Friday, July 22, 2011

Terlelap Dalam Sedar

Setiap manusia berada dalam keadaan benar kecuali jika ia berniat melakukannya dengan sengaja setelah ia tahu perkara tersebut adalah salah. Sekurang-kurangnya ia "benar" dalam ruang lingkup kepercayaannya sendiri. 

Kebanyakan yang berlaku ialah salah sangka atau tersilap tanggapan. Bersangka masih celik dan sedar terhadap setiap suatu yang wujud di hadapan mata. Tidak disedari beberapa ciri telah hilang dari pemerhatian. Adakah ianya berpunca silau dari cahaya yang terlalu terang atau terlepas pandang beberapa sisi yang terselindung? Cuba hayati kembali untuk mengetahui kedudukan sebenar pada pandangan mata hati.


Seperti mana yang saya bayangkan dalam beberapa artikel sebelum ini, fenomena ini telah menjelma di negara kita Malaysia, persis sebagaimana yang terjadi di beberapa buah negara Arab. Jangka masa terasa begitu cepat selepas beberapa negara Arab terjebak dalam persengketaan berdarah. Tidak dapat dinafikan ia adalah perancangan terbaik dan tentunya memenangkan "pencatur"nya.

APA MAKSUD POSTER INI?
Kemanakah halatuju yang hendak dibawa oleh penganjur perhimpunan "halal" ini? Ternyata mereka yang menciptanya amat mengharapkan dan tidak pula keterlaluan jika dikatakan mula mencintai kekacauan dan rusuhan. Dalam diam mereka panjatkan doa agar Kuala Lumpur dijadikan sebagai medan pertumpahan darah seperti di kota-kota negara Arab.

Ada yang melaungkan kalimat tauhid, bertakbir dan bertahlil semasa menghadapi kekangan pasukan keselamatan. Penuh semangat juang dan cuba merempuh sekatan. Apa tujuan mereka? Kelibat ini seolah mewakili pejuang akhir zaman untuk menumbangkan pemimpin negara yang "zalim" setaraf Muammar Ghadafi di Libya. Benarkah sangkaan mereka itu? Apakah mereka menyangka mereka adalah antara pejuang AlMahdi atau Putera Bani Tamin? Pemimpin mereka pula ialah para Mujahid akhir zaman? Adakah pasukan polis boleh dianggap sebagai musuh Islam?

Kenapa Libya dijadikan contoh? Samakah Malaysia dengan Libya? Apa asasnya? Syahidkah mereka yang mati dalam rusuhan dan peperangan sesama Islam? Kenapa mereka inginkan situasi sebegini? Makin menabjubkan (sebenarnya membingungkan), ia diterajui oleh non Muslim pula seorang pejuang anti-Islam yang tegar..

Tidak mustahil pula jika ada yang mengatakan poster ini disediakan oleh musuh mereka untuk memburuk-burukkan perjuangan mereka seperti kes pisau belati dan bom petrol. Namun kebenaran sukar untuk dibendung kepada orang yang cintakan kebenaran. Terdapat banyak tanda-tanda lain yang telah dan bakal muncul yang akan menceritakan perkara sebenarnya sekaligus menafikan dakwaan tersebut.

Bagi pemikir yang waras, tujuan akhir penunjuk perasaan ini telah dapat dijangka. Ramai juga kalangan intelektual dapat menyingkap keadaan negatif yang bakal terjadi jika perhimpunan diteruskan. Malangnya ada yang tidak mengendahkan malah ramai yang mengambil persepsi sebaliknya terhadap pandangan ini. Segelintir memberikan komen sinis bahawa ia hanyalah sebuah teori dan andaian, samalah dengan teori konspirasi yang pada mereka ia tidak masuk akal. Dalam pada itu ada yang menuduh sumber tersebut telah terpengaruh atau diracuni dengan dakyah dan propaganda pemerintah.

Setelah peristiwa besar pertengahan tahun 2011 ini berakhir, ternyata andaian itu adalah benar, walaupun tidak keseluruhannya. Kita masih selamat dari bala yang kita sendiri usahakan. Alhamdulillah negara ini terselamat dari bencana kemanusiaan seperti yang dialami oleh rakyat Libya dan Syria. Masihkah penganut Islam di Malaysia masih kabur terhadap perancangan THH terhadap negara ini? Atau mereka terlelap dalam sedar? Semoga Allah mengampuni kita semua, insyaAllah.

Beberapa penulis yang berfikiran sederhana dan tidak berpihak telah menzahirkan pandangan yang cukup meyakinkan. Didasarkan kepada beberapa bukti nyata, jelas ianya didalangi oleh organisasi luar negara yang sama seperti mana yang dicaturkan terhadap rakyat Libya dan Syria.

Apa yang berlaku sekarang ini adalah petanda bahawa demonstrasi akan menjadi satu trend baru yang berterusan (harap ianya tidak benar) walaupun sesiapa yang memenangi pilihanraya nanti. Pihak yang kalah akan menuduh pemenangnya berlaku tidak adil dan akan melakukan protes demi protes. Sudah tiada makna lagi "Demokrasi Berparlimen" yang diagung-agungkan para sekular. Sudah tentu pembohongan dan propaganda akan berkumandang sebagai alat untuk tujuan tersebut. Fitnah bakal menjadi senjata ampuh dan dusta sengaja diangkat sebagai kebenaran. Semua pihak akan terjebak dalam arus tamaddun baru kemanusiaan iaitu "kemunafiqan". Zaman dusta bermaharaja lela.

Keadaan di Malaysia tentu sekali akan menjadi lebih parah kerana kedudukan politik negara ini berpaksikan ras perkauman. Menjadi lebih celaru kerana pada prinsipnya kaum-kaum di Malaysia itu pula mewakili agama-agama yang berlainan.

Sistem politik mewakili kaum menjadi teras dalam sistem demokrasi negara yang berbagai etnik ini sejak dari zaman kemerdekaan lagi. Pada awalnya keadaan tenteram kerana etnik pribumi menjadi kuasa dominan dan etnik lain hanya menumpang mencari makan di sini. Keadaan sekarang sudah jauh berubah bila etnik pribumi mula berpecah dan kaum lain pula cenderung kepada kuasa setelah menguasai ekonomi. Inspirasi dari seberang tambak banyak mempengaruhi suasana ini. Tentu sekali keadaan sedemikian akan mempercepat terjerumusnya negara ke dalam sengketa yang cukup malang dan memudharatkan iaitu pergaduhan atau rusuhan antara kaum atau agama. Sebelum itu terdapat tanda-tanda orang Islam bakal bersengketa sesama sendiri.

Seperti lazimnya, yang kalah akan mendakwa mereka dizalimi dan segera meminta bantuan dari kuasa luar yang sedang menanti peluang sebagaimana yang berlaku di Libya sekarang.

Amat dibimbangi pengacara (pencatur) adegan kekacauan ini telahpun dapat menghidu bau darah yang mungkin akan mengalir di penghujung sengketa ini. Adakah percaturan mereta sudah sampai sejauh itu? Tiada siapa dapat mengesahkannya buat waktu ini. Semuanya termasuk dalam satu pakej yang terselimut dalam perancangan sulit mereka.

Demontrasi jalanan bakal mewarnai gelombang baru iaitu ketidak stabilan politik dan huru hara. Mulai sekarang semua rakyat Malaysia perlu bersedia menyesuaikan diri dengan trend tersebut setelah kita menciptanya. Gelagat para pemimpin politik yang pandai berpidato dan berupaya mempengaruhi (mind control) membawa orang ramai melalui siri demonstrasi jalanan untuk mendapat kuasa semakin mendapat tempat. Rakyat menjadi buta dan hilang kewarasan kecuali sedikit yang ingin terus berfikir. "Beruntunglah mereka yang berfikir", pedoman dari ayat yang berulang-ulang kali disebut dalam alQuranul Karim.

Mungkin pandangan ini akan dianggap keterlaluan, namun harus kita mengambil perhatian bahawa musuh negara di luar sana tidak akan senang selagi negara ini tidak jatuh ke dalam genggaman mereka. Inilah pekerjaan "Dajjal" mengaturkan kehidupan "Yakjuj dan Makjuj" yang bakal bersaing dan saling melakukan kerosakan demi kerosakan.

Jika tidak mahu berubah dan mahasabah diri, akan berlakulah keadaan luar jangka yang memberi laluan kepada musuh untuk menangguk peluang dan akhirnya akan menguasai keseluruhan kehidupan kita. Kita menyangka melakukan kebaikan dan meyakini bahawa kita berada di pihak yang benar. Namun kejahilan dan keangkuhan kitalah punca sebenar kecelaruan ini. Ketiadaan ilmu dan lemah daya fikir samalah seperti menyimbah minyak ke dalam api untuk memadamkannya. Akal kita telah ditutupi ego sendiri.

Berjuang biarlah kena pada tempatnya.  Jauhilah sikap mementingkan diri dan elakkan perbuatan melebihi batas.
mereka angankan  situasi ini dan menjadi "hero"

Saya pantulkan tulisan dua orang pengulas yang cukup bertenaga memberi kesedaran kepada setiap warga negara terutamanya kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke lembah hina. Apa yang mereka perjuangkan itu hanyalah satu sangkaan sahaja malah ia hanyalah satu caturan yang berwajah "kebangkitan palsu":

                                                                                                 

Syabas Sdr Aminuddin Yahaya semoga tulisan Saudara mencelikkan mata hati orang Islam yang terpesona dan terperdaya dengan apa yang mereka sangkakan, pergerakan untuk kebaikan sejagat dan hak asasi manusia ini. Sebenarnya apa yang kita bincangkan di forum ini hanya merupakan “the tip of the iceberg” sahaja.

Banyak daripada kalangan orang Barat yang menghormati Islam sebagai agama samawi sendiri kini mula menyedari dan sedang mendedahkan agenda jahat golongan ini yang didalangi oleh segolongan kecil manusia yang amat berkuasa di dunia sekarang. Mereka ini, yang turut menguasai pemikiran orang Barat yang jahil, sebenarnya adalah golongan yang menolak apa jua agama.

Mereka hanya berpura-pura beragama dan sebenarnya mempelopori pluralisme dalam agama untuk melemahkan pegangan manusia terhadap apa jua agama. Mereka sebenarnya amat membenci kitab-kitab Allah dan melihat agama apa jua sebagai penghalang kepada pencapaian citac-cita mereka. Mereka mahu mencorakkan dunia mengikut acuan, kehendak dan kepentingan duniawi mereka semata-mata. Puak-puak di luar daripada golongan ini, sama ada yang turut membenci Islam, atau yang mempunyai kepentingan sempit masing-masing, juga berselingkuh dan juga ada yang diperalatkan oleh golongan ini bagi mencapai matlamat mereka menguasai dunia dan sesisi alamnya sekali.

Mereka mempelopori feminisme, hedonisme, hak asas manusia termasuk untuk memilih cara hidup yang membelakang hak masyarakat dan hak-hak dan larangan Allah, “demokrasi ala mereka” termasuk menerusi social unrest dan social uprising, Amat malang dan malapetaka sekiranya bukan sahaja umara' malahan golongan Ulama terutama daripada parti PAS kelihatannnya amat sedikit pengetahuan tentang agenda golongan ini sehingga saudara seagama sendiri disangka musuh. Sedangkan orang-orang, yang sama ada secara mereka sedar atau tidak sedar, bersekongkol dengan golongan tersebut, dirangkul erat oleh ulama-ulama ini sebagai sahabat seperjuangan.

Ulama-ulama ini dikhuatiri telah tersesat jalan lantaran mereka gagal membaca tanda-tanda siapakah sebenarnya musuh Ummah di akhir zaman ini dan membiarkan diri mereka dan umara' diperalatkan oleh golongan ini untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang diterajui oleh saudara segama mereka sendiri. - cicit kudin


BERSIH Untungkan Siapa ?

Oleh Aminuddin Yahaya, Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Aminuddin
Saya tertarik apabila membaca komen seorang penulis dalam sebuah akhbar yang mengatakan bahawa semua pihak yang terlibat didalam BERSIH mengatakan mereka berjaya.

Jika ditanya pada polis, mereka akan kata mereka berjaya menahan demonstrasi haram. Kalau ditanya Ambiga, dia mengatakan BERSIH telah berjaya menyampaikan mesej. Kalau ditanya pimpinan parti politik, mereka juga mengatakan berjaya mengumpul dan menyedarkan masyarakat tentang kezaliman pemerintah.

Yang mengatakan rugi cuma peniaga-peniaga berdekatan yang terpaksa menutup kedai.

Bagi saya yang paling rugi ialah umat Islam!

Saya juga turut merasa sedih diatas apa yang berlaku terhadap rakyat yang ikhlas berjuang tetapi dipukul, disepak dan akhirnya ditangkap untuk ditahan di Pulapol. Peristiwa ini mengingatkan saya kembali akan apa yang berlaku pada tahun 1997 dimana ketika bangkitnya gelombang reformasi ramai rakyat yang terpaksa menghadapi mehnah yang tak kurang getirnya. Saya menyanjungi keberanian rakyat negara ini.

Namun disebalik itu saya bertanya pada diri sendiri, apakah mereka sedar apa yang mereka perjuangkan atau semata-mata mengikut apa orang lain buat?

Adakah mereka mengkaji siapa yang sebenarnya memainkan peranan disebalik demonstrasi BERSIH ini ?

Pernahkan mereka melihat dengan siapa mereka menentang? Adakah mereka menilai apa implikasinya kepada Islam dinegara ini?

Saya yakin ramai umat Islam tidak benar-benar mengetahui matlamat perjuangan ini melainkan hanya mahu melihat pemerintah jatuh.



Tanpa kita sedar pergerakan seperti ini sebenarnya telah di pelopori oleh sebuah NGO bernama National Endowment For Democracy yang berpangkalan di Washington, US yang telah mempunyai jaringan seluruh dunia yang menggelarkan diri mereka sebagai “World Movement Of Democracy”.

World Movement for Democracy
WMD

Mereka ini memperjuangkan Civil Society (masyarakat madani) yang beriman bahawa semua manusia perlu menerima nilai-nilai sejagat yang menuntut persamaan, dengan menolak keistimewaan mana-mana kaum, dalam semua aspek termasuk agama dan hak wanita.

Mereka berjuang atas istilah “Human Rights”. Antara strategi mereka ialah dengan menggerakkan rakyat bagi mendesak kerajaan menerima tuntutan mereka. Mereka juga telah mengeluarkan sebuah laporan yang bertajuk “Defending Civil Society” pada tahun 2009 dan mendapat persetujuan beberapa pemimpin dunia yang mana salah seorang dari mereka ialah pemimpin pembangkang negara.

Network mereka sangat kuat dan licik dan mereka bertemu setiap 2 tahun sekali untuk berkongsi pengalaman, kali terakhir di Jakarta pada tahun 2009.

Walaupun mereka menafikan tetapi isu BERSIH ini tidak lagi menjadi suara NGO yang benar-benar inginkan kebenaran tetapi sebaliknya menjadi agenda gerakan demokrasi ini. Malangnya parti-parti politik negara dan umat Islam dipergunakan bagi memperjuangkan agenda mereka.

Saya juga rasa terkilan apabila melihat Ambiga, seorang aktivis yang jelas menentang Islam, secara tiba-tiba menjadi hero kepada umat Islam.

Bukan itu saja umat Islam sanggup duduk dibelakang beliau dan mempertahankannya. Ini suasana yang sukar untuk di bayangkan.

Baru setahun dua lepas beliau dengan lantangnya menyokong semua tuntutan IFC dan menuntut kerajaan menerimanya sehingga NGO-NGO Islam terpaksa bertungkus lumus mempertahankan Islam. Kenapa ini semua tidak pernah dikirkan oleh umat Islam?

Siapa yang menjadi alat dan diperalatkan, Ambiga atau umat Islam?

Siapa yang bergaduh sesama sendiri, umat Islam atau orang lain? Siapa yang ramai ditangkap, umat Islam atau orang lain? Siapa yang ramai cedera, umat Islam atau orang lain? Siapa yang ingin dijatuhkan, orang Islam atau orang lain?

Tidak cukup dengan itu, ada pemimpin politik Islam yang begitu bersemangat sehingga menyatakan bahawa demonstrasi jalanan ini akan diteruskan jika BN masih tidak mahu berubah.

Semua ini dihujah atas dasar rasuah yang ada dan juga pelbagai kelemahan dalam pemerintah. Walaupun tidak ada nas yang sahih mengatakan umat Islam boleh bertahalluf dengan puak kafir bagi menjatuhkan umat Islam yang lain, tetapi semua ini sudah dikaburi oleh bayangan kerakusan mendapat kekuasaan yang menggila. Siapa ketuanya? Apa agendanya? Siapa yang membiayainya? Apa implikasinya kepada Islam?

Semua ini sudah tidak menjadi perhitungan umat Islam. Yang penting kerajaan mesti disungkurkan ke bumi.

Fikiran rakyat tidak lagi diisi dengan ilmu yang mantap sehingga begitu mudah dikaburi oleh ism-ism yang diperjuangkan Barat dengan menyangka bahawa itulah Islam. Umat Islam tidak lagi kenal mana musuh, mana kawan. Mana yang harus kita berbeza dan yang mana harus kita bersama.

Umat Islam keliru dengan istilah-istilah Barat seperti demokrasi, liberalisasi, humanism, sosialism dan yang seumpamanya.

Setelah Barat gagal membaiki kaum mereka dengan istilah-istilah ini maka mereka kini melontarkannya pula kepada puak timur dan amat malang pihak timur (umat Islam) menerimannya secara bulat-bulat.

Pimpinan Islam juga dikelirukan antara "keadilan" Islam dan "kesamaan" Barat. Pengikut pula bertaqlid secara buta kepada pimpinan sehingga menganggap selain dari itu adalah kebatilan.

Medan-medan yang disediakan untuk mendampingi masyarakat bukan lagi menjadi tempat untuk menyebarkan ilmu tetapi menaikkan sentimen kebencian kepada umat Islam lain.

Akhirnya siapa yang rugi kalau bukan umat Islam. Siapa umat Islam itu kalau bukan orang Melayu.

Kalau Melayu rugi, Islam rugi,   habis…. BERSIH ini untuk siapa???



26 comments:

  1. Salam..
    Berkaitan dgn Tag line Bersih yg dikatakan mengajak rakyat menjatuhkan kerajaan dan mencontohi Libya,sy harap saudara semua berhati-hati krn tagline ini sebenarnya tiada pd Logo Bersih yg Asli..
    Ia semata-mata tokok tambah dari mereka yg ingin mensabotaj program ini..
    Sy menerima laporan bahawa kerja2 Sabotaj ini dilakukan oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab yg sengaja utk mengapi-apikan keadaan supaya menjadi tegang semata-mata utk mengundang tindakan dari pihak KDN..
    Sy ada membaca laporan tentang molotov koktail yg dijumpai dimana ianya disorokkan disekitar kawasan Sogo,KL..
    Apa yg menimbulkan kemusykilan dan rasa sinikal sy ialah,molotov itu diperbuat dari Botol mineral Plastik..
    Molotov koktail tujuannyanya adalah utk mencetuskan kebakaran dan botol yg sesuai utk tujuan itu adalah botol kaca krn apabila botol kaca itu pecah,api akan merebak..
    Jika ianya botol plastik,ia tidak akan pecah apabila dilemparkan ke jalan atau objek yg disasarkan..
    Ianya sgt2 mencabar tahap kebodohan yg ada pd diri sy,lalu sy menolak dakwaan penemuan molotov koktail ini..
    Tujuan sy menulis sebegini adalah utk saudara2 semua merenungkan sisi yg tidak dibincangkan wlwpun ianya tidak memihak..
    Sy melihat etika penulisan media arus perdana kini telah merosot dan lbh byk mengajak umat awam utk hidup dlm kegelisahan dan panik dan adakalanya agak keterlaluan..
    Sy gusar dgn gaya penulisan media arus Perdana dan sy lihat ianya juga menjangkiti Media2 internet jika merujuk Artikel2 yg dikeluarkan kebelakangan ini..
    Sy faham dgn hasrat utk mendaulatkan kembali Islam supaya ianya kembali bersinar..
    Namun adakalanya kita perlu mencermati dapatan2 kita krn adakalanya sumber2 yg kita perolehi itu juga harus kita proses supaya keabsahannya tidak dipersoalkan kelak..
    Mari kita Ikuti sejenak kisah Sultan Muhammad Al-Fateh dlm usahanya membuka Kota Konstantinopel dari kuasa Byzentym..
    Baginda menggunakan teknologi Meriam dari Hungry melalui jurutera yg bernama Urban..
    Adakah kita boleh memakai doktrin agama utk mengadili tindakan Sultan Muhammad Al-Fateh menggaji seorang Kristian yg Bernama Urban utk mecipta meriam terbesar kerajaan Islam dizaman itu?
    Layakkah kita menghakimi Sultan Muhammad Al-Fateh yg tidak pernah meninggalkan solat lima waktu,Solat Sunat Rawatib,Solat Sunat Tahajjud semenjak dari Akil Baligh itu dgn penggunaan tenaga pakar dari seorang yg bukan Islam dari negara Hungary?
    Tujuan meriam itu dibina adalah utk memecahkan tembok tebal Kota Konstantinopel utk memenangkan tentera Islam..
    Adakah inya perlu utk dibincangkan dgn panjang lebar tentang akidahnya ketua pembuat Meriam utk kerajaan Islam Utsmaniah ini?
    Matlamat yg dianjurkan oleh Islam itu tidak akan gugur andai menggunakan tenaga org bukan Islam utk mengajaknya turut sama..
    Sy pasti ramai yg tidak mengetahui tentang sejarah pembukaan Kota Konstantinopel krn ianya tidak pernah difilemkan oleh pemodal2 besar Hollywood..Mereka lbh sanggup menerbitkan filem Kingdom Of Heaven yg memaparkan tentang baik budinya Salehuddin Al-Ayubi terhadap penganut Kristian dari menerbitkan Filem yg mengisahkan tentang pembukaan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh krn keterlibatan seorang jurutera yg beragama Kristian utk menghasilkan Meriam gergasi utk tentera Islam Utsmaniah..
    Memang umat Islam dlm kerugian krn byk sejarah agamanya dipadamkan dan diselewengkan..
    Vlad Dacula yg dimomokkan oleh Media sebagai penghisap darah yg dibunuh oleh Van Helsing ttp ramai yg tidak tahu bahawa Vlad Dracula itu sebenarnya telah dipancung oleh Sultan Muhammad Al-Fateh krn membunuh dan menyula seramai 30000 org Pedagang Turki dinegaranya lalu diperangi oleh Adiknya sendiri yg bernama Radu yg mengetuai angkatan Perang Kerajaan Islam Utsmaniah sblm pembukaan Kota Konstantinopel..
    Byk yg kita tidak tahu dan masih kabur tentang sejarah agama kita sendiri lalu kefahaman kita itu kita bentuk keadaan dgn serba kekurangan ini..Sbb itulah politik perkauman begitu subur di Malaysia..
    Malangnya kita bukan lg terlelap dlm sedar,ttp lbh malang lg MENGIGAU DALAM SEDAR!!!

    ReplyDelete
  2. assalam saudara di atas...

    saya rasa saudara silap fakta...urban telah memeluk agama islam saudara.selepas itu baru urban setuju utk membina merian kepada sultan mehmed al-fateh.....


    terima kasih

    ReplyDelete
  3. Rasullullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH tidak mencabut ILMU daripada manusia, tetapi akan mencabut ILMU daripada para Ulama. Sehingga jika Ulama itu tidak ada, maka jadilah manusia itu dibawah pimpinan mereka yg BODOH, lalu org2 itu diberikan pertanyaan2 yg akan dijawab tanpa ILMU, sehingga sesatlah mereka serta menyesatkan yg lain.

    ReplyDelete
  4. Salam..Terima kasih atas info yg saudara berikan tentang Urban..
    Namun sy ingin mengajak saudara utk membincangkan tingkah laku Urban yg kadangkala meminum Arak krn terlalu merindui keluarganya lalu beliau dimaafkan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh..
    Bagaimana Sultan Muhammad yg disabdakan Sebaik-baik Raja oleh Hadith Rasulullah s.a.w boleh memaafkan ketelanjuran Urban meminum arak jika bukan krn Urban itu tidak terikat dgn Syariat Islam yg melarang umatnya meneguk Arak?
    Jika benar spt info saudara itu,sudah tentulah beliau akan dihukum oleh Sultan Muhammad Al-Fateh,ttp sebaliknya perbuatannya itu dimaafkan oleh Baginda
    Harap dptlah saudara menjawabnya..Sekian terima kasih..

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya kita sentiasa waspada,walaupun ditengah jalan terang benderang sayang sekali kita masih tidak nampak musuh yang sedang menghadang,apabila meriam sudah berdentum dan meledak apakah kita masih juga merasa ragu dan menyangkanya bunyi guruh dilangit.Nampaknya semua ini belum mampu memberi pengajaran kepada kita sekalipun sejarah berulangkali mengingatkan.

    ReplyDelete
  6. Salam ukhwah saudara2 sekelian..
    Sy mengikuti perkembangan negara baru2 ini dgn perhimpunan Bersih dan ulasan Pascanya sekali..
    Berbagai Tafsiran yg bertandang samada ianya positif atau negatif..
    Terserahlah kpd anda utk menilaikannya ttp harus juga kita menginsafi kekurangan kita wlwpun dimana paksi yg kita pilih utk berpijak utk menjadi prinsip yg mendasari pendapat..
    Kedua pihak mempunyai alasan dan setiap alasan itu seharusnya dibincangkan dan diperhalusi..
    Elakkan lah dari membincangkannya dgn memasukkan andaian2 krn ianya ttp bersifat andaian..Seharusnya andaian2 ini tidak didedahkan krn ianya lbh bersifat Makrifah..
    Lalu tingkat makrifah itu berbagai-bagai,ada yg sampai ke tingkat yg tertinggi dan ada pula yg singkat..
    Menyatakannya disini hanya semata-mata akan membuka kpd umum tingkat Makrifah anda..
    Samada ianya benar atau sebaliknya,jgnlah lupa kpd sifat kehambaan kita sebagai Muslim yakni menyerahkannya kpd Allah Qadi Rabbul-Jalil krn anda bukan hakim segala Hakim dan bukan Raja Segala Raja..
    Merendah dirilah kpd Allah dan elakkan dari menyinggung akan Haq2 Allah krn musuh kita adalah hati2 kita yg belum mahu bersatu dan berkasih sayang krn Allah..
    Jika kita tidak menerima Bersih sebagai wadah dan menganggapnya Batil maka pastikan juga dasar yg kita pauti juga haruslah bebas dari unsur2 Kebatilan..Apakah jaminan anda itu adalah terpulang kpd deria fizik dan bukan fizik masing2..
    Sy tidak mahu membincangkan ianya sejauh anda krn sy mahu berlepas diri dari menanggung pertanggungjawaban andai terdapat Khilaf dlm menghakimi sesuatu natijah..
    Mudharatnya atas bahu anda jika anda pula yg Khilaf dan mohon berlindunglah dari Allah..
    Berlakunya sesuatu perkara adalah mencarik adat jika hanya berpunca dari sebelah pihak dan jika ruang kelemahan ini tidak diatasi,polemik ini tetap akan berpanjangan..
    Wlw apa bukti yg anda kemukakan,ianya masih perlu kpd hujahan samada ianya bukti yg sahih atau sebaliknya..
    Setiap Hujah harus ada hujah balas utk menyeimbangkannya supaya ianya benar2 boleh dijadikan bukti atau sebaliknya..
    Elakkan dari menghukum pendapat org lain krn anda turut menghukum diri anda sendiri krnya..
    Sy memilih utk berlapang dada krn Allah tetap memelihara Hamba2nya yg mencintainya dan mencintai ciptaannya yg bernama manusia malah haiwan sekalipun..
    Bersedaerhanalah dlm memberi pandangan dan jgnlah keluar dari persoalan dgn menimbulkan persoalan yg lain darinya krn ia akan menjarakkan lg kasih sayang sesama kita..
    Wllahualam..

    ReplyDelete
  7. Salam..
    Jika wakil Bersih ini diterima mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong,maka apa hujah utk saudara2 mengatakan mereka ini alat2 Musuh dan pertubuhan Haram..
    Jika Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong enggan menerima mengadap wakil Perkasa,apa hujah Saudara utk mengatakan Perkasa memperjuangkan Agama dan Bangsa sehinggakan ketua Agama Islam Negara ini pun enggan utk menemui wakil2 Perkasa..
    Sy membangkitkan persoalan ini supaya saudara2 semua kembali bertenang dan jgn berlebih-lebih melayan karenah Media dan menyuburkan isu2 yg tidak perlu..
    Jika Barat itu musuh2 yg nyata,mengapa pula PM kita ke sana utk menarik pelabur???
    Jika Kristian dituduh memberi dana kpd Bersih,mengapa pula PM kita pergi ke Vetican utk menjalinkan hubungan dgn Musuhnya???
    Jika Bersih cuba menghidupkan Fahaman Komunis,megapa pula kita tidak memusuhi China dan menerima lawatan Presiden Negara Komunis Terbesar itu ke Negara Ini,menarik pelabur mereka utk menabur modal mereka ke sini???
    Bukankah itu sikap double standard apabila disini kita melaung2kan bahawa Barat dan Komunis itu musuh ttp diluar sana kita dgn ramah dan tangan terbuka cuba menarik pemodal2 mereka utk dtg kesini????
    Sbb itu sy sarankan supaya semuanya bertenang dan menghentikan cakap2 yg membawa Mudharat krn kita bukan tinggal di dunia ini bersendirian..
    Apa jd dgn saudara2 Seagama kita dinegara Minoriti Islam jika sikap kita yg gemar curiga ini dijadikan kayu ukur oleh Masyarakat bukan Islam di Barat utk menilai penganut Islam dinegara mereka???
    Apakah saudara2 semua tidak memikirkan kesan dari kata2 saudara semua ini kpd saudara2 kita dinegara bukan Islam yg lain???
    Jgn sempitkan fikiran bahawa Islam ini hanya Anutan kita sahaja disini ttp dimana-mana negara bukan Islam juga ada saudara2 kita..
    Maka sy harap saudara2 semua berpada-padalah krn mudharatnya bukan kita sahaja yg akan tanggung ttp saudara2 kita diluar sana juga akan terkesan..
    Dunia Islam ini luas dan bukan sekitar Malaysia sahaja..
    Maka harap semua dpt celik kan mata kembali..

    ReplyDelete
  8. http://www.youtube.com/watch?v=BfOGSIHx9go

    ReplyDelete
  9. salam semua pembaca

    keadaan dunia menghala kepada satu kuasa baru semua tahu itu. apa malaysia juga termasuk dalam rencana mereka sedang kita semua perhatikan. terima kasih kerana artikel ini membantu kita melihat kembali peristiwa di utara afrika itu dan harap ia tak terjadi begitu disini. saya tak tahu mainan konco zionis di malaysia, tapi rasanya ada disemua pihak dalam politik dan sosial. jadi beringat itu rasanya tak salah tambah pula hidup islam di malaysia kelibatnya sudah dilihat tidak sekata lagi. salahkah kita beringat2 sebelum terjadi? tak salah kita berimaginasi, saya rasa. bila mau islam semua seia sekata? oh ya saudara kat atas tu nampak sangat sangsikan artikel ini, tak takut ke riot macam di siria menular di sini? demokrasi ini hanya cantik pada mereka yang sayangkan politik. betul tak? jangan lupa nasib melayu singapura sekarang adakah masih melayu lagi dan bahasa inggeris jadi kebanggaaan di sini pun nampak nak jadi gitu. ... maaf kalau komen ini tak betul.

    ReplyDelete
  10. kita di malaysia ni terlalu banyak persepsi dan anggapan. kadang2 dek krn terlalu byk andaian, kita LUPA dan BUTA dgn kebathilan yg sudah terang2 berlaku di hadapan mata sejak dulu lagi. Semua org islam mengaku mahukan perpaduan,tetapi brp ramai yg tampil ke depan bersama idea2 yg bernas sbg usaha untuk membantu perpaduan islam??? malah lebih teruk lagi,org yg berani keluar utk membela islam dihina,ditangkap,dimaki dan dicerca.. bukankah kita sepatutnya membantu memperbaiki mana yg silap di dlam langkahan mereka??ataupun jika perlu kita sendiri tampil dgn gaya yg tersendiri!!.. Matlamat adalah jelas, cuma mungkin jalan yg berbeza. tetapi bukan smua muslim mempunyai matlamat yg sama! musang berbulu ayam sentiasa ada di mana2 (semoga kita terhindar dari sifat2 munafik).. sy sendiri tidak tau apakah niat di hati peserta2 bersih. tetapi, ape yg saya faham, agenda mereka adalah menuntut keadilan,.jika benar ada hidden hand di sebalik mereka,itu menjadi tugas kita utk membongkarnya. kita tidak boleh hidup apatah lagi menghukum hanya berdasarkan andaian. sy tidak mahu beranggapan bhw mereka diperkuda atau digunakan pihak2 tertentu.. krn sy takut bagaimana jika PERSEPSI sy itu sbnrnya salah? apakah yg akan saya jwb di hadapan Allah jika ditanya di akhirt kelak? oleh itu,hati2 dgn penulisan dan tingkah laku,jgn sampai kecurigaan yg melampau berjaya memusnahkan kita sebelum sempat melangkah. Media perdana di negara kita bertanggungjawab meracuni pemikiran2 masyarakat dgn andaian2 mereka.. saya hairan bagaimana media2 utama negara memaparkan berita2 di muka hadapan hanya berdasarkan berita yg bergenre ANDAIAN, bukan FAKTA!

    ReplyDelete
  11. Salam..
    Sy tertarik dgn kata2 pertanyaan Saudara Sinmaid yg ditujukan kpd sy..
    Sy tidak takut utk menghadapi apa sahaja kemungkinan yg akan melanda negara ini jika Allah menhendakinya berlaku jua krn ianya tanah tempat lahir dan mati sy..
    Jgnlah Saudara fikir Kemungkinan ini tiada tersimpan dibenak sy ttp sy tidak mahu mengangkatnya sebagai Hujahan utk sy sebarkan..
    Mudharatnya adalah ia membawa kpd hilang keyakinan dan kepercayaan dan sangsi sesama manusia dibumi Malaysia ini dan mempercepatkan kemungkinan ini menjadi kenyataan!!!!
    Apakah kekuatan yg kita ada dan sudahkah ia berada pd tahap sgt2 bersedia sehingga kita seolah meminta-minta keadaan spt ini terjadi???
    Bersediakah Saudara utk menghadapinya????
    Itu persoalan sy kpd semua yg mahu meyakini kemungkinan ini..
    Sudahkah saudara menyiapkan mental dan Fizikal saudara utk menghadapinya dan tidak lari hingga ke titik masa yg akhirnya????
    Maka sbb itu sy menahan diri dari mencanag-canangkan kemungkinan2 spt yg gemar saudara2 semua kemukakan..
    Sy ingin bertanya sejak bila pula Melayu belum pernah kehilangan Hak2nya dibuminya sendiri???
    Tahukah saudara tanah rezab Melayu yg dahulunya berjumlah 3 juta Hektar kini semakin menyusut hingga tinggal tidak sampai 2 Juta Hektar kini??
    Tanah rezab Melayu harus diganti apabila ianya mahu dibangunkan ttp apakah ianya diganti???
    Apakah ini semua berlaku dibawah tangan org lain jika bukan dibawah tangan pemimpin2 Melayu sendiri???
    Tahukah Saudara bahawa tanah org Melayu diceroboh oleh Tauke2 ttp apabila mahu dibawa perkara ini ketengah mereka menerima ugutan dari pemimpin Melayu sendiri yg bertindak sebagai Broker???
    Tahukah saudara Tanah Pantai pun kini diserah kpd org lain oleh pemimpin2 Melayu??
    Kini mereka pula mahu mendakwa org lain pula yg mahu mengancam bangsa dan agamanya..
    Sbb itu sy meluat utk mempercayainya krn kerakusan mereka sendiri yg menyebabkan org2 Melayu semakin kehilangan Hak2 mereka..
    Sy tetap akan mempertehankan kepentingan Agama dan bangsa sy ttp bukan dibawah telunjuk org2 sebegini!!!!
    Mereka ini lbh kejam dari Zionis krn Zionis mengambil tanah org lain utk diberi kpd bangsanya ttp disini,Bangsa sendiri yg mengambil tanah utk diberi kpd org2 lain!!!
    Ttp oleh kerana solekannya Islam,maka saudara mahu sy meredhai perbuatan mereka???
    Jika saudara mengatakan saudara tidak tahu permainan Zionis,biar sy terangkan Zionis diMalaysia adalah bangsa kita sendiri yg beragama Islam,yg menjaga Taukeh2 Besar,yg menjadi CEO2 Syarikat Judi,tanyalah siapa CEO Genting Berhad,Magnum,Rottary Club...
    Boleh dikatakan hampir semuanya dari Bangsawan2 Melayu!!!!
    Terkejutkah saudara2????
    Selama ini kita tidak pernah mendengar sisi Gelap Bangsawan Melayu ttp sy sudah hilang sabar utk menyimpannya krn pandangan sy saudara2 sy bertarung dipadang yg salah!!!!
    Sy ingin bertanya Melayu mana dan Islam mana yg akan hilang Hak jika dan terhakis kuasanya???
    Melayu Bangsawan dan Islam Bangsawanlah yg akan hilang kuasanya apabila semuanya dikembalikan kpd Rakyat!!!
    Melayu dan Islam hanyalah Kata Ganti Diri utk bangsawan2 ini dan silalah saudara2 semua bermati-matian utk mempertahankannya..
    Zionis bukannya bodoh utk menghantar ejen2nya utk menghancurkan kita ttp mereka memilih dan mendidik Bangsawan2 Melayu utk melaksanakan agendanya..
    Mereka yg menggubal undang2 ttp mereka sendiri yg memijaknya..
    Hak Org2 Melayu dan Agama Islam telah dijamin oleh perlembagaan,ttp mereka yg mengusulkannyalah yg sendiri memijak-mijak perlembagaannya!!!
    Sy hidup ditempat yg mana sy menyaksikan Hak2 bangsa sy dirogol didepan mata oleh Bangsawan2 Melayu didepan mata sendiri..
    Org2 yg melaung2kan slogan2 Melayu itu Islam inilah yg menjadi Broker kpd Taukeh2 yg menceroboh Hutan Dara ditempat tinggal sy dan berapa ramai org2 berpengaruh yg menjadi pecacai2 mereka!!!!
    Bila Adun dtg ke Masjid,muka2 inilah yg solat disaf Hadapan sedangkan sebelumnya berapa byk kuliah Agama dan di surau yg mereka gagal hadir..
    Ini yg nk dikatakan Melayu itu Islam????
    Tolonglah!!!!

    ReplyDelete
  12. Anonymous said...

    Salam..
    Sy tertarik dgn kata2 pertanyaan Saudara Sinmaid yg ditujukan kpd sy..
    Sy tidak takut utk menghadapi apa sahaja kemungkinan yg akan melanda negara ini jika Allah menhendakinya berlaku jua krn ianya tanah tempat lahir dan mati sy.. July 25, 2011 1:18 AM "

    pergh.... dasat! anda tahu kat mana akan mati. saya percaya ketentuan tu milik Allah jua.

    makhluk ciptaan Allah

    ReplyDelete
  13. Minta maaf...apa pun BERSIH itu tetap x bersih kerana ketuanya yang semamangnya x bersih..kekadang terfikir juga tentang org yg dikatakan Islam, sentiasa bercakap tentang Islam di sana sini tetapi dalam masa yg sama mahu menimbulkan pemberontakan...yg lebih zalim lagi ialah mereka sanggup bersengkongkol dengan musuh Islam yang sememangnya matlamatnya jelas ingin mengkafirkan seberapa banyak org Melayu yang kita ketahui adalah beragama Islam..

    Saya setuju benarlah jika Tag Line di bawah ini betul-betul pihak anda buat kerana ianya sememangnya rancangan anda dan musuh Islam di dalam Malaysia dan seluruh dunia.
    "Berkaitan dgn Tag line Bersih yg dikatakan mengajak rakyat menjatuhkan kerajaan dan mencontohi Libya,sy harap saudara semua berhati-hati krn tagline ini sebenarnya tiada pd Logo Bersih yg Asli..
    Ia semata-mata tokok tambah dari mereka yg ingin mensabotaj program ini.."
    Org yg membuat salah memang akan selalu mencurigai org lain...sekian..

    Allah swt sahajalah Maha Pengasih dan Penyayang serta Maha Mengetahui..
    Kembalilah anda ke jalanNya wahai pengikut Bersih 2.0..bertaubatlah

    ReplyDelete
  14. Salam..
    Sy merasakan inilah tahap IQ dan EQ saudara2 sy yg masih belum dpt menerima perbedaan Pandangan..
    Apabila sy mengajak sesuatu Maslahat itu dibincang dan diperhalusi dgn mengemukakan pendapat utk lebih meluaskan topik perbincangan ini,ada pula yg lari dari matlamat dgn menuduh sy sebagai Musuh negara dan dgn mudah mentafsirkan ayat2 sy utk menggelarkan sesuatu yg bersalahan dgn sikap dan pendirian sy..Malah ada yg mencari dan memetik ayat2 sy supaya sesuai dgn tafsirannya lalu mengulasnya dgn ayat2 pendek yg merupakan penafian dari kenyataan sy..Begitukah etika Saudara2 dlm perbincangan?
    Sy mahu mengajak saudara2 mencabar tahap pemikiran sedia ada ke suatu tahap yg lebih melapangkan diri dari membiarkan diri diasak tanpa mengilas,jgn hanya menangkap sesuatu yg seia sekata dgn kehendak masing2 lalu apa gunanya medan perbincangan ini dibuka?
    Usahkan hendak bersatu,hendak memroses Hujah pun saudara2 semua keberatan dan lari dgn melemparkan kata2 yg tidak menjawab persoalan..
    Apakah kreteria yg saudara gunapakai dlm menghujah sesuatu sisi pandangan?
    Sy mengikuti perkembangan dunia dan perancangan Protokol Zionis terhadap dunia seawal perancangan Perang Dunia Pertama,Perang Dunia dan keadaan Muta'akhir ini..
    Sy mengikuti Fasa perancangan mereka keatas negara Timur tengah yg sedang mereka usahakan sekarang utk menaikkan Israel sebagai kuasa Bsar dunia..
    Namun,sy melihat permasalahan diMalaysia adalah masalah Domestik dan tatacara Kerajaan sedia ada dlm mengendalikan permasalahan itu..
    Sy tidak mahu mengangkat teori Konspirasi dlm hal ini krn bukan semua perkara yg berlaku keatas negara ini bertitik tolak dari Konspirasi Protokol Zionis semata-mata..
    Ianya masalah karenah dan Birokrasi yg diwujudkan dlm pentadbiran negara,bukan konspirasi..
    Sy boleh mengarang kata2 yg memuaskan hati semua ttp apakah ianya perlu dlm meningkatkan minda yg lbh Kritikal utk kebaikan Agama dan bangsa?
    Adakah saudara pernah terlibat dlm kaji selidik dan membuat kajian tindakan,merangka perancangan strategik dan menilai2 unsur penggalak dan ancaman atas sesuatu pelan tindakan saudara semua?
    Sy melihat topik ini sgt baik utk meningkatkan tahap IQ dan EQ saudara2 semua dgn syarat perbincangan ini diperluaskan lg ruang perbincangannya ttp sebaliknya Saudara2 enggan berperanan dgn lbh positif dan lbh ingin berpolitik dari membawa perbincangan ini ketahap yg lebih tinggi tahap interleknya..
    Penafian memang mudah diucap ttp bagaimana utk meyakinkan diri kita dgn hujah2 bernas dan bermanfaat utk semua pihak?
    Inilah ruang yg sering dipinggirkan,masing2 hanya mahu mengecap kepuasan peribadi lbh dari menyata dan memberi sisi pandangan..

    ReplyDelete
  15. salam..Tag line itu ditokok tambah..kerjax orang yg nak sabotaj Bersih 2.0..

    Bersih 2.0 walapun dipengerusikan oleh Ambiga..matlamatnya hanya meminta pilihanraya yg bersih,adil dan telus..

    SElagi dibawah pimpimpin yg "corrupted" dan merompak duit rakyat. Rakyat perlu sedar sudah sampai masanya untuk merubah kepimpinan yg ada walaupun majoritinya orang Melayu Islam tetapi tidak melaksanakan pemerintahan berlandaskan Hukumx Islam.

    wassalam.

    ReplyDelete
  16. Mengapa Bersih 2.0 dianggap kaedah terbaik utk merubah kepimpinan yg ada? Adakah org yg hendak merubah itu boleh menjamin org yg menggantikan lebih baik? Walau apapun Bersih 2.0 tidak suci dan mutlak utk mensucikan kekotoran yg ada pd kepimpinan hari ini.Sistem demokrasi itu sendiri sudah kotor dan bernajis.Semua pihak yg terlibat adalah pendokong kpd sistem tersebut,maka hasilnya pun nanti tetap akan sama.
    Bersih 2.0 menjadi saluran pihak ketiga yg menangguk diair keruh. Rakyat sudah bosan dan kecewa dgn kerajaan yg memerintah, yg mana pertembungan kedua -dua pihak ini adalah hasil dari sistem ciptaan otak manusia. Musuh ambil kesempatan menjadi batu api, menaja permusuhan, membiayai perpecahan, demi utk kepentingan dan cita-cita jahat mereka.
    Seluruh sistem ini dan pendokongnya mesti dibersihkan dan disucikan oleh pemimpin atau golongan yang telah mensucikan hati mereka terlebih dahulu.barulah bantuan Allah akan datang.Malaysia akan menjadi Negara Aman Makmur yang Mendapat Keampunan Allah.
    Cuma pejuang-pejuang kebenaran masih tertanya-tanya bagaimana Allah hendak melakukan hal tersebut.Bagaimana beralihnya Malaysia menjadi sebuah negara Islam yang bersistem kekhalifahan.diterima baik oleh muslim dan non muslim.Inilah rahsia Allah kerana musuh juga mencari-cari, mengkaji dan menggali petunjuk-petunjuk hatta didlm hadis dan AlQuran, mencuba habis-habisan utk menghalangnya.
    Harapan kita pejuang Islam adalah terletak kepada Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi.Mereka akan membawa satu sistem baru yg bersih lagi suci yg di campurtangani Allah dan Rasul.Sistem yg ada pd hari ini sudah busuk dan berulat,reput lagi berkulat, akan jatuh pd bila-bila masa shj walau cuba ditopang dgn apa saja cara termasuklah Bersih2.0.
    Apa tugas kita? Bersih dan sucikan HATI moga-moga termasuk termasuk dalam team kebenaran. Berdoa dan merintih agar Allah segerakan kemenangan utk Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi.Amin

    ReplyDelete
  17. Salam...
    Benar spt kata Saudara Nurrohi bahawa Imam AL-Mahdi akan membawa sistem Khalifah yg kembali akan dihidupkan semasa keberadaannya dibumi Allah ini..
    Persoalan sy adalah adakah sblm tibanya Imam Al-Mahdi itu kita perlu memulaukan Sistem Pilihanraya jika kedua-dua pihak yg bertanding itu tidak boleh kita harapkan utk mengubah keadaan menjadi lbh baik?
    Ianya bergantung kpd tafsiaran saudara2 semua..
    Sy percaya jika Al-Mahdi muncul,PAS atau Umno sudah tidak lg wujud krn keadaan dunia tidak lg spt yg kita lihat sekarang,mungkin juga populasi dunia ketika itu hanya tinggal 1/3 sahaja krn Population reduction agenda oleh gerakan2 rahsia THH disamping fenomena alam menjelang kemunculan Imam Al-Mahdi..
    Dikatan oleh beberapa Atsar sahabat terutamanya dari Abu Hurairah r.a bahawa akan terjadi perang besar dilembah Megiddo(armegedon)sblm kemunculan Tentera panji Hitam dari arah Timur dan 72 bulan selepas itu akan muncul Imam Al-Mahdi selepas berlaku pergolakan merebut tahta pemerintahan di Arab Saudi oleh tiga org bersaudara setelah kematian seorang Khalifah..
    Bibit2 itu sudah muka mahu menampakkan diri apabila ada perancangan utk mengasingkan Arab Saudi kpd 3 atau 4 Kuasa aotonomi..
    Kini King Fadh(ayah kpd King Abdullah dan adik2nya yg kebetulan 3 orang)berada dlm keadaan kesihatan yg kritikal manakal usia King Abdullah pula sudah menjangkau 80 tahun..
    Baik, itu gambaran dunia ketika menjelangnya kemunculan Imam Al-Mahdi..
    Merujuk kpd negara2 lain di sekitar Asia Tenggara terutamanya Malaysia kini,apakah persediaan kita dari sekarang?
    Apakah menunggu dgn membiarkan kebathilan demi Kebathilan golongan Bangsawan atau mempersiapkan diri utk menghadapi apa yg janji Allah dan rasul yg bakal tiba itu?
    Sy menjangkakan Israel akan berada dipuncak kuasa adalah pada tahun 2020 atau 2024..
    Selepas itu Allah akan menampakkan kpd kita satu demi satu kronologi2 yg menuju kpd kemunculan Imam Al-Mahdi yg membawa petunjuk itu..
    Sy percaya semuanya mahu mempersiapkan diri,ttp persoalan sy adalah apakah keadaan yg kita lihat sekrang ini hanya helah utk menangguh-nangguhkan persiapan kita itu atau ianya sebenar2nya fasa mempersiapkan diri..
    Sy percaya setiap org akan punya pandangan sendiri ttp percayalah jika hasrat utk berada dipihak yg benar itu sudah ada dlm fikiran dan hati,Allah akan tetap menyatukan kita wlwpun sebelumnya sudut pandangan kita berlainan..
    Wlw apa wadah yg kita pilih sebelumnya,ianya bukan lg persoalan apabila seruan utk bersatu itu kedengaran dari Bumi Makkah yg akan menghebahkan akan kemunculan Imam Al-Mahdi selepas kemunculan Tentera Panji Hitam dari Khurasan dan dituruti oleh kejadian di Baida..

    ReplyDelete
  18. salam

    mungkinkah akan berlaku juga kegawatan memuncak keberhasilan dari kemelut masakini, cetusan protes berpanjangan yang tidak berpenghujung bakal menggamit situasi kegoncangan dan kekeliruan iman?

    masih adakah rasa belas kasih sesama mukmin? makin layukah kepercayaan dan membuahkan pula prasangka serta kesangsian? islam semakin longlai diterombos kerakusan sekular. jauh meninggalkan kesejahteraan sebenar yang dituntut para wali, menjadi pula manusia2 bengis yang sedia mengguris hati sesama insan. kerana apa?

    kuasa!

    Demi kuasa semuanya bakal runtuh berkecai. Yang dikendung berciciran.

    ayam dikepuk mati kelaparan... ungkapan saudara almarhum "Aminuddin Baki".

    ReplyDelete
  19. Salam.
    Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yg disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
    Sedaraku, islam itu mencintai perdamaian. Selagi umat islam berpegang pada kalimah ini, kita adalah bersaudara. Umat islam berjihad hanya dengan mereka2x yg tidak mahu berdamai dengannya. Sejarah telah mengajar kita supaya tidak mencurigai dan memerangi mereka2x yg mahukan kedaiamai. Orang yg menjadi tawanan sekalipun layan lah mereka dengan sebaik munkin. Ajaklah mereka mengenal Allah. Jika mereka enggan, hendaklah ditebus diri dgn duit. Maka bebaskan lah mereka.Jika x mampu, mereka hendaklah mengajar ape2x ilmu kepada kanak2x islam dan kemudiannya bebaskan mereka. Alangkah indahnya islam. Ianya penuh dgn kelembutan. Orang yg berakal akan dapat merasai keagungan agama islam. Cara yg tidak terdapat pada agama lain dan x terfikir dek akal. Dapat meruntuhkan ego seseorang dgn nilai2x murninya. Memikat hati pada yg merasainya.
    Lihatlah hari ini, umat islam berpecah belah kerana hilangnya nilai2x murni dlm diri mereka sendiri. Agama lain menganggap islam agama yg kejam. Melakukan pemberontakan dan pembunuhan.
    Sedarlah sedaraku. Kita semua telah diperbodohkan dengan sistem pemerintahan barat 'demokrasi'. Selagi sistem ini bermaharaja lela. Selagi itu umat islam didunia tidak akan dapat bersatu. Mana munkin satu kapal (umat islam)dapat dikendalikan oleh 2 orang kapten. musuh kepada kedamaian telah mencetuskan ideologi ini. Sistem yg dibuat oleh manusia pasti ada cacat celanya. Kita hanya mengambil tampa berfikir apa yg akan terjadi di kemudian hari.
    Masih ade harapan lagikah kita menggunakan sistem pemerintahan islam? Diharap sistem pemerintahan Khalifah dapat diperhalusi oleh pemikir2x dan ulama2x islam supaya dapat digunakan di zaman ini.
    Sekadar peringatan kepada pembaca yg berfikir dan cintakan kedamaian.

    ReplyDelete
  20. salam

    terimakasih sdr anon. baik bingkisan anda dan patut jadi renungan mereka yang sudi berfikir.

    bagaimanakah caranya pemilihan sesaorang pemimpin dalam konsep khalifah negara islam? sistem apakah yang mereka guna untuk memilih dan menentukannya? mungkin ada sesiapa dapat memberi pencerahan.

    ReplyDelete
  21. Tiada lagi siapa yang tahu bagaimana kerajaan islam boleh bangun kembali. mahu atau tidak pakai saja yang ada di depan mata. demokrasi sekular saja yang ada. buang sekular, kerajaan mesti kena belasah oleh ejen sekular yahudi... macam libya hehe.

    ReplyDelete
  22. Saudara Amirudin Yahya dan Pengomen, yang dapat saya ulaskan simple, tulisan saudara dan pengomen terlalu emo, memanglah ralit membacanya tapi last sekali tiada action plan yang positif. Himpunan bersih2 kalaulah dibenarkan berdemo cara aman, semua kedai dibuka dan polispun paling minima diaturkan hanya untuk mengawal jangan berlaku pergaduhan, sediakan juga ambulan dan staf medic, hingga sampai keIstana serah memo dan bersurai. Saya rasalah kalaulah dibuat gitu demo akan berlaku cara aman dan puak bisnespun akan untung. Siap sedia gerai tambahan lagi jual air, buat macam pesta, apa macam. Tak timbul pengaruh yahudilah, hindulah dan macam2, buat macam depa ikut cara kita, selesai.

    ReplyDelete
  23. Punya byk fakta ttg dajal.. tapi cuba memburukan himpunan bersih.. untuk siapa?? rakyat lah.. kalau himpunan tu x diganggu.. tiada ape belaku.. itu cuma himpunan aman.. anda x pertikai penasihat dari yahudi? lagipun sistem PRU mmg byk gagal.. gagal untuk adil bermakna berjaya utk yahudi

    ReplyDelete
  24. demo ni budaya siapa? huh memang dah terpengaruh dengan perancangan laknatullah.. anuar tu agent yahudi nyata... x usah selindung. nak spring? heh Iraq blum setel beb.. kalo kata bodo nanti marah plak.. buatlah servey.. lihat apa sebalik bershitt tu

    ReplyDelete
  25. politik dia tetap jalankan... memang dia punya rencana. kita terpaksa ikut bukan kerana sukarela tp pemimpin tertinggi kenapa nak ikut kepala diaorang??... ini di punya tepat tinggal ke??? atau pemimpin terpaksa ikut kerana ugutan dari pihak luar?? kt rakyat kalau perkara kecil kt tak sama bantu macam mana klu pemimpin tu penting diri sendiri. ???.perkara kecil jangan ambil remeh. mana tahu??

    ReplyDelete
  26. tentera mahdi hanya allah sahaja yang tahu... mana ada kuasa besar yang berani hancurkan mereka kerana allah yang jaga mereka, latih mereka, takkan tentera allah terkesan dengan makhluk, iman mereka tulin tak terkesan dengan kekayaan, kemewahan, keduniaan macam umat islam sekarang ditidurkan dengan kemewahan. hati mereka laksana singa yang mengaum ditengah hari tp hati mereka ketakutan di malam hari. cinta mereka pada allah dan rasul tinggi melebihi cinta pada diri sendiri.tandanya cara kehidupan mereka macam sahabat dan rasulullah. allah yang pelihara mereka. allah cinta mereka. kehidupan mereka kehidupan sunnah. nabi saw mana ada pakai rumah banglow ke istana ke??? nama ada karpet merah?? alas tidur pelepah tamar... mana ada kaya macam kerajaan rom dan parsi... semua tunduk pada sahabat nabi saw.

    ReplyDelete

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews