Thursday, October 25, 2012

Jihad Seorang "Budak Dangau"



* Dangau adalah Dailek Utara bermaksud "pondok kecil" atau "teratak" di kawasan sawah padi, dusun atau ladang (DBP)




Peringatan penting kepada bangsa Melayu supaya berusaha memikirkan jauh di luar kotak (kebiasaan). Jadilah anak bangsa yang mampu bertindak dalam kewarasan akal berbanding mementingkan nafsu sendiri. Sebagaimana Kisah "Budak Dangau" ini. Kisah ini akan terpapar dalam sejarah bangsa ini dan manusia ini (budak dangau) dijadikan idola kepada mereka yang ingin berjaya dalam dunia konglomerat.
"Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur."
Apa yang penting ialah dia masih seperti dahulu. Tidak angkuh dan sombong bila mendapat kurniaan Allah SWT.

Mempergunakan kurniaan ini untuk menjaga agama, bangsa dan negara, walaupun manusia sekeliling tidak menghargainya kerana rasa cemburu membabi buta. Hanya dia satu-satunya manusia Melayu diantara 10 orang terkaya di Malaysia. Laluan hidupnya bukanlah semudah yang kita sangka. Penuh duri dan ranjau. Persoalannya kenapa dia berjaya?

Dia ada misinya tersendiri. Dia masih patuh kepada Maha Pencipta dan sering merendah diri. Dalam pada itu, masih ada suara sumbang yang cuba mengaibkan beliau namun ini tidak mematahkan semangatnya dalam membela anak bangsa seagama dengannya.

Kenyataan-kenyataan negatif berlegar kencang mengenai beliau diterajui oleh MalaysiaKini yang jelas memusuhi Melayu. Beliau dikatakan bakal "miflis" dan meruntuhkan ekonomi negara. Begitu buruk persepsi terhadap beliau. Sesuatu yang amat dahsyat berlaku di belakang tabir. 

Jika bangsa Cina dan India menjadi kaya, tidak mengapa. Tetapi bukannya bangsa Melayu yang pernah dianggap sebagai penduduk negara yang paling "bodoh" dan "malas". Terlebih malang apabila ada di kalangan orang Melayu sendiri yang sanggup menjadi "barua" asing untuk menjatuhkan beliau.
Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary is the richest Bumiputra corporate figure in Malaysia. With involvement in diversified business areas which include transportation and logistics, plantations, property development, defense and armory as well as engineering and power generation, he has a net worth estimated to be US$3.3 billion according to Forbes making him the 6th richest Malaysian.
Kenapa mesti irihati dengannya? Kenapa sebarkan kebencian terhadapnya? Ada tangan hitam sedang cuba mengeruhkan keadaan dan mengharapkan orang Melayu sendiri yang menghalang beliau dari terus cemerlang. Mereka yang bersubahat menghina dan merendahkannya ternyata mengalami kekalutan minda yang cukup parah. 

Beliau menubuhkan Yayasan Al-Bukhary yang antara projek utamanya ialah memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pintar yang kurang berkemampuan.“Saya dulu tidak ada peluang. Setelah ada rezeki ini kenapa saya tidak boleh tolong orang miskin yang boleh pergi jauh,” katanya yang bersekolah setakat tingkatan lima.

"Selain Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur saya juga buka pusat tuisyen. Sebenarnya saya hendak buat sudah lama tetapi tiada siapa yang sanggup hendak tengok-tengokkan sehinggalah saya dapat tahu Datuk Seri Shukor Abdullah (bekas Ketua Pengarah Pendidikan) bersara. Saya cari dia dan dia sanggup untuk melaksanakan hasrat ini. Ini daripada hati saya, siapa pun tidak suruh.Projek ketiga yayasan ialah Kompleks Al-Bukhary di Alor Star. Itu asalnya tanah datuk saya dan masjid itu asalnya dia yang bina
Dalam hal ini, apabila saya masuk ke dalam masyarakat saya tidak lihat orang itu UMNO atau Pas. Kalau orang itu memerlukan bantuan, kalau boleh ditolong, saya tolong. Dalam hal-hal kemasyarakatan tidak ada UMNO dan Pas.
Saya fikir soal parti adalah hak masing-masing. Apabila hidup bermasyarakat, kita tidak sepatutnya mengasingkan ini orang UMNO, ini orang Pas. Saya memberi bantuan hanya atas dasar sebagai orang Islam. Soal ideologi atau perjuangan mana yang betul, hanya Allah yang akan menentukannya.
Dalam menjayakan agenda Melayu, orang Melayu sendiri kena tolong orang Melayu. Tidak guna kita buat seminar sana sini tetapi tidak mahu menolong bangsa sendiri untuk jadi maju. Kita kena berusaha, baru orang Melayu boleh jadi kuat.
Apabila kuat, kita tidak lagi ditindas. Jangan kita bercakap tentang agenda Melayu dalam Perhimpunan Agung UMNO tetapi selepas itu kita senyap. Sepatutnya semua orang kena buat kerja, bukannya bercakap saja.
Apabila kita memberi kerja kepada orang lain, ia juga satu amalan kerana kerja mendatangkan rezeki kepada mereka. Sekarang kumpulan saya ada 36,000 pekerja. Ini satu tanggungjawab kepada saya, bagaimana hendak menjadikan mereka ini maju, dapat bonus dan sebagainya.
Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa. Tetapi semua ini sebenarnya bukan mampu saya buat seorang."
Saya teruja membaca kenyataannya dalan satu temuramah. Ternyata :Budak Dangau ini bukan manusia sembarangan. Mempunyai jatidiri yang amat mengkagumkan. Dia kaya tetapi tidak membanggakan kekayaannya. Itu satu kelainan berbanding orang-orang kaya yang lain. Kita dapat lihat asas perjuangannya bukan berlandaskan budaya politik sempit, malah dia seorang yang berjiwa besar yang sepatutnya menjadi tonggak kecemerlangan emonomi orang Islam Malaysia.

Intisari temuramah adalah seperti diperturunkan di bawah:


Proton, Gardenia dan TS Mokhtar Al Bukhary
mengapa Proton dan Gardenia?

Kempen menghalang kejayaan perusahaan Orang Islam



1. Dalam satu pertemuan dengan TS Mokhtar Al-Bukhary, beliau pernah berkata bahawa pengambilalihan Gardenia dan Proton bukanlah satu langkah yang 'financially strategic', tetapi ini adalah jihad beliau untuk Bangsa Melayu yang beragama Islam.

2. Mengapa bukan satu pengambilalihan yang tidak 'financially strategic'?

3. Kita semua tahu bahawa bebanan untuk mengambil alih kedua-dua syarikat ini tidak akan memberikan satu pulangan yang lumayan kepada beliau.



4. Tetapi apakah yang ada pada Gardenia dan Proton sehinggakan beliau mengatakan bahawa itu adalah satu Jihad?

Gardenia

1. Sebelum Gardenia diambil alih oleh TS Mokhtar, Gardenia berada di bawah 'supply-chain' orang bukan Islam.

2. Dan sebelum itu juga terdapat beberapa kes kedengaran mengenai Gardenia itu tidak halal, mengandungi unsur yang haram.

3. Majoriti yang menggunakan label Gardenia adalah daripada bangsa Melayu yang juga beragama Islam.

4. Cuba bayangkan sekiranyalah terdapat individu yang mempunyai niat khianat dan meletakkan walau setitis pun minyak babi ke dalam campuran tersebut, kesannya akan sampai kepada siapa?

5. Maka dengan inisiatif untuk menjaga label Gardenia ini supaya tidak tercemar dengan perbuatan sedemikian, datanglah satu rasa tanggung jawab kepada TS Mokhtar untuk memastikan perkara ini tidak berlaku.

6. Sekiranya angin tidak bertiup masakan pohon boleh bergoyang.


Proton


1. Satu fakta menarik tentang Proton Holdings ini beserta dengan anak syarikatnya sekali adalah seramai hampir 20,000 orang pekerja.

2. Jika termasuk sekali dengan pengedar dan pusat servisnya, jumlah ini meningkat kepada hampir 35,000 orang secara tidak langsung.

3. Dan hampir 80% daripada jumlah mereka yang menerima secara langsung ataupun tidak adalah mereka yang terdiri daripada Bangsa Melayu yang juga beragama Islam.

4. Disebabkan adanya Proton ini, maka nasib 35,000 orang telah terjamin dengan adanya pekerjaan.

5. Sekiranya rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu faham asas penubuhan Proton itu sendiri, maka sebagai satu dasar perjuangan bangsa seperti mana yang dilakukan oleh rakyat Jepun dan Korea, orang Melayu sendiri akan memperjuangkan Proton itu dan akan menyokong produk-produk syarikat ini.


6. Dengan setiap RM 1.00 yang dibelanjakan oleh anak Melayu kepada Proton, duit tersebut akan memberi makan semula kepada anak Melayu yang lain. Inilah yang rakyat Jepun dan Korea faham tentang perjuangan bangsa dan Nasional.

7. Dan sekiranya kita katakan bahawa rakyat Jepun dan Korea menyokong produk mereka kerana produk mereka sememangnya baik, ingatlah bahawa pernah ada waktunya yang syarikat-syarikat mereka ini seperti Proton yang baru hendak bermula.



8. Dengan sokongan daripada rakyat mereka sendiri maka teknologi automotif itu dapat dipacu dengan lebih laju.

9. Atas dasar kesedaran inilah, TS Mokhtar Al-Bukhary mengambil alih Proton kerana kebajikan 35,000 orang pekerja kini berada di bawah beliau.

10. Walaupun rugi dan mengalamai beberapa masalah, tetapi beliau tetap berani untuk mengambil alihnya sendiri dengan harapan teknologi automotif dapat dipacu dan rakyat Malaysia kembali yakin dengan produk-produk Proton.


Jihad

1. Dapat dilihat bahawa kedua-dua pengambil alihan ini bertujuan untuk menyelamatkan bangsa Melayu yang beragama Islam. Bukankah ini dapat dilihat sebagai satu bentuk pengorbanan?

2. Memang benar terdapat orang lain yang boleh mengambil alih kedua-dua syarikat ini tetapi syarikat mana lagi yang berani untuk mengambil keputusan yang tidak menguntungkan ini.

3. KTMB, Penang Port dan banyak lagi yang perlu dipegang oleh orang Melayu untuk kesejahteraan orang Melayu adalah di bawah perancangan beliau.

4. Tetapi malangnya, sesetengah individu melihat ini sebagai satu bentuk monopoli oleh beliau.

5. Sekiranya ada individu lain yang inginkan syarikat-syarikat tertentu, maka tawarlah bidaan ini seperti mana yang beliau lakukan. Jangan salahkan TS Mokhtar kerana beliau berani untuk mengambil risiko-risiko sedemikian.


Kekayaan TS Mokhtar

1. Sekiranya ditanyakan kepada TS Mokhtar atas kekayaan beliau sebanyak USD 3.3 Billion, tanyalah di mana letaknya nilai tersebut.

2. Ia terletak kepada jumlah aset, saham anak syarikat serta pelaburan-pelaburan yang beliau lakukan dan bukannya dalam bentuk nilai tunai.

3. Hasil daripada perniagaan beliau juga disalurkan kepada pelbagai badan kebajikan serta yayasan seperti yayasan beliau sendiri iaitu Yayasan Al-Bukhary.

4. Dengan hasil pendapatan yang tinggi juga perlu diingatkan bahawa cukai dan zakat, juga terpakai ke atas beliau.

5. Secara tidak langsung, cukai-cukai serta zakat yang beliau bayar daripada puluhan syarikat-syarikat beliau termasuk dirinya sendiri akhirnya akan ke kantung pendapatan negara dan akhirnya kepada kita juga, rakyat Malaysia.

6. Secara tidak langsung, rakyat menikmati hasil kekayaan beliau melalui cukai dan orang Melayu yang beragama Islam ini dapat juga menikmatinya melalui saluran zakat yang beliau berikan.

7. Dan individu yang memberi inilah yang rakyat Malaysia kecam, yang rakyat Malaysia cerca, yang rakyat Malaysia tohmah. Walhal, kita secara tidak langsung pun menerima hasil daripada beliau.

8. Kerana itulah perlunya ada bangsa Melayu yang beragama Islam ini untuk menjadi usahawan-usahawan antarabangsa kerana akhirnya hasil itu dapat dikongsi bersama melalui sumbangan-sumbangan zakat.



9. Cuba kita lihat mereka-mereka yang meraung-raung di jalan raya melaungkan "Duit rakyat! Duit rakyat!" dan kita tanya adakah mereka ini membayar cukai pendapatan?

9a. Lebih daripada separuh daripadanya berpendapatan kurang dari RM 3000 sebulan dan tidak perlu membayar cukai pendapatan.

9b. 'Duit rakyat' mana mereka perjuangkan kalau tidak duit 'taikun-taikun' yang majoritinya bukan berbangsa Melayu.

10. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

KENYATAAN PENTING TS MOKHTAR

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah .

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.

Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

50. ????


sumber 


Reports linking Volkswagen with Proton have emerged, with the national carmaker’s new owner playing host. According to Business Times, DRB-Hicom is understood to have hosted two Volkswagen AG group directors last Thursday. The duo met with key stakeholders of DRB-Hicom, including its top management.

“They also reviewed all Proton Holdings Bhd’s models,” the publication’s unnamed source revealed. BT says that the Volkswagen directors came down to evaluate the possibility of having a collaborative technical agreement on technology transfer with Proton.

“This is the first step and I think that there will be many more such meetings before a deal could be struck,” their source added.

As all of us know, this isn’t the first time Europe’s biggest carmaker Volkswagen is being linked with Proton; the previous marriage attempt broke down because of issues over majority stake. With a new owner in place (DRB-Hicom is VW’s local assembler), will this latest “on” in the “on-off” relationship stick, or will it fizzle out like it always does? 



they added.



When it comes to costs, Lotus is sure to crop up. Now that DRB-Hicom is in control, what is in store for Proton’s sports car subsidiary? The British brand is currently in a cost consuming revamp from niche specialist sports car maker to a Porsche challenging brand, led by CEO Dany Bahar, who is fresh fromsigning a four-year contract last month.

“If Lotus continues to ride on Proton, it will be cancerous, it will be like a parasite. Hence, it requires a review so that it can stand alone and be successful, perhaps like what Audi is to its parent Volkswagen AG,” BT’s sources said, adding that the review will focus on Lotus’ involvement in motorsports sponsorships, especially in F1.

If this report is accurate, there is sure to be plenty of boardroom battles in Proton, in the near future.   
aumber: paultan.org

Tuesday, October 23, 2012

Diseret Ke Lembah Hina




Politik telah berjaya menyisihkan kepentingan agama bila Islam tidak lagi dominan. Itulah yang berlaku dalam masyarakat Melayu kini. 

Kepahitan yang terpaksa ditelan. Demi kelangsungan perjuangan politik, matlamat menghalalkan cara. Islam tidak lagi mampu menjadi tapak kukuh dalam menyelesaikan masalah. Malah dalam sesetengah keadaan peraturan agama terpaksa dipinggirkan atau didiamkan sahaja. 

Kekotoran politik dilihat semakin mencemari Islam apabila para pemimpin bertaraf ulama yang sebelum ini begitu kukuh perjuangannya juga terpaksa mengalah. Masyarakat pula kini turut diseret ke lembah hina ini atas sangkaan perjuangan berlandaskan alQuran dan Hadis. Bolehkan kita menerimanya?

Jika ingin bersama Islam kita lihat hanya PAS sahaja yang layak untuk disokong, namun melihat pada keadaan semasa, ia tidak akan mampu membantu kita untuk memperolehi kemenangan yang dihajatkan. Inilah nasib kaum Muslimin Malaysia. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran. 

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din baru-baru ini mengeluarkan ‘pesanan’ kepada masyarakat agar jangan kaitkan PAS dengan tindakan Anwar Ibrahim yang melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal dan juga semua tindakan dan kenyataan Anwar yang bersifat liberal.

Perlu diingatkan bahawa Anwar sebelum ini juga membela buku Salman Rushdie, The Satanic Verses yang menghina Islam dan Rasulullah SAW sebagai karya agung. Dan Anwar juga berpandangan bahawa tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslim sebagai berlebih-lebihan.

Bagi penulis, jika dibaca beberapa sedutan dari buku Mobashar, mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa jika fahaman liberal boleh diukur, maka tahap liberalis Anwar adalah jauh lebih tinggi dari Mobashar yang masih berpegang kepada Islam sebagai agama yang lebih tinggi tetapi di masa yang sama berpegang kuat kepada jatidiri bangsanya, India.

Namun, kita bukan ingin membahaskan identiti atau fahaman yang dipegang oleh Mobashar kerana Mobashar tidak ada kena mengena dengan politik dan rakyat Malaysia. Malah, dari kenyataan  Dr Haron Din yang menolak sebarang kaitan PAS dengan tindakan Anwar, secara automatik bermaksud identiti dan fahaman Anwar juga tidak wajar lagi dijadikan subjek perbahasan kerana kenyataan itu sendiri pada dasarnya telah mengesahkan siapa dan apakah Anwar iaitu berfahaman pluralis dan berpendirian liberalis.

Justeru, apa yang tinggal dan yang paling penting untuk dibahaskan di sini ialah pendirian Dr Haron Din atau PAS dalam menangani subjek ‘Anwar’ ini.

Kata Dr Haron Din, “Tidak mengapa, itu pandangan politik dia (Anwar) dan dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (maka) dia buatlah. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP,”

dan,

“Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita. Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam.”

Mungkinkah Dr Haron Din perlu diingatkan bahawa Anwar Ibrahim itulah yang akan PAS angkat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya kali ini atau jika berjaya mengambil alih kerajaan melalui jalan belakang.

Jika PR memerintah, PAS perlu mengambil kira pendapat dan pendirian Anwar yang liberal dan juga DAP yang memusuhi Islam, dalam mentadbir negara ini. Lebih dahsyat, PAS bukan saja perlu mengambil kira, tetapi menurut apa saja keputusan Anwar yang berlandaskan fahaman liberal itu memandangkan beliau adalah Perdana Menteri.

Dan PAS juga tidak akan berjaya seratus peratus menentang pendapat dan keputusan DAP yang memusuhi Islam berdasarkan apa yang dapat dilihat hari ini di mana PAS sering mengalah kepada DAP.

Di tambah dengan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri yang lebih cenderung terbuka kepada pendapat DAP dari PAS maka apakah jaminan Dr Haron Din yang negara ini tidak akan di bawa arus liberal dan plural di bawah pemerintahan PR?

Hakikatnya, bagi Dr Haron Din untuk menidakkan kaitan PAS dengan Anwar atau DAP adalah sama dengan menyatakan bahawa beliau tiada kaitan dengan isterinya sendiri.

Sepertimana dalam satu perkahwinan di mana suami isteri tinggal serumah, tidur sebilik, menjalani kehidupan, mendidik dan membesarkan anak bersama, tidak mungkin dapat menafikan kaitan antara satu sama lain, tak kiralah walau kedua-duanya tidak sependapat dalam banyak perkara. Setiap keputusan dalam rumahtangga juga selalunya terpulang kepada pihak yang lebih dominan, tak kira suami atau pun isteri sementara pihak yang pasif akan terpaksa menurut.

Begitulah juga kerjasama PAS-DAP-Anwar di mana yang dominan akan membuat keputusan akhir dan yang pasif akan sentiasa menurut saja.

Nampaknya, Dr Haron Din masih berada dalam keadaan ‘penafian’ (denial) mengenai hubungan PAS dengan Anwar dan juga DAP. Sama ada kerana terlalu sayangkan jawatan di dalam PAS, terlalu sayangkan parti atau terlalu ego untuk mengaku kesilapan PAS atau diri sendiri kerana bekerjasama dengan Anwar/DAP, maka Dr Haron Din telah memilih untuk terus menerus memendam rasa dan membuat kenyataan (penipuan) bahawa hubungan itu adalah benar.

Dengan ini beliau berharap akan terlepas dari dosa bersubahat memenangkan kafir harbi dan menjulang seorang liberal, plural sebagai Perdana Menteri.

Jika PR menang PRU dan Anwar ingin memperkenalkan dasar-dasar liberal maka PAS mungkin boleh membantah secara lisan dan boleh berdebat mengenainya di parlimen. Tetapi setakat itu sahajalah yang dapat PAS lakukan.

Tidak mustahil PAS tidak akan mampu mengkritik apatah lagi mengecam dasar-dasar liberal yang bakal diperkenalkan Anwar, tanpa ditempelak atau disenyapkan terus.

Ketika itu, terpulanglah kepada Dr Haron Din jika masih ingin membohongi diri bahawa beliau tidak terlibat dengan keputusan Anwar kerana apa jua alasan yang diberi, sudah tidak bererti lagi. Apabila Anwar menjadi Perdana Menteri, air mata darah juga tidak mungkin mampu mengembalikan Islam di tempatnya yang eksklusif dalam perlembagaan negara.

Islam akan terus terpinggir. Mampukah Dr Haron Din memperbaiki keadaan?

Wednesday, October 3, 2012

Pamir Kebodohan Demi Ego



Sampai bila kita akan terus bermukim di lembah hina akibat keegoan melampau? Ratanya pemimpin yang ada di dunia Melayu kini masih diperlemah dengan kod etika politik "bodoh" yang diaturkan Yahudi.

Kekangan politik menyebabkan Islam semakin hari semakin terpinggir. Itu yang berlaku walaupun ramai pihak yang tidak mahu memperakuinya.

Kita faham tentang wujudnya perbezaan pendapat yang terhasil dari semangat berpuak politik kepartian. Malangnya ia semakin hari semakin menebal akibat terjahan budaya baru yang dibawa masuk dari sistem politik Amerika/Eropah oleh beberapa agen yang dibayar, namun dalam soal agama amatlah  tidak wajar kita berpisah kerana setiap Muslim itu "bersaudara". Rasulullah SAW tidak pernah mengajar kita untuk berperilaku sedemikian. Namun kita tetap berdegil.

Kebodohan Tahap Maksima - artikel dipetik dari "Suara Dari Gunung"

Apabila menonton video Innocence of Muslim, saya dan teman-teman dalam PEMBELA tidak dapat menahan perasaan marah akan kebiadaban kumpulan kristian ekstremis mencela R saw. Selang beberapa hari kami telah menghantar memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika di KL. Walaupun dikelilingi dengan puluhan FRU dan pihak polis serta SB, kami tidak gentar. Puluhan wartawan telah merakamkan peristiwa ini baik dari dalam dan luar negara hingga berita ini tersebar keseluruh dunia dalam media maya maupun media cetak. Doa kami ketika itu agar usaha ini dapat membangkitkan semangat pembelaan terhadap agama islam dikalangan orang Melayu di negara ini.


Harapan saya ketika itu juga agar isu ini akan dapat membangkitkan kerjasama dan kesatuan umat islam di seluruh negara supaya bangun bersama-sama membantah kepada kerajaan Amerika. Dalam pemikiran saya ini bukan penghinaan kepada ibu atau bapa atau pimpinan negara atau kepada bangsa tetapi kepada kekasih Allah. Ini bukan bersifat partisan tetapi menyentuh soal aqidah. Doa saya ketika itu adalah untuk menyaksikan supaya pimpinan parti orang islam ie UMNO dan PAS berganding bahu bersatu menyatakan penentangan mereka. Saya fikir inilah masa yang terbaik demi agama islam supaya dengan ini tidak ada lagi mana2 golongan yang dengan sewenang-wenangnya mempersendakan R saw maupun kemulian agama islam dalam apa bentuk sekalipun.

Namun hati saya remuk meilhat gelagat ahli politik yang sekali lagi melihatkan keangkuhan masing-masing apabila gagal untuk bersatu dalam demonstrasi pada jumaat lepas. Yang bersongkok di Kg Bharu dan yang berserban di Tabung Haji. Kedua-duanya menyatakan kemarahan, kedua-duanya menyanjung R saw, kedua-duanya melaungkan kebencian dan kutukan kepada golonbgan ektremis Amerika. Nampak dari luar begitu gah dan bersemangat. Bukan sorang atau dua yang hadir tetapi ribuan yang menyokong kedua-dua golongan. Masing-masing berlumba-lumba untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa merekalah pelindung agama ini.

Tetapi dalam keghairahan mereka ini menunjukkan kecintaan kepada R saw, sebenarnya ia telah membawa implikasi yang sangat besar kepada rakyat :-

1. umat islam semakin keliru dan pelik kerana dalam soal-soal fundamental seperti ini ia masih gagal untuk menyatukan pimpinan orang Melayu. Kalau begitulah gayanya, isu apa lagi yang boleh menyatukan mereka? Ada yang menalipon saya menyatakan tak tau nak pergi demo dimana satu, Kg Bharu atau Tabung Haji? Dalam erti kata yang lain tindakan mereka ini hanya menambah retak dalam hubungan sesama umat islam. Kebencian antara anggota parti masing-masing semakin meluap seolah-olah tidak ada titik pertemuan. Persoalannya, bangkit mempertahankan agama itu dituntut dan mendapat pahala yang besar tetapi bagaimana pula menyuburkan perpecahan?

2. gelagat mereka ini hanya menyebabkan golongan anti islam gelak ketawa kerana mereka tahu umat islam tidak akan lagi bersatu. Maka dengan itu, ini akan memberi peluang kepada mereka untuk terus menghina islam dimasa-masa hadapan tanpa berani disekat oleh umat islam kerana umat islam sudah rapuh dan bercakaran sesama sendiri.

Bagi saya, saya melihat ini dengan kesedihan yang membingungkan. Adakah masih ada harapan islam berkuasa dinegara ini dalam keadaan orang Melayu berpecah begitu rupa? Kalau isu politik saya faham dan memang bukan salah utk berbeza pandangan tetapi ini soal aqidah.

Walaupun saya bersyukur kerana perasaan umat islam masih menebal terhadap R saw tetapi tindakan mereka yang enggan bersatu hanya kerana keegoan masing2 menyebabkan saya merasakan bahawa inilah kebodohan yang maksima.

Aminuddin Yahya (suara dari gunung)

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews