sensitif. Yang penulis bimbangkan ialah kesannya kepada politik PAS.

Penulis yakin, setelah bersama-sama dengan parti tersebut sejak lebih 12 tahun dahulu, disamping pernah memegang pelbagai jawatan dalam parti, Hasan Ali sudah tentu terdedah dengan pelbagai maklumat dalaman yang boleh diputar belitkan.

Tambahan lagi bila masih ada segelintir ahli PAS yang keliru dengan perubahan dasar parti tersebut apabila memilih untuk menganggotai Pakatan Rakyat, terutama kerjasamanya dengan DAP yang menyaksikan dasar negara Islam digugurkan untuk diganti dengan Negara Berkebajikan.

Diperingkat pentadbiran kerajaan negeri, penulis yakin, Hasan Ali akan menggunakan sepenuhnya isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama sebagai alasan kenapa dia disingkirkan dari PAS dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Hasan Ali akan menjadikan ketegasannya di dalam isu tersebut untuk menggambarkan dirinya sebagai hero kepada umat Islam dan orang teraniaya dalam masa yang sama. Keadaan ini boleh mendatangkan kesan yang amat tidak baik untuk masa depan politik PAS.

Penulis harap PAS dan Pakatan Rakyat bersedia untuk mematahkan segala hujah Hasan Ali nanti. Jika perlu memohon injuksi Mahkamah untuk menghalang Hasan Ali dari mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengelirukan yang boleh merosakkan PAS.

Tindakan sama juga perlu diambil kepada kepimpinan PAS sedia ada yang dilihat bersengkongkol dengan Hasan Ali seperti Nasharudin Mat Isa. Jika tidak dibendung dari awal, ‘barah’ yang baru saja diubati ini akan melebar menjadi barah baru pula.


petikan dari Suara Pakatan Rakyat Jan 17 2012




DI PERINGKAT dalaman kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidaklah menjadi satu rahsia lagi akan kewujudan 2 kelompok pimpinan yang masing-masing cenderung kepada Presiden parti, Datin Sri Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden, YB Azmin Ali.

Penulis dimaklumkan bahawa bibit-bibit perpecahan ini sudah bermula sejak kempen pemilihan Nasional PKR 2010 lagi dan semakin menjadi ketara apabila Azmin Ali memenangi jawatan Timbalan Presiden.

Ketika kempen pemilihan Nasional 2010 berlangsung, sokongan penuh Wan Azizah ke atas pencalonan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden parti menjadi persoalan umum kerana logiknya, Azmin Ali yang lebih layak kerana sudah bersama-sama dengan parti sejak mula ditubuhkan, di samping kesetiaannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak boleh dipersoal sesiapa.

Berdasarkan maklumat yang penulis terima, antara kepimpinan parti yang diketahui cenderung kepada Wan Azizah ialah YB Fuziah Salleh, YB Nurul Izzah, YB Tien Chua, YB Xavier Jayakumar, Mustapha Kamil Ayub, Shamsul Iskandar, YB Yusmadi, YB Elizabeth Wong, YB William Leong, YB Sivarasa dan YB Dr Mansor Othman.

Manakala pemimpin parti yang berdiri teguh di belakang Azmin Ali ialah N.Surendran, YB Zuraida, YB Dato Kamarul Baharin, YB Dato Johari Abdul, Rafizi Ramli, Latheefa Koya, YB Haniza Talha, YB Nik Nazmi, YB Abdullah Sani dan YB Azan Ismail.

Walaupun perpecahan ini cuba diselindungkan dari penglihatan ahli di peringkat akar umbi tapi sudah kedengaran suara-suara kecil yang bertanya kenapa setiap kali program di kawasan salah seorang dari kumpulan yang disebutkan di atas, pihak yang satu lagi tidak hadir?

Sebagai contoh, program parti di kawasan Nurul Izzah iaitu Lembah Pantai, tidak akan dihadiri oleh Azmin Ali. Begitu juga sebaliknya dengan program parti di kawasan Gombak di mana Azmin sebagai ahli Parlimennya, juga tidak akan dihadiri Nurul Izzah.

Hal yang sama juga berlaku dalam kontroversi membabitkan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Pahang. Kilang Lynas tersebut terletak di kawasan Balok, dalam Parlimen Indera Mahkota yang dikuasai Azan Ismail tapi kenapa pula Fuziah Salleh sebagai ahli Parlimen Kuantan yang menjuarai isu tersebut?

Mungkin Fuziah diarahkan pucuk tertinggi parti untuk memimpin isu tersebut atas sebab-sebab tertentu, tapi menjadi kehairanan ramai (termasuk penulis sendiri) kenapa beliau tidak pernah merujuk kepada Azan Ismail dalam banyak hal terutama yang membabitkan penduduk kawasan sekitar Balok di mana lokasi kilang tersebut terletak.

Sudah tentu bila bercakap tentang hubungan Wan Azizah dan Azmin Ali, penulis tidak rasa persoalannya ‘siapa’ tapi lebih kepada ‘apa’ yang menyebabkan perkara ini berlaku?

Penulis tidak mahu mengulas panjang mengenai hal tersebut, cuma apa sekalipun masalahnya, penulis menyeru agar semua pihak terlibat mengenepikan masalah peribadi masing-masing dan meletakkan kepentingan parti di kedudukan tertinggi sekali.

Lebih lagi dalam keadaan parti sedang sibuk menyiapkan diri untuk menghadapi pilhanraya umum ke-13 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa, keadaan sedemikian sudah tentu tidak sihat untuk parti dan ahli-ahli dibawah.

Walaupun Datuk Seri Anwar sudah dibebaskan dari pertuduhan liwat yang membelenggu beliau selama 3 tahun kebelakangan ini, tapi itu tidak sama sekali bermaksud parti sudah terlepas dari masalah yang boleh menggugat peluang parti untuk menguasai Putrajaya.

Sebaliknya ada lebih banyak isu-isu semasa yang perlu diberi penekanan dan semua ini menuntut kerjasama semua pihak dalam kepimpinan tertinggi parti.

Sedarlah, perpecahan dalaman boleh menjadi barah peringkat bahaya lebih-lebih lagi apabila ada yang berani mensabotaj. Belajarlah dari kesilapan UMNO.



petikan dari Suara Pakatan Rakyat  Jan 17 2012

NGO bagi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mungkin sekali lagi akan turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Bercakap kepada media selepas melancarkan kempen pendidikan kepada pengundi di Kuala Lumpur hari ini, pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata beliau khuatir kerajaan tidak akan mempertimbangkan syor dan cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi pembaharuan pilihan raya di negara ini.

“PSC boleh tampil dengan syor dan cadangan mereka, tetapi kerajaan tidak akan melaksanakannya.

“Jika mereka tidak penuhi syarat dan cadangan yang dikemukakan, saya tidak tolak kemungkinan kita anjurkan satu lagi perhimpunan BERSIH sebelum pilihan raya,” katanya.

Ambiga memimpin perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lalu dengan ribuan rakyat dari pelbagai latar berhimpunan di ibu negara bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

Beliau juga melahirkan rasa kekecewannya dengan laporan pertama PSC.

Katanya, walaupun penggunaan dakwat kekal yang dikemukakan oleh PSC adalah hanya “satu daripada lapan tuntutan (BERSIH), namun ia permulaan baik.

“Saya menantikan lebih banyak syor dan cadangan dalam laporan kedua PSC,” katanya.

Pada sidang akhbar itu, Ambiga juga mengumumkan bahawa Sasterawan Negara Datuk A Samad Said akan dilantik sebagai pengerusi bersama BERSIH dan aktivis pelajar Shukri Abdul Razab pula sebagai anggota jawatankuasa pemandu.



FAKTA YANG TIDAK DIAMBIL HIRAU

Mampukah keamanan di Malaysia dapat bertahan? Atau ada permainan baru menggerakkan demonstrasi dan bantahan selepas reformasi, siri BERSIH dan BA901? 

Barat tidak pernah senang selagi negara ini tidak hancur sebagaimana bangsa Arab.

Bagaimanakah caranya kita menghalang kekacauan yang tidak memberi sebarang faedah ini dari berlaku?

PERCIKAN DARAH untuk SIAPA?
Iraq, Pakistan, Afghanistan terus bergolak
Mesir masih bergelora
Tunisia semakin miskin
Libya semakin kacau, membunuh sesama Islam
Syria berada di ambang kemusnahan

Bagaimana nasib Malaysia?
Apa bakal terjadi kepada Indonesia?




Monday, January 16, 2012

Dajajilah dan Dajal


cabaran menanti



oleh Fathul Bari Mat Jahya (ustaz)


SABDA Nabi Muhammad SAW, “Wahai manusia sesungguhnya sejak Allah menciptakan Adam sampai hari kiamat, tidak ada makhluk di muka bumi ini yang fitnahnya lebih besar daripada Dajal.” (riwayat Muslim, no: 2946)

Terdapat banyak hadis Nabi SAW tentang sifat-sifat dajal antaranya;

Nabi SAW bersabda: Dia ialah seorang lelaki yang gemuk, berkulit merah, berambut kerinting, matanya buta sebelah dan mata tersebut seperti buah anggur yang masak -tidak bersinar-. ” (riwayat al-Bukhari, no: 3441)

Sabda baginda lagi: “Di antara dua matanya termaktub tulisan “kafir”. (riwayat al-Bukhari, no: 7131)

Dan dalam satu riwayat:

“Dapat dibaca oleh setiap orang mukmin, baik ia tahu tulis baca mahu puntidak,” (riwayat Muslim, no: 2934).

Sifat-sifat Dajal

Dr. Yusuf ‘Abdillah al-Wabil membuat kesimpulan ringkas tentang sifat Dajal berasaskan hadis-hadis yang sahih bahawa: Dajal ialah seorang pemuda yang berkulit merah, pendek, berambut kerinting, dahinya lebar, bidangnya lebar, matanya buta di sebelah kanan, dan mata tersebut tidak menonjol keluar juga tidak tenggelam, seolah-olah buah anggur yang masak -tidak bersinar dan matanya sebelah kiri ditumbuhi daging yang tebal pada sudutnya. Di antara kedua matanya terdapat tulisan huruf kaf, fa’, ra’, secara terpisah, atau tulisan “kafir” secara bersambung yang dapat dibaca oleh setiap muslim sama ada yang tahu menulis mahupun yang tidak tahu menulis. Di antara tandanya lagi adalah mandul serta tidak mempunyai anak,”. (lihat: Ashraathu al-Saa‘ah, oleh Dr. Yusuf al-Wabil, hal. 277-278, cet. Dar Ibnu al-Jauzi, Riyadh, cet.5, 1995M).

Pengertian “Dajal” dalam bahasa Arab adalah: Segala bentuk pendustaan. Ia juga bermaksud menutup kebenaran dengan kebatilan. (lihat: Syarh Shahih Muslim, oleh Yahya bin Syarf al-Nawawi (w.676H), 1/72, Dar al-Khair, Kaherah, 1996M)

Dusta

Daripada penjelasan di atas, dapatkita fahami bahawa branding yang dibawa oleh Dajal adalah “Dusta”. Perkataannya dusta, perbuatannya dusta, dan segala-galanya ditegakkan dengan pendustaan.

Sabda Nabi SAW: “Tidak ada seorang nabi pun kecuali beliau akan memperingatkan umatnya daripada Dajal. Matanya buta sebelah dan pendusta.” (riwayat Muslim, no:2933)

Bahkan Dajal membuat tawaran dusta syurga dan neraka. Sedangkan syurga Dajal adalah neraka Allah, manakala neraka Dajal adalah syurga Allah. Si Dajal akan ke sana kemari membawa tawaran tersebut untuk mempengaruhi manusia.

Sabda Nabi SAW “Mahukah aku sampaikan kepada kalian tentang Dajal seperti yang telah disampaikan oleh para nabi kepada kaumnya? Dia buta sebelah matanya, membawa sesuatu seperti syurga dan neraka. Yang dia katakansyurga pada hakikatnya adalah neraka.” (riwayat Muslim, no:2936)

Disebabkan pengaruh dajal yang berasaskan dusta sangat berbahaya, Nabi SAW mengarahkan umatnya agar menghalang para isteri dan anak-anak perempuan keluar rumah ketika Dajal muncul.

Sabda Nabi SAW: “Orang yang paling banyak mengikuti dajal adalah para wanita. Maka akan ada seseorang yang akan pulang ke rumahnya, lalu menasihati mertuanya, ibunya, anak perempuannya, saudara perempuannya dan ibu saudaranya kerana khuatir merekaakan keluar menyertai dajal.” (riwayat Ahmad, no:5353)

Kemunculan Dajajilah

Walaupun Dajal yang disifatkan oleh Nabi SAW belum muncul, tetapi branding Dajal iaitu “Dusta” telah bertebaran di atas muka bumi. Pendusta-pendusta ini layak digelar “Dajajilah”. Dajajilah merupakan kata jamak bagi Dajal. Ia merujuk kepada manusia yang bersifat dengan sifat dajal iaitu berdusta.

Mungkin ada pihak yang berkata: perkataan “Dajal” agak keterlaluan untuk diguna pakai. Saya kata: Manusia yang paling mulia iaitu Nabi SAW sendiri menggunakannya untuk menggelar para pendusta. Sabda Nabi SAW: “Akan datang di akhir zaman, dajal-dajal, pendusta-pendusta membawa kepada kalian hadis-hadis yang tidak pernah didengari oleh generasi terdahulu. Hati-hatilah dengan mereka, agar mereka tidak menyesatkan kamu atau melakukan fitnah ke atas kamu”. (riwayat Muslim, no:11)

Hari ini, dajajilah berada di mana-mana. Dalam politik dajajilah beraksi di pentas-pentas ceramah. Menuduh, memfitnah, berdusta, mengumpat, mengaibkan orang lain adalah portfolio dajajilah kini. Perkataan seperti, “dia rompak wang rakyat”, “dia makan duit zakat”, “dia penzina dan peliwat”, “dia kafir dan sesat”, “dia ahli neraka kita ahli syurga”, “mereka ulama upahan kita ulama Tuhan” dan lain-lain lagi mewarnai politik Malaysia. Hanya kerana berbeza ideologi politik, umat Islam bercakaran sesama sendiri.

Mana bukti? Mana saksi? Tuduhan, fitnah dan menyebarkan aib musuh dilakukan hanyalah untuk merosakkankarier politik seseorang.

Lebih menyedihkan sebahagian agamawan turut melibatkan diri dengan agenda dajajilah. Mereka tidak segansilu menuduh, memfitnah orang yang dilihat tidak sealiran. “Bodoh, bengong, beruk bahkan kafir sesat, kekal di neraka” menjadi perkataan yang sangat ringan diucapkan dan disandarkan kepada musuh-musuh mereka. Mereka teruja dengan tepukan, mereka berbangga dengan sorakan dan pujian.

Isunya adalah sikap tidak meneliti dan menganalisis sebelum menghukum. Jika tidak mampu atau tidak mahu menganalisis, maka jangan menghukum. Mana mungkin seorang ilmuan berbicara tanpa fakta. Jika pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak kerana keraguan pada bukti, maka lebih-lebih lagi dalam hal-hal agama.

Maka tolaklah mana-mana pendapat yang tidak bersandarkan bukti. Bagi yang menghadiri kelas-kelas pengajian ilmu sesiapapun, maka mintalah bukti dan fakta atas setiap hukum yang disebutkan. Kadang kala kecuaian kita menyebabkan dajajilah bermaharajalela.

Takutilah Muflis Akhirat

Takutilah kita semua dengan ancaman muflis di akhirat. Muflis di dunia mungkin ada pembantunya, tetapi muflis di akhirat pasti merana selamanya.

Sabda Nabi SAW: “Tahukah kamusiapakah itu orang yang muflis?”, Para sahabat menjawab, “Orang yang muflis ialah orang yang tidak ada dirham atau tidak ada harta benda”.

Sabda baginda: “Sesungguhnya yang muflis daripada umatku, dia akan datang pada hari kiamat dengan solat, puasa dan zakat. Dan dia datang dengan dosanya mengutuk sifulan, dan dosa dia menuduh sifulan berzina, dan dosa dia telah makan harta sifulan, dan dia telah menumpahkan darah sifulan, dan dia telah memukul sifulan. Maka diberikan kepada fulan-fulan yang dia zalimi daripada kebaikannya. Jika habis kebaikannya sebelum diselesaikan segala kezalimannya, maka diambil daripada kesalahan-kesalahan orang yang dizaliminya dan dicampakkan ke atasnya. Kemudian dia dicampakkan ke neraka” (riwayat Muslim, no: 2581)

Bagi yang telah terlanjur, pintu taubat masih terbuka. Bagi yang menjadi mangsa, kemaafan dan kesabaran adalah pengubat jiwa.

sumber:IADC

Saturday, January 14, 2012

Melayu iktiraf komunis sebagai pejuang negara - satu analisa

Satu artikel AfterDark:
MALU BESAR MELAYU TAHUN 2011



Kenapa saya menulis dalam bahasa melayu kali ini?

Sebab saya malu hendak berkongsi kandungan artikel ini dengan sahabat-sahabat saya daripada kumpulan Pemerhati (Watchers Group) yang merupakan pembaca teramai melawati laman blog saya ini.

Kenapa pula saya malu? Ini alkisahnya..

Kelmarin ayah dan ibu saya datang ke rumah saya untuk melawat cucu-cucunya (bukan nak melawat saya dan isteri pun.. semenjak ada cucu ni maka anak dan menantu turun kasta). Jadi semasa berbual-bual semasa makan malam, ayah saya menceritakan diskusi yang berlaku antara dia dan Herman iaitu warga Indonesia yang digaji sebagai pemungut buah kelapa sawit di kebun 15 ekar ayah saya.

Sebelum itu perlu saya beritahu dahulu bahawa ramai warga Indonesia yang berkelulusan 'ada-ada' sanggup berhijrah ke Sabah untuk mencari kerja hatta sebagai penjaga kebun. Herman ini sudah lama kami ketahui merupakan siswazah daripada Universiti Negeri Makassar. Kami tidak pernah pula melihat sijilnya namun dia seringkali berkata bahawa dia dari Jurusan Sains Sosial. Yang pasti ialah dia memang petah bercakap dan kelihatan berpelajaran.

Kenapa dia sehingga merantau berkerja kebun? Katanya dia sedang menumpul modal untuk menebus kebun keluarganya di kampung. Ternyata gaji dan komisyen sebagai pengumbul buah kelapa sawit lebih lumayan daripada berkerja kantor di Indonesia.

Oleh kerana ayah saya tiada teman berbual mengenai politik (kerana saya tinggal dan berkerja di daerah lain) maka si Herman inilah yang selalu jadi temannya. Minggu lepas Herman telah bertanya kepada ayah saya mengenai isu Mat Sabu. Kira-kira beginilah bunyi pertanyaannya itu (mengikut kata ayah saya).


Herman "Melayu Malaysia ternyata aneh ya Pak. Masa melayu komunis bisa dianggkat sebagai pahlawan. Malahan yang mengangkat itu agamawan lagi katanya"

Ayah saya menjawab "Biasalah dalam politik. Namanya mahu menang pilihanraya maka semua pun dibohongi asalkan boleh menang undi Cina"

Herman "di Indonesia pun bangsanya lagi gemar berpolitik pak. Malahan di sana lagi besar demonya Pak dan lagi banyak orpol dan parpolnya Pak. Namun tidak pernah ada yang kekeliruan dalam membicarakan kebejatan komunis. Saya jamin kalau ada orang seperti agamawan Malaysia itu di Indonesia, pasti sudah dipenggal kepalanya oleh penduduk kampung".

Ayah saya: "Mungkin keadaan di Indonesia dan Malaysia berbeza".

Herman: "Ampun pak, harap jangan kecil hati ya. Tapi pandangan bapak itu salah. Bangsa Indoesia juga pernah ada Partai Komunis seperti Malaysia. Malahan lebih parah lagi. Semua bangsa Indonesia tahu apa itu Komunis dan apa maunya pak. Itu makanya bangsa Indonesia pengkhianat komunis tiada ampunnya lagi. Malahan Pak Sukarno yang agung menentang Belanda itu langsung saja tumbang kerana kebergantungannya pada Komunis. Jika di Malaysia ada Mat Indera yang picisan itu, di Indonesia kami ada Dipa Nusantara yang tinggi tingkatnya. Itupun langsung dibunuh saja. Tidak ada siapa di Indonesia bakal menyanjung Dipa sebagai perwira Indonesia".

Cerita ayah saya ini sebenarnya kebetulan sekali mengingatkan saya kepada email yang saya terima daripada seorang rakan warga Pakistan yang juga merupakan bekas ahli kumpulan "Pemerhati". Di dalam emailnya itu, beliau sebenarnya mengejek (walaupun secara gaya bahasa tidak langsung) kebodohan sekumpulan Melayu di negara ini yang melakukan sesuatu yang tidak pernah berlaku di mana-mana negara Islam lain di Dunia - iaitu mengiktiraf komunis sebagai pejuang negara.


Jika penyokong PAS/PKR membaca buku Sejarah, mereka patut boleh melihat persamaan pergerakan Komunis di Malaysia dan Indonesia. Contohnya, Partai Komunis Indonesia ("PKI") dan Parti Komunis Malaya ("PKM") ditubuhkan atas arahan Communist International atau Comintern yang dipengaruhi oleh Rusia. Keduanya menggunakan alasan yang sama sebagai alasan penubuhan iaitu perjuangan menentang Penjajah. Malahan jika benarlah komunis melayu itu patut disanjung, maka Melayu Indonesia berhak melakukannya terlebih dahulu kerana berbeza dengan Malaysia, PKI di Indonesia adalah didominasi oleh orang melayu islam malahan Ketua Umum Pertama PKI juga adalah seorang melayu iaitu Semaun Prawiroatmodjo. Lebih hebat lagi, Semaun ini merupakan ahli kumpulan Sarekat Islam.

Anda tentu tidak percaya jika diberitahu bahawa PKI Indonesia merupakan serpihan daripada Sarekat Islam, bukan? Tapi itulah hakikat lucunya. Parti yang akhirnya banyak merusak keamanaan bangsa Indoesia itu adalah berasal dari Sarekat Islam.

Jadi PKI itu adalah pergerakan orang melayu indonesia.. beragama Islam lagi. Jadi kenapa Komunis Indonesia yang majoriti anggotanya melayu islam itu (berbeza dengan PKM yang didominasi cina) akhirnya dibenci bangsa Indonesia?


Jawapannya mudah. Kerana jalan komunis yang dilaksanakan PKI itu keterlaluan jahat. Dalam siri pembunuhan yang dilakukan oleh PKI sekitar tahun 1948, PKI yang dipimpin melayu Indonesia bernama Muso Manowar melaksanakan Modus operandi mendatangi rumah-rumah penduduk dan memaksa setiap laki-laki dan perempuan yang berusia 15 tahun ke atas menjadi anggota PKI dengan yuran Rp 0,10. Sesiapa yang menolak maka kelak dibunuh. Sudah tentu yang paling menolak itu adalah para kiai dan murid-murid sekolah agama. Akibatnya mereka juga dibunuh. Malahan sungai-sungai di Madiun menjadi merah oleh karena darah para kiai dan santri yang dibunuh itu. Peristiwa pembunuhan tokoh ugama ini diingat oleh bangsa Indonesia sebagai Peristiwa Madium.

Aksi berikutnya pada tanggal 13 Januari 1965 sekitar pukul 04.30 subuh, lebih kurang 3,000 anggota PKI yang dipimpin Ketua pengurus cabang Pemuda Rakyat (PR) Daerah Kediri, Soerjadi, mengadakan teror dengan melakukan penyerbuan di desa Kanigoro, Kediri, Jawa Timur. Pada ketika itu ada sekitar 100 orang PII (Pelajar Islam Indonesia) dari seluruh daerah di Jawa Timur yang sedang mengikuti rapat bersama di Masjid At Taqwa selesai salat subuh. Tiba-tiba datang segerombolan orang berpakaian hitam-hitam menyerang mereka. Mereka melakukan pemukulan dan penganiayaan terhadap para kiai dan imam masjid sehingga korba jatuh serta merusak rumah ibadah, bahkan menginjak-injak Kitab Suci Al Quran.

Mereka berteriak “Ganyang santri!”, “Ganyang Masjumi!”, “Ganyang Sorban!”, “Ganyang kapitalis!”, “Ganyang Kontra Revolusi!”, “Dulu waktu peristiwa Madiun besar kepala, kini rasakan pembalasan!”.

Berdasarkan sejarah PKI di Indonesia, dapatlah disimpulkan di sini bahawa orang melayu Islam pun boleh menjadi gelap mata apabila sudah dibutakan hatinya oleh pergerakan komunis di masa itu. Di Indonesia pergerakan komunis bukannya didukung oleh orang cina, sebaliknya kesemua pemimpin PKI yang menjadi dalang dalam kekejaman adalah orang melayu. Oleh itu tidak hairanlah Mat Indera yang dikatakan hafiz Quran itu pun tergamak membiarkan rakan-rakan komunisnya membunuh wanita melayu dan anaknya yang berumur empat tahun semasa serangan di Bukit Kepong.

Walaupun sejarah Indonesia masih mengakui peranan awal PKI yang didukung oleh bangsa melayu dalam penentangan terhadap Belanda, namun bangsa Indonesia sama sekali tidak akan sanggup mengiktiraf melayu-melayu komunis ini sebagai pahlawan. Begitu bencinya mereka pada komunis sehinggakan pada tahun 2001, ribuan penduduk Kaloran, Temanggung, Jawa Tengah bertindak menghalang usaha menguburkan tulang belulang anggota PKI yang dibantai pada 1965. Mereka enggan membenarkan tulang belulang anggota PKI itu dikuburkan di daerah mereka kerana dendam mereka kepada komunis.

Pembantaian 1965 berlaku selepas PKI membunuh 6 jenderal Indonesia dalam cubaan untuk melakukan rampasan kuasa. Pihak tentera yang diketuai oleh Jeneral Suharto segera membalas dengan menangkap dan membunuh anggota-anggota PKI. Akibat oleh dendam kepada PKI terutamanya pembunuhan ahli-ahli agama oleh PKI pada di desa Kanigoro, Kediri, Jawa Timur, rakyat biasa turut turun tangan membantai kesemua anggota PKI.

Kelompok-kelompok pemuda dari organisasi-organisasi muslim barisan Ansor NU dan Tameng Marhaenis PNI membalas dendam di Jawa Tengah dan Jawa Timur sehinggakan Sungai Brantas di dekat Surabaya menjadi penuh mayat-mayat anggota PKI sampai di tempat-tempat tertentu sungai itu "terbendung mayat". Di pulau Bali, yang sebelum itu dianggap sebagai kubu PKI, paling sedikit 35,000 PKI menjadi korban di permulaan 1966.

Di Kediri yang mana sebelum itu dibantai oleh PKI dalam peristiwa 13 Januari, warga masyarakat Kediri melakukan serangan balik dengan memburu para pengikut PKI. Desa Kanigoro dijadikan ajang pembantaian orang-orang PKI, dan mayat mereka dimasukkan ke dalam sebuah tanah galian besar yang saat ini dikenal oleh warga masyarakat sekitar dengan sebutan Makam Parik.

Jika kita lihat apa yang berlaku di Indonesia, ternyata bahawa kebinasaan yang berlaku akibat kewujudan pergerakan komunis adalah adalah sangat dekat sekali dengan sejarah negara kita. Darurat Tanah Melayu berlaku bermula pada 1948 iaitu tahun yang sama komunis di Indonesia membunuh orang awam dan ahli agama dalam tragedi Madium. Dua tahun selepas pembunuhan di Madium, komunis di Malaya pula menyerang dan membunuh anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong. Namun kita di Malaysia masih bernasib baik kerana berkat jasa anggota keselamatan kita, darurat akhirnya tamat pada 1960. Indonesia tidak mempunyai nasib sebaik kita. Pembunuhan massal oleh Komunis masih lagi berterusan sehingga 1965 disusuli oleh rusuhan dan pembunuhan balas dendam ke atas Komunis pada 1965 dan 1966.

Jadi kenapa masih ada di Malaysia yang tidak bersyukur dengan nasib kita yang sebegitu baik? Tidak kah kita menyedari bahawa sekiranya Allah mengizinkan, maka boleh saja DIA menterbalikkan nasib antara Malaysia dan Indonesia pada waktu itu? Dan tidakkah PAS terfikir bahawa jika saja apa yang berlaku kepada ahli agama di Madium, Indonesia pada 1948 itu berlaku di Tanah Melayu, maka yang menjadi mangsa pembantaian komunis sudah tentulah kesemua ahli-ahli parti PAS sendiri?

Di Indonesia, anggota PKI yang sudah tinggal tulang pun masih tidak dibenarkan dikubur oleh penduduk. Di Malaysia pula anggota PKM yang membunuh orang melayu lelaki dan wanita pula hendak dijulang sebagai perwira negara.

Secara kebetulan pula beberapa malam yang lepas saya menerima email daripada sahabat lama dari Pakistan (juga anggota Watchers). Beliau juga berminat dengan isu ini selepas mendapat khabar angin daripada saudara beliau yang kini berkerja di Malaysia. Apatah lagi beliau mempunyai banyak keluarga di sebelah ayah beliau yang menjadi mujahidin di Afghanistan menentang komunis Rusia, maka sudah tentu beliau musykil kenapa ada orang beragama Islam yang sanggup memuja Komunis.

Dan itulah sebabnya mengapa saya malu hendak menulis dalam bahasa Inggeris kali ini. Tidak sanggup rasanya hendak berkongsi artikel ini dengan rakan-rakan daripada kumpulan Watchers yang sering berkunjung melawat blog ini. Perangai kebanyakan melayu pembangkang yang kini cuba memartabatkan pejuang komunis adalah sangat sangat sangat memalukan.

Malu .. Malu .. Malu .. Malu .. Maluuuuuuuuuuunya...

Terus terang sahabat saya itu mengatakan bahawa sekiranya Mat Sabu atau penyokong-penyokongnya cuba memainkan isu ini di Afghanistan atau Chechnya, maka sudah kepala mereka sudah dipenggal. Malahan tidak keterlaluan jika akan wujud pula seruan jihad membenteras kesemua penyokong PAS/PKR/DAP.

Tiada guna PAS dan PKR cuba memusing peranan Mat Indera dalam Komunis kerana orang-orang Afghan dan Chechnya juga pernah menghadapi 'Mat Indera' mereka sendiri semasa perang Afghanistan dan perang Chechen. Inilah barua-barua yang membelot kononnya demi kepentingan Negara namun akhirnya mati dimaki bangsa sendiri.

Di Chechnya wujud manusia seperti Haji Akhmad Kadyrov, bekas Ketua Mufti Chechnya yang kemudian menyebelahi Russia dalam Perang Chechen Ke-2 sebelum diangkat oleh Rusia sebagai Presiden Chechnya. Terdapat hujah dari sesetenngah pihak yang mengatakan bahawa beliau berpaling tadah bagi menyelamatkan Chechnya daripada serangan Russia, namun hujah sebegini tidak diterima oleh bangsa Chechnya yang menganggap beliau pembelot. Beliau akhirnya dibunuh oleh pejuang Chechen melalui letupan bom pada 09 Mei 2004 (Anaknya Ramzan yang juga menyokong Rusia dan dijadikan Presiden pada 2007 juga dianggap pembelot).

Di Afghanistan pula terdapat Bekas Perdana Menteri Hazifullah Amin yang menjemput tentera Russia masuk ke Afghanistan demi mengukuhkan kedudukan Kerajaan. Amin kemudiannya dibunuh oleh Russia dan tempatnya diganti oleh seorang lagi pembelot bangsa Afghan iaitu Babrak Kamal. Tidak kira apa cerita yang direka oleh Russia bagi menggambarkan Amin dan Babrak sebagai nasionalis yang ingin meliberalkan Afghanistan, hakikatnya bangsa Afghan tetap memandang boneka-boneka Komunis ini sebagai pembelot.

Saya sekarang berdoa siang malam agar isu sokongan segelintir orang melayu kepada perjuangan komunis ini tidak disebarkan ke media antarabangsa. Sekiranya perkara ini bocor kepada negara-negara Islam seperti Afghanistan dan Chechnya, maka malu yang bakal terpalit kepada orang melayu Islam di negara ini tidak dapat dibayangkan lagi. Kita akan menjadi bahan ejekan umat Islam di seluruh dunia dari Indonesia ke Arab Saudi. Malahan tidak mustahil umat Islam di negara ini akan dijadikan iktibar tentang kebodohan umat Islam di akhir zaman yang terhegeh-hegeh menyanjung Musuh Islam.

Wednesday, January 11, 2012

Penat Memerhati Citrasangka Penawar Syurga


hanya untuk tuan BEAN

Sejak kebelakangan ini saya merasa semakin sayu melihat gelagat masyarakat sekeliling. Ramai yang sedang tenggelam dalam dunia khayalan. Bersukaria dan berseronok dengan pebagai bentuk hiburan. Sebahagian yang lain menjadi sahabat setia media alaf baru sehingga lupa tanggung jawab mereka kepada masyarakat. Hidup terdorong ke arah nafsu nafsi.

Ada sebahagian lagi sanggup menghina agama sendiri atas nama keagamaan. Ini lebih parah. Menggunakan agama untuk rosakkan agama. Baik secara langsung atau tidak langsung. Sebaliknya jika berlaku kerosakan, mereka bersegera menuding jari kearah lain. Meletakkan kesalahan ke atas kepala orang lain, kebiasaannya kepada musuh mereka. Mereka tidak mahu bersama-sama bertanggung jawab dan sama-sama membaikinya.

Semua pekerjaan termasuk kerja amal perlukan upah. Kebajikan jika dihulur mesti bersertakan soalan "apa yang akan saya dapat?"

Kita telah dianugerahkan seorang pemidato hebat yang dikatakan berkarisma, petah berhujah. Malangnya hanya memetik hadis dan ayat suci untuk berseronok dan mentertawakan orang lain. Hujahannya bukan membantu memperbaiki masyarakat, sebaliknya untuk keuntungan peribadi.

Mampu memukau puluhan ribu orang sekaligus dengan kelancaran dan kelantangan berceramah, fasih, petah dan penuh bergaya. Untuk apakah anugerah ini digunakan? Hanya untuk mengeji, menghina dan memburuk-burukkan orang lain. Anehnya apabila ada orang lain mempertikaikan kata-katanya, secepat kilat dia membalas disisip bersama cercaan lucu dan disambut pula gelak ketawa orang ramai. Semua keburukan dirinya jika diperkatakan akan dianggap sebagai fitnah dan dengki manusia lain kepadanya. Terpacullah perkataan yang kurang sopan dan tuduhan.

Di sisi lain, wujud anak-anak yang baharu kenal huruf cuba mengajar orang yang lebih dewasa darinya. Tanpa rasa hormat, mengeji hina sesiapa yang tidak bersetuju dengannya. Mendabik dada bahawa dialah yang lebih tahu, lebih alim, lebih faham dan lebih warak. Akhirnya mengangkat martabat diri sendiri setaraf ulama. Menawarkan syurga kepada pengikutnya.

Cukup melemaskan.

Kemungkinan masanya sudah tiba. Kita semua sedang bergerak menuju ke satu persimpangan yang amat saya takuti sebelum ini. "Malaysia in the eye of Dajjal". Ya kita sedang dihanyutkan, dibawa arus yang sangat laju sehingga tiada berpeluang menoleh ke tebing untuk selamatkan diri. Masa juga berlalu semakin pantas. Manusia menjadi sangat sibuk, ada yang rakus dalam mencari keperluan dan kepuasan dalam kehidupan.

Bagi mana-mana pembaca yang tidak bersetuju dengan saya, saya anggap mereka bukannya bermaksud memusuhi saya sebaliknya tidak dapat memahami saya. Saya sentiasa memaafkan mereka dan kepada mereka tak perlulah memohon maaf dari saya. Mereka bersangka sebagaimana sangkaan yang ada pada diri mereka. Mereka menilai saya sebagaimana memahami kehendak mereka sendiri.  Ramai yang berilmu tetapi gagal memahami apa yang sedang saya bawa, apa yang saya junjung, apa yang saya pikul. Bagi saya itu bukan kesalahan mereka.

Keringat sudah menjadi semakin sejuk, badan terasa semakin penat dan minda pula semakin layu. Maafkan saya. Saya tidak mampu memahamkan anda semua sebagaimana yang saya faham lantaran beberapa kekangan yang wujud pada diri anda sendiri. maka saya bertawakkal, semoga Allah jua yang akan melindungi anda semua.

Memandangkan umur semakin lanjut, ada baiknya saya berihat. Tumpu kepada diri sendiri dan keluarga, bukan berarti mementingkan diri dan mengabaikan khalayak yang perlukan nasihat. Saya perlu mengubah cara atau beralih arah menghirup udara segar agar bersemangat untuk kembali semula, itupun jika diizinkan.

topeng menguasai diri

Dia, makhluk kutuk dan tenteranya sudah ada di sini. Dihadapan kita, di kiri, di kanan, di belakang, malah telah masuk ke dalam sanubari diantara kita semua. Ada di antara kita sudah pun dikuasainya. Diarak ke sana kemari menjalankan tugas mengikut kemahuannya. Melakukan sesuatu yang mungkar tetapi pada sangkaan kita sedang melakukan kebaikan. Ada diantara kita bersedia ke syurga dengan melakukan tugasan secara suka rela, bertugas tanpa bayaran. Ikhlas tetapi tersalah alamat. Mengharapkan syurga sebaliknya sedang diusung ke neraka.

Jika ada diantara anda yang sedang melakukan kerosakan sedemikian dan mendorong atau memaksa orang lain bersama anda melakukan kerosakan yang sama, saya doakan semoga dibuka pintu makrifat untuk anda bagi melihat apa yang ada disebalik penglihatan mata kasar dan sangkaan anda. Atau sekurang-kurangnya merasa jijik dengan tugasan kebajikan palsu itu.

Allah sudah tunjukkan semuanya, nyata-nyata. Namun bila hati sudah menjadi keras, mata hati akan tertutup rapat walaupun anda sangka anda seorang yang warak penuh keimanan. Belum cukup. Belum cukup hanya dengan menyangka semata-mata. Apa tanda keimanan anda? Bagimana anda pasti? Sudah disaksikan oleh seluruh jasad?

Maafkanlah saya, saya bukan orang alim jauh sekali bertaraf ulama. Saya juga bukan seorang yang warak serta penuh ilmu kitab. Saya sedar dan tahu bahawa saya hanya seorang fakir, seorang yang jahil. Entah satu murakkab atau dua, tiga murakkab pun saya tidak tahu kerana yang tahu hanyalah Dia. Saya hanya dianugerahkan untuk "tahu" sedikit cebisan dari lautan ilmu Nya.

Ramai yang masih leka dibuai ujub, riak, takbur, sombong, bongkak dan semua ini membawa manusia menuju kesesatan. Inilah dia kehidupan yang dikatakan sia-sia dan tak bermenfaat. Akibat pembawaan sebeginilah menyebabkan kita gagal mengesan kehadiran Dajjal. Dia tak perlu datang bersama jasad. Itulah keistimewaannya. Dia superhuman. Immortal. Tajam penglihatan. Genius dan banyak lagi kelebihannya yang diizinkan Allah untuknya. Tak tahu bagaimana saya boleh gambarkan, nanti ada yang kata saya tak siuman. Senang cakap, wakilnya (wali Dajjal) sahaja pun kita tak mampu hadapi, kita tewas tersungkur tanpa sedar.

Terlalu nyata kehadirannya, memang nyata penzahiran di hadapan mata. Tersihir dan tersilau mata manusia apabila cuba memandangnya. Jika tidak berlaku sangka-sangkaan bukalah fitnah Dajjal namanya. Penglihatan manusia terhadapnya menjadi terbalik. Baik disangka jahat dan jahat disangka baik. Mulia dianggap hina dan hina bertukar jadi mulia. Berilmu disangka jahil sementara yang jahil dianggap berilmu. Oh ya, mungkin membosankan pula. Cukuplah setakat itu.

Mujurlah Allah memberi kesempatan kepada saya mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh orang ramai, kecuali mereka yang Allah izinkan. Maka dapatlah mengelak dari musibah ciptaannya. Alhamdulillah.

Sayu dan sedih melihat kerosakan jiwa-jiwa yang telah ditawan dan dikuasai mereka (Dajjal, wakil, agen dan tenteranya) tetapi apa daya saya yang lemah ini, saya hanya dapat memandang dengan penuh hiba. Tidak bermaya untuk menghalang atau sekurangnya menyelamatkan seorang dua. Mungkin bukan tugas saya, ya mungkin ada orang lain yang lebih sesuai akan menggalas tugas berat ini.

Tak perlu melawan Dajjal. Imam Mahadi yang penuh dengan karamah dan tentera fisabillillah yang penuh ilmu zahir batin juga tidak mampu menewaskannya. Itu adalah ketetapan. Jika ada sesiapa berani berfikir untuk berhadapan dengannya, pasti akan ditawan dan menjadi hambanya. Apa yang perlu dilakukan ialah lari dari aura yang dia bawa. Hindar dari fitnahnya. Jauhi agen-agen dan tenteranya. Kukuhkan iman dengan mengawal hawa nafsu.

Jangan sekali-kali terpengaruh dengan maksiat walaupun nampak tersangat lazat (Dajjal akan menghidangkan kelazatan maksiat yang tiada penghujungnya, hidup bebas seperti haiwan). Gelombang yang dibawanya akan meluntur iman sebagaimana garam hilang resap dalam air.

Ingat pesan saya, Dajjal dan walinya akan menjaja kebaikan, kebajikan, janji manis dan berbagai lagi yang syumul-syumul, sebenarnya adalah kejahatan dan tipudaya. Perawakannya menonjolkan pekerti yang baik, warak dan alim. Itu semua adalah topeng untuk menipu manusia. Fitnah Dajjal adalah sebesar-besar fitnah.

Benteng untuk menghadapinya adalah iman, bukan ilmu hukum hakam, ilmu yang berisi cerita ceriti, bukan pula ilmu saduran copy paste dari kitab-kitab.  Dajjal sendiri lebih lancar dan menguasai ilmu-ilmu tersebut, Anda akan gagal jika cuba berbahas dengannya. Begitu juga wakil yang dilantiknya. Dari sini anda akan tertawan dan menjadi hambanya.

Iman bukan ilmu. Iman itu adalah hasil dari amal yang dipandu oleh ilmu. Iman akan mengisi hati insan. Hati insan sahaja yang dapat membenteng diri dengan mengesan aura yang terpancar dari institusi Dajjal atau wakilnya. Juga dapat menghalang diri dari terpalit fitnahnya yang mempunyai bau yang sangat busuk.

Kemunculan walinya (wakil) secara nyata (selepas semua topengnya terbuka dengan izin Allah) menjadikan saya kaku dan terkedu. Memang hebat. Gerun dan Menakutkan walapun orang lain tidak nampak malah ada yang menyanjung dan hormat kepadanya. Saya menjadi sangat takut. Saya menangis memohon pertolongan Allah. Saya bagaikan hilang semangat. Sedih bukan kepalang, bagaimana nasib anak cucu saya nanti?

Saya berfikir, berfikir sepanjang malam merenungi apa sebenarnya semua ini. Saya cuba amati. Ada benarnya, Allah tidak memilih saya untuk tugasan menyelamatkan mangsa yang terpedaya itu. Saya telah mencuba sedaya upaya tetapi tidak menunjukkan sebarang hasil. Baharulah saya faham, jiwa manusia-manusia ini sudah menjadi semakin liat. Fikiran mereka pula terperosok dalam agenda munafikin dan penebar fitnah secara tersusun kemas. Akal mereka sudah dikawal.

Hanya beberapa orang, tidak ramai. Membayangkan bahawa mereka faham apa yang saya cuba ketengahkan. Mereka yang lain menuntut bermacam-macam syarat. Ada yang mahukan bukti nyata di depan mata, ada yang meragui kerana tidak dibentangkan nas itu dan nas ini. Ada juga yang memaksa saya berhenti menyampaikan semua ini hanya kerana bertentangan dengan apa yang mereka faham. Ada yang sanggup meludah.

Kepada mereka ingin saya bertanya, tahukah anda alQuran itu boleh ditafsirkan 9 wajah? 9 wajah mengikut keupayaan tahap pengetahuan dan ilmu dari anugerahNya.

Ramai juga yang kelihatan bijak berbicara, kelihatan penuh hikmah, lancar berhujah penuh ilmu. Malangnya mesej saya yang cukup ringkas dan mudah ini pun mereka tidak dapat fahami. Malah ada diantaranya lebih sinis menganggap saya menjadi agen kepada sesuatu badan tertentu yang mereka tidak sukai. Saya diludah kerana menyangka saya bersepakat dengan musuhnya.

Maaf, saya bukan hamba kepada sesiapa kecuali hamba Dia satu-satunya. Hidup dan mati saya akan saya abdikan untuk Nya semata-mata. Walaupun begitu, saya sangat sedih kerana gagal membantu sahabat dan rakan saya termasuk anda semua dari serangan Dajjal Laknatullah dan wakil (wali Dajjal) dan agen-agennya.

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, mungkin ini bukan tugas saya. Ada insan lain yang lebih ampuh dan berkemampuan untuk tugasan tersebut. Saya doakan semoga Allah memberkati anda sekelian dan menyelamatkan anda semua dari menjadi makanan Dajjal.

Saya memohon ampun dan maaf kepada saudara saudari semua. Blog ini insyaAllah ada yang menguruskannya kelak. InsyaAllahi Taala.

Terserahlah kepada mereka yang sudi panjangkan hayat blog ini. Kalau ada rezeki, saya akan kembali lagi menemui saudara saudari.

Izinkan saya berehat.

Wassalamualaikum warahmatullahi Taala Wa Barakatuh. Selawat serta salam ke atas jiwa dan rohani baginda bapa segala jasad, Saidina Adam AS . Selawat serta salam kepada Kekasih Allah yang juga Cahaya atas segala Cahaya, Junjungan yang mulia baginda bapa segala Roh, Saidina Muhammad SAW.

Maafkan saya dan saya mohon diri semoga berjumpa lagi.

 - ABATASA



p.s Jangan salah faham... ini bukanlah saya atau sahabat saya


artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews