Wednesday, May 4, 2011

RAHSIA SULIT





Punca sebenar kenapa Libya dibom adalah kerana kedegilan Gaddafi ingin memperkenalkan dinar emas

Menurut IMF, Bank Sentral Libya adalah 100% milik negara. IMF menganggarkan bahawa Libya mempunyai hampir 144 tan emas di bank tersebut. Signifikannya sebelum PBB meluluskan resolusi mengharamkan penerbangan di ruang udara Libya dan membenarkan USA dan sekutunya menghantar tentera menyerang Libya, Muammar al-Gaddafi secara terbuka telah menganjurkan pembentukan mata wang baru yang akan menyaingi dollar dan euro. 

Bahkan, dia meminta negara-negara Afrika dan negara-negara Islam untuk bergabung dalam sebuah perikatan yang mejadikan mata wang baru iaitu dinar emas sebagai matawang utama perdagangan antarabangsa menggantikan US Dollar dan Euro. Mereka akan menjual minyak dan semua dagangan kepada USA dan seluruh dunia hanya melalui dinar emas ini..

USA, negara-negara G-8, Bank Dunia, IMF, BIS, dan syarikat-syarikat multinasional tidak senang dengan cadangan ini dan menganggap gagasan ini bakal menggugat dan mengancam dominasi mereka dalam pasaran matawang dunia.

Dalam lain perkataan, mereka menganggap tindakan tersebut akan menjadi amat bahaya dan bakal mempengaruhi negara-negara lain meninggalkan atau sekurang-kurangnya menjauhi sistem perbankan antarabangsa yang selama ini menguntungkan kumpulan korporat yang mereka kuasai.

Saddam Hussein juga telah menganjurkan dasar yang serupa dengan apa yang diungkapkan oleh Gaddafi tidak lama sebelum USA menghantar pasukannya ke Iraq.

Secara tidak langsung sistem perbankan yang selama ini memberi keuntungan lumayan kepada mereka pasti akan runtuh  Semua negara akan kembali kepada sistem lama bersandar sepenuhnya kepada emas. US Reserve Bank yang menjadi induk kepada semua sistem bank riba ini tentu sekali merasa rimas dan gerun menanti nasib yang bakal menimpa mereka jika sistem baru dagangan dunia melalui dinar emas ini benar-benar terlaksana. 

Setahun sebelum itu Libya telah mengesyorkan negara-negara Arab dan Afrika menggunakan sistem matawang emas tunggal dan menyatukan negara-negara ini dalam satu kesatuan yang kukuh dan aktif. Pada dasarnya ia dipersetujuai dan disokong oleh hampir kesemua negara kecuali beberapa negara yang terkekang dengan sistem pemerintahan demokrasi-sekular mutlak dan Liga Arab. Ia kelihatan memberi impak dalam sistem politik dunia yang baru dimana seluruh Afrika dan Arab berada dalam datu kesatuan yang besar.

Lebih menakutkan Barat ialah mereka terpaksa patuh kepada sistem matawang baru anjuran Libya ini untuk mendapatkan bekalan minyak dari negara Arab. Dollar dan Euro tidak lagi berkuasa, ini amat tidak disenangi. Sistem perbankan juga pasti akan berubah sesuai dengan sistem dinar emas tersebut. Sistem perbankan berasaskan riba akan semakin lemah dan lumpuh di negara-negara berkenaan dan merebak keseluruh dunia.

Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah bertindak balas terhadap inisiatif tersebut. Presiden Peranchis Sarkozy mengatakan :Libya telah melancarkan satu tindakan yang akan menggugat keselamatan sistem kewangan dunia. Gaddafi juga dikatakan mempunyai hasrat untuk menubuhkan dan mengetuai Kesatuan Afrika.

Dua hujah palsu segera dicipta untuk menutup alasan yang sebenarnya (menganjurkan Perang Salib terhadap Libya). Alasan rasmi ialah  kononnya untuk membela hak asasi manusia dan alasan kedua (tidak rasmi) pula ialah usaha mencuri minyak Libya. Kedua-dua alasan ini sengaja dicipta dan dibocorkan. Maka terlindunglah muslihat sebenar mereka.

Walau bagaimana pun, tidak dinafikan bahawa tindakan Muammar Gaddafi tersebut hampir sama dengan apa yang pernah di lakukan oleh Jeneral Peranchis de Gaulle untuk meninggalkan penggunaan sampah (wang kertas) bernama "dollar" dan kembali semula kepada emas. Tindakan Muammar Gaddafi ini sebenarnya menjadi ancaman serius kepada kekuasaan parasit demokrasi moden iaitu sistem perbankan (diterajui zionis). 

Sistem riba anjuran mereka mesti dipertahankan. Muammar mesti dipadamkan segera dari muka bumi kerana dia bakal memimpin satu kuasa ekonomi baru untuk menggugat kekuasaan mereka dalam sistem kewangan antarabangsa. Masyarakat dunia tidak sama sekali dibenarkan menganjur sebarang bentuk atau sistem yang boleh mengganti atau menyaingi perniagaan riba ini. 

Tidak ramai yang tahu tentang "rahsia" ini kerana ia telah disembunyikan seberapa rapi yang mungkin sebagaimana perkara-perkara lain yang melibatkan tindakan dan operasi rahsia illuminati dan masons ini, umpamanya kes pembunuhan JF Kennedy dan Abraham Lincoln suatu masa dahulu. Agenda yang lebih penting ialah menghalang seluruh masyarakat dunia tahu kelebihan Sistem Kewangan Islam yang amat tegas dalam pengharaman riba. 

Atas sebab itulah Bank Pusat Libya yang baru cepat-cepat ditubuhkan di Benghazi untuk mengganti sistem kewangan Muaamar Gaddafi di Tripoli sebaik sahaja pemberontak berjaya menguasai timur Libya. IMF adalah dalang disebalik penubuhan Bank Negara Libya yang baru tersebut. 

Sistem Riba diwujudkan dan dikuasai oleh sebahagian kecil masyarakat dunia (golongan elit dalam illuminati dan juga mason) - khususnya zionis. Mereka menggunakan riba ini untuk mengawal dan menguasai seluruh penduduk dunia melalui bebanan hutang (debs) dan faedah. Untuk mempertahankannya, berbagai dusta terpaksa dicipta. Keadaan zaman yang kacau bilau bakal tiba dan bergelumang dusta demi dusta berlapis-lapis.


LIBYAN DINAR

The dinar (Arabic: دينار‎) is the currency of Libya. Its ISO 4217 code is "LYD". The dinar is subdivided into 1000 dirham (درهم). It was introduced in 1971 and replaced the pound at par. It is issued by the Central Bank of Libya, which also supervises the banking system and regulates credit. In 1972, the Libyan Arab Foreign Bank was established to deal with overseas investment.

Maklumat terkini mengenai isu DINAR:  SILA KLIK DI SINI

8 comments:

  1. Salam,

    Yahudi atau kata lain yang menganggotai beberapa kesatuan Eropah termasuk Amerika akan bertindak ke atas mana-mana negara Islam yang tidak menyokong tindakan mereka secara pro aktif atau secara lansung.

    Yangg selalu menyokong mereka ni termasuklah negara kita Malaysia dan beberapa negara di teluk seperti Arab Saudi.

    Kenapa? Malaysia dan Arab Saudi secara tak langsung memberi kenyataan yg memihak kepada Amerika dan Yahudi. Serta membenarkan penggunaan kemudahan ketenteraan di negara mereka.

    Untuk jangka masa yang panjang... Supaya yahudi tidak akan menyokong pembangkang Negara Islam tersebut. Maka selamatlah parti yg memerintah sekarang. Maka pembangkang negara Islam akan dokocak kacirkan dengan pelbagai tindakan yg berlaku seperti hari ini keatas mana-mana negara Islam.

    Kita sebagai Orang Islam mesti tentang secara habis-habisan terus menerus yahudi laknat ini. Kerana menyokong mereka mendekatkan kita dengan api Neraka.

    Biar mati syahid menentang yahudi laknat ini dari hidup tanpa maruah.

    Takbir! Takbir! Takbir!

    ReplyDelete
  2. Salam tuan Capt.

    Ulasan yang baik dan saya bersetuju dengan tuan.

    keadaan yang berlaku sekarang ini amat jelas sebagaimana yang tuan katakan itu. Malaysia mungkin terselamat seberapa ketika dari ancaman zio... ini lantaran sikap kita masih sekata jika tidak pun jadi hamba mereka. Jika tidak memehak, pastinya parah, namun adakah ia sesuai dengan akidah kita memberi ruang kepada zio... ini? 2020 dan 1 Malaysia adalah pembayangnya jika tuan faham. Malaysia akan selamat dengan izin Allah, namun kita tak harus lupa memerhatikan gelagat zio... ini.

    ReplyDelete
  3. Diajak bermain..kita bermain,
    bermain antara abang adik..

    main kita dengan 'cara'..
    caranya nakal masih 'beralas'..
    langkah diatur dengan 'tertib'..
    gerak diri ditunjang 'nafas'..
    gerak roh ditunjang 'agama'..
    mata zahir melihat 'lahir'..
    mata hati melihat 'dalam'..
    gerak abang kita 'awas'..
    leka abang kita 'pantas'..
    walau nampak kalah dimata..
    hakikatnya kita bermain akal..
    baru bunga,belum buah..apatah lagi isi..
    masih didalam gelanggan lagi..
    abang...masamu hampir 'tamat'..

    ReplyDelete
  4. Malaysia oh Tanah Airku..
    Bumi bertuah ini tidak perlu kpd Redha manusia terutama sekali Yahudi dan Nasara..
    Mengapa perlu kita menjadi jinak atau sebenarnya kita telahpun dijinakkan?
    Ingat bahawa kita sudah dijajah oleh Kuasa Kuffar dari Barat dan Timur Sedari 600 tahun dahulu..
    Maka atas dasar apa Kita dibebaskan jika bukan kerana mereka sudah ada pewarisnya dikalangan kita sendiri..
    Ingat akan kata2 Lord Crommel dlm dewan Parlimen British yg mengatakan bahawa "JANGAN MEMERDEKAKAN SESEBUAH NEGARA ISLAM JIKA TIADA DIKALANGAN MEREKA YG BERFIKIR DAN BERWATAK SEPERTI KITA"..
    Maka apa yg perlu dikusutkan andai pemuka negara kita senada dgn Amerika?
    Jika kita bernada sebaliknya maka akan tutuplah Mc'D,KFC,A&W,Starbuck,Burger King's dll yg dikatakan Malaikat pemberi Rezeki kpd rakyat kumpulan bawahan krn Rakyat Malaysia sudah tidak kisah lg dgn cara makan yg tidak mengikut Sunnah..
    Kita sudah dirosakkan dgn Riba dari pinjaman pelajaran hingga kpd membeli rumah dan kereta..
    Maka apakah kita menjadi ancaman kpd mereka?
    Kita diajar membeli dan berhutang,terus membeli dan terus berhutang,maka smpai bilakan JERUTAN riba ini akan melonggar andai Sebut Tentang Negara Islam pun ada dikalangan kita yg mencebik dan mendoktrinkan akan ramailah yg akan dipotong Tangan seolah-olah 3/4 populasi rakyat Malaysia ini adalah penyamun atau hanya penyamun yg takutkan Hukum Allah dari dilaksanakan?
    Andai mereka ingin menghapuskan Kita bukankah itu peluang utk Jihad Besar krn org2 beriman sememangnya pingin mati dijalan Allah..
    Yg takutkan ancaman Kuffar hanyalah pengidap penyakit Wahan yg cintakan harta dan kebendaan yg tidak akan ditanam barsama mereka dikuburan kelak..
    Ulama PHD yg terputus Sanad ilmunya lbh dipandang dari Ulama Pondok yg kurang berbicara krn menjaga lisan2 mereka dari memudharatkan umat awam yg kurang kefahaman..
    Majlis Agama Islam menghukum pesalah Syariah dgn Tokken berbanding hukuman yg memberi Tarbiyah kpd umat Awam..Setiap Hukuman harus mendatangkan kegerunan bg mereka yg berniat utk melakukannya bukan memenuhkan poket Majlis Agama Islam yg langsung tidak membantu sekolah agama Rakyat yg mengharap Ehsan dari pihak yg diberi Amanah..
    Lepasan Al-Azhar perlu mendapat kelulusan dari lepasan SPM utk berceramah dan segala macam sekatan,inikah solekan yg kita mahu panggil Islam?
    Aku masih blm mahu memanggil Negara Ini Negara Islam krn Peraturan Allah berada dibawah peraturan Manusia..
    Syirik sudah menyerang kamu krn pemuka kamu sudah meletakkan sesuatu yg dtg dari Makhluk berada pd kedudukan yg lbh tinggi dari Kalam2 Allah..Inilah Tuhan2 yg telah kamu sembah ttp kamu tidak meyedarinya..Hati kamu lbh risau apabila kamu lewat ke ofis berbanding kamu lewat utk bersolat..Kamu lbh takutkan tindakan Bos kamu dari kamu takuti tindakan yg akan diambil oleh Allah kprn percintaan kamu dgn dunia..
    Apakah 24 juta manusia di Malaysia ini bisa menjadi Ancaman kpd kuasa Kuffar yg menguasai pemikiran lbh 6 bilion manusia yg lain didunia?
    Apa yg perlu kamu lakukan dgn sistem yg sudah melemahkan Roh dan Jasmani Keislaman kamu sedang blm ada satu suara pun yg mengajak kita semua berlepas diri dari jerutan Sistem Dajjal ini..

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Terima kasih saudara. Sejuk rasa hati ini.

    Lama sudah tidak mendengar bisikan bayu semurni ini. Rahsia alam menerangi hati nurani insan kesayanganNya.

    Insan inilah yang bakal menyinarkan nur iman melalui doanya yang tak kunjung jemu. Walau menyepi diri tetapi hatinya sering meratapi sedih melihat kejolak api nafsu manusia sekitarnya.

    Kesabaran sentiasa bersamanya menyebabkan para insan kesayanganNya sentiasa menang dalam perjuangan, Itulah kelebihan insan yang ramai manusia tidak kenali.

    Tiada jalan keluar selain kembali kepadaNya sebagai insan bukan sekadar manusia.....

    Semoga Allah merestui saudara, amin.

    ReplyDelete
  6. Assalamualikum saudara Anon May 9, 2011 12:52 AM ......
    Saya amat tertarik dengan pandangan saudara,lontaran kata2 yg penuh makna yg jitu..pahit memang pahit..tapi itulah kenyataannya..biarkanlah mereka yang tak sedar2 lagi...janji kita sdh sampaikan sebaik mungkin apa yg perlu..selebihnya kita serahkan kepada yang empunya bumi dan segala isinya...
    Memang benar,andai nanti kita di serang@terjadi perang di tanah tercinta ini..apa yg nak di takutkan..bukankah cita2 yg paling afdal itu adalah mati syahid?Jadi nak takut apa dgn sesiapapun kecuali Allah...
    Tapi saya suka nak menyatakan apa yg saya sedang rasakan dan ingin lontarkan...Marilah kita tegakkan semula jati diri kita sebagai seorang muslim yang sejati..bukan pada luaran sahaja..Kalaupun tidak terlibat secara langsung dengan orang sekeliling..lakukanlah dari akar umbi(diri kita sendiri)di risaukan jika imam di dada tidak cukup kita dgn begitu mudahnya di cucuk hidung oleh Dajjal dan kuncu2nya lalu di seret pergi macam lembu2 yg membajag sawah...Marilah kita semua perbanyakkan amalan dan ilmu2 yg bermamfaat..mudah2an kita tergolong di antara orang2 yg di selamatkan Allah dari fitnah Dajjal dan kuncu2nya....Amin...

    ReplyDelete
  7. Salam saudaraku anon jun 17,2011 4:29 PM..
    Semenjak kita dijajah,Islam itu telah dipisahkan dari kita..
    Majoriti kita kini hanya Islam dlm sudut Ibadah shj,ttp dlm perkara2 lain,kita sudah tiada bezanya dgn Yahudi dan Nasara..
    Kitalah yg paling hebat dlm merosakkan wibawa saudara seagama kita,kita syubahah dlm perkara2 fasad,kita meredhai penguasa yg menindas sedangkan pengertian kuasa dlm Islam adalah membela golongan tertindas dan menghukum para penindas..
    Sedangkan Zulqarnain memerangi golongan penindas,tidak mengganggu penduduk peribumi dan menghalang kerosakan dgn tembok2 yg kukuh..
    Mengapa dikalangan kita tidak mengambil akan rubuk surah Al-Kahfi berkenaan Zulqarnain ini sebagai pedoman apabila kuasa berada ditangan semenjak berdekad-dekad?
    Tidak insafkah kita dgn kisah org kaya yg bermegah dgn kebun2nya lalu Allah binasakan kebun2 mereka itu?
    Bukankah tingkah laku ini sgt2 ketara kini apabila elit2 bermegah dgn kekayaan,mencela dan menekan org2 yg miskin,lalu apakah kisah pemilik kebun dlm surah Al-Kahfi ini tidak mewakili sesiapa dlm era moden ini?
    Wajarkah kita bermegah dgn angka2 peratusan pertumbuhan ekonomi sedangkan rakyat bawahan sanggup menjadi penjenayah lantaran tewas dgn tekanan kemiskinan?
    Para sahabat Khulafa Al-Raisyidin bergetar hati menerima lantikan sebagai Khalifah dan meminta ditentang andai mereka menyeleweng lantaran takutnya mereka kpd pertanyaan Allah ttp umat kini berebut melobi kuasa yg tidak terpikul oleh mereka..
    Lalu oleh kerana kecintaan kpd kuasa menjadikan mereka mengancam suara2 Marhaen yg meminta dilayan dgn undang2 ciptaan manusia dan memaksa manusia lain meredhainya..
    Melihat dunia hari ini sewajarnya kita mengambil iktibar kisah pertemuan Nabi Musa a.s dgn Nabi Khidir a.s..
    Apa yg diperlihatkan secara zahir bukan utk dihakimi tanpa melihat akan hakikat yg tersirat..
    Ilmu Allah itu maha meliputi ttp kita gemar menghukum dgn berdasarkan sisi pandangan kita semata-mata lalu kita mencela golongan yg tidak melihat spt kita..
    Bukankah Nabi Khidir a.s telah mengajarkan kita bahawa apa yg kita lihat mampu memperdayakan kita?
    Maka tidakkah kita sedar dlm era apakah kita sedang berada sedangkan 1400 tahun dahulu Sang Kekasih Allah telah meninggalkan pesanannya berkenaan akan apa yg sedang dan akan kita lalui?
    Kebenaran bg kita sebenarnya bukanlah kebenaran pd sudut yg lain darinya..
    Inilah dugaan keyakinan yg amat hebat lalu mereka2 yg benar2 berusah mengikuti jln Rasul dan sahabat2 shj yg akan terselamat dari tipu daya sistem yg merosakkan kemanusiaan kita ini..
    Wallahualam..

    ReplyDelete
  8. KENAPA MUAMMAR GHADAFFI LIBYA MATI DIBUNUH..??

    Fasal bab memperkenalkan sistem Dinar Emas itu cuma sebahagian dari sebab-musabab kecil jua. Sebab paling besar lagi paling utama, Illuminati Sang Dajjal Al-Masikh serta kuncu2nya sudah tahu, beliau seorang "AhlulBait" yg berpengaruh yg tegoh pendiriannya, lantas beliau dituduh Penaja Keganasan dsbnya. Ketegasan beliau itu yg enggan tundok pada telunjuk Barat, bisa menggugat kedudukan Yahudi dan Kristian. Maka sebab itu beliau mesti dihaposkan, hinggakan kematiannya amat sedeh lagi diaibkan...

    Sebelumnya cobak renongkan apa yg terjadi pada Anuar Sadat (AhlulBait) president Mesir, beliau mati ditembak dlm satu insident yg telah diatur. Penggantinya Husni Mubarak (bukan AhlulBait) cuma cedera ringan ditangan, lantas merampok nerajui Mesir. Akhirnya Husni Mubarak pula digulingkan, tetapi ngak mati dibunuh... President Yasser Arafat (AhlulBait) pemimpin Palestina, akhirnya mati disebabkan air minumannya ada keraconan. Begitu juga Saddam Hussein (AhlulBait) President Iraq, akhirnya mati terjerot lehernya ditali gantong...

    Dan banyak lagi kesah2 kenapa pemimpin2 Islam yg bernasabkan Rasulullah SAW itu ramei mati dibunuh. Ada yg bisa dijadikan renongan. Ada kesah mereka yg telah hilang dari sejarah, ato sengaja dilupakan. DiNusantara kita jua ada ramei AhlulBait yg berpengaruh tetapi mereka itu telah dihaposkan. Ada dikhabarkan ada 2 AhlulBait yg mengalami naseb yg hampir sama : (1) Saorang mati dipancong, dan (2) Seorang lagi digulingkan, dikenakan tahanan dlm rumah hingga keakhir hayatnya... Cobaklah direnongkan siapakah mereka itu..??

    Allahu'alam....

    ReplyDelete

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews