Friday, March 18, 2011

Gautama Buddha, seorang Nabi Allah?


Sejak akhir-akhir ini semakin ramai penulis yang berani mengutarakan pandangan kontroversi dan tulisan sebegini amatlah asing di masa lalu. Bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia juga. Misalnya perkara yang berkait dengan asal kewujudan agama-agama sebelum Islam seperti Hindu dan Buddha serta hubungannya dengan agama tauhid (Islam). Saya amat tertarik dengan perkembangan ini kerana ia membuktikan ada sesuatu rahsia bakal tersingkap suatu hari nanti. 
Ketika saya masih remaja, saya pernah terbaca satu artikel yang menyebut bahawa pengasas agama Majusi dan Hindu itu adalah seorang Nabi.  Ia amat menghairankan saya malah sukar bagi saya untuk menerima kenyataan tersebut kerana kita sedia maklum bahawa keberadaan agama Hindu dan Majusi itu amat berlawanan dengan apa yang kita faham sebagai agama tauhid. Mereka menyembah berhala dan api. Mana mungkin seorang Nabi Allah menyerukan agama yang menyengutukan Allah (syirik). 
Walaupun begitu, setelah sekian lama masa berlalu, persoalan tersebut masih mengganggu fikiran saya dan meminta penjelasan. Saya sering sahaja tercari-cari jawapan apakah benar dakwaan tersebut dan jika sebaliknya, apakah muslihat penulis berkenaan?.  Lebih aneh lagi apabila saya berjumpa dengan seorang ilmuan (ulama tauhid) sekitar tahun 1984.  Beliau menyatakan bahawa agama yang paling hampir dengan Islam ialah agama Hindu. Perkara ini amat mengejutkan saya kerana ulama berkenaan bukan calang orang (tak perlulah saya ceritakan siapa orangnya). Malangnya saya tidak sempat meminta penjelasan darinya.  Hanya perkataan "brahman" sahaja menjadi clue terhadap tekateki ini. Kenapa "brahman"? Adakah ia bermaksud Ibrahim (Nabi Ibrahim as)? Adakah agama Hindu ini asalnya agama nabi Ibrahim? 
Melalui kemudahan teknologi maya (internet) ini akhirnya saya temukan banyak fakta yang dapat memberikan jawaban yang konkrit dan mubasabah terhadap isu ini. Hindu bukan nama sebenar ajaran ini, ia adalah nama panggilan yang diberikan oleh penjajah Inggeris kepada agama tersebut memandangkan agama ini berpusat di Lembah Indus. Apakah nama sebenar ajaran ini jika bukan Hindu? Ramai yang berpandangan agama ini lebih sesuai dipanggil VEDA berdasarkan kitab sucinya yang bernama Veda. Saya juga bersetuju bahawa panggilan ini lebih sesuai.
Dalam soal ini, secara kebetulan pula pihak Mistisfiles.Blogspot.Com (blog kegemaran saya - saya pasti ramai ilmuan yang membangunkan dan menjayakan blog ini) begitu giat membincangkan peradaban kaum Mala (nama asal bangsa Melayu/Nusantara) yang mana antara lain memaparkan sejarah dan peradaban bangsa ini.  Banyak bukti bertulis dibentangkan termasuk catatan pengembara dan filasof dari dari Mesir, Yunan, China, India, Arab serta bukti prasasti dan temuan purba seperti batu bersurat dan catatan-catatan dalam bahasa Melayu kuno. Bukti ini amat kukuh dan mampu menyokong atau mengesahkan teori yang diketengahkan. Yang paling menarik ialah tersisip bersamanya pembicaraan berkait dengan agama anutan bangsa ini sebelum Islam, iaitu Hindu dan Buddha.  Tiada pula bukti yang menunjukkan bangsa ini menjadi penganut agama pagan. Sesuatu yang menghairankan. 
Di blog Mistisfiles terdapat 18 artikel siri ATBM yang menjadi tarikan kepada peminat sejarah. Jumlah artikel yang banyak ini (diterajui oleh Srikandi - seorang sarjana sejarah tanah air) menunjukkan kesungguhan dan kegigihan Mistisfiles membuktikan bahawa bangsa ini (Melayu) sudah wujud 2000 tahun lampau, malah mempunyai peradaban yang mengkagumkan. Jika anda belum membaca siri ATBM, saya syorkan segeralah menelitinya bagi meneroka kisah bangsa purba yang cukup mengasyikkan.
Ini membuktikan dengan jelas bangsa ini (Mala/Melayu) telah wujud sebelum bangsa Monggolia menawan negara China lagi. Sekiranya saya terdengar suara sumbang yang mengatakan bangsa Melayu adalah pendatang dari Yunan, maka saya akan menjawabnya dengan senyuman sinis (ternyata begitu dangkal dan jahilnya dia). 
Telah dikesan, bangsa ini sudah mempunyai kerajaan yang besar dan bertamadun 2000 tahun dahulu dan mungkin lebih lama sebelum itu menjangkau 4000 sebelum masehi. atau zaman Lemuria seperti teori yang dibangunkan oleh Prof Arysio Santos?. Bukti terbaru ialah terjumpanya tapak monumen, pusat peleburan besi dan jeti berbumbung atap genting di Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah yang dikesan dibina pada abad ke 2 masehi. Rujuk http://arkeosungaibatu.blogspot.com
Pada ketika itu masyarakat Mala menganut agama Hindu.  Saya percaya agama Hindu yang di anuti bukanlah seperti mana agama Hindu yang ada sekarang tetapi agama Veda yang mana bahasa keagamaannya ialah sanskrit bukannya tamil. Apabila datangnya agama Buddha, raja dan rakyat Mala meninggalkan agama Hindu dan menganut Buddha pula. Ada keanihan di situ.. kenapa? Saya pasti agama Buddha yang mereka anuti juga tidak seperti mana agama Buddha yang wujud sekarang.  Akhirnya bila seruan Islam sampai, raja dan seluruh rakyat Mala ini memilih untuk beralih kepada agama Islam sehinggalah sekarang. Kenapa begitu mudah mereka bertukar agama? Tentu ada rahsia disebaliknya. 
Bagi mencari jawaban terhadap persoalan ini, saya tertarik dengan sebuah rencana seorang penulis yang telah memberi ulasan yang cukup padu terhadap sejarah agama Buddha ini.  Saya percaya inilah antara sebabnya kenapa bangsa Mala meninggalkan agama Buddha dan beralih kepada Islam. Saya bawakan artikelnya yang sangat menarik untuk direnungi bersama.

Abu Zulfiqar menulis:
Ketika menghadiri perjumpaan ahl-ahli Bicarasufi pada 25 Oktober 2008 lalu, saya sempat berbual dengan Tuan Cenderawasih tentang agama-agama dunia dan tokoh-tokohnya khususnya agama Buddha. Seronok berbual dengannya. Hal ini berikutan diskusi saya dengan Ustaz Izzat dan Mat Lang di forum Bicarasufi tentang perkara tersebut. Kebetulan saya ada sedikit pengetahuan dan rujukan tentangnya, maka saya tambahkan di sini.
Dalam perbincangan kami itu, secara tidak langsung kami bersepakat mengatakan Buddha mungkin salah seorang pesuruh Tuhan. Belasan tahun lalu, saya juga pernah mendengar pendangan peribadi Dr Danial (JIM Pulau Pinang) dalam ceramahnya mengatakan Buddha seorang nabi. Namun kita sedia maklum, jika dikaji ilmu dan sumber-sumber agama Buddha hari ini memang hampir-hampir tidak ada yang menyentuh tentang Tuhan. Hal ini menjadikan para penganut agama Buddha umumnya sama ada menjadi seorang atheis ataupun bertuhankan Gautama Buddha- pengasas ajaran itu.
Secara peribadi pula, saya memandang kehadiran Gautama Buddha yang bernama Putera Siddharta itu bukanlah membawa satu agama baru ke India, sebaliknya sebagai pentajdid agama tauhid sebelumnya iaitu agama yang kemudiannya dijenamakan sebagai ‘Hindu’. Saya lebih senang menyebut agama tauhid ini sebagai agama Weda, iaitu ajaran-ajaran asal yang kemudiannya dikitabkan. Ajaran agama Weda itu sudah mengalami kerosakan dan kekeliruan kerana sikap manusia dan usia agama itu sendiri yang sudah lama. Dengan itu Tuhan mengutus pembaharunya iaitu Gautama Buddha.
Samalah halnya seperti ajaran Nabi Adam yang rosak diperbaharui oleh Nabi Nuh selepas banjir besar. Ajaran Nuh yang rosak pula diperbaharui oleh Nabi Ibrahim. Ajaran Ibrahim diperbaharui oleh Musa. Ajaran Musa diperbaharui oleh Nabi Isa. Ajaran Musa dan Isa dan seluruh ajaran di serata dunia diperbaharui oleh Nabi Muhammad saw. Semua mereka tidak membawa agama baru tetapi agama tauhid sebagaimana asalnya. Cuma yang berubah sedikit ialah dari segi syariat agama-agama itu yang ada perbezaan yang Tuhan sesuaikan dengan kehendak-kehendak zaman dan tempatan. Semua mereka membawa Islam walaupun jenama ‘Islam’ itu muncul pada zaman Muhammad saw.

KITAB AGAMA BUDDHA
Cenderawasih bertanyakan saya tentang kitab agama Buddha. Memang ada kitab-kitabnya dan yang paling utama ialah kitab Tripitaka (Tiga Keranjang). Jika dibandingkan dengan agama Islam, kitab Tripitaka ini bolehlah ditarafkan sebagai hadis atau sunnah Rasulullah saw kerana kitab ini mengandungi perkara-perkara yang pernah dicakap, pernah dibuat dan pernah diakui oleh Gautama Buddha. Samalah dengan hadis dalam agama Islam iaitu perkataan, perbuatan dan pengakuan Nabi Muhammad. Sama seperti hadis juga, kitab Tripitaka ini disusun lama selepas kematian nabinya.
Dari SATU SUDUT, kitab Tripitaka tidaklah sekufu dengan kitab suci al-Quran kerana Tripitaka bukanlah perkataan Tuhan (wahyu) tetapi hadis Sang Buddha. Manakala kitab Bible pula sudah bercampur antara wahyu Tuhan, hadis para nabi dan tulisan para sejarahwan.
Buddha berdakwah selama lebih kurang 45 tahun. Sepanjang tempoh itu ajarannya tidak ditulis. Dakwah dilakukan secara lisan hasil hafazan dan ingatan para pendakwah.
tripikata

PERSIDANGAN PERTAMA
Pada tahun 483 SM, para sami Buddha yang bersedih atas kematian Buddha dikejutkan dengan perlakuan seorang sami bernama Subhadda. Subhadda ini merupakan sami yang paling lewat menjadi sami. Dia mengatakan:
“Teman-teman, janganlah berasa kesal. Berhentilah menangis. Sekarang Sang Buddha sudah meninggal dunia. Kitalah yang berkuasa. Kini kita dapat berbuat dan bertindak sesuka hati kita. Lebih baiklah kamu semua bersuka ria atas KEMERDEKAAN kamu daripada kamu berduka cita.”
Para hawari Buddha sangat terkejut dengan syor Subhada ini yang tidak lain adalah saranan supaya ajaran Buddha dibatalkan memandangkan dia sudah meninggal dunia. Hal yang sama berlaku kepada ajaran Nabi Isa as. Sebelum Nabi Isa diangkat oleh Allah, dia dikhianati oleh hawari paling akhir daripada 12 orang hawari iaitu Yahuza/ Judas sehingga Nabi Isa dihukum salib. Tempat Judas kemudiannya didakwa digantikan oleh St. Paul sebagai hawari terakhir. St. Paul pula bertindak membatalkan begitu banyak ajaran Taurat dan Injil yang dipegang oleh Isa as hinggalah ajarannya berubah menjadi agama Kristian.
Para sami Buddha sudah nampak betapa bahayanya jika ajaran-ajaran Buddha tidak diselamatkan. Oleh itu, satu perhimpunan yang dihadiri oleh 500 orang sami diadakan untuk mengingat dan menyeragamkan ajaran Buddha sebelum ia menjadi tidak asli. Majlis ini berlangsung selama tujuh bulan. Beberapa orang sami utama termasuklah murid kesayangannya bernama Ananda menyampaikan ajaran Buddha SECARA LISAN untuk dihafal ataupun diingati oleh para sami.
Ringkasnya, setakat tarikh itu ajaran asli Buddha bolehlah dikatakan terpelihara.
Dalam agama Islam, sebaik-baik sahaja Nabi Muhammad wafat, muncul segolongan yang membatalkan syariat Islam seperti pembayaran zakat. Pengganti baginda iaitu Khalifah Abu Bakar bertindak bijak lagi pantas dengan terus ‘mencantas’ golongan ini. Dengan itu agama Islam diselamatkan serta-merta. Virus perosaknya dihapuskan.

PERSIDANGAN KEDUA
100 tahun selepas itu, diadakan sidang yang kedua. Kali ini ia dihadiri oleh 700 orang sami dan berlangsung selama lapan bulan. Persidangan ini dilakukan kerana ajaran Buddha yang asli sudah ada yang terseleweng. Hal ini kerana ada antara sami yang hadir dalam persidangan kali pertama tidak bersetuju dengan beberapa keputusan sidang pertama itu. Mereka kemudiannya menyebarkan ajaran Buddha tanpa mengikut keputusan sidang pertama. Ajaran ini kemudiannya semakin meluas dan mengancam kelangsungan ajaran Buddha yang asli.
Sekali lagi hadis-hadis Buddha diulangkaji, disampaikan SECARA LISAN dan dihafal oleh para sami. Tidak ada sebarang catatan dibuat. Dakwah disampaikan melalui lisan semata-mata.

PERSIDANGAN KETIGA
Pada tahun 269 SM, Asoka menjadi maharaja yang masyhur. Dia memeluk agama Buddha dan berusaha menyebarkan ajaran ini. Saya berpandangan hal ini ada kaitan dengan politik. Kemungkinan Asoka menjadikan agama sebagai alat untuk mengukuh dan meluaskan pengaruh politiknya.
ΚΙΝG ASOKA
Ketika itu para sami Buddha sudah berpecah kepada belasan mazhab. Ada antaranya yang bermusuhan. Asoka yang melihat situasi ini boleh melemahkan kekuasaannya berusaha mengadakan sidang kali ke-3. Semua mazhab menghantar sami-sami mereka.
Jika kita perhatikan, sidang ini tidak ubah seperti Sidang Nicea dalam agama Kristian yang diadakan 300 tahun selepas zaman Jesus. Pemerintah pula melihat agama sebagai satu alat untuk tujuan-tujuan politik mereka lalu mereka mengacu agama yang ada mengikut acuan mereka. Kemudian ajaran Jesus yang mereka pilih itu diwartakan sebagai ‘ajaran Jesus’. Mana-mana ajaran yang tidak mereka pilih diwartakan sebagai sesat.
Hal inilah yang berlaku pada zaman Asoka. Mana-mana mazhab Buddha yang tidak dipersetujui pemerintah dikira sebagai sesat. 60,000 daripada penganut ajaran Buddha diwartakan sebagai murtad. Boleh jadi mereka yang 60,000 ini membawa ajaran Buddha yang asal, tidak mustahil. Dalam Persidangan Nicea, penganut ajaran Jesus yang menyembah 1 Tuhan (Unitary) diisytiharkan sesat manakala yang menyembah 3 Tuhan dalam 1 (Trinity) diwartakan sebagai penganut asli.
Dalam persidangan ke-3 ini, sekali lagi ajaran-ajaran Buddha dibincang dan disampaikan secara lisan, dan sudah ada penambahan kepada ‘kitab lisan’ ajaran Buddha. Sebelumnya, sejak zaman Ananda kitab lisan ini mempunyai 2 bahagian sahaja iaitu Sutta dan Winaya. Namun kali ini, Asoka menambahkan satu lagi bahagian iaitu Abhidhamma. Ketiga-tiga bahagian ini menjadi ‘kitab secara lisan’ ajaran Buddha dan dinamakan Tripitaka (Tiga Keranjang). Tidak mustahil juga ajaran-ajaran dalam dua bahagian pertama itu turut dipilih-pilih ataupun diubahsuai.
Secara peribadi, saya berkeyakinan ajaran asli Buddha mula lari daripada yang asalnya secara besar-besaran pada zaman Asoka. Apabila agama dipolitikkan dengan cara yang tidak benar, begitulah jadinya.
Satu perkara yang perlu diberi perhatian, pada zaman ini sudah ada ajaran-ajaran Buddha yang dituliskan tetapi bukan secara keseluruhan. Ada yang ditulis di kepingan-kepingan kayu, batu-batu dan lain-lain. Asoka sendiri mempunyai beberapa tulisan. Ada pendapat mengatakan kitab Tripitaka ditulis secara keseluruhannya pada zaman Asoka selepas perhimpunan ke-3 ini. Namun begitu tidak ada sumber-sumber kukuh untuk mengesahkannya. Apa yang pasti, memang ada orang-orang tertentu yang mencatat ataupun menyimpan sebahagian kecil ajaran Buddha ataupun huraiannya.

PENUTUP BAHAGIAN INI
Setakat ini, kesimpulannya memang ADA KEMUNGKINAN Buddha seorang nabi lagi rasul yang membawa agama tauhid. Namun seperti agama-agama tauhid yang lain (selain Islam), keasliannya tidak terpelihara hingga ke akhir zaman.

'BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw'

SELAMAT DATANG
Terima kasih Abu Zufiqar.

.........................
Catatan tambahan
Seperti ada suatu petunjuk di sini. Bangsa Mala ini hanya berminat dengan agama tauhid, apabila agama asal sudah dicemari dengan tahyul dan syirik (pengaruh pagan dan kepentingan nafsu), bangsa ini akan segera berubah kepada ajaran baru yang dipastikan membawa kebenaran (keesaan Allah). Ternyata bangsa ini mempunyai keunikan yang sukar dikesan. Mempunyai "alters" yang hebat. Sesuai dengan jolokan sebagai "Bangsa Misteri". 

Kini, pada masa ini agama Islam telah mula tercemar dan wujud pelbagai aliran yang mengelirukan. Keadaan ini menjadi semakin rumit bila ada campurtangan asing. Kedapatan tanda2 bahawa ada pihak yang sedang berusaha besungguh2 merosakkan akidah umat ini. Ejen2 mereka dibiayai oleh pertubuhan2 rahsia yang sekian lama memusuhi Islam. 
Sekiranya muncul pembaharu agama tauhid, saya pasti bangsa ini akan menjadi yang terawal menerimanya.  Imam Mahadi, pemimpin akhir zaman itulah insan yang bakal menyelamatkan orang beriman kembali kepada akidah tauhid setelah dikelirukan. Bangsa Mala pasti menyambutnya dengan lapang dada dan bersedia menjadi pengikut yang taat.  InsyaAllah.
Bangsa misteri ini masih mengundang banyak teka teki yang belum tersingkap. Bangsa yang pernah dikenali sebagai Bangsa Jawi, penghuni benua di "hujung dunia".

Terdapat rahsia terpendam yang perlu kita terokai. Mengapa sejak akhir2 ini Tanah Melayu/Malaysia menjadi tarikan ahli sejarah dan arkiologi seluruh dunia, Saya percaya ia disebabkan oleh penemuan2 baru menunjukkan Asia Tenggara adalah pusat tamadun yang tertua di dunia dan yang terbaru ialah tapak imdustri logam purba yang dikesan di Lembah Bujang, Kedah. Saya petik kata-kata SRIKANDI dalam satu temuramah:

Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to the land of the east" (
petikan dari Genesis)

Apa yang didengar oleh Daniel Kaplan,ilmuwan dari Universiti Skovde:
"Some even say that Abraham had other children who went east and became the Brahmins, or the highest caste of Hindus and early priests of Buddhism"

Apa maksud semua ini sebenarnya?

Apakah 'gifts' itu. Dan apa yang difikirkan oleh raja-raja Melayu Nusantara, apabila terdengar kelahiran seorang nabi terakhir di Tanah Arab.

Apakah isi tabut rahsia (gift?) yang diwarisi raja-raja Melayu zaman-berzaman, sehinggakan mereka menanti-nantikan nabi terakhir ini, dan mengajak bangsa Melayu memeluk Islam beramai-ramai secara drastik.

dari Mistisfiles

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews