Showing posts with label kaabah. Show all posts
Showing posts with label kaabah. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Binladin dengan Menara Jam Gergasi Di Sisi Kaabah


Binaan bangunan besar, mewah dan moden bersebelahan Masjidil Haram menjadi buah mulut Umat Islam, dan dipersoalkan sejauh manakah keperluannya? Untuk siapa?


  Sebahagian dari Umat Muhammad saw menyatakan: "Menara Jam Tertinggi di Mekah Petanda Kiamat" Sejauh mana benar berita ini sama-samalah kita renungkan.

Perbandingan
Tujuh buah menara yang rata-rata besar dan tinggi, namun menara utamanya yang menempatkani jam gergasi di puncaknya itulah yang menarik perhatian. Menara ini mempunyai 76 tingkat dan 1005 buah bilik hotel 7 bintang,

5 kali lebih besar dari Big Ben di London

Sebuah menara jam tertinggi telah siap dibina di Mekah. Nama lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Ianya terletak bersebelahan Masjidil Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan.


Makkah Moden

Sebagai seorang Muslim adakah anda turut merasa hebat, gembira, kagum dan bangga bila diberitahu mengenainya? Di satu sudud, ia memberi gambaran positif bahawa negara Islam telah maju dan telah mampu membina bangunan pencakar langit yang hebat dan mewah. Orang Islam mampu membina bangunan yang luar biasa besar melibatkan 16 juta kaki persegi dan berketinggian 577 meter menjadi yang kedua tertinggi di dunia pada masa ini. Setanding dengan negara yang dikatakan termaju di benua Eropah dan Amerika. Dubai yang telah membina Burj al Khalifa kini di rekodkan sebagai bangunan tertinggi juga sebuah negara Islam.

Menara jam dan perbandingan dengan bangunan sekitarnya
Adakah kerajaan Saudi sedang mempromosi Bandar (Bandaraya?) Suci Makkatul Mukarramah dan Masjidil Haram kepada para penduduk di USA dan Eropah? Memang diketahui umum masyarakat dunia terutamanya di rantau Eropah juga Amerika Utara tentunya USA amat tertarik dengan bangunan tinggi dan mewah lebih-lebih lagi yang berukuran gigantik umpama bangunan di Makkah ini. Secara kasar ia kelihatan sedemikian. Cubaan untuk berdakwah kepada masyarakat dunia moden.
Sesuatu hal yang cukup menakjubkan bagi mereka yang memihak kepada perlumbaan ini. Dunia keseluruhannya amat berminat mengetahui perkara ganjil dan gah dan menjadi kebiasaan bagi masyarakat moden Barat. Secara tidak langsung binaan ini menarik perhatian masyarakat dunia ketika USA, NATO dan Israel sedang melakukan kempen memburuk-burukkan Islam serta membelasah rakyat Pelestin, Afghanistan dan Libya.

Antara yang menarik mengenai kompleks menara jam gigantik ini ialah keseluruhan ruang legarnya amat besar, berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi).  16.1 juta kaki persegi itu sememangnya cukup luas. Ketinggiannya pula melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang mana sebelum ini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia..

Bagaimanakah keadaan hotel bertaraf 7 bintang ini? Berapa pula kadar harga penginapan untuk satu hari? Mungkin ada diantara pembaca yang pernah menginap di hotel bertaraf ini.


Kadar Termurah RM633 

Moevenpick Hotel & Residence Hajar Tower Makkah, Mecca,
mewah

Raffles Makkah Palace, Mecca,
untuk siapa?

Dari segi ketinggiannya, menara jam ini akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan 601 meter, mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).

Jam yang berada pada setiap sisi menara adalah berukuran 43×43 meter menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia. Muka jam yang berdiameter 5 kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu.

Jam ini mengguna pakai waktu standard Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard). Terdapat ura-ura mengatakan menara jam tersebut bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi 126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT). Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridian dunia kerana kedudukan Mekah di tengah-tengah dunia.

Terletak bersebelahan Masjidil Haram

Spesifikasi bangunan menara jam
Kompleks hotel tertinggi di dunia. Menara Jam tertinggi di dunia. Permukaan Jam terbesar di dunia. Keluasan lantai terbesar di dunia. Bangunan kedua tertinggi di dunia.
Dengan terbinanya menara itu, akan mengukuhkan lagi petanda bahawa Hari Kiamat semakin dekat. Ini berdasarkan hadis di bawah :

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala kambing berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim" (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Ya Allah.. Tetapkanlah iman kami supaya tidak terpesong dengan permainan duniawi ini. PerkenankanlahYa Allah..

Amaran

Di sisi lain jika ditinjau, kelihatan ada sesuatu yang sedang di tunjukkan oleh Allah swt kepada umat Islam. Semakin moden manusia, semakin jauh mereka meninggalkan yang hak dan mementingkan kekuasaan, pengaruh dan kemegahan.

Umat Islam majoritinya sedang bergelut dengan kemiskinan dan kelaparan malah ada yang sedang dizalimi dan menjadi mangsa kebiadaban musuh, di masa yang sama ada pihak yang lain sanggup membelanjakan berbillion dollar untuk menaja kemasyhuran dan kemegahan. Jika tidak berlaku di Makkatul Mukarramah, ia tidak begitu ketara tetapi kini apabiila ia dibina benar-benar besebelahan Masjid al Haram yang terletaknya Kaabah, mengundang perhatian masyarakat Islam.

"Kompleks Hotel 7 Bintang" itu untuk siapa sebenarnya jika bukan untuk golongan atasan yang hidup mewah atau para pemimpin negara atau ahli keluarga di raja. Mampukah orang awan yang biasanya membawa wang hanya secukup hidup ketika mengunjungi Tabah Suci semasa menunaikan Fardhu Haji menginap di sana? Tentu sekali tidak. Mereka tidak layak.

Bagaimana pula perasaan mereka (orang awam) yang majoritinya miskin melihat golongan yang bermewah-mewah ini? Tanpa di sedari cabaran keimanan yang cukup hebat telah mulai melanda umat ini. Itu belum diambil kira tahap keimanan yang tergugat dengan adanya bangunan raksasa tersergam di sebelah Kaabah. Sekali gus meronta iman semasa menunaikan ibadat. Apakah dengan ini cahaya Kaabah akan turut merosot dan pudar di hati kaum Muslimin?

Mungkin juga kerajaan Arab Saudi yang kaya raya ini akan bermurah hati memberikan subsidi kepada jemaah yang miskin untuk sama-sama menikmati nikmat Allah ini. Sepatutnya ia berlaku begitu, sebagai Umara yang diberi amanah menjaga kepentingan jemaah di Tanah Suci Makkah ini. Jika ini terjadi, pembinaan tersebut merupakan satu anugerah Allah kepada umat Islam, tetapi jika sebaliknya, ia adalah satu bencana, mengambarkan kemurkaan Allah kepada kita kerana mementingkan dunia berbanding akhirat

Persoalan seterusnya ialah siapa penguasaha projek ini selain kerajaan Arab Saudi? Apakah wujud matlamat yang terselindung di sebalik nada merdu yang dialunkan  "menaikkan imej kaum Muslimin dan memberi keselesaan kepada jemaah"?

Sesiapa yang pernah ke Mekah akan dapat mengesahkan bahawa bandar suci ini sudah semakin segar menuju ke arah sebuah pusat perniagaan dan pusat pelancungan berbanding menjadi tumpuan melaksanakan amal ibadah. Pelabur luar juga mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari projek mega seperti ini.

Ibadah Haji bakal bertukar menjadi aktiviti pelancungan? Satu suara yang amat menggerunkan kerana ia merupakan sesuatu yang terkeluar dari norma kemurnian Tanah Suci..

Seterusnya kita lihat situasi semasa, siapa yang akan menguruskan hotel mewah ini? Hotel, Pusat Belibelah dan Pangsapuri Mewah. dikendalikan oleh berbagai syarikat tempatan dan luar negeri termasuk syarikat besar seperti Fairmont, Raffles dan Movenpick.

Kata seorang bloger
Super-skyscraper yang dibangunkan di Makkah ini hanya tiga minit dari Masjidil Haram. Ada hotel glam seperti Sofitel dan Movenpick. Akan ada Raffles Makkah. Boleh makan coklat mewah, makan ice-cream dalam restoran dengan pandangan atas Kaabah. 
Raffles Makkah ini akan dibina selepas Raffles Singapore (original) dan Raffles Dubai.
Sebenarnya, kumpulan hotel Raffles ini bukan lagi milik Singapura, tetapi kumpulan Fairmont dari Amerika. Dan kumpulan Fairmont Raffles International dicontrol oleh orang kaya Saudi (juga orang Muslim terkaya di dunia), Prince Alwaleed bin Talal.
Yang saya khuatir ialah budaya menunjuk-nunjuk terbawa-bawa ke Tanah Suci. Lepas Raffles nanti Four Seasons dan St Regis dsbnya nak masuk ke Makkah dan Madinah. Nanti bila kita kongsi pengalaman di Makkah begini: 'Aku ke Makkah dulu tinggal di Ritz Carlton selama 10 malam. Alamak!?! Kau menetap di Kaskas Makkah Apartments saja!'  'Kau makan lontong yang disiapkan tukang masak Tabung Haji?!?! Kesian. Kami makan kat restaurant Terraces On The Clouds terus nampak orang sembahyang di Kaabah'.
Budaya apa yang mereka bawa? 
Makkah Clock Royal Tower - A Fairmont Hotel has 858 guestrooms. Guestrooms have city or courtyard views. Guestrooms have LCD televisions with satellite channels and free movie channelsComplimentary wireless and wired high-speed Internet access is provided. All accommodations provide desksin-room safes (accommodate laptops), and speakerphones. Beds have Select Comfort mattressessignature bedding, and Egyptian cotton linens. Each unit is individually decorated and furnished. All units feature coffee/tea makers. Bathrooms offershower/tub combinations with handheld showerheads, and rainfall showerheads. Bathrooms also include phonesbathrobes, and designer toiletries. Additional amenities include washers/dryerssofa beds, and separate sitting areas. In addition, a turndown service is offered nightly,housekeeping is available daily, and amenities available on request include irons/ironing boardsCribs (infant beds) and rollaway beds are available. All guestrooms at Makkah Clock Royal Tower - A Fairmont Hotel are non-smoking. 
  • American Express
  • Diners Club
  • JCB International
  • MasterCard
  • Visa
Bin Laden

Fenomena Bin Laden ini juga agak ganjil. Ketika dunia memprovok kejahatan dan keganansan melalui seorang yang juga bernama Bin Ladin (sebagai "pengganas terganas" di dunia) terpacul pula Bin Ladin Group yang mempunyai keunggulan serta mampu membina sebuah bangunan hebat di dunia. Adakah ia berlaku secara kebetulan? Penonjolan nama Bin Laden ini seolah satu permainan yang saling bertentangan. Siapa Bin Laden sebenarnya? Jika diambilkira Osama Bin Laden yang terkenal itu, ia adalah seorang boneka ciptaan CIA yahudi-amerika bagi membolehkan Islam diperangi dan pada waktu yang sama wujud pula Binladen Group yang kaya raya besekutu dengan para pereka bentuk bangunan dan kontrektor Barat. Menjadi sahabat baik kerajaan Saudi serta sering sahaja mendapat ruang dalam bidang hartanah di sana. Perkara yang merisaukan ialah sejauh manakah sentuhan masons dalam usaha menggugat keimanan orang Islam? Persoalan ini semakin kuat menerjah minda kita semua.

Benladin Group dikesan sebagai salah sebuah syarikat yang berpengaruh di rantau Arab terutama Arab Saudi dan mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan dan beberapa syarikat besar di USA.

Arkitek: Dar Al-Handasah Consultants (Shair & Partners) (U.K.) Limited beroperasi di UK (London)

Cuba perhatikan bentuk bangunan Abraj al Bait ini. Ia mengambil bentuk sebuah bangunan yang terkenal di New York,USA iaitu Empire State Building. Kemiripan reka bentuknya amat ketara. Sementara jamnya pula meniru teknologi Big Ben, London.

Empire State Building
Big Ben, London
Rungutan

Luahan rasa marah seorang muslim apabila mengetahui perkara ini. Adakah kerajaan Saudi mahu mendengar keluhan seperti ini?
"What the hell Saud Family is thinking turning this holiest place into New York City? Mashaallah! Agreed turn Jeddah into New York but not Makkah. Never heard or read from scholars that a place like New York would strengthen your faith". 
Pandangan seorang bloger, "Manusia memang makhluk angkuh! Mungkin anda bersependapat dengan saya. Pembangunan menara-menara tinggi ini seolah ‘mengejek’ kemanusiaan. Meninggalkan seribu masalah yang menjadi tanggungjawab manusia itu sendiri, seperti kemiskinan, bencana alam, jurang sosial, peperangan, penjajahan, dan sebagainya. Dari satu sudut, manusia memang makhluk bijak yang dianugerahkan Allah dengan akal dan ilmu. Ternyata cara pembangunan Piramid Mesir masih menjadi misteri yang bahkan saintis sendiri belum mampu memecahkannya, kepintaran manusia di bidang arkitek, kelak tidak akan menyeret kita ke dalam arus pembinasaan ala Kaum ‘Aad atau Fir’aun".

"Bahkan di Tanah Suci pun manusia sudah berani membuat bangunan tinggi yang berdiri melangit iaitu pembangunan mall terbesar di Arab Saudi, tepatnya di kota suci Makkah, Abraj al-Bait, yang berdiri megah dengan menara jam tertinggi di dunia seolah-olah hendak menerkam menara-menara tua Masjidil Haram dan memperlihatkan betapa ‘rendah’nya Kaabah, bangunan yang paling dianggap suci oleh umat Muslim sedunia."
kaabah
Rancangan Saudi membangun Makkah menjelang tahun 2020 . Mengapa 2020?
Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.” H.R. Abu Daud dan Tirmizi
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?“. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. H.R. Termizi

“Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah (Kaabah) di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” - (Quran, al-Imran: 96)
Ada satu riwayat yang panjang iaitu sebuah hadis percakapan antara Nabi Muhammad SAW dengan Malaikat Jibril AS tentang Islam, Iman, Ihsan, dan tanda-tanda Hari Kiamat: Kita petil hanya sebahagian kecil dari hadis tersebut yang menyentuh persoalan ini. 

".... Beritahulah aku sebahagian dari tanda-tanda Kiamat itu”.
Beliau menjawab, “Apabila ada hamba sahaya wanita melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang-orang tak beralas kaki, tak berpakaian sempurna lagi melarat , pengembala kambing saling membangga-banggakan diri dalam membangun bangunan yang tinggi‘. (Hadith Riwayat Muslim)

Mungkin ada dari pembaca yang dapat memberikan huraian yang lebih jelas terhadap maksud ayat ini.

1. Orang-orang tak beralas kaki 
2. Orang-orang tak berpakaian
3. Orang-orang yang melarat
4. Pengembala kambing.

Bagaimana ia dapat dikaitkan dengan perkataan "membanggakan diri dalam membangun bangunan yang tinggi"?  Terutama dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini.

Sebelum ini sukar bagi kita menemui sesaorang yang mampu mengemukakan hujah mengenainya dan jika pun ada, masih belum dapat memberikan kupasan yang memuaskan. Di manakah logiknya bangunan yang tinggi menjulang langit dibina oleh manusia kerdil tersebut terutama di negara Barat, contoh terdekat ialah Menara Petronas. Apabila munculnya Abraj al Bait ini terpancar satu pandangan yang lebih kukuh.

Pertama Baginda saw merupakan orang Arab dan berbicara di Tanah Arab kepada orang Arab. Lebih jujur kita katakan ia melibatkan secara terus dengan masyarakat Islam di Tanah Arab. Kedua. siapa gembala kambing, orang tak berkasut dan orang tak berbaju di Tanah Arab? Siapa mereka ini berdasarkan masa Baginda hidup? Kemunasabahannya, ia menjurus kepada masyarakat yang tinggal di pendalaman, hidup melarat dan pekerjaan mereka hanya menternak kambing. Mereka ialah masyarakat yang digelar Badwi.

Raja Abdullah


Apa pula kaitan antara orang Badwi dengan menara Abraj al Bait ini? Untuk itu kita kena menoleh kembali sejarah lampau dari mana asal datangnya kerabat diraja Saudi Arabia sekarang.


Gambar Abraj al Bait dari Flicr.com



Tuesday, June 7, 2011

Keajaiban Rahsia Tersebunyi - KAABAH



“Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah (Kaabah) di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” - (Quran, al-Imran: 96)

Harus diingat dan wajib diimani, kedudukan Kaabah di bumi ini (Baitullah) adalah bersetentang dengan Kaabah di langit (Baitul Makmur) iaitu di Sidratul Muntaha. Para Malaikat sentiasa bertawaf tanpa henti. Oleh itu tentu dapat dibayangkan betapa hebatnya "kuasa ritual" yang melimpahi Masjidil Haram di mana terletaknya Kaabah di Kota Makkah itu.

Masih adakah yang ragu?

BUKTI SAINTIFIK KEAJAIBAN RAHSIA TERSEMBUNYI............   
Kaabah adalah Pusat Bumi


Kota Makkah adalah satu-satunya tempat di atas muka bumi ini yang terletak bertepatan Titik Nisbah Emas dari semua sudut dan Kaabah pula berada pada Titik Nisbah Emas di Kota Makkah al Mukarramah.


Ia Bukanlah Satu Kebetulan.


Pemalar Phi Nombor Terhebat MATEMATIK,  1.618

 Simbol Phi
Nisbah ini wujud dalam setiap penciptaan Maha Pencipta, iaitu Tuhan Semesta Alam - Allah swt.

Dalam denyutan Jantung, nisbah aspek spiral DNA, dalam rekaan istimewa alam semesta yang dinamakan dodecehadron. Dalam penyusunan dedaunan tumbuhan yang panggil phylotaxy Dalam kristal disebut snowflakes Dalam struktur spiral pelbagai Galaksi Pencipta sering menggunakan ratio yang sama. Nombor Nisbah Emas iaitu 1.168
"You will see scientific proofs of unbelievable mysteries that have remained hidden in the Holy City of Mecca for thousand of years with your own eyes. Mecca is willed as direction of kowtow, convention place for billions of Muslims and as the holy center of Islam. Those Muslims, who can afford, are prescribed to arrive go on a journey through Kaaba, Muzdalifah and Arafah and to convene in the sacred city.
Phi Constant- 1.618, superior design number of mathematics. The Creator has always used the very same number in numerous events in the universe; in our heart pulses, the aspect ratio of DNA spiral, in the special design of the universe called dodecehadron, in the leaf array rules of plants called phylotaxy, in the snow flake crystals, in the spiral structure of numerous galaxies. The Creator used the same number; the number of golden ratio which is 1.618…" rujukan ibitians.com
Nisbah Jarak antara Makkah dan Kutub Utara (di bahagi) Jarak antara Makkah dengan Kutub Selatan ialah 1.618......  


12348.32 di bahagi 7631.68 = 1.618034299132039679.......    

Titik nisbah emas (Number of Golden Ratio) di bumi, menurut penentuan biasa lokasi  yang digunakan dalam peta - latitud menunjukkan titik itu adalah Kota Makkah  di mana Kaabah berada.

Jelaslah sekarang kepada kita kenapa Allah memilih Makkah sebagai tapak pembinaan Kaabah dan penemuan tersebut mengesahkan bahawa Islam adalah agama yang benar, tanpa sebarang keraguan. Walaupun musuh Islam cuba menafikan kebenaran Islam dengan berbagai cara, akhirnya terbukti melalui ahli sains barat - matematik (bukan Islam) yang menemui formula ini.  *

 Phidias 450 BC 

Acharya Hemachandra 1132 AD

Leonardo Fibonacci 1202 AD

Michael Moestlin 1597 AD

Secara tidak langsung mereka telah membantu kita mendapatkan input terbaik untuk menolak dakwaan musuh Islam yang membenci agama Allah ini.  Apa kata Zionis? Apa pendapat pendakwah kristian terhadap bukti ini, bagaimanakah mereka hendak menafikannya?. Bukti kebesaran Allah swt semakin jelas walaupun dari sudud mana sekalipun termasuk ilmu sains yang selama ini dunia Barat agung-agungkan. Mereka sibuk melihat keajaiban ini tetapi tidak bertemu fakta kebenaran Islam.Tidak mustahil juga ada yang menemuinya dan terbuka hati dengan rela menerima Islam. Semua itu atas keizinan Allah jua.

Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-MukarramahBahasa Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah S.W.T. Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Setiap hari sebanyak lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersolat. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut. Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.
Dalam klip video di bawah, kita akan melihat satu rahsia dan bukti saintifik yang sukar untuk dipercayai yang tersembunyi dalam Bandar Suci Mekah selama beribu-ribu tahun. APAKAH rahsia tersebut? RAHSIA NOMBOR HEBAT METAMETIK – 1.618. Kenapa nombor ini dikatakan hebat? Kerana Allah S.W.T sering menggunakan nombor ini dalam penciptaan beberapa kejadian dalam alam semesta seperti denyutan jantung, nisbah spiral DNA, susunan daun dan struktur spiral pelbagai galaksi. Allah S.W.T sering menggunakan nombor yang sama iaitu “NOMBOR NISBAH EMAS – 1.618“.
Keunikan Manusia
Selain itu, nisbah ini juga digunakan pada piramid di Mesir dan pada rekaan pelbagai binaan struktur bangunan yang terkenal. Seorang Astronomer bernama  Kepler menyatakan bahawa nombor ini boleh diumpamakan sebagai HARTA yang sangat berharga. Manakala Dr. Steven Markout, Pakar Estetika pula telah membuktikan hasil kajiannya selama 25 tahun bahawa setiap RUPA dan BADAN manusia dihasilkan dengan menggunakan nisbah ini dianggap CANTIK oleh setiap orang di dunia ini. Ini kerana jika sebarang bentuk mempunyai nisbah aspek 1.618, nescaya bentuk ini akan menjadi NISBAH EMAS – REKABENTUK SEMPURNA (PERFECT DESIGN). Anologinya, ukuran pada wajah manusia di mana kedudukan ukuran mulut ke dagu, mulut ke hidung dan ukuran pada tangan manusia di mana ukuran nisbah pangkal tangan ke sendi, sendi ke tapak tangan semuanya didapati menggunakan nisbah 1.618.

Dimanakah Titik Nisbah Keemasan Di Bumi?
Hasil kajian mendapati “The World’s Golden Ratio Point” berdasarkan kepada nisbah 1.618 terdapat di bumi. Ia dapat dibuktikan dengan nisbah jarak antara Mekah dan Kutub Utara serta nisbah jarak antara Mekah danKutub Selatan yang didapati menggunakan nisbah 1.618. Jika dirujuk kepada kedudukan Mekah di dalam peta didapati kedudukan lokasinya berada di latitude yang menunjukkan Kota Mekah. Kalau diukur pula nisbah jarak Mekah ke arah Timur dan Barat yang ditentukan oleh garis solstis, ia masih menunjukkan Kota Mekah. Subhanallah…..
Semua bukti-bukti ini menunjukkan kepada kita bahawa Pencipta Alam danMetametik adalah SATU tuhan yang SAMA iaitu ALLAH S.W.T… http://apanamadotcom.wordpress.com/2011/05/24/

JIKA MEREKA TAHU RAHSIA INI 
DAN MENGHAKIMINYA DENGAN KEWARASAN FIKIRAN... PASTI "SALIB" AKAN PATAH DENGAN SENDIRINYA.

Semua ilmu didunia ini adalah kepunyaan Allah yang diberikan khas pada manusia melalui intipati Al-Quran. Syaitan sangat bercita-cita menjahilkan semua manusia agar mudah disesatkan olehnya.
The golden ratio, also known as the divine proportion, golden mean, or golden section, is a number often encountered when taking the ratios of distances in simple geometric figures such as the pentagonpentagramdecagon and dodecahedron. It is denoted phi, or sometimes tau. 
The designations "phi" (for the golden ratio conjugate 1/phi) and "Phi" (for the larger quantity phi) are sometimes also used (Knott), although this usage is not necessarily recommended.
Bawa berfikir dengan tenang dan cubalah mencari jawapan yang tersembunyi dari penemuan ini.  Ini cuma sekelumit ilmu yang telah Allah Taala kurniakan dan mengizinkan kepada manusia untuk mengetahuinya. Walaupun begitu ia kelihatan tersangat hebat dan tentunya ia milik Maha Pencipta. Di bawah ini tulisan sahabat saya SHAHi (kini menetap di Luar Negara), Artikel beliau telah di siarkan dalam blog Umat Terakhir (telah terpadam).

Terima kasih SHAhi.


Nisbah Kesempurnaan Penciptaan


HARTA yang tertimbus di bawah runtuhan Istana Sulaiman sangat berharga untuk dimiliki manusia untuk mencipta kemajuan. Di bawah runtuhan itu, terkandung artifak-artifak berupa teks-teks yang tertulis pengetahuan-pengetahuan berharga. Namun, apakah pengetahuan itu yang membawa kepada perubahan tamadun moden yang sangat menjadi-jadi di Eropah dan dunia Barat?

(Mungkin) Pengetahuan inilah yang membolehkan orang Barat (selepas menemui koleksi pengetahuan kemajuan tamadun zaman Nabi Sulaiman) mencipta teknologi kerana setiap ciptaan (teknologi atau perubatan atau sebagainya) perlu tepat dan mematuhi hukum rumus dalam pengetahuan ini. Jika gagal mematuhi rumus ini dalam setiap ciptaan, maka ia (mungkin) tidak akan sempurna atau berfungsi dengan baik.

Di sini, salah satu pengetahuan itu akan dibuka kepada anda tanpa sebarang yuran atau bayaran. Pengetahuan yang juga ilmu Allah itu dikembangkan dalam rumus matematik yang sangat mudah untuk diselarikan dengan kegunaan-kegunaan saintifik, seni bina (terutama binaan jenis Masonic arkitektur) serta menentukan titik-titik mistik di seluruh permukaan bumi bagi menjana tenaga mistik.

Semoga pengetahuan yang dikongsi ini akan menjadi ilmu yang bermanfaat kepada semua. Jangan pula disalah guna, tidak dihalalkan pengetahuan ini jika mahu disalah guna di jalan yang bathil. 

Ia adalah rumus matematik seperti di bawah:


File:Golden ratio line.svg

 \frac{a+b}{a} = \frac{a}{b} \equiv \varphi\,. 


\varphi = \frac{1+\sqrt{5}}{2} = 1.61803\,39887\ldots\,


Dalam rumus mudah, ukuran yang lebih panjang ditanda sebagai variable R (huruf besar), manakala ukuran yang lebih pendek ditanda sebagai variable r (huruf kecil). Manakala G adalah jawapan tetap yang tidak bersandar

R/r:G = 1.618


Melalui rumus ini, kita akan melihat kebesaran Allah yang memiliki segala ilmu dalam mencipta setiap kejadian dengan sempurna. Ia adalah rumus matematik yang menentukan setiap ciptaan berada pada nisbah paling sempurna seperti kehendak-Nya (selebihnya, hanya Allah Maha Pencipta yang lebih mengetahui). Nisbah yang juga berada pada setiap unsur dalam tubuh kita sendiri, juga berada pada titik tengah bumi iaitu Kaabah, juga berada di segenap galaksi raya, juga berada pada setiap kedudukan bintang-bintang dan planet-planet. Ia adalah angka unik yang berada pada setiap jasad makhluk ciptaan-Nya bagi menunjukkan kebesaran-Nya supaya kita menjadi makhluk yang mahu memikirkan kekuasaan-Nya serta sentiasa memuji-muji dan mensyukuri nikmat-Nya.

Sebelum pandang yang jauh-jauh, adalah lebih baik memandang tubuh kita sendiri. Setiap ukuran tubuh kita jika dihitung dengan rumus matematik itu, ia akan memberi satu jawapan iaitu 1.618 dan ia adalah kiraan ukuran yang ada dalam setiap kejadian makhluk, tidak hanya kepada kejadian manusia.


Sila kekalkan dalam ingatan terhadap rumus ini pada sepanjang anda membaca artikel ini, ukuran lebih panjang ditanda R dan ukuran lebih pendek ditandarJawapan selepas dibahagi R kepada r pula ialah G.


Untuk mengira salah satu daripadanya, kita ambil ukuran ketinggian dari dagu hingga bibir bawah dan kita letakkan ia sebagai pemboleh-ubah (variable) R. Manakala ukuran dari bibir atas hingga bawah hidung pula sebagai variable r. Kemudian, mulakan pengiraan mudah dengan R dibahagikan dengan r untuk mendapatkan nilai G yang tidak pernah berubah iaitu 1.618. Angka ini bukan hanya terletak antara dagu dengan hidung, malah tulang rangka yang menghubung sendi-sendi, titik antara hujung jari-pergelangan tangan-siku juga mempunyai nilai titik yang sama, titik ukuran hasta hingga leher juga sama. Angka itulah yang menjadi titik tengah dalam setiap kesempurnaan makhluk ciptaan-Nya.


Nilai G yang diperoleh tidak akan lebih dan tidak akan kurang, melainkan tepat dengan angka 1.618. Begitu juga jika diambil ukuran dari sendi ke sendi tubuh yang lain dan dikira menggunakan rumus ini, jawapannya akan tetap sama  iaitu 1.618. Sama juga jika diambil kiraan dari ketinggian pinggang ke bawah dan ditanda sebagai R, manakala ukuran pinggang ke atas pula ditanda r. Jawapan tetap sama. Tiada perbezaan walaupun satu nombor. Ia tetap 1.618.

Kiraan yang sama juga wujud pada haiwan, tumbuhan, batu-batuan, keluasan antara darat dengan air, ketinggian antara perut bumi dengan sempadan akhir atmosfera bumi, beza keluasan antara wilayah timur dengan barat.

Kiraan yang sama turut wujud dalam DNA, kuantiti seimbang (standard mengikut tahap kesihatan terbaik) antara sel darah merah dengan putih, kuantiti isipadu darah dengan jumlah pembuluh darah, kadar beza masa degupan jantung sihat antara bunyi degup pertama dengan degup kedua dalam satu set degupan (jantung berbunyi dua kali dalam satu degupan penuh ‘dup-dup sekali degup, dup-dup, dup-dup dua kali degup’), SEMUA kiraan akan menemui satu jawapan tunggal iaitu 1.618, tidak kira walau sebesar mana angka R dan r, apabila dibahagi antara kedua-duanya, jawapan akan tetap 1.618 kerana Allah telah menetapkan sedemikian.

Angka ini jugalah yang menunjukkan hubungan tanggungjawab manusia dalam menjaga agama Allah. Ia menunjukkan manusia sebenarnya diciptakan untuk beribadat kepada Allah, menunjukkan manusia dipertanggungjawabkan untuk menjaga rumah Allah, menunjukkan mengapa manusia hanya selamat daripada Dajjal jika berlindung di Makkah dan Madinah, bukan di tempat lain. Angka emas yang menjelaskan setiap hubungan antara makhluk dengan Pencipta. Tapi, bagaimana setiap hubungan ini boleh dijelaskan?

Umum umat Islam percaya bahawa Kaabah adalah titik tengah bumi. Tapi bagaimana ia boleh dibuktikan? Jawapannya terdapat pada rumus ini. Jika diambil jarak Kaabah hingga Kutub Utara, kita akan mendapat pemboleh ubah 7,631.68 kilometer dan ditandakan sebagai r. Manakala jarak dari Kaabah hingga Kutub Selatan pula ialah 12,348.32 kilometer ditanda sebagai R kerana angkanya lebih besar. Bahagikan jarak Kutub Selatan kepada Kutub Utara, dan jawapannya ialah 1.618. Titik kedudukan Kaabah adalah di tengah-tengah antara kiraan daratan dan lautan. Angka yang sama seperti terdapat pada kiraan anggota-anggota tubuh manusia dan segala makhluk ciptaan-Nya yang lain.

Kebetulan? Kita lihat lagi, kedudukan Kaabah jika dikira jarak dari titik hujung lautan di benua Asia di atas peta dunia (ditanda r) dan dibahagi dengan jarak dari titik hujung lautan di benua Barat iaitu Amerika (ditanda R) juga akan menunjukkan jawapan yang sama. Begitu juga jawapannya jika mengambil kiraan kedudukan Kaabah dari setiap arah tidak kira Tenggara, Barat Laut, Barat Daya, Timur Laut juga akan memberi jawapan yang sama, 1.618.

Kedudukan geografi Kaabah terletak di titik 1.618 dari semua arah.

Kita ambil pula bukti secara numerologi mengikut susunan huruf dalam ayat al-Quran. Kita ambil ayat yang menyebut Kaabah iaitu ayat 96 dari surah al-Imran.

“Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah (Kaabah) di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” - (Quran, al-Imran: 96)

Bukan maksud ayat yang kita beri tumpuan tetapi bilangan huruf Arab mengikut mushaf. Dalam ayat itu (ayat dalam tulisan Arab), kita ambil huruf pertama ayat iaitu ‘alif’ sehingga huruf ‘tha/ha’ iaitu huruf terakhir dalam perkataan 'bibakkah' dan kira jumlah huruf dari perkataan pertama sehingga perkataan 'bibakkah'. Bibakkah bermaksud Makkah yang berkat dan ia merujuk kepada Kaabah (maaf jika tersilap). Kemudian ambil pula huruf pertama iaitu ‘mim’ selepas huruf ‘tha/ha’ tadi sehingga huruf terakhir ayat. Bahagikan kedua-dua jumlah itu mengikut hukum nisbah dan lihat jawapannya.

Jika diteliti maksud ayat pula, bukankah Allah menjelaskan bahawa Kaabah itu menjadi ‘petunjuk hidayah’ kepada umat manusia, andai manusia tahu hubungan penciptaan mereka dengan Kaabah. Salah satu hubungannya terletak pada kiraan-kiraan yang ditetapkan-Nya, lain-lain hubungan pula hanya Allah lebih mengetahui. Kaabah adalah pusat tenaga mistik (sekadar menyebut sebagai mistik kerana gagal jumpa istilah sesuai untuk konteks ayat ini).

Maka, manusia diwajibkan menunaikan haji di Baitullah dan melakukan tawaf di sekeliling Kaabah itu juga menunjukkan hubungannya supaya manusia yang memiliki titik nisbah yang sama dapat membersihkan diri serta jiwa di titik tengah alam semesta yang juga berada pada nisbah yang serupa.

Arah dan bilangan pusingan tawaf juga terkandung dalam nisbah penciptaan dan perintah tawaf juga bersebab dan boleh diperjelaskan secara nombor bagi mencari titik musabab, tetapi tidak akan djelaskan dalam artikel ini, mungkin dalam artikel selanjutnya.

Bagaimana dan mengapa nisbah ini dapat mengubah dunia Barat daripada kegelapan kepada cahaya pengetahuan? Bagaimana nisbah ini diolah melalui rumus-rumus pembezaan sehingga menjadi rumus-rumus spesifik yang tepat dan kompleks untuk bidang-bidang khusus seperti kimia, biologi, astrofizik dan sebagainya? Bagaimana rumus-rumus pelik dalam dunia sains Barat boleh terhasil dari nisbah ini?
Bagaimana muncul istilah sacred science, sacred mathematics, sacred knowledge, sacred matrix, sacred geometry dan sebagainya? Bagaimana muncul idea time tunnel, wormhole dan paradoks? Jawapannya juga ada dalam rumus R/r:G kerana ia adalah hukum kesempurnaan ciptaan.

Simbol-simbol Mason juga dibina tepat mengikut rumus ini. Bangunan-bangunan berunsur Mason juga dibina tepat mengikut rumus. Maka sebab itulah pernah diberitahu kepada anda dalam artikel terdahulu (Tenaga Ritual Siri Satu) iaitu tidak semua bangunan yang kelihatan bercirikan Mason atau piramid atau obelisk itu mampu menjana tenaga mistik. Rupa bentuk sahaja belum cukup untuk berfungsi secara mistik, ia perlu tepat dari segi kiraan reka bentuk. Ia perlu menepati titik nisbah kesempurnaan untuk berfungsi dengan baik.

Hasil-hasil kerja Leonardo Da Vinci juga menggunapakai rumus ini. Setiap kerja konspirasi menggunapakai rumus sempurna ini (meskipun dari segi penetapan tarikh sesuatu kejadian seperti 9-11 atau sebagainya) bagi memastikan segala tipu helah mereka berjalan dengan sempurna. Di sebalik penguasaan rumus ini, anda akan mampu membaca minda mereka untuk mengetahui kebarangkalian rancangan mereka yang selanjutnya atau anda juga boleh membaca minda sesiapa sahaja jika anda tahu menggunakannya. Ia kerana rumus ini sangat sempurna.

Disebabkan rahsia inilah umat manusia terus terbuai dalam perangkap nafsu-nafsi. Bukan salah rumus itu, tetapi puak-puak syaitan menyalahgunakan untuk kepentingan materialistik mereka dalam menyesatkan manusia. Minda menjadi lebih mudah dikawal dengan cara menguasai setiap titik yang berada dalam tubuh manusia menggunakan rangsangan luaran. Jika anda mampu menjaga titik-titik ini, tiada satu makhluk pun yang mampu menguasai jiwa anda.

Namun, terdapat satu lagi titik yang tidak boleh dihitung dengan ukuran sendi-sendi, sel-sel, pembuluh darah atau lain-lain organ manusia supaya tidak boleh dikuasai makhluk melainkan pemilik jasad itu sendiri yang berusaha memeliharanya, ia adalah titik yang lebih sempurna daripada semua titik di kalangan makhluk. Titik itu adalah IMAN. Jagalah iman supaya mereka tidak merosakkannya atas kerelaan anda sendiri.

Allah tidak memerlukan sebarang formula atau hukum sains untuk dipatuhi dalam mencipta setiap kejadian mengikut kehendak dan kekuasaan-Nya. Hukum fizik, biologi atau kimia adalah ilmu Allah. Jika Allah berkehendak mencipta sesuatu, DIA tidak perlu mengikut hukum-hukum sains. Apabila Allah berkata JADI!, MAKA JADILAH kejadian yang dikehendaki mengikut kehendak-Nya tanpa sebarang halangan. Penciptaan Nabi Isa tidak perlu mematuhi hukum sains, begitu juga penciptaan Adam dan Hawa. Begitu juga dengan unta dalam kisah Nabi Salleh. Begitu juga dengan Manna dan Salwa yang turun daripada langit sebagai hidangan kepada kaum Nabi Musa.

Artikel ini BUKAN untuk mengatakan bahawa ALLAH mencipta sesuatu mengikut hukum sains. TIDAK SAMA SEKALI. Allah tidak memerlukan hukum sains untuk mencipta sebarang kejadian. Ciptaan Allah jugalah yang dikaji secara sains oleh manusia.

ALLAH JUGALAH YANG LEBIH MENGETAHUI SETIAP RAHSIA KEJADIAN DI LANGIT DAN DI BUMI. - SHAHi









Rahsia logo Illuminati dan Mason:  mereka begitu taksub dengan Jometri dan piramid serta mendewakannya sebagai lambang kesepurnaan dalam setiap "ciptaan" mereka termasuk kerja jahat dan konspirasi.










* TAMBAHAN:

Hanya seorang Muslim yang direkodkan terlibat dalam perkembangan kajian Golden Ratio ini iaitu seorang Yahudi yang telah memeluk Islam.

Ibn Yaḥyā al-Maghribī al-Samawʾal السموأل بن يحيى المغربي، also known as Samau'al al-Maghribi (c. 1130 in BaghdadIraq – c. 1180 in MaraghaIran) was a Muslim mathematician and astronomerof Jewish descent.[1] Though born to a Jewish family, he converted to Islam in 1163 after he had a dream telling him to do so. [2] His father was a Jewish Rabbi from Morocco.[3

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews