Thursday, February 25, 2010

info HEBAT mampu MENINGKATKAN keupayaan DAYA FIKIR

Tahniah kepada BEBERAPA SITE (yang saya fikir) amat membantu para pelayar internet yang dahagakan ilmu. Blog dan site ini telah memaparkan INFO HEBAT (berlainan dari biasa) MAMPU MEMPERTINGKATKAN KEUPAYAAN BERFIKIR para pembaca, sayangnya 2 daripadanya telah disabotaj oleh tangan-tangan gelap, iaitu BLOG hollywar efairy dan Blog Conspiracy Theory.  Blog mereka telah  DIMUSNAHKAN oleh sesaorang atau sekumpulan orang yang saya percaya dari kumpulan konspirasi THE HIDDEN HAND (THH). Kebanyakan isi kandungan Blog mereka adalah paparan yang berkait dengan kegiatan Konspirasi Zionis terutama Illuminati, Freemason dan Jesuits.


Sumbangan efairy melalui "Hollywar_efairy" dan kru Blog "Konspirasi Sepanjang Zaman" amat dihargai kerana mampu memberi input bernilai kepada para pembaca. Pembongkaran rahsia demi rahsia dalam kedua-dua blog ini amat menggusarkan pihak THH sehingga terpaksa menggunakan TANGAN HITAM mereka menutup operasi BLOG ini. Saya amat bersimpati dengan apa yang terpaksa mereka hadapi. Namun saya tetap yakin mereka akan bangun semula dengan lebih bertenaga. Insyaallah.

Ternyata apa yang yang telah dipaparkan oleh mereka adalah maklumat benar, bukan setakat teori semata-mata. Jika tidak pihak THH tidak akan lakukannya. Selama ini banyak lagi blog yang melakukan hal yang sama, tetapi dibiarkan sahaja. Sudah tentu ada diantara tulisan terakhir mereka benar-benar menggugat THH dan talibarutnya. THH tidak mahu kebenaran disebarkan kepada orang ramai terutama oleh media yang popular dan ramai pengikut. Saya pasti efairy dan kru KSZ akan bangkit dengan kekuatan baru.  Mereka  segera akan kembali dengan pembongkaran yang lebih hebat disamping menyediakan pasarana keselamatan yang lebih sempurna. 

Demi agama tercinta dan bangsa yang telah teraniaya, perjuangan tidak wajar terhenti begitu saja gara-gara pengkhianatan "hantu" maya ini. Kita masih bernasib baik kerana mereka dan rakan seperjuangan mereka telah berjaya menyelamatkan beberapa post (ada yang di "save"kan oleh pembaca dan kru mereka) selamat dikeluarkan semula oleh kru dan beberapa rakan2 blog.

Alhamdulillah, Blog MistisFiles Organization masih lagi dapat bertahan walaupun banyak juga siri pembongkaran rahsia illuminati seperti itu telah disiarkan. Mungkin juga hala cara penulisan MO agak berbeza dan sedikit lunak (sederhana), tidak begitu menonjolkan perancangan jahat THH sebagaimana efairy dan teori konspirasi (lebih berani menyiarkan isu-isu terkini).  Namun begitu, tidak mustahil blog MO juga akan mendapat nasib yang serupa jika THH tergugat dengan pendedahan rahsia-rahsia mereka.

MO lebih menumpukan kepada siri kesedaran dan kebangkitan jati diri bangsa Jawi (Melayu Islam) berbanding membuka rahsia usaha jahat THH tersebut. Begitu juga dengan Blog SANGTAWAL SAKRANTA, mampu menghidangkan banyak kajian sejarah bangsa dan juga kefahaman falsafah Islam. Sangtawang adalah bloger persaorangan yang gigih memperjuangkan kebenaran dan menampilkan pandangan peribadi yang boleh dikongsi bersama.

Blog MO dianggap satu blog yang paling popular setakat ini jika dilihat kepada bilangan komen setiap rencana yang diterbitkan. Mungkin ada yang tidak percaya jika dikatakan rencana sebelum ini Alter Terahsia Bangsa Melayu XII amat panas dan telah menjadi dewan bahasan yang riuh rendah para pengunjung. Sejak diwartakan pada 17 februari lalu (7hari?) sebanyak 305 komen direkodkan . Satu angka yang cukup menakjubkan. Memandangkan terdapat juga segelintir pengulas yang celupar dan tidak harmoni, keadaan perbincangan menjadi kurang ilmiah. Mungkin pentadbiran blog terpaksa "moderate"kan komen selepas ini sehinggalah para pengulas menjadi lebih cerdik dan beretika.


Sebenarnya saya terlupa dan terlepas pandang terhadap site IBNU YAAKOB, Laman ini merupakan salah satu site yang membongkar rahsia "pendustaan" dan "kegiatan" THH.  Boleh kita anggap sebagai  The Godfather of Malaysian Conspiracy Theorist.


Terima kasih kepada MO yang telah mengingatkan saya mengenainya.

Saya seringkali melawat "blog baru" yang dibuka oleh "orang lama" iaitu KUBRA@NEWS oleh saudara Zamany yang sebelum ini sering memberi komen yang bernas dan membina di dalam blog Mistisfiles, saya cukup tertarik dengan cara penghujahannya yang penuh ilmu itu. Walaupun baru sahaja dibuka, telah ramai pelawat terpikat dengannya dan tanpa segan mengemukan pelbagai soalan yang tentunya berkaitan agama terutama jalan sufi. Keramahan tuan blog melayani tetamunya amatlah disanjung, apatah lagi dengan penjelasan yang memuaskan terhadap setiap pertanyaan yang diutarakan itu. Blog sebegini jarang ditemui jika ada pun sedikit sangat yang berterusan memberi khidmat melayani pertanyaan dan komen para pelawat.

Biar saya komen lebih sikit mengenai blog ini memandangkan ia masih baru. Pengunjung amat selesa menceritakan permasalahan masing masing terutama anak-anak muda (membahasakan diri sebagai "cucu" dan memanggil tuan blog sebagai "datok zamany") dan melalui perbincangan ilmiah dengan tuan blog. Pada hemat saya sdr Zamany ini adalah seorang yang agak berumur, mempunyai pengetahuan mendalam serta berpengalaman luas dalam bidang tasauf islam.

Banyak juga dipaparkan pengalaman dan pahit maung beliau dalan usaha mencari ilmu. Tidak mustahil blog ini akan menjadi medan perbincangan khusus dalam bidang pengajian agama terutama persoalan mendalam mengenai tasauf dalam hidup moden. Ramai juga yang bertanya dan ingin dapatkan kepastian mengenai perkara-perkara ghaib dan luar biasa. Kebanyakannya akan berpuashati dengan jawapan yang diberikan. Alhamdulillah.


Apa pun saya gembira kerana semakin hari semakin ramai bloger yang ikhlas dan bersedia menyampaikan maklumat yang berguna dengan percuma. Diharap kita sama-sama dapat mengambil menfaat dari penulisan mereka.

Masih banyak lagi site, laman atau blog yang baik dan memberi input berfaedah di luar sana yang saya tidak berkesempatan membuat tinjauan. Apa yang saya bentangkan ini hanya segelintir sahaja yang saya fikir akan membantu para pelayar mengambil peluang menambah pengetahuan untuk hadapi hidup sementara di dunia ini disamping memperbaiki diri menghadapi hari "esok" yang lebih panjang. . Insyaallah jika saya berkesempatan, saya akan membuat pantauan ke laman-laman dan blog alam maya ini. .

Beberapa post yang telah dapat disiarkan semuala ada dalam blog kru KSZ: Sila ke blog ini  http://ksz-associate.blogspot.com/

UNTUK BACAAN UMAT ISLAM YANG MERINDUI KEBENARAN

rakan seangkatan efairy akan meneruskan usaha yang terhenti dan menyiarkan kembali artikel-artikel yang hilang itu. Beberapa post yang telah dapat disiarkan semula di halaman blog:
Jika anda berminat dengan cerita santai bersadurkan pengetahuan, boleh berkunjung ke    http://bahterawawasan.blogspot.com/
Blog ini juga menyajikan sesuatu kelainan yang memberansangkan.



Selamat merantau sambil menimba ILMU.

9 comments:

  1. salam saudara abatasa

    sekadar info,
    pada tanggal 20/03 ni insyaAllah pada pesta buku a/bangsa kuala lumpur, akan dijemput seorang penulis dari indonesia yang bernama Ir. Wisnu Sasongko, MT , yang pada pesta tersebut insyaAllah akan menerbitkan dan mengulas sedikit sebanyak tentang 2 karya beliau; "kiamat 2012" dan "alexander itu zulqarnain qurani"...apa yang menarik dalam karya/buku "alexander itu zulaqrnain qurani" adalah beliau telah menjalankan pelbagai kajian ilmiah dan akhirnya menyimpulkan bahwa zulqarnain yang disebut2 dalam surah al-kahfi dalam alquran itu adalah alexander the great yang berasal dari macedonia yang kita kenal selama ini...
    saya berkesempatan menemuinya beberapa waktu yang lalu ketika beliau selesai memberikan ceramah serta presentasi tentang isi/bahan yang ada dalam karya beliau itu (secara umum)kepada kami pelajar malaysia yang belajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi di indonesia.(waktu itu bukunya masih belum siap diterbitkan lagi).saya mendapati hujah2 serta hasil2 penelitiannya sangat menarik bagi sesiapa yang tertarik untuk mengkaji dan menyemak dengan lebih mendalam tentang siapa sebenarnya sosok zulqarnain yang dimaksudkan dalam alquran itu...
    mungkin saudara abatasa tertarik dengan info yang saya berikan, dapat meluangkan waktu ke pesta tersebut, mungkin dapat berjumpa langsung dengan beliau dan membeli karya beliau itu, ini akan menjadi suatu perbincangan ilmiah yang menarik...saya juga berharap sustu saat nanti saya berkesempatan mendapatkan buku tersebut...
    cuma itu yang ingin saya sampaikan, jika ada kurang lebihnya dalam penyampaian info saya ini, mohon dimaafkan.
    terima kasih

    (mat) mbakrij_85@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Salam hormat buat saudaraku Abatasa,

    terima kasih atas artikel dan komen tentang blog sangtawal.Terasa blog saya tersebut masih banyak kekurangannya dan saya pun agak kesempitan masa untuk memperbaharui artikel-artikel terkini,maklumlah pada mulanya blog tersebut saya buat 'sendirian' dan untuk suka-suka je, untuk melontarkan pandangan dan berkongsi maklumat dengan pembaca.namun dengan sambutan yang baik dari pembaca, timbul pula rasa kesedaran untuk "memberi" sesuatu kepada pembaca blog yang dikasihi. semoga usaha kecil saya yang tak seberapa ini diredhai Allah.

    lagi satu faktor saya menulis ialah setelah melihat anak muda dan orang melayu semakin melayu, hilang jati diri dan semakin jauh dengan agama Allah.

    Saya juga agak terpanggil untuk membenteras ulamak yang menggunakan agama untuk kepentingan politik dan peribadi, itu sebab blog saya kurang follower jika dibandingkan dengan blog yang tidak menulis tentang politik, saya tahu itu semua,saya tak kisah!orang yang kuat pegangan atau taksub sangat dengan parti politik tertentu agak allergik untuk menjadi follower saya, banyak e-mail yang saya terima atas artikel-artikel politik atau puisi pedas saya. namun biarlah sangtawal dengan caranya yang tersendiri.lagipun saya bukan penulis blog bergaji atau tertakluk dengan mana-mana syarat atau pihak.

    bagi saya, ada kemungkinan juga 2 buah blog diatas ditutup oleh THH.


    Antara faktornya ialah:

    -menyentuh banyak rancangan dan agenda illuminati/dajjal dan hubungkait dgn malaysia.
    -e-fairy agak agressif dan drastik dalam mempromosikan blognya, kerana jika dilihat kepada follower setiap blog, pasti ada e-fairy yang follow blog tersebut, jadi tidak hairanlah jika blognya mendapat sambutan ramai, jadi diantara ramai-ramai itu ada terselit agen illuminati/THH yg akan berinteraksi melalui e-mail dan sebagainya.e-mail yg dihantar mungkin dilengkapi oleh virus!
    -selalu masuk chat-box berborak-borak.
    -buka facebook(ini alat illuminati mengenal musuhnya)
    -mungkin selalu buka e-mail berbentuk spam atau trash- oleh itu nasihat saya, jangan buka, padam terus e-mail itu.

    *banyak lagi sebab secara teknikalnya jika ditanya kepada mereka yg arif atau pakar dlm bidang IT, saya ni buta IT sikit.

    apa pun saya berdoa agar tuan punya blog diatas diberi kekuatan semula untuk bangun berjuang dijalan Allah!

    kepada tuan punya blog ini pun,anda juga ada bakat menulis, teruskan penulisan anda itu, biar Allah yang memberikan ganjarannya!apa yang kita tulis ini akan dihisab oleh Allah sebagai satu usaha kebaikan!

    salam perjuangan.

    wassalam

    ReplyDelete
  3. Review yang menarik!Tapi saudara terlupa The Godfather of Malaysian Conspiracy Theorist!

    Siapa lagi kalau bukan Ibnu Yaacob.

    Terima kasih kerana 'mention' nama MistisFiles sekali yang tak seberapa pun ilmunya dibandingkan dengan yang lain-lain.

    Selamat maju jaya!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih tuan-tuan, saya amat terharu atas kehadiran tuan2 semua kerana saya masih baru dalam bidang ini namun saya tetap cuba memnyebarkan info yang berguna kepada pembaca agar mendapat faedah darinya.

    Kepada saudaraku sang tawal, info anda amat berguna. Saya akan mengambil ingatan atas perkara ini. Bagi saya biarlah tidak ramai pengikut asalkan apa yang kita bentangkan itu ada menfaat dan dapat diambil guna oleh pembaca yang ikhlas. Saya juga tidak gemar dengan soal politik. Tidak mengapa jika mereka tidak sudi ke blog kita.

    Tuan MO, saya gembira tuan turut memberi komen disini. Saya akan bantu semua sahabat yang berusaha membawa kebenaran. Isnyaallah. Untuk pengetahuan semua saya masih lagi dalam peringkat belajar, dan akan terus memperbaikinya dan banyak juga saya belajar dari tuan2 sekelian. Mengenai Ibn Yaakob, saya terlepas pandang. Insyaallah saya akan edit semula nanti.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,

    terima kasih atas review yang tuan tuliskan. terima kasih juga kerana mention blog kami. kami juga masih kekurangan ilmu dan masih dalam proses mencari ilmu. ilmu manusia hanya setitik.

    semoga perjuangan dan perjalanan hidup kita sentiasa mendapat petunjuk daripada Allah.

    admin blog Umat Terakhir @ ksz-associate.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. salam,

    MO, godfather tu apa?

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum...saya nak tanya blog UMAT TERAKHIR dah kena hack ke..sedih rasanya tak dapat mengikuti perkembangan terkini dalam blog tersebut

    ReplyDelete
  8. Wa alaikumussalam

    Saya kurang pasti apa yang sebenarnya yang berlaku. Tidak kena hack tetapi ada diantara penulisnya maklumkan kepada saya mereka menghadapi masalah dalaman dan juga pengkhianatan. Saya juga ikut terkilan dan masih berharap mereka kembali lagi.

    ReplyDelete
  9. patut lah aku bukak blog ibnuyaacob td bertukar kpd blog yg menyebarkan dakyah kristian...rupe2nye THH msk cmpur...blog ibnuyaacob adalah blog konspirasi paling hebat yg pernah aku jumpe..semoge blog ibnuyaacob bangkit semule..

    ReplyDelete

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews