Friday, April 8, 2011

Senario Perang Dunia III - Agenda NWO: WW 3


Perang Nuklear Sedang Diransang

Huru hara semakin biak
Perang di Libya, Agenda AS-NATO Menuju Perang Besar.

Pada 1930 Amerika Syarikat, Inggeris, dan Belanda melakukan latihan untuk Perang Dunia II di Pasifik persekongkolan melawan Jepun. Tiga kerajaan ini telah merampas akaun simpanan Jepun di bank-bank di negara masing-masing. Sumber kewangan ini adalah untuk membiayai pembayaran perdangan antarabangsa Jepun terhadap bahan mentah. Tujuannya ialah untuk menghalang Jepun dari mendapatkan bekalan minyak sawit, getah, timah, besi dan bahan-bahan penting yang lain. Apakah trajedi serangan terhadap Pearl Harbor dahulu adalah merupakan respon dari Jepun terhadap tndakan USA dan sekutunya?
Fenomena serangan NATO di Libya
Kita dapat lihat Washington dan bonekanya NATO menggunakan strategi yang sama terhadap China.

Protes di Tunisia, Mesir, Bahrain, dan Yaman berasaskan protes terhadap kezaliman kerajaan boneka Washington. Namun, protes terhadap Gaddafi, (bukan boneka Barat), nampaknya telah dianjurkan sendiri  oleh CIA terutama di bahagian timur Libya, dimana terdapat banyak telaga minyak dan di sana juga lokasi penting pelaburan bahan tenaga negara China.
Api pemberontakan dan peperangan di Libya
Lapan puluh peratus daripada simpanan minyak Libya diyakini berada sekitar Teluk Sirte di Libya timur. Cuba dikuasai oleh pemberontak yang disokong oleh Washington. Tujuh puluh peratus daripada KDNK Libya dihasilkan oleh perdagangan minyak mentah, kejayaan operasi ini akan memberi kesan yang buruk kepada Libya dan dijangkakan Libya akan menjadi sebuah negara yang lemah. Rejim Gaddafi Tripoli akan terus dihimpit kemiskinan. http://www.energyinsights.net

Wilayah Sirte
People's Daily Online (Mac 23) melaporkan bahawa China mempunyai 50 projek-projek berskala besar di Libya. Terjadinya sengketa telah menghentikan projek-projek ini dan telah mengakibatkan 30.000 pekerja Cina yang dievakuasi dari Libya.Syarikat China melaporkan bahawa mereka akan kerugian beratus-ratus juta yuan.

China bergantung kepada Afrika, terutama Libya, Angola, dan Nigeria, untuk keperluan tenaga masa depan. Sebagai tindakbalas terhadap hubungan ekonomi yang semakin meningkat China dengan Afrika, Washington mengasaskan AFRICOM yang melibatkan operasi ketenteraan di benua Afrika,  USA - Afrika Command (AFRICOM) ditubuhkan oleh Presiden George W. Bush pada 2007. Empat puluh sembilan negara Afrika bersetuju untuk menyertai AFRICOM (diselia Washington), tetapi Gaddafi telah menolaknya, ini menjadi alasan kedua bagi Washington untuk menyerang Libya atas tujuan menawan negara itu (pengambilalihan).
Demontrasi di  Syria
Alasan ketiga mengapa Libya menjadi target ialah kerana Libya dan Syria adalah dua negara dengan pantai laut Mediterranean yang tidak berada di bawah kawalan atau pengaruh Washington. Kebetulan pula, protes telah juga berlaku di Syria. Apapun majoriti rakyat Syria mungkin masih menyokong kerajaan mereka, setelah melihat nasib rakyat Iraq dan sekarang ini Libya. Walaupun begitu, Syria tidak mungkin dapat mengelak diri dari campur tangan tentera AS. CIA atau Mossad sememangnya telah diketahui mempergunakan laman rangkaian sosial (seperti facebook dan tweeter) untuk mencetuskan protes serta menyebar disinformasi (maklumat palsu). Perkhidmatan perisikan ini (CIA dan Mossad) merupakan konspirator yang menimbulkan satu keadaan di mana kerajaan Syria dan Libya akan dipersalahkan. Pelbagai keburukan dipaparkan supaya rakyat bangun membantah.
Raptai Penyokong Assad
Inspirasi dari protes di Tunisia dan Mesir, Washington sedar bahawa protes sedemikian boleh digunakan sebagai alat untuk menghapuskan Gaddafi dan Assad. Bagi mencapainya PBB harus dipergunakan untuk memudahkan tujuan ini. Alasan kemanusiaan seperti yang disuarakan USA untuk campur tangan di Libya amat tidak masuk akal, memandangkan mereka sendiri telah memberi lampu hijau kepada Saudi Arabia mencampuri urusan Bahrain, pangkalan Armada Kelima USA (USA Fifth Fleet) dengan mengghapuskan penentang kerajaan - menumpaskan protes. Saudi menjadi kuda tunggangan USA.

Sebaliknya keadaannya tidak sama yang berlaku di Libya, campurtangan adalah menentang kerajaan yang memerintah bukan menghalang protes sepertimana negara Bahrain. Di sinilah ketaranya tepu helah yang dimainkan.

Tartus - Pengkalan Tentera Laut Russia
Jika Washington berjaya menggulingkan kerajaan Assad di Syria, Rusia akan kehilangan pangkalan angkatan laut Mediterranean di pelabuhan Syria, Tartus. Dengan demikian, Washington akan memperolehi keuntungan besar jika boleh mempergunakan muslihat “cloak” pemberontakan rakyat untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini. Sekaligus menghalau keluar pengaruh China dan Rusia dari Mediterranean.

"Gaddafi harus pergi," kata Obama. Tidak berapa lama lagi kita akan mendengar pula, "Assad harus pergi" Protes di negara-negara sekutunya tidak mendapat reaksi sedemikian,  Saudi, Jordan, Bahrain, Yaman dsb.

Akhbar yang dikuasai Amerika memainkan peranan mengeluarkan kenyataan memburuk-burukkan kedua-dua pemimpin ini dan mengutuk setiap usaha yang dilakukan oleh Gaddafi dan Assad. Bayangan bahawa Syria bakal menjadi mangsa USA selepas ini telah mula kelihatan.

Sebelum ini sering diungkapkan kata-kata fitnah yang dibuat terhadap Gaddafi dan Assad dengan panggilan “diktator” oleh Obama. Bermula sejak awal abad ke-21, presiden-presiden Amerika telah menjadi orang yang amat berkuasa dalam menguasai seluruh dunia. Hanya berdasarkan dari memo yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman, George W. Bush menisytiharkan dia mengatasi undang-undang AS, undang-undang antarabangsa, dan kekuatan Kongres dan melantik dirinya sebagai komander-in-chief dalam “perang terhadap keganasan"
Pertembungan Kuasa Sopersonik
“Caesar” Obama telah melakukan satu langkah yang lebih baik berbanding Bush. “Penakluk” Obama telah membawa USA untuk memerangi Libya tanpa berpura-pura meminta kebenaran Kongres. Ini merupakan satu pelanggaran, boleh dipertikaikan dan boleh didakwa bahawa Obama telah melanggar protokol dan peraturan negaranya sendiri, tetapi Kongres tidak berdaya menghalangnya, jauh dari mampu membendungi kekuasaannya. Dengan menerima tuntutan kuasa eksekutif, Kongres telah bersetuju untuk “Caesarism”. Rakyat Amerika tidak mempunyai kuasa untuk melawan pemerintah mereka berbanding dengan rakyat di negara-negara yang di labelkannya sebagai diperintah oleh diktator.
kapal perang China 
Washington merencanakan dan mencorakkan hegemoni dunia serta memacu dunia menuju Perang Dunia III. China tidak kurang hebat dan terserlah keegoannya berbanding Jepun pada 1930-an dahulu dan tidak mungkin untuk tunduk, ditindas dan dikawal oleh barat. Agak memalukan sekiranya mereka (China) dikatakan lemah dan tidak mampu menyaingi negara barat. Pastinya China tidak akan membiarkan dirinya dibuli dan dianggap sebagai “penakut”. Kebencian Rusia terhadap tindak tanduk USA semakin membuak dan kini sudah mula merasa geram apabila pengepungan tentera bersekutu semakin menjadi-jadi. Kesombongan Washington boleh mengakibatkan salah perhitungan musuhnya dan menjurus kepada situasi malang yang tidak dapat dielakkan, perang dunia ketiga (WWIII) mungkin meletus.

dari artikel Paul Craig Roberts. Global Research

0 ulasan:

Post a Comment

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews