Thursday, February 16, 2012

Rasis Ultrakiasu Semakin Berani Kerana Melayu Semakin Lemah?



Kita tidak pasti adakah apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini berada dibawah pengaruh konspirasi zionis. Peningkatan pengaruh DAP di kalangan bukan Muslim dilihat mempunyai kaitan dengan perancangan Uncle Sam. Seperti yang kita semua maklum, mereka (Pertubuhan Zionis Antarabangsa) akan menggerakkan apa sahaja elemen negatif yang ada untuk mengujudkan keadaan tidak stabil dalam negara, terutama negara yang tiada hubungan dengan negara haram Israel. Islam pula menjadi halangan terakhir mereka kerana rata-rata kaum Muslimin tidak memihak Yahudi apa lagi zionis.

Sejauh manakah benar dakwaan bahawa Amerika sedang berusaha untuk menakluk Malaysia, kita kena teliti keseluruhan episod "Zion Protocols". Malaysia, Brunei dan Indonesia sedang dalam perhatian pencatur Yahudi. Mereka akan pastikan semua negara Islam berada dibawah kekuasaan mutlak mereka. Usaha mereka belum menampakkan hasil sehingga hari ini. Tiada sebarang sebab kukuh untuk mereka melangkah masuk ke sini. Apa yang berlaku sekarang ini nampaknya lebih kepada mencipta peluang. 

Ada kaitan juga dengan kebangkitan akhir zaman, ia akan dikekang sebelum bermula.

Sudah sekian lama Malaysia berkeadaan aman harmoni, tiada insiden perselisihan kaum sejak tamatnya peristiwa 13 mei 1969. Kita bimbang kekusutan yang semakin ketara sekarang ini bakal membawa kita kepada situasi serupa selepas PRU13 nanti. (harap angka 13 tidak membawa apa-apa makna sial seperti kepercayan kultus zionisma). Jika pilihan raya diadakan pada pada tahun hadapan, akan muncul lagi satu angka 13 (2013).

Jesuits satu cawangan pertubuhan sulit Illuminati sedang memasang perangkap dengan mengetengahkan idea Islam Liberal bagi menggatikan pegangan lama. Dalam masa yang sama mereka memperkuatkan pengaruh kristianisasi untuk menarik keluar anak muda dari ikatan syahadah. Disamping itu gerakan "kebebasan" dilaungkan dalam pelbagai kempen untuk menarik perhatian golongan muda. Slogan "Hak Asasi Manusia" kini bergema melebihi seruan untuk kembali kepada alQuran dan Sunnah. Sesiapa yang bijak boleh menyusun atur puzzle ini bagi melihat "big picture".

DAP yang mewakili sebilangan besar kaum kristian di Malaysia juga bakal menjadi satu lagi petunjuk bahawa bakal berlaku persengketaan antara agama (Islam Kristian - Perang Salib baru). Kita tahu kes DUMC dahulu juga melibatkan pertelagahan antara DAP dan PAS (Dr Hasan Ali). Dr Hasan sendiri sudah sedia maklum halatuju DAP sebenarnya dan cuba untuk disampaikan kepada kaum Muslimin dengan penuh bijaksana. Pendekatan Dr Hasan Ali pada pandangan saya adalah yang terbaik buat waktu ini.

Saya percaya Dr Hasan Ali sebagai seorang ilmuan dan berpengalaman pasti tahu secara mendalam perancangan Yahudi untuk menakluk dunia. Semoga ada pihak yang berusaha untuk selamatkan negara dari cengkaman musuh, tidak semestinya kerajaan yang memerintah.

Buat masa ini keadaan perseteruan antara dua etnik terbesar ini semakin reda, namun ia masih lagi diperkatakan di banyak laman sosial kaum muda nonmuslim. Perselisihan masih lagi dipupuk.

 
Iri hati timbul apabila KFC diambilalih oleh Melayu

Insiden pergaduhan di KFC-iCity menyerlahkan buat kesekian kalinya siapakah rasis sebenar di Malaysia. Ianya bermula dengan seorang pelanggan berbangsa Cina yang tidak berpuas hati telah memaki hamun dengan kata-kata berbaur rasis terhadap seorang pekerja Melayu. Pekerja Melayu yang merasa terhina menjadi hilang sabar lalu memukul pelanggan tersebut.

Pelanggan yang dipukul membuat laporan polis dan kemudiannya bersama-sama DAP membuat sidang akhbar menafikan mengeluarkan kata-kata berbaur rasis.

Soalnya, jika sipelanggan berkata benar, kenapakah dia perlu membabitkan DAP dalam kes ini?

 

Melainkan dia telah benar-benar menghina pekerja tersebut dengan kata-kata berbaur rasis dan kini ingin berlindung di bawah payung politik untuk melepaskan diri.

Komen-komen kaum Cina di internet mengenai perkara ini menyerlahkan lagi siapakah rasis sebenar di negara ini. Secara terbuka mereka mendabik dada bahawa syarikat-syarikat milik bangsa mereka boleh bila-bila masa memberhentikan semua pekerja Melayu dan Melayu akan merempat. Komen ini dan lain-lain jelas rasis, bongkak, angkuh dan berbaur ugutan di mana langsung tidak menepati laungan mereka konon didiskriminasi dan ditindas oleh kaum majoriti.



Kisah perbalahan biasa di KFC I-CIty akhirnya melarat dikalangan remaja-remaja Cina hingga polis dimaki hamun begitu teruk di Facebook kerana menjalankan tugas. Kalau hendak menegur cara polis membuat roadblock, tak perlulah nak keluarkan maki hamun terhadap Melayu. Bukankah ianya boleh dibincang secara baik.
Walaupun dilihat majoriti anggota dan pegawai polis terdiri dari orang Melayu, ramai juga dari kalangan bangsa Cina dan India. Kenapa pula kaum Melayu saja yang dimaki?
Kisah KFC perlu difahami supaya tidak tersalah faham. Ayam di kedai tersebut dah habis dan sebelum habis, pihak kedai dah pampangkan notis dipintu dari awal.

Bila dah habis, yang beratur di depan tak ada isu, tapi budak Cina dibelakang pula berlebihan menunjukkan kemarahan. Pekerja KFC dilontar dengan perkataan rasis terhadap Melayu. Berlakulah pergaduhan. Setelah itu mereka meninggalkan lokasi dan kembali semula dengan kamera untuk merakam reaksi pekerja KFC tersebut. Ingat ramai tidak melihat ...

Lanjutan dari rasis tersebut, mari kita baca apa yang dimaki hamun di Facebook terhadap polis:



Facebooker Xio Wang Gua menyalahkan polis apabila dituduh kaum CIna suka merasuah pois. Dia menggunakan maki hamun dan mengatakan polis mendapat bahagian menyeamatkan kes jenayah dalam kes-kes ragut, samun, pecah rumah dll.
 
 Vivi Cheah pula tanpa segan silu memaki polis dengan perkataan Melayu Babi dengan nada membenci Malaysia. Kalau membenci Malaysia, kenapa duduk lagi di Malaysia? Salahkanlah datok nenek moyang kamu dan carilah negara idaman anda dan berhijrah!

Anjomman Lau di atas pula masih menyebarkan rasisma di KFC yang fakta dan kebenaran telah diselewengkan DAP. Budak Anjoman itu bukan remaja tapi seorang dewasa berumur 36 tahun. Namanya Lau Meng Chung berkad pengenalan: 751101-13-5868 di aamat: 838F, Eminent mansion, Lorong 5, Jalan Stampin Tengah, 93350 Kuching. Nampak sangat dia adalah seorang cybertrooper yang ditugaskan merebakkan rasisma.  (petikan dari unspinners)

Komen-komen sebegini bukan baru, malah jika dijejak kembali forum-forum seperti Low Yat dan beberapa forum komuniti lain, sikap rasis kaum Cina amat jelas. Malah, bukan satu perkara ganjil melihat bagaimana kaum Cina meluahkan kebencian mereka terhadap Melayu dengan begitu terbuka.

Suatu ketika, penulis pernah melayari satu forum komuniti untuk mencari rumah untuk dibeli. Di situ terdapat ramai kaum Cina berbincang sesama sendiri mencari kawasan perumahan yang sesuai di mana tidak ramai Muslim. Memaki dan menghina Melayu dan Muslim adalah perkara biasa di forum-forum di mana didominasi mereka.

Hari ini, kita melihat bagaimana anak-anak kecil dan remaja mereka menghina Islam dan Melayu di Facebook dan Youtube sebagai perkara biasa. Percayalah, penghinaan ini akan berterusan dan meningkat di masa hadapan kerana tiada tindakan.

Mungkin pak-pak menteri kita tidak betapa kroniknya sikap perkauman mereka ini kerana tidak pernah bergaul dan bersaing dengan kaum itu sebagai rakyat biasa. Tetapi inilah yang berlaku di Malaysia hari ini di mana keadaan sudah semakin kritikal apabila kaum Cina semakin menyisihkan diri dari jiwa Malaysia dan langsung tidak inginkan perpaduan. Mereka hanya ingin membolot, memonopoli dan menelan semuanya.

Alasan mereka membenci Melayu adalah kerana Melayu mendapat bantuan kerajaan. Sedangkan, kerajaan yang sama jugalah yang membolehkan mereka mengaut keuntungan dan kemewahan tidak pula mereka pertikaikan.

Sifat tiada tolak ansur, tamak haloba dan khianat kaum yang satu ini bukannya semakin pulih, tetapi semakin parah kerana kita tidak pernah cuba untuk mengubatinya kerana tidak sanggup menelan ubat yang pahit.

Yang paling menyedihkan ialah pemimpin kaum itu tidak melihat satu pun kesalahan dan keburukan kaum mereka. Mereka berada 100% di belakang setiap tuntutan dan penghinaan kaum mereka terhadap kita walaupun mereka tahu ia mampu menggugat keamanan negara. Bagi mereka, moral dan sivik bukanlah satu isu bila subjeknya adalah Melayu.

Ini berlaku kerana mereka telah terlalu yakin akan kekuatan bangsa mereka di negara ini. Mereka yakin seluruh bangsa Melayu termasuk kerajaan bergantung 100% kepada mereka dari segi pekerjaan, barang keperluan harian serta cukai pendapatan.

Apa yang berlaku dalam pergaduhan antara pelanggan dan pekerja di KFC tersebut telah dengan sengaja diperbesar-besarkan bagi menutup sikap rasis si pelanggan. DAP sebagai pelopor sifat perkauman dijadikan perisai kalaupun tidak serampang dua mata bagi mencetuskan ketegangan atau sekadar menguji kekuatan di mana:

Jika pelanggan tersebut didapati bersalah, mereka akan menyalahkan kerajaan sebagai membela pekerja Melayu. Dan jika pelanggan tersebut tidak disentuh dan dipersalahkan langsung dan segala kesalahan diletakkan di bahu pekerja KFC itu semata-mata, maka jelaslah kerajaan kini telah benar-benar lemah dan akan memastikan kaum Cina sentiasa 'menang' walau apapun situasinya, demi undi pilihanraya.

Sikap menyemarakkan sikap perkauman melampau bakal mengubah lanskap politik negara. Pendekatan ini nampaknya amat menguntungkan DAP untuk lebih membenci Melayu. Kenapa Melayu amat dibenci oleh DAP? Ia bakal membawa negara ke satu persimpangan meruncing pada masa akan datang. 43 tahun lalu, kita mengahadapi kegetiran serupa yang akhirnya membawa kepada pertumpahan darah dalam rusuhan kaum. Kegelisahan ini akan terus menjadi polemik.

Mungkinkah satu hari kelak ketegasan JAKIM terhadap produk ber DNA babi juga akan dijadikan bahan politik? Jika ia berlaku, amat malanglah nasib umat Islam negara ini.

Kebijaksanaan pemerintah menangani gejala rasis amat diperlukan. Sebarang bentuk tindakan harus diambil dengan penuh hati-hati. Namun adalah diharapkan ia tidak akan merugikan bangsa Melayu dan agama Islam. Kita boleh nampak DAP sedang memnggunakan peluang yang terhasil dari perpecahan bangsa Melayu untuk membangkitkan kebencian kaum Cina terutamanya terhadap bangsa Melayu dan agama Islam.

Kita harap PAS dan PKR lebih bijak dan matang terhadap tindakan DAP ini supaya tidak menambahkan kekeruhan yang wujud.

Buat masa ini, UMNO mengambil sikap professional dengan tidak masuk campur dalam isu kepenggunaan atau kes polis yang tidak melibatkan politik.

Dengan tindakan DAP menjadikan kes ini sebagai isu politik dan perkauman, kita mula tertanya-tanya apakah PAS dan PKR juga bersama-sama mereka menentang bangsa sendiri..? Semoga ia tidak menjadi bencana kepada negara.

Wajar Pastikan Makanan Segera Sentiasa Halal

Mungkin ada baiknya juga kita memikirkan satu pilihan baru seperti yang diperkatakan oleh sebahagian ilmuan Melayu, Kita lupakan PAS, UMNO dan PKR. Tinggalkan mereka semua yang menyebabkan perpecahan dahsyat ini. Semua orang Melayu bersatu bernaung dibawah payung Jaluran Tiga (JATI) yang dipelopori oleh Dr Hasan Ali. Semoga lebih ramai lagi Ilmuan Islam menyertai dan memimpin ummah untuk kembali ke jalan yang benar. Kita bina kuasa Islam untuk memimpin kaum skular yang semakin tersasar itu sekaligus mengumpul kekuatan dan jati diri kaum Muslimin.

Apa pandangan anda?


sumber dipetik dari FB 1juta MAI dan unspinners

16 comments:

  1. Bersetuju sgt2 dgn penulis ini...Hidup JATI...

    ReplyDelete
  2. sangat la setuju.. pekerja melayu yg bkerja dgn cina kebanyakannya ditindas.. sy sndiri prnah mengalaminya, di mana sy tdak dibenarkan utk kluar solat melainkan pd waktu rehat 1 jam shja..melayu harus bersatu ! msalahnya, ramai yg tak sedar dan buat2 tak tahu..

    ReplyDelete
  3. sejak awal kesilapan telah dilakukan dgn membenarkan penyertaan bangsa cina & india dlm kemerdekaan serta berterusan dgn penyertaan mereka dlm parti2 politik negara dan memberi peluang & ruang kpd mereka utk menentukan hala tuju mereka sdri contoh salah satunya adalah sistem pendidikan.aku teringat kata2 Prof DiRaja Ungku Aziz dlm akhbar di M'sia mengenai melayu di mana silapnya melayu sehingga bangsa ini kelihatan lemah sedangkan pemerintahnya melayu,Raja2nya melayu, ketua hakmimnya,pm,igp,panglima angkatan tenteranya,DO2nya x larat nak tulis atas2 semua melayu...jawapannya apabila melayu meniggalkan agamanya inilah bala Allah maka didatangkan satu bangsa yg akan menghina bangsa melayu,bangkit jgn x bangkit tapi siapa yg akan membangkitkan kamu, umno.pas, pkr,ngo ini bukan golongannya tg tebal semangat asobiyah dan kepentingan peribadi,maaf bukan ini...perjuangan politik melayu merugikan bangsa sendiri..."telah berkata almarhum Murshidku Islam akan bangkit di sebuah negeri utara semenanjung melalui firasatnya...sekian wassalam

    ReplyDelete
  4. to all pig eater..
    please alert!!

    lu orang punya kokok belum cukup kuat!
    NAGA belum mau bangun lagi..NAGA masih nyenyak tidur..

    try your best pig eater..
    try ang try again.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Permintaan : Sila jaga bahasa anda, walaupun mereka memulakanya, adalah lebih mulia kita jaga maruah bangsa dan agama.

      Delete
  5. 'Buat masa ini, UMNO mengambil sikap professional dengan tidak masuk campur dalam isu kepenggunaan atau kes polis yang tidak melibatkan politik.' Kah..kah..kah...secara halus membela UMNO. Kah...kah..kah..

    ReplyDelete
  6. sy setuju dgn anon feb16 3:18am...melayu telah melakukan kesilapan awal dgn membenarkan penyertaan kaum pemdatang dalam politik tanah melayu...jika sekadar menjadi warganegara semata, tidaklah ianya seteruk ini.

    pokoknya adalah "JUS SOLI" dan pemimpin umno patut bertanggungjawab...

    mana yg baik sebenarnya merdeka melalui perlembagaan lord red atau perlembagaan rakyat yg dipelopori golongan kiri..

    pikir2kn............

    sy juga pelik dgn kaum cina ini..bila di tanah melayu mereka nk segala-galanya berkaitan kecinaan mereka sampai hangtuah pn dorang kata cina..tp bila di lain2 negara sanggup pulak mereka berasimilasi dgn org tempatan...

    kelantan satu-satunya negeri yg berjaya mengasimilasikan kaum lain menjadi kelantanese..

    ReplyDelete
  7. salam. terimalah hakikat melayu sedang dipermainkan, biarlah kita juga bertindak professional dalam menilai perkara. yang sudah lalu juga kita persalahkan? syok sendiri? adakah dengan mempersalahkan masa lalu akan selesai masalah? professionallah sikit. tak perlu mengejek dengan ketawa berdekah? seolah kita seorang saja yang bijak. salahkah kerajaan tidak masuk campur sebagaimana dap lakukan? tahukah saudara budak melayu itu dari kelantan? be smart babe..

    ReplyDelete
  8. salina..

    bukankah sejarah itu berulang...kenapa berusah payah mengkaji sejarah jika tidak mahu ambil pengjaran drpd sejarah..fakta sejarah yg betul dapat membantu menyelesaikan kerosakan yg melanda masa kini..

    para pemimpin perlu merenung kembali masa lalu sbg pedoman..sy tidak menyalahkan kaum cina/india dalam hal ini..sbb tu sy kata pemimpin umno perlu bertanggungjawab terhadap apa yg telah mereka lakukan..cari penyelesaian bukannya mencari helah menyalahkan kaum2 lain setelah kegagalan mereka...

    kaum cina pn satu..tahu la mereka "kuat" dalam politik dan ekonomi namun mempamerkan sikap "racist" dalam masyarakat melayu seolah-olah kaum melayu selalu ganggu mereka walhalnya tidak pn...

    jadilah seperti cina/india dikelantan yg begitu menghormati adat resam melayu sehingga mereka begitu dihormati juga oleh melayu kelantan.........

    perlu igt kenapa sy merujuk kelantan dalam perbandingan keharmonian kaum kerana negeri itu mencatatkan jurang perbezaan kaum palin tinggi..hampir 100% rakyatnya melayu..jurang sebegini memungkinkan penindasan teruk berlaku terhadap mereka..namun ianya tidak terjadi sejak mereka tiba di tanah melayu sehingga kini walau pun melalui zaman 13 mei yg sengaja dicipta itu....

    sekian...

    ReplyDelete
  9. apa masalahnya jika budak melayu itu dr kelantan sekalipun..yg penting ketika kejadian itu tidak perlu ada provokasi..org lain releks je cina tu yg lebih..dan budak melayu itu pn salah juga sbb tidak profesional...

    ini bukan soal racist tp soal provokasi oleh pelanggan kpd pelayan disebuah restoran...sy sendiri pn pernah sergah org TM sbb buat keje lembab..tp org TM tu senyap jer..melayu sama melayu tu..hahaha

    jd tidak timbul budak melayu tu dr mana..yg penting suasana yg kondusif diperlukan utk menyatukan kaum2 dinegara ini spertimana dilakukan kelantan..........

    sekian..

    ReplyDelete
  10. Salam semua..
    Bg sy lemahnya kita kini adalah terputusnya kita dgn kesedaran jati diri,dgn sejarah kita dicampur dgn legasi perang salib yg berterusan dari Portugis ,Belanda dan Inggeris..
    Berpecahnya kita krn dasar pecah dan perintah..Henry Gurney Berjaya memecahkan Kesatuan Jordan,Syria Mesir dan Palestin lalu berjaya menubuhkan Negara Haram Israel lalu diangkat menjadi pesuruhjaya British di Tanah Melayu..
    Bila dtg Henry Gurney,bermulalah proses yg kini kita dpt lihat hasilnya skrg..Org2 Cina diasingkan di Kg baru,dipisahkan dari sahabat handai yg menjaga anak2 mereka..Didoktrinkan pd mereka bahawa mereka ini bangsa yg dibenci dan tidak dialu-alukan di Tanah Melayu ini..berlalu Generasi demi Generasi,yg hidup sudah pun pergi,penyambung hubungan sudah tiada lg,dgn doktrin mereka dibenci tidak mustahil mereka bersikap defensif..
    Kedatangan Jepun memberi kesedaran bahawa British tidaklah kuat..Bangsa Asia boleh membina negara sendiri,lalu tumbuhlah bagai cendawan pertubuhan2 yg menuntut kemerdekaan..Semua bangsa berseru tuntutan yg sama lalu kesatuan ini perlu dipecahkan dgn Doktrin Komunism,lalu pemburuan,penagkapan,pembunuhan berlaku sesama bangsa Asia DiTanah Melayu ini mengulangi pertembungan Ge Hin dan Hai San ttp kini melibatkan Tentera dan Polis dikalangan org2 Melayu sendiri..Apakah Brisith benar2 ingin menjaga kepentingan org2 Melayu dlm Hal ini?
    Bg sy tidak,krn tujuan mereka hanyalah utk menjaga keamanan demi kepentingan mereka spt laluan keretapi,jalan raya utk mengaut hasil mahsul spt,bijih timah,getah,Emas menuju pelabuhan utk dibawa ke England..Mereka tetap memperkudakan kita spt mereka berkuda dlm perang Salib..
    Apa yg kita saksikan kini hanyalah lanjutan dari rantaian kitaran tindakan mereka yg berjaya dilaksanakan sehingga sekarang..
    Kita jd lupa bahawa kita bukan pelombong besi utk membuat cangkul,bukan juga peladang kapas utk menghasilkan benang,bukan juga penyulam utk mnyiapakan selembar kain, bukan juga pengilang utk menghasilkan pakaian,bukan juga pekedai utk mejual hasil2 dari kilang..Kita tidak akan mampu utk menghasilkan semua itu dgn sendirian lalu utk apa kebencian ini diperlanjutkan..
    Apakah semua kita yg Melayu ini Beradab?
    Tidak juga krn kita adalah lanjutan dari mangsa perancangan penjajahan budaya..
    Tidakkah kita semua sedar bahawa Hubungan kita dgn bangsa serumpun kita pun bermasalah?
    Inilah mainan penjajah Belanda di Indonesia pula..Jika kita ingin mengatakan semua bangsa yg berada disekeliling kita ini yg bersalah,adakah kita pula betul dan benar sepanjang masa?
    Lalu semua ini akan membawa pertikaian demi pertikaian dan salah menyalah yg tiada kesudahannya..
    Ingatkah kita akan sejarah kita sebelum kedatangan Islam?
    Kita telah berevolusi dgn pelbagai budaya agama spt Hindu dan Buddha sblm bangsa kita memeluk Islam secara beramai-ramai..
    Lalu apakah hubungan kita dgn sejarah agama yg mereka anuti kini tidak dpt menjadikan kita saling mengenali dan menghormati?
    Sejarah inilah yg terputus dari pengetahuan kebanyakan dari kita lalu kita dibesarkan dlm keadaan terpisah dan saling curiga..Angkara siapakah semua ini?
    Lihatlah hubungan sesama kuasa Kuffar di Nusantara..Mereka boleh berukar-tukar jajahan atas sebab menjaga kepentingan Legasi perang Salib bawaan mereka..Mereka memperalatkan agama dan sanggup bertukar-tukar jajahan demi utk memelihara kepentingan Legasi yg mereka bawa..
    Pd sy gunakanlah kanta yg lebih besar supaya ruang dan daerah yg tidak dterokai itu dpt dilihat secara lbh meluas supaya kita dpt melihat kronologi yg lbh panjang..Mereka bergembira dan seronok melihat kita tunding menunding krn Legasi mereka tetap terpelihara dimana Kiblat Pertama Umat Islam kekal berada dlm genggaman mereka..

    ReplyDelete
  11. sokong dgn ano 19 feb 10.52am...sebelum menuding kearah org lain..sila luaskn lg pengetahuan tentang sebelum islamnya bangsa melayu..bgaimana mereka menjajah..untuk apa mereka menjajah..apa kepentingan sesuatu negara trhadap mereka...apa tujuan mereka...artikel ini dterbitkan bukan untuk menuding jari..tp untuk mnyedarkn dimana kedudukan kita yg sbnr...usahlah pelik dgn tabiat kaum lain..pelikkn lah dahulu dgn tabiat diri sendiri...jgnlah jd seseorg yg sedang dicatur...

    ReplyDelete
  12. sebab di Kelantan terlalu sedikit org Cina, maka sebab itulah mereka tak berani kurang hajar.

    cuba kalau bila dia dah ramai macam di KL, adakah dia nak respek Melayu macam sekarang ni?

    ReplyDelete
  13. kfc kat sana x ada cctv ke?

    ReplyDelete
  14. kalau zaman rasulullah s.a.w. tentu kaum cina ni dah lama kena halau dari negara ini seperti nasib kaum yahudi bani nadir dan bani qainuqa

    ReplyDelete
  15. jangan sampai tahap parang panjang terbang kembali

    ReplyDelete

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews