Nafsu, Iman dan Ihsan. Mana satu pilihan hati anda? Tepuk dada tanyalah "akal".
Perkataan "tuntutan" itu mencakupi "barang kepunyaan" yang telah hilang atau dirampas dari tangan kita. Apa yang disebut di atas adalah "hak peribadi" kita yang hilang, cuma sedikit sahaja yang dapat di ambil semula dengan mudah, iaitu kesedapan luaran (nafsu lahir/jasad). Itupun tidak sepenuhnya, sentiasa tidak mencukupi. Manusia mencari keseronokan dengan sangkaan itulah kesedapan yang sebenar. Memandangkan ia cuma kehendak nafsu peringkat rendah, tidaklah banyak yang dapat diperolehi oleh manusia walaupun telah menjadi jutawan atau bilionawan. Kenapakah begitu?
Dia yang awal, dia yang akhir, dia yang zahir, dia yang bathin. "Rahsia" dan "Rahsia Dalam Rahsia" ada tersimpan kukuh di Perbendaharaan Tasawwuf, tuntutlah sebelum terlewat. Ia adalah "hak" anak-anak Adam.
Satu bidang ilmu Islam yang tiada dalam sukatan pelajaran persekolahan negara ialah "Tasawwuf". Sememangnya ia tidak layak pun diajarkan di sekolah. Ia umpama ilmu peringkat tinggi dan hanya dapat difahami jika disertai dengan perulangan ritual dalaman, kesungguhan hati dan iktikad yang padu. Melalui Tasawwuf sahaja segala "tuntutan" bakal dapat diperolehi semula seperti yang dijanjikan. Cuba baca petikan artikel mengenainya di bawah.
"Tasawwuf merupakan salah satu dari tiga tiang asas agama Islam. Ia merupakan dimensi kerohanian bagi agama ini. Dengannya Iman dan keyakinan menjadi lebih kuat, perlaksanaan terhadap tuntutan syariat menjadi lebih sempurna dan penghayatan nilai-nilai akhlak menjadi lebih berkesan. Tanpanya Iman hilang kemanisannya, amal ibadah hilang kekhusyukannya dan akhlak hilang kemurniannya. Ia seumpama kawalan keselamatan dan perhiasan bagi sesebuah rumah yang menjadikannya lebih selamat dan bernilai tinggi. Memiliki keimanan semata-mata tanpa keislaman dan keihsanan adalah seumpama memiliki tapak rumah. Sekalipun pemiliknya ada tempat bertapak namun dia terdedah kepada kepanasan matahari dari basahan hujan. Memiliki keimanan dan keislaman semata-mata pula tanpa keihsanan adalah seumpama memiliki tapak dan rumah yang tidak siap dan tidak sempurna. Sekalipun pemiliknya ada tempat berteduh namun ia terdedah kepada kecurian dan rumahnya tidak bernilai tinggi. Manakala ihsan pula adalah seumpama rumah yang lengkap dan berperhiasan yang bukan sahaja selamat dihuni malah bernilai tinggi".Terdapat sesuatu yang anda cari selama ini iaitu "kemanisan" beribadat, "kelazatan" muktamad dan "kebahagiaan" infiniti. Bagaimana anda mencarinya jika ia berada sangat hampir dengan diri anda sendiri. Seolah manusia tersesat dalam terang. Kekeliruan yang menjadi pemisah dari kejayaan yang diharapkan.
Masihkah anda meragui kelebihan Islam berbanding semua agama di dunia dan menafikan sesuatu peluang keemasan memasuki ruang "syurgawi"?. Jika begitu sangkaan anda, anda adalah manusia yang paling rugi di dunia dan lebih menyesal ketika di akhirat.
Untuk membantu kita memahami apa itu TASAWWUF, sila ke
Selamat membaca dan mengambil peluang memperbaiki kefahaman tentang Islam.
assalamualaikum,
ReplyDeletesaya sentiasa teringin mahu belajar tasawuf, fiqh, usuluddin dan sebagainya. niat di hati mahu berguru dengan para ulama, niat itu sentiasa berkobar. namun masih belum kesampaian. diri saya ini masih banyak lompang-lompang yang perlu diisi dengan ilmu bermanfaat.
juga seboleh-bolehnya mahu anak perempuan saya yang masih kecil menjadi tahfiz & celik maksud2 al-quran.
doakan semoga niat saya tercapai.
teruskan usaha jihad ini wahai saudara abatasa..
siapa adam?
ReplyDeleteWaalaikumussalam, saudara SHAHi,
ReplyDeleteJangan bimbang selagi ada hasrat mencari Allah, selagi itu ada jalannya. Satu pesan saya, jangan paksa diri kerana tasawwuf tiada dalam kategori paksaan. Luruskan hati, bersihkan niat... perbaiki hati sendiri dan perhalusi tingkah laku sendiri, jalan akan terbuka lebar menggamit saudara. Percayalah!
Tasawwuf itu ilmu paling seni, segala bukti kebenaran hanya sendiri yang rasa, tiada kata-kata. Allah akan menghantar wakilnya mencari saudara jika saudara ikhlas hati ingin mendapatkannya. Syarat utama ialah "tidak membesar diri"... itu petua untuk bermula. Alhamdulillah, semoga saudara dapat hidayah. Amin.
Saudara Karami, saya tidak fikir saudara tidak kenal siapa itu adam tetapi mungkin ada maksud lain yang saudara cuba jolok. Tak mengapa, sma2 belajar, ilmu Allah itu luas. Sebenarnya lain guru lain "kiasan"nya, jadi jangan jumud, terus berfikiran terbuka. Jawapannya ialah, jika tiada adam masakan ada zahir muhammad.
ReplyDeleteSalam...Yang dimuliakan-NYA tuan rumah,
ReplyDelete1) Saya sentiasa ingin belajar Tasawwuf. Sedang mencari guru yg sesuai. Mengikut ilmuan-ilmuan Islam, semakin tinggi kita menuntut ilmu ALLAH semakin tinggi pula ujian dari ALLAH Yang Maha Menguji. Setiap kali lulus ujian dibuka-NYA pula pengetahuan-pengetahuan baru. Benarkah?
2) Kalau benar, apakah tahap ujian paling tinggi dalam Tasawwuf? Dan apakah tahap pengetahuan paling tinggi dalam Tasawwuf? Jika terlalu berat ilmu ini, mungkin saya perlu cari guru yang 100% tulen dan mursyid semursyid-mursyidnya.
3) Saya telah jelas dari penerangan tuan mengenai Tasawwuf, terima kasih. Saya kurang faham mengenai Ilmu Hakikat. Harap sekiranya tuan sudi jelaskan secara ringkas di sini atau menulis entry berkenaan Ilmu Hakikat.
Terima kasih.
Salam Tuan Zaidi.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah disini dan sudi pula bertanyakan tentang Ilmu Allah yang sangat disanjung oleh para tabien dan wali2.
Ilmu Hakikat adalah inti kepada segala ilmu Tauhid (mengesakan Allah)sementara tasaauf pula adalah satu kaedah pembersihan diri dari sebarang unsur "tidak benar". Dari sini akan bersinar cahaya keagungan Allah dan membawa kita kepada capaian hajat insan mengenali Tuhannya.
Hakikat adalah "BENAR" atau "HAQ" yakni tiada selain dari ilmu ini akan memperkenalkan Allah kepada kita. Saya memohon maaf kerana tidak dapat membincangkan hal ini di sini kerana ia adalah ilmu berkaitan hal ghaib dan tidak mampu dihurai dengan kata2. Melalui tasawwuf (intisari ilmu fiqah), kita mampu mencapainya dengan izin Allah.
Ilmu jika diamal akan membawa kita kepada pelbagai ujian. Ia merupakan laluan atau jalan memantapkan fahaman dan memperkukuh iman. Jika tiada ujian kefahaman itu menjadi kaku dan jumud. ia hanyalah menjadi "tiori" yang tidak membawa kita ke mana-mana.
Terlalu banyak pintu di alam ghaib yang bakal terbuka dan menggamit kita. Melalui ujian inilah kita akan dapat mengenal pintu-pintu itu dan memilih laluan yang benar untuk teruskan perjalanan. Sebenarnya Allah tidak menguji kita sebaliknya kita sendiri yang memasuki ujian yang Allah telah sediakan.
2) Setiap insan adalah berlainan. Ujian juga sangat berlainan antara satu sama lain. Tidak sama. Bagi A ujian itu amat sukar tetapi tidak bagi B dan begitulah kira-kira kiasnya. Semua ujian adalah berat bagi yang belum laluinya. Setelah melaluinya, ia hanyalah bahan jenaka dan santai. Begitulah cantiknya Ilmu Allah ini.
Setelah melalui sesuatu rintangan dan berjaya pula merentasinya, pastinya hati kita mendapat kepuasan yang berbaur kebahagiaan. Manisnya tidak dapat diceritakan tetapi boleh diibaratkan seperti semasa kita tahu bahawa kita mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Rasa seakan begitu... terlalu bahagia. Dalam perjalanan Ilmu Allah ini ia akan berterusan sampai akhir hayat rasa bahagia itu. Jangan takut kepada ujian, Allah akan bersama kita yang sedang "mencari" Nya.
Semakin "tulin" guru itu, semakin "mursyid" guru itu maka ia semakin tersembunyi. Tidak dikenali kecuali "ahli"nya. Mohonlah pada Allah dengan sepenuh hati dan sekuat ikhlas... nescaya ada cahaya.
3) Hakikat adalah HAQ Allah Subhana Wa Taala. Tidak untuk dipelajari tetapi perlu di "TUNTUT". Ilmu tauhid yang suci murni. Sesiapa yang telah mendapat NUR ini tidak akan "kafir" lagi dan hidup dalam keimanan sejati. Walau hanya dengan niat ingin mencarinya merupakan satu "ibadah" dan akan mendapat rahmat walaupun belum menemui sumbernya.
Berusahalah semoga saudara Zaidi berjaya.
Salam.
ReplyDeleteYang dimuliakan-NYA tuan alFaz.
Benar (haqq!). Bahawa yg menguji dengan bisikan bathil itu sesungguhnya syaitan dalam qalbi. Mahasuci ALLAH! DIA takkan menyesatkan orang yg berkehendakkan ilmu dari sisi-NYA. DIA juga takkan menguji orang yg memohon ilmu dari-NYA.
Sama-samalah kita kenalpasti bisikan syaitan dan bisikan iblis yg menguji dalam pencarian hakikat semoga tidak jatuh kembali ke neraka setelah mendapat petunjuk dari-NYA dan setelah amat hampir disisi-NYA. Amin.
Salam.
ReplyDeleteSaya dah jumpa seorang guru hakikat yg mengajar sepupu saya. Ada ke patut dia lukis gambarajah ALLAH mcm "orang kenit"? Lagi pulak dia kata Zat yang mencipta ALLAH?
Bukankah ALLAH wujud paling awal (dgn sendiri) lalu DIA menciptakan pula Zat-NYA? Lalu diciptakan pula dari Zat-NYA: Alam Ruh, Alam Benda dan Alam Makhluk?
Tak mahulah saya berguru dgn guru tu. Apa pendapat tuan alFaz?
Ha ha ha.... melucukan. Macam-macam ada dalam dunia nih. Maafkan saya kerana lambat menjawab...
ReplyDeleteSaudara Zaidi, salam...
Itulah yang menyebabkan ramai tersasul dan sesat dalam terang... mereka gunakan akal fikir yang tersangatlah dangkal.. Allah itu satu "nama", nama bagi "Zat". Zat itu mutlak, tiada dua tiada tiga. Tunggal. Tidak berbentuk, tidak berjisim, tidak bertempat tidak..., tidak.. .... Maka Allah itu lain dari apa yang ada dalam akal kita. Yang nyata hanya af'alNya. Akal tidak mampu menberikan hujah. Akal hanya untuk ilmu berdasar syariat, untuk hakikat tiada ilmu akal, hanya ilmu rasa, ilmu haq jauh lebih dari itu. Tiada bahasa dapat huraikannya.
Adakah dia pernah kupas sifat 20? bukan satu bukan dua tetapi tiga lapis. Jika dia mampu, maka saudara boleh hampiri jika tidak lupakan sahaja. Nasihatlah sepupu saudara supaya berhati-hati, jalan hakikat tidak semudah yang dijangka. Lebih baik perhalusi budi perkerti.. Semakin halus, semakin kuat "rasa" yang tersimpan dalam diri. insyaAllah, nanti akan ada petunjuk.
Saudara Zaidi
ReplyDeleteSalam, cuba renungi pedoman ini... mungkin boleh membantu.
Allah itu... "Dia yang Awal, Dia yang Akhir, Dia yang Zahir, Dia yang Bathin".
Salam.
ReplyDeleteTerima kasih Sdr alFAz...semoga ALLAH memberi saya petunjuk Haqqul Yaqin.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteterima kasih admin kerana memberikan pengenalan tentang tasawwuf..:-)