Tuesday, May 17, 2011

HAARP dan DAJJAL





Saya tak akan komen mengenai perkara ini di sini.

Cuba selidiki maklumat yang terkandung dalam video ini mungkin dapat membantu anda mencari jawapan tentang perkaitan antara Dajjal dan Projek HAARP di USA. Terserah kepada anda untuk membuat penialain terhadapnya.




Sebagai maklumat tambahanm sila tonton video berikut:

HAARP Russia ?




Russia juga ada Blue Beam Project.. UNTUK APA ?





Ini pula ialah TEORI BARAT...




Mengenai HAARP dan projek Bleu Beam anda boleh telusuri artikel ini : Blue Beam
Apapun, semuanya bertunjangkan FITNAH. Pembohongan dan dusta untuk membawa manusia ke jalan yang salah.



DUSTA PERINGKAT TINGGI BAKAL MEMPERSONA DAN MENGKAGUMKAN MANUSIA!


SIAPAKAH YANG AKAN TERLEPAS DARI DUSTA INI?


Kesimpulannya hanya manusia beriman dan bertaqwa sahaja diselamatkan oleh Allah SWT. Mulailah mengamalkan 10 ayat alKahfi agar selamat dari fitnah Dajjal. Tiada pilihan lain, dusta yang bakal muncul amatlah hebat bukan setakat HAARP ini sahaja.



Saturday, May 14, 2011

Pusara Pemusnah Kubah di atas Kubah Masjid

Peristiwa 90 Tahun Lalu

Ajaib: Kuburan Wahabi Di atas Bumbung Masjid

Mungkin ada yang belum mengetahuinya, saya sajikan satu cacatan peristiwa aneh yang berlaku pada era bermulanya pemerintahan keluarga Saud di Arab Saudi kira-kira 90 tahun dahulu. Pada masa itu pengaruh WAHABI mula mengambil alih segenap segi kemasyarakatan di tanah suci. Pengurusan kedua-dua masjid utama iaitu Masjidil haram dan Masjid Nabawi telah diambil alih dari pentadbiran ahlul-bait.

Maklumat ini tersiar melalui email pada tahun 2010. Penyebarannya cuba dihindar oleh pihak Saudi kerana bimbang akan diketahui ramai.


Menjadi Pengajaran
Setelah mengambil alih kuasa di Madinatul Munawarah, langkah pertama mereka ialah memusnahkan semua pusara ahlul-bait di Al-Baqie dimana 4 imam dan lainnya dikebumikan.

Berikutnya, WAHABI merancang memusnahkan kubah pusara Rasulullah saw (the green dome) di mana puncaknya betul-betul bertepatan di atas makam Baginda. Seorang dari mereka mendaki hingga ke puncak kubah untuk memulakan kerja membuka kubah tersebut.  Secara tiba-tiba kilat menyambar dan sekaligus membunuhnya di situ. Tiada siapa berupaya mengalihkan mayatnya dari atas kubah hijau tersebut walaupun berbagai cara telah diusahakan.

Atas nasihat seorang ulama. mayatnya tidak boleh dialihkan dan hendaklah biarkan kekal di situ sebagai satu amaran dan pengajaran kepada sesiapa yang berniat merosakkan masjid Nabawi di kemudian hari. Dikhabarkan ulama tersebut mendapat petunjuk mengenai hal itu melalui satu mimpi.


Akhirnya kerajaan Saud memutuskan agar menjadikan kuburannya di sana dan menutupnya agar tidak ketara. 

*******

Anda boleh telusuri maklumat di sini.

This was a miracle happened around 90 years ago narrated by Sheikh Al-Zubaidi.

When the WAHABIES took over the power in Medina , the first thing they did was to demolish the Graves of Ahlul Bait in Al-Baqie Cemetery - where 4 Imams and other members of Ahlul Bait are buried.


The next thing they tried to do was to demolish the Dome of Prophet Mohammad (Choicest blessing and peace be upon him) – AL Masjad Al Nabawi (the green dome).However, when some one climbed over the dome to start the demolition, a sudden Lightning struck him and the climber died at the spot and no one was able to remove his body from the top of the dome!!!


It was also said that a pious man from Madina heard a voice in his dream that no one can take out the dead body from the Dome and that he should be buried their as a warning and a lesson for those who may think of attempting to demolish it in future!!! 


Finally, they decided to bury the man right there on the dome and to cover his body with a green box so it won’t be visible to people.

Sunday, May 8, 2011

PROVOKASI


Real Terrorist

Tidak cukupkah membohongi dunia dengan peristiwa 9/11? Apa pula bakal mereka lakukan kali ini?


ISLAMABAD: Gambar yang diperoleh Reuters dan dirakam sejam selepas serangan tentera Amerika Syarikat terhadap kediaman Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan, menunjukkan mayat tiga lelaki berlumuran darah. Mereka bagaimanapun tidak bersenjata.

Tindakan Provokasi terhadap Pakistan susuli berita "pembunuhan Osama". Atas alasan apakah tindakan tersebut diambil? 

Baca berita dibawah: Saya bawakan berita dari Harian Metro untuk kita renungi kaitannya dengan senario dunia hari ini. Peristiwa ini menjadi perbahasan hangat di semua laman web anti konspirasi. Hanya mereka yang percaya kewujudan "konspirasi" sahaja yang berminat mengkajinya, namun orang ramai juga ingin tahu apakah rahsia di sebalik peristiwa ini kerana terdapat beberapa keadaan yang meragukan. Terlalu banyak percanggahan maklumat antara berbagai sumber. Biasanya orang ramai hanya melihat perkara sebegini tidak begitu penting dan kurang menarik. Sebenarnya, penyelongkaran kebenaran adalah sesuatu yang amat mengujakan.

Berbalik kepada peristiwa di Pakistan, jika diteliti mendalam kita akan dapat meneka bahawa semua ini adalah satu permainan. Semua permainan ini mempunyai motif yang terselindung. Pasti akan terserlah juga hakikat kebenaran sekali pun ditutup rapi. Di satu masa kita akan menemui berbagai keganjilan terutama berita-berita yang bercanggah dengan apa yang kita baca dan dengar di media sekarang.

Kita akan terpinga-pinga berhadapan dengan kebohongan ini. Namun seperti biasa, media arus perdana dunia milik mereka akan sentiasa menutup pintu kebenaran. Semua maklumat yang sampai kepada pembaca semuanya rekaan dan bohong semata-mata. Sesuai dengan ungkapan bahawa zaman ini adalah zaman para pendusta bermaharaja lela. Konsep kehidupan dan lakuan Dajjal.

Dari berita yang disiarkan seperti dibawah, Osama bin Laden tiada dalam senarai yang dibunuh, maklumat ini mungkin menyusahkam Obama dalam periwayatan dongeng Osama ini dan Amerika tentunya amat gusar bakal diperkatakan oleh Pakistan nanti. Rakyat Pakistan sendiri tentunya lebih tahu keadaan yang sebenar dan akan mempertikai cerita Obama.. Pemerintah Pakistan pula merasa terhina dipermainkan sebegitu oleh USA seolah-olah negaranya tidak lagi mempunyai kedaulatan sehingga USA boleh bertindak sesuka hati. Paling menakutkan jika rakyat Pakistan bangun mempersoalkan kewibawaan para pemimpin mereka. Ini semua akan menyukarkan media Amerika untuk mengatur pembohongan seterusnya seperti yang dikehendaki CIA.

Untuk itu Pakistan mesti ditekan. USA bertindak segera menuduh Pakistan bersalah kerana melindungi Osama selama 10 tahun di dalam negaranya. Pakistan tersepit dan inilah yang diharapkan oleh USA untuk meneruskan cerita dongeng yang telah dikarang sebelum ini..

Bagi USA, pembohongan (pembunuhan Osama) ini mestilah kelihatan "benar" kerana ia amat berharga bagi Amerika terutama Obama walaupun terpaksa mengaibkan Pakistan (kononnya negara sahabat). Oleh itu mulut Pakistan mestilah dikunci supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan apa yang telah disusun oleh Amerika.

Pembunuhan warga Pakistan yang tidak bersenjata itu amatlah malang, tetapi ia sesuatu yang wajar dalam pandangan rakyat Amerika dan Obama pula tentu sekali merasa amat senang apabila media negaranya menobatkannya sebagai pahlawan padahal sebenarnya seorang "penjenayah" dan juga "pendusta".  Lebih mengecewakan kita, mangsa yang terbunuh tersebut adalah saudara seIslam kita.

Bagi menghalang kebenaran disebarkan, Pakistan akan disibukkan dengan tuduhan demi tuduhan disamping pelbagai ancaman dan gertakan. Umum mengetahui selama ini pun Pakistan sentiasa dipaksa akur oleh USA dan mengambil sikap mendiamkan diri terhadap semua tingkah laku USA.  Kenapa kali ini ia menjadi begitu heboh dan kusut? Itulah permainan (BIJAK?) mereka di bawah seliaan THH (baca Illuminati/Masons). Setiap saat ada sahaja mangsa yang dikorbankan.

Para pengkaji konspirasi sudah tahu kenapa berita Osama ini merupakan sesuatu yang penting bagi Amerika. Pertama untuk melarikan tumpuan berita terhadap kekejaman NATO membunuh anak dan cucu Muammar Gadhafi. Mereka bimbang peristiwa itu akan menukar sentimen seluruh dunia Arab yang selama ini bersetuju dengan kempen mereka terhadap Muammar. Tindakan kejam NATO itu mungkin akan menganggu operasi di Libya memandangkan Russia dan China sudah pun mula bersuara. Keduanya, membuka laluan baru menguasai sepenuhnya negara nuklear Islam. Ketiganya, untuk dijadikan umpan bagi membolehkan USA menyerang dan menguasai seluruh negara Islam.  Keempat (ini pandangan saya), mencari dan membunuh Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahadi ra,

Asia Barat dan negara Arab sudah hampir dikuasai sepenuhnya oleh Israel melalui Amerika. Tinggal Parsi, Asia Tengah dan Asia Tenggara (termasuk Malaysia). Sebenarnya tindakan mengebom kediaman Muammar Gadhafi telah dirancang, matlamatnya mengakhiri perang dengan segera. Malangnya Gadhafi terselamat. Sebaliknya 3 kanak-kanak yang tidak berdosa terbunuh. Kesilapan dan kegagalan yang memalukan ini mesti ditutup segera dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lain yang lebih sensasi.

Siapakah mangsa yang mempunyai keupayaan istimewa untuk tujuan ini? Maka watak Osama dipilih. Namun akibat kegopohan dan kurang cermat, skrip yang ditulis menjadi sedikit "longgar" telah menyebabkan Obama mengalami kesukaran untuk membuktikan Osama benar-benar telah dibunuh, berbeza dengan kisah Saddam Hussein dahulu. Kelemahan skrip ini mesti ditutup segera oleh skrip baru, maka terciptalah pergolakan dan pertikaian dengan Pakistan lanjutan peristiwa ini. Skrip ini perlu disegerakan. Jika tidak Obama akan berpeluh menjawab soalan demi soalan dari rakyatnya dan juga masyarakat dunia.

Teraniayalah rakyat Pasistan yang dipilih menjadi kambing hitam itu . Dikorbankan demi memberi laluan kepada satu berita sensasi iaitu "Osama telah dibunuh" oleh hero Amerika Syarikat.

Isteri muda Osama? Satu lagi bahan yang menarik untuk digossipkan. Masyarakat dunia tentunya tidak sabar menanti maklumat baru terutama kesahihan peristiwa ini. Skrip yang agak baik direka untuk melupakan kekejaman NATO di bumi ARAB.

Komputer Osama? Adakah ia benar-benar wujud? Tiada siapa pun dapat mengesahkan dakwaan Amereka tersebut. Jika benar wujud pun, tiada siapa dibenar memeriksanya kecuali CIA dan kuncunya. Apa yang yang terkandung didalamnya? Amerika boleh kata apa sahaja sekehendaknya untuk menyokong penceritaan sensasi ini. Bahan ini juga boleh memberi alasan untuk menakutkan rakyat Amerika. Sebelum ini dihebahkan berita bahawa alQaeda mempunyai bom nuklear!  Adakah selepas ini rakyat Amereka akan menjadi mangsa nuklear pula sebagaimana 911 untuk membuktikan betapa jahatnya alQaeda. Hebat sangatkah alQaeda?

USA amat bijak dalam hal ehwal Islam (kononnya), mendakwa Osama tidak wajar dikebumikan di dalam kuburan (tanah). Bimbang pusaranya akan dipuja oleh kumpulan alQaeda. Memang hebat permainan syaitan ini. Mereka akan terus berdusta tanpa henti.

Sama-samalah kita tunggu skrip terbaru selepas ini. Selamat menanti!


Isteri Osama jadi rebutan

SLAMABAD: Pakistan dan Amerika Syarikat terbabit dalam perbalahan diplomatik berhubung nasib isteri muda Osama bin Laden.

Amal al-Sadah menjadi tumpuan perebutan antarabangsa untuk menahannya selepas Pakistan enggan membenarkan Amerika Syarikat menyoalnya semalam.

Wanita warga Yaman berusia 27 tahun itu, berusaha melindungi suaminya daripada ditembak oleh anggota tentera elit Amerika dalam serangan Ahad lalu tetapi ditembak di kaki sebelum ditawan oleh tentera Pakistan. Amal kini terperangkap dalam perbalahan Pakistan dan Amerika Syarikat mengenai nasibnya ketika kedua-dua negara berkenaan menyelar satu sama lain mengenai sama ada Pakistan melindungi Osama sepanjang 10 tahun lalu.

Tentera Amerika berhasrat membawa Amal bersama mereka selepas serangan itu tetapi meninggalkannya selepas sebuah helikopter yang terbabit dalam serangan berkenaan terhempas.

Amerika menuduh Pakistan melindungi ketua al-Qaeda itu menyebabkan pegawai negara itu enggan membenarkan Amerika menyoal siasatnya di sebuah hospital tentera di Rawalpindi, tempat Amal dirawat.

Menurut mereka, Amal akan dihantar pulang ke Yaman sebaik pulih. Tindakan itu akan menghalang Amerika memperoleh maklumat penting mengenai Osama di Pakistan.

Ia akan meningkatkan lagi dakwaan kononnya perkhidmatan perisikan Pakistan melindungi Osama dan tidak mahu butir mengenai hubungan Pakistan dengan al-Qaeda terbongkar. - Agensi


AS enggan dedah gambar Osama


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama semalam memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar mayat pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden. Beliau berkata, Amerika Syarikat tidak sepatutnya memperagakan ‘piala’ kemenangannya.

Kabinet Perang Obama sebelum ini berbelah bagi sama ada untuk menyiarkan gambar ngeri mayat Osama yang ditembak mati oleh komando elit Amerika Syarikat dalam serangan di Pakistan Ahad lalu.

“Adalah penting untuk kita memastikan bahawa gambar seseorang yang ditembak di kepala tidak beredar kerana ia boleh mencetuskan lebih banyak keganasan dan dijadikan alat propaganda,” kata Obama ketika diwawancara dalam rancangan ‘60 Minutes’ terbitan CBS.

“Kita bukan seperti itu. Anda tahu, kita tidak memperagakan bahan seperti itu sebagai piala,” katanya.

Menurutnya. ujian DNA dan teknik pengecaman wajah membuktikan Osama yang didakwa merancang serangan 11 September 2001 sudah mati.

Selain Osama, pegawai Amerika dan Pakistan berkata, empat orang lagi terbunuh dalam serangan itu, termasuk dua beradik yang menjadi orang perantara paling dipercayai pemimpin al-Qaeda berkenaan dan seorang lagi dipercayai anak Osama.

Seorang anak perempuan Osama, yang kini ditahan bersama-sama isterinya, warga Yaman, melihat bapanya ditembak, kata seorang pegawai perisik Pakistan.

“Gadis berusia 12 tahun itu adalah orang yang mengesahkan kepada kami bahawa Osama sudah mati akibat ditembak dan mayatnya dibawa tentera Amerika,” kata pegawai itu.

Pembantu kanan Obama sebelum ini berbahas mengenai sama ada akan menyiarkan gambar mayat Osama tetapi pada masa sama bimbang tindak balas daripada masyarakat Islam hingga mendorong kepada serangan terhadap tentera dan kepentingan Amerika.

Meskipun tanpa gambar sebagai bukti, sebahagian besar media Pakistan menerima hakikat bahawa Osama sudah mati, ketika teori mengenai konspirasi tersebar luas.

Mayat Osama dikebumikan di laut oleh tentera Amerika Syarikat.

Pentadbiran Obama tidak mahu beliau dikebumikan di darat bagi mengelak pusaranya dipuja kumpulan pelampau.

Sementara itu, vila di Abbottabad, tempat Osama ditembak mati, sehingga semalam masih menjadi tumpuan penduduk tempatan dan media. - Agensi

Imej 3 lelaki korban komando AS diperoleh


ISLAMABAD: Gambar yang diperoleh Reuters dan dirakam sejam selepas serangan tentera Amerika Syarikat terhadap kediaman Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan, menunjukkan mayat tiga lelaki berlumuran darah. Mereka bagaimanapun tidak bersenjata.



Gambar itu yang dirakam pegawai keselamatan Pakistan yang memasuki kediaman itu selepas serangan berkenaan menunjukkan dua lelaki berpakaian tradisional Pakistan dan seorang berpakaian kemeja-T dengan darah mengalir di telinga, hidung dan mulut masing-masing.


Foto


Pegawai itu yang enggan dikenali menjual gambar itu kepada Reuters. Tidak seorang pun daripada mereka kelihatan seperti Osama.

Presiden Barack Obama enggan mendedahkan gambar mayat pemimpin al-Qaeda itu kerana ia boleh mencetuskan keganasan dan dijadikan alat propaganda al-Qaeda.

Berdasarkan masa yang tertera, gambar yang dirakam paling awal ialah pada 2 Mei, 2.30 pagi, kira-kira sejam selepas serangan yang membunuh Osama berakhir.


Gambar lain dirakam antara jam 5.21 pagi dan 6.43 pagi.

Reuters yakin kesahihan gambar yang dibelinya itu kerana maklumat dalam gambar berkenaan menunjukkan rangka helikopter, sama dengan butir daripada gambar yang diperoleh sebelum ini. Tentera Amerika Syarikat kehilangan sebuah helikopter dalam serangan itu akibat masalah mekanikal. Ia kemudian dimusnahkan. - Reuters


Komputer ketua al-Qaeda dijangka bongkar rahsia


WASHINGTON: Pegawai perisikan Amerika Syarkat yang menyelongkar komputer dan peranti penyetoran yang ditemui di kediaman Osama bin Laden di Pakistan menjangka memperoleh banyak data penting.

Data berkenaan mungkin boleh mendedahkan rancangan serangan, lokasi tokoh al-Qaeda lain dan sumber kewangan. Kelengkapan yang dirampas selepas pembunuhan Osama dalam serangan Ahad lalu, termasuk lima komputer, 10 cakera padat dan 100 peranti penyetoran, adalah pencapaian penting bagi Amerika Syarikat dalam memerangi Al-Qaeda, kata pakar.

“Saya akan terkejut jika ia bukan ‘lombong emas’ untuk kami,” kata bekas Timbalan Pengarah CIA, John McLaughlin.

“Saya berpendapat kami akan menemui laporan mengenai rancangan melancarkan serangan. Kami mungkin mengetahui mengenai hubungannya dengan Pakistan,” katanya. - AFP


Maklumat terbaru: Fake photo 

Perhatikan jari tangan yang terdapat pada foto Amal al-Sadah yang tersiar di DailyMail photo of the passport ia merupakan kerja ubahsuai melalui Photoshop.
.

This is photoshop creation and a very clumsy one at that. The face seems to be an overlay as well and not part of the actual image of the passport.

dikatakan Amal, isteri Osama warga Yaman




Wednesday, May 4, 2011

RAHSIA SULIT





Punca sebenar kenapa Libya dibom adalah kerana kedegilan Gaddafi ingin memperkenalkan dinar emas

Menurut IMF, Bank Sentral Libya adalah 100% milik negara. IMF menganggarkan bahawa Libya mempunyai hampir 144 tan emas di bank tersebut. Signifikannya sebelum PBB meluluskan resolusi mengharamkan penerbangan di ruang udara Libya dan membenarkan USA dan sekutunya menghantar tentera menyerang Libya, Muammar al-Gaddafi secara terbuka telah menganjurkan pembentukan mata wang baru yang akan menyaingi dollar dan euro. 

Bahkan, dia meminta negara-negara Afrika dan negara-negara Islam untuk bergabung dalam sebuah perikatan yang mejadikan mata wang baru iaitu dinar emas sebagai matawang utama perdagangan antarabangsa menggantikan US Dollar dan Euro. Mereka akan menjual minyak dan semua dagangan kepada USA dan seluruh dunia hanya melalui dinar emas ini..

USA, negara-negara G-8, Bank Dunia, IMF, BIS, dan syarikat-syarikat multinasional tidak senang dengan cadangan ini dan menganggap gagasan ini bakal menggugat dan mengancam dominasi mereka dalam pasaran matawang dunia.

Dalam lain perkataan, mereka menganggap tindakan tersebut akan menjadi amat bahaya dan bakal mempengaruhi negara-negara lain meninggalkan atau sekurang-kurangnya menjauhi sistem perbankan antarabangsa yang selama ini menguntungkan kumpulan korporat yang mereka kuasai.

Saddam Hussein juga telah menganjurkan dasar yang serupa dengan apa yang diungkapkan oleh Gaddafi tidak lama sebelum USA menghantar pasukannya ke Iraq.

Secara tidak langsung sistem perbankan yang selama ini memberi keuntungan lumayan kepada mereka pasti akan runtuh  Semua negara akan kembali kepada sistem lama bersandar sepenuhnya kepada emas. US Reserve Bank yang menjadi induk kepada semua sistem bank riba ini tentu sekali merasa rimas dan gerun menanti nasib yang bakal menimpa mereka jika sistem baru dagangan dunia melalui dinar emas ini benar-benar terlaksana. 

Setahun sebelum itu Libya telah mengesyorkan negara-negara Arab dan Afrika menggunakan sistem matawang emas tunggal dan menyatukan negara-negara ini dalam satu kesatuan yang kukuh dan aktif. Pada dasarnya ia dipersetujuai dan disokong oleh hampir kesemua negara kecuali beberapa negara yang terkekang dengan sistem pemerintahan demokrasi-sekular mutlak dan Liga Arab. Ia kelihatan memberi impak dalam sistem politik dunia yang baru dimana seluruh Afrika dan Arab berada dalam datu kesatuan yang besar.

Lebih menakutkan Barat ialah mereka terpaksa patuh kepada sistem matawang baru anjuran Libya ini untuk mendapatkan bekalan minyak dari negara Arab. Dollar dan Euro tidak lagi berkuasa, ini amat tidak disenangi. Sistem perbankan juga pasti akan berubah sesuai dengan sistem dinar emas tersebut. Sistem perbankan berasaskan riba akan semakin lemah dan lumpuh di negara-negara berkenaan dan merebak keseluruh dunia.

Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah bertindak balas terhadap inisiatif tersebut. Presiden Peranchis Sarkozy mengatakan :Libya telah melancarkan satu tindakan yang akan menggugat keselamatan sistem kewangan dunia. Gaddafi juga dikatakan mempunyai hasrat untuk menubuhkan dan mengetuai Kesatuan Afrika.

Dua hujah palsu segera dicipta untuk menutup alasan yang sebenarnya (menganjurkan Perang Salib terhadap Libya). Alasan rasmi ialah  kononnya untuk membela hak asasi manusia dan alasan kedua (tidak rasmi) pula ialah usaha mencuri minyak Libya. Kedua-dua alasan ini sengaja dicipta dan dibocorkan. Maka terlindunglah muslihat sebenar mereka.

Walau bagaimana pun, tidak dinafikan bahawa tindakan Muammar Gaddafi tersebut hampir sama dengan apa yang pernah di lakukan oleh Jeneral Peranchis de Gaulle untuk meninggalkan penggunaan sampah (wang kertas) bernama "dollar" dan kembali semula kepada emas. Tindakan Muammar Gaddafi ini sebenarnya menjadi ancaman serius kepada kekuasaan parasit demokrasi moden iaitu sistem perbankan (diterajui zionis). 

Sistem riba anjuran mereka mesti dipertahankan. Muammar mesti dipadamkan segera dari muka bumi kerana dia bakal memimpin satu kuasa ekonomi baru untuk menggugat kekuasaan mereka dalam sistem kewangan antarabangsa. Masyarakat dunia tidak sama sekali dibenarkan menganjur sebarang bentuk atau sistem yang boleh mengganti atau menyaingi perniagaan riba ini. 

Tidak ramai yang tahu tentang "rahsia" ini kerana ia telah disembunyikan seberapa rapi yang mungkin sebagaimana perkara-perkara lain yang melibatkan tindakan dan operasi rahsia illuminati dan masons ini, umpamanya kes pembunuhan JF Kennedy dan Abraham Lincoln suatu masa dahulu. Agenda yang lebih penting ialah menghalang seluruh masyarakat dunia tahu kelebihan Sistem Kewangan Islam yang amat tegas dalam pengharaman riba. 

Atas sebab itulah Bank Pusat Libya yang baru cepat-cepat ditubuhkan di Benghazi untuk mengganti sistem kewangan Muaamar Gaddafi di Tripoli sebaik sahaja pemberontak berjaya menguasai timur Libya. IMF adalah dalang disebalik penubuhan Bank Negara Libya yang baru tersebut. 

Sistem Riba diwujudkan dan dikuasai oleh sebahagian kecil masyarakat dunia (golongan elit dalam illuminati dan juga mason) - khususnya zionis. Mereka menggunakan riba ini untuk mengawal dan menguasai seluruh penduduk dunia melalui bebanan hutang (debs) dan faedah. Untuk mempertahankannya, berbagai dusta terpaksa dicipta. Keadaan zaman yang kacau bilau bakal tiba dan bergelumang dusta demi dusta berlapis-lapis.


LIBYAN DINAR

The dinar (Arabic: دينار‎) is the currency of Libya. Its ISO 4217 code is "LYD". The dinar is subdivided into 1000 dirham (درهم). It was introduced in 1971 and replaced the pound at par. It is issued by the Central Bank of Libya, which also supervises the banking system and regulates credit. In 1972, the Libyan Arab Foreign Bank was established to deal with overseas investment.

Maklumat terkini mengenai isu DINAR:  SILA KLIK DI SINI

Monday, May 2, 2011

Terdesak - NATO mengharap kematian segera Ghadafi




Serangan NATO terhadap Libya merupakan "satu bentuk kolonialisma baru" : Pakar dari Afrika Selatan




Foto ini diambil pada 1 Mei 2011 menunjukkan kerosakan rumah pemimpin Libya
Muammar Gaddafi selepas serangan udara ketika lawatan yang dianjurkan oleh
kerajaan Libya di daerah Gargur di Tripoli, Libya. Gadhafi Saif al-Arab, anak bongsu
pemimpin Libya mati terbunuh dalam serangan udara pada hari Sabtu, kata juru
bicara pemerintah. (Xinhua / Hamzah Turkia)
Johannesburg, April 30 (Xinhua) - Serangan udara NATO yang sedang berlangsung di Libya merupakan suatu bentuk kolonialisme baru dan berisiko berkembang menjadi konflik yang berpanjangan. Lebih banyak pertumpahan darah dan kekacauan akan berlaku, kata seorang pakar perhubungan antarabangsa Afrika Selatan.
Operasi NATO di Libya tidak boleh diteruskan, ujar Anna Alwes, seorang penyelidik di Institute of International Affairs Afrika Selatan dalam sebuah wawancara dengan Xinhua."Semua bangsa di dunia mengetahui hal ini dengan baik dan mereka harus hati-hati dan tidak pergi terlalu jauh."
Tentera Barat hanya dibenarkan campur tangan bersandarkan tuduhan bahawa pemimpin Libya Muammar Gaddafi menbunuh ramai warga awam. Belau mempersoalkan "apakah kita benar-benar yakin terdapat begitu banyak (ribuan) kematian sebagai mana media Barat telah laporkan?".

Selepas satu bulan NATO melancarkan operasi ketenteraan di Libya, pasukan pro dan anti kerajaan di negara tersebut masih buntu dalam siri pertempuran yang tidak berkeputusan. Bergema pandangan dari banyak rakan pakar yang lain dari seluruh dunia, Alwes berpendapat krisis Libya sekarang berisiko menjadi konflik yang berpanjangan.
"Saya melihat tiada penyelesaian segera bakal dicapai dalam konflik antara pasukan NATO dan pemberontak dengan Muammar Gaddafi. Perang saudara yang sedang berlangsung ini bakal menjadi kanser dalaman yang akan menghancurkan kesatuan teritorial dan mengarah pada terbentuknya dua negara yang terpisah" katanya.
Ibrahim Al Sharif (C), Setiausaha Sosial Negeri Libya, berbicara kepada
pemberita di perjarangan bangunan rosak selepas serangan udara yang 
disasarkan, bangunan Ibu Pejabat Jawatankuasa Tinggi untuk Kanak-kanak 
di Tripoli, Libya, 30 April 2011. (Xinhua / Hamzah Turkia)
Dia mengatakan bahawa Gaddafi pasti akan melawan bermati-matian sehingga sengketa ini tamat, sedangkan pemberontak dari Dewan Peralihan Nasional (TNC) juga mungkin akan terus berjuang, walaupun mereka tidak mampu mengusir Gaddafi.
Dalam keadaan ini, bagi NATO, "penyelesaian terbaik ialah mencari jalan untuk membunuh Gaddafi melalui satu serangan udara yang dilancarkan," Saranan ini "cukup realistik" untuk dua sebab, katanya.
Pertama, adalah amat sukar untuk mencari di manakah lokasi sebenarnya pemimpin Libya itu berada  dan yang kedua, bangkangan semakin meningkat dari masyarakat antarabangsa terhadap campur tangan NATO ke atas Libya, dan ini akan membuat intensifikasi operasi ketenteraan menjadi lebih sukar.
Alwes mengesampingkan kemungkinan negara-negara Barat menjual senjata kepada pemberontak atau mengerahkan tentera darat menyerang Gaddafi. Strategi paling tepat untuk keluar dari krisis ini dan merupakan pilihan terbaik ialah melalui perundingan, bagaimanapun ia hanya akan mengarah pada "pembahagian wilayah dan sumber alam (minyak) antara TNC dan Gaddafi, tentunya lebih menjurus kepada kepentingan negara-negara Barat."
"Sama ada Gaddafi masih bertahan atau mengalah/terbunuh, negara yang bergolak ini berkemungkinan akan menghadapi masa depan yang paling getir dan akan berada dalam kesengsaraan. Apa pun penyelesaiannya, saya fikir kekacauan akan terus berlanjutan" katanya.
Bahkan walaupun negara-negara Barat berjaya menurunkan Gaddafi dari kekuasaan, pakar ini mengatakan, Libya tetap menghadapi masa depan yang tidak pasti, konflik berpanjangan, keadaan yang sama seperti dalam kes Iraq dan Afghanistan.
Djangka berlaku lebih banyak pertumpahan darah jika Gaddafi melepaskan kuasanya. "Kita boleh lihat  akan berlaku pemberontakan beberapa suku kaum " sebagai kelompok-kelompok yang bersaing mendapatkan sebahagian daripada kekayaan minyak Libya, katanya, menggambarkan kemungkinan 
senario tersebut sebagai "tidaklah begitu baik." - petikan dari lapuran sebuah akhbar China (Xinhua).



Maruah dan Pengaruh 
Satu perubahan sedang berlaku. Suara Russia semakin lantang mengkritik USA dan sekutunya yang melakukan serangan udara terhadap orang awam Libya. Ia memberi tekanan menyebabkan USA semakin terdesak untuk menamatkan peperangan ini secepat mungkin. 


Jika berlaku ketegangan berterusan antara USA dan Russia, ia adalah sesuatu yang mungkin akan menyebabkan krisis menjadi lebih melebar dan ini sedang diperhatikan oleh dunia. Tidak mustahil ia akan memecahkan pengaruh kuasa besar ini dan mewujudkan blok baru dalam politik antara bangsa.

Sebelum ini tiada pihak yang berani menegur apa lagi mencemuh tingkah laku sekutu zionis tersebut. Ia semakin memuncak apabila ada tanda-tanda USA akan mengenakan sekatan dan mengambil tindakan ketenteraan terhadap Syria. 


Kacau bilau dan huru hara berlaku disegenap penjuru dunia angkara sikap biadap dan sombong Amerika Syarikat. Meskipun tidak terdapat tanda-tanda tamatnya kekacauan yang berlaku di Iraq dan Afghanistan yang juga dianjurkan mereka kini muncul pula huru hara di seluruh dunia Arab.


Semua tahu bahawa segalanya telah dirancang dan digerakkan oleh agen CIA dan Mossad, melalui hasutan dan provokasi, akhirnya menyerang dan menawan negara berkenaan. Malangnya semua pihak mengambil sikap mendiamkan diri atau bersikap berkecuali, tidak berani membuka mulut termasuk Russia dan China menyebabkan USA semakin angkuh dan bersikap lebih biadap. 

Mulanya digembar gemburkan bertindak untuk memburu penjenayah dan pengganas.  Kemudiannya bertindak sebagai polis dunia, untuk membantu orang awam yang menjadi korban regim kuku besi. Kini secara lahirnya ia dilogikkan pula (kelihatan) semata merebut minyak dari bumi Arab. Apa sebenarnya yang mereka mahu? Semestinya ada agenda yang lebih jahat yang disembinyikan dari diketahui umum (kecuali orang Islam). 


Russia bakal menjadi penghalang besar rancangan mereka. USA ingin menguasai dunia secara keseluruhannya seperti yang diatur oleh zionis (berselindung di sebalik kuasa besar USA).  Sementara itu, Russia yang mempunyai kuasa veto di PBB selain China, British, Peranchis dan USA telah mula menyarakan bantahan terhadap beberapa resolusi yang dibawa oleh USA berkaitan Asia Barat. Kuasa veto telah digunakan terhadap ususl USA tersebut. 


Trend ini bakal berlanjutan dan memungkinkan USA akan mengubah stategi dan menjadi lebih ganas.  Tidak lagi mengharapkan bantuan PBB sebaliknya mengingkari kehendak PBB dalam melaksanakan hasratnya untuk menawan negara-negara Arab khasnya dan dunia amnya. Ironiknya mereka amat berselera dan berminat terhadap negara Islam (yang tidak mahu bertuankan mereka). 
Russia pula pasti tidak berdiam diri dan akan bertindak balas jika USA bertindak melampau atau kepentingannya terancam terutama di Syria. 
MOSCOW, May 1  -- Moscow was increasingly concerned about the fatalities among Libya's civilian population, including the death of three grandsons and the youngest son of Muammar Gaddafi, the Russian Foreign Ministry said in a statement on Sunday.


Russia thus doubts the statement by the NATO coalition which says NATO's air strike are not targeting Libyan leader Gaddafi, the statement said.
"Moscow perceives with growing alarm the reports about victims among civilians. The statements by the coalition members that the airstrikes against Libya are not aimed at physically destroying Muammar Gaddafi and his family members cause serious doubts," it reads.
The Foreign Ministry said the "disproportionate use of force" in Libya has led to devastating consequences and death of innocent people.
..
NATO

Lahirnya Pengganas "DUA WAJAH" 

tidak bermaruah dan tidak merasa malu


Libya: Nato raid was 'Gaddafi assassination attempt'

Nato has been accused of deliberately trying to kill Col Muammar Gaddafi and reneging on pledges from its political leaders that they were not trying to use military might to bring about regime change. http://www.telegraph.co.uk


A statement by the Russian foreign ministry said it had "serious doubts" that air raids, including one on Saturday night which the Libyan authorities said killed a son and three grandchildren of Col Gaddafi, were not intended to "physically eliminate" him. It said that innocent civilians were being killed by the disproportionate use of force in the bombing raids.

Moussa Ibrahim
The Libyan regime itself reacted with fury to the attack. "What we have now is the law of the jungle," its spokesman Moussa Ibrahim said. "We think now it is clear to everyone that what is happening in Libya has nothing to do with the protection of civilians."
He said that the strike was "a direct operation to assassinate the leader of this country".
Reporters in Tripoli were given a guided tour of the wreckage of a house which Mr Ibrahim said belonged to Seif al-Arab Gaddafi, the leader's youngest son, who was killed.
An unexploded bomb lay amid the twisted wire and concrete of the main ceiling of the house which had been brought down. A clock on the wall had stopped at 8.08, the time of the bombing on Saturday evening.

Target Gaddafi: but is it legal for Nato to strike?

Western leaders want Col Gaddafi gone. As the bombing gets ever closer to him, the question is, to what extent they are actually using Nato jets to bring about that outcome?

Last week, Liam Fox gave one answer when he admitted that attacks on "command-and-control centres" in Tripoli's leadership compound were indeed personal, an attempt, he said, to increase "psychological pressure" on the Brother Leader.
Was that run past a lawyer before he presented it to the House of Commons defence committee? He certainly managed to be both aggressive and circumspect at the same time.
"Where there are members of the regime who may be involved with those command-and-control assets, they take risks in doing so," Dr Fox said. "We do not discuss individual targets, but we do make very clear what the general case is and those involved are capable of understanding that."
Of course, Col Gaddafi is himself the ultimate "command-and-control asset".
David Cameron
David Cameron, the prime minister, yesterday chose a different tone from his defence secretary – not for the first time – reflecting not just the letter but the spirit of the official position that Col Gaddafi is not a target...
Some countries blasted the ongoing West-led military operation against Libya government forces, saying the air raids went beyond the UN resolution and must be scrapped immediately.

Russian Prime Minister Vladimir Putin severely criticized the U.S. role in the “Odyssey Dawn” operation against Libya.

“The use of force against other countries became a steady trend in the U.S. policy,” Putin noted, adding this trend was “disturbing.”
He also said the UN resolution “is, surely, flawed and lame…as it allows intervention in a sovereign country.”


artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews