Showing posts with label fitnah. Show all posts
Showing posts with label fitnah. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Dajjal: Masa Kemunculannya Semakin Hampir



Laut Galilee/Tasik TIBERIAS / Kinneret/Gennesaret/Tabariyyah 

penanda aras kemunculan dajjal 

Akhir zaman ini adalah detik2 kemuncak kapada penipuan Dajjal dan ramai yang telah termasuk didalam lingkungan fitnah itu. Apabila kita melihat akan sistem yang melingkari peradaban manusia, ramai yang terpedaya dan menganggapnya satu realiti. Realiti adalah satu istilah escapism yang dicipta untuk memperdaya manusia supaya berlapang dada dengan peredaran dan tindakan manusia disekelilingnya. 
Antara Fitnah Utama Akhir Zaman
Sedangkan jika kita buka mata hati kita dan tanya kembali iman kita,kita akan dapati apa yang kita lihat pada wajah dunia hari ini adalah semata-mata hasil ciptaan dan perancangan manusia. Manusia sering melihat akan ciri fizikal pada landskap bumi ini sedangkan dalam lingkungan pandangannya manusia masih mampu melihat akan langit yang berada di atasnya tetapi berapa ramai yang mahu melihat dunia dengan cara begitu. Wajah langit itu sentiasa mengikut peredaran dan kitarannya semenjak Adam a.s. berjalan di atas bumi Allah ini dan itulah yang dinamakan fitrah. 

Tetapi wajah landskap dipermukaan bumi itu adalah hasil dari kerja tangan manusia. Peperangan, kerosakan, penindasan, kebencian itu semuanya datang dari sifat manusia dan ramai yang tidak mampu berbuat apa2 kerana terpedaya dengan Istilah Realiti itu. 

Istilah realiti ini sejengkal demi sejengkal telah menutup istilah Fitrah dan tauhid manusia dianjakkan dari mengikut peringatan2 Allah.

Pada saya langit itu adalah ilham dan peringatan Rukyah dari Allah kpada manusia kerana dengan merenung langit itu, saya dapat merasakan akan satu kuasa yang maha tidak terbayangkan kekuasaannya dan peredaran langit itu menandakan betapa maha besarnya kuasa yang mentadbir alam ini dan ianya suatu peringtan pada penghuni dibawah langit ini bahawa penguasa alam ini tidak pernah lalai dari memerhatikan tingkah laku penghuni bumi yang berada dibawah langit itu. 

Saujana Mata Memandang Luas Tidak Terjangkau
Apabila menyaksikan sistem caturan manusia yang sedang mendominasi peradaban manusia sehingga seluruh dunia pegun melihatnya, tidak teringatkah kita pada peringatan Allah bahawa orang2 Kuffar itu memang disegerakan keatas mereka akan kebendaan dan senantiasa diberikan tangguh oleh Allah kerana Akhirat itu bukan kepunyaan mereka. 

Lalu mengapa kita yang meyakini akhirat itu adalah negeri yang abadi turut berbondong-bondong sama mengejar dunia? 

Sesungguhnya zaman ini adalah zaman kepada Ujian atas keyakinan dan memisahkan antara siapakah manusia yang berserah diri kepada Allah dan siapakah yang telah menjual akhirat dengan harga yang murah. 

Antara pengajaran dari Surah Al-Kahfi pada golongan muda adalah kita harus membebaskan fikiran kita dari dibelenggu oleh realiti ciptaan Tata Baru Dunia (NWO) ini. 

Jika dapat membebaskan diri dan fikiran kita dari belenggu ciptaan manusia ini, barulah kita akan mengenal Fitrah Allah keatas diri kita dan bangkit membina kekuatan Iman dari sekarang kerana kita adalah teladan kepada generasi selepas kita yang mana mereka ini bakal bersatu dengan kepimpinan Manhaj Ubuddiyah (Al-Mahdi) untuk melawan tipu daya Dajjal. 

Pada saya Malaysia telah di monitor oleh Singapura yang lebih kecil dan India yang lebih besar kerana keduanya adalah sekutu rapat kepada Amerika dan Israel. Kedua negara ini sangat mendiskriminasi penganut2 Islam dinegara mereka. 

Pengkalan Zionis di Kawasan Timur
Bagi saya Malaysia sedang dihancurkan secara perlahan-lahan bukan melalui peperangan tetapi dibutakan mata kerohanianya. 

Kita diasak dengan kefasikkan(hiburan), minda bawah sedar anak2 kita dirangsang secara seksual, Makhluk asing didoktrinkan sebagai penyelamat manusia, amalan Khurafat menjadi tontonan setiap channel Tv, Majlis2 yang tidak mengingati Allah begitu banyak bersiaran secara langsung menghimpunkan seberapa ramai manusia yang sudi dilalaikan secara "on Air" akan melahirkan kelompok manusia yang tipis kerohaniannya. 

Adakah semua ini terjadi secara kebetulan? 

Tidak!!!Malahan ia telah dirancang lebih lama oleh Sir Henry Gurney, org yang berjaya membantu membentuk Negara Israel dan kemudian dihantar ke Tanah Melayu, apa perlunya Amerika dan Israel membazirkan peluru dan minyak jet pejuangnya di sini sedangkan kepentingan mereka bertaburan dibumi Malaysia ini. 

Henry Gurney
Jika kita enggan menerima kenyataan ini bermakna kita belum bebas sepenuhnya dari Doktrin Tata Baru Dunia (NWO). 

Melihatkan kepada segala macam kerosakkan yang berlaku pada hari ini, umat Islam seharusnya membuka hati dan fikiran untuk mencari jalan keluar. Mohon kepada Allah supaya hati kita dibuka untuk melihat dan menerima kebenaran dicelah-celah kekalutan,harubiru, hiruk pikuk umat diwaktu ini. Fitrah semulajadi boleh dirosakkan tapi boleh dipulihkan semua jika hati diserah kembali kepada Tuhan. 

sujud dan syukur kepada Pencipta
Fitrah yang rosak akan menafikan kebenaran walau terpampang didepan mata, hati yang sudah keras tidak lagi sensitive atau merasa terancam dengan program kemaksiatan. Sebab itu Tuhan datangkan gempa bumi dan tsunami untuk melembutkan hati manusia. Kerosakan berlaku pada segenap sudut kehidupan manusia, aqidah ibadah akhlak, di tahap yang amat kronik. 

rempit
Sudah sampai masanya bagi Allah mendatangkan pemimpin penyelamat untuk umat manusia diakhir zaman ini. Umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah mendapat khabar gembira tentang kedatangan Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim. Mereka adalah tokoh kepimpinan umat Islam di alaf ini yang bertaraf Mujaddid, Mujtahid, ulama ul amilin, warisatul anbiya’, Rasul lil rasul . Dalam pandangan sufi mereka adalah mursyid, sohibuzzaman, wali Allah, sultanul auliya'. 

Tuhan menjadikan setiap sesuatu ada pasangannya, ada gandingannya, ada saingannya. Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim dibekalkan dengan karamah dan bantuan ghaib untuk berhadapan dengan pihak Dajjal dan konco-konconya yang mengusai sihir dan diberi istidraj. Hakikatnya Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim sudahpun berperanan. Kedua dua pihak yang berlawanan ini sebenarnya amat mengenali antara satu sama lain. 
 
tegak kembali panji-panji tauhid
Sudah banyak kajian ahli pemikir yang mengandaikan “kemunculan” Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim adalah dari Nusantara. Kepimpinan mereka akan mengembalikan kegemilangan dan kesatuan alam Melayu, bani Jawi, kaum Mala. Ertinya mereka ada dikalangan kita. Malangnya kita tidak dapat mengenali mereka dengan mudah kerana minda kita sudah dikawal (mind control). 

Semua jalan-jalan untuk umat Islam berhubung dengan mereka sudah ditutup, disekat, dikelirukan, dinafikan. Cara hidup dan berfikir tajaan NWO sudah sebati dalam diri kita hatta dalam mempelajari dan memahami ilmu Islam itu sendiri pun adalah dalam ruang lingkup yang telah disusun, dikawal dan dirancang oleh mereka. 

Illuminati merahsiakan kewujudan perhubungan antara mereka dengan iblis sejak sekian lama malah menanamkan kepercayaan kepada umat manusia bahawa iblis tidak wujud. Sekaligus supaya manusia tidak mempercayai kewujudan Tuhan, Malaikat, Rasul dan alam ghaib. Mereka menjalankan usaha-usaha merosakkan Agama Tauhid sebelum ini dan menggunakan modus operandi yang sama terhadap Islam. 
Illiminati berusaha melemahkan kerohanian Islam
Mereka menyusup masuk ke dalam kalangan penganut Islam dan institusi Agama Islam melakukan usaha mengolah ,mengubah, menyelewengkan dari dalam. Percubaan demi percubaan dibuat oleh kaum Yahudi dengan mengunakan kepakaran yang mereka ada bermula sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi..Selepas mengalami kekalahan dalam perang salib, Pusat-pusat Orientalis ditubuhkan dan agen-agennya dihantar ke seluruh dunia dengan menyamar menjadi ulama . Mereka tidak boleh mengubah Al Quran tetapi mereka menterjemahkan kitab kitab muktabar, mengubah keasliannya, memadamkan juzuk-juzuk tertentu agar umat islam tidak tahu “rahsia kekuatan mereka”. 
Illuminati merahsiakan kekuatan
Antaranya, sebahagian besar umat Islam pada hari ini sudah tidak boleh menerima malah tidak percaya bahawa, bagi mereka yang bertaqwa boleh berhubung dengan alam ghaib yakni dengan roh Rasulullah - Nur Muhammad SAW dan para sahabat serta rijalullghaib dan juga mendapat pimpinan dari roh baginda SAW. Suatu ketika dulu kita pernah disajikan dengan kisah- kisah bantuan ghaib kepada pejuang mujahiddin yang amat menjaga urusan dengan Tuhan sewaktu melawan Komunis Russia (USSR). Banyak lagi kisah-kisah seumpama itu yang (sangat) memberi kesan dan meniupkan semangat dan harapan kepada umat Islam. Ini adalah pembelaan secara langsung dari Tuhan.
Mujahideen Afghanistan
Memandangkan gerakan musuh tidak pernah berhenti mencari dan mengesan Imam Mahdi, sudah tentu beliau tidak akan menonjolkan diri sebelum tiba masanya tetapi mewakilkan kepada Putera Bani Tamim untuk membuat segala persiapan awal. “Kumpulan-kumpulan yang memegang bara api” yang berada di sekitar Timur Tengah dan Khurasan akan bergabung dibawah kepimpinan Imam Mahdi. Bara api ini akan menyala dan membakar musuh-musuh manakala cahayanya menerangi seluruh alam. 
Cahaya Islam Bergerlapan
Selama ini Tuhan telah mengizinkan segala macam kelebihan (yakni kuasa, pangkat , sihir, harta, kekuatan tentera, ekonomi, teknologi) kepada pasukan Iblis, Syaitan, Dajjal, Iluminati, Yahudi, Freemason dan konco-konconya. Melalui kelebihan ini, mereka bermaharajalela, membuat kezaliman, mencatur dunia sekehendaknya, menurut hawa nafsu sepuas puasnya. Semua ini untuk menguji keimanan hamba-hambaNya yang ikhlas. Tuhan menguji manusia mengikut tahap keimanan masing-masing Maha Suci Allah dari bersifat zalim .Manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri. Walaupun sudah diberi peringatan, adakah manusia akan kembali kepada Allah? 

Kumpulan Rahsia Dajjal
Tidak lama lagi pasukan (Dajjal) ini akan bertemu “empat mata” dengan pasukan “lawan’ yang dikirim oleh Tuhan . “Lawan” yang memiliki kelebihan tak tertanding “super power” yang selama ini hanya berperanan secara rahsia “dibalik tabir” dan akan muncul untuk selamatkan seluruh umat manusia supaya dapat kembali kepada Tuhan yang Esa. Inilah Pasukan Rasululah SAW diterajui oleh Imam Mahdi, Nabi Isa a.s, Putera Bani Tamim dan para wali Allah. Perang besar WW3 akan meletus di akhir zaman sebelum penutup kisah dunia ini. menuju Mahsyar dan Hari Pengadilan. Semoga kita terpilih dan tergolong dalam pasukan Allah ini. Insya Allah.

Kredit untuk PENULIS - seorang pengunjung blog ini

Monday, April 11, 2011

kemuncak penipuan Dajjal

















Akhir zaman ini adalah detik2 kemuncak kapada penipuan Dajjal dan ramai yg telah termasuk didalam lingkungan fitnah itu.

Apabila kita melihat akan sistem yang melingkari peradaban manusia, ramai yg terpedaya dan menganggapnya satu realiti.

Realiti adalah satu istilah escapism yang dicipta untuk memperdaya manusia supaya berlapang dada dengan peredaran dan tindakan manusia disekelilingnya.


Riba banyak diamalkan dan semua makhluk di dunia masa kini tidak dapat melepaskan diri darinya. Hiburan ada dimana-mana sehingga ke dalam setiap rumah umat Islam. Hidup manusia menjadi semakin keliru dan hilang arah. Wang kertas yang kita gunakan sekarang ini hanya kersandarkan debt (hutang) dan bond, bukannya emas seperti yang kita ketahui. Dengan sendirinya wang kertas itu kewujudannya bersandar kepada riba.


Memandangkan sistem riba (manipulasi empunya Bank Reserve USA dan Bank Dunia), sentiasa mengujudkan wang baru tanpa sandaran emas. Ini bermakna menciptakan wang yang tidak wujud pada zahirnya. Riba membiak sehingga tidak terkawal dan mungkin akan meruntuhkan sistem bank itu sendiri kelak. Nilai matawang semakin meosot dan melonjakkan inflasi yang tidak disabitkan dengan penawaran dan permintaan barang seperti sistem asas ekonomi.  Inflasi jenis ini tidak mungkin dapat dibendung dan ia akan terus meningkat tanpa henti.  Dijangka pertengahan tahun ini akan memberi impak yang menakutkan semua penduduk dunia, sehingga ada penganalisis berkata ia menuju kepada kelumpuhan sistem bank dan sistem ekonomi global.  Semua mata wang tidak lagi mempunyai nilai.


Perang mula dilancarkan oleh USA atas bantuan PBB. Dijangka akan merebak kerana dasar dan kepentingan duniawi yang menebal. Russia, China dan sekutu mereka sedang memerhati dengan teliti permainan USA dan NATO ini.  Perkhabaran terbaru, USA mungkin bersetuju menjalinkan hubungan yang erat dengan Iran tetapi ia dirahsiakan untuk sementara waktu. China berbaik dengan Pakistan untuk menggunakan laluan lebuhraya berturap menuju Asia Barat dan juga berunding secara diam-diam untuk bersekutu dengan Turki di Asia Barat sebagai pengkalan tenteranya jika berlaku peperangan dunia.


Russia sebagai mana kita tahu, mempunyai beberapa rakan setia yang akan bersama dengannya menentang kuasa imperialis USA. Kini mengambil langkah berdiam diri dan hanya memerhati tindak tanduk musuhnya USA. Mereka amat tertekan dengan langkah USA memusnahkan rakan mereka Iraq, dan kini Libya. Hanya tinggal satu sahaja lagi rakan mereka di Asia Barat iaitu Syria.  Jika Syria diserang, mungkin Russia tidak lagi akan berdiam diri. Dalam pada itu Russian sedang mempergiat dan mempersiapkan kekuatan tentera sebagai langkah berjaga-jaga. NATO mungkin berpecah dan hanya tinggal USA, UK, Israel dan beberapa negara yang kini tidak sebulu, salah satunya ialah Iran (rundingan rahsia sedang berjalan).


Mala petaka terutama gempa bumi pula sudah semakin kerap. Telah dikesan beberapa  gempabumi terbaru bukan disebabkan oleh keadaan semula jadi tetapi dilakukan oleh manusia. HAARP adalah salah satu teknologi terhebat kepunyaan USA. HAARP boleh mencipta bencana alam termasuk gempa bumi dan tsunami. Ia amat dirahsiakan dan tidak diketahui keupayaan sebenar teknologi ini dan apakah niat mereka mempergunakannya.


Kepanasan global pula semakin meningkat dengan drastik, dijangka sebahagian dari muka bumi akan tenggelam. Kepulauan Great Britain dikatakan mungkin akan tenggelam sepenuhnya apabila keseluruhan bungkah air batu kutub mencair. Ini semua kan menyebabkan huruhara yang dahsyat dijangka akan berlaku dalam masa terdekat. Sebelum Dajjal muncul.


Semua ini diatur dengan rapi oleh The Hidden Hand melalui Illuminati dan sekutunya. Kemungkinan THH ini ialah Dajjal sendiri.  Matlamatnya adalah menyesatkan seberapa ramai hamba Allah untuk bersamanya di neraka. Berdoalah semoga kita dapat melepaskan diri dari fitnahnya.

Monday, April 26, 2010

Terpedaya (fitnah)





ADAM dan PERMAISURI nya

Berjayanya Iblis menggoda Adam dan Hawa supaya memakan buah khuldi. Buah khuldi (nama khuldi diberikan Iblis) adalah satu-satunya yang terlarang di dalam "kehidupan" yang mereka bertempat ketika itu. Apakah hikmahnya, sama-samalah kita mencarinya. Adakah Allah tidak tahu bahawa Adam akan engkar laranganNya semasa diperintahkan menjauhi pohon "khuldi" itu?  Amat mustahil bagi Allah untuk "tidak tahu" setiap sesuatu yang telah dan juga belum terjadi.  Apakah kiasannya "buah khuldi" itu?

"Dan Kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim." (AlBaqarah ayat 35)

Iblis menggoda (sifat semula jadinya) dengan mengatakan bahawa dengan memakan buah dari pohon terlarang itu, Adam dan Hawa akan kekal selamanya di dalam kerajaan yang tidak akan binasa.  Apakah Adam lupa pesan Allah kepadanya? Atau Adam sengaja menentang Allah demi nafsunya untuk kekal di syurga?  Adam dibekalkan Ilmu yang tidak dipunyai oleh mana-mana makhluk termasuk malaikat. Tidak cukupkah ilmunya sehingga terpedaya kepada hasutan Iblis yang amat mendengki Adam itu?  Kenapa pula berita ini disampaikan oleh Allah kepada manusia melalui para RasulNya?  

Padahal Segala sesuatu milik Allah jua.  Berfikirlah sejenak semoga kita mendapat jawapan punca sebenar kejadian.  Bukankah segala suatu itu semuanya atas keizinanNya?  La Haula Wa La Quwwata Illa Billahi Aliyyil Adzim. 

"Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata: "Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?" (Thaahaa ayat 120)

Apabila memakan buah itu, maka pakaian syurga yang dipakai oleh Adam dan Hawa pun tercabut serta-merta dan mereka terpaksa menutup tubuh mereka dengan pucuk-pucuk kayu.

"Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) syurga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia." (Thaahaa ayat 121)

Betapa sedihnya hati Nabi Adam, maka ketika itu beliau pun berdoa dengan satu doa yang membuka satu rahsia yang amat penting. Rahsia yang sungguh indah.

Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam, "Tatkala Adam melakukan kesilapan dengan memakan buah larangan Allah dalam syurga, Baginda berkata, "Wahai Tuhan! Aku memohon dengan hak Muhammad agar Engkau ampuni aku." Allah berfirman, "Wahai Adam! Bagaimana engkau mengenali Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya?" Adam menjawab, "Tatkala Kau menciptakan aku, Kau meniupkan roh ke dalam jasadku maka aku mengangkat kepalaku lantas aku melihat pada tiang-tiang ‘Arasy tertulis ((Lailaha illallah Muhammad Rasulullah)), maka tahulah aku bahawa Engkau tidak akan menyandarkan nama seseorang kepada-Mu kecuali dia adalah yang Engkau kasihi dikalangan makhluk-Mu." Firman Allah, "Benarlah engkau wahai Adam. Dia amat Aku cintai berbanding sekalian makhluk lain. Jika engkau meminta daripada-Ku dengan haknya nescaya Aku ampuni engkau. Jika tidak kerana Muhammad, tidak Aku ciptakanmu wahai Adam. Dia ialah nabi yang terakhir dari zuriatmu." (Diriwayatkan oleh Al-Hakim, disahkan oleh Al-Baihaqi dan Abu Nu'aim dalam Ad-Dalail serta At-Tobrani dalam Ausat Wasoghir juga Ibnu ‘Asakir dan Al-Ajriyy dari Saidina Umar Al-Khattab r.anhu.)

8888888888888888888888888888888

Kalimah Syahadah telah pun tertulis di tiang-tiang Arasy ketika kelahiran Nabi Adam. Nama MUHAMMAD telah terukir di tiang-tiang Arasy.Tidak diketahui sejak bila nama itu sudah berada di situ.  Untuk siapa?, tentulah ianya untuk adam juga supaya Adam dapat melihatnya. 

Bukankah segalanya telah diatur oleh Maha Pengatur?  Untuk siapa pula cerita ini?  Tentulah untuk sekelian manusia.  

"Baginda Salallahualaihi Wassalam bersabda, "Sesungguhnya Allah menulis tentang takdir ciptaan-Nya 50,000 tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi" Ketika Baginda Salallahualaihi Wasalam ditanya, "Bilakah engkau dilantik sebagai Nabi?" Jawab Baginda , "Ketika (Nabi) Adam antara roh dan jasad." (Diriwayatkan oleh Muslim, Ibnu Hibban dan Baihaqi dipetik dari Hikam)

Semakin jelas sekarang bahawa rahsia ini milik kita semua. Suka saya bertanya pembaca semua, apakah kita masih berada di syurga sekiranya Adam dan Hawa tidak memakan buah terlarang itu?  Jika begitu, tidak perlulah para rasul terutama Nabi Muhammad saw di utus kerana manusia semua kekal di sana dan tidak melakukan maksiat kepada Allah. Dimana pula bangsa Jin pada masa itu? Untuk apa pula neraka disediakan? Persoalan demi persoalan akan menjelma bertimpa-timpa, mengajak kita untuk terus berfikir.


8888888888888888888888888888888

Bagaimana keadaan yang berlaku sekarang ini?  Nyata manusia telah meninggalkan fitrahnya dan lebih sadisnya sanggup memijak hancur perjanjian di alam mithal (sebelum dilahirkan di muka bumi ini). Semua manusia berjanji akan akur dan taat apa yang telah Allah perintahkan.

Siti Hawa atau "Eva" - Inggeris,  dicipta khusus untuk Adam. Sekali lagi di ucap "SEMATA-MATA UNTUK ADAM" itula fitrahnya wanita ini wujud di muka bumi.  Dari mana asal Hawa ini? Adakah diciptakan dari tanah juga seperti Adam?  Sudah semestinya tidak.  Hawa adalah sebahagian dari diri Adam.  Ia harus hidup bergantung sepenuhnya pada Adam.  Tidak ada pilihan baginya kerana ia berasal dari tulang rusuk Adam.  Jika ia melawan fitrah ini, maka ia menentang Allah swt yang menciptanya semata-mata atas kepentingan Adam.  Malah ia tidak dibekalkan kekuatan fizikal, keupayaan memimpin (kecuali anak-anak suaminya), tanggungjawab sebagai Imam dan banyak lagi.  Allah menyediakan "bakat" semula jadi yang lemah lembut dan berkeinginan untuk memberi khidmat kepada Adam.

Tugasnya jelas, membantu Adam dalam memenuhi muka bumi dengan makhluk bernama manusia. Menghiburkan hati Adam, sebagai kawan suka duka kepada Adam.  Membesarkan anak-anak Adam. Tidak pernah kita dengar ungkapan "anak-anak Hawa".  Jelaslah siapa Adam dan siapa pula itu Hawa. 

Ada sesuatu yang telah diselewengkan oleh tangan jahat di sini.  Merka sengaja mencipta satu keadaan yang menyalahi fitrah ini.  Maka beransur-ansurlah manusia menjadi rosak dan keliru.  

Pada masa kini, wanita berjuang mendapat taraf sama tinggi dengan lelaki. Ajaran siapakah itu? Padahal tidak mungkin akan sama kerana mereka dari kumpulan yang berbeza fitrah. Berbeza tanggung jawab, berbeza fungsi dan segalanya berbeza. Masing-masing unggul dalam bidang yang telah dikhaskan. Taraf apa dan bagaimana yang mereka maksudkan (Pejuang Hak Kebebasan Wanita)? Bukan semua tugas lelaki dapat mereka lakukan kerana pada lahiriahnya ada kelemahan yang menghalang. Contoh yang paling mudah, pemandu kenderaan wanita. Tidak dinafikan mereka mampu menjadi pemandu yang cekap walaupun tidak setaraf lelaki (F1). Apabila kenderaan mereka rosak atau tayar pancit, ia kan menjadi masalah berat bagi mereka untuk memperbaikinya. Nasib baik ada telefon mudah alih boleh menghubungi sesaorang meminta bantuian. Biasanya siapakah yang membantu menukar tayar tersebut jika bukan lelaki. Itu hanya sekadar contoh mudah. Begitulah Allah swt mengatur kehidupan makhluknya.

Bukankah lebih baik semua kembali kepada akhlak dan memakai semula pakaian "fitrah"? Saling hormat menghormati dan harga menghargai.  Bukankah itulah jenis "kebahagiaan" yang sedang dicari oleh semua manusia?

Apabila menegakkan sesuatu yang palsu, yang tidak wajar dan berlawanan dengan fitrah, maka akan berlakulah huru hara dan kacau bilau yang tidak berkesudahan. Masing2 hanyut dalam kekeliruan. Sudah tidak dapat mencari punca dan berputar2 dalam cawan kejahilan.

Lelaki itu ada tugasnya, tanggung jawabnya amat berat meliputi seluruh hal ehwal keluarga, khalifah dalam dunia keluarganya. Malah sesetengahnya diberitanggung jawab sebagai khalifah masyarakat dan negara.  Wanita tidak dipertanggung jawabkan sedemikian berat, kerana mereka adalah pembantu yang setia dan memberi khidmat tanpa persoalan kepada khalifah ini. Adakah kaum wanita juga idamkan jawatan khalifah? Mampukah wanita memangku tugas berat itu walhal ia telah ada tugas sendiri yang sesuai dan harmoni dengannya? Jika demikian, akan terjadi akhirnya saling salah menyalahkan dan berlaku pelbagai fitnah kehidupan. Lelaki akan menerima pembalasan (dosa) apabila ahli keluarganya melakukan maksiat, termasuk isterinya. Ditetapkan menjadi "wali" kepada semua anak-anak perempuannya selagi belum bersuami. Menanggung dosa mereka bila anak-anak perempuan mereka membuat angkara. Ituilah beban tersembunyi yang terpaksa ditanggung oleh lelaki (ADAM) sesuai dengan peranannya sebagai imam atau khalifah.

Amat berat tanggungan Adam. Siapakah yang dapat memahami keadaan ini pada zaman sekarang? Semua jadi kelirtu kerana Fitnah yang dilakukan oleh The Hidden Hand. Siapakah yang dapat memperbetulkannya? YDP Agung? Perdana Menteri? Mufti? Kadhi? Ulama? ..... kelu ....   tiada jawapan....  

Fitnah akhir zaman, dikhabarkan bahawa para pengikut setia DAJJAL ialah Yahudi dan Wanita. Apa maksud ini semua? Ramailah kaum wanita menjadi penghuni neraka ... Nauzubillah Min Zalika.

Wanita mempunyai suara dalam pilihanraya, apakah kewajarannya? Mampukah mereka memilih dengan adil sesaorang pemimpin? Cara mereka berfikir tidak selaras dengan keperluan pemerintahan yang penuh dengan peti rahsia serta muslihat. Mereka dianugerahkan sifat lemah lembut, halus jiwanya, berperibadi menawan dan berwatak pengasih, sebab itu mereka mudah termakan pukuk rayu berbanding lelaki. Sekiranya pemimpin yang salah terpilih sebagai khalifah daulah, siapakah yang akan menerima akibatnya? Siapakah yang akan menanggung dosa ini? Oleh itu untuk kebaikan, biarlah tugas pemilihan sesaorang pemimpin itu dilaksanakan oleh orang lelaki sahaja. Mereka sememangnya telah dibekalkan daya fikir dan keupayaan yang terbakat semula jadi sebagai penghulu masyarakat. Islam mengajar sedemikian. 


Demokrasi Berparlimen (bukan dari Islam) ini juga menentang fitrah manusia. Sesiapa sahaja layak menjadi pemimpin termasuk kaum wanita. Mereka (kaum wanita) terpaksa menerima tanggungjawab "khalifah", secara tidak langsung mereka rela menggagahkan diri untuk melakukan tugas yang bukan sepatutnya. Sudah semestinya mereka terpaksa melepaskan tanggung jawab mereka sendiri sebagai pembantu yang setia kepada suami dan "guru" kepada anak-anak. 


Dari sinilah wujudnya "tadika" dan seumpamanya. Anak-anak diasuh oleh orang lain bukan ibunya sendiri kerana si ibu sibuk menghambakan diri kepada masyarakat dan masa mereka tertumpu kepada meraih kuasa sebagai khalifah. Jenerasi selepas mereka akan terhoyong hayang mencari "diri" mereka dan pastinya akan mengikut apa yang telah disampaikan oleh pengasuh mereka. Jika mendapat pengasuh yang jujur, kira mereka amat bernasib baik.


Siri fitnah terus mengaliri kehidupan manusia dan menyimpan kejahatannya. Mengelirukan umat pada akhir zaman. Bagaimanakah nasib kita yang menyanjung atau sekurang-kurangnya menyokong "demokrasi" ini? Kita sedah begitu jauh terlanjur, amat sukar untuk diperbetulkan. Sememangnya benar ungkapan Rasulullah saw bahawa Fitnah Dajjal adalah seburuk-buruk fitnah yang ada di muka bumi ini.

insyaallah akan disambung....


UNTUK MAKLUMAN SEMUA PEMBACA,  ABATASA TIDAK DAPAT MENGURUSKAN BLOG INI BUAT SEMENTARA WAKTU, DIHARAP PARA PEMBACA DAPAT MEMAAFKAN SAYA, JIKA TULISAN SAYA INI TIDAK BEGITU SEMPURNA.

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews