Wednesday, March 31, 2010

GELOJOH

Lama tak update blog nih. Kali ini nak cerita hal yang berlainan sedikit.

.  free ni!   makan.... makan,  jangan segan

Cerita soal makan pula. Ini pun kira ada kaitan dengan akhir zaman juga. Fitnah Dajjal juga, Berseronok dalam hal ehwal makan sampai lupa nabi lupa tuhan, Memang seronok bila berbual mengenai perkara berkaitan makan ini terutama kalau ada yang free. Sedap pula. Hati pun mula meronta-ronta. Siapa yang boleh tahan jika lihat makanan yang terhidang amat menyelerakan, lazat dan menggoda. Tambah pula ketika perut menyanyikan lagu rindu. Menelan air liur menahan nafsu.

fuh,,,  tak tahan den
Memandangkan makanan ini menjadi keperluan, kita akan berusaha untuk dapatkannya walau bagaimana payah sekalipun. Bagi yang berduit, mudah sahaja. Masuklah mana-mana restoran yang dikehendaki. Pilihlah makanan yang disukai.

sedaaaap!
Sayangnya kita kerapkali terlajak semasa menjamu selera. Mana tak nya, selera tidak akan pernah merasa puas. Dah dapat yang sedap, nak yang lebih sedap lagi. Itu sudah sifat semula jadi. Akal sering kali tertewas dalam pergelutan ini.
hmmm geramnya! 
Setelah badan dan mula menjadi berat kerana wujudnya daging dan lemak berlebihan, mulalah mengeluh. Kelamkabut buka majalah dan laman web nak cari petua untuk mengawal berat badan. Jika tersilap ambil petua, keadaan menjadi semakin teruk dan akhirnya mulalah mendapat berbagai-bagai penyakit. Biasanya ia disebut penyakit orang kaya. Ada status.
sehatnya aku!
Kesian tengok orang dalam gambar diatas. Siksa jadinya. Kena keluar modal lagi beli pakaian baru, yang lama dah tak muat. Banyak buruknya bila nafsu tak dapat dikawal termasuklah hal ehwal makan ni.
adoi!
Inilah namanya "berenang-renang ke hulu ..." senang-senang dahulu, sakit kemudian kira. Tak apa, bila sakit nanti kita jumpa lah doktor. Begitulah bila nafsu dibenarkan berbicara. Sudahnya duit habis digunakan untuk mencari penawar. Kesana kemari jumpa dukun jumpa pawang, beli akar kayu, dan berbagai-bagai selain berulang alik ke klinik dan telan berbagai pil.

Di Malaysia ini ramai orang mati kerana makan, bukan sebab tak makan. Ada yang terlebih makan, ada yang tersalah makan. Ada juga yang tidak bersopan bila makan. Bersopan? Makan pun kena bersopan?

Kalau dah tidak ada adab tu kira tak sopan lah. Main belasah tak kira haram halal. Telan sampai naik mengah. Tak baca bismillah pulak tu, bertambahlah mudaratnya. Bukan setakat itu sahaja, makanan itu adalah rezeki kita. Bukannya wang yang kita dapat itu dipanggil rezeki, ia hanyalah sumber atau punca rezeki. Bila kita menerima rezeki biarlah mengikut adap dan sopan sebagai menghormatinya sementara hati kita bergembira syukur kepada Ilahi. Barulah diberkati.
jangan lupa nanti merana
Ada satu berita yang boleh kita kongsi, ini berkaitan dengan sejenis jin yang kita pusakai sejak kita dilahirkan. Ada orang menggelarnya "kembar" manusia. Ada yang kata ia pesaka peribadi. Jin ini khas untuk kita, setiap orang tetap ada satu ekor (jin ada ekor ke?) Tak boleh ambil lebih dan juga tak boleh dibuang. Tak boleh tukar suka sama suka. Namanya ialah Qarin. Hakmilik peribadi. Pengiring sepanjang usia.
hiasan sahaja bukan betul macam ini
Rasulullah saw bersabda,tidak satupun dari kamu yang tidak diwakilkan oleh Allah satu Qarin (peneman) baginya dari bangsa jin.” Para sahabat bertanya. “apakah Qarin itu juga diperuntukkan bagimu wahai Rasulullah?” baginda menjawab, “juga bagi saya, akan tetapi Allah SWT telah menolongku, lalu ia telah Islam dan ia tidak akan menyuruhku kecuali pada kebaikan.” (HR muslim)

Disebelah kanan kita ialah Malaikat yang akan menyuruh kita membuat perkara-perkara baik manakala Qarin kita berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat perkara perkara yang jahat. Pasal tu orang tua-tua dulu berpesan bila hendak meludah, ludahlah disebelah kiri.

Berbalik kita pada cara  kita menyelesaikan makanan lazat tadi.  Bersopan bermakna kita mengikut nasihat Malaikat dan jika sebaliknya, maka Qarin itulah yang menjadi penasihat atau mungkin naik pangkat jadi "tuan" kita.  Dia berak dan kencing lagi atas makanan tersebut. Maka kita pun makanlah hasil kumbahan Qarin dan rakan-rakan yang seirama dengannya.
berdoa lebih baik
Sebenarnya ada adabnya makan mimum ni. Bukan boleh main belasah ikut sedap hati. Peraturan dan pedoman telah disediakan, terserahlah kepada kita sama ada hendak ikut ke tidak. Perkara yang paling utama ialah membaca Bismillahirrahmanirrahim setiap sesuatu yang hendak kita lakukan. Kalau nak dikirakan, teramatlah senang dan mudah, tak kena bayar apa-apa pun. Bukannya payah sangat, mengapalah jadi begitu berat, tak perlu pakai lidah pun. Sebutlah dalam hati, perkara yang mudah jangan kita sengaja payahkan. Akhirnya ia akan jadi amat payah. Diri kita nanti yang parah.

Pernah tak kita dengar atau baca di mana-mana bahawa syaitan itu akan gemuk bila kita makan tanpa bismillah sebaliknya syaitan itu akan kurus melidi bila kita makan berserta bismillah. Syaitan itu adalah Qarin kita tersebut. Bukannya syaitan yang banyak diluar tu. Syaitan kat luar tu tentu sahaja menjauhi kita bila kita amalkan bismillah, dia boleh pergi kepada orang lain. Mustahil dia kurus sebab dia ada banyak pilihan.
sekadar hiasan

Bagi Qarin hakmilik eksklusif kita itu, dia seratus peratus hanya mengharapkan kita sahaja. Bila kita lalai, gemuklah dia. Bila dia gemuk bertambahlah nakal dan makin galaklah dia menyakat kita. Akhirnya kita pun sukalah makan dengan pelahap dan gelojoh. Lanjutan dari situ, hati pun semakin gelap sebab termakan terlalu banyak najis dan kumbahan jin.

Sekarang cuba kita mengenali adab sopan permakanan Baginda Rasulullah saw.  Ia adalah sunnah Baginda yang wajar kita ikuti.  Bukankah kita mengaku sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah? Rasulullah memperakui sesiapa yang mengikut sunnah dan alQuran akan selamat didunia dan akhirat. Perkara yang saya akan sentuh ialah diet yang diamalkan dan nasihat baginda kepada umatnya.  

tertib betul pakcik ni makan
Tidak perlu lagi kita tercari-cari petua dan saranan pakar permakanan terutama yang dapat ilmu dari barat (tah siapa gurunya, silap-silap yahudi laknat tu).  Bukankah kita sudah sedia ada idola yang patut dicontohi dan dia  jauh lebih baik daripada mereka yang mengaku sebagai pakar tersebut. Ikutlah sunnah nabi kita dan sebarkanlah kepada ahli keluarga dan rakan.

Diet Baginda Rasulullah S.A.W
Dalam sejarah hidupnya, Rasullulah saw tak pernah mengalami sakit perut sepanjang hayatnya kerana Baginda sentiasa menjaga pemakanan sehariannya.. Alangkah baiknya jika kita dapat mengikuti diet Baginda itu,. tak payahlah kita bersusah payah membeli berbagai-bagai pil untuk kuruskan badan.  
Jangan makan SUSU + DAGING 
Jangan makan DAGING + IKAN 
Jangan makan IKAN + SUSU 
Jangan makan AYAM + SUSU 
Jangan makan IKAN + TELUR 
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD 
Jangan makan SUSU + CUKA 
Jangan makan BUAH + SUSU
JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak seperti ganjil dan pelik..tetapi memang benar terutama kesannya semasa umur lewat. 
Terdapat satu contoh. Dalam kitab lama juga ada larangan kita memakan makanan dari darat bercampur dengan makanan dari laut. Nabi pernah menegah kita memakan ikan bersama-sama susu. di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini telah dibuktikan oleh saintis yang membuat penyelidikan permakanan.  Dalam badan ayam mengandungi ion(+) manakala dalam ikan pula mengandungi ion(-),  jika dalam setiap suapan yang terdiri dari ayam bercampur ikan maka berlakulah tidak balas kimia dan ia menghasilkan suatu unsur yang boleh merosakkan usus. 

Maklumat tambahan 
Mandi Pagi sebelum subuh. Sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap melalui ruang roma ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh saksikan orang yang mengamal mandi waktu ini kebanyakannya tidak gemuk.  Satu lagi jika kita amati betul-betul, kita akan nampak wap panas keluar dari badan kita ketika mandi.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air batu) setiap pagi. Ia mujarab menghindar kita dari penyakit.


Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian mendapati banyak kelebihan terhasil dari aktiviti ini (sujud).  Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruangan berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila selesai, disunatkan kita menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak mudah hadam) ..


Sama-samalah kita mengamalkannya, semoga mendapat menfaat.
sumber asal http://belaianjiwabersamamu.blogspot.com/

2 comments:

  1. berjalan, melihat, mentafsir....

    ReplyDelete
  2. thanks admin , nasihat yg amat2 berguna buat umat Islam..

    ReplyDelete

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews