Wednesday, June 23, 2010

Anak Muda... Bangunlah, Selesaikan Tugasmu.

Imam Mahadi akan muncul....

ANAK MUDA!
Berhentilah dari bersandiwara gila dan gurau senda.
Bukakan matamu seluas luasnya, lihat sekelilingmu dan lupakan keenakan dunia.
Tiada masa untuk berbangga dan sengketa
Ketahuilah hanya anda, ANAK MUDA !!
Pewaris dunia fana dan bakal mentadbir seluruh alamaya.
 DEMI MASA 
Perhalusi nasihat alGhauth dengan mendalam. Ambil anisiatif perbaiki diri agar layak menyertai gerakan alMahdi. Tentera alMahdi hanya layak disertai oleh pemuda beriman kental, mencintai mati kerana Allah dan setianya tidak berbelah bahagi kepada pemerintah daulah yang bakal muncul, Shoib bin Soleh panglima kepada khalifah daulah fil akhir zaman, alMahdi.

Lupakanlah... Tinggalkanlah mereka yang Fasik, tinggalkanlah mereka yang Kufur, biarkanlah mereka yang tersesat lebih-lebih lagi yang suka menyesatkan, tinggalkanlah mereka yang galak melalak sombong dan bongkak. Lupakan saja... hiburan yang meloyakan. Tiada waktu untuk semua itu lagi...  JIKA TIDAK, ANDA AKAN TERSASUL DAN AKAN MENYERTAI MEREKA - kongsi gelap kumpulan 999..

Ketahuilah, anda semua sedang berada dalam penjara Dajjal Laknatullah, bergelumang dengan FITNAHnya. Telinga anda dibingitkan, mata anda disilaukan, hati anda dibolak balikkan, terlelonglah jasad anda semua.... kecuali mereka yang "beriman", mereka yang tidak sesekali rela menyembah selain Allah swt. Tiada "tuhan" melainkan DIA. Bukan penyembah harta, bukan penyembah pangkat, bukan penyembah politik, bukan penyambah kemewahan dan wang ringgit, bukan penyembah artis, bukan penyembah "cinta asmara", bukan penyembah segala-gala yang ada di DUNIA....
..
...... Semua itu adalah BERHALA..... 
berhala yang bakal menjadi bahan bakar di NERAKA...

 Jauhilah semua itu jika anda mahu bersama tentera Allah, tentera langit dan tentera Pemuda Bani Tamin. Shoib bin Soleh (bukan Tun, Tan Sri, Datuk dan berbagai lagi simbol yang hanya untuk bermegah-megah, gila pangkat dan harta).

Persudikan diri BERTASBIH 24jam tanpa henti kerana itulah makanan dan minuman mereka (tentera Allah). Segala yang ada adalah milik Allah, semuanya bertasbih kepadaNya berselawat dan salam kepada Baginda Junjungan, rasulNya. Kecuali mereka yang ingkar...Hanya sedikit sahaja lagi jawatan kosong yang masih ada.. khas untuk anda, anak muda! Hanya 1000 dari SATU JUTA umat manusia layak bersama dalam gerombolan ini. Satu dari Seribu orang. Dan..... ingatan untuk anda!  Jangan biarkan diri anda tergolong dalam kumpulan besar alDajjal... 999 dari 1000 orang.

Keluarkanlah diri anda segera dari nya wahai anak muda...  .... masih ada waktu.

alGhauth Syeikh Abdul Qadir al-Jilani

Wednesday, June 9, 2010

Nasihat al-Gauth: wahai ANAK MUDA.... (1)

nasihat dari al-Ghauth al-A'zam Sultanul Aulia
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani (470-561 hijriah)



Wahai anak muda !

Tegurlah dirimu sendiri dahulu sebelum menegur diri orang lain.
Perbetulkan diri kamu sendiri dahulu sebelum memperbetulkan orang lain.
Perhatikan diri kamu sendiri dahuklu sebelum memerhatikan orang lain.
Perdulikan diri kamu sendiri dahulu sebelum memperdulikan orang lain.

Sekiranya kamu masih "buta" (dalam hal keagamaan dan ketuhanan), bagaimanakah kamu hendak membimbing orang lain? Hanya orang yang celik sahaja dapat membimbing orang lain. Hanya pakar berenang sahaja yang mampu menyelamatkan mangsa yang sedang lemas di laut.

Hanya orang yang telah mengenal Allah sahaja dapat membawa/membimbing orang lain dalam perjalanan menuju kepada Allah. Bagaimanakah seorang yang "jahil" tentang Allah mampu membawa/membimbing orang lain kepada Allah?

Janganlah kamu bertanya, apa yang "patut" Allah lakukan. Kewajipanmu hanyalah mencintai Nya dan berbuatlah segalanya hanya keranaNya bukan kerana "ghairullah" (selain Allah). Takutlah hanya kepada Allah, jangan takut kepada "ghairullah". Ia mesti tersemat di dalam hati bukan hanya berkata pada lidah sahaja. Di dalam "diri sendiri" bukan semata untuk menunjuk-nunjuk pada khalayak ramai.

Sekiranya "tauhid" dipintu rumah tetapi "syirik" di dalam rumah, ia umpama "pepat" di luar "rencong" di dalam. Orang Munafik namanya. "Celakalah" orang yang lidahnya lurus tetapi hatinya bengkok, lidahnya manis tetapi hatinya pahit.

"Celakalah" orang yang berpura-pura menjadi "Hamba Allah" tetapi patuh kepada "Ghairullah".  Jika kamu benar-benar hambaNya, maka janganlah patuh kepada ghairullah. Orang yang benar-benar beriman tidak akan "taat" kepada nafsunya sendiri, iblis dan syaitan. Dia tidak sesekali patuh ajakan syaitan dan tidak akan di kuasai oleh "dunia". Hanya Allah sahaja dipandangnya setiap ketika.

Buanglah "syirik", tegakkan "tauhid"  Allah yang menjadikan segala-galanya. Janganlah meminta kepada "makhluk" pintalah dari Allah kerana DIA memiliki segala-galanya. Setiap perkara ada tersimpan dalam perbendaharaannya.

Wahai anak muda !

Terimalah dengan ikhlas apa yang di taqdirkan kepadamu. Tanamkan perasaan sabar di dalam kalbu. Taatlah kepada Allah dengan penuh khidmat. Jika kamu berbuat demikian, Dia yang Menentukan Taqdir akan melimpahkan Keberkatan dan Rahmat kepadamu, jauh melebihi dari apa yang kamu harap dan sangkakan.


nantikan nasihat kedua............

Sunday, June 6, 2010

alGhazali ulama dari Khorasan, Parsi

Abu Hamid al-Ghazali 
atau nama penuhnya ABU HAMID MUHAMMAD bin MUHAMMAD ABU MUHAMMAD AL-GHAZALI atau lebih dikenali sebagai IMAM GHAZALI dilahirkan pada tahun 450 Hijrah (1058 M) dari sebuah keluarga miskin di  TOS, sebuah kota di negara KHORASAN. Bapanya meninggal semasa beliau masih kecil.  Beliau bukanlah berbangsa Arab sepertimana yang difahami ramai dan Khorasan pula adalah sebuah negara kota yang amat luas meliputi seperempat Parsi, seluruh Afghanistan, Tajikistan, Uzbekistan dan bahagian barat China, ibu negaranya ialah Kabul..

Dari sinilah (Tos) belau memulakan penggalian ilmu seminggalah kemuncaknya beliau dikenali sebagai ulama kerohanian yang unggul di dunia Islam dan ia dikagumi seluruh dunia termasuk Negara Barat. Penulisannya mengupas persoalan yang sukar diketengahkan oleh ramai pemuka kerohanian pada zamannya disamping mampu mengutarakan tentangan terhadap kemusyulan fahaman philosofi Greek yang semakin popular dikalangan umat Islam. Di dunia Barat, ia dikenali sebagai ALGAZEL

Disebabkan penulisannya yang mantap dan penuh fakta, ia dianggap sebagai satu aliran pemikiran baru dari sudud falsafah dan mistis metafisik oleh Barat dan dianggap sebagai saingan kepada ilmu falsafah Plato dan Socrates.  Pandangan dan kefahaman yang beliau kemukakan amat bermanfaat serta padu sebagai benteng pendinding penularan pengaruh pemikiran falsafah Greek ketika zamannya. Terselamatlah umat Islam dari kecelaruan dalam kefahaman kerohanian.  Jasa Iman al-Ghazali yang amat tinggi nilainya.

Ilmu yang mula dipelajari di Tos ialah dalam bidang asas syarie iaitu Feqah dari seorang ulama bernama Ahmad bin Muhammad al-Razakani al-Tos.

Toos (توس atau طوس di Parsi/Iran) juga disebut sebagai Tous,Tus atau Tus, merupakan sebuah bandar purba di wilayah Iran dari daerah Khorasan. Bagi orang-orang Greek purba, ia dikenali sebagai Susia (Σούσια). Ditawan oleh Alexander the Great pada 330 SM. Sejarah penting Tos selain tempat kelahiran Imam Ghazali, ia juga terkenal kerana Kewafatan Khalifah Hurun al Rasyid.
Haruniyeh Dome in Tus. Some say it's the tomb of Al-Ghazali.
Dalam perjalanan untuk mengatasi rusuhan di Khorasan pada tahun 808, Khalifah Abbasiyah Harun al-Rasyid jatuh sakit dan meninggal dunia di bandar ini.. Sejarah lainnya, bandar ini hampir seluruhnya musnah di tangan Genghis Khan semasa serangan tentera monggol antara tahun 1220 hingga tahun 1259.

Pemuka Islam yang terkenal selain Iman Ghazali dari bandar ini antaranya ialah penyair Firdausi, Hakīm Abu'l-Qāsim Firdawsī Tūsī (حکیم ابوالقاسم فردوسی توسی), disebut sebagai Ferdowsi (Firdausi), hidup pada 940 hingga 1020. Ia dikenali kerana karya puisi yang hebat dirujuk sebagai Syair Parsi (Persian poet). Pengarang Shāhnāmeh, epik masyarakat Parsi.

Abu Musa Jabir bin Hayyan Al-Azdi Terkenal di Barat sebagai GEBER, (lahir pada 721 di Tos meninggal pada 815 di Kufah) adalah seorang yang terkemuka dipelbagai bidang; seorang ahli kimia dan Alkemis, astronomi dan astrologi, jurutera, ahli geologi, ahli falsafah, ahli fizik, dan farmasis juga doktor. Telah diktiraf oleh banyak pihak sebagai “Bapa Kimia”

Abu Mansur Ahmad bin Ali Asadi al-Tusi (lahir: Tos, Iran wilayah Khorasan - meninggal: 1072 Tabriz, Iran) Tokoh kedua terpenting sebagai penyair dibidang epik rakyat selepas Firdausi yang juga dari bandar yang sama. Dia adalah seorang penyair, seorang ahli bahasa dan penyalin naskah kuno.

Selain itu, Tos juga terkenal kerana Wazir Dinasti Seljuk, Nizam al-Mulk dan pemimpin Mazhab Syiah, salah seorang dari imam 12 yang amat dihormati dalam Mazhab ini iaitu Abu Ja'far al-Tusi.

Walau bagaimana pun, tidak dapat dinafikan bahawa nama harum Tos diterajui oleh kelahiran ulama kerohanian ini, Imam Abu Hamid al Ghazali. Kegigihan perjuangannya mencari ilmu menjadi titik tolak atas kejayaan menyelamatkan umat Islam dari dikuasai oleh pemikiran berunsur falsafah Greek. Sesuatu yang cukup hebat selain dari kesungguhannya membaiki diri dalam bidang kerohanian sehinggalah beliau meninggal  di Tos, tempat kelahirannya.

Imam Ghazali sanggup meninggalkan kehidupan mewah dan jawatan sebagai pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi di Banghdad pada tahun 1095 untuk mententeramkan kegelisahan jiwanya dengan mengasingkan diri dan berkhalwat dalam kehidupan yang miskin. Mencari hakikat tasawwuf yang sebenar meninggalkan anak isteri selama 2 tahun melakukan pertapaan (khalwat) di menara sebuah masjid di Damsyik. Ia berusahaja bermujahadah membersihkan jiwa dan menjernihkan kalbunya. Seterrusnya beliau ke Baitul Maqdis, bertapa pula di sebuah masjid di sana. Seterusnya Imam Ghazali ke Mekah dan Madinah menunaikan Haji dan menziarahi makam Baginda Rasulullah saw. Keseluruhan perjalanannya berkelana mencari cahaya ini memakan waktu yang panjang, kira-kira sepuluh atau sebelas tahun lamanya. Beliau kembali ke Tos dan meneruskan pertapaan.

Selain Kitab Ihya' ulum ad Din yang sangat terkenal itu, ada satu risalah ringkas mengenai Ilmu Laduni yang sehingga hari ini terus menjadi bahan kajian ahli dibidang falsafah di seluruh dunia termasuk negara Barat. Ia dinamakan sebagai ar Risalah al Laduniyyah - Ilmu Terus dari Allah..

Tiga hari sebelum beliau wafat pada tahun Masihi 1111 (505H), Imam Ghazali telah dikurnia oleh Allah pangkat kewalian "QUTB" atau Sultan Auliya. Maklumat ini tercatat dalam buku "Ta'rif al Ihya'bi Fadhail al Ihya'".

Lebih mengkagumkan, sejarahwan Barat menganggap Algazel (Iman Ghazali) adalah orang kedua paling penting dalam sejarah pembangunan Islam selepas Nabi Muhammad saw. Ia lahir kira-kira 500 tahun selepas era Rasulullah saw.

Dalam tempoh hampir 20 tahun selepas kelahiran Imam Ghazali, lahir lagi seorang ulama tersohor yang amat disanjung iaitu Syeikh Abdul Qadir di Jilan, utara Parsi (selatan laut Caspian) berdekatan sempadan Turkmenistan sekarang pada tahun 470H atau 1078 M Beliau dikenali sebagai Syeikh Abdul Qadir alJilani. Ini menunjukkan kedua-dua tokoh ini hidup dalam era yang hampir sama iaitu 500 tahun selepas zaman baginda Rasulullah saw. Wafat pada 561H bersamaan 1166M di Baghdad.

Alhamdulillah.

































































































































artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews