Pages

Friday, July 8, 2011

Kebetulan? Demokrasi ialah alat Iblis...

Kiss Of ‘Democratic’ Death: Israel’s Plot To Take Down Syria & Malaysia
"Keperluan menentang penindasan tidak perlu mengguna pakai gaya hidup atau transformasi politik. Ia merupakan satu gejala kekal keadaan semula jadi manusia." ~~ Jonathan Azaziah



Entiti Zionis dan jenayah rangkaian sekutu 

'Revolusi Syria' adalah sebuah operasi ketidakstabilan yang diciptakan oleh rejim Israel dibantu oleh sekutunya di Washington DC, Paris, London, Riyadh dan wajah-wajah lain yang bersembunyi di sebalik topeng persahabatan dan berkecuali. Ini merupakan tawaran pilihan untuk selamatkan diri. Sejarah yang membawa kepada peristiwa-peristiwa baru yang belum pernah terjadi sebelumnya bagaimana Tel Aviv dan Riyadh sekali lagi berganding bahu dalam zaman moden ini untuk menghapuskan halangan untuk kepentingan bersama.

Al-Jumhuriyyah al-Arabiyyah dikenali sebagai -Suriyyah, Republik Arab Syria, atau Syria, secara sistematik sedang diserang oleh kuasa-kuasa yang sombong dan takbur di dunia.  Syria tidak dihujani dengan bom dan peluru berpandu dari helikopter atau F-16 (sekurang-kurangnya belum berlaku). Ia dihujani oleh sesuatu yang lain, sesuatu yang lebih jahat, lebih licik dan deadlier. Ia dihujani oleh entiti yang terselindung dari kekerasan sepenuhnya iaitu 'Demokrasi' rekaan Zionis, suatu senjata yang amat mengelirukan manusia sejagat yang secara halus dikuatkuasakan oleh Zionis. Penawaran terhadap hidup lebih bebas, mewah dan maju yang bakal dinikmati rakyat Syria digembar gemburkan supaya rakyat menolak pemerintah sedia ada.

Seperti dart katak beracun dari hutan hujan Amazon, dan Octopuses beristri biru berenang di dalam kolam air pasang Pasifik dari Jepun ke Australia, 'demokrasi' ini dikaitkan dengan idea keindahan yang kelihatan megah. Ia digambarkan sebagai sesuatu keunikan, ciptaan paling unggul dari institutusi pendidikan tertinggi dari Barat; sebenarnya sesuatu yang asing kepada dunia Timur, terutama orang-orang keturunan Arab dan Afrika. 

Walau bagaimanapun,  keindahan 'demokrasi' adalah semata-mata cantik dan mulia dipermukaannya sahaja, terdapat racun yang tersembunyi di belakangnya. Beberapa bahagian di luar dilihat amat menyenangkan mata. Racun ini boleh membawa kematian dalam keadaan tidak disedari. Semut yang menghurungi gula akhirnya mati dalam timbunan gula tersebut, begitulah gambarannya. Demokrasi ini adalah ciuman maut, bakal membawa kehancuran, perampasan secara terpaksa dan cloaked (tersembunmyi) dalam pakaian kebebasan, kesaksamaan dan pelajaran tinggi. 

Jika sekiranya demokrasi adalah sebuah entiti yang berasal dari wanita, ia adalah succubus sebuah tradisi mitos (female demon appearing in dreams who takes the form of a human woman in order to seduce men, usually through sexual intercourse.). Jika ia adalah berasal dari lelaki, ia akan menjadi kengerian. Orang Timur, Arab dan Afrika, boleh bercakap selama beribu tahun tentang apa yang 'demokrasi' ini bawakan, sebenarnya demokrasi adalah amat jelas mewakili iblis. 

Rakyat Syria harus berhati-hati, kini 'demokrasi' mensasarkan negara anda setelah Libya; ambillah pengajaran dari pertumpahan darah saudara-saudara kamu yang ditindas di Iraq, "keajaiban demokrasi" telah membawa 6 juta rakyat Iraq sebagai pelarian, 2 juta maut, 2 juta wanita Iraq kini adalah para balu, 5 juta kanak-kanak Iraq kini anak-anak yatim dan 80% dari keseluruhan rakyat Iraq telah menyaksikan siri tembakan, penculikan, rogol, pembunuhan dan kekejaman . Kini masih berlarutan menjadikan sebahagian rakyat Iraq kembali rindukan zaman pemerintahan Saddam, pemerintah yang dikatakan kuku besi dan zalim oleh Barat itu. Rakyat Iraq baharu mengenali apa itu demokrasi sebenarnya.

Rakyat Afghanistan, masih lagi terasa bahang penekanan risikan tentera Amerika lebih dari 4 dekad, juga boleh memberitahu anda secara lengkap apakah manfaat kegemilangan demokrasi, iaitu 7.4 juta lelaki Afghanistan, wanita dan kanak-kanak yang kini hidup dalam kelaparan dan berada di ambang kematian terhasil daripada penjajahan yang disebabkan oleh sistem zionis yang dipaksakan kepada mereka.

syaitan 'demokrasi', dilihat berpesta ke atas Gaza;
sekarang mengidam
 Syria pula dan seterusnya...
Palestin, tanah suci dan bersejarah, telah didiami oleh sebuah entiti yang bersifat perampas selama lebih 63 tahun. Entiti yang memanggil diri mereka 'Israel' juga memanggil dirinya sebagai "satu-satunyanya demokrasi di Timur Tengah". Palestin menjerit pada dunia, siang dan malam, bahawa demokrasi ini adalah adalah pembohongan dan penuh sinis, lawak dan lucu. Tanah etnik Arab Palestin kini dibersihkan dan dikenali sebagai 'Israel', sekurang-kurangnya 30 undang-undang yang diwujudlan untuk mendiskriminasi secara kejam terhadap orang bukan Yahudi. 

Di Syria, bukanlah seperti yang digambarkan oleh media. Bukanlah satu revolusi Islam seperti yang sering disanjung oleh kebanyakan umat Islam. Sebaliknya ia sebuah ilustrasi dari Iblis yang ingin mewarnai Syria dengan "demokrasi" ciptaan zionis. Untuk itu Asad mesti digulingkan dan proksi merampas kuasa untuk kepentingan Israel memperluaskan wilayahnya.

Presiden Syria Bashar al-Assad sasaran
Zionisme seterusnya
 

  
Dalam era Asad menjadi presiden, pembangunan pembelajaran meningkat pesat dan ramai rakyatnya telah celik huruf. Rupanya inilah mala petaka bagi dirinya bila rakyat dengan mudah dihasut pula untuk menentangnya. Sesawang sosial dipergunakan dengan meluas dan usaha diatur mewujudkan kelompok yang membenci kerajaan. Hasutan semakin hari semakin lantang, berita dusta ditabur dengan hebat.  

Helah ini berjaya mengucar kacirkan Syria sekali gus menekan Presiden Asad. Senjata dibekalkan secara sembunyi kepada penentang. Media menghebahkan kekejaman tentera kerajaan secara satu arah dan tidak membuat liputan buruk terhadap penentang.

Syria adalah medan paling hampir dengan Israel bertepatan dengan hasrat mereka mencipta Israel Raya. Namun mereka tidak akan berhenti sahaja di sana, mereka mahu seluruh dunia terutama yang membencinya dimusnahkan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Malaysia kini sedang memasuki fasa mula permainan mereka dan akan mengikuti laluan yang sama dengan apa yang berlaku di negara Timur Tengah.



Untuk Siapa? Satu pertanyaan yang seakan melucukan. Adakah boleh dipercayai bahawa ia adalah untuk negara Israel timur iaitu Singapura? Cuba renungkan, bila Pakatan menang pilihanraya nanti, kawasan parlimen di bandar-bandar besar akan dipinda. Penambahan kerusi yang banyak ini akan memberikan peluang DAP untuk mendominasi politik malaysia sepenuhnya walaupun pada luaran diterajui oleh "reformis" Melayu. Inilah masanya Singapura menyertai semula Malaysia dan ahli parti komunis Malaya (bintang tiga) pula dibenar bebas bergiat dalam politik secara terbuka. 

DAP yang sekian lama berlakon sebagai sebuah parti politik Malaysia, sebenarnya adalah proksi PAP. Ia pasti dibubar apabila tiba masanya dan bergabung semula dengan induknya PAP. Semua ahlinya (semua kaum China?) menyertai PAP yang berpusat di Singapura. Sejak dari tarikh ini, Melayu Malaya dan Bumiputra Sabah Sarawak hanya termangu dan melihat apa yang terjadi dengan mata putih, negara telah dikuasai pendatang. "Reformis" yang tadinya angkuh bertahta sebagai PM akan didesak melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepada ketua PAP menjadi PM (berlakulah Malaysian Malaysia seperti yang mereka laungkan selama ini.. Melayu Pakatan yang menang dan bersorak gembira pada mulanya kini tersedar bahawa mereka hanya menang sorak sahaja.

Singapura Raya terbentuk dengan resminya meniru Israel raya. Kerusi yang banyak dalam sistem demokrasi akan memberi lesen yang sah untuk mereka meminda perlembagaan negara. Klausa Islam dan Raja-Raja akan dimansuhkan dari perlemgaan baru ini. Hilang lenyaplah riwayat Persekutuan Tanah Melayu dan diganti dengan Malaysian Union sebagaimana kehendak British pada era kemerdekaan dahulu. Tiada lagi negara Melayu dalam peta dunia.

Greater Sin
Sayugia diingat, bilamana pendatang menguasai politik, mereka tidak akan senang selagi ada ruang kebangkitan semula pribumi, mereka tidak akan mengizinkan untuk ditewaskan oleh pribumi semula. Ultrakiasu tetap besikap sedemikian, mereka masih belum yakin selagi tidak menguasai segalanya. Mereka tahu, andainya terjadi, nasib mereka tentu sahaja menjadi tidak menentu terutama bila kaum pribumi berusaha menghalang berulangnya peristiwa yang menyakitkan tersebut.

Untuk itu akan berlakulah peristiwa penghijrahan beramai-ramai boroh murah dari negara China atas alasan membantu meningkatkan pembangunan negara. Kedatangan rakyat Indonesia, selatan Philifina atau Melayu Pattani akan dihalang seketat-ketatnya. Hanya mengizinkan sedikit pendatang India bukan Islam dan majoritinya akan dibawa terus dari negara sebangsa mereka sama ada China atau Vietnam. Tujuan utamanya tentulah untuk menguasai setiap ruang dan peluang yang ada di negara ini disamping mempunyai undi yang cukup dalam setiap pilihanraya. Inilah wajah demokrasi moden yang bakal dilalui oleh Malaysia, jika pemerintah Islam gagal mendominasi pilihanraya.

Sebahagian dari rakyat Malaysia sudah mula terhidu permainan ini. Cuba memberi kesedaran kepada sebahagian yang lain. Seperti yang diduga, ia tidaklah semudah yang difikirkan dan ternyata masih sukar diterima terutama oleh pengikut taksub beberapa buah parti politik Melayu. Taksub menyebabkan akal menjadi beku dan menghalang pengikut tersebut melihat kebenaran. Mereka sering berburuk sangka dan menganggap musuh politik mereka adalah jahat. Para pemimpin mereka pula telah tenggelam dalam angan-angan untuk menjadi juara. Agama (Islam) telah diketepikan demi mencapai hasrat untuk menjadi penguasa. Tanpa Islam, kezaliman akan tetap berlanjutan, Ini adalah fakta bukan andaian semata. Mereka akan melakukan hal yang sama dengan apa yang dilakukan oleh pemerintah sebelumnya jika mereka berkuasa atau mungkin lebih buruk.

Apa yang telah berlaku di negara Arab tersebut hampir sama dengan apa yang sedang dimulakan oleh rakyat Malaysia sekarang ini. Jarum suntikan ditusuk dengan perlahan-lahan dan ia harus memberi gambaran keburukan pemerintah dan membuahkan isu memihak penentang.  Kes terbaru BERSIH 2.0 telah diatur seakan sama dengan apa yang berlaku di Libya Mesir dan kini Syria. Zionis akan menjadikan negara ini bergolak dan lemah dan ini memaksa pemerintah terus menerus mengharap sokongan dan akur segala permintaan mereka sebagaimana Iraq sekarang.

Bersih adalah alat propaganda yang boleh mencipta beberapa isu lain. Tujuannya ialah untuk memenangkan penentang baik secara formal atau sebaliknya. Proksi Zionis melalui USA sedang bersedia untuk mengambil alih pemerintahan negara bila pemerintah sedia ada tumbang melalui demonstrasi sebagaimana di beberapa negara Arab. Propaganda akan menjadi lebih mudah bila pasukan keselamatan yang selama ini dilabelkan sebagai entiti zalim melakukan kesilapan atau dipaksa melakukan kesilapan. Sokongan rakyat akan berpihak kepada mereka yang (dikatakan) telah dizalimi oleh polis yang secara zahirnya mewakili pemerintah sedia ada.

Kecerdikan kerajaan dan rakyat Malaysia bergantung sejauh mana mereka mengetahui hala tuju musuh dunia ini. Juga sejauh mana mereka menghalang racun yang sedang menular dalam sistem politik negara. Demokrasi adalah syaitan yang berwajah indah. Resipi Yahudi untuk kita semua.

Diharapkan Melayu (bagi saya Melayu itu adalah Islam) menjadi semakin cerdik menelah kerja jahat musuh Islam ini dan menghalangnya berlaku sesuatu yang amat kita kesali sepanjang hayat. Melayu harus bersatu kembali sepaya dominan dalam mengatasi masalah yang semakin kritis ini, jangan sekali-kali menjadi musuh kepada bangsa sendiri dan melantik bukan Islam sebagai pemimpin. Jauhilah pemimpin yang jelas mempunyai gerak kerja yang meragukan apatah lagi jika terbukti ia seorang munafiqin. Semoga bangsaku bangun kembali membina komoniti Islam yang paling utuh di atas muka bumi ini.


33 comments:

  1. please...melayu adalah melayu...while islam is a beautiful religion...jangan samakan melayu = islam dimana rata-rata orang melayu masih banyak melakukan dosa yang dilarang..tolonglah..jangan samakan Melayu = Islam ... malaikat tidak akan menyoal apakah bangsa kamu di alam barzakh kelak...tolong betulkan fakta kamu..thanks.

    ReplyDelete
  2. Tetapi kalau kerajaan yg zalim dan kotor pula bagaimana?sy x menyokong mana2 pihak kerana politik malaysia adalah kotor... Kerajaan menggunakan duit rakyat utk kepentingan sendiri,yg kaya akan menjd kaya dan yg miskin akan menjadi miskin... Hiburan dibuat khas utk melalaikan rakyat supaya mereka x soal tingkah laku kerajaan.. Soalannya skrg bknlah sape akan menguasai kerajaan tetapi bila kita dpt melihat kerajaan tanpa korupsi

    ReplyDelete
  3. to anon july 9,2011..........

    melayu adalah melayu...while islam is a beautiful religion...apa maksud yang ko nak sampaikan?

    yang tak melakukan dosa hanyalah segelintir insan pilihan 'allah',rasul2 serta para nabi,'ma'sum'sifat mereka ini...
    selain daripada mereka,kita semuanya berpesta dosa tiap saat dan ketika..tetapi agama islamlah yang fungsi sangat besar untuk kita mudah kembali,'on track'...

    aku nak tanya skit,ko ada ke buat dosa yang tak dilarang?

    islam=melayu... melayu=islam..dah cantik sangat,tinggal lagi hanya perlu disempurnakan jalan dan tujuan untuk mendapatkan natijah yang diidam-idamkan.

    adios beb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beb...semua agama didunia ini bangun dgn menumpahkn berjuta darah org lain.bgsa melayu brpecah adalah disebabkn fahaman agama mrk sendiri..fahaman pas/umno/pkr lain2 bro..itu fakta..1500 thn arab dpt islam..mereka berperang sesama sendiri..melayu yg nk islam pula nk jadi & tiru arab..

      Delete
  4. mmg tak tanya melayu cina ke org putih
    namun Allah memandang org beriman tp jika melayu yg ade sedikit islamnya ni, jika digilap pasti akan bersinar...

    setiap melayu dan semua bangsa perlukan islam
    sbb itu jika semua pemimpin melayu taat pada islam sudah tentu ramai yg akan mengikutinya

    ReplyDelete
  5. pernah terbaca ada segelintir orang melayu tidak lagi Islam (entah betul atau tidak)Maka kerana itu kita kena tegakkan agama ALLAH ini.Apabila politik melayu lemah justeru agamanya juga turut mendapat tempias.Kita jangan mudah diperkuda oleh bangsa lain, lihat demo bersih 2.0 siapa majoritinya? Siapa dalang utamanya? Islamkah? kalaulah mereka jadi pemerintah adakah mereka lebih baik daripada pemimpin melayu yang berada dalam kerajaan sekarang.Betul kata blogger,semua itu adalah citra dan senario yang bakal terjadi apabila kita lalai.Apa dah jadi dengan melayu di negara jiran atau melayu kemboja misalnya.Kalaupun kita tak boleh bersatu sebab rumpun bangsa, marilah kita bersatu melalui agama kita yang suci lagi murni ISLAM.

    ReplyDelete
  6. Salam. Terima kasih semua.

    Saya bangunkan kisah yang berlaku di Dunia Arab sebagai satu pedoman untuk kita muhasabah dan berfikir secara matang. Sejauhmana tindakan kita berdasarkan kehendak Allah dan RasulNya atau kita hanya teruja dengan perjuangan manusia lain yang ada matlamat sendiri, bergantug kepada daya fikir dan ilmu sesaorang. Janganlah hendaknya hanya jadi pak turut, yang bertanggung jawab adalah diri kita sendiri. Fikirlah jauh ke hadapan tentang baik dan buruknya kerana kita dianugerahkan akal oleh Maha Pencipta.

    Tidak jadi masalah jika sekiranya orang asing tiada di sini. Ingatlah, mereka sedang menunggu peluang untuk membumi hanguskan Islam di negara tercinta ini.

    Mahukah kita nanti di sabitkan kejatuhan agama anutan Melayu ini? Fikirlah dengan hati yang bersih bukan bersandarkan slogan pilihanraya bersih. Itu maksud saya sebenarnya. Walau apa pun terserah kepada pembaca membuat keputusan sendiri yang mana tentu sahaja akan bertanggung jawab dan menerima hasil darinya di akhirat nanti.

    Terima kasih kerana memberi komen.

    ReplyDelete
  7. Bersatulah Islam seluruh Dunia..tadik kira Negara dan Bangsa..bersatulah atas satu titik persamaan iaitu kita adalah saudara sesama Islam

    ReplyDelete
  8. Blog2 konspirasi yg mcm nie kebanyakan senada aje. salahkan demokrasi. Tapi mereka sendiri duk bersembunyi kat blog mereka. Tak berani cuba ke depan. Kalau berani lancarkan satu gerakan yg munasabah dan praktik. Jgn hanya terlaung2 teori.

    ReplyDelete
  9. Kembalilah kepada Islam sepenuhnya.

    ReplyDelete
  10. selamat selat melaka menggalakkan pedagang arab luar datang ke tanah melayu dan pengislaman secara besar besaran. kalo tidak ada itu semua, kemungkinan kita semua dimalaysia adalah beragama india.

    ReplyDelete
  11. Ye Ke? Mungkin tidak. Selat Melaka bukanlah satu2 nya jalan ke timur. Jika Islam telah Allah tetapkan berkembang biak di negeri Melayu, bukan Malaysia sahaja... maka itulah yang terjadi. India juga mendapat sinar Islam begitu juga China. Hanya Melayu sahaja menerimanya secara total sebagai anutan dan para ulama Melayu bersepakat menyatakan Melayu adalah Islam sebab itu termaktub dalam Perlembagaan Negara. Bersyukurlah kita terhadap anugerah ini bukan membuat sesuatu andaian yang lemah yang menanggalkan sifat syukur dari hati kita. Hanya Melayu yang lemah sahaja menilai Islam itu setaraf dengan lain2 agama. Maaf jika terlebih garam.

    ReplyDelete
  12. Saya setuju dgn artikel ni. Pada hari ini semakin terserlah kebobrokan sistem demokrasi sebagaimana menyertainya sistem kominis yg tampak indah pada mulanya.. (asas sistem kominis di Rusia, memilik negarakn harta rakyat, untuk disamaratakn buat keseluruhan rakyat, bagi menghasilkan kesamarataan taraf hidup rakyat)

    (asas sistem demokrasi, rakyat memiliki kuasa memilih pemimpin2 mereka) Namun demikian rakyat mudah dibeli undi mereka. Individu yg punya lebihan wang, yg bijak putar belit kata, ad harapan cerah dipilih jadi pemimpin...

    Pendek kata, semua sistem ciptaan manusia punya celahan yg bisa dimanipulasikn..

    Jadi kenapa kita tidak mahu kembali kepada sistem yg Allah SWT perturunkan dlm Islam?

    ReplyDelete
  13. Salam Saudaraku Atabasa..
    Sy membatalkan sementara tempoh penyisihan terhadap Blog saudara ini..
    Sy tidak mahu mengiakan atau menidakkan artikel ini utk berlaku adil pd saudara..
    Ttp sy memohon saudara mendengar kata2 sy yg mana saudara pernah angkat sebagai Artikel utk menegur Mahadaya..
    Sy Faham dgn keikhlasan niat saudara utk membela agama dan sy mengerti akan niat suci saudara itu..
    Cuma sy mohon agar saudara menilai semula akan kata2 saudara,adakah ianya sebuah kebenaran..
    Sebagai pendidik pemikiran umum,kita harus bertanggungjawab atas apa yg kita katakan dan sbb itu sy minta saudara nilaikan kembali akan karta2 saudara..
    Sy menyokong akan Artikel saudara berkenaan dgn teori Konspirasi dunia yg saudara kemukakan..
    Ttp dlm Artikel ini sy melihat saudara agak tidak terkawal tahap Emosi saudara dgn menggunakan Hipotesis saudara utk mengangkatnya sebagai sebuah Fakta..
    Sy bimbang ianya akan menjadikan saudara dimakan oleh perasaan kebencian kpd yg bukan Islam di Malaysia krn mereka bukan wakil Freemason atau Illuminati spt yg cuba diDoktrinkan..
    Mereka bukan Musyrikin Makkah yg menahan langkahan kita utk melaksanakan Islam,dgn pemulauan,ugutan atau ancaman,sebaliknya mereka hanya tidak menganut Ajaran Islam..Mereka juga tidak terlibat dgn peristiwa pembunuhan di Palestin..
    Sbb itu sy tidak mahu saudara memangsakan org2 yg masih boleh menerima pencerahan Islam krn mereka bukan ancaman,ttp kebencian itu adalah ancaman terbesar utk hidup Harmoni..
    Apa yg berlaku bukanlah perpecahan,sebaliknya ia hanya perlambangan kpd perbezaan memilih dan kecenderungan dimana keadaan itu kini tidak lg menguntungkan penguasa..Bukankah dahulunya penguasa dahulu selesa dgn sokongan dari pelbagai kaum??
    Kini politik Malaysia berada dlm Fasa peralihan dimana Penguasa tidak lg Dominan krn rakyat sudah semakin matang menilai dan mereka sudah berani utk membuat keputusan mengikut kehendak mereka..
    Itu sahaja..
    Kita bukan Hidup didalam Sistem Komunis dimana hanya satu pihak sahaja yg dominan dan rakyat hanya menurut dan tidak boleh bersuara..Kita hidup dalm sistem yg sesiapa sahaja boleh bersuara krn ianya dijamin oleh perlembagaan..
    Jd mengapa kita memberi respon yg emosional dan bersifat difensif atas perkara yg ianya sendiri termaktub dlm perlembagaan yg kita junjung selama ini???
    Kerana keadaan sudah tidak memihak Penguasa???
    Mengapa kini Survival Islam pula yg menjadi buah canang utk menjadi perisai,sedangkan sebelum ini tiada usaha yg serius pun dari pihak yg memegang Kuasa utk menghentikan judi,arak,Maksiat dan lain2 kerosakan Akhlak sehingga umat Islam menyumbang kpd peningkatan peratusan kelahiran anak luar nikah,pembuangan bayi,pembunuhan dan gejala sosial yg lain?
    Jika saudara mempelajari prinsip ketamadunan,inilah ciri2 keruntuhan sesebuah tamadun dimana kemajuan material tidak lg selari dgn kemajuan rohani dan pemikiran manusia menjadi merosot krn Nilai2 agama sudah dipinggirkan..
    Semua manusia x kira agama dan bangsa merasai kesannya lalu mengapa kita memangsakan mereka yg turut sama mengalami kesan dari dasar yg dibina oleh golongan pembuat konstitiution yg telah lama diberi kuasa itu?
    Sebaliknya kita yg selama ini berbai'ah kpd penguasa dan merekalah membuat dasar2 yg akhirnya menyebabkan keadaan menjadi spt skrg ini..
    Apa yg berlaku adalah kesan dari dasar yg dilaksanakan didalam negara ini dan rakyat tidak dapat disalahkan andainya mereka mahu menyatakan pendapat mereka kerana mereka dan kita merasai kesannya..
    Sy sama sekali tidak melihatnya sebagai Isu agama,krn ianya isu Nasional,bukan isu agama..
    Pd sy agama hanya menjadi dolak -dalih utk mengalih isu sahaja..
    Oleh itu sy tidak mahu saudara terperangkap dgn Hipotesis berdasarkan andaian dan membangkitkan emosi yg tidak kena pd padangnya krn bukan itu isunya..
    Harap saudara Maafkan sy,krn sy beranggapan bahawa saudara telah dikelirukan dgn Doktrin agama yg sengaja dibesar-besarkan...
    Politik adalah berkaitan kuasa dan demi kuasa apa sahaja akan diguna utk mempertahankannya..
    Oleh itu sy menahan saudara dari terlibat sama..

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Salam....

    Saya perhatikan obsesi umat ISLAM pada demkrasi semakin memuncak tika ini...Pelbagai fatwa pelik dikeluarkan hanya krn mahu menghalalkan demokrasi...Adakala saya sendri tersepit diantara kebenaran dan kepalsuan...Jika melihat situasi di Mesir dan negara arab yg lain REVOLUSI PALSU yg tercetus hanya memberi gula2 sementara bg mereka2 yg dahagakan perubahan...Soalnya perubahan dr segi apa yg kita mahukan? Rata2 umat islam tika ini hanya memilih perubahan struktur gaya hidup dan kebendaan lebih dr kehendak agama...asalkan hidup aman damai...takde maslh nak crk makan apa shj sistem diterima pakai tanpa memikirkan akibat pd ISLAM itu sendri...Akhirnya kita menjadi mangsa caturan PUAK yg ingin menguasai dunia...Sy tdk mengerti mengapa kita perlu obses pd demokrasi...Demokrasi dianggap sbg penyelamat tika ini...Kehendak agama ditolak tepi....Soal konspirasi, teori pada saya jika kita ingin tahu kebenarannya apa kata gerakkan usaha utk mengkaji dan menilainya sendri...menerima pakai cakap2 dan pendapat org lain tanpa mengkaji terlebih dahulu hanya menjadikan kita seperti PAK TURUT yg hanya mahu mengikut shj...Sepanjang sy melibatkan diri dlm dunia pembacaan...Mengkaji dan memahamii sejarah demokrasi...apa yg sy perolehi...tdk ada yg namanya BERSIH dlm sistem demokrasi....ISLAM DAN DEMOKRASI tdk akan berupaya menjadi satu entiti yg kukuh...demokrasi hanya memberi keadilan kepada mereka yg berpengaruh dan meminggir mereka yg tak punya apa2...mengangkat suara minoriti menjadi ketua keatas suara majoriti....Apapun kita lihat selama negara ini mengamalkan demokrasi adakah umat islam semakin bersatu padu...Perbedaan pendapat dan pegangan politik membahagikan melayu islam pd kelompok2 yg berbeda dan menjadi lebih parah bila sesama kita menjadi musuh sehinggakan sanggup melupakan persaudaraan dalm ISLAM...Para Ulamak semakin meninggalkan tanggungjwb mereka berdakwah kepada saudara mereka...Mereka kini menjadi terlalu obses sehingga pelbagai fatwa pelik dikeluarkan...Kelompok2 seperti saya ini yg menentang demokrasi semakin dihimpit oleh dua kelompok yg tak habis2 bercakaran,...apapun sy harap diteruskan perjuangan dlm menerangkan kepada kalangan umat islam sejagat betapa kotor dan kejinya apa yg dinamakan demokrasi

    ReplyDelete
  16. aik, bukankah tuan blog semuanya telah beri hint sebelum ini..buat2 tak tahu pula..hehehehe.. Susah tuan, nak bagi taw sesuatu yg kita lahir2 dah ade bende ni... konfem kena rejek punya...

    ReplyDelete
  17. HMM..
    Utk menyatakan mana yg betul dan mana yg salah bukan semudah memberi pendapat..
    Pendapat hanyalah alat utk melunakkan perkataan dan ianya bukan bersifat mutlak utk diterima dan penghakiman yg dibuat berdasarkan hujah pd kadar minima atau maksima..
    Jawapan utk kebenaran bukan dari sesi sesingkat ini sebalikanya bergantung kpd kesan yg akan timbul kelak..
    Ada pendapat yg belum dpt sy cerna krn terlalu mudah dan simple sedangkan keadaannya lbh rumit dari itu..
    Kesedaran adalah sesuatu yg bagus ttp ia perlu dikendalikan dgn etika yg betul supaya ia tidak disalah tafsir melulu dan memberikan gambaran yg terbalik dari senario yg berlaku..
    Masalah diMalaysia bukan Demokrasi,krn ia bukan berjalan sepenuhnya disini..
    Masalah besar disini adalah bagaimana kuasa itu dikendalikan..
    Biarlah sistem apapun yg digunapakai,persoalannya tetap bagaimana ianya dikendalikan..
    Komunis???
    Ia sudah berada di Muzium dan ia hanya kerenah utk mewajarkan tindakan2 yg diambil oleh mereka yg punyai kuasa..Kewujudannya tidak dpt disokong krn tiada bukti2 kukuh utk mengesahkannya..
    Andaian tidak boleh berdiri tanpa Fakta dan penghakiman terhadap andaian adalah sama ada ianya benar atau meleset dan ia mempengaruhi wibawa penulisan kita..
    Ia mencerminkan etika diri dlm penulisan..
    Maka ia harus disantuni dgn mengemukakan bukti2 konkrit supaya ia tidak dipertikaikan nanti krn ia akan menimbulkan kegelisahan..
    Ukuran kpd masyarakat adalah apakah alat2 perundangan yg ada digunakan dgn cara yg beretika,keadilan dpt ditegakkan dan penindasan tidak berlaku..
    Ia harus menguntungkan rakyat krn rakyat sentiasa akan menyuarakan permintaan mereka..
    Jika alat2 perundangan digunakan semata-mata utk keuntungan penguasa,maka akan timbul isu ketidak adilan krn karenah undang2 itu..
    Agama?
    Ia juga tidak dikendalikan dgn betul disini..
    Xperlu sy memberikan contoh,kesan Tarbiahnya sedikit berbanding agenda memenuhkan poket..
    Lihat sahaja diekeliling kamu apa yg sudah jd dgn anak2 muda zaman ini..
    Ianya terjadi krn penguasa lbh byk berpolitik dari membincangkan masalah rakyat,polis turut diajak sama berpolitik dgn menggunakan mereka yg akhirnya tindakan2 mereka itu boleh dicabar dimahkamah..
    Kes2 yg melibatkan badan2 penguasa sengaja ditangguh dan dilanjutkan sehingga rakyat menjadi bosan utk mengikutinya..Apabila Mahkamah mengumumkan keputusannya,ia tidak lg menjadi keputusan yg mengejutkan krn semuanya sudah dpt dijangkan..
    Apabila tindakan2 yg diambil oleh penguasa lbh berlegar kpd kepentingan2 mereka,lalu setiap tindakan akan dpt dijangka lalu wibawa mereka akan merosot dimata umum jika tiada tindakan utk memperbaiki keadaan ini kpd keadaan yg lbh baik..
    Mengajak manusia bersatu bukan mudah spt membacakan sifir..
    Satukan Islam dgn diri terlebih dahulu baharulah akhlak Keislaman itu kelihatan indah dimata dan dihati..
    Yg hendak disatukan itu adalah hati,bukan jasad maka ianya merupakan Proses kerohanian yg mesti dilalui oleh semua org..
    Bagaimana ia dpt dilaksanakan??
    Wujudkan keadaan dimana ketidakadilan itu dihapuskan,barulah ianya dpt melembut dan memujuk hati2 manusia utk bersatu..
    Jika tidak ia hanya tinggal kata2 yg tidak dikerjakan krn ianya hanya cakap2 kosong krn setiap perkataan menuntut kpd penyaksian..

    ReplyDelete
  18. bukan demokrasi tuan, kelate royak demo-crazy...

    ReplyDelete
  19. Salam untuk semua terimakasih terutamanya saudara saya "anon" yang sering utarakan pandangan yang bernas dalan setiap artikel di sini. Saya sebetulnya tidak pernah memihak kepada sesiapa dan hanya menyarakan pandangan yang sedikit sebanyak terlihat seolah menentang sesuatu. Saya redha setiap apa yang Allah akan kurniakan kerana setiap sesuatu itu pastinya yang terbaik untuk kita, makhluk ciptaanNya.

    Perkara yang saya bangkitkan ini adalah untuk setiap insan disini berwaspada akan satu kemungkinan yang bakal wujud. Perkara ini terpendam lama di hati saya (10 tahun lampau)semasa saya berada di BP, Johor. Ada sesuatu gerakan tersembunyi warga Singapura melalui bantuan rakyat Malaysia memiliki tanah peribumi. Banyak tanah telah tergadai kepada mereka (atas nama proksi... Melayu yang harapkan upah). Mereka berani mengambil risiko ini dan berharap satu hari nanti dasar tanah negara akan berubah atau mungkin juga Singapura kembali semula dalam Malaysia pastinya kan menjadi lebih dominan. Melihat situasi semasa bertepatan usaha zionis sedunia,saya melihat ada usaha seakan matlamat yang serupa dengan niat mereka tersebut.

    Tidak mengapa jika itu akan berlaku juga diluar kesedaran kita, namun kedudukan semasa sangat membimbangkan. Penguasa yang bobrok akan musnah jua satu masa nanti. Saya juga amat bencikan manusia yang mementingkan diri dan sanggup melakukan kejahatan demi keuntungan "sementara" ini. Ia hanya sebuah pemikiran saya yang lemah ini mengharapkan ia tidak berlaku. Memang diharapkan sangat2. Kesihan mereka yang bakal menyusuli kita nanti akan hidup dan tinggal seperti orang Melayu Singapura sekarang. Tidak lebih dari itu.

    Bersih ini jika tidak memberi impak tersebut, saya tidak akan ikut campur tambahan pula ia didominasi oleh orang Melayu semestinya Islam. Diharap tanah milik nenek moyang ini tidak bertukar tangan dengan mudah akibat kecuaian kita. Orang Islam mesti matang dan miliki ilmu yang wajar agar segala tindakan yang diambil tidak merugikan kita, hanya kita dapat menentukannya dan sentiasalah menghidu niat musuh yang tersembunyi. Harap maafkan saya jika terlanjur dalam meluahkan pandangan.

    Kita memerlukan sesaorang untuk membuat teguran agar kita tidak bertindak melebihi batas. Tindakan saudara membuat teguran kepada saya secara jujur ini, amat saya hargai. Anggaplah perbezaan pandangan hanyalah sesuatu yang memang wujud dalam pemikiran setiap insan bergantung kepada ilmu dan pengalaman masing2 dan saya menghormati setiap pandangan yang membina. Sekali lagi terima kasih untuk semua.

    Jauhilah sengketa dan wujudkan persepakatan semoga semua hidup harmoni dan diberkati.

    ReplyDelete
  20. Salam Saudaraku Atabasa..
    Semoga saudara senantiasa dikurniakan kelapangan dan kesihatan oleh Allah s.w.t..
    Sy memohon maaf andai kata2 sy menyinggung perasaan saudara..
    Ttp percayalah bahawa kata2 sy ini semata-mata krn kasih dan sayang sy kpd saudara seagama,lalu sy menitipkan sisi2 pandangan sy utk melapangkan sudut pandangan dan sanubari saudara..
    Sy menghargai setiap usaha yg saudara laksanakan dan sy menyokong beberapa pandangan saudara yg selari dgn pendapat sy..
    Perbedaan pendapat antara kita lbh Murad jika dikatakan berbedaan kita dlm membuat penilaian atas sesuatu maslahat..
    Oleh itu sy akan cuba meredakan pendapat yg mungkin akan membawa kegelisahan..
    Itu sahaja niat sy dan sy amat berharap agar saudara mengerti akan niat sy itu..
    Saudara sy anggap spt seorang pejuang dlm pembikinan,lalu seorang pejuang itu perlukan proses peningkatan kematangannya supaya ia dpt mengenal akan padang yg dipijaknya lalu memenangi setiap medan pertembungan..
    Dan ianya juga perlu kpd ketenangan supaya langkahan yg diambilnya mengundang risiko yg hanya minima ttp keuntungannya maksima..
    Sy bukan seorang penulis,cuma sy suka membaca..
    Pandangan yg sy dpt dari bacaan sy itu akan sy bandingkan dgn keadaan semasa lalu dpt sy cernakan dgn sukatan yg molek dan melahirkan pengutaraan yg seimbang rasanya jika dinikmati..
    Anggaplah tindakan sy memberi komen itu bertujuan utk menyeimbangkan buah pandangan yg saudara beri agar rasanya dpt diagih-agihkan dgn secukup rasa pd yg ingin menikmatinya..
    Akhir kata,teruslah menulis anggap sahaja apa yg berlaku sebagai proses utk kita menuju langkahan yg lbh bermakna dan jitu matlamatnya..

    ReplyDelete
  21. Salam

    Terima kasih saudaraku anon 9:39 kerana doakan kesejahteraan saya. Memang benar saranan saudara, saya mesih lagi baru dalam bidang penulisan dan aggaplah ianya hanya sumbangan kecil dari saya untuk tatapan pembaca terutamanya kaum muda belia yang masih memerlukan buah fikiran alternatif dalam membuat keputusan. Saya akui tulisan saya ini agak "keras" dan seolah berbau rasis, tetapi percayalah saya tidak ada sedikit niat pun berbangsa-bangsa atau memandang hina sesiapa pun walaupun "bukab Islam". Semoga saudara juga diberi kerahmatan dan kesihatan dari Yang Maha Pemurah Allah swt. Saya akan terus menulis setakat termampu, diharap saudara terus memberikan buah fikiran dan membuat teguran jika tulisan saya menyimpang dari kebenaran atau membuahkah keburukan. Wassalam

    ReplyDelete
  22. melayu=islam
    300,000 melayu convert to kristian?
    kristian islam?

    ReplyDelete
  23. Sebuah Bandar yang cuba dibangunkan di Kulim pada tahun 90an oleh menteri besar kedah osman arop iaitu Bandar putra Kulim telah gagal dibangunkan akibat krisis ekonomi. Hampir 80% siap dan ada yang telah diduduki krn loan telah approved. Saya ada mencari kedai untuk disewa. Saya telah bertanya dengan saudara kita seorang melayu di situ yang menyewa di situ katanya 70% bandar ni dibeli oleh foreaigner kebanyakkannya china singapura. Dan ada sebidang tanah dibelakang pusat bandar itu yang bakal dibangunkan GEREJA BESAR. Mungkin perancangan ini tertangguh sementara kerana tekanan ekonomi. tetapi sedikit masa pasti mereka berjaya.

    ReplyDelete
  24. majoriti melayu penganut islam
    majoriti cina dan india penganut bukan islam
    fakta

    konnspirasi

    http://www.foreignpolicy.com/
    http://www.ned.org/
    http://www.iri.org/
    http://www.cfr.org/
    http://landdestroyer.blogspot.com
    http://colorrevolutionsandgeopolitics.blogspot.com
    http://www.iiss.org
    dan banyak lagi
    sistem kewangan dunia. media dunia, syarikat gergasi dunia dll semaunya dikuasai yahudi-zionis ini juga fakta

    apa peluang Palestine mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah negara berdaulat di PBB bulan ini?
    atau Israel haram akan terus halang dan gerakan usaha israel raya=NWO atau OWG mereka dgn bantuan kuasa veto us, nato, eu,

    ReplyDelete
  25. semasa nabi hijrah ke madinah majoriti quraish bukan penganut tauhid tapi di madinah majoriti pengsnut tauhid minoriti penganut yahudi terpinggir yahudi ultimatum kerana mereka dari golongan yg dimurkai

    ReplyDelete
  26. contoh perancangan (kospirasi)

    http://nilebowie.blogspot.com/2011/08/somalia-famine-for-profit-and-east.html

    selami sambil minum air

    ReplyDelete
  27. tak perlu menyelam cukup dgn mata kurniaan ALLAH
    fuad dan qalbu salim konspirasi?

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=aJURNC0e6Ek

    tunjuki yg haq itu haq dan hidayah kan kami menerimanya

    perlu banyak mohon perlindungan ALLAH drp fitnah almasih dajjal

    ReplyDelete
  28. salam

    apa yg difikirkan oleh think-tank CFR dan rantingnya sperti NED,IRI,IISS...etc...etc

    http://www.nationalreview.com/articles/print/275512

    islamist yg bagai buih tidak mampu reapond buat masa ini cuma perlu mohon perlindungan drp almasih dajjal :: 10 ayat mual atau 10 ayat akhir suurat Alkhafi... pemuda khafi dan anjing mereka??? suluk ??? membersihkan iman

    Turki puntak mampu mulakan momentum membantu Libya dgn cuba genjatan senjata :: terang-terang ditolak oleh NTC :: mengapa///konspirasi nyata

    kontemplet bukan template revolt bikinan konspirator

    ReplyDelete
  29. so demokrasi (barat mahu liberal democracy) adalah mantra sihir pembantu dajjal setuju?

    ReplyDelete
  30. sementara :: demokrasi :: pilihanraya presiden mesir tiga peringkat september 2011

    http://www.ikhwanweb.com/articles.php?pid=10101

    http://www.ikhwanmisr.net/article.php?id=28985

    popular polling

    ReplyDelete
  31. aku anti demokrasi krn demokrasi adalah sistem pemerintahan kufur yg berasal drpd Barat

    tp dlm hal ni, aku x paham apa yg cuba penulis sampaikan. apa yg aku nampak adalah penulis sebenarnya dibelenggu dgn semangat asobiyyah yang kuat

    dan satu kenyataan yg amat mengelirukan adalah Melayu = Islam. Tiada satu nas pun menyatakan begitu. bahkan hujah akal juga boleh membuktikannya salah; dgn adanya paderi2 melayu dan kes2 melayu murtad.

    bahkan, kaum Arab sendiri tidak dicanang sebagai Islam. tlg jangan campuradukkan bangsa dgn agama

    wallahu a'lam

    ReplyDelete
  32. berhati2 dengan alasan HAK ASASI MANUASIA...one of the greatest art created by damm zion.....sekarang berlaku di Malaysia....
    hamba.

    ReplyDelete