Thursday, January 16, 2014

Kecelakaan Menanti Kita

(Andai kita membiarkan kejahatan mereka)

Cara pemikiran sebahagian dari kita dilihat amat merbahaya, Keinginan mencapai kemasyuran diri dan terlalu gilakan jawatan dan pangkat akan membuka ruang mendedahkan anak cucu kita dalam bencana dahsyat. Memikirkan nasib bangsa ini di masa yang akan datang, kita yang hidup pada masa ini adalah benteng terakhir menjaga agama tercinta. Sayangnya masyarakat yang dulunya amat kuat membela agama telah terpenjara. Siapa yang memenjarakan diri mereka itu?




Yusof Harun
16 Januari 2014

WAKTU Portugis memulakan dasar penjajahan, ia turut membawa bersamanya dari Lisbon agama Kristian. Tetapi sejarah memperlihatkan dasar mengkristiankan atau disebut christianization Tanah Melayu ketika itu gagal walaupun Islam belum begitu berkembang dan penduduknya tidaklah berpengetahuan.

Belanda yang menggantikan Portugis meneruskan dasar serampang tiga mata - penjajahan, perdagangan dan pengkristianan orang Melayu. Namun, orang Melayu zaman itu berasakan ada yang tidak kena dengan konsep ketidakesaan tuhan.

Di tangan British, mereka melihat penjajahan hanya berjaya jika dasar mengkristiankan masyarakat Melayu tidak diteruskan. Mereka bersetuju meletakkan agama Islam di bawah bidang kuasa Raja-raja Melayu. Dengan itu sejak 1867 hingga 1957, hampir 100 tahun, Tanah Melayu yang kemudian dikenali Malaya dan Malaysia, lahir sebagai negeri Melayu. Islam muncul sebagai paksi sehingga kaum imigran yang datang kemudian patuh dengan sistem dan hukum-hakam sedia ada.

Selama lebih 400 tahun, paderi dan pihak gereja Kristian tidak berani terlibat usaha mengkristian orang Melayu. Justeru kalimah ALLAH muncul eksklusif milik umat Islam selagi mana melibatkan negara ini sebagaimana kehendak dan semangat undang-undang.

Jika ada Melayu berfikiran, berpakaian, mengamalkan gaya hidup Barat, tapi masih mengamalkan agama tinggalan datuk nenek iaitu agama Islam. Rupa-rupanya di tengah-tengah caca marba pendekatan Islam oleh orang Melayu sudah timbul usaha memecah-belah dan mengkristiankan Melayu melalui pelbagai kaedah dan strategi. Dulu, usaha dibuat menerusi pintu belakang tapi kini dilakukan secara terang-terang.

Sehingga PRU12, usaha jahat ini berjaya dibendung dengan mudah oleh Perlembagaan Persekutuan, akta dan enakmen negeri mengenai pentadbiran negara Islam. Tetapi nampaknya apabila pembangkang menguasai Pulau Pinang dan Selangor, percubaan menyebarkan dakwah Kristian kepada orang Islam diberikan nafas baharu menerusi kuasa politik.

Ada yang berani mencabar agama Islam, hatta terhadap sultan sebagai Ketua Agama Negeri yang memiliki kuasa mutlak terhadap hal ehwal agama Islam. Paderi membawa kes penggunaan kalimah ALLAH ke mahkamah dan mencabar dengan mengarahkan penggunaan kalimah ALLAH di semua gereja di Selangor.

Soal sama ada di luar negara perkataan ALLAH bukanlah hak eksklusif Muslim itu bukan masalah kita. Tetapi di Malaysia ada undang-undang dan peraturan yang warganya harus patuh. Ini bukan soal hak demokrasi sehingga dijadikan instrumen dalam mengalutkan perpaduan rakyat dan negara ini.

Bible berbahasa Melayu dicetak sewenang-wenang dengan tertera kalimah ALLAH tanpa rasa hormat pada penganutnya. Tindakan Jais dalam usaha mempertahankan akidah umat Islam dibantah sehingga jadi satu isu antarabangsa. Didapati DAP, khusus Lim Guan Eng begitu beria-ria memperjuangkan kalimah ALLAH sejak 2008. Kalau sayangkan kalimah ini elok saja jadi Muslim. Di tengah-tengah kecelaruan ini, Pas dan PKR dilihat menjarakkan diri daripada isu ini.

Kalaulah tak ada Dewan Ulama ataupun tokoh seperti Ustaz Harun Taib, Pas tak lebih macam parti Golkar di Indonesia.Dengan membiarkan DAP menjuarai isu kalimah ALLAH bererti mereka mahu melihat Umno menjadi musuh utama bukan Islam semata-mata untuk masa depan politik mereka.

Sebagaimana disebut oleh seorang tokoh ulama Pas, parti itu bersama DAP dan Pakatan hanya dalam soal politik. Walaupun ia tidak dipersetujui pemimpin tertentu Pas yang takut hilang sokongan bukan Melayu, namun, seperti beberapa insiden sebelum ini, apabila ‘cacing’ sudah naik ke mata, penyokong dan ahli bawahan Pas tidak akan teragak-agak mengambil tindakan bersama penyokong Umno dan Melayu yang berjihad mempertahankan kesucian Islam.

Tidak mustahil isu kalimah ALLAH bakal menjadi faktor penyebab kepada perpisahan Pas, mahupun PKR dalam Pakatan. Saya tidak fikir pemimpin beragama Islam dalam mana-mana parti tergamak untuk membiarkan ada pihak mempersenda, menjual dan menurunkan taraf nama ALLAH dengan sewenang-wenangnya. #


Siapa dalang Kristiankan Melayu?
carilah sendiri, ikhlaskan diri melihat masalah ini, jauhi dari menjadi manusia lemah yang bergelut dan bernafas dalam lumpur politik.


Maaf, inilah hakikat yang sukar kita terima. Keinginan mengejar dunia telah memenjarakan diri sendiri dari memelihara dan membela agama. Paling menyahat hati, ada yang bijak berbicara tetapi memberikan keuntungan kepada musuh agama. Mereka cuba mengkafirkan Melayu (melalui Islam Liberal) tentu sekali tidak akan mempedulikan jika ada orang Melayu yang murtad (menjadi kristian) seperti kehendak rakan mereka (Cina DAP).

DAP memang bercita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara kristian. Mereka bekerja bersungguh-sungguh bagi menjayakannya sebagaimana kehendak jesuits yang menaja mereka. Apakah umat Islam tidak sedar bencana ini? Tindakan mereka (DAP) diatur dan dibiayai oleh agensi besar antarabangsa (jesuits). Jesuits merupakan paksi kejahatan yang berselindung dibawah nama pertubuhan kristian. Bukan setakat itu, Islam Liberal (PKR) juga merupakan anak didik mereka secara sulit untuk merosakkan akidah muslimin.




19 comments:

  1. Orang pertama yang menterjemahkan bible ke bahasa melayu ialah Munshi Abdullah. Tindakannya itu telah mengakibatkan ramai orang Nusantara murtad!
    Jika benar-benar mahu berjuang demi agama, mengapa pula Munshi Abdullah disanjung tinggi sebagai Bapa Sastera Melayu Moden??

    ReplyDelete
    Replies
    1. x nafikan ia pernah berlaku, semua tahu munshi adalah manusia belaan british. apa yang dia lakukan semuanya atas perintah british. munshi bukan 100 peratus melayu, dia darah campuran india. walaupun dia pernah terjemahkan bible tetapi tidak mendapat sambutan langsung malah dia diangggap sebagai permainan british. jika anda tahu sila kemukakan jumlah orang melayu yang murtad melalui bible terjemahan munshi tersebut.

      Pengangkatan munshi sebagai bapa sastera itu juga adalah pemainan british.

      apa yang berlaku sekarang ialah akibat pemerintahan DAP di Penang dan PKR di Selangor punca sebenar mengapa cina dan kristian nak muka. ini antara perkara pengikut anwar dan hj hadi susah nak terima. itu yang berlaku.

      Delete
  2. kenapa belum faham isu ini? sampai nak koner ke munshi abdullah bagai?tiada hal nak terjemah. tiak siapa yang larang. tulislah bible dalam bahasa melayu asalkan tidak mensyirikkan "nama" allah, tak apa tulislah terjemahlah berapa yang kamu mahu, bible mana2 pun... berpuluh versi. alquran tetap satu. sampai bila2 pun. hanya alquran sahaja kita yang agungkan nama allah. hanya isunya jangan hina nama agung ini. nama yang disinari zikir setiap hari ini. itu isunya. faham x? tulah mengaji x habis, sebab itu x faham. kesian melayu semakin bodoh di permainkan

    ReplyDelete
  3. padan muka melayu, tak serik lagi?

    ReplyDelete
  4. bkn kecelakaan menanti.. tp org melayu mmg dah lama kna timpa bala celaka ..tp xleh nk buat apa ..org melayu jgak yg bodo.. p dok sokong umno.. hujah penggunaan kalimah ALLAH utk org kristian akan mengelirukan umat islam adalah hujah yg sgt bodo dan bebal oleh umno yg mmg bangang..hang dah kerajaan.. sistem pendidikan hg pegang.. takkan tak leh nk ajaq org islam beza Allah yg org islam sembah ngn Allah yg org kapir sembah..hrmm nk ajaq gena pemimpin umno pon tak knai tuhan..mangkok ayon btui puak ni..lawak pon ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik awak nie macam sokong aje penggunaan kalimah Allah pada agama lain, haa, takkan anda nak jadi macam indonesia, selalu gempa bumi, selalu banjir, bergaduh x abis-abis. kristian kahwin ngan islam, anda nak ke camtu???. ingat di bumi yang berkat ini masih ada insan yang sanggup mati merpertahankan kalimah Allah SWT hingga ke titisan darah terakhir. aku sanggup mati demi agama islam, demi kalimah Allah SWT, demi Muhammad SAW tercinta.parti bukan saudaraku, tetapi insan yang mengucap kalimah syahadah adalah saudaraku.

      Delete
  5. umno jgak yg salah, yang hangpa pi sokong menatang kapiaq haramjadah tu takpa pulak. bengong 2x. hang kenai ka allah tu, mamat? mat sabu reti ka apa rancangan kapiaq tu? heeii 2x bengong

    ReplyDelete
  6. kenapa tak islam kan org kristian? kenape lepaskan Singapore? melayu2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbnrnye kt malaysia da ade gerakan mengislamkan beribu org kristian trmasuk adik pairin. Gerakan ini adalah gabungan ahli koperat, agama dan perubatan islam. Sori tk dpt dedah lebih2. Doakan mereka!

      Delete
  7. Assalamulaikum memang btul .....ada gerakan.Mengislamkan beribu kristian ....kepada saudara semua dlm blog nie......kita patut bersyukur kepada kerajaan krna megelak dri pertumpahan darah antara agama ..setau sya isu nama tuhan kita sudah lama ada dlm kitab bible......saya pernah terbaca .rupanya ramai yg x tau ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya nak tnya saudara sekalian dlm blog nie mau kah kmu negara kita berpecah bela mau kah kmu melihat keluarga .saudara menderita akibat pertumpahan darah.....

      Delete
    2. Ingat saudara ku kuat ali sunna waljamaah....biar kan mereka yg penting kita didik generasi akan datang ....skrg nie kita patut bnyak kan doa .....zikir ..sembahyang ...sesungguhnya dajjal suda tiba mau menyesatkan umat islam......mentabur fitnah ...menghuru hara kan dunia kita

      Delete
    3. Ingat kwn2 kita patut bersyukur skrg tngok negara lain .....mcm mn keadaan mereka ..kpada semua dlm blog selidik dlu fikir bgus2 ......semoga kita di lindungi ole allah s.w.t dan di beri sahfaat ole nabi muhammad s.a.w ....

      Delete
  8. Kenapa hanya kalimah. Allah sahaja yang diperjuangkan tapi hukum dan syariat Allah tak diperjuangkan sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. apabila nafsu diutamakan, beginilah jadinya....

      Delete
  9. Politik tak boleh disalahkan,sbnrnye niat diri sndri dlm berpolitik.niat manusia tu sndiri mahu kejalan allah atau menjadi sebhagian org kafir.

    ReplyDelete
  10. Politik tak boleh disalahkan,sbnrnye niat diri sndri dlm berpolitik.niat manusia tu sndiri mahu kejalan allah atau menjadi sebhagian org kafir.

    ReplyDelete
  11. semoga PAS nampak semua nie dan kembali bersatu seperti PKKM - Parti Kebangsaan Melayu Malaya

    ReplyDelete

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews