Wednesday, March 31, 2010

GELOJOH

Lama tak update blog nih. Kali ini nak cerita hal yang berlainan sedikit.

.  free ni!   makan.... makan,  jangan segan

Cerita soal makan pula. Ini pun kira ada kaitan dengan akhir zaman juga. Fitnah Dajjal juga, Berseronok dalam hal ehwal makan sampai lupa nabi lupa tuhan, Memang seronok bila berbual mengenai perkara berkaitan makan ini terutama kalau ada yang free. Sedap pula. Hati pun mula meronta-ronta. Siapa yang boleh tahan jika lihat makanan yang terhidang amat menyelerakan, lazat dan menggoda. Tambah pula ketika perut menyanyikan lagu rindu. Menelan air liur menahan nafsu.

fuh,,,  tak tahan den
Memandangkan makanan ini menjadi keperluan, kita akan berusaha untuk dapatkannya walau bagaimana payah sekalipun. Bagi yang berduit, mudah sahaja. Masuklah mana-mana restoran yang dikehendaki. Pilihlah makanan yang disukai.

sedaaaap!
Sayangnya kita kerapkali terlajak semasa menjamu selera. Mana tak nya, selera tidak akan pernah merasa puas. Dah dapat yang sedap, nak yang lebih sedap lagi. Itu sudah sifat semula jadi. Akal sering kali tertewas dalam pergelutan ini.
hmmm geramnya! 
Setelah badan dan mula menjadi berat kerana wujudnya daging dan lemak berlebihan, mulalah mengeluh. Kelamkabut buka majalah dan laman web nak cari petua untuk mengawal berat badan. Jika tersilap ambil petua, keadaan menjadi semakin teruk dan akhirnya mulalah mendapat berbagai-bagai penyakit. Biasanya ia disebut penyakit orang kaya. Ada status.
sehatnya aku!
Kesian tengok orang dalam gambar diatas. Siksa jadinya. Kena keluar modal lagi beli pakaian baru, yang lama dah tak muat. Banyak buruknya bila nafsu tak dapat dikawal termasuklah hal ehwal makan ni.
adoi!
Inilah namanya "berenang-renang ke hulu ..." senang-senang dahulu, sakit kemudian kira. Tak apa, bila sakit nanti kita jumpa lah doktor. Begitulah bila nafsu dibenarkan berbicara. Sudahnya duit habis digunakan untuk mencari penawar. Kesana kemari jumpa dukun jumpa pawang, beli akar kayu, dan berbagai-bagai selain berulang alik ke klinik dan telan berbagai pil.

Di Malaysia ini ramai orang mati kerana makan, bukan sebab tak makan. Ada yang terlebih makan, ada yang tersalah makan. Ada juga yang tidak bersopan bila makan. Bersopan? Makan pun kena bersopan?

Kalau dah tidak ada adab tu kira tak sopan lah. Main belasah tak kira haram halal. Telan sampai naik mengah. Tak baca bismillah pulak tu, bertambahlah mudaratnya. Bukan setakat itu sahaja, makanan itu adalah rezeki kita. Bukannya wang yang kita dapat itu dipanggil rezeki, ia hanyalah sumber atau punca rezeki. Bila kita menerima rezeki biarlah mengikut adap dan sopan sebagai menghormatinya sementara hati kita bergembira syukur kepada Ilahi. Barulah diberkati.
jangan lupa nanti merana
Ada satu berita yang boleh kita kongsi, ini berkaitan dengan sejenis jin yang kita pusakai sejak kita dilahirkan. Ada orang menggelarnya "kembar" manusia. Ada yang kata ia pesaka peribadi. Jin ini khas untuk kita, setiap orang tetap ada satu ekor (jin ada ekor ke?) Tak boleh ambil lebih dan juga tak boleh dibuang. Tak boleh tukar suka sama suka. Namanya ialah Qarin. Hakmilik peribadi. Pengiring sepanjang usia.
hiasan sahaja bukan betul macam ini
Rasulullah saw bersabda,tidak satupun dari kamu yang tidak diwakilkan oleh Allah satu Qarin (peneman) baginya dari bangsa jin.” Para sahabat bertanya. “apakah Qarin itu juga diperuntukkan bagimu wahai Rasulullah?” baginda menjawab, “juga bagi saya, akan tetapi Allah SWT telah menolongku, lalu ia telah Islam dan ia tidak akan menyuruhku kecuali pada kebaikan.” (HR muslim)

Disebelah kanan kita ialah Malaikat yang akan menyuruh kita membuat perkara-perkara baik manakala Qarin kita berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat perkara perkara yang jahat. Pasal tu orang tua-tua dulu berpesan bila hendak meludah, ludahlah disebelah kiri.

Berbalik kita pada cara  kita menyelesaikan makanan lazat tadi.  Bersopan bermakna kita mengikut nasihat Malaikat dan jika sebaliknya, maka Qarin itulah yang menjadi penasihat atau mungkin naik pangkat jadi "tuan" kita.  Dia berak dan kencing lagi atas makanan tersebut. Maka kita pun makanlah hasil kumbahan Qarin dan rakan-rakan yang seirama dengannya.
berdoa lebih baik
Sebenarnya ada adabnya makan mimum ni. Bukan boleh main belasah ikut sedap hati. Peraturan dan pedoman telah disediakan, terserahlah kepada kita sama ada hendak ikut ke tidak. Perkara yang paling utama ialah membaca Bismillahirrahmanirrahim setiap sesuatu yang hendak kita lakukan. Kalau nak dikirakan, teramatlah senang dan mudah, tak kena bayar apa-apa pun. Bukannya payah sangat, mengapalah jadi begitu berat, tak perlu pakai lidah pun. Sebutlah dalam hati, perkara yang mudah jangan kita sengaja payahkan. Akhirnya ia akan jadi amat payah. Diri kita nanti yang parah.

Pernah tak kita dengar atau baca di mana-mana bahawa syaitan itu akan gemuk bila kita makan tanpa bismillah sebaliknya syaitan itu akan kurus melidi bila kita makan berserta bismillah. Syaitan itu adalah Qarin kita tersebut. Bukannya syaitan yang banyak diluar tu. Syaitan kat luar tu tentu sahaja menjauhi kita bila kita amalkan bismillah, dia boleh pergi kepada orang lain. Mustahil dia kurus sebab dia ada banyak pilihan.
sekadar hiasan

Bagi Qarin hakmilik eksklusif kita itu, dia seratus peratus hanya mengharapkan kita sahaja. Bila kita lalai, gemuklah dia. Bila dia gemuk bertambahlah nakal dan makin galaklah dia menyakat kita. Akhirnya kita pun sukalah makan dengan pelahap dan gelojoh. Lanjutan dari situ, hati pun semakin gelap sebab termakan terlalu banyak najis dan kumbahan jin.

Sekarang cuba kita mengenali adab sopan permakanan Baginda Rasulullah saw.  Ia adalah sunnah Baginda yang wajar kita ikuti.  Bukankah kita mengaku sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah? Rasulullah memperakui sesiapa yang mengikut sunnah dan alQuran akan selamat didunia dan akhirat. Perkara yang saya akan sentuh ialah diet yang diamalkan dan nasihat baginda kepada umatnya.  

tertib betul pakcik ni makan
Tidak perlu lagi kita tercari-cari petua dan saranan pakar permakanan terutama yang dapat ilmu dari barat (tah siapa gurunya, silap-silap yahudi laknat tu).  Bukankah kita sudah sedia ada idola yang patut dicontohi dan dia  jauh lebih baik daripada mereka yang mengaku sebagai pakar tersebut. Ikutlah sunnah nabi kita dan sebarkanlah kepada ahli keluarga dan rakan.

Diet Baginda Rasulullah S.A.W
Dalam sejarah hidupnya, Rasullulah saw tak pernah mengalami sakit perut sepanjang hayatnya kerana Baginda sentiasa menjaga pemakanan sehariannya.. Alangkah baiknya jika kita dapat mengikuti diet Baginda itu,. tak payahlah kita bersusah payah membeli berbagai-bagai pil untuk kuruskan badan.  
Jangan makan SUSU + DAGING 
Jangan makan DAGING + IKAN 
Jangan makan IKAN + SUSU 
Jangan makan AYAM + SUSU 
Jangan makan IKAN + TELUR 
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD 
Jangan makan SUSU + CUKA 
Jangan makan BUAH + SUSU
JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak seperti ganjil dan pelik..tetapi memang benar terutama kesannya semasa umur lewat. 
Terdapat satu contoh. Dalam kitab lama juga ada larangan kita memakan makanan dari darat bercampur dengan makanan dari laut. Nabi pernah menegah kita memakan ikan bersama-sama susu. di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini telah dibuktikan oleh saintis yang membuat penyelidikan permakanan.  Dalam badan ayam mengandungi ion(+) manakala dalam ikan pula mengandungi ion(-),  jika dalam setiap suapan yang terdiri dari ayam bercampur ikan maka berlakulah tidak balas kimia dan ia menghasilkan suatu unsur yang boleh merosakkan usus. 

Maklumat tambahan 
Mandi Pagi sebelum subuh. Sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap melalui ruang roma ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh saksikan orang yang mengamal mandi waktu ini kebanyakannya tidak gemuk.  Satu lagi jika kita amati betul-betul, kita akan nampak wap panas keluar dari badan kita ketika mandi.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air batu) setiap pagi. Ia mujarab menghindar kita dari penyakit.


Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian mendapati banyak kelebihan terhasil dari aktiviti ini (sujud).  Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruangan berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila selesai, disunatkan kita menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak mudah hadam) ..


Sama-samalah kita mengamalkannya, semoga mendapat menfaat.
sumber asal http://belaianjiwabersamamu.blogspot.com/

Friday, March 19, 2010

TRAJIS ibu sarat mengandung

TRAJIS

Tiada siapa tahu apa yang terjadi pada pemandu kereta WIRA ini apabila melihat keadaannya.  Kereta ini terperosok dibawah lori kren yang mengheretnya ke tepi parit setelah merempuh sederetan kenderaan di satu persimpangan lampu isyarat.


Kejadian berlaku ketika sederetan kereta berhenti di satu persimpangan lampu isyarat, sebuak lori kren turun dari sebuah bukit bersebelahan dengan laju, dikatakan menghadapi masalah brek.  Meluru turun merempuh dan menyeret beberapa buah kereta yang sedang beratur itu.


Amat malang bagi kereta jenis Proton Wira yang dipandu oleh seorang ibu yang sarat mengandung. 50% bahagian keretanya remuk terpenyek dibawah kren tersebut.


Suami wanita berkenaan tiba sejurus kemudian, segera menghampiri kereta itu dan memanggil-manggil nama isterinya tersayang.  Apa perasaan anda jika anda berada di posisi si suami tersebut apabila melihat keadaan kereta isteri hampir lumat itu?


dan...  AJAIB  bayi dalam kandungan dan ibunya.telah ditakdirkan selamat  Keajaiban itu milik Allah Subhana Wa Taala.  Subhanallah.

cerita selanjutnya di   ABATASA II

kredit untuk amrazd90.blogspot.com

Saturday, March 13, 2010

SEX di INDONESIA semakin ter...... konspirasi berjaya lagi. - FD 3



Ini yang mereka mahu kita lakukan.  


Mereka berjaya mempromosi cara hidup baru yang menyeronokkan. Cara hidup jahiliah.


Indonesia sentiasa mendahului Malaysia dalam hal seperti ini, suatu yang amat membingungkan.  Semakin ramai penduduknya hidup susah sehingga terpaksa menjadi pendatang haram di negara lain, sebaliknya di negara mereka ramai anak muda berpesta. 


Indonesia semakin parah dijangkiti sosial kelabu. Sangat menyedihkan bangsa yang dahulunya amat dihormati sebagai penyantun dan penuh tata susila sudah berubah menjadi masyarakat liar bagai telah telah tersyihir.


Fitnah ini tidak lagi dapat dihalang, malah semakin mengganas dan kini berupaya menerobos tembok kesusilaan bangsa timur.  Anda saksikan sendiri bagaimana SEX di pamirkan dikhalayak ramai tanpa segan silu, sedikit hari lagi tidak mustahil akan ada pula tarian bogel... masyaallah.  Malaysia masih bernasib baik buat waktu ini, tetapi sampai bilakah ia dapat bertahan?

Jikalau anda merasakan anda seorang yang beriman, apakah perasaan anda bila melihat kerosakan tersebut?  Mereka (THH)sediakan ramuan dan sokongan, kita sendiri telah merosakkan bangsa kita dengan penuh rasa bangga.  Sekular +  Liberal...  kemana hala tujunya, kita sudah semakin jauh meninggalkan sunah Rasulullah saw.  Keharmonian hidup semakin punah.   

Ritual sihir mereka amat menjadi jadi. Siapa ketua Jesuit yang baru? Siapa the Black Pope hari ini? Kenapa dia dipilih? Dimana dia bertugas sebelum ini? Apakah kaitannya dengan kes Nama Allah di Malaysia dan keruntuhan moral yang dahsyat di Indonesia?  Lihat kenyataan ini:


Perubahan terbaru Petrus Hans Kolvenbach telah digantikan oleh Jeneral Jesuit baru Adolfo Nicolas. Berasal dari Sepanyol Adolfo Nicolas terpilih sebagai Ketua Jesuit "paus hitam" (black pope), ketua tertinggi dan mungkin paling berpengaruh, kontroversial dan berprestij selepas Katolik. Nicolas, 71, telah menjalankan operasi Jesuit di Asia timur dan Oceania sejak 2004 dan menghabiskan sebahagian besar kerjayanya di Timur Jauh setelah ditahbiskan (dilantik) di Tokyo pada tahun 1967. Dalam sebuah pernyataan, Nicolas telah terpilih untuk menggantikan black pope Peter-Hans Kolvenbach, yang menerima izin dari Paus Benedict untuk bersara sebagai kepala dari ordo secara rasmi dikenali sebagai Pertubuhan Jesus pada usia 79 tahun. Superior jeneral Jesuit dikenali sebagai "paus hitam" kerana kedudukan mereka hampir sama kepada Pope, mereka cukup berpengaruh di seluruh dunia dan biasanya memegang jawatan ini seumur hidup. Jeneral Jesuit disebut sebagai "Paus Hitam" merujuk pada warna jubah resmi yang mereka pakai. Mereka masih tertakluk kepasa Paus Vatican dan mengakui dosa-dosa dalam pengakuan Katolik tradisional. 

Seperti ada suatu perancangan kenapa Black Pope ini diganti ketika penyandangnya sekarang masih hidup. Apakah kerana kelebihannya mengucar kacirkan Asia Jauh ia dianggap lebih layak? Apakah ada kaitan apa yang berlaku di Asia Tenggara sekarang ini hasil kerja tangan dan disusun atur oleh Adolfo? 
Mungkin juga ada perancangan lain yang lebih jahat sedang diaturkan ketika ini. Selepas kejutan ekonomi dunia, Presiden kuilit hitam pertama USA, kejatuhan pengaruh USA, perlantikan Presiden pertama  EU, dan pembinaan besar-besaran oleh Rothschild di Israel sekarang, fenomena yang berlaku dalam tempoh masa yang sangat hampir.  Jika benar, amat malang bagi umat Islam dan penduduk dunia yang bakal dipermain-mainkan oleh musuh Allah ini.

Berdoalah supaya anak cucu kita terselamat dari musibah ini.  sumber:  http://indo-nesia.blogspot.com/

Tuesday, March 9, 2010

"blue beam" Projek Rahsia Illuminati - dream of creating a perfect world



BLUE BEAM PROJECT Projek Dajjal menuju Tata Dunia Baru (NWO)

Fakta menarik Serge Monast 
PENGERTIAN
Project Blue Beam adalah projek rahsia yang melibatkan NASA dan Persyarikatan Bangsa-Bangsa. Sebuah rencana hasil penelitian Sarge dan temannya telah mendedahkan rahsia ini. Terdapat empat peringkat usaha untuk mencipta sandiwara-buatan mengenai “Kedatangan Kedua Yesus/Isa A.S ke bumi” (second coming of Jesus/ Isa A.S) untuk mendirikan  "satu agama dunia" yang dikendalikan oleh Order Dunia Baru. Pertama kali dilaporkan kepada umum (publik) pada tahun 1994 oleh Serge Monast, seorang wartawan Canada.



1. Serge Monast dan teman wartawannya, keduanya meneliti Project Blue Beam, telah mati akibat "serangan jantung" selang beberapa minggu antara satu sama lainnya, meskipun kedua-duanya tidak memiliki catatan berpenyakit jantung.

Saat itu Serge sedang berada di Kanada sementara temannya sedang berkunjung ke Irlandia. Sebelum kematiannya, pemerintah Kanada telah menculik anak perempuan Serge dalam usaha mencegahnya dari terus melakukan penelitian Project Blue Beam. Putrinya tidak pernah kembali.


2. Keyword: "serge monast" ada dalam Wikipedia perancis (http://fr.wikipedia.org/wiki/Serge_Monast), tetapi tak ada dalam bahasa Inggeris (dihapuskan?)

SEJARAH
Project Blue Beam diyakini merupakan lanjutan dari eksperimen terdahulu sepertiPhiladelphia dan Montauk, yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat di tahun-tahun 1940-an.

Blue Beam bertempat di lokasi yang mempuyai tahap keselamatan yang amat ketat di Area 51, Nevada, Amerika Syarikat. Projek ini diduga telah melakukan eksperimen berulang-ulang di daerah terpencil dengan membuat gambar holografik Yesus/Nabi Isa dan juga UFO.


THE FOUR STEP (4 LANGKAH)
hasil kajian Serge Monast



Langkah pertama dalam NASA Project Blue Beam ini menyangkut pendoktrinan [re-evaluasi] dari semua pengetahuan arkeologi. Ini berhubungan dengan set-up, dengan menciptakan gempa bumi buatan di lokasi tempat tertentu di planet ini, yang konon penemuan-penemuan baru ini akhirnya akan menjelaskan kepada semua orang tentang kesalahan yang mendasar dari semua doktrin agama. Pemalsuan informasi ini akan digunakan untuk menjadikan semua bangsa percaya bahwa doktrin agama mereka telah disalahfahami dan disalahtafsirkan selama berabad-abad.


Teori evolusi

Persiapan psikologis untuk langkah pertama telah dilaksanakan dengan membuat film-filmseperti, '2001: A Space Odyssey; 'Serial Star-Trek, dan' Independence Day; 'yg mana semua film itu berhubungan dengan invasi dari Alien luar angkasa dan bersatunya semua bangsa di dunia untuk mengusir penyerbu (Alien). Film yang terakhir, 'Jurrassic Park,' berkaitan dengan teori evolusi, dan film ini mendakwa bahwa kata-kata Tuhan adalah suatu kebohongan.

Hoaxed "Discoveries ' (Penemuan' Hoax) 
Apa yang penting untuk difahami pada langkah pertama adalah bahwa akan terjadi gempa bumi di berbagai belahan dunia di mana ilmu pengetahuan dan ajaran arkeologi telah menunjukkan bahwa misteri misterius telah dikuburkan. Dengan jenis gempa bumi seperti itu, maka akan memungkinkan bagi para ilmuwan untuk menemukan misteri yang akan digunakan untuk menimbulkan kesangsian terhadap asas semua doktrin agama (ajaran dan kefahaman).

Ini adalah rencana persiapan yang pertama untuk menghancurkan kemanusiaan, karena apa yang mereka ingin lakukan adalah menghancurkan keyakinan semua orang Kristian dan Islam di planet ini. Untuk melakukan itu, mereka memerlukan beberapa 'bukti' palsu dari masa lalu yang akan membuktikan kepada semua bangsa bahwa kefahaman mereka dalam agama semuanya telah disalahartikan dan disalahfahami.

Menciptakan gempa bumi dan Penemuan palsu







Intisari
- Menciptakan Gempa bumi buatan (dengan HAARP )
- Karena akibat gempa tersebut, maka ilmuan mereka menemukan suatu penemuan di bidang arkeologi (padahal penemuan tersebut HOAX- buatan mereka sendiri)
- Penemuan tersebut akan digunakan untuk mennafikan semua doktrin agama yang berkaitan Teori Evolusi (Teori Evolusi vs Teori Penciptaan ???) 


Langkah kedua dalam NASA Project Blue Beam adalah membuat 'pertunjukan angkasa' raksasa dengan hologram tiga dimensi dan suara optik, memprojeksikan gambar-gambar laser holografik ke berbagai belahan dunia, masing-masing menerima gambar yang berbeza menurut daerah keyakinan agama mereka . Suara Tuhan baru ini akan dapat berbicara dalam semua bahasa.



Untuk memahaminya, kita harus melakukan penelitian tentang rahsia yang telah mereka lakukan dalam 25 tahun terakhir. Orang Soviet Russia telah menyempurnakan komputer mutakhir, berdasarkan studi tentang anatomi dan elektromekanis komposisi tubuh manusia, dan studi tentang letrik, kimia dan sifat biologis otak manusia. Komputer ini diberikan data-data tentang bahasa-bahasa dari semua budaya manusia dan maknanya. Dialek dari semua budaya telah dimasukkan ke dalam komputer dari transmisi satelit. Selain itu nampaknya agen NWO (tata dunia baru) di Soviet - telah mengembangkan metode bunuh diri untuk diterapkan pada masyarakat dengan cara mengalokasikan gelombang elektronik untuk setiap orang dan setiap masyarakat dan budaya untuk merangsang pikiran untuk bunuh diri jika orang-orang itu enggan mematuhi perintah-perintah dari tata dunia baru - NWO..

Dari mana 'pertunjukan angkasa’ berasal?  Pertunjukan angkasa dilaksanakan melalui gambar holografik, akan digunakan dalam simulasi akhir, 
semua bangsa akan ditunjukkan dengan adegan-adegan merealisasikan pesanan para nabi (Turunnya Nabi Isa/ Yesus ke bumi).



Ini akan diprojeksikan dari satelit ke lapisan natrium sekitar 60 kilometer di atas bumi. Kami pernah melihat percubaan simulasi ini dalam satu waktu, tetapi mereka (disebut) menampakkan UFO dan "piring terbang" kepada orang awam.

Hasil dari peristiwa yang dipentaskan dengan sengaja ini adalah untuk menunjukkan kepada dunia akan kedatangan 'christ,' mesiah baru (yang sesungguhnya adalah anti christ/ Dajjal), untuk segera mengimplementasikan agama dunia baru (new age religion). Beberapa kebenaran akan disisipkan ke dalam doktrin mereka, sehingga seluruh dunia akan percaya pada kebohongan mereka. "Bahkan yang paling terpelajar sekalipun akan tertipu."

Langkah ketiga berkaitan dengan komunikasi dua arah telepati elektronik . gelombang ELF (Extremely low frequency), VLF (Very low frequency), dan LF (Low frequency) akan mencapai orang-orang di bumi melalui bagian dalam otak mereka, membuat setiap orang percaya bahwa Allah sendiri yang berbicara kepadanya dari dalam jiwanya sendiri.

Gelombang frekuensi



Langkah keempat melibatkan manifestasi supranatural universal menggunakan sarana elektronik. Gelombang (frekuensi) yang digunakan pada waktu itu akan memungkinkan kekuatan ghaib untuk mengalir melalui kabel serat optik, kabel koaksial, letrik dan saluran telefon untuk menembus semua peralatan elektronik dan peralatan yang pada saat itu memiliki microchip khusus yang telah diinstal.

Tujuan dari langkah ini berkaitan dengan 
kewujudan syaitan, hantu, dan jin di seluruh dunia dalam rangka untuk membuat seluruh populasi menghampiri gelombang bunuh diri, membunuh dan mengalami gangguan psikologis kekal.

Setelah malam seribu bintang itu, akhirnya manusia diyakinkan telah bersedia untuk menerima kedatangan "mesiah baru" untuk mengembalikan perdamaian di bumi ini walaupun dengan harga mengorbankan kebebasan.


DAJJAL

Pasti ada yang akan merasa hairan, apa hubungan antara dajjal dengan project bluebeam?

Project bluebeam adalas salah satu agenda untukpembentukan New World Order. Dimana pelaksana agenda ini adalah orang-orang yang menyembah IBLIS/ LUCIFER…   dan Iblis melaksanakan rencananya dengan baik untuk menyesatkan manusia, iaitu dengan mempersiapkan kedatangan dajjal/anti-christ di muka bumi agar semua manusia tidak menyembah Allah tapi menyembah DAJJAL… Code:http://www.youtube.com/watch?v=XwFX7rvSvZQ&feature=player_embedded
Informasi Project Blue Beam dihapus dr wikipedia
Code: http://www.davi****e.com/forum/showpost.php?p=396224&postcount=
 Bonus Video :
Code:http://www.youtube.com/watch?v=9I-rXzmcPNA&feature=player_embedded
Intisari menyeluruh:

Project bluebeam adalah projek rahsia NASA, dimana dengan menggunakan teknologi canggih (seperti HAARP), mereka akan menciptakan sandiwara untuk menipu dunia. Mereka akan mensimulasikan turunnya Yesus/ Isa A.S ke bumi, lalu mereka juga akan mensimulasikan serangan UFO ke bumi.

Tujuannya?
Untuk membuat masyarakat ketakutan... sehingga mereka memerlukan penolong.. disinilah messiah palsu akan turun (dajjal), dan akan berpura-pura menjadi penyelamat mereka. Dajjal akan menyuruh manusia untuk bersatu dibawah satu pemerintahan (one world government). Dajjal mengaku sebagai Messiah, dan memproklamirkan diri sebagai TUHAN, dan menyuruh manusia menyembahnya melaui kesatuan agama (one world religion)

Ditambah lagi dengan teknologi HAARP yang mampu mengatur perasaan (mood) manusia, sehingga seakan-akan manusia di seluruh duinia terasa sedang berhadapan langsung dengan Tuhannya...



Tujuan akhir dari Projek ini adalah menciptakan satu kehidupan dunia baru, dengan hanya satu agama.. dipimpin oleh DAJJAL LAKNATULLAH....

SUMBER
http://www.geocities.com/area51/Shad...roject079.html
http://2012poleshift.wetpaint.com/pa...+Second+Coming
http://100777.com/node/1207
http://educate-yourself.org/cn/proje...m25jul05.shtml
http://www.youtube.com/watch?v=gkpT-gSSS54
http://www.youtube.com/watch?v=TtwjZ...video_response
http://fr.wikipedia.org/wiki/Serge_Monast
http://www.davi****e.com/forum/showthread.php?p=396224


Saturday, March 6, 2010

Kejatuhan Republik USA



keretakan Rumah Putih semakin ketara, "Presiden Kesatuan Eropah, Rompuy mengumumkan 2009 sebagai" tahun pertama pemerintahan global "
USA kini sedang menanti satu saat yang melemaskan akibat cuaca ekonominya semakin redup dan kelam.  Mungkinkah ini satu petanda bahawa zaman keagungannya telah hampir tamat, itulah satu andaian beberapa pakar ekonomi dunia dewasa ini.

Yang pasti sesiapa yang sering mengikuti perkembangan maklumat penganalisa teori konspirasi tidak akan terkejut jika ia benar-benar berlaku.  Pakar konspirasi termasuk dari kalangan penyelidik Islam, pernah membuat kenyataan bahawa pada tahun 2012 nanti, kekuasaan ekonomi USA akan rebah dan semua negara akan beralih pandangan ke arah negara Israel sebagai kuasa baru ekonomi.  Ada bukti menunjukkan Rothschild (yang menguasai ekonomi dunia) membiayai pembangunan besar-besaran di sana. Bertepatan pula sekarang ini ialah tahun 2010, dan dalam 2 tahun sahaja lagi segalanya akan berubah.  


Kenaikan harga minyak dan barangan keperluan asas semakin tinggi sementara nilai matawang pula merosot.  Baru-baru ini Russia dan China telah membuat kenyataan akan menggantikan Dollar dengan matawang lain dalan pembelian bekalan minyak. Pergantungan terhadap Dollar semakin lemah. Arab Saudi, Korea Selatan, China, Venezuela, Sudan dan Rusia telah mengambil langkah-langkah untuk menggantikan dolar AS dalam tukaran antarabangsa. 

Akhbar Britain Independent melaporkan bahawa para pegawai Rusia telah mengadakan "pertemuan sulit" dengan negara-negara Arab, China dan Perancis untuk menamatkan penggunaan dolar AS dalam perdagangan minyak antarabangsa.

The Independent berkata pertemuan tersebut telah disahkan oleh sumber-sumber perbankan China dan Arab. Negara-negara ini termasuk juga Iran dilaporkan berusaha untuk beralih daripada dolar kepada beberapa mata wang lain termasuk euro, yen Jepun,  yuan China, emas, dan mata wang bersepadu baru yang dipersetujui oleh negara pengeluar minyak Arab.

Presiden EU yang baru dilantik memaklumkan kepada dunia bahawa mulai tahun 2009, akan wujud satu era baru iaitu "satu kerajaan global" yang tentunya bermaksud NWO (New World Order) seperti yang pernah kita dengar sebelum ini.  Proses ini sedang berjalan dan tidak syak lagi pada tahun 2012 nanti ekonomi dunia terutama USA akan runtuh seperti mana yang di andaikan oleh beberapa penyelidik.
Ini satu lagi bukti kerja jahat tangan "penjenayah bayang-bayang"  illuminati.  Presiden Kesatuan Eropah yang baru dilantik begitu berkeyakinan dan telah mengisytiharkan 2009 sebagai "tahun pertama pemerintahan global." Sebaik dilantik sebagai Presiden pada November 19, beliau menyatakan,
"2009 juga merupakan tahun pertama pemerintahan global, dengan pembentukan G20 di tengah krisis kewangan. Sidang di Copenhagen adalah satu langkah menjurus kepada pengurusan global planet kita. "
Bilderberg Appointee Van Rompuy Is 
First EU President 201109top2

“2009 is also the first year of global governance, with the establishment of the G20 in the middle of the financial crisis. The climate conference in Copenhagen is another step towards the global management of our planet.”  Presiden Kesatuan Eropah Pertama
Bekas Perdana Menteri Belgium ini mengambil peranan hanya beberapa hari sahaja selepas bertemu dengan komplot rahsia (globalist).  

Rompuy telah menghadiri makan malam Bilderberg di Hertoginnendal, Brussels pada November 15, di mana beliau mengumumkan rancangan Kesatuan Eropah untuk melaksanakan pelbagai cukai yang akan dibayar terus ke Brussel. Baru-baru ini Mario Borghezio (Itali), ahli Parlimen Eropah, berbicara secara terbuka terhadap pengaruh pertubuhan globalist seperti Bilderberg Group dan Suruhanjaya Trilateral. "Adakah mungkin bahawa tidak ada seorang pun menyedari bahawa kesemua 3 (calon presiden Kesatuan Eropah) sering menghadiri mesyuarat Bilderberg atau Trilateral?," Tanya Borghezio. Rompuy globalist nescaya akan melayani kepentingan  kerajaan Kesatuan Eropah.

Pengaruh USA sedang beransur-ansur lumpuh dan kemungkinan penguasaan USA dalam hal ehwal global juga akan bernsur-ansur hilang.  Peranan utama akan diambil alih oleh Eropah melalui EU sebagai peneraju utama gerakan Illuminati. Kemungkinan besar ia bersifat sementara sahaja menjelang 2012.


Apa yang berlaku itu adalah bukti nyata, kerja-kerja rahsia dan muslihat mereka (zionis dan sekutunya) untuk menyegerakan persiapan pemerintahan Dajjal seperti yang dilaporkan sebelum ini. Ia amatlah munasabah dan masuk akal.

Adakah 2009 Tahun Pertama 'New World Order'?  Jika benar, mereka sudah mulai takut Agenda Tersembunyi mereka dan konspirasi akan terdedah meluas kepada masyarakat dunia sebelum mereka menamatkan tugas terakhir mereka. "Endgame" ...

Mereka mempercepatkan rencana mereka, Kerana "kebenaran" adalah musuh yang akan menghalang mereka..


artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews