Thursday, November 27, 2014

PANJI HITAM DARI TIMUR menuju ARMAGEDDON





Siapakah mereka? Darimana mereka datang? Adakah mereka akan bangkit dari Tanah Malayu? Atau mana-mana kawasan lain di Nusantara? Apa yang pasti Panji Hitam akan keluar dati arah TIMUR sebagaimana sabda Rasulullah saw. Adakah perkara ini satu berita gembira atau berita yang menakutkan?

Ingat, "hiddenhand" tak pernah leka walau sesaat pun untuk menghapuskan Islam. Perhatikan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, terjahan demi terjahan dilakukan melalui pelbagai pihak yang telah mereka dikuasai. NGO tumbuh bagai cendawan membawa pelbagai isu untuk mengucar kacirkan masyarakat. Dari mana NGO ini dapat dana, siapa yang menaja mereka?

Harus juga diambil perhatian, sebelum Pemuda Bani Tamim yang mengetuai Pejuang dari 'timur' ini muncul, seluruh Nusantara akan bergelumang dengan huruhara buatan (seperti negara2 Arab). Akan berlaku huruhara besar yang tidak dapat dielakkan. Bermula dengan UMNO dan PAS saling bermusuhan yang terhasil dari hasutan PKR, permusuhan semakin melebar menjadi malapetaka. Huruhara ini bakal menghancurkan segala-galanya dimana PAS, PKR dan UMNO kemungkinan besar ikut musnah. Yang ada hanyalah kekacauan dahsyat. Kita tak mahu menyentuh parti ultra kiasu kerana mereka inilah yang akan mengambil kesempatan memusnahkan kerajaan Melayu. Tentulah ia sesuatu berita yang amat menakutkan kita semua, bukan? (Diharap telahan ini salah dan Islam segera dapat kembali bersatu hingga akhir masa).

Andaikata berlaku persengketaan sebagaimana yang berlaku di negara Arab, maka Melayu akan di adu domba supaya berbunuhan sesama sendiri. Itulah saat dimana semua orang kesal dengan kebodohan masing-masing membawa agenda Yahudi Nasrani. Sayangnya ia sudah terlambat.


Apa yang telah berlaku pada Afghanistan, Libya, Iraq dan Syria bakal berlaku di sini. Mereka kini semakin hampir menghancurkan Syria, lepas ini apa pula tumpuan mereka? Mereka telah memberi 'hint' melalui tragedi nahas 2 pesawat MAS. Kenapa MAS, kenapa Malaysia? Cuba fikirkan jawapannya. Ia sebenarnya satu ugutan secara tersembunyi, Malaysia wajib mengikut segala kemahuan mereka.

Bersedialah mengharungi fasa huruhara yang dahsyat, kekacauan yang tak pernah kita fikirkan. 

Tentera Raja Akhir Zaman

Untuk memperbetulkan keadaan, pasukan Panji Hitam Dari timur ini amatlah dinantikan. Seolah menantikan Sang Penyelamat atau Tentera Raja Akhir Zaman. Mereka kini semakin hari semakin popular. Bukan sahaja di sini (Tanah Melayu) tetapi juga di seluruh Nusantara. Di sana sini orang bercakap dan bercerita mengenainya. Seolah-olah tiada jalan lain lagi untuk Umat Islam bergantung harap. kelihatan sudah hampir berputus asa. 

Keadaan sekeliling kelihatan berkecamuk. Salah menyalahkan berlaku di mana-mana, parti parti politik paling riuh bertelagah, saling caci mencaci dan mengaku merekalah yang 'benar' dan menyalahkan musuh mereka dakam segala hal. 

Bukankah mereka (PAS, UMNO dan PKR) semua mengaku Islam? Kenapa boleh terjadi persengketaan? Inilah yang akan terjadi dan berterusan sehinggalah satu masa. Ia diikuti huruhara besar. Goyim diaturkan untuk bergaduhan dan berbunuhan sesama sendiri, kata Yahudi dalam kitab mereka Protocol elder of Zion (lihat sahaja apa yang berlaku di Afghanistan, Iraq, Libya dan kini Syria). Tentu sahaja ada dalang di sebalik semua ini. Kalau anda bijak, cuba siasat apa itu FFF dan kaitannya dengan gerakan Islam Liberal (cara mudah, tanyalah pakcik google). Ia sememangnya ada kaitan dengan hiddenhand. Ada kaitan dengan kumpulan elit Yahudi. Takkan masih belum faham.

Bagi mereka yang sedar dan faham, mereka dikira bernasib baik. Setidak-tidaknya tahu apa yang berlaku. Namun bilangan mereka yang faham amatlah sedikit. Dalam pada itu, amat sedikit pula yang tahu tentang taktik Yahudi (mereka ini dipanggil 'penggemar siri konspirasi Yahudi') dan mereka ini tahu mengenai konspirasi elit Yahudi untuk menguasai dunia. Kumpulan 'anti hiddengand' ini bukan sahaja wujud di kalangan orang Islam, ia juga wujud dikalangan masyarakat beragama selain Islam. Kumpulan ini sentiasa sahaja menghidu setiap berita mengenai percaturan the hiddenhand. 

Bagi Penganut Islam, Kumpulan Panji Hitam ini adalah pasukan para Wali Allah. Bukan pasukan sembarangan. Penuh hikmah dan karamah. Sementara pekerja atau talibarut Hiddenhand bersungguh-sungguh mendakyahkan bahawa Kumpulan Panji Hitam ini adalah dari paksi syaitan. Mereka sentiasa pula berusaha untuk burukkan khabar sebenar malah membuat hasutan bahawa Panji Hitam ini diterajui oleh manusia Syaitan (666). Di sini kita boleh fahan bahawa mereka ini amat tahu dan yakin kebenaran hadis Rasulullah saw mengenai peristiwa akhir zaman, mereka cuba rosakkan kefahaman orang Islam. 

Berbalik kepada kita kaum Muslimin (yang sedar kebenaran berita ini), perlukah kita bersusah payah menghabiskan masa mencari mereka (Pasukan Panji Hitam) selanjutnya menyertai mereka? Jika tiada ilmu, anda akan tersesat dan dibimbangi mengangkat musuh sebagai ketua. Soalan yang sepatut diajukan ialah layakkah kita untuk menyertai mereka? Tentu kita akan bertanya kembali, kenapa tidak? Adalah wujud syarat-syaratnya?

Sayang sekali syarat-syaratnya bukan pasukan ini yang tentukan tetapi Allah sendiri yang tentukan. Malah, ,,, malah Allah sendiri yang memilih ahli-ahlinya berdasarkan keupayaan dan kekuatan yang kita ada.

Kenal Diri

Jika berhajat menyertai askar elite ini, kita harus membina jati diri sejajar dengan keperluannya. Untuk itu, sepatutnya kita segera melihat diri sendiri dan belajar hidup sebagaimana mereka, mencontohi sikap dan kehidupan kumpulan Panji Hitam ini. Hidup mereka untuk Allah, dari Allah kepada Allah. Berbuat hanya kerana Allah. Hati mereka tidak pernah bosan menyebut dan memuji Allah. Adakah kita semua sedang mengamalkannya? Dari segi tahap, mereka terlalu jauh ke hadapan, mereka kenal Allah dengan sebenar-benar kenal. Untuk kenal Allah, mesti kenal diri terlebih dahulu. 
من عرف نفسه فقد عرف ربه Ini merupakan syarat utama untuk bersama mereka.

Atau seperti lazimnya kita lebih sibuk hal2 ciptaan The Hiddenhand seperti isu Pesta Arak, Pegang Anjing, SIS, Trangender (pondan), hak asasi manusia dan berbagai lagi termasuklah isu Penghapusan Akta Hasutan. ???? Banyak lagi akan muncul selepas ini (atur gerak kerja Yahudi Nasrani talibarut The Hiddenhand). Andai kita tidak tegas menghalang, kita bakal diserap masuk ke dalam pusaran gelap ciptaan Dajjal Laknatullah. Berdoalah semoga kita semua selamat dari mainan mereka (ada yang mengatakan The Hiddenhand itu ialah Dajjal - wallahu a'lam).

Jika anda telah mula jadi penyibuk atau dipersibukkan dengan isu-isu gila tahap gaban ini, akan kehilangan fokus untuk mengesan siapakah alMahdi. Bagaimana pula dengan nasib mereka yang telah berjaya dihasut dan mengambil bahagian secara langsung dalam aktiviti gila seperti itu? Mampukah nanti kita mengenali alMahdi? Silap-silap haribulan akan memusuhi baginda dan menjadi Pencinta Dajjal Laknatullah pula. Ingatlah bahawa fitnah Dajjal sangatlah dahsyat.

Sukar, sememangnya sukar bagi kita untuk melepskan diri dari perengkap yang telah mereka (hiddenhand) pasang. Untuk itu, kembalilah kepada Islam dan berusahalah menjadi "Orang Beriman". Mana tahu nasib anda berubah dan dibukakan pintu rahsia untuk mengenal manusia terpilih ini beserta sahabatnya. Insya Allah. Bersama baginda dan 313 jeneral terhebat menuju Armageddon. Perang terbesar yang tercatat dalam semua kitab2 agama langit.


Berjuang kerana Allah!

Armageddon!




Sejak berabad-abad lamanya, di dalam kitab-kitab tua, ramalan-ramalan, mitos-mitos purba dan cerita dari mulut ke mulut, terungkap tentang kisah peperangan maha dasyat yang tidak diketahui bila akan terjadi. 

Peperangan akhir ini digelar dalam pelbagai nama mengikut bangsa atau sempadan geografi seperti 'ENDGAME', 'STAR WARS', 'APOCALYPSE', 'THE GREAT TRIBULATION dan sebagainya. 

Nama lain yang juga amat popular digunakan untuk mengungkapkan peperangan besar dan universal ini adalah ARMAGEDDON. Di seluruh dunia, terdapat segelintir pengkaji baik dari ilmuan Islam mahupun ahli kitab agama-agama wahyu yang juga disebut agama Ibrahim (Islam, Yahudi, Kristian) telah memerhatikan senario dunia hari ini dengan amat teliti. Kebanyakan ahli-ahli kitab ini (Yahudi dan Nasrani disebut ahli kitab walaupun dari segi syariatnya mereka telah jauh menyimpang dari ajaran asal) amat-amat percaya dengan kedatangan satu peperangan amat besar yang akan mengakhiri segala konflik di atas muka bumi ini.

Peperangan ini juga akan mengakhiri persengketaan besar dan pihak yang menang dalam perang ini adalah di pihak yang benar manakala yang kalah adalah di pihak yang salah dan batil. Peperangan inilah yang disebut sebagai Armageddon. Setiap kaum yang mempercayai Armageddon masing-masing percaya kaum merekalah yang menang.

Orang Yahudi yang mempercayai mereka adalah bangsa pilihan Tuhan sememangnya percaya merekalah yang menjadi juara peperangan ini. Orang Kristian juga tidak mahu kalah dalam persoalan Armageddon ini. Mereka yang menemui hakikat Jesus akan turun di akhir zaman di sebut dalam Injil untuk mengembalikan yang hak dan memenangkan kebenaran akhirnya amat gembira dan manjadikan ini sebagai hujah, mereka lah (kaum Kristian) akan memenangi peperangan Armageddon yang dasyat ini.

Perkataan 'Armageddon' juga dapat dijumpai dalam 'Wahyu' (Revelation) 16:16, "Dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekalian tentera dunia di sebuah tempat yang bernama Armageddon.

Soalnya sekarang, apakah Armageddon itu? Apa pula maksud 'roh-roh syaitan'?

Adakah sebuah filem lakonan Ben Affleck dan Liz Tylor?

Perang Armageddon ialah:
- Perang besar dan perang penghancuran
- Perang universal yang berstrategi
- Perang yang dirancang dan dinantikan
- Perang yang amat dekat kemunculannya
- Perang antarabangsa
- Perang yang amat dasyat dalam sejarah
- Ia adalah awal dari kemusnahan

-Perang yang bermula dengan banyak perjanjian palsu (seperti rundingan damai dan genjatan senjata) sehingga ada orang berkata "perdamaian sudah tiba" padahal yang terjadi adalah sebaliknya. (Bertepatan pula sebagaimana yang dibangkitkan oleh USA dalam perang Iraq dan Libya juga Pelestin).

Perkataan 'Armageddon' berasal dari perkataan bahasa Ibrani yang terdiri dari dua patah kata, iaitu:

1. 'Ar' yang bererti gunung atau bukit

2. 'Mageddo' (majiddu-arab) iaitu nama sebuah lembah di Palestin, yang membentang dari 'Mageddo' di utara sampai ke 'Edom' di selatan di mana jaraknya sekitar dua ratus batu dan sampai ke Laut Putih (tengah) di barat dan bukit Mohab di timur yang jaraknya 100 batu.

Ahli-ahli kitab amat mempercayai peperangan ini. Mereka menunggu-nunggu kehadirannya sehingga memerhatikan pergerakan bintang dan susunan jasad di langit bagi memenuhi ramalan astrologi mereka. Mereka memerhatikan susunan kejadian dan kronologi peristiwa.

Mereka AMAT KOMITED DENGAN KITAB-KITAB MEREKA.


ISLAM

Bagaimana pula di pihak umat Islam dalam hal ini?

Adakah mereka sedar tentang peperangan ini?

Amat malang sekali ketika umat lain merancang pelbagai strategi dan mempersiapkan diri menghadapi Armageddon, terdapat orang Islam yang leka dan menganggap Armageddon adalah fiksyen dan hiburan bertahap filem dan sensasi sahaja. Ada juga yang mengatakan ini semua dongeng orang kafir dan sengaja diada-adakan.

Mereka terus leka mencari harta dunia yang sedikit ini tanpa mempedulikan perihal Armageddon. Yang lain terus berdansa di dalam disko dan bercumbu-cumbuan sesama bukan mahram tanpa ingat sedikit pun Tuhan yang menciptakan mereka dari air mani yang hina.

Sebenarnya Rasullullah s.a.w telah memperingatkan kita tentang kedatangan Armageddon yang dasyat ini. 

Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah) 

Telah bersabda Rasulullah SAW, “Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rum turun di kota A’maq dan di Dabiq (dekat Damaskus - Damsyik). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rum, ‘Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi’.  Maka kaum Muslimin berkata, ‘Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Isa Ibn Maryam AS.” (HR. Muslim dari Abu Hurairah)

Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan Armagedddon yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan'. Sebelum terjadi peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini. Terdapat banyak peristiwa menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam.

Di sini kami menyeru kepada umat Islam marilah meneliti kembali hadis-hadis nabi dan berfikir tentang masalah Armagedddon ini. Buat permulaan di samping AlQuran yang mulia dan Hadis Nabi, pembaca bolehlah merujuk kepada buku Perang Armageddon karangan Amin Muhammad Jamaluddin serta Huru-hara Akhir zaman karya penulis yang sama. Kedua buku ini juga bolehlah dibaca bersama-sama buku-buku Armageddon karya Muhammad Isa Dawud seperti Kedatangan Imam Mahadi dan sebagainya. Lebih bagus jika digandingkan dengan buku Dajjal Muncul dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda karya Muhammad Isa Dawud.

Cuba kaji kehidupan Yahudi di Israel yang mengamalkan agama mereka. Mereka mengharamkan arak, babi, zina, rokok dan lain-lain di mana semua benda yang memudaratkan mereka sebarkan ke dunia. Hatta Coca-cola sendiri mereka tidak minum kerana tindakannya sama dengan pembersih takung tandas! Adakah air seperti itu yang kita mahu berada di dalam perut kita yang lembut ini?

Mengapa mereka bertindak sebaliknya?

Pelik bagi kita kenapa mereka mengingkari Islam padahal mereka tahu apa yang Nabi Muhammad bawa itu adalah benar. Jawapannya ialah sikap bongkak dan sombong yang terlalu hitam di hati mereka menghalang mereka menganut Islam malah memusuhinya.

SUNNAH

Kerana mereka tahu bahawa semua itu adalah memudaratkan mereka sebagai bangsa pilihan tuhan (kononnya). Nampaknya sunnah nabi diamal oleh Yahudi dan mereka berjaya. Orang Islam tinggalkan sunnah malah menolak hadis nabi maka gagal dan kecewa.

Orang-orang Islam dungu ini tidak mahu belajar mengenal peribadi Rasullullah malah secara membuta tuli menghinanya pula. Sesungguhnya di dalam sunnah itu ada kejayaan. Ada orang mengejek-ngejek dan memprovok orang yang memakai serban dan makan di dalam dulang. 

Sesungguhnya amat malang orang yang tidak mengenal peribadi Rasullullah kemudiannya menghina amalan hidup baginda. Padahal orang-orang Yahudi dan Kristian secara senyap berlumba-lumba mengkaji rahsia setiap tindakan Nabi yang dianggap mereka manusia paling berpengaruh di dalam sejarah kemanusian itu. 

Mereka tidak tahu rasional dari semua itu. Jika anda mengikuti Jemaah Tabligh (ambil positif tentang kesungguhan mereka melaksanakan sunnah dalam kehidupan, kesampingkan kelemahan-kelmahan mereka yang lain) anda mungkin sudah terbiasa memakan buah-buahan dahulu sebelum menjamah hidangan yang mana dalam budaya kontemporari adalah amat janggal yang mana buah-buahan adalah sebagai pencuci mulut,diambil selepas makan. Tetapi di dalam kajian sains pemakanan oleh pakar-pakar pemakanan Barat mengatakan amalan memakan buah selepas makan adalah amalan kurang sihat. 

Petikan dari hasil kajian mereka: "Satu-satunya masalah yang timbul dalam pemakanan buah-buahan ini adalah kebanyakan orang tidak tahu untuk memakannya dalam satu cara yang membolehkan tubuh badan menggunakan zat makanannya dengan amat berkesan. Anda hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong. Kenapa? Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut. Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil, di mana ia mengeluarkan gulanya. Tetapi, sekiranya terdapat kanji, kentang atau pun daging di dalam perut, buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai. 

Pernahkah anda memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam? Ini kerana anda tidak makan dengan cara yang betul. ANDA SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG".(Anthony Robbins, Unlimited Power)  

Hakikatnya di satu peringkat amalan hidup hippies dan tidak betul dipopularkan 'The Hidden Hand' ke atas orang-orang Eropah, China dan sebagainya hatta Islam sendiri yang dungu dan menjadi pak turut kepada kehidupan yang pada mereka moden, bergaya, status, 'high class' dan 'cool'. 

Yang anehnya orang Islam yang diberi model kehidupan yang lengkap langsung meninggalkannya lantas bersama-sama menyertai 'goyyim' (bangsa hamba atau haiwan ternakan mengikut istilah Yahudi) mengikuti budaya berfikir tahap rendah Barat ini. 

PADA PERINGKAT LEBIH TINGGI, orang-orang Yahudi dan Nasrani mula mengkaji sunnah Nabi dan manggabungkan dengan kajian sains dan mereka inilah yang mengamalkan rahsia amalan para nabi. Ini adalah kelompok elit yang meninggalkan cara hidup Barat semasa. Mereka terdiri dari golongan genius yang suka berfikir. Mereka mempromosikan gaya hidup Barat yang sudah 'expired' kepada orang Islam antihadis yang dungu ini. 

Sebaliknya mereka beramal pula dengan amalan para nabi dari cara pemakanan dan kebersihan diri.
MEREKA MENYANJUNGI NABI MUHAMMAD S.A.W SECARA DIAM-DIAM.

Orang-orang yang mempromosikan Nabi sebagai ketua pengganas, gila, syaitan, gila seks dan sebagainya adalah manusia bodoh yang tidak mengkaji siapakah manusia teragung ini yang menduduki ranking pertama Manusia Paling Berpengaruh Dalam Sejarah oleh seorang profesor Amerika Micheal H. Hart.

Mereka menjadi hamba kepada golongan elit yang genius tadi bagi kerja-kerja mengelirukan manusia lain terutamanya umat Islam tentang kehebatan amalan para nabi terutamanya Nabi Muhammad s.a.w yang mewarisi hikmah kenabian dari yang sebelumnya. 

Banyak kelebihan dan hikmah yang tersembunyi dalam amalan sunnah nabi tetapi di sini bukanlah tempat yang sesuai untuk membicarakannya. Nampaknya topik Armageddon sudah hilang sebentar oleh isu sikap sesetengah orang Islam yang tidak mengambil peduli akan hadis-hadis nabi malah mencemuhnya pula. Amat malang golongan ini. Sama ada mereka menjadi hamba Dajjal, di'mindcontrol' atau sengaja mengelirukan diri sendiri demi sesuap nasi dan sekelumit pujian dan sanjungan. Mereka menjual agama dengan harga yang murah berserta maruah, keselamatan dan iman senipis kulit bawang mereka.

Di sini kita mula faham bahawa Yahudi Nasrani (gabungan mereka jelas dalam Jesuit) sememangnya tahu dan percaya apa yang diperkatakan Rasulullah saw, mereka mencari dan terus mencari manusia bernama alMahdi dan Pemuda Bani Tamim ini melalui pelbagai alat canggih mereka. Untuk apa? Untuk menafikan apa yang dijanjikan Allah. Untuk menghapuskan mereka sebelum mereka muncul sebagai wira.

Jika hadis Baginda Rasulullah saw pun kita ambil ringan, bagaimana kita akan dapat menyahut seruan para wali menuju perang dahsyat ini. Harus disedari bahawa 70,000 tentera alMahdi terdiri dikalangan mereka yang benar2 beriman. Mereka yang jauh terkehadapan dalam semua hal, bukannya seperti kebanyakan kita yang lalai dan leka.

Pemimpin perang mereka terdiri dari Panglima Badar (313 orang) yang cukup terlatih dan penuh ilmu. Mereka ada disekeliling kita, namun kita tidak berupaya mengesan mereka kecuali kepada yang Allah kehendaki. Jika mereka merempuh gunung, gunung akan runtuh. Apa sahaja yang ada ditangan akan menjadi senjata.

Memandangkan mereka ini muncul di timur dunia (seperti pesanan Nabi), tidak mustahil mereka berada bersama2 kita semua. Di Tanah Melayu ini atau mana2 dunia Melayu sekeliling kita. Sebahagian besar ahlinya juga terdiri dari anak Melayu (Melayu di sini bermaksud anak Nusantara termasuk Jawa, Mindanau, Aceh dsb) . Melayu adalah bangsa mistik yang hebat. Puak illuminati tahu tentang ini, sebab itu mereka mencuba sedaya upaya mengkajinya dari pelbagai kitab lama yang telah mereka rompak dan diheret ke England dan Holland.

Kerajaan kita Malaysia masih lagi dipelihara oleh Allah. Kenapa ya? Kerajaan itu bukan bermaksud kerajaan UMNO atau apa, kita maksudkan kerajaan Melayu dengan sokongan raja2 Melayu. Kita akan bertahan sehingga satu masa berlakunya huruhara besar yang membolehkan Pemuda Bani Tamim bangun mengambil alih daulah yang terjajah, menghalau pengkhianat keluar dari bumi bertuah ini. Dipihak manakah anda pada ketika itu?

Mohd Nashri Nashri Nashri's photo.





















sebahagian dipetik dari fail MF

Sunday, November 2, 2014

“MELAYU” BANGSA MISTERI


Melayu adalah penduduk asal Lemuria dan Atlantis..Semakin terbuka rahsianya. Semakin di tutup semakin terburai. Amat pelik. Pastinya atas kehendak Dia juga. Allah menghalang perbuatan jahat segelintir manusia laknat bagi menyelamatkan Melayu. Melayu dan Islam tak dapat dipisahkan. Melayu dan Islam bagaikan isi dengan kuku. Kini sudah kedengaran suara sumbang mahukan Melayu dipisahkan dari Islam. Semestinya ada penghasutnya. Buat masa ini Melayu masih selamat walaupun sedikit goyah. Malang nasib Melayu terjajah di Selatan Thai, Singapura dan Filipina.

Manusia terlaknat adalah musuh Islam walaupun bergaya dan berketrampilan bagaikan ulama yang warak. Mereka ini berkerja untuk dunia dan pastinya mereka ini bertuan. Mereka akan terus mencuba walaupun beberpa kali telah gagal. Mereka menanti masa Melayu jadi semakin liberal (???) dan terserpih. 



Soalan: kenapa paras rupa kaum di Hawaii selatan Amerika dan Red Indian mirip rupa kaum Nusantara iaitu Melayu? Sehingga bila orientalis cuba sembunyikan fakta? Saya suka baca pembongkaran rahsia sejarah bangsa oleh pecinta sejarah seperti Cik Srikandi dan beberapa rakan bloger. Kita mula faham kenapa sejarah asal bangsa ini sengaja ditutup oleh Inggeris. Ia bagi memudahkan mereka memperbodohkan orang Melayu. Kini tugas tersebut diserahkan kepada kaum Cina dan India pula. 

Apabila dibangkitkan oleh seorang Cina Johor bahawa Melayu juga pendatang, barulah masing-masing terkedu. Nak lawan tak ada ilmu. Nganga jer lah. 

Kaum Melayu diasak dengan pelbagai cara untuk melepaskan pegangan tauhid La Ilaha Illallah. Kenapa mereka (wakil mereka di sini) begitu bersungguh mengheret kaum Melayu keluar dari Islam? Masihkah kita tinggal diam dengan asakan-asakan ini?

Berbagai isu diangkat untuk menghempap kekekuatan Islam yang kelihatan semakin longgar ini. Sila fikir angkara siapakah ini? Berkuasakah kaum cina Malaysia melakukannya bersendirian jika tiada sokongan luar? Isu pesta arak, Isu nama Allah, isu Gereja dan bible. Juga terjadi kerana sokongan dari segelintir Melayu juga. Isu Anjing, liberal dan plural. Lepas ini entah apa pula agenda mereka.

Apa pun mereka tetap mahu Malaysia hilang daulatnya sebagaimana Arab Banghdad, Tripoli dan Pashtun (Pakistan dan Afghanistan). 

Persoalannya, mengapa? Mengapa Melayu? Mengapa Nusantara? Melayu Malaysia dan Indonesia akan dimangsakan. Baru-baru ini kita diaturkan supaya bernusuhan padahal sebahagian dari kita adalah bersaudara malah ada yang mempunyai hubungan darah. 

Mereka mahu menguasai segalanya. Setelah Arab mereka kuasai sebelum itu kaum Pashtun kini Melayu pula. Hanya tiga kaum ini yang kuat menjaga Islam. Ketiga-tiganya mesti dihancurkan. Kenapa Melayu amat liat untuk dikuasai? Mereka sudah cuba beratus tahun namun masih gagal. Akhirnya mereka wujudkan "Kaum Pendatang" untuk mengucar kacirkan kaum Melayu yang degil ini. Sistem demokrasi juga dijadikan senjata untuk menghancurkan perpaduan Islam.

Daulah Islam pasti akan bangkit dibumi bertuah ini. Soalnya bagaimana? 





Perancangan Yahudi Memusnahkan Islam Melayu. (Wajib Baca) Bersiap Sedialah

Setiap hari Jabatan Rahsia Amerika Syarikat mencari alasan untuk mencucuk jarumnya di Malaysia, mencari alasan untuk membenarkan tentera proksinya menjajah Malaysia”Bangsa Melayu akan jadi sasaran selanjutnya selepas Pathan (atau Pashtuns) dan Arab. Giliran ini berdasarkan perancangan menghapuskan sebarang peluang untuk Islam bangun di akhir zaman.

Kenapa Kaum Pathan?

Kenapa Arab?

Sebabnya mereka ini penganut Islam yang tegar. Tidak kurang juga bangsa Melayu.Berkurun lamanya mereka menjajah dan berusaha untuk menukarkan agama bangsa-bangsa ini, tetapi masih gagal. Malah kaum Pathan di Pakistan dan Afghanistan terus berjuang. Berjuang melepaskan diri dari berbagai bentuk penjajahan, Pakistan agak bernasib baik kerana mengikut kata mereka, tetapi hanya untuk sementara waktu sahaja. Bila mana pemerintah bertukar kepada sistem pemerintahan Islam ataupun pemimpin mereka lebih islamik, segera mereka melebelkannya sebagai “pengganas” dan membuat helah untuk menghancurkannya.Itu juga yang berlaku kepada negara Arab sekarang. Mana-mana pemimpin yang tidak mengikut telunjuk mereka, akan diancam malah di perangi secara tidak adil.

Alasan demi alasan dihamburkan untuk memberi laluan kepada mereka melaksanakan perang. Libya adalah contoh terbaru, selapas ini pastinya Syria pula. Mereka menghasut rakyat bangun memberontak dan segera mereka campur tangan.Berbagai helah diatur untuk menguasai sepenuhnya negara-negara ini. Malaysia dan Indonesia dalam perhatian mereka setiap masa. Cuma peluang belum terbuka sepenuhnya. Gara-gara hasutan dan gerak kerja ejen-ejen mereka, sudah nampak beberapa insiden yang tak masuk akal. Akan berlaku kacau bilau dan perang saudara setelah hasutan mereka berjaya.Atas alasan menyelamatkan orang awam, mereka segera campur tangan. Oleh kerana alasan itu adalah pembohongan semata-mata, lebih ramai orang awam yang terbunuh. Lihat sahaja apa yang berlaku di Libya dan Afghanistan.

“MELAYU” BANGSA MISTERI



Untuk orang Melayu (Nusantara keseluruhannya) keadaan agak unik. Bangsa ini sentiasa sahaja terselamat dari ancaman mereka. Telah beberapa kali mereka cuba mencetuskan huru hara tetapi akhirnya terselamat juga atas kehendak Allah. Harus diingat mereka tidak pernah berputus asa.Ini ADALAH PERANCANGAN YANG AMAT RAPI selama beratus tahun. Setiap perkara yang lengkap dengan segala persediannya, dirancang dengan teliti akan membuahkan hasil walaupun ia adalah kejahatan. Perkara kebaikan yang tidak dirancang dengan baik, kurang persediaannya dan tidak lengkap peralatannya akan gagal.

Allah tidak MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SELAGI KAUM ITU TIDAK MENGUBAH NASIB MEREKA.

Ini adalah asas kepada Hukum Tarik-Menarik (Law of Attraction). Di dalam satu hadis Qudsi, Allah Rabbul Izzati ada menyatakan “Aku adalah mengikut SANGKAAN hambaku”. Selagi kita berusaha ke arah positif, Tuhan akan membantu kita. Masalahnya di dalam dunia yang dikuasai Iblis melalui syaitan-syaitan manusia sebagai proksi mereka, umat Islam dilekakan dan segala fikiran mereka yang sepatutnya ditujukan kepada harapan yang lebih baik dilalaikan dengan cinta, gaya hidup hippies dan hiburan yang memabukkan. Akibatnya umat Islam semakin tertekan dan tertindas manakala orang-orang kafir terutamanya Yahudi dan penyembah syaitan semakin yakin diri dan positif dengan matlamat mereka. Tetapi semua itu HANYALAH PERANCANGAN MEREKA. Sebenarnya ALLAH LAH YANG MERANCANG DAN MENENTUKAN SEMUANYA. Perancangan Allah lebih sistematik dari perancangan mereka. Satu hari sikap tenang dan yakin diri mereka itu akan bertukar menjadi teramat serabut dan keliru apabila JANJI ALLAH TIBA.Di dalam dunia yang penuh konflik hari ini,para pengikut penyembah syaitan mahu menguasai dunia dan mengalahkan Allah.

Mereka berusaha siang dan malam selama beribu tahun. Mereka berusaha dari segi spiritual dan material. Secara kerohanian dan sains teknologi. Dan hasilnya seperti hari ini, di mana bola bumi seakan dalam genggaman mereka. Tetapi Iblis masih tidak berpuashati. Iblis mahu penyembah-penyembah mereka menghapuskan satu musuh yang amat degil. PADA PERINGKAT TERTINGGI musuh mereka bukanlah Cina Komunis, Korea Utara atau rangkaian pengganas antarabangsa TETAPI ISLAM SUCI YANG DIANUT OLEH MUKMIN BERIMAN.

Siapakah pendukung agama Tuhan yang tunggal ini?

Jika anda sedar hakikat misteri ini, terdapat DUA BANGSA TERBESAR YANG MENDUKUNG AGAMA TUHAN INI secara konsisten dan bersungguh-sungguh pada hari ini. Saya katakan dua bangsa ini kerana mereka masih ada kekuatan, negara dan kedaulatan manakala bangsa lain walaupun ada yang memeluk Islam adalah minoriti dan menumpang di negara lain atau tinggal dalam negara mereka yang bermajoritikan agama kafir. Terdapat juga bangsa yang pernah mendaulatkan Islam tetapi hari ini kukunya sudah dicabut dan teramat lemah malah menentang Islam kembali seperti yang terjadi kepada bangsa Turki.Jika dua bangsa utama ini terhapus dari kamus Islam maka 99 peratus dunia di tangan Iblis mengikut perancangan mereka. Ya, sudah pasti yang pertama bangsa Arab yang masih mendominasi sumber-sumber Islam dan memiliki segala relik dan tempat suci Islam. Maka bangsa inilah yang menjadi sasaran hari demi hari para Satanik ini sehingga hari ini gigi-gigi geraham mereka bagaikan mahu tercabut habis dek penangan Yahudi-Amerika. Selepas target pertama, bersedialah target yang kedua.

Siapakah bangsa kedua terbesar yang masih mendukung agama Tuhan ini?

Ia adalah BANGSA MELAYU.


Bangsa pemalu yang amat bersopan-santun, jujur dan misteri sikap mereka. Para pengikut Satanik sudah lama memerhatikan bangsa misteri ini. Rantau Nusantara termasuklah Kepulauan Melayu di mana termasuk di dalamnya Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Filipina dan juga negara-negara Indochina adalah target terbesar mereka ketika ini tetapi dijalankan secara teramat senyap dan rapi, tidak seperti perancangan mereka terhadap bangsa Arab. 

Lain karakter sesuatu bangsa, maka lainlah pelan tindakan mereka. Tidak boleh sama kerana jika dibuat secara membuta-tuli, alter rahsia bangsa ini akan bangkit secara tiba-tiba dan Empayar Emperialis sekuat British pun tidak dapat menahan gelombangnya seperti yang terjadi ketika Malayan Union. Sebab itu konsep Divide and Rule amat penting di wilayah ini.Orang Melayu tidak menghalau British keluar dari Tanah Melayu dengan senapang dan parang tetapi dengan alter terahsia ini. Illuminati amat berjaga-jaga dengan rantau ini. 

Anda tahu, setiap hari Jabatan Rahsia Amerika Syarikat mencari alasan untuk mencucuk jarumnya di Malaysia untuk membenarkan tentera proksinya menjajah Malaysia sebagaimana yang terjadi di Iraq dan Afghanistan tetapi ada saja masalah yang timbul dan melambatkan perancangan mereka.

Karakter bangsa Arab yang tidak mampu mengawal emosi, panas baran, berpuak-puak dan sukakan harta kekayaan amat senang dijinakkan oleh Illuminati (mewakili kaum penyembah Iblis) dan Yahudi. Pisahkan mereka dari Islam, dan mereka kembali menjadi bangsa hina zaman Jahiliyah dahulu. Amat senang formula ini. Tetapi formula ini tidak boleh semudahnya dipakai terhadap bangsa Melayu yang misteri ini.

Bangsa Melayu bersifat pendiam, sensitif, jujur, menghormati orang luar (sehingga jika nak bercakap dengan Cina atau India pun terpaksa di’slang’kan bahasanya sendiri), banyak memendam rasa, amat kuat kefahaman kerohanian mereka dan mereka juga kreatif. Anda boleh membaca buku The Malay Dilemma karya Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai asas untuk mempelajari karakter bangsa misteri ini. 

Pakar-pakar strategi Illuminati pun sukar hendak membaca karakter bangsa spiritual ini sama seperti bangsa Yahudi.Saya bukan hendak melebih-lebihkan bangsa ini sebagai sasaran Illuminati tetapi hanya bangsa ini serta bangsa Arablah yang diharap mempertahankan agama Islam di muka bumi ini. Anda boleh fikirkan sendiri. Jika perkara semudah ini pun kita tidak nampak, apatah lagi perancangan tahap sulit Commitee 300 atau Pelan Tindakan Rahsia yang saban tahun dibincangkan di Bohemian Groove dapat difahami? Fikir…fikir.

Jadi jaga-jaga bangsa MELAYU ISLAM! Perancangan Illuminati terhadap anda amat rahsia dan sulit sama seperti sifat anda yang pendiam dan pemalu. Tidak terbuka seperti bangsa-bangsa lain termasuk bangsa Arab yang semakin tidak memahami Islam yang dibawa oleh satu-satunya Nabi dari kalangan mereka, Muhammad yang mulia.Ini adalah amat menarik, tetapi apakah yang terjadi terhadap bangsa lain yang hebat dan berkuasa seperti Cina, Jepun atau bangsa Amerika serta Eropah?
Apakah ada perancangan juga terhadap mereka berdasarkan karakter seperti yang dikatakan tadi?
Bangsa Cina, Amerika dll semuanya adalah ‘Pawn of The Game’ Iblis dan “The Hidden Hand’.Semuanya menjadi bahan mentah dan hamba tanpa disedari oleh mereka. Memang mereka hebat, rajin dan tangkas mencari kesenangan dunia ,

tetapi ingat!

Wang dan kekayaan dunia adalah dicelah-celah jari kaki para penyembah agama Iblis. Sekatan Ekonomi adalah ‘codename’ bagi salah satu senjata ‘The Hidden Hand’ ini. Tanpa disedari bangsa-bangsa ini menjadi bahan mentah dan bekerja sebagai mesin-mesin penjana wang bagi ‘The Hidden Hand’.

Mengapa Negara Cina dapat ditakluk oleh faham Komunis?
Siapakah pemimpin-pemimpin Komunis Cina? Mereka adalah pengikut Illuminati yang TEGAR. Mereka sudah di’mindcontrol’ secara terancang. Mereka sanggup membunuh rakyat mereka sendiri yang menentang fahaman mereka.

Apakah komunis?

Komunis adalah ideologi ciptaan ‘The Hidden Hand’ sama seperti Liberalisme,Fasisme dan Nazisme. Kitab ajaran komunis ‘Das Kapital’ dan ‘The Communist Manifesto’ sarat dengan perancangan Illuminati dan Freemasonry. Dan ‘patsies’ dan mangsanya yang menjadi bahan ujikaji adalah rakyat Rusia dan Cina yang berjiran.

Mengapa?

Kerana mereka mempunyai bilangan penduduk teramai sekali di dunia.Dua bangsa ini, Cina dan Caucasian Eropah berkongsi sifat yang sama; rajin,kuat usahanya, pandai mencari wang (tapi bukan menguasai wang sebagaimana Yahudi), pandai membuat kerja dan barangan serta berminat mempelajari kerohanian (bukan pandai memahami dan mendalaminya seperti bangsa Melayu). Kita boleh lihat pola ini berdasarkan sejarah, bangsa Cina sebelum menganut agama Buddha adalah kaum yang bersifat animisme seperti kaum Eropah Pagan. Ada yang menganut agama Hindu tetapi agama ini kurang popular.Terdapat juga cendekiawan Cina yang mencari-cari Tuhan seperti Lao Tse.Tao adalah kata yang diwakilkan oleh beliau sebagai Tuhan.

Apabila agama Buddha tersebar dari India,maka penambahan rakyat Cina yang memeluk agama ini meningkat begitu drastik sekali. Buddha menjadi agama yang dominan di Tanah Besar Cina.Cina tidak pernah menjadi bangsa yang ditakluki keseluruhannya kecuali serangan-serangan dari Monggol dan pengaruh Imperalisme Barat.Sama seperti Caucasian Eropah, sebelum agama Kristian muncul mereka menganut dewa-dewi masing-masing, malah ada yang mengambil dewa-dewi bangsa Mesir dan Sumeria untuk diubahsuaikan dan disesuaikan dengan budaya mereka.Apabila agama Kristian muncul mereka pun beramai-ramai memeluk agama tersebut di mana kerajaan Rom selaku kuasa besar ketika itu amat memainkan peranan. Caucasian Eropah sebenarnya adalah patsies yang paling malang sekali dalam sejarah dominasi para pengikut penyembah syaitan.

SINGA-PURA (Pulau Singa)

Pemimpin-pemimpin Singapura adalah hamba Dajal Illuminati. Mereka sudah sekian lama bekerja untuk pihak The Hidden Hand. Musuh mereka adalah MELAYU ISLAM yang teramat degil untuk ditundukkan. Rancangan mereka untuk memusnahkan Melayu pada 13 mei 1969 (angka 13 dan 69 mempunyai maksud khas bagi sihir Gematria Yahudi) gagal akibat proksi mereka dari kalangan orang Cina di sini masih gerun dan trauma dengan mistik aneh Melayu seperti parang terbang dan alter amok yang tiba-tiba meresap ke dalam setiap pemuda Melayu ketika itu (rujuk Datuk Harun Idris dan pasukan misteri dari Sg. Manik).

Jadi plan secara halus telah dilaksanakan seperti memcahbelahkan Melayu, menjauhkan Melayu dari Islam dan merosakkan moral Melayu.Yahudi teramat senang dengan Cina Singapura terutama keturunan Lee yang sekian lama menjilat kaki tuan mereka dari kalangan Yahudi dan Illuminati penyembah Iblis (keturunan Lee adalah salah satu keluarga elit Illuminati penyembah Iblis). Lain pula halnya dengan Melayu yang teramat degil malah benci pula dengan Yahudi Zionis. Sila lihat pola ini: Israel yang kecil di tengah-tengah negara2 Arab dan Singapura yang kecil di tengah-tengah negara-negara Melayu.

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews