Tuesday, October 23, 2012

Diseret Ke Lembah Hina




Politik telah berjaya menyisihkan kepentingan agama bila Islam tidak lagi dominan. Itulah yang berlaku dalam masyarakat Melayu kini. 

Kepahitan yang terpaksa ditelan. Demi kelangsungan perjuangan politik, matlamat menghalalkan cara. Islam tidak lagi mampu menjadi tapak kukuh dalam menyelesaikan masalah. Malah dalam sesetengah keadaan peraturan agama terpaksa dipinggirkan atau didiamkan sahaja. 

Kekotoran politik dilihat semakin mencemari Islam apabila para pemimpin bertaraf ulama yang sebelum ini begitu kukuh perjuangannya juga terpaksa mengalah. Masyarakat pula kini turut diseret ke lembah hina ini atas sangkaan perjuangan berlandaskan alQuran dan Hadis. Bolehkan kita menerimanya?

Jika ingin bersama Islam kita lihat hanya PAS sahaja yang layak untuk disokong, namun melihat pada keadaan semasa, ia tidak akan mampu membantu kita untuk memperolehi kemenangan yang dihajatkan. Inilah nasib kaum Muslimin Malaysia. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran. 

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din baru-baru ini mengeluarkan ‘pesanan’ kepada masyarakat agar jangan kaitkan PAS dengan tindakan Anwar Ibrahim yang melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal dan juga semua tindakan dan kenyataan Anwar yang bersifat liberal.

Perlu diingatkan bahawa Anwar sebelum ini juga membela buku Salman Rushdie, The Satanic Verses yang menghina Islam dan Rasulullah SAW sebagai karya agung. Dan Anwar juga berpandangan bahawa tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslim sebagai berlebih-lebihan.

Bagi penulis, jika dibaca beberapa sedutan dari buku Mobashar, mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa jika fahaman liberal boleh diukur, maka tahap liberalis Anwar adalah jauh lebih tinggi dari Mobashar yang masih berpegang kepada Islam sebagai agama yang lebih tinggi tetapi di masa yang sama berpegang kuat kepada jatidiri bangsanya, India.

Namun, kita bukan ingin membahaskan identiti atau fahaman yang dipegang oleh Mobashar kerana Mobashar tidak ada kena mengena dengan politik dan rakyat Malaysia. Malah, dari kenyataan  Dr Haron Din yang menolak sebarang kaitan PAS dengan tindakan Anwar, secara automatik bermaksud identiti dan fahaman Anwar juga tidak wajar lagi dijadikan subjek perbahasan kerana kenyataan itu sendiri pada dasarnya telah mengesahkan siapa dan apakah Anwar iaitu berfahaman pluralis dan berpendirian liberalis.

Justeru, apa yang tinggal dan yang paling penting untuk dibahaskan di sini ialah pendirian Dr Haron Din atau PAS dalam menangani subjek ‘Anwar’ ini.

Kata Dr Haron Din, “Tidak mengapa, itu pandangan politik dia (Anwar) dan dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (maka) dia buatlah. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP,”

dan,

“Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita. Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam.”

Mungkinkah Dr Haron Din perlu diingatkan bahawa Anwar Ibrahim itulah yang akan PAS angkat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya kali ini atau jika berjaya mengambil alih kerajaan melalui jalan belakang.

Jika PR memerintah, PAS perlu mengambil kira pendapat dan pendirian Anwar yang liberal dan juga DAP yang memusuhi Islam, dalam mentadbir negara ini. Lebih dahsyat, PAS bukan saja perlu mengambil kira, tetapi menurut apa saja keputusan Anwar yang berlandaskan fahaman liberal itu memandangkan beliau adalah Perdana Menteri.

Dan PAS juga tidak akan berjaya seratus peratus menentang pendapat dan keputusan DAP yang memusuhi Islam berdasarkan apa yang dapat dilihat hari ini di mana PAS sering mengalah kepada DAP.

Di tambah dengan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri yang lebih cenderung terbuka kepada pendapat DAP dari PAS maka apakah jaminan Dr Haron Din yang negara ini tidak akan di bawa arus liberal dan plural di bawah pemerintahan PR?

Hakikatnya, bagi Dr Haron Din untuk menidakkan kaitan PAS dengan Anwar atau DAP adalah sama dengan menyatakan bahawa beliau tiada kaitan dengan isterinya sendiri.

Sepertimana dalam satu perkahwinan di mana suami isteri tinggal serumah, tidur sebilik, menjalani kehidupan, mendidik dan membesarkan anak bersama, tidak mungkin dapat menafikan kaitan antara satu sama lain, tak kiralah walau kedua-duanya tidak sependapat dalam banyak perkara. Setiap keputusan dalam rumahtangga juga selalunya terpulang kepada pihak yang lebih dominan, tak kira suami atau pun isteri sementara pihak yang pasif akan terpaksa menurut.

Begitulah juga kerjasama PAS-DAP-Anwar di mana yang dominan akan membuat keputusan akhir dan yang pasif akan sentiasa menurut saja.

Nampaknya, Dr Haron Din masih berada dalam keadaan ‘penafian’ (denial) mengenai hubungan PAS dengan Anwar dan juga DAP. Sama ada kerana terlalu sayangkan jawatan di dalam PAS, terlalu sayangkan parti atau terlalu ego untuk mengaku kesilapan PAS atau diri sendiri kerana bekerjasama dengan Anwar/DAP, maka Dr Haron Din telah memilih untuk terus menerus memendam rasa dan membuat kenyataan (penipuan) bahawa hubungan itu adalah benar.

Dengan ini beliau berharap akan terlepas dari dosa bersubahat memenangkan kafir harbi dan menjulang seorang liberal, plural sebagai Perdana Menteri.

Jika PR menang PRU dan Anwar ingin memperkenalkan dasar-dasar liberal maka PAS mungkin boleh membantah secara lisan dan boleh berdebat mengenainya di parlimen. Tetapi setakat itu sahajalah yang dapat PAS lakukan.

Tidak mustahil PAS tidak akan mampu mengkritik apatah lagi mengecam dasar-dasar liberal yang bakal diperkenalkan Anwar, tanpa ditempelak atau disenyapkan terus.

Ketika itu, terpulanglah kepada Dr Haron Din jika masih ingin membohongi diri bahawa beliau tidak terlibat dengan keputusan Anwar kerana apa jua alasan yang diberi, sudah tidak bererti lagi. Apabila Anwar menjadi Perdana Menteri, air mata darah juga tidak mungkin mampu mengembalikan Islam di tempatnya yang eksklusif dalam perlembagaan negara.

Islam akan terus terpinggir. Mampukah Dr Haron Din memperbaiki keadaan?

11 comments:

  1. Inilah ke-alpa-an PAS, kononnye memperjuangkan Islam tetapi dalam mase yg same dorang bersekongkol dengan orang kapir secare terang2an....

    kemane hala tuju pas sebenarnye sangat meragukan jike di lihat dari aspek parti yg di boneka kan...

    Ayuhlah orang Melayu, kite sudah sangat2 kesuntukan mase, marilah kite bersatu...

    mereka mempunyai agenda politik yg sgt kotor dan bahaye same sekali... berkemungkinan kite akan di seretkan dgn campurtangan asing tanpe di sedari...

    mereke sudah berjaye merosakan budaye kite, perancangan seterusnye adalah utk menguasai parlimen sehingge membawe kepade perlupusan sistem beRaja kite, bangun lah bangsaKu...

    Kepercayaan Kepada Tuhan
    Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
    Keluhuran Perlembagaan
    Kedaulatan Undang-undang
    Kesopanan dan Kesusilaan

    perhatikan Rukun Negara ini, satu demi satu sudah di rosakkan, seandainye kite maseh leka, tidak guna lagi akan menyesal seandainya kita sudah menjadi REPUBLIC satu mase nnt...

    ReplyDelete
  2. Mesej telah disampaikan, terserahlah kepada bangsa ini sama ada masih mahu bersengketa. Hmmmmm

    ReplyDelete
  3. Terus terang saya katakan,saya lebih menghormati dan mempercayai Haron Din dari yang lain di dalam PAS.. Sekurang kurangnya dari diri beliau ada pendirian menentang yang tidak selari dgn islam dari pada yang lain..

    ReplyDelete
  4. Sorang TokMoh mampukah dia memimpin PAS..?? Manusia hanya nampak luarannya saja tapi dalamannya belum tahu. Don't judge a book just only by it's cover. Ada orang telunjuknya nampak lurus tapi kelingkingnya bengkok berkait..

    ReplyDelete
  5. Mca n umno pun menolak islam, sy rasa topik ini lebih tepat utk dibincangkn...

    ReplyDelete
  6. artikel yg menjadi prox perjuangan umno yg ingin menjatuhkan kebangkitaan rakyat. Menggunakkan medium agama dlm blog yg memaparkan perihal agama supaya semua follower mempercayainya... begitu dangkal dan mempunyai agenda yg sgt licik...

    ReplyDelete
  7. Sekurg2 nye pas msh cube memperjuangkan agama..disini setiap umat islam wajib berjihad.kaum lakhnatullah mencipta demokrasi utk memecahbelahkan kita umat muhammad..xpela.apepn kt lihat mana satu parti yg lbh kpd agamanya..itu la yg perlu kita ikuti.klu kita tolak politik bermakna kita membiarkan saja mereka berkuasa.sekurang2nya dgn memilih pas.kita tetap juga msh mempejuangkan islam walaupun org berkata mcm2..insyaallah niat jihad kt akan tetap diterima allah walau ape sj jln nye.kcl atau besar.marilah kita bersatu atas jamaah islamiah.lupakan sengketa.bersatu demi agama bukan bangsa..

    ReplyDelete
  8. Benarkah PAS perjuangkan agama Islam, apa yang dilakukan untuk perkembangan Islam di Malaysia...sekadar berdemo dan menabur fitnah..
    sekurangnya UMNO ada juga lahirkan hafiz dan hafizah seperti dilakukan kerajaan Negeri Terengganu.

    ReplyDelete
  9. habis???? kalo bgtu knpa umno xnak masu pas?? join pas?? selamatkan islam!! ini x tak habis2 menuduh itu ini.. jgn terlewat umno! untuk pas masuk umno itu hal trbalik.
    krn majoriti ummat malayu maysia hari ini berada di pihak pas atau pmbgkg.. baik yg berkualiti mahupn rakyat umum.
    umno-lah yg perlu sadar dan bgkit selamatkn negara. knp tiada indvdu nasharuddin/hassan ali/zulkifli kulim dlm umno??

    umno masi di felda2/dpmm kah??

    baiklah dgr teori ini:

    R.A.H.M.A.N. H.A.J.
    jd, "H" goes to Prof. Dato' Dr Haron Din Al-Hafiz
    (bks pensyarah ukm) sbg Prime Minister of malaysia ke-7!
    (bknnnya Husam Musa) pd 2020. dan Agong malaysia pd waktu itu ialah Sultan Muhammad -v. munkin pd waktu ini-lah "kebangkitan" akan berlaku..
    sekian.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Tuan punya blog...
    Lu selam dlm2 sgtla bro smpi kepala biol.nak perjuang islam kejadah hapa kalo kuasa ada kt tgn yg salah.kena tukar dulu manusia haramjadah yg x pernah peduli langsung pasal marhain ni, baru bole betulkan apa yg slh.dah 55 tahun depa pegang tapi Islam depa buat alas utk terus berkuasa je.pndi psl Islam, kaji smpi ke planet tp benda dpn mata still x bole nmpk.bani melayu konon.wei...esok tuhan tanyala apsal hg benarkan rasuah, maksiat, salahguna kuasa, rampas tanah org miskin,apsal x tegur pemimpin yg buat hal yg aku sebut kt atas.dok sibuk psl kiamat, hg nak jadi tuhan ka smpi meramal bila kiamat akan jadi?astagfirullah...

    ReplyDelete
  11. Kalau sokong BN bertambah sesatlah kita. Kita nampak depan mata apa yg bn perjuangkan. Jauh dr islam sebenar.

    ReplyDelete

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews