Tuesday, February 28, 2012

Buah dari Syurga untuk Seluruh Manusia


Anugerah Allah kepada manusia.dan buah ini telah digunakan oleh manusia sejak beribu-ribu tahun dahulu. Pokoknya boleh tumbuh dan hidup di mana sahaja walaupun pada suhu -10c dan dikawasan yang tidak subur. Pada masa kini masyarakat sudah tidak lagi menggunakannya sebagai sumber kesihatan setelah ubatan kimia menjadi dominan. Hanya sedikit dari kita yang benar-benar tahu mengenai kehebatan dan khasiat keseluruhan bahagian pokok dan buah ini.

Ulama terdahulu mengangkat pemakanan buah ini sebagai sunnah Rasulullah saw dan berusaha menanam pokoknya di halaman rumah. Akhirnya ia tidak lagi menjadi amalan setelah maklumat mengenainya semakin hilang. Buah ini mempunyai nama yang cukup istimewa iaitu Delima.
Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat dua mata air yang memancar (tanpa henti memancutkan airnya).
Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satu yang kamu hendak dustakan?
Di dalam keduanya ada terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma serta delima. arRahman 66-68


Buah delima atau nama botaninya Punica Granatum diakui amat berkhasiat dan mempunyai banyak keistimewaan. Terutamanya dari sudut kesihatan. Antara khasiat buah delima ini adalah mampu merawat batuk, menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru serta mengubati sakit mata.

Nama Tempatan: Delima
Nama Saintifik: Punica granatum
Nama Lain: pomegranate,Rumman,rumien, rimmon
Famili: Lythraceae
Lokasi dijumpai: Asal: Iran , Himalaya, Utara india

keterangan:

Delima merupakan sejenis buah-buahan yang berasal dari Iran, Himalaya. Ia telah lama ditanam di kawasan medditerranean sebagai antara buah-buahan utama.

Ia kemudiannya tersebar dan ditanam di kawasan-kawasan lain seperti Algeria, azerbaijan, Turki dan sesetengah kawasan yang kering di Asia tenggara seperti Semenanjung Malaysia.Kini Delima juga ditanam di Amerika syarikat terutamanya di Kawasan seperti California dan Arizona untuk dijadikan jus.

Dalam industri makanan delima dikategorikan dalam kumpulan buah eksotik dan antara sumber makanan yang mempunyai banyak khasiat.Pentingnya delima sebagai sumber makanan terbukti apabila delima di sebut di dalam Kitab Suci Al-Quran sebanyak 3 kali. Pada Zaman nabi Musa delima di tanama di Syria, Palestin dan Lubnan.

Daun delima berukuran antara 3-7 cm panjang dan 1.3 cm lebar. Daunnya mempunyai permukaan yang berkilat dan berbentuk oblong.

Bunga delima berwarna merah terang, ada sesetengah varieti yang mempunyai bunga oren terang terutamanya sepesies delima katik atau kerdil (dwarft pomergranate) atau nama saintifiknya punica granatum nana.

Delima katik amat sesuai dijadikan tumbuhan hiasan dalam pasu dan juga bonsai.Dalam bahasa inggeris delima di panggil pomegranate yang berasal dari perkataan lain iaitu POMUM yang bermakasud epal dan GRANATUS yang bermaksud biji.

Sesuai dengan namanya buah delima mempunyai warna yang hampir menyerupai warna epal dengan bahagian dalam buahnya yang penuh dengan biji.


kegunaan:

Delima yang kaya dengan Sodium ,riboflavin, thiamin, niacin, vitamin c, kalsium dan fosforus. Antara khasiat delima ialah ia merupakan tonik yang sangat baik untuk jantung. Ia juga membantu mengurangkan sakit jantung.

Ia merupakan antara penawar yang baik untuk membantu masalah keradangan perut. Ia membantu melegakan cirit birit dan disentri.

Pesakit anaemia atau kurang darah juga mendapat manafaat daripada buah delima. Delima yang diambil bersama madu merupakan penawar homopati yang berkesan untuk menangani masalah darah gemuruh dan panik. Amalan makan buah delima merupakan amalan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan fungsi mata.selain daripada buahnya bunga delima juga digunakan untuk merawat banyak penyakit.

Selain daripada itu bunganya yang berwarna merah terang itu merupakan sumber untuk pewarna semulajadi. Buah delima boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus.

Selain daripada itu ia banyak digunakan dalam masakan seperti dijadikan sup. Boleh digunakan sebagai pengganti tomato di dalam masakan terutamanya bagi masyarakat timur tengah.

Biji yang diasingkan dari isinya dan kemudiannya dikeringkan dijadikan bahan untuk menambahkan rasa masam pada chutni dan kari. Di turki sos delima jadikan sos untuk salad dan juga untuk memerap daging sebelum dimasak.

RAHSIA BUAH DELIMA DI DALAM AL-QURAN

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. 

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. 

Frman Allah SWT dalam surah Al An’am ayat 99;

“Dan Dialah yang menurunkan hujan. Kami keluarkan daripadanya tanaman yang meng­hijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tan dan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengndungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”

Sejak zaman Nabi Musa as buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima dipercayai menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal. Dalam agama Buddha pula, buah delima dianggap sebagai buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic.

Di China, buah delima menjadi simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. 

Imam Al Ghazali telah mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung-kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus. Akhirnya ia dibalut lagi dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.

Buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. 

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.

Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Rasulullah SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". 

Pada masa ini sudah ada perusahaan membuat jus dari isi buah delima ini. Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan. Mudah dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. 

Ia bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.
Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang menjadi parasit mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak enak untuk dimakan, tetapi amat bermanfaat

Kulit buah yang tebal dapat mengekalkan kualiti buah ini walaupun disimpan dalam waktu yang agak lama. Kulit serta batang buah delima dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit seperti di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia juga dikatakan dapat mengubati pelbagai jenis penyakit...

Keseluruhan penciptaan pokok buah delima dapat memberi manfaat kepada seluruh umat manusia. Setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut

http://giffarinebiz.weebly.com/supplement-food.html


Di Indonesia pokok delima (Punica granatum L.) merupakan tanaman hias yang banyak tumbuh dan dipelihara di pekarangan rumah. Zat yang berkhasiat untuk meracuni cacing pita tersebut adalah alkaloid peletierin yang merupakan alkaloid pertama yang dapat dikesan dari tanaman. Kulit buah dan akar delima banyak dijumpai dalam ramuan ubat tradisional Indonesia selama bertahun-tahun.

Ada beberapa jenis pokopk delima yang ditanam sebagai pokok hiasan di pekarangan rumah seperti delima putih yang berbunga putih, delima merah yang berbunga merah, delima susu yang berbunga merah, dan delima hitam yang berbunga merah dan kulit buahnya berwarna ungu tua (Sastroamidjojo, 1997). Semua jenis pokok delima mempunyai kulit buah dan akar yang kelat (pahit)..

Selain dari menjadi ubat kepada tubuh, delima juga mempunyai keupayaan membantu dari segi kerohanian. Ia pernah disebut sebagai sumber "penerang hati" kepada pemakannya.

Untuk penerang hati. Sabda Nabi SAW, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya ALLAH menerangkan hatinya selama 40 hari.” 

BUAH delima menjadi kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. 


Dalam semua agama besar di dunia mempunyai cerita dan metos tersendiri terhadap buah ini.

Islam memberi penerangan yang lebih jelas dan penuh makna. Buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah SWT sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al-An’am ayat 99 dan 141 dan surah Ar Rahman ayat 68.

 


Delima; Anugerah Ilahi Dari Syurga

Dalam sebuah hadis mauquf dan marfu’, Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa buah delima termasuk dalam buah-buahan dalam syurga.

“Tak satu pun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga”.

Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;

“Makanlah buah delima berserta minyak dan lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan”. (HR Imam Ahmad)

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al An’am ayat 99;

“Dan Dialah yang menurunkan hujan. Kami keluarkan daripadanya tanaman yang meng­hijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tan dan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengndungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”

Perincian tentang khasiat Buah Delima adalah seperti berikut:

Kelebihan Jus Delima Asli (Pomepure 100% Pure Press Natural)

Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan penyakit jantung, tekanan darah tinggi, lemah tenaga batin, melambatkan penuaan, kanser prostat, kanser payudara, kanser usus dan leukemia.

Antara khasiat-khasiat lain yang me­nunjukkan kebaikan jus delima asli 100% ‘Pomepure’ bebas daripada campuran bahan pengawet.

Delima Mengurangkan Berat Badan

Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan. Ini akan memberikan badan anda mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisma badan meningkat. Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.

Delima Memberi dan Merangsang Tenaga Batin

Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Hasil kajian terkini mendapati segelas jus delima sehari berpotensi seperti pil viagra yang membantu dalam fungsi syahwat lelaki. “Jika anda rasa teman hidup anda tidak cukup bertenaga di bilik tidur, ini adalah jawapan kepada segala kebimbangan; berikan teman anda minuman jus delima,” kata penyelidik.

Delima Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis

Jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama tiga bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur arteries). “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

Delima Melindungi Otak Bayi dan Ibu Mengandung

Meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga mengandungi ‘ptassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam. Jus delima dapat membantu untuk menda­patkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. Doktor mengesahkan ketidak­cukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi.

Delima Melawan Kanser Payudara

Kajian Penyelidik mendapati jus delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara, kanser kulit dan kanser prostat serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.

Delima Melawan Penyakit Jantung

Jus delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi; flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

Delima Mengurangkan Batuk dan Asma

Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada penghidap asma dan lelah.

Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolesterol

Jus delima akan membantu mening­katkan tahap kolesterol yang baik di samping menurunkan kolesterol yang buruk. Tahap kolesterol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.

Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah

Jus delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengu­rangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok

BUAH DELIMA ANUGERAH DARI SYURGA
Mingguan Warta Perdana 
http://giffarinebiz.weebly.com/supplement-food.html 



pembekal JUS DELIMA
http://giffarinebiz.weebly.com/supplement-food.html
http://jusdelima83.blogspot.com



8 comments:

  1. BUAH DELIMA... Walo pun dalil keunikan Buah Delima yg tersurat dan tersirat dlm Al-Quran ada dikhabarkan, namun kegunaannya diAlam Melayu ngak meluas. Hinggalah sekarang sejak dibawa masuk kepasaran minuman dari buah2an. Baru diketengahkan apakah kasiat2 jus, kopi, dsbnya dari "Buah Delima". Sekarang udah jadi perhatian, karna jus dan kopi "Buah Delima" itu banyak guna faedahnya bagi kesehatan badan. Itu dari sudut pemakanan dan peminuman...

    BATU DELIMA... Buah Delima itu jua ada unsur Spiritual. Kapan disebut "Buah Delima", ia bisa dikaetkan juga dgn "Batu Delima", karna warna dan bentuknya hampir seakan2 serupa, Mereh/Pink menyala. Cumaan dari 3 unsur yg berbeda. Ada terdengar kisah pelik orang2 tertentu, dibimbing oleh "Makhlok Ghaib", diarah pergi kehutan hingga terjumpa pokok dan "Buah Delima". Dlm butir2 yg banyak itu, hahaha... koq ada sebutir "Batu Delima" asli yg tinggi nilainya. Apa kasiat faedah gunanya..?? Hanya Si-Jauhari yg mengenal Maknikam itu jua yg bisa menjawab...

    Kesah pelik "Batu Delima" dlm "Buah Delima" itu bisa baca tapi usah percaya pak. Ada baiknya Bapak amalkan aja minum jus ato kopi "Buah Delima". Kalo badan sehat satu alam semesta bisa terangkat pak. Hehe.. mata Ibuk bisa jadi kedap-kedip pak..

    Permissi, Wassalam & Peace...^_^...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
    Terima kasih berkongsi ilmu tuan.
    Salam hormat.

    ReplyDelete
  3. Salam, boleh layari blog kami untuk produk timur tengah

    ReplyDelete
  4. Terima kasih di atas info ini. Saya ambil sedikit maklumat di atasd untuk dikongsi dengan rakan yang lain.

    ReplyDelete
  5. ASSALAMMUALAIKUM TUAN BOLEH KA saya amik sedikit info tentang buah delima ni utk dikongsikan bersama kawan?

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah...terima kasih atas perkongsian ini..Semoga Allah merahmati Tuan

    ReplyDelete
  7. I just keep visiting this blog from past two years. The posts here are unique and useful than other blog posts. Such a great info provided in this post. Keep providing useful post in this blog. I appreciate author for this valuable post. best barista schools in Dubai , lifestyle cooking course in Dubai

    ReplyDelete

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews