Wednesday, December 21, 2011

Menyayatkan - Rahsia Gaddafi menceritakan segalanya. Masa semakin hampir...


Gaddafi telah kembali kepada Tuhanya. Sama ada baik atau buruk akan diadili Yang Maha Adil. Kita yang masih hidup perlu mengambil iktibar dari kejadian dahsyat di Libya ini. Apa yang Allah kehendaki akan tetap terjadi, ia akan menjadi kertas, pena dan dakwat untuk kita pelajari sebagai panduan meneruskan kehidupan.

Islam Tercemar - Gaddafi di siksa sebelum dibunuh


Libya akan menjadi bahan terbaik untuk manusia menyelongkar rahsia pelaku kejahatan di muka bumi ini. Mereka yang cuba menguasai setiap isi bumi termasuk detik jantung manusia keseluruhannya. Kejahatan yang amat menakutkan. Itu pun jika kita tahu apa yang ada disebalik tabir rahsia Yahudi dan pertubuhan-pertubuhan dusta mereka. Sebahagian besarnya tidak tahu apa-apa.

Kita jauh tertipu. Sangkaan kita selama ini, kita bebas dari penjajah dan hidup merdeka. Dalam kecerahan kemerdekaan itulah menyusupnya penjajah baru di luar pengetahuan kita.. Bagaimanakah kita hendak maklumkan kepada rakyat terbanyak tentang bencana ini?  Kelihatan ia tersangat mustahil untuk mereka percaya.

Ramai yang tidak faham. Penjajahan kali ini bukan seperti sebelumnya. Ia adalah penjajahan Dajjal Laknatullah yang kita semua tahu fitnahnya cukup dahsyat. Berbagai ungkapan yang telah kita dengar menjurus ke arah fitnah ini. Diantaranya ialah syihir, pengawalan minda (mind control), tenaga ritual kegelapan, sosialisma, kapitalisma, sekularisma, pluralisma dan yang terbaru liberalisma. Itu semua adalah tergulung dalam satu perkataan yang kita telah dimaklumkan berkali-kali iaitu FITNAH. Malah banyak lagi yang tidak dapat kita ungkapkan di sini.

Nasib yang menimpa Mesir dan Libya kini sedang mula mengancam rakyat Syria. Mereka (Arab) terlebih dahulu menerima akibat dari tersilap memahami kebebasan yang ditawarkan. Mereka juga tidak tahu semua itu adalah gerak kerja Zionis. Andai mereka tahu, mustahil mereka akan lakukan kesilapan seperti yang terjadi. Iaitu menerima tawaran kebebasan palsu ini.

Kita juga bakal menyusuli mereka tetapi agak terkebelakang. Syukran Alaih kita masih aman dan hidup tenteram..Masanya tentu tidak terlalu lama jika dilihat apa yang terhidang di hadapan mata sekarang ini. Kita juga bakal melakukan kesilapan yang sama seperti bangsa Arab sekiranya rakyat terbanyak iaitu Melayu Islam tidak dimaklumkan mengenainya. Persoalan yang sama tetapi seperti biasa tetap tiada jawapan, walau berkali-kali diulang. Bagaimanakah caranya untuk fahamkan mereka?

Tentu ada diantara kita sudah memahami permainan Yahudi belakang tabir. Mempergunakan USA dan sahabatnya menekan Syria. Sebelum ini kita semua dihidangkan dengan berita palsu berulangkali sehingga ia membuatkan kita percaya rakyat Libya Mesir Yaman dan Syria bangun menentang pemerintah yang zalim. Ia digambarkan dengan indah sekali. REVOLUSI, perkataan yang seiring dengan peristiwa yang berlaku di benua Eropah pada era memuncaknya fahaman sosialis. Sistem anarki ditentang dan kebanyakannya telah dihapuskan.

Mengapakah negara Libya diserang NATO? Terdapat satu kupasan yang menarik untuk dinilai. Kita bandingkan dengan apa yang ada di Malaysia.  Kita teliti pandangan Dr Sulaiman.

Berkenaan Presiden Gaddafi ini, saya nak cerita sedikit. Mengikut saluran berita alternatif iaitu www.Libya_whatreallyhappened.com, Presiden al-Gaddafi adalah ketua yang paling baik di benua Afrika.

Darjat kehidupan ‘standard of living’ di Libya adalah yang paling tinggi di Afrika.

Yang kedua, Presiden Gaddafi telah membuat perjanjian, setiap rakyat di Libya akan diberi rumah. Sehingga ia terlaksana, ibunya sendiri TIDAK akan diberi rumah. Maka ibunya baru diberi rumah selepas semua rakyat diberi rumah. Dan setiap rumah diberi elektrik percuma.

Pemuda yang baru kahwin diberi 5,000 ribu dollar. Adakah perkara seperti ini berlaku di negara lain?

Sesiapa rakyat yang membeli motokar diberi subsidi. Kalau motokar itu berharga 20,000RM, kerajaan Libya akan memberi subsidi 10,000RM.

Siapa yang meminjam wang daripada bank, bank tidak AKAN MENGGENAKAN RIBA ATASNYA. Tidak ada negara lain yang buat seperti itu melainkan di Arab Saudi.

Menurut perhitungan BANKSTERS ANTARABANGSA amalan tanpa riba akan menjejas keuntungan mereka. Sistem sosialis humanisme digalakkan tetapi urusan bank ribawi jangan sekali-sekali diusik. Bank ribawi adalah ciptaan dan tajaan datuk nenek BANKSTERS semenjak tamadun BABYLON lagi.

Kita jangan lupa, Kolonel Gaddafi adalah yang melakukan keganasan menghapuskan kerajaan beraja di Libya pada masa 40 tahun dahulu. Tapi sekarang, dia pula menjadi raja nasionalis tempatan. Dia melanggar program NWO.

Pada bulan Februari tahun 2011, pada permulaan tahun ini, Presiden Gaddafi mengisytiharkan bahawa minyak Libya hanya akan dijual dengan pertukaran emas Dinar.

Jadi, pertukaran ini dianggap sebagai satu tamparan hebat kepada THE BANKSTERS .

Maka pada bulan Februari NATO MENDARATKAN pasukannya di daerah Benghazi untuk memulakan rusuhan dengan melepaskan 214 orang tahanan al-Qaedah yang dipenjarakan di Benghazi.

Tidak ada revolusi popular di Libya. Kerana tidak ada sebab mereka tidak setuju dengan pemerintahan Gaddafi. Kalau Gadaffi dituduh menyimpan 9 bilion di London, tapi rakyatnya sudah menjadi selesa.

Beliau juga membuat projek mega bernilai 33 billion, menyalurkan air ke padang pasir. Projek ini akan menyalurkan air kepada 70 peratus penduduk Libya. Tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia, projek saluran air sebesar 33 billion ini.

Ia adalah satu kejayaan yang sangat besar. Satu projek yang popular yang membina!

Kenapa pendokong Hak Asasi Manusia ini sering berselindung di sebalik perkataan rakyat ?

Yang sebenarnya, rakyat tidak mahu projek BANKSTERS ANTARABANGSA INI. Mereka adalah lintah darat yang paling ganas. Along yang paling rakus. Pembunuh yang paling kejam.

Jika rakyat dunia tahu rancangan ad-Dajjal itu, tentulah mereka tidak akan bersetuju dengan mengadakan Pertubuhan UN, WHO, IMF, WORLD COURT seperti mana yang ada sekarang.

Pertubuhan tersebut adalah pertubuhan topeng BANKSTERS. Apabila berlaku serangan jenayah keatas Iraq dan Libya semua bertubuhan ini buat diam sahaja.

Yang ajaibnya mereka ini juga menaja HAK ASASI DI MESIR, DI SYRIA, DI YEMAN, DI THAILAND, DI BURMA DAN DI MALAYSIA.


Mereka menggunakan NAMA ‘rakyat’ sebagai perisai. Yang anehnya pertubuhan AL-IKHWAN AL- MUSLIMOON di Mesir membantu kerja-kerja jahat BANKSTERS ini.

Kalaulah rakyat Mesir, tahu siapa di belakang al-Ikhwan ini tentu sekali ketua-ketua al-Ikhwan akan kena gantung.

Di Libya, pertubuhan al-Qaeda digunakan oleh CIA untuk menjatuhkan Kerajaan Gaddafi. Apabila Presiden Libya menyerah diri, dia diseksa dahulu sebelum dibunuh!

Di manakah hak asasi manusia di bawah "Declaration of  Human Rights" itu. Tentera NATO daripada Perancis, England dan Amerika digunakan oleh BANKSTERS.

Jadi, rakyatlah yang menjadi mangsa kepada slogan ‘Hak asasi Manusia’. Sebenarnya tidak ada Pakatan Rakyat. Yang ada adalah PAKATAN GANGSTERS DAN PAKATAN PENIPU RAKYAT.

Rakyat menjadi mangsa. Maksudnya menggunakan slogan rakyat itu untuk menarik sokongan rakyat ?

Ya. Akhirnya rakyat menjadi mangsa kepada penipuan global ini.

Peperangan saudara berlaku di Iraq, di Mesir, di Yeman, di Bahrin, di Thailand, di Burma atas nama hak asasi rakyat. Cerita ini memilukan hati kita. Kita perlu sebarkan maklumat yang betul ini.


Arab membunuh Arab untuk Yahudi
Perayaan pembunuhan Gaddafi bakal
bertukar menjadi mimpi buruk rakyat Libya

Pendedahan Dr Sulaiman Noordin - Terima kasih AIDC


Semoga setiap Muslimin panjatkan syukur ke hadirat Allah Subhana wa Taala kerana kasih sayangNya. Allah masih menangguhkan bencana dahsyat ini. Kita masih dibenarkan hidup dalam keadaan aman damai. Pertahankanlah sisa-sisa kedamaian ini dan berusahalah semampu mungkin agar malapetaka tidak menjamah tanah air tercinta ini. Halanglah ejen musuh yang berusaha untuk menjatuhkan agama suci dari genggaman kita. Amin.


Berilah kesedaran kepada yang belum tahu.. satu kebajikan yang tak ternilai.

15 comments:

  1. hanya 1 jwpn yg ada.fkrknlh knpa wujudnye kita ddunia??.bukankh kita ini khalifah yg dlantik utk mjlnkn syariat dn amanah AllAH TA'ALA..tp yg brlaku kini syariat dpandang sepi.duniawi yg d sanjung tinggi.kita tlupa pesan nabi muhammad saw yg mnyuruh kita bpeganglh pd al quran dn sunnah.maka iduplh kita aman slesa dlm dunia fitnah dajal maka tsesatlh kita sbgaimana jnji iblis laknatullah utk mnyesatkn kita slama lamanya..nauzubillahiminzalik_

    ReplyDelete
  2. pada anda Ikhwan Muslimin telah diselinap atau dicipta oleh "mereka"?

    ReplyDelete
  3. Kenapa selepas Gaddafi jatuh, hukum Islam akan dikanunkan, kalau Gaddafi itu Islamik, sudah tentu Hudud Qisas dan Takzir dijalankan. Baiknya disini, NTC menjalankan hukum Islam. Gaddafi sekular.Sheikh Mustafa Jalil itu dari gerakan Islam.Kebaikan beliau tahu berunding dgn pihak barat.

    ReplyDelete
  4. Ya itulah yang cuba ditonjolkan. Kosmetik Islam. Libya akan kembali semula kearah kekacauan nanti sebagaimana Mesir. Itu formula Yahudi. Islam tidak akan tertegak dengan demokrasi Barat. Percayalah.

    Jadi maksud anda Gaddafi bukan Islamik? Fikir lebih dalam. Adakah orang yang warak akan menyiksa musuhnya yang ditawan? Hukum apakah itu? Jangan terpedaya hanya kerana berita bersumberkan CNN reuter dsb.

    ReplyDelete
  5. berhati hati kenalilah diri dan kenalilah wali allah, dan kenalilah Allah.

    kenali racun dan madu,
    fahamilah pahit dan manis,
    inilah detik nyata akhir zaman,
    madu kebebasan yg disaluti dgn nama zahir Islamik
    yg didokong oleh ulamak sendiri, ulamak yg tiada ihya ugama itu sendiri, fasih dgn ayat quran dimulut tapi berhati serigala, dihiasi zahir dgn sunnah rasul tapi qalbi diliputi sunnah azazil,

    mana pergi berselindung ahli zikrillah, ahli tahajud ilallah, penyinar hati, penyambung nurrun ala nurin bihablillah...

    BELUM SAMPAI MASANYA...

    yang dok riuh gempita dgn Islam2 skrg ni masih lagi palsu zahiriah, lompang tiada Ihsan mana mampu jadi khalifah.... dimana akhirnya mereka2 ni tertipu dgn tipu daya maha halus dari program syaitan yg seiringan dgn program zionis,

    INSYALLAH PERANCANGAN ALLAH LEBIH HEBAT BESERTA DGN PENDOKONG2NYA YG IKHLAS TANPA MULUT UTK BERBICARA, BISU DUNIA , BASAH DGN ZIKRULLAH YG HIDUP SETIAP DETIK DLM QALBI VIA BIHABLILLAH.

    amin

    penghuni jengka ( centre of golden peninsular)

    ReplyDelete
  6. Inilah kebangkitan islam yg ditunggu-tunggu, mmg kita hidup dlm fitnah dajjal skrg ni, sbb tu kita kena berusaha utk menengakkan islam yg benar mengikut al-quran dan sunnah. Org libya memberontak sbb kebangkitan islam la, semua org dah tak tahan hidup dgn sistem kafir laknat ni.

    ReplyDelete
  7. anon 4:11

    betul ke cam tu. nampak macam tak faham lagi, baca tak kat atas tu sbl komen? kena banyak baca lg la. kebangkitan bawa masuk demokrasi bebas itu perjuangan Islam? hehe... manusia hipokrit, sampai bila pun tak kan reti.

    ReplyDelete
  8. Jangan silap,rakyat Libya tak memberontak,adakah anda tak baca pendedahan media Barat? yang menjahanamkan Libya adalah penjahat2 yang diupah oleh AS,Peranchis Itali,Britain (Islamkah orang-orang ini) dari
    Qatar,Yemen,Sudan,
    UAE,kenapa bakal calon presiden AS
    dikecam hebat sebab dia dedahkan "Al-Qaida" terlibat jatuhkan Muammar maknanya al-qaida itu sendiri adalah AS sebenarnya.

    ReplyDelete
  9. golongan rakyat bawahan dan pertengahan Libya sebenarnya tidak memberontak sebaliknya golongan atasan yang tamak dan rakus yang bertopengkan keadilan palsu yang menjatuhkan muammar.

    ReplyDelete
  10. Recently i came across this website: arrahman.com
    I suggest Akhzamanblogspot make a reseach and comparision about who muamar ghadafi was.
    Ape yg saya baca di sini dan di arrahman.com, agak berbeza siapa ghadafi sebenarnye. Oleh itu saya harap blh tuan ke arrahman.com dan membuat penulisan yg latest mengenai ghadafi. Saya juga tak tahu Sejauh mana kebenaran kisah di arrahman.com, begitu juga Cerita di blog ini. Sekian wassallam

    ReplyDelete
  11. SIAPA MUAMMAR MUHAMMAD QADDAFI..?? : Puak Syiah Iran mengaku merekalah pewaris dan pencinta Ahlul Bait, itu pun bisa terkeliru, apalagi koq kita yg amat jauh dgnnya. Itulah karna terlalu taksubkan Imam 12 nya. Disangka nasab Nabi SAW terhenti pada Imam 12 Iran itu semata. Hingga terlupa akan saudara2 senasabnya yg telah keluar berhijrah bermukim bertaburan jauh, berkembang diserata pelusuk dunia..

    Ada yg maseh mengekalkan identiti nama Ahlul Baitnya. Ada juga yg telah buangkan nama identitinya, karna ketakutan sebab Ahlul Bait itu sering diburu dibunuh. Ada difahamkan dlm forum ShiaChat, puak Syiah Iran itu juga sering menghentam cara polisi pentadbiran Libya yg dituduh dictator. Hinggakan sejarah, biografi, jasa2 beliau telah banyak dipalsukan. Itulah antara angkara Fitnah Akhir Zaman...

    Hanya Manusia Islam berhati-perut teramat sedeh meratap hiba, kesedehan atas kehilangannya. Tetapi Setan2 Durjana bersorak gembira, kapan mendengar berita kematiannya. Antaranya "Setan Tua" warisan Yahudi Dajjal Al-Masikh, karna musuhnya telah tiada. "Setan Tua" ketawa gembira, hahaha... sambil keluarkan kalongan "SALIB" dlm jubahnya, lantas mengucupnya... Tahukah kalian siapakah dia..?? Hehehe... itulah perampok Sang "Musang Bermula Ayam" yg telah sekian lama ujud dlm Dunia Islam... Allahu'alam....

    ReplyDelete
  12. Mohon koreksi "Berbulu" hehe..

    ReplyDelete
  13. BUMI SYRIA DIAMBANG SERANGAN : Selepas Muammar Muhammad Qaddafi pemimpan Libya ditumbangkan, percaturan Illuminati mula memutarkan haluan arah. Maka seterusnya Syria itu pula sedang bergolak diancam. Apakah karna membela hak asasi kemanusiaan.? Ato apakah karna Syria itu semata2 berfahaman Syiah..?? Ada Hadis berlebeh kurang maksodnya : "Kapan munculnya Imam Mahdi, maka Nabi Isa AS akan turun kemenara puteh diKota Damsyik". Ato apakah karna mungkin Imam Mahdi itu muncul dari Syria...??? Namun bumi Syria berdaulat itu adalah tanah karamah lagi bersejarah, telah mengukirkan 3 sejarah... Allahu'alam....

    ReplyDelete
  14. drp pembacaan artikel ni seriously, perkataan yg melibatkan gadaffi ni memang byk konspirasi..tp apabila kita dianugerahkan akal kita disarankan agar jgn mempercayai segala-galanya bulat2, selidik dulu sesuatu perkara..
    ada beberapa perkara yg kita sendiri x sure tentang Gadaffi, jadi drp kita bertelagah tentang siapa sebenarnya pihak yg bersalah, lebih baik umat Islam gunakan alternatif yg paling disarankan sebagai seorang Muslim.,
    bunyi mcm kelakar tp mungkin lebih baik jika seseorang beristikharah tentang keadaan Gadaffi yg sebenarnya..sama ada dia benar-benar berada di pihak yg benar atau salah..

    ReplyDelete
  15. Bila tiba ketikanya nanti (inshaallah tk lama pun lg) sehinggalah khalifah allah yang SEDANG DAN TELAH memerintah di sesebuah negara atau bangsa itu takda spe pun yg menyedarinya (hanya org2 trtentu shj yg mengetahuinya) sehingga lah ke suatu masa apabila org UMUM melihatnya BARULAH musuh2 allah akan nampak 'SESUNGGUHNYA ALLAH SWT SHJ SEBIJAK2 NYA YG MAMPU MENGATUR TIPUHELAH- sesungguhnya allah swt mengatur perjalanan alam ini dgn PENUH HIKMAH (ILM) yg tdk trjangkau di jangkauan akal fikiran mahluknya.

    ReplyDelete

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews