Tuesday, January 17, 2012

Kekalutan Terselindung

Buatlah pertimbangan, kita teliti suara pengikut DSAI.





petikan dari Suara Pakatan Rakyat  Dis 16 2011


WALAUPUN pahit, kita terpaksa mengakui bahawa penggulungan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kita dikasihi tidak berakhir dengan begitu baik. Apalah daya seorang individu melawan seluruh sistem kehakiman dan kerajaan. Namun, apa yang kita kesali ialah sikap yang diambil oleh peguam bela, terutamanya Karpal Singh sebagai ketua yang seolah-olah tidak mencuba sebaik mungkin dan mengaku kalah sebelum berjuang ke titisan darah yang terakhir.

Komen-komen Karpal kepada media bila ditanya mengenai kes ini juga menunjukkan yang dia sudah putus asa. Sikap ini dapat dilihat dari tindakan Karpal menyerahkan penggulungan kepada dua peguam junior iaitu Sankara Nair dan Ram Karpal secara bergilir dan tidak melakukannya sendiri sehingga akhir sepertimana sepatutnya.

Akibatnya, hujah penggulungan dilihat tidak konsisten dalam menyatakan pembelaan. Malah, kita juga amat terkejut apabila Karpal seolah-olah cuba menggambarkan yang kejadian liwat itu berlaku secara suka sama suka.

Antara hujah yang digunakan ialah Saiful punya banyak peluang untuk keluar dari bilik tidur itu sebelum dakwaan liwat itu dilakukan dan beliau memilih untuk tidak berbuat demikian. Karpal langsung tidak mempertikaikan tarikh, masa dan tempat kejadian iaitu di unit 1151 walaupun cuba menimbulkan keraguan terhadap unit tersebut sebelumnya.

Karpal juga tidak mempertikaikan dakwaan mengenai kewujudan KY Jelly dan bahawa Saiful makan karipap serta minum kopi selepas kejadian. Selain dari itu, penampilan Najwan Hilmi sebagai saksi pembelaa dan provokasi seolah-olah cuba untuk menggambarkan Saiful sebagai seorang gay hanya menguatkan lagi bahawa liwat benar-benar berlaku.

Pembelaan diri yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar dari kandang tertuduh di mana, pastinya atas nasihat dan hujah-hujah yang disediakan Karpal juga, tidak terdapat satu pun hujah yang menerangkan bagaimana konspirasi dilakukan sehingga membolehkan DNA Anwar dijumpai di dalam dubur Saiful. Malah, nasihat Karpal untuk membiarkan bela diri dilakukan dari kandang tertuduh yang tidak boleh disoal-balas juga jelas adalah satu nasihat yang salah.

Karpal pula menyediakan hujah-hujah secara am sahaja dalam menafikan bukti saintifik yang dikemukakan pendakwa. Lebih dari itu, semua saksi pembela yang dibawa Karpal terbukti tidak punya kredibiliti dan kenyataan mereka dengan mudah boleh dipertikai dan dipatahkan oleh pendakwa.

Satu persoalan yang bermain di kalangan penyokong Datuk Seri Anwar ialah, tidak mungkin Karpal tidak terlebih dahulu menyelidik latar belakang saksi-saksi pembela yang dikemukakannya. Apakah Karpal tersilap terlalu memandang rendah terhadap pihak pendakwa dan menyangka yang mereka tidak akan mampu mendedahkan latarbelakang yang meragukan saksi-saksi yang dikemukakannya? Inikah sikap peguam yang kononnya tersohor?

Politik apa yang dimainkan Karpal sehingga memerangkap Datuk Seri Anwar?

Karpal mungkin menyangka yang hujah mengesahkan bahawa kejadian liwat berlaku secara suka sama suka akan membantu Anwar mendapat sokongan luar. Namun, sedarkah Karpal impak hujah sedemikian terhadap sokongan terhadap Anwar dari kalangan umat Islam?

Tidak mungkin Datuk Seri Anwar yang warak itu melakukannya secara suka sama suka mahupun paksa. Sebagai seorang Muslim yang beriman Datuk Seri Anwar pasti tahu bahawa liwat adalah satu dosa besar yang dilaknat Allah S.W.T. Perlakuan sedemikian akan menyebabkan Nabi Muhammad tidak mengaku sebagai umatnya.

Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Luth.” (Hadis riwayat Ibn Majah, at-Tirmidzi dan al-Hakim).

Tabiat suka kepada pasangan sejenis bermula pada zaman kaum Nabi Luth yang gemar hidup menentang arus, mengikut nafsu serakah tanpa mempedulikan nilai agama dan kemasyarakatan. Walaupun Nabi Luth menasihati mereka, ia tidak diterima sedikitpun, sehinggakan tetamu baginda sendiri mahu diusik. Disebabkan itu, mereka ditimpa musibah yang sungguh dahsyat, buminya tenggalam sehingga menjadi lautan.

Kisah ini diceritakan dalam al-Quran melalui beberapa surah, antaranya surah al-Akabuut, an-Naml dan al-Hijr.

Jelas di sini, bahawa Karpal Singh sudah benar-benar terlalu angkuh dan tidak membuat kerjarumah dengan baik bagi membela Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak hairanlah terdapat desas-desus bahawa berlaku perbalahan di kalangan peguam-peguam Datuk Seri Anwar yang menimbulkan dolak dalih dalam membuat keputusan sama ada untuk mengsapina Tan Sri Musa Hassan. Perbalahan ini tidak mungkin berlaku jika Karpal adalah seorang ketua yang baik.

Amatlah malang bagi Datuk Seri Anwar kerana terperangkap dalam keangkuhan Karpal. Kes ini mungkin tidak akan berakhir begini jika Karpal lebih bertanggungjawab serta tidak bersikap terlebih yakin.

Oleh: Azman Ariffin




petikan dari Suara Pakatan Rakyat  Jan 16 2012 



SIDANG media oleh Datuk Dr. Hasan Ali dirumahnya sebentar tadi berakhir dengan antaranya ‘ikrar’ Hasan Ali untuk mengadakan ‘road tour’ seluruh Malaysia untuk mendedahkan siapakah dia ‘golongan parasit’ dalam PAS yang dituduh menghalang tugasnya ‘melindungi Islam’ di Selangor.

Pertemuan dengan media ini adalah pertama kali diadakan sejak Hasan Ali dipecat dari jawatannya sebagai Exco Kanan di Selangor pada minggu lepas.

Penulis yakin, peluang mengadakan road tour ini bukan sahaja digunakan untuk mendedahkan golongan parasit yang diperkatakan, sebaiknya juga untuk mendedahkan segala ’keburukan’ dalam PAS dan pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu sendiri.

Malah penulis juga dimaklumkan bahawa Hasan Ali akan turut menjaja isu moral Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh tidak sesuai dengan norma kehidupan bermasyarakat di Malaysia, walaupun Anwar telah diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lepas.

Persoalannya sekarang, sejauh manakah PAS dan Pakatan Rakyat sendiri bersedia untuk menghadapi ‘tindak balas’ oleh Hasan Ali ini?

Penulis kurang bimbang dengan soal pentadbiran dalam kerajaan Negeri Selangor kerana walaupun telah dipecat, Hasan Ali masih terikat dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk melindungi maklumat-maklumat sensitif. Yang penulis bimbangkan ialah kesannya kepada politik PAS.

Penulis yakin, setelah bersama-sama dengan parti tersebut sejak lebih 12 tahun dahulu, disamping pernah memegang pelbagai jawatan dalam parti, Hasan Ali sudah tentu terdedah dengan pelbagai maklumat dalaman yang boleh diputar belitkan.

Tambahan lagi bila masih ada segelintir ahli PAS yang keliru dengan perubahan dasar parti tersebut apabila memilih untuk menganggotai Pakatan Rakyat, terutama kerjasamanya dengan DAP yang menyaksikan dasar negara Islam digugurkan untuk diganti dengan Negara Berkebajikan.

Diperingkat pentadbiran kerajaan negeri, penulis yakin, Hasan Ali akan menggunakan sepenuhnya isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama sebagai alasan kenapa dia disingkirkan dari PAS dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Hasan Ali akan menjadikan ketegasannya di dalam isu tersebut untuk menggambarkan dirinya sebagai hero kepada umat Islam dan orang teraniaya dalam masa yang sama. Keadaan ini boleh mendatangkan kesan yang amat tidak baik untuk masa depan politik PAS.

Penulis harap PAS dan Pakatan Rakyat bersedia untuk mematahkan segala hujah Hasan Ali nanti. Jika perlu memohon injuksi Mahkamah untuk menghalang Hasan Ali dari mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengelirukan yang boleh merosakkan PAS.

Tindakan sama juga perlu diambil kepada kepimpinan PAS sedia ada yang dilihat bersengkongkol dengan Hasan Ali seperti Nasharudin Mat Isa. Jika tidak dibendung dari awal, ‘barah’ yang baru saja diubati ini akan melebar menjadi barah baru pula.


petikan dari Suara Pakatan Rakyat Jan 17 2012




DI PERINGKAT dalaman kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidaklah menjadi satu rahsia lagi akan kewujudan 2 kelompok pimpinan yang masing-masing cenderung kepada Presiden parti, Datin Sri Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden, YB Azmin Ali.

Penulis dimaklumkan bahawa bibit-bibit perpecahan ini sudah bermula sejak kempen pemilihan Nasional PKR 2010 lagi dan semakin menjadi ketara apabila Azmin Ali memenangi jawatan Timbalan Presiden.

Ketika kempen pemilihan Nasional 2010 berlangsung, sokongan penuh Wan Azizah ke atas pencalonan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden parti menjadi persoalan umum kerana logiknya, Azmin Ali yang lebih layak kerana sudah bersama-sama dengan parti sejak mula ditubuhkan, di samping kesetiaannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak boleh dipersoal sesiapa.

Berdasarkan maklumat yang penulis terima, antara kepimpinan parti yang diketahui cenderung kepada Wan Azizah ialah YB Fuziah Salleh, YB Nurul Izzah, YB Tien Chua, YB Xavier Jayakumar, Mustapha Kamil Ayub, Shamsul Iskandar, YB Yusmadi, YB Elizabeth Wong, YB William Leong, YB Sivarasa dan YB Dr Mansor Othman.

Manakala pemimpin parti yang berdiri teguh di belakang Azmin Ali ialah N.Surendran, YB Zuraida, YB Dato Kamarul Baharin, YB Dato Johari Abdul, Rafizi Ramli, Latheefa Koya, YB Haniza Talha, YB Nik Nazmi, YB Abdullah Sani dan YB Azan Ismail.

Walaupun perpecahan ini cuba diselindungkan dari penglihatan ahli di peringkat akar umbi tapi sudah kedengaran suara-suara kecil yang bertanya kenapa setiap kali program di kawasan salah seorang dari kumpulan yang disebutkan di atas, pihak yang satu lagi tidak hadir?

Sebagai contoh, program parti di kawasan Nurul Izzah iaitu Lembah Pantai, tidak akan dihadiri oleh Azmin Ali. Begitu juga sebaliknya dengan program parti di kawasan Gombak di mana Azmin sebagai ahli Parlimennya, juga tidak akan dihadiri Nurul Izzah.

Hal yang sama juga berlaku dalam kontroversi membabitkan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Pahang. Kilang Lynas tersebut terletak di kawasan Balok, dalam Parlimen Indera Mahkota yang dikuasai Azan Ismail tapi kenapa pula Fuziah Salleh sebagai ahli Parlimen Kuantan yang menjuarai isu tersebut?

Mungkin Fuziah diarahkan pucuk tertinggi parti untuk memimpin isu tersebut atas sebab-sebab tertentu, tapi menjadi kehairanan ramai (termasuk penulis sendiri) kenapa beliau tidak pernah merujuk kepada Azan Ismail dalam banyak hal terutama yang membabitkan penduduk kawasan sekitar Balok di mana lokasi kilang tersebut terletak.

Sudah tentu bila bercakap tentang hubungan Wan Azizah dan Azmin Ali, penulis tidak rasa persoalannya ‘siapa’ tapi lebih kepada ‘apa’ yang menyebabkan perkara ini berlaku?

Penulis tidak mahu mengulas panjang mengenai hal tersebut, cuma apa sekalipun masalahnya, penulis menyeru agar semua pihak terlibat mengenepikan masalah peribadi masing-masing dan meletakkan kepentingan parti di kedudukan tertinggi sekali.

Lebih lagi dalam keadaan parti sedang sibuk menyiapkan diri untuk menghadapi pilhanraya umum ke-13 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa, keadaan sedemikian sudah tentu tidak sihat untuk parti dan ahli-ahli dibawah.

Walaupun Datuk Seri Anwar sudah dibebaskan dari pertuduhan liwat yang membelenggu beliau selama 3 tahun kebelakangan ini, tapi itu tidak sama sekali bermaksud parti sudah terlepas dari masalah yang boleh menggugat peluang parti untuk menguasai Putrajaya.

Sebaliknya ada lebih banyak isu-isu semasa yang perlu diberi penekanan dan semua ini menuntut kerjasama semua pihak dalam kepimpinan tertinggi parti.

Sedarlah, perpecahan dalaman boleh menjadi barah peringkat bahaya lebih-lebih lagi apabila ada yang berani mensabotaj. Belajarlah dari kesilapan UMNO.



petikan dari Suara Pakatan Rakyat  Jan 17 2012

NGO bagi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mungkin sekali lagi akan turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Bercakap kepada media selepas melancarkan kempen pendidikan kepada pengundi di Kuala Lumpur hari ini, pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata beliau khuatir kerajaan tidak akan mempertimbangkan syor dan cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi pembaharuan pilihan raya di negara ini.

“PSC boleh tampil dengan syor dan cadangan mereka, tetapi kerajaan tidak akan melaksanakannya.

“Jika mereka tidak penuhi syarat dan cadangan yang dikemukakan, saya tidak tolak kemungkinan kita anjurkan satu lagi perhimpunan BERSIH sebelum pilihan raya,” katanya.

Ambiga memimpin perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lalu dengan ribuan rakyat dari pelbagai latar berhimpunan di ibu negara bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

Beliau juga melahirkan rasa kekecewannya dengan laporan pertama PSC.

Katanya, walaupun penggunaan dakwat kekal yang dikemukakan oleh PSC adalah hanya “satu daripada lapan tuntutan (BERSIH), namun ia permulaan baik.

“Saya menantikan lebih banyak syor dan cadangan dalam laporan kedua PSC,” katanya.

Pada sidang akhbar itu, Ambiga juga mengumumkan bahawa Sasterawan Negara Datuk A Samad Said akan dilantik sebagai pengerusi bersama BERSIH dan aktivis pelajar Shukri Abdul Razab pula sebagai anggota jawatankuasa pemandu.



FAKTA YANG TIDAK DIAMBIL HIRAU

Mampukah keamanan di Malaysia dapat bertahan? Atau ada permainan baru menggerakkan demonstrasi dan bantahan selepas reformasi, siri BERSIH dan BA901? 

Barat tidak pernah senang selagi negara ini tidak hancur sebagaimana bangsa Arab.

Bagaimanakah caranya kita menghalang kekacauan yang tidak memberi sebarang faedah ini dari berlaku?

PERCIKAN DARAH untuk SIAPA?
Iraq, Pakistan, Afghanistan terus bergolak
Mesir masih bergelora
Tunisia semakin miskin
Libya semakin kacau, membunuh sesama Islam
Syria berada di ambang kemusnahan

Bagaimana nasib Malaysia?
Apa bakal terjadi kepada Indonesia?




Monday, January 16, 2012

Dajajilah dan Dajal


cabaran menanti



oleh Fathul Bari Mat Jahya (ustaz)


SABDA Nabi Muhammad SAW, “Wahai manusia sesungguhnya sejak Allah menciptakan Adam sampai hari kiamat, tidak ada makhluk di muka bumi ini yang fitnahnya lebih besar daripada Dajal.” (riwayat Muslim, no: 2946)

Terdapat banyak hadis Nabi SAW tentang sifat-sifat dajal antaranya;

Nabi SAW bersabda: Dia ialah seorang lelaki yang gemuk, berkulit merah, berambut kerinting, matanya buta sebelah dan mata tersebut seperti buah anggur yang masak -tidak bersinar-. ” (riwayat al-Bukhari, no: 3441)

Sabda baginda lagi: “Di antara dua matanya termaktub tulisan “kafir”. (riwayat al-Bukhari, no: 7131)

Dan dalam satu riwayat:

“Dapat dibaca oleh setiap orang mukmin, baik ia tahu tulis baca mahu puntidak,” (riwayat Muslim, no: 2934).

Sifat-sifat Dajal

Dr. Yusuf ‘Abdillah al-Wabil membuat kesimpulan ringkas tentang sifat Dajal berasaskan hadis-hadis yang sahih bahawa: Dajal ialah seorang pemuda yang berkulit merah, pendek, berambut kerinting, dahinya lebar, bidangnya lebar, matanya buta di sebelah kanan, dan mata tersebut tidak menonjol keluar juga tidak tenggelam, seolah-olah buah anggur yang masak -tidak bersinar dan matanya sebelah kiri ditumbuhi daging yang tebal pada sudutnya. Di antara kedua matanya terdapat tulisan huruf kaf, fa’, ra’, secara terpisah, atau tulisan “kafir” secara bersambung yang dapat dibaca oleh setiap muslim sama ada yang tahu menulis mahupun yang tidak tahu menulis. Di antara tandanya lagi adalah mandul serta tidak mempunyai anak,”. (lihat: Ashraathu al-Saa‘ah, oleh Dr. Yusuf al-Wabil, hal. 277-278, cet. Dar Ibnu al-Jauzi, Riyadh, cet.5, 1995M).

Pengertian “Dajal” dalam bahasa Arab adalah: Segala bentuk pendustaan. Ia juga bermaksud menutup kebenaran dengan kebatilan. (lihat: Syarh Shahih Muslim, oleh Yahya bin Syarf al-Nawawi (w.676H), 1/72, Dar al-Khair, Kaherah, 1996M)

Dusta

Daripada penjelasan di atas, dapatkita fahami bahawa branding yang dibawa oleh Dajal adalah “Dusta”. Perkataannya dusta, perbuatannya dusta, dan segala-galanya ditegakkan dengan pendustaan.

Sabda Nabi SAW: “Tidak ada seorang nabi pun kecuali beliau akan memperingatkan umatnya daripada Dajal. Matanya buta sebelah dan pendusta.” (riwayat Muslim, no:2933)

Bahkan Dajal membuat tawaran dusta syurga dan neraka. Sedangkan syurga Dajal adalah neraka Allah, manakala neraka Dajal adalah syurga Allah. Si Dajal akan ke sana kemari membawa tawaran tersebut untuk mempengaruhi manusia.

Sabda Nabi SAW “Mahukah aku sampaikan kepada kalian tentang Dajal seperti yang telah disampaikan oleh para nabi kepada kaumnya? Dia buta sebelah matanya, membawa sesuatu seperti syurga dan neraka. Yang dia katakansyurga pada hakikatnya adalah neraka.” (riwayat Muslim, no:2936)

Disebabkan pengaruh dajal yang berasaskan dusta sangat berbahaya, Nabi SAW mengarahkan umatnya agar menghalang para isteri dan anak-anak perempuan keluar rumah ketika Dajal muncul.

Sabda Nabi SAW: “Orang yang paling banyak mengikuti dajal adalah para wanita. Maka akan ada seseorang yang akan pulang ke rumahnya, lalu menasihati mertuanya, ibunya, anak perempuannya, saudara perempuannya dan ibu saudaranya kerana khuatir merekaakan keluar menyertai dajal.” (riwayat Ahmad, no:5353)

Kemunculan Dajajilah

Walaupun Dajal yang disifatkan oleh Nabi SAW belum muncul, tetapi branding Dajal iaitu “Dusta” telah bertebaran di atas muka bumi. Pendusta-pendusta ini layak digelar “Dajajilah”. Dajajilah merupakan kata jamak bagi Dajal. Ia merujuk kepada manusia yang bersifat dengan sifat dajal iaitu berdusta.

Mungkin ada pihak yang berkata: perkataan “Dajal” agak keterlaluan untuk diguna pakai. Saya kata: Manusia yang paling mulia iaitu Nabi SAW sendiri menggunakannya untuk menggelar para pendusta. Sabda Nabi SAW: “Akan datang di akhir zaman, dajal-dajal, pendusta-pendusta membawa kepada kalian hadis-hadis yang tidak pernah didengari oleh generasi terdahulu. Hati-hatilah dengan mereka, agar mereka tidak menyesatkan kamu atau melakukan fitnah ke atas kamu”. (riwayat Muslim, no:11)

Hari ini, dajajilah berada di mana-mana. Dalam politik dajajilah beraksi di pentas-pentas ceramah. Menuduh, memfitnah, berdusta, mengumpat, mengaibkan orang lain adalah portfolio dajajilah kini. Perkataan seperti, “dia rompak wang rakyat”, “dia makan duit zakat”, “dia penzina dan peliwat”, “dia kafir dan sesat”, “dia ahli neraka kita ahli syurga”, “mereka ulama upahan kita ulama Tuhan” dan lain-lain lagi mewarnai politik Malaysia. Hanya kerana berbeza ideologi politik, umat Islam bercakaran sesama sendiri.

Mana bukti? Mana saksi? Tuduhan, fitnah dan menyebarkan aib musuh dilakukan hanyalah untuk merosakkankarier politik seseorang.

Lebih menyedihkan sebahagian agamawan turut melibatkan diri dengan agenda dajajilah. Mereka tidak segansilu menuduh, memfitnah orang yang dilihat tidak sealiran. “Bodoh, bengong, beruk bahkan kafir sesat, kekal di neraka” menjadi perkataan yang sangat ringan diucapkan dan disandarkan kepada musuh-musuh mereka. Mereka teruja dengan tepukan, mereka berbangga dengan sorakan dan pujian.

Isunya adalah sikap tidak meneliti dan menganalisis sebelum menghukum. Jika tidak mampu atau tidak mahu menganalisis, maka jangan menghukum. Mana mungkin seorang ilmuan berbicara tanpa fakta. Jika pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak kerana keraguan pada bukti, maka lebih-lebih lagi dalam hal-hal agama.

Maka tolaklah mana-mana pendapat yang tidak bersandarkan bukti. Bagi yang menghadiri kelas-kelas pengajian ilmu sesiapapun, maka mintalah bukti dan fakta atas setiap hukum yang disebutkan. Kadang kala kecuaian kita menyebabkan dajajilah bermaharajalela.

Takutilah Muflis Akhirat

Takutilah kita semua dengan ancaman muflis di akhirat. Muflis di dunia mungkin ada pembantunya, tetapi muflis di akhirat pasti merana selamanya.

Sabda Nabi SAW: “Tahukah kamusiapakah itu orang yang muflis?”, Para sahabat menjawab, “Orang yang muflis ialah orang yang tidak ada dirham atau tidak ada harta benda”.

Sabda baginda: “Sesungguhnya yang muflis daripada umatku, dia akan datang pada hari kiamat dengan solat, puasa dan zakat. Dan dia datang dengan dosanya mengutuk sifulan, dan dosa dia menuduh sifulan berzina, dan dosa dia telah makan harta sifulan, dan dia telah menumpahkan darah sifulan, dan dia telah memukul sifulan. Maka diberikan kepada fulan-fulan yang dia zalimi daripada kebaikannya. Jika habis kebaikannya sebelum diselesaikan segala kezalimannya, maka diambil daripada kesalahan-kesalahan orang yang dizaliminya dan dicampakkan ke atasnya. Kemudian dia dicampakkan ke neraka” (riwayat Muslim, no: 2581)

Bagi yang telah terlanjur, pintu taubat masih terbuka. Bagi yang menjadi mangsa, kemaafan dan kesabaran adalah pengubat jiwa.

sumber:IADC

Saturday, January 14, 2012

Melayu iktiraf komunis sebagai pejuang negara - satu analisa

Satu artikel AfterDark:
MALU BESAR MELAYU TAHUN 2011



Kenapa saya menulis dalam bahasa melayu kali ini?

Sebab saya malu hendak berkongsi kandungan artikel ini dengan sahabat-sahabat saya daripada kumpulan Pemerhati (Watchers Group) yang merupakan pembaca teramai melawati laman blog saya ini.

Kenapa pula saya malu? Ini alkisahnya..

Kelmarin ayah dan ibu saya datang ke rumah saya untuk melawat cucu-cucunya (bukan nak melawat saya dan isteri pun.. semenjak ada cucu ni maka anak dan menantu turun kasta). Jadi semasa berbual-bual semasa makan malam, ayah saya menceritakan diskusi yang berlaku antara dia dan Herman iaitu warga Indonesia yang digaji sebagai pemungut buah kelapa sawit di kebun 15 ekar ayah saya.

Sebelum itu perlu saya beritahu dahulu bahawa ramai warga Indonesia yang berkelulusan 'ada-ada' sanggup berhijrah ke Sabah untuk mencari kerja hatta sebagai penjaga kebun. Herman ini sudah lama kami ketahui merupakan siswazah daripada Universiti Negeri Makassar. Kami tidak pernah pula melihat sijilnya namun dia seringkali berkata bahawa dia dari Jurusan Sains Sosial. Yang pasti ialah dia memang petah bercakap dan kelihatan berpelajaran.

Kenapa dia sehingga merantau berkerja kebun? Katanya dia sedang menumpul modal untuk menebus kebun keluarganya di kampung. Ternyata gaji dan komisyen sebagai pengumbul buah kelapa sawit lebih lumayan daripada berkerja kantor di Indonesia.

Oleh kerana ayah saya tiada teman berbual mengenai politik (kerana saya tinggal dan berkerja di daerah lain) maka si Herman inilah yang selalu jadi temannya. Minggu lepas Herman telah bertanya kepada ayah saya mengenai isu Mat Sabu. Kira-kira beginilah bunyi pertanyaannya itu (mengikut kata ayah saya).


Herman "Melayu Malaysia ternyata aneh ya Pak. Masa melayu komunis bisa dianggkat sebagai pahlawan. Malahan yang mengangkat itu agamawan lagi katanya"

Ayah saya menjawab "Biasalah dalam politik. Namanya mahu menang pilihanraya maka semua pun dibohongi asalkan boleh menang undi Cina"

Herman "di Indonesia pun bangsanya lagi gemar berpolitik pak. Malahan di sana lagi besar demonya Pak dan lagi banyak orpol dan parpolnya Pak. Namun tidak pernah ada yang kekeliruan dalam membicarakan kebejatan komunis. Saya jamin kalau ada orang seperti agamawan Malaysia itu di Indonesia, pasti sudah dipenggal kepalanya oleh penduduk kampung".

Ayah saya: "Mungkin keadaan di Indonesia dan Malaysia berbeza".

Herman: "Ampun pak, harap jangan kecil hati ya. Tapi pandangan bapak itu salah. Bangsa Indoesia juga pernah ada Partai Komunis seperti Malaysia. Malahan lebih parah lagi. Semua bangsa Indonesia tahu apa itu Komunis dan apa maunya pak. Itu makanya bangsa Indonesia pengkhianat komunis tiada ampunnya lagi. Malahan Pak Sukarno yang agung menentang Belanda itu langsung saja tumbang kerana kebergantungannya pada Komunis. Jika di Malaysia ada Mat Indera yang picisan itu, di Indonesia kami ada Dipa Nusantara yang tinggi tingkatnya. Itupun langsung dibunuh saja. Tidak ada siapa di Indonesia bakal menyanjung Dipa sebagai perwira Indonesia".

Cerita ayah saya ini sebenarnya kebetulan sekali mengingatkan saya kepada email yang saya terima daripada seorang rakan warga Pakistan yang juga merupakan bekas ahli kumpulan "Pemerhati". Di dalam emailnya itu, beliau sebenarnya mengejek (walaupun secara gaya bahasa tidak langsung) kebodohan sekumpulan Melayu di negara ini yang melakukan sesuatu yang tidak pernah berlaku di mana-mana negara Islam lain di Dunia - iaitu mengiktiraf komunis sebagai pejuang negara.


Jika penyokong PAS/PKR membaca buku Sejarah, mereka patut boleh melihat persamaan pergerakan Komunis di Malaysia dan Indonesia. Contohnya, Partai Komunis Indonesia ("PKI") dan Parti Komunis Malaya ("PKM") ditubuhkan atas arahan Communist International atau Comintern yang dipengaruhi oleh Rusia. Keduanya menggunakan alasan yang sama sebagai alasan penubuhan iaitu perjuangan menentang Penjajah. Malahan jika benarlah komunis melayu itu patut disanjung, maka Melayu Indonesia berhak melakukannya terlebih dahulu kerana berbeza dengan Malaysia, PKI di Indonesia adalah didominasi oleh orang melayu islam malahan Ketua Umum Pertama PKI juga adalah seorang melayu iaitu Semaun Prawiroatmodjo. Lebih hebat lagi, Semaun ini merupakan ahli kumpulan Sarekat Islam.

Anda tentu tidak percaya jika diberitahu bahawa PKI Indonesia merupakan serpihan daripada Sarekat Islam, bukan? Tapi itulah hakikat lucunya. Parti yang akhirnya banyak merusak keamanaan bangsa Indoesia itu adalah berasal dari Sarekat Islam.

Jadi PKI itu adalah pergerakan orang melayu indonesia.. beragama Islam lagi. Jadi kenapa Komunis Indonesia yang majoriti anggotanya melayu islam itu (berbeza dengan PKM yang didominasi cina) akhirnya dibenci bangsa Indonesia?


Jawapannya mudah. Kerana jalan komunis yang dilaksanakan PKI itu keterlaluan jahat. Dalam siri pembunuhan yang dilakukan oleh PKI sekitar tahun 1948, PKI yang dipimpin melayu Indonesia bernama Muso Manowar melaksanakan Modus operandi mendatangi rumah-rumah penduduk dan memaksa setiap laki-laki dan perempuan yang berusia 15 tahun ke atas menjadi anggota PKI dengan yuran Rp 0,10. Sesiapa yang menolak maka kelak dibunuh. Sudah tentu yang paling menolak itu adalah para kiai dan murid-murid sekolah agama. Akibatnya mereka juga dibunuh. Malahan sungai-sungai di Madiun menjadi merah oleh karena darah para kiai dan santri yang dibunuh itu. Peristiwa pembunuhan tokoh ugama ini diingat oleh bangsa Indonesia sebagai Peristiwa Madium.

Aksi berikutnya pada tanggal 13 Januari 1965 sekitar pukul 04.30 subuh, lebih kurang 3,000 anggota PKI yang dipimpin Ketua pengurus cabang Pemuda Rakyat (PR) Daerah Kediri, Soerjadi, mengadakan teror dengan melakukan penyerbuan di desa Kanigoro, Kediri, Jawa Timur. Pada ketika itu ada sekitar 100 orang PII (Pelajar Islam Indonesia) dari seluruh daerah di Jawa Timur yang sedang mengikuti rapat bersama di Masjid At Taqwa selesai salat subuh. Tiba-tiba datang segerombolan orang berpakaian hitam-hitam menyerang mereka. Mereka melakukan pemukulan dan penganiayaan terhadap para kiai dan imam masjid sehingga korba jatuh serta merusak rumah ibadah, bahkan menginjak-injak Kitab Suci Al Quran.

Mereka berteriak “Ganyang santri!”, “Ganyang Masjumi!”, “Ganyang Sorban!”, “Ganyang kapitalis!”, “Ganyang Kontra Revolusi!”, “Dulu waktu peristiwa Madiun besar kepala, kini rasakan pembalasan!”.

Berdasarkan sejarah PKI di Indonesia, dapatlah disimpulkan di sini bahawa orang melayu Islam pun boleh menjadi gelap mata apabila sudah dibutakan hatinya oleh pergerakan komunis di masa itu. Di Indonesia pergerakan komunis bukannya didukung oleh orang cina, sebaliknya kesemua pemimpin PKI yang menjadi dalang dalam kekejaman adalah orang melayu. Oleh itu tidak hairanlah Mat Indera yang dikatakan hafiz Quran itu pun tergamak membiarkan rakan-rakan komunisnya membunuh wanita melayu dan anaknya yang berumur empat tahun semasa serangan di Bukit Kepong.

Walaupun sejarah Indonesia masih mengakui peranan awal PKI yang didukung oleh bangsa melayu dalam penentangan terhadap Belanda, namun bangsa Indonesia sama sekali tidak akan sanggup mengiktiraf melayu-melayu komunis ini sebagai pahlawan. Begitu bencinya mereka pada komunis sehinggakan pada tahun 2001, ribuan penduduk Kaloran, Temanggung, Jawa Tengah bertindak menghalang usaha menguburkan tulang belulang anggota PKI yang dibantai pada 1965. Mereka enggan membenarkan tulang belulang anggota PKI itu dikuburkan di daerah mereka kerana dendam mereka kepada komunis.

Pembantaian 1965 berlaku selepas PKI membunuh 6 jenderal Indonesia dalam cubaan untuk melakukan rampasan kuasa. Pihak tentera yang diketuai oleh Jeneral Suharto segera membalas dengan menangkap dan membunuh anggota-anggota PKI. Akibat oleh dendam kepada PKI terutamanya pembunuhan ahli-ahli agama oleh PKI pada di desa Kanigoro, Kediri, Jawa Timur, rakyat biasa turut turun tangan membantai kesemua anggota PKI.

Kelompok-kelompok pemuda dari organisasi-organisasi muslim barisan Ansor NU dan Tameng Marhaenis PNI membalas dendam di Jawa Tengah dan Jawa Timur sehinggakan Sungai Brantas di dekat Surabaya menjadi penuh mayat-mayat anggota PKI sampai di tempat-tempat tertentu sungai itu "terbendung mayat". Di pulau Bali, yang sebelum itu dianggap sebagai kubu PKI, paling sedikit 35,000 PKI menjadi korban di permulaan 1966.

Di Kediri yang mana sebelum itu dibantai oleh PKI dalam peristiwa 13 Januari, warga masyarakat Kediri melakukan serangan balik dengan memburu para pengikut PKI. Desa Kanigoro dijadikan ajang pembantaian orang-orang PKI, dan mayat mereka dimasukkan ke dalam sebuah tanah galian besar yang saat ini dikenal oleh warga masyarakat sekitar dengan sebutan Makam Parik.

Jika kita lihat apa yang berlaku di Indonesia, ternyata bahawa kebinasaan yang berlaku akibat kewujudan pergerakan komunis adalah adalah sangat dekat sekali dengan sejarah negara kita. Darurat Tanah Melayu berlaku bermula pada 1948 iaitu tahun yang sama komunis di Indonesia membunuh orang awam dan ahli agama dalam tragedi Madium. Dua tahun selepas pembunuhan di Madium, komunis di Malaya pula menyerang dan membunuh anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong. Namun kita di Malaysia masih bernasib baik kerana berkat jasa anggota keselamatan kita, darurat akhirnya tamat pada 1960. Indonesia tidak mempunyai nasib sebaik kita. Pembunuhan massal oleh Komunis masih lagi berterusan sehingga 1965 disusuli oleh rusuhan dan pembunuhan balas dendam ke atas Komunis pada 1965 dan 1966.

Jadi kenapa masih ada di Malaysia yang tidak bersyukur dengan nasib kita yang sebegitu baik? Tidak kah kita menyedari bahawa sekiranya Allah mengizinkan, maka boleh saja DIA menterbalikkan nasib antara Malaysia dan Indonesia pada waktu itu? Dan tidakkah PAS terfikir bahawa jika saja apa yang berlaku kepada ahli agama di Madium, Indonesia pada 1948 itu berlaku di Tanah Melayu, maka yang menjadi mangsa pembantaian komunis sudah tentulah kesemua ahli-ahli parti PAS sendiri?

Di Indonesia, anggota PKI yang sudah tinggal tulang pun masih tidak dibenarkan dikubur oleh penduduk. Di Malaysia pula anggota PKM yang membunuh orang melayu lelaki dan wanita pula hendak dijulang sebagai perwira negara.

Secara kebetulan pula beberapa malam yang lepas saya menerima email daripada sahabat lama dari Pakistan (juga anggota Watchers). Beliau juga berminat dengan isu ini selepas mendapat khabar angin daripada saudara beliau yang kini berkerja di Malaysia. Apatah lagi beliau mempunyai banyak keluarga di sebelah ayah beliau yang menjadi mujahidin di Afghanistan menentang komunis Rusia, maka sudah tentu beliau musykil kenapa ada orang beragama Islam yang sanggup memuja Komunis.

Dan itulah sebabnya mengapa saya malu hendak menulis dalam bahasa Inggeris kali ini. Tidak sanggup rasanya hendak berkongsi artikel ini dengan rakan-rakan daripada kumpulan Watchers yang sering berkunjung melawat blog ini. Perangai kebanyakan melayu pembangkang yang kini cuba memartabatkan pejuang komunis adalah sangat sangat sangat memalukan.

Malu .. Malu .. Malu .. Malu .. Maluuuuuuuuuuunya...

Terus terang sahabat saya itu mengatakan bahawa sekiranya Mat Sabu atau penyokong-penyokongnya cuba memainkan isu ini di Afghanistan atau Chechnya, maka sudah kepala mereka sudah dipenggal. Malahan tidak keterlaluan jika akan wujud pula seruan jihad membenteras kesemua penyokong PAS/PKR/DAP.

Tiada guna PAS dan PKR cuba memusing peranan Mat Indera dalam Komunis kerana orang-orang Afghan dan Chechnya juga pernah menghadapi 'Mat Indera' mereka sendiri semasa perang Afghanistan dan perang Chechen. Inilah barua-barua yang membelot kononnya demi kepentingan Negara namun akhirnya mati dimaki bangsa sendiri.

Di Chechnya wujud manusia seperti Haji Akhmad Kadyrov, bekas Ketua Mufti Chechnya yang kemudian menyebelahi Russia dalam Perang Chechen Ke-2 sebelum diangkat oleh Rusia sebagai Presiden Chechnya. Terdapat hujah dari sesetenngah pihak yang mengatakan bahawa beliau berpaling tadah bagi menyelamatkan Chechnya daripada serangan Russia, namun hujah sebegini tidak diterima oleh bangsa Chechnya yang menganggap beliau pembelot. Beliau akhirnya dibunuh oleh pejuang Chechen melalui letupan bom pada 09 Mei 2004 (Anaknya Ramzan yang juga menyokong Rusia dan dijadikan Presiden pada 2007 juga dianggap pembelot).

Di Afghanistan pula terdapat Bekas Perdana Menteri Hazifullah Amin yang menjemput tentera Russia masuk ke Afghanistan demi mengukuhkan kedudukan Kerajaan. Amin kemudiannya dibunuh oleh Russia dan tempatnya diganti oleh seorang lagi pembelot bangsa Afghan iaitu Babrak Kamal. Tidak kira apa cerita yang direka oleh Russia bagi menggambarkan Amin dan Babrak sebagai nasionalis yang ingin meliberalkan Afghanistan, hakikatnya bangsa Afghan tetap memandang boneka-boneka Komunis ini sebagai pembelot.

Saya sekarang berdoa siang malam agar isu sokongan segelintir orang melayu kepada perjuangan komunis ini tidak disebarkan ke media antarabangsa. Sekiranya perkara ini bocor kepada negara-negara Islam seperti Afghanistan dan Chechnya, maka malu yang bakal terpalit kepada orang melayu Islam di negara ini tidak dapat dibayangkan lagi. Kita akan menjadi bahan ejekan umat Islam di seluruh dunia dari Indonesia ke Arab Saudi. Malahan tidak mustahil umat Islam di negara ini akan dijadikan iktibar tentang kebodohan umat Islam di akhir zaman yang terhegeh-hegeh menyanjung Musuh Islam.

Wednesday, January 11, 2012

Penat Memerhati Citrasangka Penawar Syurga


hanya untuk tuan BEAN

Sejak kebelakangan ini saya merasa semakin sayu melihat gelagat masyarakat sekeliling. Ramai yang sedang tenggelam dalam dunia khayalan. Bersukaria dan berseronok dengan pebagai bentuk hiburan. Sebahagian yang lain menjadi sahabat setia media alaf baru sehingga lupa tanggung jawab mereka kepada masyarakat. Hidup terdorong ke arah nafsu nafsi.

Ada sebahagian lagi sanggup menghina agama sendiri atas nama keagamaan. Ini lebih parah. Menggunakan agama untuk rosakkan agama. Baik secara langsung atau tidak langsung. Sebaliknya jika berlaku kerosakan, mereka bersegera menuding jari kearah lain. Meletakkan kesalahan ke atas kepala orang lain, kebiasaannya kepada musuh mereka. Mereka tidak mahu bersama-sama bertanggung jawab dan sama-sama membaikinya.

Semua pekerjaan termasuk kerja amal perlukan upah. Kebajikan jika dihulur mesti bersertakan soalan "apa yang akan saya dapat?"

Kita telah dianugerahkan seorang pemidato hebat yang dikatakan berkarisma, petah berhujah. Malangnya hanya memetik hadis dan ayat suci untuk berseronok dan mentertawakan orang lain. Hujahannya bukan membantu memperbaiki masyarakat, sebaliknya untuk keuntungan peribadi.

Mampu memukau puluhan ribu orang sekaligus dengan kelancaran dan kelantangan berceramah, fasih, petah dan penuh bergaya. Untuk apakah anugerah ini digunakan? Hanya untuk mengeji, menghina dan memburuk-burukkan orang lain. Anehnya apabila ada orang lain mempertikaikan kata-katanya, secepat kilat dia membalas disisip bersama cercaan lucu dan disambut pula gelak ketawa orang ramai. Semua keburukan dirinya jika diperkatakan akan dianggap sebagai fitnah dan dengki manusia lain kepadanya. Terpacullah perkataan yang kurang sopan dan tuduhan.

Di sisi lain, wujud anak-anak yang baharu kenal huruf cuba mengajar orang yang lebih dewasa darinya. Tanpa rasa hormat, mengeji hina sesiapa yang tidak bersetuju dengannya. Mendabik dada bahawa dialah yang lebih tahu, lebih alim, lebih faham dan lebih warak. Akhirnya mengangkat martabat diri sendiri setaraf ulama. Menawarkan syurga kepada pengikutnya.

Cukup melemaskan.

Kemungkinan masanya sudah tiba. Kita semua sedang bergerak menuju ke satu persimpangan yang amat saya takuti sebelum ini. "Malaysia in the eye of Dajjal". Ya kita sedang dihanyutkan, dibawa arus yang sangat laju sehingga tiada berpeluang menoleh ke tebing untuk selamatkan diri. Masa juga berlalu semakin pantas. Manusia menjadi sangat sibuk, ada yang rakus dalam mencari keperluan dan kepuasan dalam kehidupan.

Bagi mana-mana pembaca yang tidak bersetuju dengan saya, saya anggap mereka bukannya bermaksud memusuhi saya sebaliknya tidak dapat memahami saya. Saya sentiasa memaafkan mereka dan kepada mereka tak perlulah memohon maaf dari saya. Mereka bersangka sebagaimana sangkaan yang ada pada diri mereka. Mereka menilai saya sebagaimana memahami kehendak mereka sendiri.  Ramai yang berilmu tetapi gagal memahami apa yang sedang saya bawa, apa yang saya junjung, apa yang saya pikul. Bagi saya itu bukan kesalahan mereka.

Keringat sudah menjadi semakin sejuk, badan terasa semakin penat dan minda pula semakin layu. Maafkan saya. Saya tidak mampu memahamkan anda semua sebagaimana yang saya faham lantaran beberapa kekangan yang wujud pada diri anda sendiri. maka saya bertawakkal, semoga Allah jua yang akan melindungi anda semua.

Memandangkan umur semakin lanjut, ada baiknya saya berihat. Tumpu kepada diri sendiri dan keluarga, bukan berarti mementingkan diri dan mengabaikan khalayak yang perlukan nasihat. Saya perlu mengubah cara atau beralih arah menghirup udara segar agar bersemangat untuk kembali semula, itupun jika diizinkan.

topeng menguasai diri

Dia, makhluk kutuk dan tenteranya sudah ada di sini. Dihadapan kita, di kiri, di kanan, di belakang, malah telah masuk ke dalam sanubari diantara kita semua. Ada di antara kita sudah pun dikuasainya. Diarak ke sana kemari menjalankan tugas mengikut kemahuannya. Melakukan sesuatu yang mungkar tetapi pada sangkaan kita sedang melakukan kebaikan. Ada diantara kita bersedia ke syurga dengan melakukan tugasan secara suka rela, bertugas tanpa bayaran. Ikhlas tetapi tersalah alamat. Mengharapkan syurga sebaliknya sedang diusung ke neraka.

Jika ada diantara anda yang sedang melakukan kerosakan sedemikian dan mendorong atau memaksa orang lain bersama anda melakukan kerosakan yang sama, saya doakan semoga dibuka pintu makrifat untuk anda bagi melihat apa yang ada disebalik penglihatan mata kasar dan sangkaan anda. Atau sekurang-kurangnya merasa jijik dengan tugasan kebajikan palsu itu.

Allah sudah tunjukkan semuanya, nyata-nyata. Namun bila hati sudah menjadi keras, mata hati akan tertutup rapat walaupun anda sangka anda seorang yang warak penuh keimanan. Belum cukup. Belum cukup hanya dengan menyangka semata-mata. Apa tanda keimanan anda? Bagimana anda pasti? Sudah disaksikan oleh seluruh jasad?

Maafkanlah saya, saya bukan orang alim jauh sekali bertaraf ulama. Saya juga bukan seorang yang warak serta penuh ilmu kitab. Saya sedar dan tahu bahawa saya hanya seorang fakir, seorang yang jahil. Entah satu murakkab atau dua, tiga murakkab pun saya tidak tahu kerana yang tahu hanyalah Dia. Saya hanya dianugerahkan untuk "tahu" sedikit cebisan dari lautan ilmu Nya.

Ramai yang masih leka dibuai ujub, riak, takbur, sombong, bongkak dan semua ini membawa manusia menuju kesesatan. Inilah dia kehidupan yang dikatakan sia-sia dan tak bermenfaat. Akibat pembawaan sebeginilah menyebabkan kita gagal mengesan kehadiran Dajjal. Dia tak perlu datang bersama jasad. Itulah keistimewaannya. Dia superhuman. Immortal. Tajam penglihatan. Genius dan banyak lagi kelebihannya yang diizinkan Allah untuknya. Tak tahu bagaimana saya boleh gambarkan, nanti ada yang kata saya tak siuman. Senang cakap, wakilnya (wali Dajjal) sahaja pun kita tak mampu hadapi, kita tewas tersungkur tanpa sedar.

Terlalu nyata kehadirannya, memang nyata penzahiran di hadapan mata. Tersihir dan tersilau mata manusia apabila cuba memandangnya. Jika tidak berlaku sangka-sangkaan bukalah fitnah Dajjal namanya. Penglihatan manusia terhadapnya menjadi terbalik. Baik disangka jahat dan jahat disangka baik. Mulia dianggap hina dan hina bertukar jadi mulia. Berilmu disangka jahil sementara yang jahil dianggap berilmu. Oh ya, mungkin membosankan pula. Cukuplah setakat itu.

Mujurlah Allah memberi kesempatan kepada saya mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh orang ramai, kecuali mereka yang Allah izinkan. Maka dapatlah mengelak dari musibah ciptaannya. Alhamdulillah.

Sayu dan sedih melihat kerosakan jiwa-jiwa yang telah ditawan dan dikuasai mereka (Dajjal, wakil, agen dan tenteranya) tetapi apa daya saya yang lemah ini, saya hanya dapat memandang dengan penuh hiba. Tidak bermaya untuk menghalang atau sekurangnya menyelamatkan seorang dua. Mungkin bukan tugas saya, ya mungkin ada orang lain yang lebih sesuai akan menggalas tugas berat ini.

Tak perlu melawan Dajjal. Imam Mahadi yang penuh dengan karamah dan tentera fisabillillah yang penuh ilmu zahir batin juga tidak mampu menewaskannya. Itu adalah ketetapan. Jika ada sesiapa berani berfikir untuk berhadapan dengannya, pasti akan ditawan dan menjadi hambanya. Apa yang perlu dilakukan ialah lari dari aura yang dia bawa. Hindar dari fitnahnya. Jauhi agen-agen dan tenteranya. Kukuhkan iman dengan mengawal hawa nafsu.

Jangan sekali-kali terpengaruh dengan maksiat walaupun nampak tersangat lazat (Dajjal akan menghidangkan kelazatan maksiat yang tiada penghujungnya, hidup bebas seperti haiwan). Gelombang yang dibawanya akan meluntur iman sebagaimana garam hilang resap dalam air.

Ingat pesan saya, Dajjal dan walinya akan menjaja kebaikan, kebajikan, janji manis dan berbagai lagi yang syumul-syumul, sebenarnya adalah kejahatan dan tipudaya. Perawakannya menonjolkan pekerti yang baik, warak dan alim. Itu semua adalah topeng untuk menipu manusia. Fitnah Dajjal adalah sebesar-besar fitnah.

Benteng untuk menghadapinya adalah iman, bukan ilmu hukum hakam, ilmu yang berisi cerita ceriti, bukan pula ilmu saduran copy paste dari kitab-kitab.  Dajjal sendiri lebih lancar dan menguasai ilmu-ilmu tersebut, Anda akan gagal jika cuba berbahas dengannya. Begitu juga wakil yang dilantiknya. Dari sini anda akan tertawan dan menjadi hambanya.

Iman bukan ilmu. Iman itu adalah hasil dari amal yang dipandu oleh ilmu. Iman akan mengisi hati insan. Hati insan sahaja yang dapat membenteng diri dengan mengesan aura yang terpancar dari institusi Dajjal atau wakilnya. Juga dapat menghalang diri dari terpalit fitnahnya yang mempunyai bau yang sangat busuk.

Kemunculan walinya (wakil) secara nyata (selepas semua topengnya terbuka dengan izin Allah) menjadikan saya kaku dan terkedu. Memang hebat. Gerun dan Menakutkan walapun orang lain tidak nampak malah ada yang menyanjung dan hormat kepadanya. Saya menjadi sangat takut. Saya menangis memohon pertolongan Allah. Saya bagaikan hilang semangat. Sedih bukan kepalang, bagaimana nasib anak cucu saya nanti?

Saya berfikir, berfikir sepanjang malam merenungi apa sebenarnya semua ini. Saya cuba amati. Ada benarnya, Allah tidak memilih saya untuk tugasan menyelamatkan mangsa yang terpedaya itu. Saya telah mencuba sedaya upaya tetapi tidak menunjukkan sebarang hasil. Baharulah saya faham, jiwa manusia-manusia ini sudah menjadi semakin liat. Fikiran mereka pula terperosok dalam agenda munafikin dan penebar fitnah secara tersusun kemas. Akal mereka sudah dikawal.

Hanya beberapa orang, tidak ramai. Membayangkan bahawa mereka faham apa yang saya cuba ketengahkan. Mereka yang lain menuntut bermacam-macam syarat. Ada yang mahukan bukti nyata di depan mata, ada yang meragui kerana tidak dibentangkan nas itu dan nas ini. Ada juga yang memaksa saya berhenti menyampaikan semua ini hanya kerana bertentangan dengan apa yang mereka faham. Ada yang sanggup meludah.

Kepada mereka ingin saya bertanya, tahukah anda alQuran itu boleh ditafsirkan 9 wajah? 9 wajah mengikut keupayaan tahap pengetahuan dan ilmu dari anugerahNya.

Ramai juga yang kelihatan bijak berbicara, kelihatan penuh hikmah, lancar berhujah penuh ilmu. Malangnya mesej saya yang cukup ringkas dan mudah ini pun mereka tidak dapat fahami. Malah ada diantaranya lebih sinis menganggap saya menjadi agen kepada sesuatu badan tertentu yang mereka tidak sukai. Saya diludah kerana menyangka saya bersepakat dengan musuhnya.

Maaf, saya bukan hamba kepada sesiapa kecuali hamba Dia satu-satunya. Hidup dan mati saya akan saya abdikan untuk Nya semata-mata. Walaupun begitu, saya sangat sedih kerana gagal membantu sahabat dan rakan saya termasuk anda semua dari serangan Dajjal Laknatullah dan wakil (wali Dajjal) dan agen-agennya.

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, mungkin ini bukan tugas saya. Ada insan lain yang lebih ampuh dan berkemampuan untuk tugasan tersebut. Saya doakan semoga Allah memberkati anda sekelian dan menyelamatkan anda semua dari menjadi makanan Dajjal.

Saya memohon ampun dan maaf kepada saudara saudari semua. Blog ini insyaAllah ada yang menguruskannya kelak. InsyaAllahi Taala.

Terserahlah kepada mereka yang sudi panjangkan hayat blog ini. Kalau ada rezeki, saya akan kembali lagi menemui saudara saudari.

Izinkan saya berehat.

Wassalamualaikum warahmatullahi Taala Wa Barakatuh. Selawat serta salam ke atas jiwa dan rohani baginda bapa segala jasad, Saidina Adam AS . Selawat serta salam kepada Kekasih Allah yang juga Cahaya atas segala Cahaya, Junjungan yang mulia baginda bapa segala Roh, Saidina Muhammad SAW.

Maafkan saya dan saya mohon diri semoga berjumpa lagi.

 - ABATASA



p.s Jangan salah faham... ini bukanlah saya atau sahabat saya


Monday, January 9, 2012

Islam Liberal semakin terserlah - sentuhan politik



Tuntutan duniawi melampaui tuntutan ukhrawi. Intipati pegangan Islam Liberal, musuh utama umat di akhir zaman. Ia merebak dengan cara halus dan memerangkap mangsanya perlahan-lahan umpama air meresap ke dalam tanah. Masalah yang sukar dirungkai walaupun kewujudannya nyata di hadapan mata.

Sekumpulan manusia telah menerima Islam Liberal sebagai cara hidup mereka dan bilangan mereka semakin ramai setelah ada usaha secara teratur dilakukan oleh tokoh Islam Liberal Malaysia. Walaupun begitu mereka melakukannya secara rahsia dengan menyembunyikan identiti diri masing-masing disebalik beberapa pergerakan.  Mereka berada di semua peringkat kehidupan. Mereka menghalalkan pemurtadan ummah, itulah cara terbaik untuk mengenali mereka.

Adakah mereka sudah diserap dengan fahaman Pluralisme
 sehingga membenarkan mereka menyerupai tindakan 
orang Nasrani seperti ini?

Demi keselamatan, penulis tidak akan menyatakan individu terbabit. Maklumat ini belum dapat dipaparkan buat waktu ini. Terserahlah kepada pembaca menilai dan mencari tokoh-tokoh ini. Jika anda kata mereka hanya berada di belakang pemimpin pembangkang, ianya tidaklah benar. Sekiranya diteliti, ia akan kelihatan semakin jelas. Islam Liberal telah pun diterima atau lebih sesuai disebut dianuti oleh sebilangan pemimpin dan kakitangan kerajaan. Walaupun begitu, ia tidak akan ditonjolkan secara terbuka buat masa terdekat untuk mengelak dari kehilangan populariti.

Pada pengamatan saya sebahagian besar penganut Islam di Malaysia masih menolak Islam Liberal ini terutama yang ada asas agama kerana ia dianggap "menghampiri kekafiran" ataupun membawa ke arah kesesatan. Namun begitu kita dapat lihat ada sesuatu yang sedang berlaku. Beberapa watak dikesan sedang berusaha mengambil tempat di dalam pertubuhan Islam popular. Selain NGO mereka juga mulakan langkah menguasai parti politik Melayu Islam. Secara tidak langsung, Islam Liberal akan diketengahkan melalui beberapa jenama lain. Dari sinilah Islam Liberal bakal menyusur untuk menguasai masyarakat Islam tanpa disedari.

Perkara penting  yang boleh dilihat ialah keghairahan berpolitik. Tidak kira dari kem mana. Agama dikesampingkan demi mendapat nama dan kemasyhuran.  Sekiranya mereka masih kukuh berada dalam pegangan Ahlussunah Waljamaah, perkara sedemikian tidak akan berlaku. Jemaah Sunni sebenar akan menolak keghairahan, radikalisma, provokasi dan sentiasa memilih untuk menerima ketetapan dengan redha. Memilih jalan sederhana serta mengagungkan sunnah Nabi saw.

Inikah cara Islam sebenar? Indonesia. Atau permainan Islam Liberal?

Sebaliknya, Islam Liberal mengutamakan keduniaan dan segala perhiasannya. Tafsiran mereka, manusialah yang menentukan segalanya walaupun tuhan itu wujud. Mereka mengambil mekanisma keajaiban kejadian manusia dan menganggap tuhan menjadikan dunia ini khusus untuk manusia. Ada yang lebih berani menghujah bahawa tuhan sebenar ialah manusia itu sendiri. Jauh lebih terpesong dari fahaman Wahdatul Wujud.

Entiti ghaib seperti Malaikat, Jin, Syurga, Neraka, Siksa kubur dan sebagainya tidak wujud secara fizikal pada pandangan mereka. Itu semua hanyalah maklumat yang berbentuk kiasan dan perlu diterjemahkan semula. Pemikiran sains modenlah mendorong halacara kefahaman liberalsma ini termasuk juga Islam Liberal. Akhirnya ia dibawa menuju Pluralisma, menyamakan semua agama. Noktah.

Liberalisma sebenarnya tidak banyak beza dengan sekularisma. Barat menciptakan satu sistem kehidupan tamaddun baru di Eropah yang diberi nama sekular. mengasingkan agama dari politik. Ramai yang telah terpikat dengan kejayaan barat ini dan mula sangsi dengan agamanya sendiri termasuk penganut Islam.

Memandangkan sekular semakin dikeritik dan dianggap tidak praktikal untuk umat Islam, muncullah gagasan yang mempopularkan liberalisma. Tujuannya untuk terus menguasai saki baki penganut Islam yang menolak sekularisma ini. Menawan pihak yang masih mahu jenama Islam berada dalam perjuangan politik. Kerana itu satu corak baru diketengahkan yang kelihatan lebih islamik di mana asalnya dari baju sekularisma juga.

Mereka yang mempopularkan Liberalisma ini tetap berpaksi perjuangan demokrasi sekular. Buktinya jelas, kita dapat lihat peranan NED dan Asia Foundation misalnya. Matlamat mereka ialah politik. Islam Liberal dijadikan tapak memisahkan penganut Islam dari kehidupan beragama dan menarik mereka mencintai dunia. Lihat artikel sebelum ini.

Beberapa tokoh tertentu telah ditawan sepenuhnya oleh fahaman Liberal tetapi tetap tidak sanggup mengakuinya. Sama ada tidak disedari ataupun cuba menyelamatkan diri. Secara tidak langsung mengajar para pengikutnya cara untuk berlaku tidak benar, berbicara bohong, memutar belit isu atau memilih cara hidup di luar moral. Kerosakan ini hanya diketahui oleh sebilangan kecil dari kita terutamanya yang berjaya mengesan kehadirannya. Sebahagian besar atau kebanyakannya masih tidak tahu.

Sekarang kita boleh tahu kenapa sejak kebelakangan ini orang Islam semakin ghairah memuja tokoh tertentu dan menghalal cara termasuk penipuan, cemuhan dan fitnah demi memenangkan tokoh tersebut. Perkara yang dilarang dalam agama antaranya berkata bohong, mencerca, menghina, memfitnah dan sebagainya telah dianggap perlu (dharurah?), sehingga tidak lagi diambil peduli.

Kita boleh lihat sekarang beberapa laman atau blog atau lain-lain laman sosial yang diuruskan oleh orang Islam yang pada luarannya dilihat memperjuang Islam juga telah menerima pakai halacara Islam Liberal yang sesat ini. Maksudnya, terdapat kata-kata lucah, kata-kata menghina dan ada juga yang sanggup memaparkan cerita atau gambar lucah tanpa rasa bersalah. Saya sedih bila sebuah pertubuhan Islam (termasuk parti politik) membawa budaya bukan Islam dalam ceramah dan tulisan walaupun mereka sering melafazkan ayat-ayat suci.

Nyatanya Islam tidak meresap ke dalam hati. Ia hanya berligar di dalam fikiran didorong oleh keinginan nafsu ghairah.

Jenerasi mendatang pastinya lebih parah. Keadaan semasa akan membentuk kefahaman mereka mengenai agama. Mereka akan  dikuasai sepenuhnya sistem hidup yang ditawarkan oleh Islam Liberal ini kecuali sedikit yang diselamatkan oleh Allah hasil dari didikan sempurna keluarga.

Semoga membantu memahami keadaan semasa yang dicetuskan oleh pergerakan Islam Liberal di Malaysia. Maaf jika terlanjur.

Wallahu a'lam

Saturday, January 7, 2012

Ancaman ganas Islam Liberal




Salman Rushdie mendapat pembelaan
Kumpulan Islam Liberal

Islam Liberal dijangka akan mengambil alih peranan ulama Ahlussunah Waljamaah pada era mendatang jika masyarakat Islam Malaysia tidak peka dengan gerakan ini. Akan berlaku penyerapan idologi dan manhaj Islam Liberal ke dalam Institusi-Institusi Islam yang wujud di Malaysia. Paling menakutkan ialah Islam Liberal ini bakal mendominasi pemikiran baru kerana kesesuaiannya dengan arah aliran pemikiran yang maju, moden dan pro kebaratan. Permukaannya kelihatan amat cantik.

Setelah ulama Islam di kalangan Ahlussunah waljamaah hilang kredibiliti (sudah nampak tandanya), tokoh baru yang dianggap lebih moden, dinamik dan keterbukaan akan beransur-ansur mengambil alih peranan ulama-ulama ini. Ulama sedia ada akan terpinggir. Kehilangan tempat dalam dunia moden, paling malang mereka akan tersingkir atas dakwaan jumud, ketinggalan, kuno dan orthodoks.

Untuk mengenali Islam Liberal ini secara menyeluruh, kita harus melihat apa yang berlaku di negara jiran, Indonesia. Dari sini baharu kita akan nampak kelibat peneraju Islam Liberal Malaysia yang masih lagi bersembunyi di belakan jubah NGO dan bebarapa parti politik. Satu keajaiban, Islam Liberal tidak dapat maju di Malaysia sebagaimana Indonesia walaupun kita telah dijajah beratus tahun. Kira kita bernasib baik. Tetapi lama manakah lagi kita dapat bertahan?

Islam Liberal mungkin masih baru di Malaysia. Tetapi bukan perkara baru di Indonesia dan Turki. Di Indonesia, hampir berpuluh-puluh buku telah berjaya diterbitkan mendedah, membongkar dan menentang Islam Liberal, namun begitu, semakin dibongkar, semakin kencang pengaruhnya semakin menular dan merosakkan umat Islam di negara itu. Satu keadaan yang sukar difahami oleh rakyat Indonesia.

Gus Dur

 

Telah dipastikan bahawa ia begitu menular bukan atas faktor karisma pendokongnya yang popular seperti Gus Dur, Nurcholish Madjid, Dr Azyumardi Azra atau Ulil Abshar Abdalla (sekadar sebut beberapa tokoh). Ia adalah kerana terdapat satu "lembaga besar" yang sedang mengepam dana iaitu sumber kewangan yang juga sangat besar kepada pergerakan JIL (Jaringan Islam Liberal). Lembaga itu berpaksi di Jabatan Negara, Amerika Syarikat, mengepam dana melalui lembaga bernama Asia Foundation, RAND Corporation, CIA dan USAID disalur kepada institusi tempatan bernama JIL (Jaringan Islam Liberal). Dana yang besar itu akan memperkukuh lagi karisma Gus Dur, Nurcholish Madjid atau Ulil Abshar Abdalla.

Kenapa institusi ini berminat mendanai  JIL? Satu persoalan menarik. Kita akan ditunjukkan rahsia di sebalik Islam Liberal ini dan sebab sebenar kenapa institusi antarabangsa berpusat di USA ini amat bermurah hati.


Tersusun


Penggerak pluralisme Indonesia : Dari kiri, Bambang Harymurti, (Editor in Chief Mingguan Tempo Newsmagazine & wakil majalah TIME); Wimar Witoelar (pengamal media & jurucakap Gus Dur semasa jadi Presiden Indoensia) ; Yenny Wahid, (anak Gus Dur/Pengarah Wahid Institute); Paul Wolfowitz (Bekas Presiden Bank Dunia); Mari Pangestu (bekas Pengarah eksekutif Center for Strategic and International Studies – CSIS); Prof Dr M. Din Samsudin (Pengerusi Muhammadiyyah); Erry Riyana, (Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi-KPK); Abdul Aziz (Pusat Lembaga Pendidikan Ma’arif Nahdlatul Ulama); Jusuf Wanandi (Pengarah Eksekutif Pusat Islam dan Pluralisma Antarabangsa Indonesia.


Dana yang besar itu akan menjadikan Gus Dur aktif dengan Wahid Institute, Nurcholish Madjid berjaya dengan Universiti Paramadina dan Ulil Abshar Abdalla pula ghairah dengan Jaringan Islam Liberal (JIL). Tanpa dana dari luar, semua institusi yang diketuai oleh tokoh-tokoh Islam Liberal itu tidak akan membuahkan apa-apa hasil.

Dengan dana The Asia Foundation, Islam Liberal berjaya menyusup masuk ke dalam organisasi masyarakat Islam seperti Nahdatul Ulama (NU), Muhammadiyyah, Hidayatullah, Yayasan Pesantren Islam (YPI) Al Azhar, dan sebagainya. Ada sesuatu yang mereka sedang aturkan dan penemuan ini sangangat menakutkan.

Selain menyusup masuk, mereka juga membentuk organisasi baru seperti JIL (Jaringan Islam Liberal) dan Paramadina. Kalau di Malaysia kita dapat lihat kemunculan beberapa NGO yang membawa agenda Islam Liberal ini. Ada juga yang berselindung di sebalik perjuangan universal dan kemanusiaan. Kita simpan dahulu maklumat NGO-NGO tersebut sehingga kita faham apa sebenarnya kehendak dan matlamat Gerakan Islam Liberal ini. 

Dengan cara menerobos ke dalam organisasi besar yang berpengaruh, mereka merosak Islam dari dalam dengan faham pluralisme, tafsir tematik/ hermeunetika (mentafsirkan al Qur’an dengan pola pikir sekular), kesamarataan gender, falsafah serta aliran sufi yang bertentangan dengan Islam. Mereka tidak bergopoh gapah, perlahan-lahan menguasai pemimpin-pemimpin pertubuhan Islam ini. Gerakan mereka amat tersembunyi dan tidak ketara di persekitaran luarnya. Tarikan kepada kehidupan moden dengan tidak membuang agama tentu sahaja menjadi tarikan.

Di Indonesia, musuh dalam selimut yang berlabelkan Islam inilah yang mendaftarkan setiap organisasi (termasuk nama tokoh serta alamat)  yang meminta bantuan daripada The Asia Foundation (istilah Ulil Abshar Abdalla, Koordinator JIL: memohon "proposal dana", bahasa manis digunakan ungkapan "partner dalam kerjasama"). 

Dari sini pengaruh JIL meningkat mendadak. Kerana keperluan kewangan, organisasi-organisasi yang dibantu akan diperangkap dalam perancangan Islam Liberal. Maka dengan beransur-ansur meninggalkan perjuangan tradisi yang berlandaskan Ahlussunah Waljamaah serta mula mengikuti apa yang disarankan oleh pemberi biaya.

Suara-suara pemuka Islam Liberal mendapat tempat dalam beberapa organisasi berpengaruh seperti Nahdatul Ulama (NU), Muhammadiyyah, Hidayatullah, Yayasan Pesantren Islam (YPI) Al Azhar dan sebagainya. Bermulalah propaganda (racun) yang dibawa dari barat dan disalurkan untuk merosakkan pegangan akidah kaum Muslimin.

Serangan propaganda kekafiran (menentang syahadah), kemaksiatan bahkan berlaku perbuatan menghina dan memperlecehkan Islam mengalir laju tanpa dapat dibendung.

Amat menggelisahkan banyak kalangan Muslim yang masih setia kapada agama terus menjadi penonton pertun­jukan unsur kekafiran di depan matanya. Tidak sedikit pula kaum Muslimin yang secara tegas membantu. Menghina dan memperlecehkan ajaran Islam di hadapan orang-orang kafir. Islam kelihatan semakin tidak bermaya bila terasnya digugat. Itulah peranan utama Gerakan Islam Liberal khususnya di Indonesia. Kini sedang cuba diimpot ke Malaysia.

Hinaan dan perlecehan itu kadangkala diaplikasikan dalam bentuk tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam, seperti melakukan aksi kekafiran, terkadang berupa ucapan yang secara sedar atau tidak sedar telah menghina agamanya sendiri iaitu Islam. Yang paling parah, perkara itu dilakukan oleh orang yang memakai jenama Islam seperti “majalah Syir’ah”. Majalah ini dibiaya oleh The Asia Foundation (TAF).

Mendengar nama TAF, tentu sudah tidak hairan lagi di telinga kita, pastinya NGO yang ditaja itu bersenyawa dengan kelompok Liberalis yang bertopeng Islam. Sebab itu, hampir semua NGO yang ditaja oleh TAF, produknya sama, iaitu menggigit akidah Islam.

Kekacauan yang terbesar adalah penyebaran racun-racun pluralisme, liberalisme dan inklusivisme yang dipelopori oleh JIL dengan Komunitas Utan Kayunya, Paramadina dengan Fiqih Lintas Agamanya dan Musdah Mulia dengan Kompilasi Hukum Islamnya.

“Majalah Syir’ah”, namanya sangat bagus, bererti jalan yang terang, diambil dari Al-Qur`an surat Al-Ma`idah 48: Wa likullin ja’alna minkum syir’atan wa minhajan terjemah Indonesia: Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang.

Motonya pun cukup bagus, Menghurai Fakta bertoleransi terhadap perbezaan pandangan.

Akhlaknya buruk tidak seindah moto­nya. Misinya kotor tak seterang nama­nya. Setiap edisi yang diterbitkan selalunya ada racun yang ditebarkan kepada pembaca di negara Muslim terbesar di dunia ini. Topik racunnya pun berulang-ulang, yakni mencitra negatifkan umat Islam, mencitra positifkan Yahudi dan Nasrani, serta menghalalkan pemurtadan umat Islam. Ternyata Syir’ah tidak menghurai fakta bertoleransi perbezaan, tetapi menghurai fitnah bertoleransi pemurtadan.

Ini adalah NGO berdaftar beserta dengan nama tokoh dan alamatnya yang mendapat tajaan daripada The Asia Foundation:

1. Jaringan Islam Liberal (JIL) dan Institut Studi Arus Informasi (ISAI), Ulil Abshar Abdalla dan Nong Mahmada, Jl. Utan Kayu 68-H Jakarta Timur.

2. Indonesian Conference on Religion and Peace (ICRP), Dr Djohan Effendi dan Ulil Abshar Abdalla, Jl. Percetakan Negara No. C-553, Jakarta Pusat.

3. Paramadina (Serangan Pluralisme Agama/Menyamakan Semua Agama), Kautsar Azhari Noer, Jl TB Simatupang Pondok Indah Plaza III F5/7 Jakarta.

4. Majalah Syir’ah, Alamsyah M Dja’far, Jl Asembaris Raya M Kavling 8 Kebon Baru Tebet, Jakarta Selatan.

5. Lembaga Buruh, Tani dan Nelayan (LBTN), PP Muhammadiyah, Moeslim Abdurrahman, Jl. Menteng Raya 62 Jakarta Pusat.

6. Pusat Studi Agama dan Peradaban (PSAP), Pramono U Tantowi dan Rizal, PP Muhammadiyah, Jl. Menteng Raya 62 Jakarta Pusat.

7. Ikatan Remaja Muhammadiyah (IRM), Munawar, Hendrik dan Denden (Retas), Kantor PP Muhammadiyah, Jl. Menteng Raya 62 Jakarta Pusat.

8. Lembaga Penelitian dan Pengembangan Pendidikan Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (LP3-UMY), Said Tuhuleley, Budi dan Asykuri Chamim, Gedung AR Fachruddin Kampus UMY, Jl. Lingkar Selatan Tamantirto Kasihan, Yogyakarta.

9. Lembaga Penelitian Universitas Muham­madiyah Surakarta (UMS), Gustin, Jl. A Yani, Pabelan, Surakarta, Jawa Tengah.

10. Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah (IMM) Aceh, Afdhal Jihad, Jl KH A Dahlan, Banda Aceh.

11. Pemuda Muhammadiyah (PM) Aceh, A Malik Musa, Jl. KHA Dahlan, Banda Aceh.

12. Fatayat Nahdatul Ulama (NU), Dra Maria Ulfah Anshor, Marhamah dan Iin, Gedung PBNU Jl Kramat Raya 164 Jakarta Pusat.

13. Lakpesdam NU, Masykur Maskub, Imdadun Rahmat dan Taswan, Jl. H. Ramli No 29A Menteng Dalam, Tebet, Jakarta Selatan.

14. Puan Amal Hayati (Urusan Gender), Sinta Nuriya (isteri Gus Dur), Jl. Warung Silah No. 30 RT 02/05 Kompleks Masjid Al-Munawwarah, Ciganjur, Jakarta.

15. Perhimpunan Pengembangan Pesantren dan Masyarakat (P3M), Masdar F Mas’udi, Jl. Cililitan Kecil III/12, Kramat Jati, Jakarta Timur.

16. Pimpinan Wilayah Nahdlatul Ulama (PWNU) Yogyakarta, Najib, Tompeyan TR III/133 Yogyakarta.

17. Pusat Studi Antar Komunitas (PUSAKA) Padang, Sudarto, Jl Purus I No. 8A Padang, Sumatera Barat.

18. Gender Team for Ministry of Religious Affairs (GT-MORA), Dra Siti Musdah Mulia, Departemen Agama RI, Jl. Lapangan Banteng No 4-6 Jakarta Pusat.

19. Lembaga Kajian Agama dan Jender (LKAJ), Dra Siti Musdah Mulia, Jl Matraman Masjid I.A Jakarta Selatan.

20. Pusat Pengembangan Sumber Daya Manusia (PPSDM) Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Dr Masykuri Abdillah dan Hakim Jamil, Jl Ir H Juanda 95 Ciputat.

21. Pusat Studi Wanita (PSW) Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Rosatria, Jl Ir H Juanda 95 Ciputat.

22. Fakultas Ushuluddin dan Fakultas Filsafat Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah (urusan gender), Dr Amsal Bachtiar, Jl Ir H Juanda 95 Ciputat.

23. Desantara, Drs Bisri Effendi, Jl. Raya Citayam 35 Depok.

24. DPP Korps Perempuan Majelis Dakwah Islam (MDI) (Bidang Garapan tentang Gender), Hj Juniwati T Maschjun Sofwan dan Nilmayetti, Jl Anggrek Nelly Murni 11A, Slipi Jakarta Barat.

25. Indonesian Center for Islam and Pluralism (ICIP), Syafii Anwar dan Syafiq Hasyim, Jl Hang Lekiu I No. 09 Kebayoran Baru, Jakarta Selatan.

26. Lembaga Kajian Keislaman dan Kemasyarakatan (LK3) Banjarmasin, Nurcholish Madjid, Jl Gatot Subroto IV/Kemiri NO 102 Banjarmasin Kalsel.

27. Lembaga Kajian Islam dan Sosial (LkiS), Amiruddin, M JadulMaula, Fikri dan Luth, Sorowajan Baru, Jl Pura No 1 Yogyakarta.

28. Lembaga Kajian Pengembangan Masyarakat dan Pesantren (LKPMP) Makassar, Azhar Arsyad, Jl Faisal Raya No 22 Blok 22B Makassar.

29. Lembaga Studi Aksi untuk Demokrasi (LS-ADI), Anick, Jl Ir H Juanda Gg Swadaya Rt 01/08 Pisangan, Ciputat.

30. Rahima (Urusan Gender), Syafiq Hasyim, Jl Pancoran Timur IIA No 10 Pasar Minggu Jakarta Selatan, dan masih banyak lagi.

(Sumber: Jejak Tokoh Islam dalam Kristenisasi, Hartono Ahmad Jaiz, Darul Falah Jakarta, Cet. I, Julai 2004, hlm.158-164).

Begitulah seriusnya hentaman tsunami Jaringan dan Gerakan Islam Liberal Indonesia pada waktu ini. Sekali lintas kita dapat rasakan sejauh mana kerosakan yang telah berlaku. sekiranya terjadinya pertelingkahan atau penentangan masyarakat Indonesia terhadap Malaysia (atas pelbagai isu), ia bukannya permusuhan secara menyeluruh. Sebaliknya hanya dari masyarakat Islam Liberal Indonesia dan penganut Nasrani (kristian) terhadap Malaysia. Ada sebabnya kenapa ianya berlaku. Malaysia terutamanya Melayu amat dibenci kerana tidak mahu menerima Islam Liberal dan tentunya ada penghasut terkait dengannya. Sebab-sebab yang terpapar hanya diada-adakan bagi membenarkan tindakan mereka. Kita akan sampai kepada maksud tersebut nanti, harap bersabar.

Kenapa Gerakan Islam Liberal Indonesia menjadi kukuh dan begitu kuat? Kita kena lihat siapa di belakang mereka. Selain Asia Foundation, banyak lagi rangkaian antarabangsa yang menyumbang kepada pergerakan mereka.

Dr. Greg Barton misalnya (seorang pengkaji Islam Liberal yang merupakan profesor di Monash University, Australia) menghabiskan sebahagian hidupnya untuk meneliti perkembangan Islam Liberal Indonesia. Tesis PhDnya pun berkaitan dengan pembangunan Pemikiran Islam Liberal di Indonesia.

Maknanya dia bukan sekadar pengkaji, tetapi juga pendokong dan pendorong kerana satelit Islam Liberal berpusat di Universiti Harvard, (The Pluralisme Project, rujuk di sini ) dipancar ke Asia melalui Universiti Monash dan disalurkan ke negara-negara yang menjadi sasarannya.

Menurut Dr Greg Barton, kehebatan Islam Liberal bukan sekadar pada namanya “Liberal”, tetapi lebih hebat kerana Islam Liberal berjaya memusnahkan akar-akar Islam termasuk persoalan akidah dan syariah. Islam Liberal akan meruntuhkan tembok sacral Al Quran melalui methodologi dekonstruksi (kritik teks) dan memusnahkan akar syariah dengan methodologi ijtihad (penafsiran) terbuka.

Paling menarik, Indonesia yang diancam hebat dengan virus Islam Liberal inilah yang dinobatkan oleh tokoh terkenal Malaysia sebagai “Model Terbaik Dunia Muslim”. Ironis beliau tidak menyorot tentang bahaya Islam Liberal, seperti yang dilihat oleh kebanyakan pencinta gerakan Islam lain, sebaliknya beliau melihat kemunculan Islam Liberal itu sebahagian proses ‘reformasi’ dan ‘transformasi’, ke arah ‘demokrasi Islam’ yang beliau angkat sebagai ‘model terbaik’ di dunia muslim.

Siapa pendokong Islam Liberal di Malysia? Ia satu nama besar yang cukup berpengaruh.

Abu Saif al Mahshari, Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Pulau Pinang dalam kertas kerjanya [lihat di sini] menyenaraikan beberapa tokoh pemula yang menjadi rujukan Islam Liberal iaitu John Locke, Immanuel Kant dan Voltaire. Tokoh – tokoh ini dipanggil ‘Religious Enlightenment’ (Pencerahan agama). Kemudian dikuti oleh Adam Smith dan diperbaharuhi oleh Charles Kurzman dan lain-lain. 

Ketika berucap di Forum New York Democracy Forum, Amerika Syarikat (Disember 2005) dan the Assembly of the World Movementfor Democracy di Istanbul, Turki (April 2006) dia juga memetik falsafah tokoh John Locke.

Dalam ucapan itu dia mengakui demokrasi dan kebebasan berasaskan pemikiran John Locke, yang mempengaruhi penggubalan undang-undang Amerika, tetapi menurutnya keinginan manusia kepada kebebasan dan demokrasi juga sesuai di dunia Muslim.

Dia secara jujur mengakui gembira bersekutu bersama NED, sebuah Yayasan Demokrasi tajaan Amerika.
"I am here to offer tribute to those friends who remain steadfast in their commitment to freedom and justice. I wish to honor President Ronald Reagan's enormous contribution to the cause of freedom and democracy, and to say that I am proud to be associated with the work of the National Endowment for Democracy (www.ned.org)."
John Locke adalah seorang ahli falsafah Barat, beragama Kristian, dikenali sebagai ahli falsafah Liberalisme moden abad ke-17.

Menurut Locke, konsep liberalisme bermaksud mewujudkan Negara Liberal, iaitu pembahagian di antara hak individu dan hak pemerintah. Konsep Liberalisme ini dipanjangkan kepada agama menjadi Liberalisme agama yang sekarang ini lebih dikenali sebagai Pluralisme Agama (persamaan antara agama).

Begitu juga dengan pemikiran Adam Smith. Tokoh negara ini sering menggunakan hujah tokoh falsafah barat ini ketika berucap atau menulis berkaitan dengan ekonomi dan agama.

Ketika berforum dengan Emma Rothchild [keluarga Rothchild pemilik akhbar Liberation, Perancis ?] dalam ‘Wacana Empat Tokoh di Florence, Italy’, 2007, dia menggesa umat Islam agar memberi perhatian kepada pemikiran ‘Adam Smith’ yang telah diketengahkan oleh Emma Rothchild.

Adam Smith adalah bapa pencerahan Scotland (Scottish Enlightenment) yang dianggap pelopor ekonomi moden yang bertunjangkan sistem pasaran bebas dan kapitalisme. Adam Smith mengamalkan fahaman“Deisme” iaitu satu fahaman mempercayai kekuatan diri sendiri (akal) serta menolak konsep alam ghaib, wahyu, dan mukjizat.

Tokoh kontemporari yang menjadi rujukan kumpulan Islam Liberal adalah Charles Kuzman, Professor Sosiologi di University of North Carolina, US. Maklumat di sini .

Antara bukunya yang paling popular adalah ‘Liberal Islam: A Source-Book’, merumuskan konsep Liberal Islam adalah peniruan daripada konsep ‘Western liberalism’ yang memperjuangkan pemisahan kuasa antara gereja dengan kerajaan, demokrasi, hak kebebasan wanita dan kumpulan minoriti, kebebasan berfikir serta kemajuan ketamadunan manusia. Lihat di sini

Di dalam pengumpulan data yang dibuat oleh Charles Kurzman berkenaan tokoh-tokoh Islam Liberal, dia turut menyenaraikan nama tokoh ini (Malaysia) sebagai salah seorang pendokongnya, sebaris dengan Abdurrahman Wahid (Indonesia), Asghar Ali Engineer (India) dan Fethullah Gülen (Turki). Sila klik di sini.

Sementara itu tokoh-tokoh Islam Liberal lain yang turut disenaraikan antaranya; S.M. Zafar (Pakistan); Rachid Ghannouchi (Tunisia), Benazir Bhutto (Pakistan), Fatima Mernissi (Morocco), Chandra Muzaffar (Malaysia), Ali Shari`ati (Iran), Mohamed Arkoun (Algeria-France), Abdulkarim Soroush (Iran), Muhammad Iqbal (India), Nurcholish Madjid (Indonesia) dan lain-lain. Yusuf Qaradawi juga tersenarai.   Yusuf Qaradawi, Egypt-Qatar: http://www.qaradawi.net

الإعلان

Manakala badan-badan yang memperjuangkan Islam Liberal, Kurzman senaraikan antaranya; CSID (Center for the Study of Islam and Democracy, USA; ICMI (Ikatan Cendekiawan Muslim Se-Indonesia), Indonesia; IIIT(International Institute for Islamic Thought), USA dan Malaysia; ICIP (International Center for Islam and Pluralism), Indonesia; MFI (Minaret of Freedom Institute), USA; Muslim WakeUp!, USA dan lain-lain. . 

Keadaan di Malaysia masih tertutup dari pengaruh Islam Liberal kerana ulama kita amat berhati-hati terhadapnya. Mereka belum berani mengisytiharkannya secara terbuka.

Gerakan ini PERLU DITENTANG sepenuh hati jika mahu selamatkan umat Islam Malaysia dari terjerumus ke arah kekafiran jenis ini. Kafir dalam label Islam yang keliru. Kesukaran pasti ada kerana gerakan ini di biayai dengan dana besar dan ditaja oleh beberapa korporat dan organisasi besar seluruh dunia. 

Masih panjang perbicaraan mengenai Islam Liberal ini. Namun ia menjadi sangat penting kepada mereka yang sayangkan agamanya dari dimusnahkan oleh tangan jahat disebalik tabir. Masyarakat Malaysia akan terus dikelirukan untuk menutup rahsia penting ini. Pergerakan Islam Liberal dalam negara tidak akan muncul secara terbuka sehingga ia dapat diterima ramai terutamanya golongan muda yang bersifat agresif dan melulu mencari pencerahan.

Dr Aminah, imam wanita Islam Liberal (aksi kekafiran)

Akan cuba disambung .. jika diizinkan..  Malaysia mendapat perlindungan Allah swt... faktor utama Islam Liberal mudah diterima di Indonesia, kaitannya dengan Partai Komunis Indonesia (PKI)...  juga perkaitan menarik kenapa perlunya menukar kerajaan... 



Sunday, January 1, 2012

Islam Liberal? Siapa mereka? Apa kaitan dengan Politik Semasa?



Adakah mereka juga terjerat dengan Islam Liberal?

Untuk memahami masalah ummah di Malaysia, kita perlu memahami setiap perkara berkait dengan halacara pemikiran ummah masa kini. Baik soal politik, sosial atau apa sahaja corak kehidupan tidak akan dapat lari dari persoalan ini.

Kenapa Islam dilihat semakin berkecamuk? Apakah punca sebenar? Ia telah menjadi bibit perpecahan yang sukar dibendung. Perpecahan ini pula sering dikaitkan dengan perbezaan faham politik. Kita dikatakan berselidih faham berdasarkan fahaman politik. Bagi saya politik bukanlah punca sebenar. Ia cuma terbitan dari satu masalah lain yang lebih besar. Ada sesuatu disebalik tabir politik ini.

Dari sini kita akan ketahui kemana kita akan dibawa oleh politik dan kenapa politik umat Islam jadi kacau bilau. Kita telusuri sedikit kefahaman salah satu punca tersebut. Iaitu Islam Liberal.

Perlukah kita bermusuh dan berbunuhan sesama sendiri hasil dari kerja orang lain? Agak kasar bunyinya. Namun jika tidak dibendung ia akan menjurus ke arah tersebut. 

Saranan saya jika kita ingin melepaskan diri dari fitnah ini, kita wajar memahami secara mendalam persoalan tersebut. Saya akan kupaskan sedikit waktu lagi jika diizinkan mengapa ia dikaitkan dengan Fitnah Akhir Zaman.


Sedikit kupasan mengenai Islam Liberal, walaupun ia tidak dapat menjawap semua persoalan, namun ia berperanan memberi input berguna kepada jenerasi masa kini dalam memahami apakah jenis Islam yang sedang mereka anuti. Kita akan terangkan secara berperingkat. Pembaca juga boleh memberi pandangan ikhlas untuk sama-sama menyumbang kepada perpaduan umat Islam Malaysia tercinta ini. 

Semoga kupasan di bawah ini dapat membantu membuka minda dari kekeliruan fikiran jenerasi baru Malaysia:

Apakah maksud Islam Liberal? Siapakah Golongan Islam Liberal?

Islam Liberal adalah satu fahaman sesat yang berpunca dari sifat tidak yakin diri, merasa rendah diri (inferiority complex) dan mengagung-agungkan gaya pemikiran Barat oleh segolongan orang Islam.

Menurut Kamus Dewan (DBP. Kuala Lumpur 1994), perkataan Liberal didefinisikan sebagai:

1. (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas. 

2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).

Merujuk kepada definisi di atas, Islam sememangnya sebuah agama yang liberal. Ia membebaskan manusia daripada belenggu penyembahan sesama makhluk, bahkan juga membebaskan manusia daripada penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia. Islam juga memiliki dasar yang terbuka terhadap peradaban manusia selagi mana ia tidak melibatkan syirik yang menyekutukan Allah, perbuatan yang menyalahi syari‘at-Nya dan kepercayaan kurafat yang merendahkan kedudukan manusia sehingga ke taraf kebinatangan.

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan Islam Liberal?Maksudnya penambahan kata ‘Liberal’ pada Islam yang sudah sememangnya liberal adalah sesuatu yang diada-adakan,bersifat tidak tulen dan meniru-niru pengaruh luar serta menunjukkan unsur-unsur tidak memahami seluruh konsep dalam Islam itu sendiri.

Apakah yang dimahukan oleh fahaman ini?

Jawapannya dapat kita lihat sendiri pada penambahan perkataan “Liberal” kepada Islam yang sememangnya sudah liberal. Ertinya fahaman ini mengkehendaki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang sedia ada dalam syari‘at Islam yang asli lagi tulen.

Sejarah dan Asal-usul Islam Liberal

Golongan ini muncul hasil dari jangkamasa penjajahan yang lama daripada pihak Barat ke atas umat Islam.Penjajahan yang lama ini telah mempengaruhi psikologi umat Islam amnya.Terdapat dua fenomena psikologi yang mempengaruhi umat Islam ketika jangka masa kemunduran dan penjajahan.

Pertama adalah fenomena ‘penjajahan’ oleh negara-negara Barat ke atas hampir seluruh negara umat Islam. Kedua adalah fenomena ‘ketinggalan’ dari sudut sains dan teknologi di belakang kebanyakan negara-negara Barat. Apabila berhadapan dengan dua fenomena di atas, sikap umat Islam boleh dibahagikan kepada empat:

Pertama adalah mereka yang merasa putus asa secara keseluruhan dan duduk diam menerimanya sebagai satu ketentuan yang sememangnya merendah dan memundurkan mereka.

Kedua adalah mereka berpendapat agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Justeru untuk menjadi umat yang berkuasa dan maju, Islam perlu dipisahkan daripada kehidupan harian. Formula pemisahan ini yang digelar sekularisme terbukti berkesan mengingatkan bahawa semua negara Barat yang berkuasa lagi maju mempraktikkannya.

Ketiga adalah mereka yang juga berpendapat bahawa agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Namun untuk menyelesaikan faktor penghalang ini, mereka berpendapat caranya ialah membuka dan membebaskan agama daripada ajaran dan tafsirannya yang sekian lama telah menjadi pegangan umat. Kelemahan dan kemunduran umat Islam dianggap berpunca daripada belenggu kejumudan umat dalam menafsir dan mempraktikkan agama Islam. Kumpulan ketiga inilah yang digelar sebagai aliran Islam Liberal.

Kelompok terakhir adalah mereka yang mengakui akan hakikat kelemahan dan kemunduran yang dialami umat. Namun hakikat ini tidak mereka persalahkan kepada agama atau selainnya kecuali terhadap diri mereka sendiri dan umat Islam seluruhnya yang telah leka daripada berpegang dan mempraktikkan ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu untuk kembali kuat dan maju, umat Islam perlu mempelajari, memahami dan mempraktikkan semula secara sepenuhnya ajaran Islam yang asli lagi tulen. Formula ‘Islam Sekular’ atau ‘Islam Liberal’ tidak menjadi pilihan kelompok keempat ini kerana ia bukan cara untuk mencapai kekuatan dan kejayaan yang sebenarnya. Kekuatan dan kejayaan yang sebenar hendaklah diukur dengan necara wahyu Illahi yakni Islam yang berteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah, bukan neraca peradaban Barat yang berteraskan materialisme dan hawa nafsu. Golongan keempat inilah yang benar. Insya-Allah dengan kesungguhan mereka, kekuatan dan kejayaan akan kembali ke tangan umat Islam.

Yang paling menjauhi kebenaran adalah kelompok ketiga, iaitu kelompok Islam Liberal. Secara lebih terperinci, kelompok Islam Liberal adalah aliran yang muncul kerana kesan psikologi kekerdilan diri (inferiority complex) yang dihadapi oleh sebahagian umat Islam hasil penjajahan dan kemunduran yang dihadapi oleh mereka. Kesan kekerdilan ini diburukkan lagi dengan sikap tergiur lagi menyembah kepada negara-negara Barat yang menjajah lagi maju sehingga menyebabkan mereka sendiri terasa hina, *****, diperbudak dan hilang kejatian serta kebanggaan diri. Semua ini menghasilkan satu rumusan bahawa untuk mencapai kekuatan dan kemajuan, caranya adalah meniru segala formula peradaban yang dipraktikkan oleh negara Barat. Rumusan ini tidak akan berjaya selagi mana tidak dibuka dan dibebaskan tafsiran Islam daripada kejumudan pegangan umat selama ini.

Kenapa golongan ini paling berbahaya? Berbanding kelompok kedua,golongan ini bagaikan parasit yang memusnahkan Islam dari dalam. Kelompok kedua iaitu golongan sekular tidak menyentuh ajaran agama sebaliknya cuba memisahkan pengaruh agama ke dalam politik ataupun urusan kehidupan dunia mereka.Apabila mereka memerlukan kehidupan ritual,spiritual mahupun pandangan agama barulah mereka merujuk kembali kepada agama itu tanpa mengganggu hukum-hakam apatah lagi mengubah syariat agama. Tetapi jika terdapat hukum agama yang mengganggu kehidupan sekular mereka,mereka akan tolak. Jadi golongan sekular akan mengambil mana-mana hukum agama yang sesuai dengan selera mereka dan membuang mana-mana yang tidak sesuai pada pandangan mereka.

Namun golongan Islam Liberal yang rata-ratanya terdiri dari lulusan agama, pengamal undang-undang dan cendekiawan ini cuba mengubah konsep di dalam ajaran Islam itu sendiri. Mereka bagaikan ‘mengedit’ syariat Islam di sana-sini sesuka hati berdasarkan hujah-hujah mereka yang terhasil dari gabungan fahaman sekular dan Darwinisme yang berdasarkan logik akal semata. 

Golongan ini akan berusaha menghapuskan unsur-unsur bersifat ritual (tawaf, solat, mencium batu Hajar Aswad) dan mistik (ghaib-seperti syurga dan neraka,azab kubur dll) dalam Islam malah mengatakan itu semua karut dan tahyul serta menjadi penyebab fikiran menjadi jumud dan mundur, padahal pada masa yang sama mereka menghormati unsur-unsur ritual agama lain seperti Hindu dan Buddha.

Mereka lama kelamaan seolah-olah bersikap atheis apabila hanya mengambil bahagian-bahagian yang pada mereka sesuai dengan pandangan sekular Barat dan kehidupan moden hari ini. Unsur-unsur mistik seperti Tuhan, syurga dan neraka, azab kubur, padang mahsyar, kiamat dan lain-lain akhirnya dikatakan sekadar simbolik sahaja. 


Kita dapat lihat ada tali halus mengaitkan Islam Liberal dengan kefahaman kaum muda (Wahhabiah). 
Akan bersambung....

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews