Sunday, May 20, 2012

Ada siapa-siapa yang faham? Sila bantu..


Kalau ada yang "mahir politik" tolonglah berikan buah fikiran, apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh politikus ini. Aku tak faham langsung apa makna semua ini. Hairan, ajaib, terkejut dan terkedu...

Nik Aziz ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat 
Agung Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markas Tarbiyah Pas
 di Kuala Ibai


Ada SYARAT untuk satukan kaum muslimin... ?  Hah.. demam otak aku memikirkannya.

Tolonglah bantu untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku. Apa sebenarnya yang mereka hendak? 

Islam Diutamakan???


Setelah semua pihak rasa teruja dan gembira, tetiba ... tak semena-mena seperti menarik balik tawaran.. adakan syarat pula. Mungkin pada masa kini rakan bukan Islam (DAP) lebih diutamakan berbanding Islam. Agaknya lah.. Betulkan aku jika tersilap.

Nik Aziz: Terima PR jika mahu kerjasama Pas

W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
19 Mei 2012


KUALA TERENGGANU – Umno perlu bersedia untuk menerima parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR) - PKR dan DAP sekiranya masih memasang niat untuk menjalin kerjasama politik dengan Pas.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno wajar menerima ketiga-tiga parti dalam PR memandangkan Pas bukan lagi berseorangan ketika ini dan keputusan perlu dibuat bersama PR.

Bercakap kepada media di sini, beliau bagaimanapun tetap dengan pendiriannya supaya Umno menukar dasar parti itu terlebih dahulu sebelum mengadakan sebarang usaha ke arah penggabungan antara dua parti.

“Saya sebut lama dah. Kalau Umno nak bersatu, parti itu perlu menukar dasar kebangsaan kepada Islam. Ia bukan keputusan seorang tetapi kena buat secara rasmi (bersama PR). Umno (perlu) tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam secara rasmi.

“Kedua, Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan kerana kami sudah ada Pakatan dan Pakatan tidak buat khianat kepada kami. Maka lepas kami (Pas) bersatu dengan Umno dan selepas Umno ubah dasar dia, barulah boleh bersama dengan pakatan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Ibai di sini, hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu, timbalannya, Datuk Tengku Hasan Tengku Omar dan pimpinan Pas peringkat kawasan.

Terdahulu, Nik Aziz turut mengulangi kenyataan yang pernah dibuat beberapa kali sebelum ini bahawa mengundi Barisan Nasional (BN) tidak akan masuk syurga.

Jelasnya, BN bukan parti yang berteraskan Islam, sebaliknya membawa unsur nasionalisme yang tidak diajar oleh Nabi Muhammad.

“Undi BN tidak undi Islamlah. Dasar BN dasar kebangsaan. Kebangsaan tidak boleh bawa manusia ke syurga kerana kebangsaan ini bukan ajaran Nabi Muhammad saw,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai muzakarah, Nik Aziz memberi respon positif terhadap perkara itu dan menjelaskan ia lebih baik dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Nik Aziz sebelum ini pernah melahirkan syukur terhadap respons yang baik daripada Umno khususnya Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan persetujuan mengadakan pertemuan bersama Pas. 


Muzakarah platform terbaik, kata Mufti Perak

HASLINA KAMALUDIN
20 Mei 2012




Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria

SHAH ALAM - Muzakarah antara Pas dan Umno perlu disegerakan dan tidak perlu ditangguhkan jika ia bertujuan demi kebaikan semua pihak terutama umat Islam.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, muzakarah adalah satu platform terbaik untuk meneliti dan menyelesaikan pelbagai masalah.

“Jangan melengah-lengahkan sesuatu yang baik. Jika tidak, ia mungkin akan melahirkan keadaan lebih parah. Segerakan perkara ini dan jangan tunggu hingga selepas pilihan raya,” kata beliau yang pernah menggerakkan inisiatif kerjasama politik Pas-Umno selepas Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu.

Dalam perkembangan terbaru kelmarin, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau bersyukur apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan persetujuan mengadakan pertemuan untuk memperbetulkan keadaan parti dan masyarakat.

Bagaimanapun, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pertemuan tersebut hanya akan dilakukan selepas Umno membetulkan sistem pilihan raya kerana beranggapan Umno tidak ikhlas dalam pertemuan tersebut.

Dalam pada itu, penganalisis melihat Pas seperti menghidup dan mematikan peluang bermuzakarah kerana menyedari dan bimbang Umno akan mendominasi sesi perbincangan itu nanti.


Usah ada agenda tersembunyi, Umno ingatkan Pas

SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI
19 Mei 2012

BAGAN DATOH - Pas ja­ngan ada agenda politik tersembunyi berhubung isu muzakarah.

Itu peringatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang lebih rela cadangan bersemuka dua parti itu ditangguhkan jika ada pihak yang tidak ikhlas.

“Ikhlas paling penting. Jika tidak ikhlas, lebih baik tangguh (muzakarah),” katanya.

Bagi Ahmad Zahid, jika ikhlas, tidak perlu ada had waktu untuk bermuzakarah, sama ada sebelum atau selepas pilihan raya.

“Ini agenda agama, bukan politik. Agenda agama tidak sepatutnya dipolitikkan, jadi jangan kira soal pilihan raya,” katanya.

Dalam keadaan sekarang, kata Ahmad Zahid, apa yang perlu diberi fokus ialah isu perpaduan umat Islam, memartabatkan Islam dan meningkatkan darjat umat Islam.

Beliau turut menjelaskan bahawa Umno sentiasa bersikap terbuka terhadap apa sahaja usaha yang menjurus ke arah perpaduan umat Islam di negara ini.

Sehubungan itu, katanya tidak timbul keraguan sama ada parti itu tidak faham atau tersalah faham isu muzakarah yang dicadangkan oleh Pas.

“Umno sentiasa bersedia. Itu sikap kita. Kita pandang positif pada setiap usaha ke arah perpaduan umat Islam. Siapa saja yang hendak bermuzakarah, kita terima termasuk Pas.

Pintu kita sentiasa terbuka. Lebih penting, kita tidak letak sebarang syarat untuk tujuan itu,” katanya.

SINAR HARIAN


Apa semuanya ini? Inilah agaknya yang dikatakan najis DEMOKRASI... bla... bla... bla... 

Seperti ada tangan ghaib berjaya ambil kesempatan mengubah suasana. Memang membingungkan.

Berikan pandangan anda, adakah mungkin Melayu/Islam akan dapat bersatu semula atau akan terus berpecah belah? atau... Menjadi juadah bukan Melayu/Islam seperti yang diatur Yahudi?

37 comments:

  1. UMNO pun dah makin melingkup Nik Aziz pun dah hilang pedoman....

    Ade ke Islam nk d skalikan dengan DAP, PKR...

    Mane pengamalan "untukmulah agamamu dan untuk ku lah agama ku".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang TAK FAHAM ialah Admin sendiri yang buat-buat tak tahu tentang kedurjanaan, kepincangan , kemunafikan UMNO. Sebetulnya PAS dah tak mau layan dah UMNO ni yang terhegeh-hegeh nak muzakarah dengan PAS. Kalau UMNO ikhlas, UMNO kena bersihkan niat sebagai muslim tujuan nak muzakarah dengan PAS. Kita kena berhati-hati dengan UMNO yang sedang bersekongkol dengan YAHUDI laknatullah APCO.

      Delete
    2. siapa yang mulakannya? Nik Aziz.... bolehkah kita kata itu petanda munafik?

      dah tu ambik penyokong yahudi pula sbg ketua.. hmmm ulama yang gagal meneliti kenyataan. abislah pas kena buli.

      Delete
  2. nik aziz nak utamakan agama islam, tp dicampurkan ke politik. najib plak x suka masukkan agama dlm issue politik. tapi nak bersatu mcm mana?. knp nak bersatu? sbb lepas PRU 13, malaysia bakal riot! hahaha

    ReplyDelete
  3. UMNO bukan parti berteraskan Islam katanya. Bagaimana pula dengan PKR dan DAP. Tiada syarat mereka berkerjasama. PKR Berteraskan Islam? Double standard dalam menentukan alasan, atau nampak seperti kebingungan..

    ReplyDelete
  4. apa yg aku terpk ialah knapa nik aziz letakkan syarat umno mesti bersama PR?1 syarat yg pelik..aku gagal menemui jawapan itu namun hati ini berbisik kemungkinan besar apa yg nik aziz mahukan ialah penyatuan seluruh penduduk msia di bawah kepimpinan islam..tapi jika itu yg diinginkan apakah yg akan berlaku terhadap demokrasi dan pilihan raya?dan jika penyatuan ini berjaya dengan izin Allah SWT apakah pula reaksi dari zionis dan sekutunya?

    ReplyDelete
  5. Statement-statement sedemikian 'Saya menyokong/saya bersetuju/saya tiada halangan dengan cadangan........., as long as..../dengan syarat.....' adalah statement-statement yang biasa di buat didalam position papers/kertas kerja/maklum balas sesebuah organisasi kepada organisasi yang lain.

    Statement pertama: 'Saya bersetuju/tiada halangan atau seumpamanya bertujuan:
    a) untuk menunjukkan keterbukaan sesebuah organisasi
    b) untuk menunjukkan sokongan organisasi tersebut kepada cadangan yang dibentangkan
    c) untuk menjaga 'relationship' di antara dua organisasi tersebut kerana perlu berurusan diantaranya
    d) sebagai cara untuk 'memberi muka', 'give face' kepada organisasi yang satu lagi. Selalunya, sesiapa yang memberi muka dulu 'give face first' selalu dianggap sebagai lebih 'gentleman' di mata umum
    e) sebagai cara untuk tidak 'menutup pintu perbincangan' sekiranya isu tersebut dibangkitkan dimasa hadapan. Jika ini terjadi, pihak yang memberi syarat tidak akan malu
    f) tidak akan ada rekod/data yang boleh dirujuk oleh umum untuk mengatakan bahawa pihak yang bersyarat itu sebenarnya 'oppose'/membangkang
    g) tidak akan ada rekod/data yang menunjukkan bahawa pihak yang memberi syarat tidak berkerjasama

    Statement kedua: (syarat)
    a) selalunya sesuatu yang memberi kelebihan lebih kepada organisasi tersebut.
    atau munkin;
    b)sesuatu yang diketahui tidak akan dipersetujui oleh pihak yang satu lagi kerana pihak yang memberi syarat tidak benar-benar bersetuju kepada cadangan tersebut

    Didalam situasi ini, jika kerjasama antara dua pihak tidak terjadi:
    a) pihak yang bersyarat terselamat kerana mereka ada menunjukkan sokongan
    b) munkin dapat markat bonus kerana sebab yg sama diatas
    c) tidak mustahil pula dapat markah kesian kerana akan digambarkan sebagai pihak yang akhirnya di'turn down'

    Itu pandangan saya mengenai pihak yang bersyarat, bagaimana pandangan tuan mengenai pihak yang diberi syarat pula???

    Saya suka kenyataan dari Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, diantara lain berkata.. bahawa cadangan tersebut patut dilakukan tanpa syarat

    Dari pandangan peribadi, saya akan lebih suka jika kenyataan itu di 'rephrase' kepada...cadangan tersebut patut dilakukan hanya kerana Allah Ta'ala.

    Sekian
    perkongsian saya

    ReplyDelete
  6. Kalau betul-betul lillahi taala tadak lah nak letak syarat2. Banyak sangat cengkadaknya.

    Tu lah ada cerita. Pada zaman dajjal ada seorang yang kononnya alim. Berdepan dengan dajjal. Akhirnya dia yang ikut dajjal.
    Ini satu organisasi, konon2 guna label islam. Konon2 bersahabat dengan kawan-kawan dajjal. Konon2 nak tarbiahkan kawan2 dajjal tersebut. Akhirnya dia sendiri yang jadi alat kepada dajjal tu. Ilmu tak cukup tapi rasa sudah cukup. Berpegang pada diri, tak berpegang pada Allah. Timbullah isu nak kena jaga airmuka pulak.
    Berpegang pada slogan ciptaan, tak berpegang kepada kalimah Allah. Timbullah isu nak kena ajak juga kawan-kawan dunia tu semeja. Ini pasal ummah. Umat yang sudah jadi buih. Memang semua musuh umat ini tak hendak buih bertukar menjadi batu. MASALAH nya, sendiri yang pilih supaya jadi tali barut perancangan dajjal.
    Kalau macam ni, tak payah lah muzakarah. Habis masa orang saja diskus pasal ni.
    Biarlah Allah turunkan kempen Bersih Nya sendiri. Sapu bersih yang munafik, fasik, aniaya dan sekandang dengan istilah2 ini. Tinggalkan saja semua buih-buih yang akan berubah menjadi batu buat perjuangan Islam dan akidah semata-mata Allah Taala.

    ReplyDelete
  7. jika benar Nik Aziz mahu bersemuka dan bermuzakarah, maksudnya dengan ikhlas dan bersih hati demi agama tercinta, rasanya tak payah diumumkan secara terbuka dan membiarkan media jadikan isu. Ajak saja Hadi Awang, Harun Din dan Harun Taib ke rumah Datuk Seri Najib secara diam-diam. Tak payah bawa Mat Sabu, Mustafa Ali atau Mahfuz, mereka tak relevan. Saya percaya, Najib mampu berbuat sesuatu untuk menyatupadukan ummah. Dengan kesanggupan Najib membawa idea transformasi dipelbagai bidang, tak mustahil beliau mampu lakukan perubahan dalam soal berkaitan agama juga. Buat tarbiah secara jujur jangan ada niat lain jika betul sayangkan agama dan bangsa. Apa pun hasilnya kita tawakkal kepada Allah. Setelah bersyarat.. tersilap langkah, dari apa yang berlaku sekarang menunjukkan Nik Aziz hanya ingin bermain2 sahaja tidak atas niat LillahiTaala. Ia memberikan tanggapan yang kurang baik seluruh umat Islam kepada PAS. Ini tidak bagus kepada PAS secara keseluruhannya.

    ReplyDelete
  8. Dlm perjanjian yg ditandatangan oleh pas,pkr n dap telah meletakkan syarat bahawa perlu ada persefahaman.. buku jingga telah dipersetujui.. ingat x beberapa hari yg lalu pas,pkr n dap duduk semeja menyatakan hudud tiada dlm buku jingga n pas perlu akur kepada penubuhan negara berkebajikan... Sedangkan hudud pun pas x dpt perjuangkan (datuk harun taib yg lantang bidas karpal pun dikatakan pandangan peribadi oleh pas..) Ini plak muzakarah menyatupadukan Islam n melayu.... Kita boleh nampak pas meletakkan syarat.. jd Secara logiknya memang pas x dpt persetujuan drpd dap n pkr.... Ini gimik pakatan yg mahu mejatuhkan umno agar dipandang sinis masyarakat Muslim kerana umno tidak mahu mengikut syarat yg diletakkan nik Aziz.. seeloknya nik Aziz perjuangkan dahulu hudud dlm pakatan n membatalkan perjanjian buku jingga yg menggagalkan hudud. Seeloknya muzakarah dahulu baru buat syarat.. yg elok dipersetujui n yg meragukan dibincangkan lg.

    ReplyDelete
  9. Dua2 memang tak boleh bergabung...itu je jawapannye.Klau bergabung akan jadi isu perkauman,dan memudahkan pihak luar mencampuri urusan perkauman sedemikian dan akan menyebabkan peperangan yang besar...pasal dua puak ni pon ada salah dan silapnya masing2.Ada baiknya berpecah untuk mendapatkan ideologi yang sihat dan saling menjaga disiplin masing2 daripada diaibkan oleh pihak lawan.Tetapi,sekiranya kedua2 pihak ini bergabung juga menyebakan salah guna kuasa akan semakin berleluasa jesteru menyebabkan tidak adil,kerana manusia itu sungguh lemah dan juga selalu akan melakukan kesilapan tak kira orang tu macam mana sekalipun.Isu bermuzakarah ini harus dilakukan segera.Ia mengenai penyelesaian isu permasalahan antara SeIslam di Malaysia.Dalam bab ni mungkin mereka ingin membincangkan mengapa sebelah pihak itu gagal menjanjikan keamanan seperti tuntutan di dalam hukum mahupun syariat Islam sebagaimana mengganggu ketenteraman awam pada bersih 3.0 itu sehingga menyebabkan kecederaan yang serious kepada insan yang sedang melakukan tugasan kepada negara.Sebab itu mereka meletakkan syarat alasan yang mengarut supaya muzhakarah itu memang sukar di rumpunkan sekaligus mereka dapat menutup kesilapan diri sendiri.Agak2lah bertindak kalau ya pun berbeza pendapat.Rusuhan tidak membawa apa2 manfaat malah Agama Islam itu sendiri menyangkal akan perbuatan sedemikian.

    ReplyDelete
  10. Perlu faham apa itu muzakarah. Mana pulak muzakarah perlu ada syarat2. PAS dan UMNO perlu duduk berbincang demi masa depan AGAMA, BANGSA dan NEGARA. Ini menampakkan ketidak ikhlasan PAS untuk ber muzakarah. Jika muzakarah ini mahu benar2 berlaku, tak perlu ada syarat. Perlukah bersyarat unutk berbincang tentang masa depan kita? Ada pihak pulak mahu UMNO masuk dalam Pakatan Rakyat! Ini kerja giler yg sengaja di buat untuk PRU sahaja.

    PAS perlu buktikan dia ikhlas untuk muzakarah dgn UMNO. Tiada syarat2! Tapi jika di tanya pendapat peribadi saya, selagi NIK AZIZ ada, tak mungkin PAS akan menerima UMNO. Dendam Nik Aziz terlalu mendalam terhadap UMNO.

    ReplyDelete
  11. Dua2 memang tak boleh bergabung...itu je jawapannye. As quoted by Anon May20 1055pm.

    It is ok, if these two entities cannot 'bergabung' but it doesn't mean they cannot 'bersepakat'.

    As an observer, that I am not either from PAS or UMNO, my main concern is more about the fate of Muslim these days, especially here in Malaysia.
    They way I see it in our scenerio is, both PAS and UMNO are service providers. Yes, both are not perfect. But there must be one who is better between the two. At least considering the current circumstances.
    I have to decide one on the polling day.

    The question is why cannot 'bersepakat' when the signs are already everywhere regarding attacks on this ummah, all around the globe.

    What a useless Malay proverb, 'Bersatu teguh, bercerai roboh'. Good only in textbooks but not in reality.

    ReplyDelete
  12. Misi membalas dendam walau terpaksa bersubahat dengan iblis sekalipun. itulah apa yang sedang kita lihat. Bagaimana seorang ulama sanggup memutar belit dan berkata2 seumpama sang penipu ... YA DENGKI dan DENDAM.. thats all

    ReplyDelete
  13. salam semua,

    saya rasa ada eloknya kita neutral dalam soal berkaitan dgn orang yg kita tak kenal ni...saya tak pernah jumpa Nik Aziz,tak penah tau pun dia mcmana perangai...cuma rujukan yg ada di dada2 akhbar dan dari mulut2 orang...jadi sy tak berhak berkata ttg beliau...begitu juga dgn diri sy,siapa yg menilai sy dari kata2 manusia,ternyata itu tidak adil utk saya,apatah lagi utk mereka yg menilai...sbb takut tersalah nilai...cmne sy nak jawab nnt,nak cari Nik Aziz mtak maaf sbb terfitnah...adoi...keje susah tu...jd lebih baik sy belek2 diri sy sebelum sy belek2 diri orang lain...sbb dalam kehidupan terlalu byk pura2nya...zahir slalunya lain dgn batin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana punya fahamanlah ko pakai nihh..sbb tu ISLAM fail x berkembang..ni statement orang yg dah x relavan dgn cuaca skarang..adakah kamu faham maksud yg tersirat dari tulisan kamu itu..

      Delete
  14. Assalam...Subhanallah.. sahabat2 semua awasi lh komen dan percakapan anda..Takut semua ini menjadi fitnah. So sape yg tehasut dgn fitnah dajal sebenarnya? Adakah anda sedar.? Tenang lh..kawal hati dan nafsu.. Kalau di hati anda ada hidayah, maka tiadalh komen utk memburuk2kan,mengeji dan mencela seseorg..

    -

    insani

    ReplyDelete
  15. Salam semua,

    Daripada senario yang dialami oleh rakyat Malaysia dewasa ini, menggambarkan keinginan semua pihak terutama orang Melayu Islam kembali ke pangkal jalan, yakni jalan yg menemukan kita semua dengan Allah swt.

    Oleh itu,kita mengharapkan pemimpin2 masyarakat yg berilmu agama islam utk kita ke jln Allah,krn kegagalan pemimpin sedia ada dlm membimbing masyarakat. Malah memperlihatkan ketaksuban mereka terhadap duniawi. Namun,masyarakat masih juga tertipu krn harapan mereka dicabuli dgn keterujaan kepada sesuatu selain Allah swt.Makanya,tiadalah beza antara mereka disebabkan masing2 menegakkan matlamat dan organisasi.Secara x langsung, hilanglah Allah dihati mereka semua.

    Dapatlah dipelajari bhw utk melangkah menuju ke jalan Allah tidaklah boleh diunjurkan oleh selainNya.KItalah yg perlu mengIKHLASkan diri sendiri menyusuri jln Allah itu.Jln kedua2 mereka adlh jln kesesatan,tidak juga mengibarkan islam spt diwar2kan.Hanyalah omong-omongan utk kepentingan peribadi mahupun bersama.

    Islam itu sendiri bermaksud Menyerah Diri Bulat2 Hanya Kpd Allah swt semata2.Makanya,tidaklah relevan mengharapkan PAS juga UMNO.Maka,jalan itulah yg perlu disusuri dan di cari dan ia ada disekeliling kita.Sembunyi dan menanti waktu utk diexpose.Spt kata penulis ABATASA ii,artikel terbarunya menceritakan kumpulan ini.Bekalan daripada seorang teman, carilah guru yg boleh mengajar IKHLAS.Itulah kata kunci bagi ilmu yg kepada Allah swt hanyalah satu2nya tujuan.Ingat,ilmu belajar IKHLAS,IKHLAS,IKHLAS.wassalam...

    ReplyDelete
  16. hehe

    nnti sy komen dalam blog apa sebenarnya NIk nak

    tq

    ReplyDelete
  17. fasal masa depan bangsa & agama pn byk sgt kerenah, syarat, nampak mcm tau agama tp yg sebenarnya menggunakan agama utk keuntungan dunia yg sedikit, nanti di padang mahsyar jawab la dengan Allah Azzawajalla, tau la untung nasib kita waimma kita ulama ke, ustaz ke, org awam ke..

    ReplyDelete
  18. ni ayat nk spin sbb dh terlajak ckp psl muzakarah..dh terlepas ckp..dh kena sound ngan puak2 dap..kena la turn blk utk cover godfather..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum...
    Ingat tak peribahasa... bagai tikus membaiki labu.. haa macam itulah poli-tikus @ banyak-tikus.
    Fikir2lah sendiri.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  20. Sama-sama betulkan niat atas nama Allah SWT dan Rasulullah SAW. Muzakarah boleh cetuskan faedah ,kebaikan dan kasih sayang.Bila bersatu dengan syahadah,inilah kekuatan Melayu. Apabila Melayu meletak Islam ditempat teratas.Tidak timbul soal racist.
    Bila boleh duduk semeja pun akan menggentarkan pihak musuh Islam.apa saja kemungkinan boleh berlaku.Mengapa tidak dijemput juga wakil dari badan2 dan pertubuhan NGO Islam. Mereka juga ada suara dan peranan untuk memartabatkan Islam dibidang masing2.Tangan-tangan 'ghaib' dari pihak Cahaya dan Kegelapan akan turut hadir tanpa disedari.'Mereka' juga ada peranan...anda disebelah mana?
    Doa dan harapan dari pencinta Islam dan kedamaian akan mengiringi sebarang usaha untuk penyatuan.Sekiranya gagal teruskan usaha hingga mendapat rahmat dan belas kasihan Allah.Jika Melayu Islam boleh membawa keadilan,kemajuan dan keharmonian (tanpa landasan politik demokrasi)mengapa pula ada pihak yg hendak menolaknya.Buktikan.Sistem Islam sgt membela negara dan rakyatnya walau apa jua latar belakang mereka.

    ReplyDelete
  21. Ya benar, hamba sokong ulasan Nurrohi. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  22. Pas cuma nak ugut PKR dan DAP je tu! acah2 sikit... nak test market! tu je! Tak faham2 lagi ke!...Politik punya hal bro!
    Belum ada keikhlasan lagi...semuanya gimik2 politik je! Pok Nik pun dah pandai main daun trop sekarang...he he he

    ReplyDelete
  23. Subhanallah!! damaikanlah 2 saudara ku (Pas & Umn0) yg sedang bermusuh kerana merebut kekuasaan duniawi...terangi hati mereka dan utuskan lah (pemimpin akhir zaman) yg menyatukan keduanya!! Amiiin!

    ReplyDelete
  24. teliti dengan hati..
    adakah perlu islam dipolitikkan?
    org melayu, islam, mualaf dah tau ape fardhu ain, fardhu kifayah..dah belaja pun di bawah kerajaan, dah belaja pun di kelas agama. dah tau HALAL dan HARAM dlm ISLAM. Mak bapak pun da ajar, AL-Quran dan Sunnah menjadi pedoman..takkan perlu dipolitikkan lagi? adakah benar UMNO menolak? adakah PAS benar2 menjalankan sistem pemerintahan berlandaskan ISLAM sebenarnya2? klw benar PAS dgn sistem Islam mereka, kenapa tidak berdakwah dahulu pada Pakatan DAP dan PKR mereka terlebih dahulu? di kalangan ahli UMNO ada ustaz, ade juga ustazah..ISLAM tidak boleh dipolitikkan..kes serbuan ke atas gereja di damansara, PAS menuduh dalang UMNO yg membuat rusuhan? adakah berasas? abis, di mana PAS? sekiranya menuduh UMNO yg melakukan siasatan, hilanglah kewibawaan PAS. kerana kerap kali melaungkan akan menentang kafir habis-habisan, tp sebaliknya..UMNO lah yg menentang kes2 murtad..di kawasan PR sendiri??? adakah kerana rakan politik, semuanya di halalkan dengan cara? dimanakah tujuan selama ini dari PAS? dahulu kes ambiga mengenai isu murtad 2010.. tak sedarkah wahai saudara PAS waktu itu, ZUL nordin bersama2 ahli PAS dan UMNO bersama di pej Peguam menentang sekeras2nya smpai disuruh tutup pagar pej peguam? tetapi, PKR tiada DISITU..!!! sy ada video tersebut, untuk pencerahan pihak saudara2 yg masih keliru..subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu saja tanda aras yg nyata bahwa perjuangan PAS tdk diredhai Allah ialah ketika pilihanraya umum 2013,mereka membuat solat hajat dgn ratusan ribu ahlinya supaya diberi kemenangan untuk mentadbir Malaysia..ttp ternyata kemenangan masih berpehak pada UMNO dan BN..kalau solat hajat ni, seorang buatpun,insyallah makbul ttp ini beratus ribu dan boleh dikatakan yg hadir itu gilongan 'agamawan'..ertinya apa disini..Ada sesuatu yg tdk benar yg amat dibenci oleh Allah swt dlm hati pemimpin dan ahli PAS..wajib muhasabah diri untuk membetulkannya..paling kurang perjuangan mereka mesti tdk bersama dgn musuh islan kfir harbi DAP..adalah lebih baik bergabung sesama parti islam UMNO khususnya..

      Delete
  25. Assalamualaikum..
    Gua rasa lbh baik korang bercakap dlm hati sahaja krn hujah2 kalian akan dibawa mengadap Allah sekiranya korang masih nk bertaqlid itu dan ini..
    Jika korang bukan ulama,maka eloklah korang simpan dlm poket perkataan spt Munafiq,Kafir,semua sifat itu silap2 ada pd diri kita..Esok2 Allah soal korang,dh ready ker jawapan?
    Klu jawapan kalian disanggah Allah nti ble ker korang wat U turn kt Mahsyar tu nanti?
    Takutnya gua dgn lu org..
    Beraninya lu org mengingatkan wa pd Hadith2 Nabi tentang pemuda2 Akhir Zaman yg suka2 guna Taqlid sendiri2,nas dan dalil korang pun adakah sepenuhnya mengikut Murad?
    Itu warning Sang Kekasih jika mahu bercakap dgn lisannya..
    tetiba korang mati x sempat nk mintak ampun sbb men guna dalil x kena tempat,nahas ooo...
    Gua berlepas diri la sbb gua bkn pemikir mcm korang sbb kata2 korang boleh membelah dunia..Wa igt klu 40 org mcm lu org berckp,mau Benua Afrika tuh beralih ke Eropah..Dasat la lu org..
    Lg baik wa tumpu kt perkara2 Fardhu dulu,soklan kubur pun dh bocor..Dari wa tercaci org2 beriman,lg baik wa Istighfar..
    Lu org nk cenderung kt mana2 itu lu org pye suka la..wa x campur..
    Setiap pilihan ada harga..lu org pikir la sendiri..
    Tp wa caya lu org bkn kecik anak,sume dasat2..
    Ulama jer yg ble berdebat dgn lu org ni..Wa angkat tgn la kan..Tp wa doakan Allah beri lu org kekuatan utk mengejar hidayah..
    Nk kata wa bkn Melayu,wa memang Melayu pun,tp tu la kan malaikat kt kubur tu pun x tanya apa bangsamu..hahaha..
    Melayu ni Islam tunggal kt Malaysia ni ke..
    Wa rasa x pulak..Tp tu la,baru 500 tahun jd Islam,berasa diri dh wujud sejak Zaman Nabi2 lg..Adess..
    Ni la rupa bangsaku..Tp bagus gak korang meriahkan blog ni..Ble gak wa bc2 sambil senyum2..ehehehe..
    Pd Admin,minta maaf la ya..bkn niat wa nk tulis mcm ni tp wa sbnrnya dh bertahun follow blog ni..Tp wa x jpe turning point utk korang membawa pembaca..
    Betul la Admin nk memberi kesedaran pd golongan muda,tp wa
    x berapa ikut sgt la entry2 yg berbau politik mcm ni..
    Nk sama tarafkan yg ada skrg dgn Para Imam yg pegang Kekhalifahan Othmaniyyah pun x smpai ciput..tp sembang gebang..hehehehe..
    Sori ya tuan Admin..
    Wa tgk lu org pun mcm boleh bwk generasi baru ni ke arah kiri atau kanan,ikut direction yg lu org halakan..
    Bagus gak..terus la menulis,moga2 kelak Allah beri Ilham yg tidak tersangka,Who Guess?
    Apa pun good luck pd yg still mengikuti blog ini..
    Sumbangkanlah sesuatu yg memenangkan Allah..X pyh nk caci2 org pun,nti dpt dosa lidah pulak..
    Hati2 dlm bertaqlid sbb bkn semua perkara kita ada jawapannya..
    Tgk dunia ni,tgk rupa kita..siapa kita,kita sendiri boleh tahu..Itu pun klu lu org dh jpa siapa diri lu org..
    Klu blom,cari la smpai jumpa..
    Kaji sejarah diri,x pyh kaji sgt tentang musuh2 Allah mcm mendewak2kan diorang plak kan..
    Titanic tuh ble karam dek kerana terlanggar bahan mentah nk buat Air Batu Campur jer..
    Hebat mana pun apa yg korang fikir,amal korang jugak yg akan menjawab pertanyaan Kubur,bkn akal korang..
    Selamat beramal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasihan saudara ni. Pentingkan diri sendiri je. Xsalah penulis blog menulis utk membangkitkan semangat Melayu Islam. Tanpa blog ni org daif mcm sy xkan sedar bahaya racun yg ditabur musuh Allah. Mujur masih ada insan yg prihatin dan sama2 berjuangkan menegakkn agama dan bangsa. Sampai bila Melayu nak dianggap lemah. Semoga Allah menerangi jalan kita.aminnn

      Delete
  26. The first type is present from birth while the second
    type is not, but starts to appear and proliferate as the years pass.
    This is a great font for use with winter designs
    as you prepare all your Christmas artwork. Skin tags can affect
    you and anybody else at any age and irrespective of your
    skin type.

    My web site ... groin skin tags

    ReplyDelete
  27. hey there and thank you for your info – I've definitely picked up something new from right here. I did however expertise several technical issues using this web site, since I experienced to reload the site a lot of times previous to I could get it to load correctly. I had been wondering if your web host is OK? Not that I am complaining, but sluggish loading instances times will often affect your placement in google and could damage your quality score if ads and marketing with Adwords. Anyway I am adding this RSS to my email and can look out for much more of your respective fascinating content. Ensure that you update this again very soon.

    Feel free to visit my webpage: eating-for-energy.com

    ReplyDelete
  28. Hello there! I simply wish to give you a big thumbs
    up for the great info you have here on this post. I will
    be coming back to your site for more soon.


    Feel free to surf to my blog post HCG Diet Plan

    ReplyDelete
  29. This page talks about several effective ways through which you can get rid of skin tags.
    If you carefully read all of the directions on the package, you can freeze off
    your skin tags without feeling any pain and they'll be quickly eliminated. 'We
    usually have two or three people in the room, no-one has time, so we have one person tightening the body and another giving
    a treatment on the face'.

    My website; tags Skin

    ReplyDelete
  30. Hi there, its pleasant piece of writing concerning media print,
    we all know media is a enormous source of data.

    Feel free to surf to my webpage ... eastern bank

    ReplyDelete
  31. However, remember this advice: Do not make the topic too broad;
    for example, if you decide to write about global
    warming, don't try to discuss each and every aspect of global warming, which would turn your paper into a book, but, instead, choose a focus this manageable and, therefore, can be discussed adequately in a student paper. Then the skinny guy finds weight gainers and tries them, or some other worthless supplement, and never really understands why he is not big and muscular like the other guys at the gym. Eating based on your mood is not the path to healthy weight gain.

    My website how to gain healthy weight ()

    ReplyDelete

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews