Tuesday, April 12, 2011

Dajjal: Masa Kemunculannya Semakin Hampir



Laut Galilee/Tasik TIBERIAS / Kinneret/Gennesaret/Tabariyyah 

penanda aras kemunculan dajjal 

Akhir zaman ini adalah detik2 kemuncak kapada penipuan Dajjal dan ramai yang telah termasuk didalam lingkungan fitnah itu. Apabila kita melihat akan sistem yang melingkari peradaban manusia, ramai yang terpedaya dan menganggapnya satu realiti. Realiti adalah satu istilah escapism yang dicipta untuk memperdaya manusia supaya berlapang dada dengan peredaran dan tindakan manusia disekelilingnya. 
Antara Fitnah Utama Akhir Zaman
Sedangkan jika kita buka mata hati kita dan tanya kembali iman kita,kita akan dapati apa yang kita lihat pada wajah dunia hari ini adalah semata-mata hasil ciptaan dan perancangan manusia. Manusia sering melihat akan ciri fizikal pada landskap bumi ini sedangkan dalam lingkungan pandangannya manusia masih mampu melihat akan langit yang berada di atasnya tetapi berapa ramai yang mahu melihat dunia dengan cara begitu. Wajah langit itu sentiasa mengikut peredaran dan kitarannya semenjak Adam a.s. berjalan di atas bumi Allah ini dan itulah yang dinamakan fitrah. 

Tetapi wajah landskap dipermukaan bumi itu adalah hasil dari kerja tangan manusia. Peperangan, kerosakan, penindasan, kebencian itu semuanya datang dari sifat manusia dan ramai yang tidak mampu berbuat apa2 kerana terpedaya dengan Istilah Realiti itu. 

Istilah realiti ini sejengkal demi sejengkal telah menutup istilah Fitrah dan tauhid manusia dianjakkan dari mengikut peringatan2 Allah.

Pada saya langit itu adalah ilham dan peringatan Rukyah dari Allah kpada manusia kerana dengan merenung langit itu, saya dapat merasakan akan satu kuasa yang maha tidak terbayangkan kekuasaannya dan peredaran langit itu menandakan betapa maha besarnya kuasa yang mentadbir alam ini dan ianya suatu peringtan pada penghuni dibawah langit ini bahawa penguasa alam ini tidak pernah lalai dari memerhatikan tingkah laku penghuni bumi yang berada dibawah langit itu. 

Saujana Mata Memandang Luas Tidak Terjangkau
Apabila menyaksikan sistem caturan manusia yang sedang mendominasi peradaban manusia sehingga seluruh dunia pegun melihatnya, tidak teringatkah kita pada peringatan Allah bahawa orang2 Kuffar itu memang disegerakan keatas mereka akan kebendaan dan senantiasa diberikan tangguh oleh Allah kerana Akhirat itu bukan kepunyaan mereka. 

Lalu mengapa kita yang meyakini akhirat itu adalah negeri yang abadi turut berbondong-bondong sama mengejar dunia? 

Sesungguhnya zaman ini adalah zaman kepada Ujian atas keyakinan dan memisahkan antara siapakah manusia yang berserah diri kepada Allah dan siapakah yang telah menjual akhirat dengan harga yang murah. 

Antara pengajaran dari Surah Al-Kahfi pada golongan muda adalah kita harus membebaskan fikiran kita dari dibelenggu oleh realiti ciptaan Tata Baru Dunia (NWO) ini. 

Jika dapat membebaskan diri dan fikiran kita dari belenggu ciptaan manusia ini, barulah kita akan mengenal Fitrah Allah keatas diri kita dan bangkit membina kekuatan Iman dari sekarang kerana kita adalah teladan kepada generasi selepas kita yang mana mereka ini bakal bersatu dengan kepimpinan Manhaj Ubuddiyah (Al-Mahdi) untuk melawan tipu daya Dajjal. 

Pada saya Malaysia telah di monitor oleh Singapura yang lebih kecil dan India yang lebih besar kerana keduanya adalah sekutu rapat kepada Amerika dan Israel. Kedua negara ini sangat mendiskriminasi penganut2 Islam dinegara mereka. 

Pengkalan Zionis di Kawasan Timur
Bagi saya Malaysia sedang dihancurkan secara perlahan-lahan bukan melalui peperangan tetapi dibutakan mata kerohanianya. 

Kita diasak dengan kefasikkan(hiburan), minda bawah sedar anak2 kita dirangsang secara seksual, Makhluk asing didoktrinkan sebagai penyelamat manusia, amalan Khurafat menjadi tontonan setiap channel Tv, Majlis2 yang tidak mengingati Allah begitu banyak bersiaran secara langsung menghimpunkan seberapa ramai manusia yang sudi dilalaikan secara "on Air" akan melahirkan kelompok manusia yang tipis kerohaniannya. 

Adakah semua ini terjadi secara kebetulan? 

Tidak!!!Malahan ia telah dirancang lebih lama oleh Sir Henry Gurney, org yang berjaya membantu membentuk Negara Israel dan kemudian dihantar ke Tanah Melayu, apa perlunya Amerika dan Israel membazirkan peluru dan minyak jet pejuangnya di sini sedangkan kepentingan mereka bertaburan dibumi Malaysia ini. 

Henry Gurney
Jika kita enggan menerima kenyataan ini bermakna kita belum bebas sepenuhnya dari Doktrin Tata Baru Dunia (NWO). 

Melihatkan kepada segala macam kerosakkan yang berlaku pada hari ini, umat Islam seharusnya membuka hati dan fikiran untuk mencari jalan keluar. Mohon kepada Allah supaya hati kita dibuka untuk melihat dan menerima kebenaran dicelah-celah kekalutan,harubiru, hiruk pikuk umat diwaktu ini. Fitrah semulajadi boleh dirosakkan tapi boleh dipulihkan semua jika hati diserah kembali kepada Tuhan. 

sujud dan syukur kepada Pencipta
Fitrah yang rosak akan menafikan kebenaran walau terpampang didepan mata, hati yang sudah keras tidak lagi sensitive atau merasa terancam dengan program kemaksiatan. Sebab itu Tuhan datangkan gempa bumi dan tsunami untuk melembutkan hati manusia. Kerosakan berlaku pada segenap sudut kehidupan manusia, aqidah ibadah akhlak, di tahap yang amat kronik. 

rempit
Sudah sampai masanya bagi Allah mendatangkan pemimpin penyelamat untuk umat manusia diakhir zaman ini. Umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah mendapat khabar gembira tentang kedatangan Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim. Mereka adalah tokoh kepimpinan umat Islam di alaf ini yang bertaraf Mujaddid, Mujtahid, ulama ul amilin, warisatul anbiya’, Rasul lil rasul . Dalam pandangan sufi mereka adalah mursyid, sohibuzzaman, wali Allah, sultanul auliya'. 

Tuhan menjadikan setiap sesuatu ada pasangannya, ada gandingannya, ada saingannya. Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim dibekalkan dengan karamah dan bantuan ghaib untuk berhadapan dengan pihak Dajjal dan konco-konconya yang mengusai sihir dan diberi istidraj. Hakikatnya Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim sudahpun berperanan. Kedua dua pihak yang berlawanan ini sebenarnya amat mengenali antara satu sama lain. 
 
tegak kembali panji-panji tauhid
Sudah banyak kajian ahli pemikir yang mengandaikan “kemunculan” Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim adalah dari Nusantara. Kepimpinan mereka akan mengembalikan kegemilangan dan kesatuan alam Melayu, bani Jawi, kaum Mala. Ertinya mereka ada dikalangan kita. Malangnya kita tidak dapat mengenali mereka dengan mudah kerana minda kita sudah dikawal (mind control). 

Semua jalan-jalan untuk umat Islam berhubung dengan mereka sudah ditutup, disekat, dikelirukan, dinafikan. Cara hidup dan berfikir tajaan NWO sudah sebati dalam diri kita hatta dalam mempelajari dan memahami ilmu Islam itu sendiri pun adalah dalam ruang lingkup yang telah disusun, dikawal dan dirancang oleh mereka. 

Illuminati merahsiakan kewujudan perhubungan antara mereka dengan iblis sejak sekian lama malah menanamkan kepercayaan kepada umat manusia bahawa iblis tidak wujud. Sekaligus supaya manusia tidak mempercayai kewujudan Tuhan, Malaikat, Rasul dan alam ghaib. Mereka menjalankan usaha-usaha merosakkan Agama Tauhid sebelum ini dan menggunakan modus operandi yang sama terhadap Islam. 
Illiminati berusaha melemahkan kerohanian Islam
Mereka menyusup masuk ke dalam kalangan penganut Islam dan institusi Agama Islam melakukan usaha mengolah ,mengubah, menyelewengkan dari dalam. Percubaan demi percubaan dibuat oleh kaum Yahudi dengan mengunakan kepakaran yang mereka ada bermula sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi..Selepas mengalami kekalahan dalam perang salib, Pusat-pusat Orientalis ditubuhkan dan agen-agennya dihantar ke seluruh dunia dengan menyamar menjadi ulama . Mereka tidak boleh mengubah Al Quran tetapi mereka menterjemahkan kitab kitab muktabar, mengubah keasliannya, memadamkan juzuk-juzuk tertentu agar umat islam tidak tahu “rahsia kekuatan mereka”. 
Illuminati merahsiakan kekuatan
Antaranya, sebahagian besar umat Islam pada hari ini sudah tidak boleh menerima malah tidak percaya bahawa, bagi mereka yang bertaqwa boleh berhubung dengan alam ghaib yakni dengan roh Rasulullah - Nur Muhammad SAW dan para sahabat serta rijalullghaib dan juga mendapat pimpinan dari roh baginda SAW. Suatu ketika dulu kita pernah disajikan dengan kisah- kisah bantuan ghaib kepada pejuang mujahiddin yang amat menjaga urusan dengan Tuhan sewaktu melawan Komunis Russia (USSR). Banyak lagi kisah-kisah seumpama itu yang (sangat) memberi kesan dan meniupkan semangat dan harapan kepada umat Islam. Ini adalah pembelaan secara langsung dari Tuhan.
Mujahideen Afghanistan
Memandangkan gerakan musuh tidak pernah berhenti mencari dan mengesan Imam Mahdi, sudah tentu beliau tidak akan menonjolkan diri sebelum tiba masanya tetapi mewakilkan kepada Putera Bani Tamim untuk membuat segala persiapan awal. “Kumpulan-kumpulan yang memegang bara api” yang berada di sekitar Timur Tengah dan Khurasan akan bergabung dibawah kepimpinan Imam Mahdi. Bara api ini akan menyala dan membakar musuh-musuh manakala cahayanya menerangi seluruh alam. 
Cahaya Islam Bergerlapan
Selama ini Tuhan telah mengizinkan segala macam kelebihan (yakni kuasa, pangkat , sihir, harta, kekuatan tentera, ekonomi, teknologi) kepada pasukan Iblis, Syaitan, Dajjal, Iluminati, Yahudi, Freemason dan konco-konconya. Melalui kelebihan ini, mereka bermaharajalela, membuat kezaliman, mencatur dunia sekehendaknya, menurut hawa nafsu sepuas puasnya. Semua ini untuk menguji keimanan hamba-hambaNya yang ikhlas. Tuhan menguji manusia mengikut tahap keimanan masing-masing Maha Suci Allah dari bersifat zalim .Manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri. Walaupun sudah diberi peringatan, adakah manusia akan kembali kepada Allah? 

Kumpulan Rahsia Dajjal
Tidak lama lagi pasukan (Dajjal) ini akan bertemu “empat mata” dengan pasukan “lawan’ yang dikirim oleh Tuhan . “Lawan” yang memiliki kelebihan tak tertanding “super power” yang selama ini hanya berperanan secara rahsia “dibalik tabir” dan akan muncul untuk selamatkan seluruh umat manusia supaya dapat kembali kepada Tuhan yang Esa. Inilah Pasukan Rasululah SAW diterajui oleh Imam Mahdi, Nabi Isa a.s, Putera Bani Tamim dan para wali Allah. Perang besar WW3 akan meletus di akhir zaman sebelum penutup kisah dunia ini. menuju Mahsyar dan Hari Pengadilan. Semoga kita terpilih dan tergolong dalam pasukan Allah ini. Insya Allah.

Kredit untuk PENULIS - seorang pengunjung blog ini

8 comments:

  1. Assalamuailaikum..

    cara yang terbaik utk menghadapi fitnah dajjal adalah kembali kepada Islam yang sebenar iaitu Ahli Sunnah Waljamaah...malangnya ramai dikalangan kita hari ini secara tidak sedar menganut ajaran Islam sekular@liberal@fahaman qadariyyah....semoga mereka mendapat hidayah..
    Ramai dikalangan kita hariini, masih tidak menyedari rahsia besar umat Islam iaitu ilmu rohani...

    Keistimewaan ASWJ berbanding fahaman Islam yang lain adalah Ahli sufi@ahli tasauf....siapakah mereka?
    di tanah melayu terkenal ramai tokoh2 sufi@wali
    wali songo,habib nuh,tuk kenali,tokku paloh mereka antara tokoh yang terkenal kerana karamah mereka namum ramai yang tidak ambil peduli apakah amalan mereka...
    oleh itu saya menyeru kepada seluruh umat islam untuk kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan menjejak amalan -amalan waliyyulullah utk menghadapi hura hara yang sudah hampir saat tibanya....

    ReplyDelete
  2. assalamu'alaikum

    bagus, tip2 persediaan mghadapi dajjal, na'uzubillahi min finatihi.

    bila baca pasal konsep realiti, teringat pd sebuah artikel yg pernah sy kluarkan.

    http://almomentum.blogspot.com/2010/03/ketinggalan-zaman-betoi-la-hang-nie.html

    ramai or tertipu dgn konsep ni. islam mempunyai dasar dan prinsipny ayg tersendiri, prinsip2 itu x mungkin digadai hanya dgn istilah realiti. realiti adalah ciptaan manusia sbenarnya. kita mampu mengubahnya. Allah xkan ubah kcuali kita sndrilah yg mesti mengubahnya. ayuh!!!

    =)


    .

    ReplyDelete
  3. Salam saudaraku Abatasa :)

    Ahlul Sunnah Wal-Jamaah mempunyai Method Tasawwuf@Sufi sebagai pintu kpd rahsia di langit dan dibumi..Jika ada yg memikirkannya sebagai keterlaluan dan sebagainya ianya tidaklah menghairankan sy krn Ilmu Allah itu sememangnya maha luas dan manusia yg cetek makrifahnya akan keliru dan berpaling..
    Berpalingnya mereka itu bukanlah bermaksud tidak mempercayai atau tidak menerimanya ttp mereka itu berpaling krn Makrifah mereka belum mampu mencapai taraf menghampakan(mengosongkan) diri lantaran penyakit2 bawaan dunia (merasa ilmu pd diri sudah memadai)itulah yg menjadi penghijab dari mengenal hakikat yg lbh tinggi..
    Didalam Al-Quran sendiri menceritakan bagaimana Nabi Musa a.s terpedaya dgn rahsia ilmu Allah apabila ditemukan dgn Nabi Khidir a.s..
    Kenapa kisah pertemuan Nabi Musa dgn Nabi Khidir ini Allah ceritakan didalam surah Al-Kahfi adalah sebagai teladan kpd manusia supaya tidak merasa diri sudah menguasai sesuatu perkara secara meliputi krn Rahsia Ilmu Allah itu maha luas dan tidak terjangkau oleh batasan fikiran manusia..

    Antara sebab Method Tasawwuf@ Sufi ini subur di bumi Malaysia adalah krn Faktor sejarah..Pada sekitar abad ke 19 dan 20 Sekumpulan ulama dari Nusantara telah berhijrah ke Makkah utk mendalami Ilmu agama dan telah diijazahkan Amalan2 Tarekat dan diamanahkan utk dikembangkan di Nusantara..
    Dlm dekad awal 1900 telah berlaku pemberontakan Keluarga Saud terhadap kerajaan Islam Othmaniyah dan Makkah jatuh ke tangan mereka..Sejak dari itu Golongan Saud Mengembangkan Fahaman (Wahabi)mereka dan mengusir pengaruh Ahlul Bait dari Kota Makkah bersama Amalan2 Tarekat mereka..Oleh kerana itu Kunci amanah dari Ahlul Bait telah berpindah ke Kepulauan Nusantara hingga kini..Ada dikalangan ulama sini memegang amanah sebagai Khalifah Tarekat bagi Asia Tenggara oleh Allahmah guru2 mereka di Makkah dahulu..Sebab itulah Nusantara ini cuba dilemahkan oleh Pakatan Kuffar krn ketakutan mereka terhadap golongan Sufi ini..Tetapi mereka ini dipelihara oleh Allah dan tidak tergugat wlwpun kadangkala cuba diganggu oleh Jassasah(pengintip) utusan Kuffar..
    Antara sebab Method ini dilihat asing pd umat Awam adalah krn hati mereka telah terhijab dgn penyakit bawaan dunia..Sebab itulah Rasulullah menyeru manusia supaya mengambil dunia ini hanya sekadar keperluan utk kelangsungan hidup dan berketurunan ttp mengejar Redha Allah itulah yg Utama dan hakiki..
    Semakin maju dunia semakin byk berlaku kerosakkan krn manusia tidak mahu mengosongkan cawan dirinya kpd Ilmu Allah mengambil tempat utk diisi..Merasakan ibadah Fardhu sudah memadai utk mengejar Syurga Allah sedangkan jangka masa mengerjakan solat itu pun jika dihimpun hanyalah mengambil masa lbh kurang 25 minit sahaja dlm sehari..Selebihnya lagi 23 jam 35 minit itu adalah waktu utk apa?
    Perkara2 yg dilakukan diluar solat ini lah yg kadangkala akan menyebabkan amalan2 kita tertolak,tergantung atau tidak diterima Allah..
    Pd yg mengerjakan solat,berjihad atau membaca Al-Quran itu pula disediakan Wadi di Neraka yg lbh panas andai amalan2 mereka itu dilakukan bkn kerana Allah..
    Bukankah disebalik pernyataan Allah ini terkandung kunci Rahsia utk manusia menyelamatkan diri dijalan agama?
    Jika kita tidak ambil peduli maka kelak Allah dan Rasul pula tidak akan mempedulikan kita di Yaumal Mahsyar nanti..Ingatlah bahawa kelak bahawa sebahagian dari Umat Rasulullah yg mempunyai tanda Wudhu' akan ditahan oleh para Malaikat ketika menghampiri Telaga Kautsar di Mahsyar nanti..
    Setelah dijelaskan oleh Malaikat akan sebab mereka itu ditahan maka Rasulullah akan mengusir mereka dari menjadi golongan baginda dan terlepas dari mendapat pelepasan Allah..

    ReplyDelete
  4. Wa alaikumussalam. Terima kasih semua atas komen yang cukup bernas dan bermenfaat untuk dikongsi bersama.

    Kepada saudara nurrohi, ulasan saudara antara yang paling menarik dan saya amat menghargainya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. ada kena mengena dengan pilihanraya sarawak ke?

    ReplyDelete
  6. Imam Mahdi bukanlah bergelar Sultanul Auliya dari kalangan ahli sufi.. kerana Sultanul Auliya itu gelaran kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani.. Imam Mahdi ni pula digelar sebagai Khatimul Auliya.. Allahu a'lam

    ReplyDelete
  7. Salam semua,

    Terima kasih atas pandangan yang membantu meningkatkan pengetahuan. Ilmu Allah itu amat luas dan tak terjangkau dek akal kita manusia. Saranan untuk kita ialah harus terus berfikir mencari "kebenaran" walaupun pada awalnya maklumat yang diperolehi dangkal dan lemah, setelah memberi fokus dan terus berfikir, ia akan berkembang sesuai dengan tahap ilmu masing-masing.

    Terima kasih sekali lagi atas teguran membina. Wassalam.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum semua saudara islam..yg dicintai memang benar dari dulu hingga skrg kita umat lalai dlm perkara ini.terutama sekali tentang pembelajaran disekolah pada masa ini..adalah ciptaan org kafir..hinggakan pelajaran agama dilupakan..sekolah dunia ini ciptaan org kafir utk melupuskan ingatan org islam dgn pwmbelajarannya hanya tentang kepercayaan rekaan manusia ramalan yg dibuat2...perkara ini mesti dikaji lebih dlm agar umat islam tidak terpadaya

    ReplyDelete

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews