Monday, April 11, 2011

"Tasik Tiberias" semakin kering.

Dibawah ini saya selitkan beberapa keterangan yang ditulis oleh penganalisis barat yang saya pasti tidak memihak atau prejudis terhadap hari kemunculan Dajjal dan Isa al Masih di akhir zaman.  Selepas itu kita dihidangkan pula dengan sebuah rencana yang akan "memeranjatkan" kita kedudukan sebenar kisah sebalik "tasik Tabariyyah" ini.

Using the rate of evaporation formula, can anyone estimate when Lake Tiberias will be dry?

Lake Tiberias in Palestine is Evaporating. I would like to know a scientific estimation of when it is expected to be dried out at its current rate and at the rate of progression. 

ANSWER:
The lake's level is dropping due to a combination of water usage by Israel, drought (5 years or so), and evaporation.

But, the lake will never be totally dry, due to the salt water springs that feed brackish-saline water into the bottom of the lake. This salt water is currently held down by the weight of the fresh water above it. The two types of water are kept separated by their density gradient, salt water being heavier and denser will naturally tend to stay at the bottom of the lake. If too much freshwater is removed or evaporated from the lake though, the salt waters could begin mixing with the surface fresh water and make the lake useless for humans without the use of desalination plants and also killing off the freshwater life forms in the lake. Once it becomes a salt lake, it will stay a salt lake.

Source(s):




ISRAEL: Drought declared as five dry winters take their toll

After five consecutive dry winters, Israel's main fresh water source, Lake Tiberias (also known as Lake Kinneret and the Sea of Galilee, and which is fed by the River Tiberias, in turn fed by the River Jordan and several other small streams from the Golan Heights), is at a dangerously low level.

According to water authority data, only 80-85 percent of the average annual rainfall was recorded in 2009 in the Lake Tiberias area. In January the lake’s water level fell to a record low, and as of 3 June it was only 0.34 metres above the level at which pumping must be stopped.

According to a recent report entitled Rising Temperatures, Rising Tensions: Climate change and the risk of violent conflict in the Middle East, by the International Institute for Sustainable Development (IISD), the River Jordan could shrink by up to 80 percent by the end of the century. It warned that water supplies may “severely decrease”, falling by 60 percent of 2000 levels by 2100.

Israel has launched a national water saving campaign, which has included restrictions on the watering of private gardens, and in recent years some Israeli farmers have switched to using treated sewage water instead of fresh water, according to the Israeli water authority.








Sea of Tiberias

Tatkala Keringnya Tasik Galilee, Turunlah Nabi Isa ke Bumi (benarkah bakal berlaku 40 tahun lagi??? AL-QURAN & HADIS membuktikannya)
oleh Zameer Fisabilillah
Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah…..
Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya. Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.
Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee, sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini. Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias
Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini, hadis itu memberitahu saya dan anda semua, bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar. Carilah hadis sahih ini sampai dapat, dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini, pada ketika anda tahu itu, anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat. Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu…
Saudara serumpunku, anda semua harus beringat, bila tasik ini kering, maka itulah saat di mana Nabi Isa a.s. akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi, memburu Dajjal ke seluruh pelusuk bumi.
Saya ingatkan lagi, hadis ini amatlah sahih, sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini, dengan kata lain, mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas, Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya, dan mengikut kajian sains, tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya, dan ketika itulah Nabi Isa turun dan anda semua perlu faham, sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab perlunya baginda turun, asbab itu mestilah terjadi. Ini bermakna wahai saudaraku sekalian, proses ini “sepatutnya” sudah berlaku:
- Tasik Galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari…
- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita, benarkan???
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun….
- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita, samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti…
- Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak.
dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa pada masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu…
- dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku, rakan-rakan, semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba, menjelma tanpa kita duga…
Ingatlah saudara-saudara ku… Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja, dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama, mereka bertiga adalah manusia belaka. Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang, sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.
Ketahuilah mereka bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahadi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa
Ingatlah kawan-kawan… sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), percayalah, dalam tempoh 50 tahun ini sahaja, semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda, samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu. Ketahuilah, Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 Masehi lagi, dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu, ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi, dan anda harus ingat!!!
Sekali lagi saya ingatkan anda,bila Nibiru melalui nanti (diteorikan), 2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki), iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an “akan bergabung” teori gerhana tahun 2012,dan sekiranya teori ini benar-benar berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda kecil, dan kehadiran tanda-tanda besar pasti berlaku tanpa anda jangka.
lanet Nibiru (Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah ﷺ sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi. Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT? OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT. Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari, gelombang-gelombang pancaran akan keluar, dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna, apa sahaja jentera langit dan bumi, asalkan yang mempunyai saluran elektrik, akan dengan sendirinya tidak berfungsi, satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop, tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi, dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.
Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno, menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan…bersedialah kita umat Islam…ALLAHHUAKBAR……
KAJIAN SAINS: Setelah saya membuat kajian, sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari, gelombang-gelombang pancaran akan keluar, dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi…
Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan
Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis, maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini, persenjataan tercanggih, akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini… Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku, adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik, manusia akan kembali kepada fitrah semula, dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar, adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam, kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu…
Saya berpesan kepada anda sekali lagi,gunakan duit anda untuk:
- melangsaikan hutang dunia
- membeli tanah di kawasan pedalaman
- menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung
- membeli kuda seorang dua ekor
- mengasah pedang dan mencanai keris.
- menguasai kembali teknik MEMANAH.
- dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang.
Ketahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali,sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan-kawan… dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa, dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan, sekali lagi saya ingatkan, anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar, bila satu tanda besar keluar, perhatikan sekeliling anda, semua tanda-tanda kecil sudah lengkap kan? Bila satu tanda besar keluar, akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu…
Dan ingatlah wahai Muslimin, doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman, dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,dari susurgalur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita “mungkin”), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi, percayalah bahawa di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad, kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan solat, carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan kerana itulah, solat 5 Waktu di tahiyat akhir, kita akan selalu bacakan nama 2 Nabi itu.
Pesanan Terakhir, langsaikan hutang secepat mungkin, tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman, kumpulkan kain-kain yang tahan lama, ternak dan gembala kambing, ajar anak-anak menunggang kuda, simpan cermin mata anda sebaik mungkin, banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik, banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah, latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah, banyakkan berenang di waktu petang, minta maaf pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh, kita kena cepat minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini)
Jika perlu,sila sebar-sebarkan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu.
Peristiwa Tamim ad-Dari disebutkan dalam Sahih Muslim:
Telah menyampaikan kepada kami Ibnu Buraidah dari Amir bin syurahbil asy-Sya, kabilah Hamdan, bahawa ia pernah bertanya kepada Fatimah binti Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama. Amir berkata:” Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah s.a.w yg tidak engkau sandarkan kepada sesiapapun selain beliau.” Fatimah berkata:” jika engkau mahu, nescaya aku lakukan.” Amir berkata: Tentu, sampaikanlah kepadaku.”
Fatimah berkata: Setelah menyelesaikan solatnya, Rasulullah s.a.w duduk dimimbar. Sambil tersenyum, beliau bersabda:” Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya.” Selanjutnya beliau bersabda:” apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?” mereka menjawab: ” Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”
Beliau bersabda: “Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan, aku mengumpulkan kamu semua adalah kerana Tamim ad-Dari, yg dulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk Islam. Ia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah disampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia menceritakan kepadaku bahawa ia mengenderai sebuah perahu bersama tiga puluh orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka di buai ombak selama sebulan di laut. Lantas mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu. Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi oleh seekor binatang yang banyak bulunya, yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.
Mereka berkata: ‘Celaka kamu, apakah kamu ini?’ Binatang itu menjawab: ‘Aku adalah Jassasah (mata-mata)’, mereka bertanya: ‘Mata-mata apa?’ Ia menjawab: ‘Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana ia merindukan berita dari kamu.’
Tamim ad-Dari berkata: ‘Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan perempuan.’
‘Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi diantara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan:
‘Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Ia menjawab: ‘Kamu semua telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini?’ Mereka menjawab: ‘ Kami adalah adalah manusia dari Arab. Kami belayar perahu lalu dipukul gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan’. Maka kami duduk-duduk di pantai dekat perahu lalu memasuki pulau ini. Kami didatangi oleh seekor binatang yang berbulu lebat sehinnga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya.
Kami bertanya: ‘ Celaka kamu, apakah kamu ini?’ Binatang itu menjawab: ‘Aku adalah mata-mata’ ‘Mata-mata apa?’ ‘Pergilah kepada orang yang ada di dalam gua ini, kerana ia sangat merindukan berita dari kamu semua.’ ‘Maka kami pun segera menjumpaimu. Kami takut pada binatang itu, dan kami tidak tenang jangan-jangan syaitan betina. Orang itu berkata:’ Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!’ [Nota:Baisan sebuah daerah berada dekat Syam lama dan merupakan salah satu kota di Palestin]. ‘Tentang apakah yang kamu tanyakan?’ ‘aku bertanya kepadamu, apakah pohon kurma itu hampir berbuah?’ ‘ya’ ‘Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak berbuah’ Lalu ia berkata lagi:’ Beritahukan kepadaku tentang tasik Tabariyyah!’ ‘Tentang apakah yang kamu tanyakan?’ ‘apakah tasik itu masih berair?’ [Nota:Tasik ini besar, luasnya 10x6 batu2. Airnya makin berkurang. Jarak Tasik Tabariyyah dgn Bait al-Muqaddis sekitar 100 batu] ‘Ya, tasik itu masih banyak airnya’ ‘Sesungguhnya air tasik itu hampir habis’ Ia berkata: ‘Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!’ ‘Mengenai apakah yang kamu tanyakan?’ ‘Apakah mata air itu masih memancarkan airnya dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dari mata air itu?’ [Nota:Melimpahnya air dari mata air Zughar terjadi sekali lagi adalah isyarat dekatnya keluar Dajjal silaknat] ‘Ya, mata air itu masih memancarkan banyak air, dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.’ ‘Terangkan padaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang yang buta huruf, apa yang dilakukannya?’ ‘Ia telah keluar dari Makkah menuju Yathrib’ ‘Apakah orang Arab memeranginya?’ ‘Ya’ ‘Bagaimana caranya memperlakukan mereka?’ ‘Ia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya’ ‘Apakah demikian?’ ‘Ya’, Lebih baik dari mereka untuk mengikutinya. Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku adalah al-Masih Dajjal. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melewatkan suatu kampung melainkan aku akan tinggal di situ selama empat puluh malam kecuali kota Makkah dan Taibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap kali aku akan memasuki salah satu kota itu, aku akan dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalkan kepalaku. Di setiap celah kedua-dua kota itu dijaga oleh para malaikat. ‘Fatimah berkata:
“Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar Rasulullah s.a.w bersabda: Ini adalah Taibah (kota Madinah), Ingatlah apakah hal itu telah aku sampaikan pada kamu semua?” Orang-orang menjawab: “Benar” Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Makkah dan Madinah. Ketahuilah Dajjal itu berada di laut Syam atau dilaut Yaman, bukan dari timur, bukan dari timur, bukan dari timur, sambil mengisyaratkan tangannya kearah timur” (Lihat Sahih Muslim dengan syarah Imam an-Nawawi, Matba’ah al-Misriyyah, XVIII, hlmn 78-73)
Penghargaan untuk : sitik.wordpress.com

kemuncak penipuan Dajjal

















Akhir zaman ini adalah detik2 kemuncak kapada penipuan Dajjal dan ramai yg telah termasuk didalam lingkungan fitnah itu.

Apabila kita melihat akan sistem yang melingkari peradaban manusia, ramai yg terpedaya dan menganggapnya satu realiti.

Realiti adalah satu istilah escapism yang dicipta untuk memperdaya manusia supaya berlapang dada dengan peredaran dan tindakan manusia disekelilingnya.


Riba banyak diamalkan dan semua makhluk di dunia masa kini tidak dapat melepaskan diri darinya. Hiburan ada dimana-mana sehingga ke dalam setiap rumah umat Islam. Hidup manusia menjadi semakin keliru dan hilang arah. Wang kertas yang kita gunakan sekarang ini hanya kersandarkan debt (hutang) dan bond, bukannya emas seperti yang kita ketahui. Dengan sendirinya wang kertas itu kewujudannya bersandar kepada riba.


Memandangkan sistem riba (manipulasi empunya Bank Reserve USA dan Bank Dunia), sentiasa mengujudkan wang baru tanpa sandaran emas. Ini bermakna menciptakan wang yang tidak wujud pada zahirnya. Riba membiak sehingga tidak terkawal dan mungkin akan meruntuhkan sistem bank itu sendiri kelak. Nilai matawang semakin meosot dan melonjakkan inflasi yang tidak disabitkan dengan penawaran dan permintaan barang seperti sistem asas ekonomi.  Inflasi jenis ini tidak mungkin dapat dibendung dan ia akan terus meningkat tanpa henti.  Dijangka pertengahan tahun ini akan memberi impak yang menakutkan semua penduduk dunia, sehingga ada penganalisis berkata ia menuju kepada kelumpuhan sistem bank dan sistem ekonomi global.  Semua mata wang tidak lagi mempunyai nilai.


Perang mula dilancarkan oleh USA atas bantuan PBB. Dijangka akan merebak kerana dasar dan kepentingan duniawi yang menebal. Russia, China dan sekutu mereka sedang memerhati dengan teliti permainan USA dan NATO ini.  Perkhabaran terbaru, USA mungkin bersetuju menjalinkan hubungan yang erat dengan Iran tetapi ia dirahsiakan untuk sementara waktu. China berbaik dengan Pakistan untuk menggunakan laluan lebuhraya berturap menuju Asia Barat dan juga berunding secara diam-diam untuk bersekutu dengan Turki di Asia Barat sebagai pengkalan tenteranya jika berlaku peperangan dunia.


Russia sebagai mana kita tahu, mempunyai beberapa rakan setia yang akan bersama dengannya menentang kuasa imperialis USA. Kini mengambil langkah berdiam diri dan hanya memerhati tindak tanduk musuhnya USA. Mereka amat tertekan dengan langkah USA memusnahkan rakan mereka Iraq, dan kini Libya. Hanya tinggal satu sahaja lagi rakan mereka di Asia Barat iaitu Syria.  Jika Syria diserang, mungkin Russia tidak lagi akan berdiam diri. Dalam pada itu Russian sedang mempergiat dan mempersiapkan kekuatan tentera sebagai langkah berjaga-jaga. NATO mungkin berpecah dan hanya tinggal USA, UK, Israel dan beberapa negara yang kini tidak sebulu, salah satunya ialah Iran (rundingan rahsia sedang berjalan).


Mala petaka terutama gempa bumi pula sudah semakin kerap. Telah dikesan beberapa  gempabumi terbaru bukan disebabkan oleh keadaan semula jadi tetapi dilakukan oleh manusia. HAARP adalah salah satu teknologi terhebat kepunyaan USA. HAARP boleh mencipta bencana alam termasuk gempa bumi dan tsunami. Ia amat dirahsiakan dan tidak diketahui keupayaan sebenar teknologi ini dan apakah niat mereka mempergunakannya.


Kepanasan global pula semakin meningkat dengan drastik, dijangka sebahagian dari muka bumi akan tenggelam. Kepulauan Great Britain dikatakan mungkin akan tenggelam sepenuhnya apabila keseluruhan bungkah air batu kutub mencair. Ini semua kan menyebabkan huruhara yang dahsyat dijangka akan berlaku dalam masa terdekat. Sebelum Dajjal muncul.


Semua ini diatur dengan rapi oleh The Hidden Hand melalui Illuminati dan sekutunya. Kemungkinan THH ini ialah Dajjal sendiri.  Matlamatnya adalah menyesatkan seberapa ramai hamba Allah untuk bersamanya di neraka. Berdoalah semoga kita dapat melepaskan diri dari fitnahnya.

Friday, April 8, 2011

Senario Perang Dunia III - Agenda NWO: WW 3


Perang Nuklear Sedang Diransang

Huru hara semakin biak
Perang di Libya, Agenda AS-NATO Menuju Perang Besar.

Pada 1930 Amerika Syarikat, Inggeris, dan Belanda melakukan latihan untuk Perang Dunia II di Pasifik persekongkolan melawan Jepun. Tiga kerajaan ini telah merampas akaun simpanan Jepun di bank-bank di negara masing-masing. Sumber kewangan ini adalah untuk membiayai pembayaran perdangan antarabangsa Jepun terhadap bahan mentah. Tujuannya ialah untuk menghalang Jepun dari mendapatkan bekalan minyak sawit, getah, timah, besi dan bahan-bahan penting yang lain. Apakah trajedi serangan terhadap Pearl Harbor dahulu adalah merupakan respon dari Jepun terhadap tndakan USA dan sekutunya?
Fenomena serangan NATO di Libya
Kita dapat lihat Washington dan bonekanya NATO menggunakan strategi yang sama terhadap China.

Protes di Tunisia, Mesir, Bahrain, dan Yaman berasaskan protes terhadap kezaliman kerajaan boneka Washington. Namun, protes terhadap Gaddafi, (bukan boneka Barat), nampaknya telah dianjurkan sendiri  oleh CIA terutama di bahagian timur Libya, dimana terdapat banyak telaga minyak dan di sana juga lokasi penting pelaburan bahan tenaga negara China.
Api pemberontakan dan peperangan di Libya
Lapan puluh peratus daripada simpanan minyak Libya diyakini berada sekitar Teluk Sirte di Libya timur. Cuba dikuasai oleh pemberontak yang disokong oleh Washington. Tujuh puluh peratus daripada KDNK Libya dihasilkan oleh perdagangan minyak mentah, kejayaan operasi ini akan memberi kesan yang buruk kepada Libya dan dijangkakan Libya akan menjadi sebuah negara yang lemah. Rejim Gaddafi Tripoli akan terus dihimpit kemiskinan. http://www.energyinsights.net

Wilayah Sirte
People's Daily Online (Mac 23) melaporkan bahawa China mempunyai 50 projek-projek berskala besar di Libya. Terjadinya sengketa telah menghentikan projek-projek ini dan telah mengakibatkan 30.000 pekerja Cina yang dievakuasi dari Libya.Syarikat China melaporkan bahawa mereka akan kerugian beratus-ratus juta yuan.

China bergantung kepada Afrika, terutama Libya, Angola, dan Nigeria, untuk keperluan tenaga masa depan. Sebagai tindakbalas terhadap hubungan ekonomi yang semakin meningkat China dengan Afrika, Washington mengasaskan AFRICOM yang melibatkan operasi ketenteraan di benua Afrika,  USA - Afrika Command (AFRICOM) ditubuhkan oleh Presiden George W. Bush pada 2007. Empat puluh sembilan negara Afrika bersetuju untuk menyertai AFRICOM (diselia Washington), tetapi Gaddafi telah menolaknya, ini menjadi alasan kedua bagi Washington untuk menyerang Libya atas tujuan menawan negara itu (pengambilalihan).
Demontrasi di  Syria
Alasan ketiga mengapa Libya menjadi target ialah kerana Libya dan Syria adalah dua negara dengan pantai laut Mediterranean yang tidak berada di bawah kawalan atau pengaruh Washington. Kebetulan pula, protes telah juga berlaku di Syria. Apapun majoriti rakyat Syria mungkin masih menyokong kerajaan mereka, setelah melihat nasib rakyat Iraq dan sekarang ini Libya. Walaupun begitu, Syria tidak mungkin dapat mengelak diri dari campur tangan tentera AS. CIA atau Mossad sememangnya telah diketahui mempergunakan laman rangkaian sosial (seperti facebook dan tweeter) untuk mencetuskan protes serta menyebar disinformasi (maklumat palsu). Perkhidmatan perisikan ini (CIA dan Mossad) merupakan konspirator yang menimbulkan satu keadaan di mana kerajaan Syria dan Libya akan dipersalahkan. Pelbagai keburukan dipaparkan supaya rakyat bangun membantah.
Raptai Penyokong Assad
Inspirasi dari protes di Tunisia dan Mesir, Washington sedar bahawa protes sedemikian boleh digunakan sebagai alat untuk menghapuskan Gaddafi dan Assad. Bagi mencapainya PBB harus dipergunakan untuk memudahkan tujuan ini. Alasan kemanusiaan seperti yang disuarakan USA untuk campur tangan di Libya amat tidak masuk akal, memandangkan mereka sendiri telah memberi lampu hijau kepada Saudi Arabia mencampuri urusan Bahrain, pangkalan Armada Kelima USA (USA Fifth Fleet) dengan mengghapuskan penentang kerajaan - menumpaskan protes. Saudi menjadi kuda tunggangan USA.

Sebaliknya keadaannya tidak sama yang berlaku di Libya, campurtangan adalah menentang kerajaan yang memerintah bukan menghalang protes sepertimana negara Bahrain. Di sinilah ketaranya tepu helah yang dimainkan.

Tartus - Pengkalan Tentera Laut Russia
Jika Washington berjaya menggulingkan kerajaan Assad di Syria, Rusia akan kehilangan pangkalan angkatan laut Mediterranean di pelabuhan Syria, Tartus. Dengan demikian, Washington akan memperolehi keuntungan besar jika boleh mempergunakan muslihat “cloak” pemberontakan rakyat untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini. Sekaligus menghalau keluar pengaruh China dan Rusia dari Mediterranean.

"Gaddafi harus pergi," kata Obama. Tidak berapa lama lagi kita akan mendengar pula, "Assad harus pergi" Protes di negara-negara sekutunya tidak mendapat reaksi sedemikian,  Saudi, Jordan, Bahrain, Yaman dsb.

Akhbar yang dikuasai Amerika memainkan peranan mengeluarkan kenyataan memburuk-burukkan kedua-dua pemimpin ini dan mengutuk setiap usaha yang dilakukan oleh Gaddafi dan Assad. Bayangan bahawa Syria bakal menjadi mangsa USA selepas ini telah mula kelihatan.

Sebelum ini sering diungkapkan kata-kata fitnah yang dibuat terhadap Gaddafi dan Assad dengan panggilan “diktator” oleh Obama. Bermula sejak awal abad ke-21, presiden-presiden Amerika telah menjadi orang yang amat berkuasa dalam menguasai seluruh dunia. Hanya berdasarkan dari memo yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman, George W. Bush menisytiharkan dia mengatasi undang-undang AS, undang-undang antarabangsa, dan kekuatan Kongres dan melantik dirinya sebagai komander-in-chief dalam “perang terhadap keganasan"
Pertembungan Kuasa Sopersonik
“Caesar” Obama telah melakukan satu langkah yang lebih baik berbanding Bush. “Penakluk” Obama telah membawa USA untuk memerangi Libya tanpa berpura-pura meminta kebenaran Kongres. Ini merupakan satu pelanggaran, boleh dipertikaikan dan boleh didakwa bahawa Obama telah melanggar protokol dan peraturan negaranya sendiri, tetapi Kongres tidak berdaya menghalangnya, jauh dari mampu membendungi kekuasaannya. Dengan menerima tuntutan kuasa eksekutif, Kongres telah bersetuju untuk “Caesarism”. Rakyat Amerika tidak mempunyai kuasa untuk melawan pemerintah mereka berbanding dengan rakyat di negara-negara yang di labelkannya sebagai diperintah oleh diktator.
kapal perang China 
Washington merencanakan dan mencorakkan hegemoni dunia serta memacu dunia menuju Perang Dunia III. China tidak kurang hebat dan terserlah keegoannya berbanding Jepun pada 1930-an dahulu dan tidak mungkin untuk tunduk, ditindas dan dikawal oleh barat. Agak memalukan sekiranya mereka (China) dikatakan lemah dan tidak mampu menyaingi negara barat. Pastinya China tidak akan membiarkan dirinya dibuli dan dianggap sebagai “penakut”. Kebencian Rusia terhadap tindak tanduk USA semakin membuak dan kini sudah mula merasa geram apabila pengepungan tentera bersekutu semakin menjadi-jadi. Kesombongan Washington boleh mengakibatkan salah perhitungan musuhnya dan menjurus kepada situasi malang yang tidak dapat dielakkan, perang dunia ketiga (WWIII) mungkin meletus.

dari artikel Paul Craig Roberts. Global Research

Saturday, April 2, 2011

Trajedi Tripoli: Suatu Kejanggalan Nyata


Trajedi 2011
Sebahagian penduduk dunia mengatakan bahawa kejadian besar yang berlaku di dunia seperti peperangan dan seumpamanya ada kaitan dengan perlakuan ganjil dalam sistem kosmik dan terjadi hanya pada hari-hari yang tertentu dalam bidang astrologi.  Pendapat ini bertepatan dengan pegangan dan keyakinan pertubuhan rahsia (secret society) yang dikenali sebagai Illuminati/Masons.  Pegangan ini sebenarnya berdasarkan kefahaman kuno pengamal ajaran Kabbalah yang kini telah dikesan sebagai penyembah syaitan.

Pada 19 Mac, 2011 yang lalu serangan terhadap Libya dilancarkan, secara kebetulan pula hari tersebut adalah hari berlakunya supermoon (bulan kelihatan lebih besar dan terang dari biasa). Adakah ia terjadi secara kebetulan? Atau sememangnya disengajakan untuk melengkapkan ritual keagamaan penyembah syaitan ini iaitu acara persembahan darah (blood sacrifice)?

Pendapat ini bersandarkan peristiwa yang berlaku pada tarikh serangan ke atas Iraq yang dilancarkan oleh Presiden Bush 19 Mac, 2003 juga ada kaitan dengan kewujudan satu fenomena ganjil pada sistem cakrawala.. Tetapi pada hari tersebut tidak berlakunya supermoon seperti pada 19 Mac, 2011 yang lalu. Hanya persamaan iaitu tarikh 19 Mac (19/3) menimbul persoalan, adakah 19-3 juga sesuatu nombor yang istimewa bagi penyembah syaitan sebagaimana 9-11? Kenapa ia dipilih sebagai tarikh serangan ke atas Iraq dan Libya menjadi satu tandatanya, tambahan pula ia melibatkan nombor-nombor ganjil yang menjadi pilihan mereka.

Walau bagaimana pun, dapat disimpulkan bahawa ia bukanlah sesuatu kebetulan berdasarkan kata-kata General Wesley Clark, sehari selepas berlakunya peristiwa 9-11: “Kita akan memusnahkan 7 negara dalam masa 5 tahun!” . Tujuh buah  negara yang dimaksudkan ialah Iraq, Syria, Lebanon, LIBYA, Somalia, Sudan dan Iran. Namun matlamat ini agak tersasar kerana peristiwa 9-11 sudah menjangkau 10 tahun. Bagaimanapun mereka terus membuktikan nahawa mereka akan meneruskan niat tersebut walaupun tempoh masa terpaksa dilanjutkan. Kelewatan ini mungkin disebabkan persediaan kearahnya belum selesai dan penyebabnya yang kukuh belum tercetus sebagai alasan untuk menipu dunia. Tidak mustahil dalam masa terdekat ini akan berlaku lagi pencerobohan ke atas salah satu negara yang di sebutkan di atas. Syria adalah negara pilihan utama kerana ia bersebelahan dan jiran negara Yahudi, Israel. Syria juga amat memusuhi Israel dan mempunyai pengaruh yang kuat di Lubnan. Mungkinkah negara ini yang akan menerima nasib malang selepas ini ? Sama-samalah kita nantikan.
General Wesley Clark
Tanda-tanda ini sudah semakin jelas apabila Robert Gates, US secretary of defence mengatakan baru-baru ini  “Syria wajar mengikut langkah Mesir dan tentera Syria sepatutnya melancarkan revolusi”. 
Robert Gate

Sepintas lalu kelihatan siri protes (revolusi?) yang tercetus di negara-negara Arab adalah satu kebangkitan rakyat Arab kerana tidak puas hati kepada para pemimpinnya.  Dunia melihat ia sebagai  sesuatu yang wajar dan perlu malah disokong oleh semua media antarabangsa.  Dunia Arab  harus mendapat pembelaan untuk melaksanakan sistem demokrasi sekular sepenuhnya sebagaimana amalan negara maju.  Tetapi ini hanyalah retorik semata. Ada agenda lain yang lebih besar tersembunyi di sebalik ungkapan pemanis mulut tersebut. Amatlah menakutkan apabila ia dikaitkan dengan darah, nyawa dan perbendaharaan orang Islam!.Akan berlaku pembunuhan beramai-ramai atas dasar perjuangan menegakkan sesuatu yang bathil (bersalahan dengan Islam). Akan sia-sialah pengorbanan mereka.

Pada awalnya, dunia Islam rata-rata memberikan respon positif terhadap kebangkitan ini.  Termasuk para ugamawan dan cendekiawan. Mereka mengungkapkan bahawa  kebangkitan ini merupakan permulaan tercetusnya kebangkitan besar Umat Islam di akhir zaman. Rakyat negara Arab bangun memberontak terhadap pemimpin  mereka yang dikatakan tamak, penindas, jahat serta tunduk takut kepada negara Yahudi, Israel.  Betapa seronoknya umat Islam bersorak dan menyokong "revolusi" ini dan turut mengutuk pemerintah negara-negara tersebut seolah para pemerintah ini tidak mempunyai kebaikan langsung dan perlu dihapuskan. Ada yang lebih berani memberi kenyataan bahawa ini adalah tanda kebangkitan umat Islam yang dinanti-nantikan dan dikaitkan pula dengan kemunculan Imam Mahadi as. 

Sangkaan ini tiba-tiba berubah selepas serangan bertali arus tentera  NATO terhadap Libya dan membunuh ramai orang awam, sebahagian umat Islam terkejut dan mula sangsi.  Kenapa NATO begitu pantas menyerang Libya?  Menggempur dan melumpuhkan tentera Libya sebaik sahaja mendapat mandat PBB mengawal ruang udara Libya (menghalang jet pejuang Libya yang menyerang orang awam) melibatkan kematian ramai rakyat Libya (orang awam) yang tidak berdosa.. Mereka hanya diberi mandat untuk menguatkuasakan larangan udara seperti diminta, kenapa perlu menembak dan mengebom tentera darat, kediaman dan pasarana? Mandat itu telah dilanggar dengan sengaja tetapi sedihnya, tiada apa-apa tindakan diambil oleh PBB terhadap mereka. Semua membisu seribu bahasa kecuali suara raungan rakyat Libya yang kesakitan, menderita teraniaya.

NATO seperti orang gasar mengebom bangunan dan pasarana di beberapa bandar utama Libya.  Ramai orang awam yang tidak berdosa menjadi korban tetapi sepertimana biasa, mereka dengan keras menafikannya.  Mereka mendakwa itu hanya pembohongan Gadhafi semata-mata, tambah mereka tentera NATO merupakan angkatan tentera yang cukup terlatih dan berupaya membuat serangan dengan tepat kepada sasaran iaitu tentera Libya. Terbukti merekalah sebenarnya yang berbohong apabila para wartawan melaporkan keadaan sebenar.


Serangan demi serangan dilancarkan secara mengejut umpama melakukan serang hendap, sama seperti tindakan Israel terhadap Lubnan sedikit masa dahulu. Lebih mengaibkan ia merupakan perang yang tidak diisytiharkan ke atas sebuah negara berdaulat. Penipuan secara terang-terangan, perbuatan dayus dan tidak bermoral. Siapa peduli? Seluruh dunia mengiakan sahaja apa yang dikatakan oleh USA dan sekutunya walaupun alasan yang diberi tidak masuk akal. 

Mereka bertegas mengatakan bahawa Gadhafi adalah anjing gila yang perlu dihapuskan. Dikatakan juga Gadhafi telah ditolak dan tidak lagi diterima oleh rakyat Libya.  Sejauh mana kebenaran kenyataan ini tiada siapa yang dapat pastikan, ia hanya dihebahkan oleh USA melalui saluran media yang mereka kuasai. Benarkah Gadhafi adalah manusia yang begitu jahat dan sanggup membunuh rakyatnya sendiri yang tidak berdosa?  Sekiranya dia membunuh pemberontak, tidak bermakna dia jahat dan ini terjadi dimana-mana negara pun dan juga tidaklah bermakna dia seorang manusia yang kejam.  Malah USA sendiri lebih kejam dan zalim menyiksa tahanan di Guantanamo Bay setelah menyerang,meletupkan dan meruntuhkan bangunan dinegara sendiri (9-11). Israel pula lebih ganas membunuh dan merampas tanah rakyat Pelestin, menghalau mereka keluar dari kampung halaman dan memaksa mereka tinggal bersesak dalam keadaan miskin di penjara terbuka (Gaza). Tiada siapa yang ambil peduli. USA bukan sahaja memejam mata malah menghalang setiap resolusi mengecam Israel.

Kebangkitan rakyat menentang pemerintah sesebuah negara merupakan hal ehwal dalaman negara berkenaan, USA tidak wajar masuk campur. Tindakan USA/NATO membantu pemberontak dan ikut serta menyerang tentera pemerintah berkenaan amat tidak masuk akal. Tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh PBB terutamanya, ialah mendamaikan sengketa yang tercetus secara tidak memihak. Membantu Liga Arab mencari persefahaman antara kumpulan yang bertelagah. Sesungguhnya apa yang terjadi sangatlah mengecewakan dan semestinya mereka USA?PBB?NATO? mempunyai kepentingan yang tersembunyi.

NATO

Apakah Libya akan menerima nasib yang sama seperti Iraq?  Petunjuk yang ada terjurus ke arah ini.  Kaedahnya (modus-operandi) juga hampir sama.  PBB dijadikan kuda tunggangan iblis USA  untuk meluluskan satu resolusi gila yang akhirnya memberi peluang kepada USA masuk campur dalam hal ehwal negara lain.  PBB tidak lebih dari sebuah pertubuhan pengganas zionis (secara rahsia) berselindung disebalik motto menjaga "hak asasi manusia" tetapi menghalalkan kekejaman USA dan Israel. Bersepakat (bersubahat?) dengan beberapa negara kapitalis mengatur langkah bagi memudahkan campur tangan dan menguasai negara tertentu (yang dipilih).  Secara logiknya, apa yang berlaku pada tahun 2003 di Iraq dahulu sepatutnya menjadi pengajaran dan dihalang dari berulang. 

Kesilapan membenarkan USA menguatkuasakan larangan penerbangan di Iraq telah disalah gunakan oleh USA untuk menghancurkan negara berkenaan. Kebijaksanaan apa yang diguna pakai oleh PBB ini? Kesilapan lampau sepatutmya tidak diulangi tetapi dengan bersahaja dianjurkan pula di bumi Libya. Bodoh sungguh PBB ini (juga negara yang menjadi anggotanya termasuk Malaysia).

Tindakan ini amat jelas disengajakan untuk memberikan laluan kepada operasi pencerobohan dan seterusnya menguasai negara Libya. Tidak banyak berbeza dengan apa yang mereka lakukan di Iraq dahulu dan mungkin akan berlaku lagi kepada beberapa negara lain selepas ini termasuk Malaysia dan Indonesia. Ia memberi isyarat bahawa PBB telah dikuasai sepenuhnya oleh jembalang, USA, Israel dan Eropah. Jembalang yang laparkan darah dan kekayaan orang lain ini berusha bersungguh-sungguh untuk menguasai dunia.  PBB bukan lagi sebuah pertubuhan yang adil dalam menjana keharmonian penduduk dunia sebaliknya merupakan tunggangan Iblis dan ditadbir oleh para syaitan yang bertopeng manusia.

Jika dilihat dari rentetan peristiwa yang berlaku, rakyat Arab pada mulanya beramai-ramai melakukan demonstrasi menuntut perubahan terutamanya dalam sektor ekonomi dan taraf hidup, kemudiannya ia dikaitkan pula dengan demokrasi-sekularisma (ala barat). Disebabkan terlalu emosi inginkan perubahan, bangsa Arab bangun membuat bantahan yang semakin hari semakin liar, sayangnya mereka telah mengenepikan nilai murni yang dianjurkan oleh agama.


Mereka lebih selesa memilih untuk tidak mengikut nilai dan cara Islam sebaliknya mengguna pakai halacara sosialis dan libral anjuran sekularis barat. Menjulang perinsip demokrasi yang mengagungkan kapitalis.  Kesempatan diambil segera oleh kalangan yang berkepentingan dengan mengundang  kuasa asing campur tangan, walaupun mereka tahu perbuatan ini akan menghancurkan negara mereka sendiri. Mereka tidak peduli apa yang akan terjadi nanti kerana yang penting pemerintah dapat mereka tumbangkan dan mereka disanjung sebagai "hero", mereka dipuja sebagai pencipta sejarah serta berpeluang pula diangkat sebagai pemerintah baru sekiranya berhasil. Akhirnya, rakyat jelata yang tidak berdosa hidup menderita, kehilangan harta dan nyawa sementara hasil bumi dirampas oleh orang asing. Penghasut sebenarnya tidak ramai, mereka melakukan subversif semata-mata atas kepentingan diri bukan untuk rakyat keseluruhannya apatah lagi kerana agama.

Bahagiakah hero-hero Arab ini?  Apa yang pasti negara-negara Arab akan bertukar menjadi negara sekular yang dipenuhi keegoan ras, suku dan kaum. Sejarah menunjukkan bahawa Islam menjadi gemilang dan perkasa kerana sifat berpuak-puak (assobiah) ini dapat dihapuskan oleh Rasulullah saw. Sikap berpuak-puak (assobiah) ini pula amat digalakkan oleh barat bagi memudahkan mereka melaksanakan konsep yang sekian lama menjadi darah daging penjajah iaitu konsep pecah dan perintah. Negara-negara terlibat sudah tentunya akan terus bergolak atas taksub assobiah ini dan menjadi lemah. Akibatnya terpaksa akur dan patuh kepada tuan mereka iaitu USA selamanya. Maka tanpa disedari telah bertuhanlah mereka kepada kapitalis dan sekular sepenuhnya.


Kisah kepedihan rakyat Iraq dan Afghanistan yang dijajah oleh NATO ini masih lagi kedengaran (Pelestin yang mengalami penderitaan lebih lama sebelum itu telah dilupakan oleh dunia kerana peperangan baru ini lebih sensasi dan mencuri perhatian) .  Keluhan mangsa perang ini tidak pernah diberi perhatian malah dengan sinis digelar sebagai pengganas (sekalipun bertujuan mempertahankan bangsa, agama dan tanah air). Walaupun kerosakan yang mereka lakukan sebelum ini belum pulih sepenuhnya, NATO masih berselera untuk melakukan kerosakan baru di negara lain.


Semuanya dilakukan atas restu PBB yang sememangnya tidak pernah adil kepada negara-negara Islam. Penipuan demi penipuan dan pembohongan demi pembohongan diatur bagi mengelabui pemikiran dunia terutamanya bangsa Arab, namun bangsa Arab masih belum sedar percaturan jahat penjajah dan penjarah moden ini.  Sering kelihatan mereka berjoget dan menari mengikut rentak irama paluan gendang para pendusta.


Walau apa pun memang tidak dapat dinafikan terdapat tanda-tanda wujudnya sentuhan “tangan ghaib” di sana (Libya) . Beberapa keadaan dilihat seolah-olah telah dirancang, diatur dan ditaja oleh kuasa asing  bermula dari pembohongan Lockerbie (mungkin ada kuasa lain di belakang USA)? memang hebat permainan mereka, cukup licik dan busuk!


Fikirkan, atas dasar apa NATO mempunyai hak menyerang secara brutal terhadap Libya? Walaupun piagam PBB tidak membenarkannya, namun mereka bertebal muka membedil negara tersebut. Tiada siapa pun yang mampu menghalang mereka. Hanya Russia dan China sebagai anggota tetap PBB yang berani bersuara mengecam tindakan USA dan NATO ini.  Namun begitu ia tidak memberi sebarang kesan. Agak pelik juga, mereka tidak mengundi menentang resolusi membenarkan NATO mengawal ruang udara Libya, sebaliknya hanya mengambil sikap berkecuali yang tidak membawa sebarang faedah.   Bersuara (merungut?) hanya selepas Libya diserang oleh tentera NATO, jelas mempamirkan kedayusan mereka.


Kita lihat ada sesuatu yang tidak kena di situ. Mustahil Russia dan China tidak dapat menelah niat sebenar USA apabila usul resolusi tersebut dibentangkan. Apa yang berlaku kepada Iraq adalah bukti yang cukup nyata. Pasti mereka sedia maklum resolusi seumpama telah pun diluluskan sebelum Iraq diserang pada tahun 2003 lalu. Akhirnya Iraq ditawan dan menyeret pelbagai peristiwa pahit (pertumbahan darah) yang tidak berkesudahan di negara malang tersebut.  Pasti mereka tahu apa yang bakal berlaku kepada rakan mereka di utara Afrika ini sekiranya resolusi ini diluluskan.  Libya adalah negara rakan dan pembekal minyak ke Russia dan China, malah mempunyai perjanjian perdagangan. Mereka sanggup mengorbankan kepentingan mereka di sana dengan membiarkan USA menyerang negara terebut. Mengapa mereka tidak berusaha membantu Gadhafi, sekurang-kurangnya menghalang resolusi jahanam itu?

Biarlah soalan ini dijawab oleh pembaca sendiri.

Berbalik kepada soal Libya ini, adakah serangan ini dapat dikaitkan dengan sumber petrolium yang banyak di bumi Libya (dianggarkan mampu mengeluarkan 200 billion tong sehari) atau ada sebab-sebab lain? Pastinya alasan untuk membantu menyelamatkan orang awam adalah pembohongan semata. 

Kita boleh lihat sesuatu keanehan di sini. Apabila negara yang kaya hasil buminya menghadapi masalah, segera mendapat reaksi dan simpati dari PBB dan USA (serta sahabat-sahabatnya). Manakala negara miskin seperti Myanmar dan tentunya beberapa negara Afrika dibiarkan begitu sahaja walaupun berulangkali memohon simpati. Kebetulan pula negara pengeluar minyak ini terdiri dari negara Arab yang bermusuh dengan Israel dan majoriti rakyatnya beragama Islam. Adakah semua ini adalah satu kebetulan?

Satu faktor nyata yang boleh menerangkan keadaan ini. Biaya operasi tentunya bukan sedikit. Presiden Obama pernah menyatakan USA tidak sanggup menampung kos perang ini menunjukkan ia melibatkan dana yang besar. Oleh itu siapa pula yang akan menampung biaya sepanjang operasi tentera NATO berkenaan? Amat mustahil NATO lakukannya secara percuma semata-mata bersimpati terhadap pemberontak.

Siapa lagi jika bukan pemilik syarikat minyak gergasi dunia dari USA dan Eropah? Sama seperti kes Iraq dahulu, kini Iraq terpaksa membayar balik gantirugi kepada USA dan sekutunya disamping pemilik syarikat-syarikat minyak gergasi ini mangaut keuntungan lumayan dari sumber petrolium yang murah dari telaga-telaga minyak Iraq. Siapa yang rugi sebenarnya?

Kejayaan dari operasi ini bakal memberikan keuntungan besar kepada pakatan NATO berlebih lagi USA dan Britain yang mengepalai kejahatan ini. Rakyat Libya terpaksa menyerahkan telaga-telaga minyak untuk dikeringkan oleh NATO mewakili penderma dana perang berkenaan.  Hakikatnya rakyat Libya sendirilah yang menanggung pembiayaan peperangan/serangan tersebut.  Hal yang sama tidak berlaku pada sebahagian negara Afrika (yang tidak mempunyai sumber minyak/mineral) walaupun bepuluh tahun terjebak dalam perang saudara.

Tentera NATO mendapat keuntungan yang lain pula, mereka berjaya membuang dan memusnahkan sebahagian dari peluru dan bom yang sekian lama terlapuk di gudang-gudang tentera mereka tanpa perlu mengalami sebarang kerugian. Sementara itu rakan karib NATO (mungkin pelobi utama), Israel pula akan mendapat durian runtuh.  Mereka tentunya akan merasa lebih selamat bila negara-negara Arab yang memusuhinya tidak lagi mampu menggugatnya.  Malah memberi peluang pula untuknya bersama-sama mengikis hasil bumi Arab dan menjual senjata (senjata buruk).

Di mana Liga Arab? Mereka membiarkan sahaja konflik berlaku di negara anggota dan memerhati sahaja serangan NATO?  Lebih menghairankan, Liga Arab sendiri menyokong tindakan NATO ini.  Satu lagi keanehan yang terjadi. Mereka merestui kematian dan pertumpahan darah saudara sebangsa dan seagama mereka. Amatlah malang bagi bangsa Arab yang satu ketika dahulu amat gagah dan disegani. Menjadi tulang belakang dan pemacu unggul memperjuangkan dan menyebarkan agama suci, Islam, kini telah meninggalkan sunah  Rasulullah saw dan pedoman yang termaktub dalam kitab suci alQuran. Apakah telah hilang sifat kasih dan sayang sesama Muslim di dada mereka? Malah menggamit musuh iaitu Yahudi (zionis) dan Nasrani membunuh saudara seagama. Sesia sahaja pertubuhan Liga Arab ini diwujudkan. Pertubuhan Negara-Negara Islam juga diam tidak berkutik.

Jika direnung dengan teliti, adalah jelas kesemua ini telah diatur dengan rapi oleh raja jembalang yang amat digeruni oleh semua penduduk dunia.  Para perancang ini dipercayai pendokong utama NWO (New World Order - Order Baru Dunia) yang diketuai oleh USA. Fenomena ini cukup jelas, sebaik sahaja mendapat beberapa kejayaan hasil bantuan penceroboh, pemberontak Libya secara tiba-tiba menubuhkan Bank Pusat yang baru (berasingan) disamping mengendalikan sendiri telaga-telaga minyak di kawasan yang ditawan. Menubuhkan pula Syarikat Minyak Negara yang baru bagi membolehkan mereka membuat perjanjian dengan beberapa syarikat minyak dunia walaupun mereka belum berjaya menumbangkan Muammar Gadhafi. Mereka seolah cukup hebat, genius dan tangkas. Mampu berperang di siang hari dan membangunkan pula Bank Pusat dan Syarikat Minyak pada malamnya.  Mereka sudah bersedia memerintah Libya. Adakah bangsa Libya ini sememangnya hebat sehingga boleh melaksanakan sesuatu yang sangat luar biasa? Perkara seperti ini adalah sesuatu yang ganjil, belum pernah berlaku kepada mana-mana penduduk dunia. Persoalan yang mencurigakan ramai pihak, kenapa begitu tergesa-gesa?

Tidak mustahil juga semua ini didalangi dan diatur oleh pihak luar, bukan pemberontak Libya. Mereka amat yakin Libya akan jatuh dalam masa terdekat. Kebelakangan ini para pemimpin USA dan Eropah sering mengeluarkan kenyataan yang hampir sama, bahawa Gadhafi akan ditewaskan tidak lama lagi. Terlalu banyak kejanggalan. Keanehan berlaku lagi,  Dunia seperti sudah sepakat berhenti berccerita mengenai rakyat awam yang mati di Libya. Tajuk perbincangan dan kenyataan akhbar sudah sudah beralih arah. Soal keselamatan orang awam tinggal sejarah dan pengharaman penerbangan sudah sudah mula tenggelam dalam masa yang sangat singkat, sebaliknya semua dengan ghairah menanti kematian anjing padang pasir (gelaran yang hina untuk Gadhafi).

Penubuhan Bank Pusat yang berasingan dari yang sedia ada semestinya bertujuan memberikan kemudahan pengaliran keluar masuk wang antara penceroboh, saudagar minyak dan pecacai mereka, pemberontak Libya. Dasar Bank Pusat Libya yang sebenar di Tripoli dikawal oleh kerajaan Gadhafi serta mempunyai peraturan yang ketat mengawal aliran keluar masuk wang dari luar. Untuk kepentingan siapakah sebenarnya Bank Pusat baru ini?  Lebih terang dan jelas apabila dalam masa yang sama ditubuhkan pula Syarikat Minyak Negara yang baru menyaingi Syarikat Minyak Negara di Tripoli..

Kedua-dua institusi ini menjadi saluran penting melaksanakan agenda selanjutnya. Satu keadaan yang boleh dilihat ialah jembalang minyak dari negara luar (ejen NWO) sudah tidak sabar untuk meneguk cecair yang hitam pekat ini. Mereka mahu segera membuat keuntungan dan mengalirkan wang hasil minyak kepada pemberontak yang mereka taja. Dalam masa yang sama memerterai perjanjian menyerahkan penguasaan terhadap telaga-telaga minyak ini. Melaluinya, urusan akan kelihatan "halal". Membolehkan kedua-dua pihak mendakwa segala urusan adalah legal dan mengikut prosidur antarabangsa. Tidak boleh dituduh sebagai perompak walaupun itulah hakikatnya yang berlaku. Tiada lagi segan silu apatah lagi merasa malu kepada dunia akibat terlalu asyik mengidam dan ketagih emas hitam yang semestinya lumayan dari padang pasir Libya ini. Mereka terlalu amat gah berkuasa melakukan apa sahaja walaupun melanggar hak asasi manusia. Membelakangi apa yang  selalu mereka laungkan.  Apa sahaja yang mereka lakukan semuanya akan diakui sebagai OK oleh penduduk dunia..


Jembalang-jembalang ini tidak dapat bersabar lebih lama, terlalu lambat rasanya menanti Gadhafi tewas atau mati. Walaupun mereka gagal membunuh Gadhafi (melalui beberapa siri serangan udara), mereka terus melaksanakan apa yang telah dirancang.  Perjumpaan telah diatur di Eropah bagi membincangkan mengenai Libya tanpa Gadhafi, padahal Gadhafi masih hidup dan bertahan di Libya.  Pasti ada sesuatu rahsia terselindung di sebaliknya. Kenapa mereka begitu sibuk merencanakan hal ehwal Libya ini? Sudah mula terbayang belang mereka. Dalam kata lain, Gadhafi mesti ditewaskan dengan apa cara sekalipun. Matlamat akhir mereka amat jelas, membunuh Gadhafi dan menawan telaga minyak Libya dan menabalkan kroni sebagai pemerintah. 

Adalah tidak mustahil, dalam masa terdekat ini seluruh negara Arab akan menjadi milik NWO (dijangka akan berpusat di Israel), kini dikatakan diselia di USA.  Kawalan ke atas sebahagian besar sumber petrolium dunia dibawah kuasa mereka. Kekayaan ini sangat berguna untuk memeras ugut setiap nyawa penghuni dunia sekaligus amat membantu dalam usaha mereka menguasai dunia secara keseluruhan. Seluruh penduduk dunia dipaksa untuk tunduk dan patuh kepada mereka. Merekalah raja dunia dalam kerajaan One World Government yang selama ini hanya dianggap sebagai satu teori dalam skop konspirasi zionis.  Kian hari kian jelas, sudah semakin ketara kewujudannya.

Dalam pada itu, kejayaan ini juga membuka ruang yang luas kepada Israel melebarkan wilayahnya ke seluruh Pelestin, Jordan, Lubnan, sebahagian Syria dan Mesir untuk menubuh “Israel Raya” sebagaimana yang tercatat dalam Protokol Zion.  Ini juga perancangan NWO yang dipercayai dikuasai sepenuhnya oleh zionis antarabangsa. Israel Raya adalah negara yang akan mentadbir One World Government ini. Disanalah ditempatkan Istana untuk persemayaman raja dunia yang bakal ditabalkan.

Apa yang menyedihkan ianya terhasil dari manipulasi terhadap kedunguan orang Arab sehingga sanggup menumpahkan darah saudara sebangsa dan seagama secara besar-besaran (kononnya melancarkan revolusi). Mereka akan terus dihasut untuk terus bersengketa, berterusan tanpa hujung dan akhirnya berbunuhan sesama sendiri.  Zionis secara berselindung disebalik CIA dan MOSSAD menaja perselisihan di kalangan kaum-kaum bangsa Arab ini bagi memudahkan laluan mereka.

Ejen-ejen mereka menyusup masuk ke dalam pelbagai pertubuhan samaada pihak pemerintah atau lawanya dan mengapikan permusuhan walau hanya dengan isu remeh temeh. Membiayai para penentang kerajaan agar merancakkan lagi api sengketa. Setelah meranapkan sesebuah negara, negara tersebut akan dibiarkan terus bergolak seperti mana apa yang terjadi pada Iraq sekarang. Mereka akan pastikan setiap negara Arab sentiasa sibuk dan tidak mempunyai ruang waktu untuk memikirkan tentang musuh mereka sebenar (Israel/Yahudi). Jauh sekali bersiap sedia menghadapinya. Mereka akan berterusan menjadi makanan Yahudi. Keadaan di Iraq tentunya tidak seburuk ini sekiranya Saddam Hussein masih memerintah. Sudah terlambat untuk menyesal. bersediakah rakyat Syria mencontohi Iraq dan Libya? Masanya semakin hampir. Jarum sudah mula menikam rakyat Syria.

Kasihan bangsa Arab yang telah menjadi mangsa NWO dan usah gusar, masanya pasti tiba jua. Nantilah pula giliran kita Malaysia. Adakah anda tidak percaya? Terserahlah pada kebijaksanaan anda. Sekarang mungkin kita masih mampu ketawa dan bergembira. Berfacebook dan bergoogle. Berkokok hebat didalam kandang. Bercakaran dalam politik yang ditaja imperialis barat, bergelumang dalam dosa serkular dan kapitalis.  Jangan lupa "mata satu" sentiasa memerhati gerak geri kita, bangsa Melayu yang amat kebal keislamannya sejak zaman berzaman.  Kini semakin longlai setelah diasak dari pelbagai penjuru. Mungkin juga kita akan jadi mangsa mereka yang terakhir selepas runtuhnya negara Islam di Asia Barat dan Asia Tengah.

Berhati-hatilah terhadap Zionis timur (Singapura) dan berdoalah semoga kita tidak senasib dengan bangsa Arab. jika berlaku pun biarlah bermaruah, tidak seaib bangsa Arab. Apa yang berlaku di Libya tidak mustahil juga akan berlaku di Malaysia dan juga negara tetangga Indonesia.  Berbagai isu remeh temeh telah diwayangkan agar kita berjoget samba. Telah dapat dilihat bayangan ini walaupun masih samar. Di negara kita contohnya, bunga api sedang rancak dipertontonkan melalui sandiwara politik. Peliknya, ia hanya berkisar di sekitar bangsa Melayu/Islam, isunya pula ialah akhlak pemimpin. Jika tidak berhati-hati, bersedialah menyambut kemusnahan akibat kedunguan sendiri.

Remember the NWO speech that Bush held before the UN? He stated very clearly that they will succeed. All the rules and regulations are of no importance or value if it undermines the NWO agenda. At this point in time all organisations of any significance are invested with NWO agents. NATO is an important organisation to have in your pocket for the NWO cause.  If this NWO agenda needs to succeed, things like happening in Libya are an xample of how they operate.
 It is very difficult to conquer the world without blowing it to pieces today, so what they do....?  Manipulate the enemy in such a way that they will invite you in.....and ask you to take care of business?


Perhatian dan Renungan:
Sedar atau tidak, Allah SWT telah meletakkan orang Islam dalam keadaan yang cukup payah dan lemah. Luntur iman, semangat dan jatidiri. Keliru, terkapai-kapai mengharap belas kasihan. Tidak tahu kemana hendak berharap. Kawan dan lawan sukar di kenal pasti. Hari ini belum tentu sama dengan hari esok.

Hilang pergantungan. Sempit dan lemas dalam setiap nafas. Berbalam-balam dan semakin kabur sinar  cahaya. Ilmu yang ada memimpin kita jauh ke arah lautan dalam dan menjadikan diri semakin putus asa. Semakin hari semakin jauh dihanyutkan. Tiada harapan mendapatkan setitik keadilan serta bantuan kecuali dari makhluk jahat dan penipu yang melata di atas muka bumi ini.

Makhluk yang sentiasa bermuka-muka, bersandiwara dan pembohong. Sering mempertontonkan kekuatan yang cukup hebat serta gagah perkasa, mempunyai pengaruh dan kuasa yang amat mustahil ditewaskan......  Segalanya kini dibawah kawalan mereka walaupun kita sering menafikannya.

Terlalu banyak perkara haram (yang merugikan) telah di "halal"kan sewenangnya.  Kepentingan diri menghalalkan cara, keduniaan diutamakan. Tidak terasa bersalah walaupun tahu diri telah bertuhankan hawa nafsu dan syahwat (sedikit atau banyak bergantung kepada tahap ilmu yang Allah kurniakan). Tidak menyedari, telah melakukan kemungkaran yang merugikan, masih menyangka diri dipenuhi iman. Mengata, mengumpat dan mengeji dan seumpamanya menjadi suatu yang lazim. Hawa nafsu menguasi diri walaupun giat melaksanakan ibadah. Meninggi diri dan angkuh walaupun ilmu agama memenuhi dada. Puncanya ialah hati yang mati. Sering mengungkap tiada pilihan dan dharurat (dan tidak dapat dielakkan), benarkah tiada pilihan atau ianya dipengaruhi gelodak nafsu? Jawablah dengan jujur dan berharaplah agar Allah membuka hati kita.. .InsyaAllah.

Kesimpulannya, semua pintu telah mula tertutup.

Semua arah terpalit najis. Makanan dan minuman belum pasti bersih dari kotoran. Sembelihan, sejauh mana selamat dan halal? Riba ada dimana-mana, walaupun ianya antara yang amat jijik di sisi Allah dan RasulNya kita meneguknya tanpa rasa bersalah. Dengan ini, iman menjadi longgar hanya akibat tidak berhati-hati terhadap perkara subhah apa lagi yang haram,. Inilah yang bernama "kerugian", bukan soal dosa atau neraka. Dosa adalah kiblat bagi nafsu.  Kita sendiri yang rela ke neraka untuk didiami. Rugi disebabkan oleh kemerosotan Iman.

Semakin jauhlah Tauhid dan Makrifat yang sememangnya wajib dicari oleh manusia sebelum kembali ke sana.  Semoga Allah perkuat kembali iman di dada dan dapat mengucapkan "kalimah tauhid" dengan sebenar-benarnya, jauh dari syirik. (amin)

Persoalan: kemanakah arahtuju Umat Islam sekarang dan masa mendatang?


sedikit nasihat
PEDOMAN KATA INI MUNGKIN MEMBANTU

Kata ulama tua di hujung desa:

 "Kecundangnya kamu kerana salah langkah kamu sendiri", . 

"Pintu itu adalah hak kamu, jangan dibuka kepada sembarangan tetamu.  Jangan dibiarkan terdedah. Akibatnya amatlah parah". 

"Jika kamu mengejar dunia, dunia akan terus berlari meninggalkan kamu, kamu akan tewas sepanjang masa. Sebaliknya, jika kamu menghindari dunia, dunia akan mengejar kamu, memuntahkan segala perbendaharaannya tanpa perlu kamu minta."

AKHIR KALAM, MAAF JIKA ADA YANG TERLANJUR DAN BURUK BAHASA TUTURAN.

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews