Sunday, June 6, 2010

alGhazali ulama dari Khorasan, Parsi

Abu Hamid al-Ghazali 
atau nama penuhnya ABU HAMID MUHAMMAD bin MUHAMMAD ABU MUHAMMAD AL-GHAZALI atau lebih dikenali sebagai IMAM GHAZALI dilahirkan pada tahun 450 Hijrah (1058 M) dari sebuah keluarga miskin di  TOS, sebuah kota di negara KHORASAN. Bapanya meninggal semasa beliau masih kecil.  Beliau bukanlah berbangsa Arab sepertimana yang difahami ramai dan Khorasan pula adalah sebuah negara kota yang amat luas meliputi seperempat Parsi, seluruh Afghanistan, Tajikistan, Uzbekistan dan bahagian barat China, ibu negaranya ialah Kabul..

Dari sinilah (Tos) belau memulakan penggalian ilmu seminggalah kemuncaknya beliau dikenali sebagai ulama kerohanian yang unggul di dunia Islam dan ia dikagumi seluruh dunia termasuk Negara Barat. Penulisannya mengupas persoalan yang sukar diketengahkan oleh ramai pemuka kerohanian pada zamannya disamping mampu mengutarakan tentangan terhadap kemusyulan fahaman philosofi Greek yang semakin popular dikalangan umat Islam. Di dunia Barat, ia dikenali sebagai ALGAZEL

Disebabkan penulisannya yang mantap dan penuh fakta, ia dianggap sebagai satu aliran pemikiran baru dari sudud falsafah dan mistis metafisik oleh Barat dan dianggap sebagai saingan kepada ilmu falsafah Plato dan Socrates.  Pandangan dan kefahaman yang beliau kemukakan amat bermanfaat serta padu sebagai benteng pendinding penularan pengaruh pemikiran falsafah Greek ketika zamannya. Terselamatlah umat Islam dari kecelaruan dalam kefahaman kerohanian.  Jasa Iman al-Ghazali yang amat tinggi nilainya.

Ilmu yang mula dipelajari di Tos ialah dalam bidang asas syarie iaitu Feqah dari seorang ulama bernama Ahmad bin Muhammad al-Razakani al-Tos.

Toos (توس atau طوس di Parsi/Iran) juga disebut sebagai Tous,Tus atau Tus, merupakan sebuah bandar purba di wilayah Iran dari daerah Khorasan. Bagi orang-orang Greek purba, ia dikenali sebagai Susia (Σούσια). Ditawan oleh Alexander the Great pada 330 SM. Sejarah penting Tos selain tempat kelahiran Imam Ghazali, ia juga terkenal kerana Kewafatan Khalifah Hurun al Rasyid.
Haruniyeh Dome in Tus. Some say it's the tomb of Al-Ghazali.
Dalam perjalanan untuk mengatasi rusuhan di Khorasan pada tahun 808, Khalifah Abbasiyah Harun al-Rasyid jatuh sakit dan meninggal dunia di bandar ini.. Sejarah lainnya, bandar ini hampir seluruhnya musnah di tangan Genghis Khan semasa serangan tentera monggol antara tahun 1220 hingga tahun 1259.

Pemuka Islam yang terkenal selain Iman Ghazali dari bandar ini antaranya ialah penyair Firdausi, Hakīm Abu'l-Qāsim Firdawsī Tūsī (حکیم ابوالقاسم فردوسی توسی), disebut sebagai Ferdowsi (Firdausi), hidup pada 940 hingga 1020. Ia dikenali kerana karya puisi yang hebat dirujuk sebagai Syair Parsi (Persian poet). Pengarang Shāhnāmeh, epik masyarakat Parsi.

Abu Musa Jabir bin Hayyan Al-Azdi Terkenal di Barat sebagai GEBER, (lahir pada 721 di Tos meninggal pada 815 di Kufah) adalah seorang yang terkemuka dipelbagai bidang; seorang ahli kimia dan Alkemis, astronomi dan astrologi, jurutera, ahli geologi, ahli falsafah, ahli fizik, dan farmasis juga doktor. Telah diktiraf oleh banyak pihak sebagai “Bapa Kimia”

Abu Mansur Ahmad bin Ali Asadi al-Tusi (lahir: Tos, Iran wilayah Khorasan - meninggal: 1072 Tabriz, Iran) Tokoh kedua terpenting sebagai penyair dibidang epik rakyat selepas Firdausi yang juga dari bandar yang sama. Dia adalah seorang penyair, seorang ahli bahasa dan penyalin naskah kuno.

Selain itu, Tos juga terkenal kerana Wazir Dinasti Seljuk, Nizam al-Mulk dan pemimpin Mazhab Syiah, salah seorang dari imam 12 yang amat dihormati dalam Mazhab ini iaitu Abu Ja'far al-Tusi.

Walau bagaimana pun, tidak dapat dinafikan bahawa nama harum Tos diterajui oleh kelahiran ulama kerohanian ini, Imam Abu Hamid al Ghazali. Kegigihan perjuangannya mencari ilmu menjadi titik tolak atas kejayaan menyelamatkan umat Islam dari dikuasai oleh pemikiran berunsur falsafah Greek. Sesuatu yang cukup hebat selain dari kesungguhannya membaiki diri dalam bidang kerohanian sehinggalah beliau meninggal  di Tos, tempat kelahirannya.

Imam Ghazali sanggup meninggalkan kehidupan mewah dan jawatan sebagai pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi di Banghdad pada tahun 1095 untuk mententeramkan kegelisahan jiwanya dengan mengasingkan diri dan berkhalwat dalam kehidupan yang miskin. Mencari hakikat tasawwuf yang sebenar meninggalkan anak isteri selama 2 tahun melakukan pertapaan (khalwat) di menara sebuah masjid di Damsyik. Ia berusahaja bermujahadah membersihkan jiwa dan menjernihkan kalbunya. Seterrusnya beliau ke Baitul Maqdis, bertapa pula di sebuah masjid di sana. Seterusnya Imam Ghazali ke Mekah dan Madinah menunaikan Haji dan menziarahi makam Baginda Rasulullah saw. Keseluruhan perjalanannya berkelana mencari cahaya ini memakan waktu yang panjang, kira-kira sepuluh atau sebelas tahun lamanya. Beliau kembali ke Tos dan meneruskan pertapaan.

Selain Kitab Ihya' ulum ad Din yang sangat terkenal itu, ada satu risalah ringkas mengenai Ilmu Laduni yang sehingga hari ini terus menjadi bahan kajian ahli dibidang falsafah di seluruh dunia termasuk negara Barat. Ia dinamakan sebagai ar Risalah al Laduniyyah - Ilmu Terus dari Allah..

Tiga hari sebelum beliau wafat pada tahun Masihi 1111 (505H), Imam Ghazali telah dikurnia oleh Allah pangkat kewalian "QUTB" atau Sultan Auliya. Maklumat ini tercatat dalam buku "Ta'rif al Ihya'bi Fadhail al Ihya'".

Lebih mengkagumkan, sejarahwan Barat menganggap Algazel (Iman Ghazali) adalah orang kedua paling penting dalam sejarah pembangunan Islam selepas Nabi Muhammad saw. Ia lahir kira-kira 500 tahun selepas era Rasulullah saw.

Dalam tempoh hampir 20 tahun selepas kelahiran Imam Ghazali, lahir lagi seorang ulama tersohor yang amat disanjung iaitu Syeikh Abdul Qadir di Jilan, utara Parsi (selatan laut Caspian) berdekatan sempadan Turkmenistan sekarang pada tahun 470H atau 1078 M Beliau dikenali sebagai Syeikh Abdul Qadir alJilani. Ini menunjukkan kedua-dua tokoh ini hidup dalam era yang hampir sama iaitu 500 tahun selepas zaman baginda Rasulullah saw. Wafat pada 561H bersamaan 1166M di Baghdad.

Alhamdulillah.

































































































































20 comments:

  1. Salam ziarah...


    Ya, Imam Ghazali lah antara ulama' tasawwuf yg terkemuka... keperibadiannya sangat tinggi dan dihormati...

    Namun, puak2 berfahaman dan beraliran wahabi/minda tajdid dengan mudah telah menolak Imam Ghazali... betapa angkuh dan takburnya mereka, masak bisa mereka menolak seorang yg begitu tinggi ilmunya, yang mana ilmunya tiada putus sanadnya dari Nabi Muhammad saw...


    Aku berlindung dengan Allah swt dari kerosakan Aqidah yg halus....


    Wallahua'lam,
    Wassalam...
    -Orang Gombak

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Dialah imam saya. Tetapi saya tiada mazhab.

    ReplyDelete
  3. mazhab itu sebagai panduan...jika anda tidak mahu bermazhab, pastikan anda mahir dengan segala ilmu agama supaya tidak tersesat. pesanan ini utk semua. mazhab ini juga penting sekiranya seseorang itu hendak memimpin umat...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kepada saudara2 semua kerana memberi pandangan yang bernas. Ahli tajdid telah terkeliru dalam menilai hal berkait dengan kerohanian ini walaupun mereka mencuba kecuali yang benar2 ikhlas membaiki diri. Bagi mereka yang jahil, menganggap jalan sufi bukan jalan Rasulullah saw... Nauzu..

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Saya melihat berlaku perpecahan yang serius apabila muncul 4 Mazhab Ilmu Fiqh. Amat mendukacitakan apabila berlaku pula pengasingan Ilmu Tauhid/Hakikat dari 4 Mazhab Fiqh. Imam-imam 4 Mazhab Fiqh dahulunya tidak nampak bahawa pertambahan pengikut pada generasi sekarang (1.5 bilion umat) boleh menyebabkan pengasingan/perpecahan yg ketara dari segi warisan ILMULLAH dan juga dari segi pengikut.

    Sebaik-baik Imam ialah mereka yang "arif dan amal" semua jenis bidang ILMULLAH, masih hidup (tidak wafat) dan hanya mengikut Jalan ALLAH dan Rasul-NYa melalui Al-Quran & Al-Hikmah (As-Sunnah). Al-Ghazali memenuhi kriteria tapi sudah wafat namun ILMULLAH tidaklah wafat.

    Anyway..."ALLAH lebih tahu dan Maha Tahu".

    ReplyDelete
  6. salam..

    memang benar mazhab pada hari ini lebih membawa perpecahan dari penyatuan. tetapi kerna apa? kerana kurangnya faham tentang islam. mazhab disusun supaya islam dapat difahami dan diamalkan dengan mudah mengikut kefahaman masing2. tidak semua manusia diberi kefahaman yang sama tentang satu2 perkara. seharusnya kita yang telah mendapat kelebihan dari allah tentang islam bersyukur kerana bukan semua orang yang bertuah dapat mendalami ilmu allah ini. perpecahan juga terjadi kerana sikap kita sendiri yang tidak menghormati org lain kerana berlainan pandangan dan pendapat. perkara ini bukan sahaja melibatkan agama bahkan meleret leret ke kehidupan harian kita. jika org itu berlainan sedikit pengamalan atau pemikirannya, beliau akan di label buruk dan sebagainya. jika ia salah adalah lebih baik ditegur secara berhikmah dan sama-sama menerima dengan lapang hati dgn bermuzakarah. insya allah kesatuan dapat dicari dan yg keruh dapat dijernihkan.

    ReplyDelete
  7. Salam.

    Nabi (S.A.W.) menyeru seluruh umat supaya mengikut Imam. Kalau imam solat sambil duduk (Nabi pernah solat sambil duduk sb sakit kaki), jemaah pun mesti ikut sambil duduk. Selagi Imam tak membawa jemaah ke arah kemungkaran, selagi itulah dia mesti diikut. Jika berlaku kemungkaran dalam imamah/kepemimpinan maka wajiblah keluar jemaah, cari imam lain atau pencilkan diri spt Penghuni Al-Kahfi. Untuk itu setiap orang beriman mesti ada kefahaman Al-Quran dan Al-Hadith. Musuh agama sentiasa mengintai untuk masuk ke dalam selimut.

    Lihatlah JAKIM, berfatwa macam "machine-gun" sana-sesat-sini-sesat. Rasanya semua tarekat pun sudah difatwa sesat. Tidak mungkinkah mereka juga ikut tersesat?

    ReplyDelete
  8. Salam.

    Saya terbaca di sini: http://al-ghari.blogspot.com/2010/05/akidah-allah-bertempat-akidah-kufur.html

    Mengenai fatwa "ALLAH tidak bertempat" melawan iktikad "ALLAH bertempat". Pemfatwa tsbt menghukum: Kafirlah sesiapa yg beriktikad bahawa ALLAH bertempat.

    Sambil-sambil kita rujuk QS.7:54, 9:129, 10:3, 11:7, 13:2, 17:42, 23:116, 25:59, 27:26, 39:75, 40:7, 40:15,43:82, 69:17, 81:20 & 85:15.

    Pendapat saya yg dhoif:-
    Maha Suci ALLAH! Sesungguhnya DIA tidak layak bergaul dengan makhluk ciptaan-NYA tetapi tiada suatu makhluk pun yang layak menghalang kehendak-NYA (Yang Maha Berkehendak)...jika DIA berkehendak untuk meninggalkan Arasy-NYA (tempat semayam-NYA) lalu turun ke Langit Pertama (tempat).

    ReplyDelete
  9. Salam, adakah saudara merujuk kepada akidah pengikut wahabi yang berpandu kepada pandangan tafsiran Ibn Taymiyyah? Perkara ini menjadi polimik hebat antara ASWJ dan pegangan Ibn Taimiyyah.

    ReplyDelete
  10. Salam.
    Ibn Taimiyyah pening, Ibn Kathir pun pening. Syiah & Wahabi buat semua orang bertambah pening.

    Berpeganglah dgn Al-Quran & Hadith & sentiasa ingatlah hak ALLAH dan hak sebagai hamba-NYA supaya kita tak ikut pening.

    ASWJ pun manusia juga, siapa cakap mereka tak boleh kena penyakit pening?

    ReplyDelete
  11. salam...memang benar, banyak kepincangan yang berlaku pada hari ini adalah sebab ingin menonjolkan diri mereka benar, sedangkan mereka sendiri tidak mahu menerima kebenaran yang ditiupkan di telinga mereka. berdiskusi atau bermuzakarah adalah untuk mencapai kesepakatan bukan medan untuk menunjuk-nunjuk dan mencari kesilapan. semoga semua yang ada di sini dapat berkongsi ilmu pengalaman, dipelihara dan dirahmati allah. insya allah.

    ReplyDelete
  12. Salam...
    Benar. Semuanya berpunca dari salah tafsir ayat. Tafsiran yg salah dirujuk oleh berbilion umat. Dalam berbilion umat ada yg diberi kuasa dan pengaruh dalam agama. Mereka inilah sasaran utama syaitan dengan senjata Riya'...hendakkan nama! Mereka ini yg ada sejenis penyakit dalam hati. Bisikan ditelinga dari jin. Bisikan dihati dari syaitan. Tolak bisikan syaitan dapatlah yang Hatif dari ALLAH.

    ReplyDelete
  13. Salam... Biar benar saudara zaidi ali tak bermazhab salah satu daripada 4 mazhab? Bahaya nie....

    ReplyDelete
  14. Sdr Anon 1:48.

    Nabi Muhammad (S.A.W.) tiada mazhab.
    Kalau baginda tahu dizamannya ada 5 mazhab (termasuk Syiah), habis dicincangnya 5 imam tsbt. Kenali dulu Nur Muhammad sebelum hendak menuduh fitnah.

    Abdullah ibn Abi Qahafa (Abu Bakrah As-Siddique) (R.A) pun tiada mazhab. Kalau dia tahu dizamannya ada 5 mazhab, habis dipotong tangan dan kaki 5 imam tsbt bertimbal balik. Kenali dulu Nur Abdullah sebelum hendak menuduh fitnah.

    Umar al-Khattab (R.A) pun tiada mazhab. Kalau dia tahu dizamannya ada 5 mazhab, habis diburaikan perut 5 imam tsbt. Kenali dulu Nur Umar sebelum hendak menuduh fitnah.

    Uthman ibn Affan (R.A.) pun tiada mazhab. Kalau dia tahu dizamannya ada 5 mazhab, habis dipenjarakan 5 imam tsbt. Kenali dulu Nur Uthman sebelum hendak menuduh fitnah.

    Ali ibn Abi Talib (R.A.) juga tiada mazhab. Kalau dia tahu cicitnya Zaid ibn Ali akan memulai Mazhab Syiah Zaidiyyah, sudah tentu cicitnya Zaid ditanamnya hidup-hidup. Kenali dulu Nur Ali sebelum hendak menuduh fitnah.

    Saya tidak akan pergi lagi menziarah Masjid/Makam Imam Shafie, sebab bau kaki busuk yang amat tidak menyenangkan dalam masjidnya. Saya hanya mampu doakan keampunan ALLAH ke atasnya.

    Sdr Anon bolehlah teruskan dgn apa-apa mazhab sekali pun, saya tak halang & takkan menuduh fitnah terhadap 5 imam mazhab. Mereka semua mursyid, cuma saya yang bodoh-sombong dan awak yg lebih pandai.

    ReplyDelete
  15. Mazhab adalah sandaran untuk mereka bersyariat, memperkemas cara hidup dan melaksana hukum sebelum menemui laluan hakiki. Itu pendapat saya. Bagi saya syariat itu merupakan kulit melindungi isi dari tercemar. Ia juga penting kerana isi itu mudah dirosakkan jika tiada kulit. Benar kata saudara imam 4 aswj adalah mursyid. Mereka menghormati golongan sufi kerohanian. Anggapkah itu tugas mereka "merekodkan" hukum berdasar alQuran dan Hadis, cuma para pengikut terbawa2 semangat assabiah melebih2kan mereka dari yang lain semata hanya untuk mendapat menfaat dunia yang sedikit.

    ReplyDelete
  16. [Tok Seriau] Salam.

    Benar pandangan Tok. Pengikut assabiah yg kurang akal inilah yg memandai-mandai menukar ayat contohnya,

    "sesungguhnya Al Qur'an ini adalah bacaan yang sangat mulia, pada kitab yang terpelihara, tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan." (QS.56:77-79)

    ...menjadi bunyinya sebegini:

    "sesungguhnya Al Qur'an ini adalah bacaan yang sangat mulia, pada kitab yang terpelihara, tidak menyentuhnya (memegangnya) kecuali hamba-hamba yang bersuci (berwuduk)."

    Kalau mengikut ayat asal, "menyentuh" bermaksud: bergaul hati dgn ayat dan memahami penyampaian isi Al Qur'an. "Hamba-hamba yang disucikan" bermaksud: hamba-hamba yang dibersihkan hati oleh-NYA dan diberi petunjuk hidayah dari ALLAH SWT.

    Apabila ayat Tauhid sebegini ditukar menjadi ayat Fekah maka semakin parahlah agama Islam. Rasanya semua orang sudah tahu hukum terhadap golongan yang menukar ayat. Tak perlulah saya fatwakan.

    Guru mursyid mengajar "ALLAH tidak berada di mana-mana, bersemayam-NYA di atas langit ke-7 bertempat di Arasy-NYA tetapi kamu semua lihatlah bukti kewujudan-NYA, bukti kebesaran-NYA dan bukti kerahmatan-NYA berada di mana-mana saja di langit dan di bumi. Namun DIA sentiasa memerhatikan hamba-hambaNYA dan sentiasa bersama hamba-hambaNYA yang selalu ingat dengan menyebut Nama-namaNYA". Lalu anak murid yang pendek akal menyimpulkan "ALLAH berada di mana-mana!". Setelah itu anak murid menjadi guru tarekat pula. Kemudian datang pula ustaz fekah yg menggelar dirinya ulamak (ulama': pewaris Nabi yang takutkan ALLAH) lalu berkata, "ALLAH tidak bertempat. Sesiapa yang iktikad ALLAH bertempat...KAFIR!".

    AstaghfiruLLAHhu-Al'Aliyul-Al'Azim! "Ya ALLAH! Ampunilah Anak-anak Adam yang masih beriman. Jauhilah kami dari azab-MU di dunia dan siksaan-MU di akhirat".

    ReplyDelete
  17. Salam..
    Sila padam komen diatas..
    Komen ini membawa Mudharat krn identitinya meragukan sy..
    Memanggil Nabi kita tanpa Gelaran Nabi dan Tanpa s.a.w..
    Org ini mungkin menyamar...

    ReplyDelete
  18. Salam kembali saudara anon.

    Saya faham perasaan saudara dan saya juga terguris hati membaca cercaannya terhadap para imam tersebut. Terhidu niat jahat yang terselindung di sebalik kebolehan berhujah.

    Sekali imbas, saya lihat ada unsur wahabi yang amat tidak menyenangi para ulama ASWJ. Walau apa pun saya anggap insan ini amat jauh dari makrifatullah dan hanya bercakap atas permainan bahasa sahaja.

    Mazhab bukan dicipta tetapi hanya dilabelkan oleh jenerasi kemudian untuk menyenangkan rujukan. Tiada pertindihan atau persengketaan adanya mazhab ini. Kenapa tidak kaitkan dengan syeikh wahabi dan Syiah? Itu hanya sangkaan anon itu sahaja. Syeikh Abdul Qadir alJilani bukannya iman seperti yang dia katakan, dan tentunya dia tak kenal siapakah itu SAQJ. Mata dan telinganya telah dibutakan dan dipekakkan sebuta mata hatinya.

    ReplyDelete
  19. Salam saudara anon, komen si anu tu (meragukan - mirip anti Islam) saya dah padam. Memang benar, amat dibimbangi pandangan dari orang yang tak faham agama macam tu boleh merosakkan pemikiran kaum Muslimin. Terima kasih atas teguran.

    ReplyDelete
  20. boleh plak xdk mazhab..pendapat mazhab dlm ahlul sunnah wal jamaah masing-masing ada kebaikan.
    misal dr segi taharah, faraid,..etc..
    pemikir dlm kalangan mazhab mempunyai ilmu yg tinggi.
    perbezaan pendapat tu biasala.
    kadang-kadang kita manusia tidak dianugerahkan kepandaian dlm semua bidang.

    ReplyDelete

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews