Sekadar peringatan bagi mereka yang mahu memahami.... dan juga kepada yang suka kepada jalan yang menyakitkan padahal jalan mudah dan sejahtera ada di hadapan mata.
kejam
pelarian
hina alQuran
rusuhan
sukakan keganasan
hilang kawalan
juara jalanan
Penghasilan Demo (Mesir)
REALITIAkhir zaman ini adalah detik-detik kemuncak kapada penipuan Dajjal dan ramai yang telah termasuk di dalam lingkungan fitnah itu. Jangan sesekali menyangka kita dengan mudah akan terselamat. Ujian berat sedang berlaku dan menjadi semakin hebat di masa hadapan. Bencana ini sedang menanti kita.
Apabila kita melihat semua sistem yang melingkari peradaban manusia hari ini, kita akan lihat betapa ramai yang terpedaya dan menganggapnya pula satu realiti kehidupan. Realiti adalah satu istilah escapism yang dicipta untuk memperdaya manusia supaya berlapang dada dengan peredaran dan tindakan manusia disekelilingnya.
Antara Fitnah Utama Akhir Zaman
|
Sedangkan jika kita buka mata hati kita dan tanya kembali iman kita, kita akan dapati apa yang kita lihat pada wajah dunia hari ini adalah semata-mata hasil ciptaan dan perancangan manusia. Manusia sering melihat akan ciri fizikal pada landskap bumi ini sedangkan dalam lingkungan pandangannya manusia masih mampu melihat langit yang berada di atasnya tetapi berapa ramai yang mahu melihat dunia dengan cara begitu. Wajah langit itu sentiasa mengikut peredaran dan kitarannya semenjak Adam a.s. berjalan di atas bumi Allah ini dan itulah yang dinamakan fitrah.
Tetapi wajah landskap dipermukaan bumi itu adalah hasil dari kerja tangan manusia. Peperangan, kerosakan, penindasan, kebencian itu semuanya datang dari sifat manusia dan ramai yang tidak mampu berbuat apa2 kerana terpedaya dengan Istilah Realiti itu.
Istilah realiti ini sejengkal demi sejengkal telah menutup istilah Fitrah dan tauhid manusia dianjakkan dari mengikut peringatan2 Allah.
Pada saya langit itu adalah ilham dan peringatan Rukyah dari Allah kpada manusia kerana dengan merenung langit itu, saya dapat merasakan akan satu kuasa yang maha tidak terbayangkan kekuasaannya dan peredaran langit itu menandakan betapa maha besarnya kuasa yang mentadbir alam ini dan ianya suatu peringtan pada penghuni di bawah langit ini bahawa penguasa alam ini tidak pernah lalai dari memerhatikan tingkah laku penghuni bumi yang berada di bawah langit itu.
Saujana Mata Memandang Luas Tidak Terjangkau
berapa luas alam ini? Berapa banyak makhluk di dalamnya?
Besar mana pula Penciptanya?
Apabila menyaksikan sistem caturan manusia yang sedang mendominasi peradaban manusia sehingga seluruh dunia terpegun melihatnya, tidak teringatkah kita pada peringatan Allah bahawa orang-orang Kuffar itu memang disegerakan ke atas mereka akan kebendaan dan senantiasa diberikan tangguh oleh Allah kerana Akhirat itu bukan kepunyaan mereka. Lalu mengapa kita yang meyakini akhirat itu adalah negeri yang abadi turut berbondong-bondong sama mengejar dunia?
Sesungguhnya zaman ini adalah zaman kepada Ujian Keyakinan dan kitaran pemisahan antara manusia yang berserah diri kepada Allah dan yang telah menjual akhirat dengan harga yang murah.
Antara pengajaran dari Surah Al-Kahfi pada golongan muda adalah kita harus membebaskan fikiran kita dari dibelenggu oleh realiti ciptaan Order Baru Dunia (NWO) ini.
Jika dapat membebaskan diri dan fikiran kita dari belenggu ciptaan manusia ini, barulah kita akan mengenal Fitrah Allah ke atas diri kita dan bangkit membina kekuatan Iman dari sekarang kerana kita adalah tauladan kepada generasi selepas kita yang mana mereka ini bakal bersatu dengan kepimpinan Manhaj Ubuddiyah (Al-Mahdi) untuk melawan tipu daya Dajjal.
Malaysia telah di monitor oleh Singapura yang lebih kecil dari kita dan India kerana keduanya adalah sekutu rapat kepada Amerika dan Israel. Kedua negara ini sangat mendiskriminasi penganut-penganut Islam di negara mereka.
Pengkalan Zionis di Kawasan Timur
|
Kita diasak dengan kefasikkan (hiburan), minda bawah sedar anak-anak kita dirangsang secara seksual. Makhluk asing didoktrinkan sebagai penyelamat manusia, amalan Khurafat menjadi tontonan setiap channel Tv, Majlis2 yang tidak mengingati Allah (melekakan) begitu banyak bersiaran secara langsung menghimpunkan seberapa ramai manusia yang sudi dilalaikan secara "on Air" akan melahirkan kelompok manusia yang tipis kerohaniannya.
Adakah semua ini terjadi secara kebetulan?
Tidak!!! Malahan ia telah dirancang lebih lama oleh Sir Henry Gurney, orang yang berjaya membantu membentuk Negara Israel dan kemudian dihantar ke Tanah Melayu.
Henry Gurney |
Melihatkan kepada segala macam kerosakkan yang berlaku pada hari ini, umat Islam seharusnya membuka hati dan fikiran untuk mencari jalan keluar. Mohon kepada Allah supaya hati kita dibuka untuk melihat dan menerima kebenaran dicelah-celah kekalutan, harubiru, hiruk pikuk umat di waktu ini. Fitrah semulajadi boleh dirosakkan tapi boleh dipulihkan semua jika hati diserah kembali kepada Tuhan.
sujud dan syukur kepada Pencipta |
Fitrah yang rosak akan menafikan kebenaran walau terpampang di depan mata, hati yang sudah keras tidak lagi sensitive atau merasa terancam dengan program kemaksiatan. Sebab itu Tuhan datangkan gempa bumi dan tsunami untuk melembutkan hati manusia. Kerosakan berlaku pada segenap sudut kehidupan manusia, aqidah ibadah akhlak, di tahap yang amat kronik.
Sudah sampai masanya bagi Allah mendatangkan pemimpin penyelamat untuk umat manusia diakhir zaman ini. Umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah mendapat khabar gembira tentang kedatangan Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim. Mereka adalah tokoh kepimpinan umat Islam di alaf ini yang bertaraf Mujaddid, Mujtahid, ulama ul amilin, warisatul anbiya’, Rasul lil rasul . Dalam pandangan sufi mereka adalah mursyid, sohibuzzaman, wali Allah, sultanul auliya'.
Tuhan menjadikan setiap sesuatu ada pasangannya, ada gandingannya, ada saingannya. Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim dibekalkan dengan karamah dan bantuan ghaib untuk berhadapan dengan pihak Dajjal dan konco-konconya yang mengusai sihir dan diberi istidraj. Hakikatnya Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim sudahpun berperanan. Kedua dua pihak yang berlawanan ini sebenarnya amat mengenali antara satu sama lain.
tegak kembali panji-panji tauhid
|
Sudah banyak kajian ahli pemikir yang mengandaikan “kemunculan” Putera Bani Tamim adalah dari Nusantara. Kepimpinan mereka akan mengembalikan kegemilangan dan kesatuan alam Melayu, bani Jawi, kaum Mala. Ertinya mereka ada dikalangan kita. Malangnya kita tidak dapat mengenali mereka dengan mudah kerana minda kita sudah dikawal (mind control).
Semua jalan-jalan untuk umat Islam berhubung dengan mereka sudah ditutup, disekat, dikelirukan, dinafikan. Cara hidup dan berfikir tajaan NWO sudah sebati dalam diri kita hatta dalam mempelajari dan memahami ilmu Islam itu sendiri pun adalah dalam ruang lingkup yang telah disusun, dikawal dan dirancang oleh mereka.
Laut Galilee/Tasik TIBERIAS / Kinneret/Gennesaret/Tabariyyah semakin hari semakin susut.. tiada jalan keluar untuk baikinya |
penanda aras kemunculan dajjal |
Illuminati merahsiakan kewujudan perhubungan antara mereka dengan iblis sejak sekian lama malah menanamkan kepercayaan kepada umat manusia bahawa iblis tidak wujud. Sekaligus supaya manusia tidak mempercayai kewujudan Tuhan, Malaikat, Rasul dan alam ghaib. Mereka menjalankan usaha-usaha merosakkan Agama Tauhid sebelum ini dan menggunakan modus operandi yang sama terhadap Islam. Untuk memahaminya sila kaji intisari Islam Liberal. Ia amat serasi dan seiring dengan Kristian Liberal. Matlamatnya ialah pluralisma bawaan Dajjal Laknatullah.
Illiminati berusaha melemahkan kerohanian Islam |
Mereka menyusup masuk ke dalam kalangan penganut Islam dan institusi Agama Islam melakukan usaha mengolah ,mengubah, menyelewengkan dari dalam. Percubaan demi percubaan dibuat oleh kaum Yahudi dengan mengunakan kepakaran yang mereka ada bermula sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi..
Selepas mengalami kekalahan dalam perang salib, Pusat-pusat Orientalis ditubuhkan dan agen-agennya dihantar ke seluruh dunia dengan menyamar menjadi ulama (Wahhabi dan Islam Liberal adalah konco mereka). Mereka tidak boleh mengubah Al Quran tetapi mereka menterjemahkan kitab kitab muktabar, mengubah keasliannya, memadamkan juzuk-juzuk tertentu agar umat islam tidak tahu “rahsia kekuatan mereka”.
Illuminati merahsiakan kekuatan |
Antaranya, sebahagian besar umat Islam pada hari ini sudah tidak boleh menerima malah tidak percaya bahawa, bagi mereka yang bertaqwa boleh berhubung dengan alam ghaib yakni dengan rohani Rasulullah - Nur Muhammad SAW dan para sahabat serta rijalullghaib dan juga mendapat pimpinan dari rohani baginda SAW. Ada yang menolak terus kewujudan "Nur Muhammad". Padahal dari sinilah bermulanya pengajian Tauhid dan jati diri. Golongan Wahhabi dan Liberal menjadi dalang kepada penghapusan kepercayaan ini.
Suatu ketika dulu kita pernah disajikan dengan kisah- kisah bantuan ghaib kepada pejuang mujahiddin yang taat dalam menjaga urusan Allah sewaktu melawan Komunis Russia (USSR). Banyak lagi kisah-kisah seumpama itu yang (sangat) memberi kesan dan meniupkan semangat dan harapan kepada umat Islam. Ini adalah pembelaan secara langsung dari Tuhan.
Mujahideen Afghanistan |
Memandangkan gerakan musuh tidak pernah berhenti mencari dan mengesan Imam Mahdi, sudah tentu beliau akan diselamatkan. Mustahil buat waktu terdekat dia akan menonjolkan diri kepada umum. Belum tiba masanya. Meewakilkan kepada Putera Bani Tamim untuk membuat segala persiapan awal.
“Kumpulan-kumpulan yang memegang bara api” yang berada di sekitar Timur Tengah dan Khurasan akan bergabung dibawah kepimpinan Imam Mahdi. Bara api ini akan menyala dan membakar musuh-musuh manakala cahayanya menerangi seluruh alam.
Cahaya Islam Bergerlapan |
Selama ini Allah telah mengizinkan segala macam kelebihan (yakni kuasa, pangkat, sihir, harta, kekuatan tentera, ekonomi, teknologi) kepada pasukan Iblis, Syaitan, Dajjal, Iluminati, Yahudi, Freemason dan konco-konconya. Melalui kelebihan ini, mereka bermaharajalela, membuat kezaliman, mencatur dunia sekehendaknya, menurut hawa nafsu sepuas puasnya.
Sekarang ini dia sedang menagajak kita semua menjadi ahli kumpulan mereka dengan mencintai hawa nafsu. Alam kegelapan mutlak.
Semua ini hanya untuk menguji keimanan hamba-hambaNya yang tulus ikhlas. Tuhan menguji manusia mengikut tahap keimanan masing-masing, Maha Suci Allah dari bersifat zalim. Manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri. Walaupun sudah diberi peringatan, adakah manusia akan kembali kepada Allah? "La Ilaha Illa Anta SubhanaKa Inni Kuntu Minaz Zalimin". Zikir Nabi Allah Yunus as semasa hidup dalam kegelapan setelah ditelan ikan nun. Bagaimana dengan kita yang juga hidup dalam kegelapan (sebenarnya) setelah dikuasai oleh penguasa kegelapan (Iblis, Syaitan dan Dajjal)?
Zikir di atas menjadi pedoman untuk kita keluar dari alam kegelapan ini. Keluar dari realiti syaitan dan masuk ke wilayah realiti mutlak sang Pencipta.
Antara Kumpulan Rahsia Dajjal |
Tidak lama lagi pasukan (Dajjal) ini akan bertemu dengan “lawannya’ yang dikirim terus oleh Tuhan. “Lawan” yang bakal menjadi pennyelamat seluruh umat manusia supaya dapat kembali kepada Tuhan yang Esa.
Pasukan Rasululah SAW diterajui oleh Imam Mahdi, Nabi Isa a.s, Putera Bani Tamim dan para wali Allah. Perang besar WW3 akan meletus di akhir zaman sebelum penutup kisah dunia ini. menuju Mahsyar dan Hari Pengadilan. Semoga kita terpilih dan tergolong dalam pasukan Allah ini. Insya Allah.
Berhati-hati, Dajjal dan talibarutnya akan cuba sedaya upaya menghapuskan keyakinan umat Islam tentang kebangkitan akhir zaman dan kehadiran Imam Mahadi. Kita akan dikelirukan dengan berbagai versi Mahadi palsu, sehingga kita semua akan menolak kehadiran Mahadi sebenar jika ia muncul kelak. Disamping usaha menghapuskan hadis dan tafsiran mengenai baginda penyelamat ini. Pemikiran jenerasi baru selepas jenerasi sekarang akan dirosakkan. Tidak lagi akan memperdulikan Imam Mahadi, kecuali sebahagian kecil yang tidak dapat didustai.
Berhati-hatilah dengan Islam Liberal yang dibina khusus untuk tujuan ini disamping mengangkat Yahudi (Dajjal) sebagai tuan.
Sebelum berita baik yang dinantikan benar-benar terjadi iaitu kemunculan Pemuda Bani Tamim dan alMahdi, kita akan dihunjam ke dalam api malapetaka buatan manusia. Iaitu huru hara dan kemusnahan yang bakal memuncakkan lagi kekeliruan. Sehingga kita tidak pasti lagi sama ada kita berada di landasan benar atau salah. Hasilnya kita tidak mampu lari dari kehidupan yang menyakitkan.
Terlebih malang ada diantara bencana ini adalah terhasil dari tindakan kita sendiri yang telah terhasut dengan "kegelapan" ciptaan Dajjal. Kita sering laungkan dan ungkapkan bahawa inilah dia "realiti" padahal ia cuma bayangan berbentuk halusinasi yang diubah. Kita telah kehilangan dan terlepas dari memahami "realiti" sebenar.
Tanda-tanda akan berlakunya kekacauan telah semakin nyata. Itulah sebenarnya yang dinamakan era pembersihan. Memisahkan antara munafikin dan mukmin sejati.
Pilihan di tangan anda.
Salam tuan tanah,
ReplyDeleteArtikel yang sangat bagus dan mampu membuka minda.
Benarlah, bahawa kedatangan Al-Mahdi itu kelak adalah dalam keadaan tiba-tiba. Orang akan tertanya-tanya, "Imam Mahdi dah keluar ke?" dan seumpamanya. Dan ekoran itu juga, ramai yang akan menolak keMahdiannya hanya sanya kerana telah lama terkongkong dalam orde dunia baru ciptaan dajjal dan pengikutnya.
Moga-moga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang selamat dari fitnah dajjal.
Terima kasih atas perkongsian artikel ini.
Wassalam.
Assalamu'alaikum...wrt,
ReplyDeleteSiapa Mahdi? Ini adalah rahsia Allah ta'ala, namun apabila tiba masanya rahsia ini akan Allah ta'ala isytiharkan kepada seluruh alam, manusia dan jin. InsyaAllah.
Siapa pemuda bani Tamim?, juga rahsia tapi ramai juga yang telah tahu dan mengenalinya serta sedang berjuang bersamanya.
Sama-sama kita tunggu di samping membuat persediaan diri dengan Iman yakin yang kuat dan taat setia kepada Allah s.w.t., RasulNya s.a.w. dan para awliya'Nya.
Sekian wassalam.
Dajjal itu ya penguasa yang zolim, bisa penguasa yg non-Muslim seperti penguasa super power dunia saat ini, dan bisa yg penguasa Muslim. Kedua dajjal ini ya sudah ada jadi tak perlu ditunggu kedatangannya.
ReplyDeleteLalu, siapa yang bisa ngalahkan dajjal ya para khalifah. Siapa khalifah itu?. khalifah itu adalah seseorang Muslim yang dianugerahi 'kekuasaan' baik formal maupun non-formal, ya siapa pemegang kekuasaan baik dia raja, presiden, sultan. ya apalagi jika sang pejabat ini dikukuhkan dengan janji dan sumpah yang dia ucapkan sendiri. ya tak usah nunggu asanya khilafah yang satu untuk satu dunia segala macam.
Karena kegagalan para penguasa Muslim diberbagai negara dan kerajaan maka umat Muslim berharap akan datang sang Satrio Piningit, Ratu Adil, Imam Mahdi, Mesias atau kembalinya Nabi Isa As. yang 'konon' akan meneruskan tongkat estafet Nabi Muhammad SAW. Ini adalah pemikiran yang keliru.
JANGAN MIMPI DAN DITUNGGU KEDATANGAN NABI ISA AS karena missinya sudah selesai sesuai dengan QS. 2:134 dan 141: Itu adalah umat yang lalu; baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan.
demikian juga, Imam Mahdi JANGAN DITUNGGU. Aneh, ada Imam Mahdi Syiah, ada Imam Mahdi Ahmadiyah, ada Imam Mahdi Yahudi, ada Imam Mahdi kristen dsb. ada Imam Mahdi Bani Hasyim, ada Imam Mahdi Sunni dsb. Lalu Imam Mahdi yang benar yang mana?????
Berarti, Ada tiga masalah besar dlm lingkup dunia Muslim yakni: 1. perebutan warisan tahta 'keturunan' nabi, rasul atau ahli bait; 2. perebutan untuk menjadi sang tokohnya, 'Imam Mahdi', dan 3. perebutan dan penguasaan pengelolaan Masjidil Haram. Dua kelompok besar yang bertarung ini adalah kelompok Sunni dengan kelompok Syiahnya. Lalu, kelompok Saudi dimana ya?
QS. 38.26. Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa baik dia raja, presiden, sultan dll.) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa (ketidakadilan), karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan.
Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah (ada yang jadi raja, sultan, presiden, gubernur dll.) di muka bumi. Barang- siapa yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. Dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kemurkaan pada sisi Tuhannya dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kerugian mereka belaka. (QS. 35:39)
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.[21:35]
ReplyDeletedua ayat dibawah [4:157-159] menyatakan Nabi Isa AS tidak mati sedangkan ayat diatas [21:35] mengatakan setiap yang berjiwa mesti merasakan mati... jadi Nabi Isa pasti kembali dan kemudian mati...
dan karena ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa. [4:157]
Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [4:158]
Tidak ada seorangpun dari Ahli Kitab, kecuali akan beriman kepadanya (Isa) sebelum kematiannya. Dan di hari kiamat nanti Isa itu akan menjadi saksi terhadap mereka.[4:159]
Ayat [4:159] juga menyatakan Ahli kitab akan beriman kepada Nabi Isa sebelum kematiannya... jika beliau telah mati bagaimana Ahli Kitab beriman kepadanya... jadi Nabi Isa pasti kembali untuk membetulkan akidah Ahli Kitab.
demikian juga, Imam Mahdi JANGAN DITUNGGU. Aneh, ada Imam Mahdi Syiah, ada Imam Mahdi Ahmadiyah, ada Imam Mahdi Yahudi, ada Imam Mahdi kristen dsb. ada Imam Mahdi Bani Hasyim, ada Imam Mahdi Sunni dsb. Lalu Imam Mahdi yang benar yang mana?????
Kedatangn Iman Mahdi itu benar ... jadi untuk menolak kebenarannya mesti dicipta pelbagai agama dan versi Imam Mahdi supaya kebenarannya boleh dipertikaikan. Selain itu ada ciri2 imam Mahdi yang benar.... sekiranya tidak menepati ciri tersebut bukanlah Imam Mahdi.
Berarti, Ada tiga masalah besar dlm lingkup dunia Muslim yakni: 1. perebutan warisan tahta 'keturunan' nabi, rasul atau ahli bait; 2. perebutan untuk menjadi sang tokohnya, 'Imam Mahdi', dan 3. perebutan dan penguasaan pengelolaan Masjidil Haram. Dua kelompok besar yang bertarung ini adalah kelompok Sunni dengan kelompok Syiahnya. Lalu, kelompok Saudi dimana ya?
1. Tidak berlaku perebutan warisan tahta 'keturunan' nabi. Lagipun nabi bukanlah raja yang mempunyai tahta. Jadi jika ada perebutan tahta adalah bathil, palsu dan sesat.
2. Tidak perlu langsung perebutan untuk menjadi sang tokohnya kerana sesiapa yang berebut dan mengatakan ianya Imam Mahdi maka orang tersebut adalah palsu. Sesungguhnya Iman Mahdi sendiri tidak tau bahawa dia adalah Iman Mahdi.
3. Tiada perebutan penguasan Masjidil Haram. Syiah yang ingin merebut Masjidil Haram bukanlah Islam. Ia merupakan ajaran agen dajjal munafik/yahudi Abdullah bin Ubai. Selain itu ajaran Islam yang sebenar melarang perebutan. Jadi sesiapa yang berebut adalah tidak mengikut ajaran Islam. Ianya bathil, palsu dan sesat.
Kelompok saudi berada dibawah pengaruh Dajjal/Amerika. Jadi akan ada pembersihan bila Imam Mahdi yang benar muncul.
اسسلام..ساتو چوريتن يڠ منتڤ تهنيئه توان بلوڬ...كڤد يڠ منچاري امام مهديال-مونتاذار همبا نق باڬي كود رهسيانيا...كالو توان٢ منچاري اتاو منك اتاو ممبوات تيليكن سياڤا امام مهدي ال مونتاذار ڤستي تيدق كتموي..
ReplyDeleteجواڤنڽ اد ڤد ڤمودا بني تاميم..
كناڤ همبا بركات بڬيتو يا له؟هاڽ دي ڤمودا بني تاميم يڠ مڠنل امام يڠ دتوڠڬو سلاينڽ تيدق مڠنل..
سدركه توان٢/ساودارا٢ سكالين سياڤاكه ڤڠيكوت مهدي المونتاذار؟..
جادي سيلاله رجوق كتاب٢ يڠ منخبركن امام مهدي دان ڤمڬڠ ڤنجي هيتم دهولو..
سكين دري همبا..
"Imam Mahdi tidak tahu bahawa dirinya Imam Mahdi" adalah pernyataan yang abstrak.
ReplyDelete1.Pada mulanya beliau tidak tahu bahawa dirinya Imam Mahdi tetapi beliau seorang yang telah berjuang dijalan Allah. Makam dan darjat kewaliannya meningkat sampai kepada suatu tahap yang tinggi hingga melayakkan beliau untuk menerima mandat tersebut.Beliau diberitahu oleh Rasulullah SAW bahwa dirinya adalah Imam Mahdi sepertimana Sultan Muhammad Al Fateh, Putera Bani Tamim dan juga para mujaddid setiap awal kurun.Beliau melaksanakan tugas-tugasnya mengikut arahan dari Rasulullah SAW.
2.Jika orang bertanya terus kepada beliau "adakah tuan Imam Mahdi?" adakah beliau akan mengaku? Sudah tentu jawapan beliau "Saya tidak tahu".kerana yang menunggu kedatangan beliau adalah juga orang-orang yang yang hendak membunuhnya.
3.Beliau "tidak tahu" sehinggalah Putera Bani Tamim yang isytiharkan kepada umum. Ketika itu hanya Putera Bani Tamim yang dapat mengesahkan siapa Imam Mahdi yang sebenarnya malah datang dengan membawa kekuatan tentera, pasukan Panji Hitam untuk melindunginya.
4. Putera Bani Tamim adalah tokoh Islam yang sudah terkenal kerana berjaya mendapatkan sebuah Daulah Islamiyah yang pertama. Jadi umat Islam akan mempercayai sesiapa yang ditunjukki oleh beliau sebagai Imam mahdi.
Bilakah peristiwa ini akan berlaku? sehingga umat Islam menunggu-nunggu dengan penuh RINDU dan mengharap.Masakan Tuhan akan anugerahkan beliau kepada orang2 yang hanya akan mempersia-siakannya? seluruh umat Islam wajib bertaubat dan memohon kepada Allah agar segerakan kedatangannya.
Imam Mahdi tidak tahu bahawa dirinya Imam Mahdi sehingga ia dibaiah secara paksa di Mekah. Selepas dibaiah ia akan tau dan sedar bahawa dia adalah Imam Mahdi. Selain itu umat Islam juga akan pasti dia adalah Imam Mahdi. Jadi sesiapa yang mengaku atau sesiapa/kumpulan mana yang menyatakan dia/kumpulanya ada Imam Mahdi adalah palsu dan sesat.
ReplyDelete3. Tidak terdapat nas yang jelas tentang pengistiharan Bani Tamim, jadi perkara ini masih boleh diragukan. Tiada juga nas yang jelas mengatakan Putera Bani Tamim megesahkan Imam Mahdi, jadi pendapat ini juga boleh ditolak.
4. Penyatan ini juga tiada nas atau asas2 yang kukuh samada dari hadis atau al-Quran, jadi ia diragukan dan boleh ditolak.
Apa yang jelas berdasarkan hadis Imam mahdi di baiah berhampiran Kaabah.
Rasulullah SAW bersabda, “Akan terjadi suatu perselisihan ketika meninggalnya seorang khalifah. Maka keluarlah seorang laki-laki dari penduduk Madinah dan ia lari ke Mekah. Lalu datanglah kepadanya orang-orang yang berasal dari penduduk Mekah, dan mereka membawa laki-laki tersebut dengan paksa kemudian membai’atnya antara sudut Ka’bah dengan makam Ibrahim.” (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dari Ummu Salamah. Riwayat Ibn Abi Syaibah dan Thabrani dalam Al Ausath).
Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membaiah Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibaiah di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Kaabah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah. (Riwayat Abu Daud).
Terima kasih sdr enrike, maafkan pernyataan saya.Selagi Imam Mahdi belum muncul,kupasan dan perbahasan mengenai misteri Imam Mahdi tidak berkesudahan. Terpulanglah kepada rezeki masing-masing dalam memahami dan dibukakan rahsianya oleh Allah. Apa yang penting, kita sama-sama berdoa kepada Allah agar kedatangannya disegerakan dan kita tergolong untuk bersama beliau.
Deletepada pendapat sy kita tak digalakkan minta disegerakan kedatangannya.itu sudah melanggar ketetapan ALLAH..memang isu Imam Mahdi nie tak berapa sesuai diperbahaskan kerana pada pendapat peribadi sy,segala hadis2 yg berkaitan dengannya banyak sekali rahsia2 yang sukar dikupas dan banyak sekali teka-tekinya..Allah sengaja membuat tipu daya bagi MENJAMIN RAHSIANYA DARI MUSUH2 YG SEDARI DULU MENUNGGU TANDA2NYA DAN SUSUKNYA DAN MEREKA JUGA MENGKAJI AL-QURAN+SUNNAH dan dalam masa yg sama ALLAH MAHU MENGUJI KEIMANAN KITA..sy percaya ramai yg tertipu dengan hadis2 tersebut.maksudya bukan hadis itu palsu,tapi kebanyakkan manusia hanya menterjemahkan hadis2 itu secara lahiriah sahaja..
DeleteImam Mahdi bukan nabi..Beliau hanya manusia biasa macam kita..Dan ramai yg MENGIDAM JAWATAN itu..lihat diluar sana sudah berapa ramai manusia mengaku sebagai Imam Mahdi..Tidak seperti Jawatan Kenabian,sukar bagi manusia nak mengaku2 sebagai Nabi(walaupun ada juga berlaku) kerana Kenabian itu jelas tertulis dalam kitab2 terdahulu dan dari mulut Rasul/Nabi yang sebelumnya..Dari itu,hadis2 yg memperkatakan pasal Imam Mahdi sudah tentu banyak teka-teki yang terselindung bagi menjaga keselamatan Imam Mahdi itu (walaupun sebenarnya MUDAH bagi ALLAH untuk memeliharanya)..tapi itulah ujian bagi kita umat Islam diakhir zaman ini..
Manusia zaman ini kebanyakkannya memang JENIS YANG SUKA MENILAI SESUATU BERDASARKAN APA YANG DILIHAT+DIDENGAR OLEH PANCAINDERA LUARAN KITA..contohnya kalau seseorang berketerampilan seperti orang2 alim dan pandai hujah2 agamanya terus beliau akan diCOP+dijulang sebagai alim ulamak..sedangkan alim itu BUKAN TERLETAK DILUARANNYA TAPI DIDALAM HATINYA..Contoh kedua bila seseorang berketerampilan hebat dengan segala kemewahan duniawi terus beliau akan diCOP+dijulang sebagai orang2 bijaksana+pemimpin..sedangkan kekayaan itu BUKAN TERLETAK DILUARANNYA TAPI DIDALAM HATINYA juga..INI SEMUA HAKIKATNYA ADALAH PERSOALAN HATI..Soal HATI mana ada yg tahu Kecuali ALLAH..kalau ada makhluk yg tahu pun semuanya atas IZIN ALLAH..
Jadi bagaimana dengan nasib orang2 yang miskin,tiada pelajaran ,serba kekurangan dari segi lahiriahnya..mereka2 inilah yg selalu dihina dan dikeji lagi2 kalau miskin dan perangai pula nauzubillah,maka lagi teruklah kejian dan hinaan akan diberikan oleh manusia kepada mereka,sedangkan manusia2 ini TERLUPA SUATU PERKARA bahawa ALLAH ITULAH YANG MENTAKBIR ALAM SEMESTA INI DAN ALLAH JUALAH YG MENENTUKAN PAHALA+DOSA DAN SYURGA+NERAKA..Tapi apa yg manusia buat zaman ini???mereka2 MERAMPAS KUASA MUTLAK ALLAH..sesuka hati MENGHAKIMI MANUSIA,MENIDAKKAN YG HAQ dan berbagai lagi..Inilah UJIAN PALING HEBAT YANG KITA PERLU TEMPUHI NANTI..
Dari itu pada pendapat sy Imam Mahdi nanti bukan seperti yang tergambar dalam fikiran2 kita sekarang..dan itulah kehebatan ALLAH dalam menguji keimanan kita..sebagai contoh cuba kita fikirkan kenapa perlu beliau diislah/ditukarkan dalam masa 1 malam sahaja??pada pendapat sy mungkin sebelum ditukarkan, beliau secara LAHIRIAHNYA bukan seperti orang2 alim atau orang2 pandai tetapi PERWATAKKANYA BERTENTANGAN DENGAN APA YG DIGAMBARKAN MANUSIA agar MUSUH2 ALLAH KELIRU DENGAN PENAMPILANNYA..senang cerita "takkan la PERANGAI TAK SENONOH bleh jadi Imam Mahdi"..Tapi MANUSIA LUPA,SIAPA MEREKA UNTUK MENENTUKAN KELAYAKKAN TUE!!Kalau kita perhatikan dalam Al-Quran ALLAH dah beritahu, DIA boleh BAGI APA SAHAJA (HIDAYAH+KEBAIKKAN) DAN PADA SESIAPA SAHAJA,MAKHLUK2 YANG DIKEHENDAKIYA dan TIADA SIAPA BOLEH MEMBANTAH!!!!ALLAH sengaja mempermainkan musuh2nya dan mempermainkan manusia2 yg bongkak+sombong (mudah2an dijauhkan ALLAH)..MEREKA MERANCANG DAN ALLAH JUGA MERANCANG..
Itu salah satu contohnya..Oleh sebab itu jangan kita mudah MEMPERLEKEHKAN SESAMA MANUSIA..TINGGI RENDAH DARJAT SESEORANG DISISI ALLAH HANYA DIALAH YG MAHA MENGETAHUI...
Bukan bermaksud beliau tak elok ,tapi segala KEELOKKANNYA ADALAH ALTER TERAHSIA YANG DISIMPAN DALAM HATINYA SEHINGGA TIBA SAAT YANG TELAH ditetapkan ALLAH..(perangai lahiriah itu sengaja ALLAH cipta bagi mengaburi pihak2 musuh dan dalam masa yg sama seandainya dosanya seluas alam semesta nie pun ALLAH boleh Mengampunkannya-Dosa lahiriah LEBIH MUDAH DIAMPUNKAN dari Dosa2 batiniah kerana penyakit dalam hati, manusia boleh tipu dan sembunyikan dari pandangan makhluk).ALLAH itu MAHA HEBAT dalam bermain tipu daya..
ReplyDeleteWallahuallam
1 lagi contoh-MENGAPA BELIAU DIBAIAH DALAM KEADAAN DIPAKSA??
ReplyDeletepada pendapat sy beliau sendiri tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau adalah Imam Mahdi kerana BELIAU TERLALU MEMIKIRKAN SEGALA DOSA2 BESAR YANG TELAH DILAKUKANNYA SEBELUM INI..Beliau rasa DIRINYA YG TERLALU KOTOR DENGAN DOSA2 ITU, TIDAK LAYAK MENJADI IMAM MAHDI WALAUPUN BELIAU SEDAR BAHAWA ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN DAN MAHA PENGASIH,TAPI BELIAU TETAP TERUS MENERUS MENYESALI DAN MENYALAHKAN DIRI AKAN DOSA2NYA YG TERDAHULU (BELIAU TIDAK DAPAT MEMAAFKAN DIRINYA SENDIRI)..Itulah sikap sebenar yg tersimpan dalam HATINYA..BELIAU JENIS MANUSIA YG SEDAR DIRI,bukan seperti manusia zaman ini yg selalu merasakan diri merekalah yg hebat dan gah lagi2 kalau terpelajar dan berharta..pada pendapat sy itulah salah satu ALTER TERAHSIA IMAM MAHDI..
-Kalau kita lihat Rasullullah,Baginda tetap sentiasa memohon keampunan ALLAH walaupun BAGINDA MAKSUM..kerana apa??kerana Baginda SEDAR SIAPA DIRINYA..walaupun berbeza tapi ada PERSAMAAN SIFAT ANTARA BAGINDA DENGAN IMAM MAHDI IAITU-------->SENTIASA SEDAR DIRI, SIAPA MEREKA WALAUPUN DARJAT MEREKA TERLALU TINGGI DISISI ALLAH..
Wallahuallam..
imam mahdi adalah rahsia allah swt, dia akan muncul apabila diperintahkan oleh allah , masanya akan tiba, tugas kita menjalani kehidupan dengan mematuhi segala perintah allah dan meninggalkan segala larangannya..
ReplyDeleteAdakah Putera Bani Tamim rahsia Allah juga, yg tersimpan rapi?. Ramai yg telah ISYTIHARkan diri sendiri sebagai Imam Mahdi,ternyata palsu memakan diri. Siapa pula yg sanggup mengaku sebagai orang kanan Imam Mahdi ini? Putera Bani Tamim yang akan sediakan tapak pemerintahan untuk Imam Mahdi, mempersiapkan barisan 313 wali-wali.Perjuangan mereka menentang SISTEM Dajjal Yahudi yg sudah menguasai dunia masa kini hingga ke akar umbi.Usaha-usaha mempersiapkan Daulah bukannya mudah dan dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Seluruh lapisan masyarakat terlibat dlm mendokongnya dengan cara unik tanpa disedari.Dari rakyat jelata hinggalah ke pemimpin tertinggi. Adakah lebih mudah bertemu beliau,tetapi orang tidak perasan itulah sebenarnya empunya diri? TIPUDAYA Allah melindungi mereka agar selamat dr dihapuskan oleh musuh kejam tak terperi.Hanya mereka yg melihat dgn mata hati akan dapat memahami segala petunjuk dlm hadis akhir zaman dan mengenalpasti . Tahap seterusnya yakin dan menyertainya sebelum terlambat dijemput mati.
ReplyDelete