Pages

Tuesday, June 28, 2011

Apakah ia sebuah berhala?


Saya bangkitkan kembali sebahagian dari artikel sebelumnya persoalan yang ditimbulkan oleh manusia yang menamakan dirinya "baca quran". Walaupun ia memberi nama penanya "baca quran" tetapi pada pandangan saya ia tidak menggambarkan hal sebenar dalam setiap artikel yang dia cuba dibentangkan. Beberapa kecacatan dapat dikesan dalam tulisan-tulisannya, menunjukkan dia telah gagal dalam pembacaan dan kefahaman secara sempurna.

Terlalu banyak kecelaruan yang ditimbulkan dalam tulisannya, hanya mampu menceduk beberapa kerat ayat tertentu yang tidak relevan dengan isi kandungan. Ayat-ayat tertentu dipilih hanya bagi disesuaikan dengan keinginannya iaitu menyesatkan umat Islam khususnya orang Melayu. Blog "kaabahituberhala" dibangunkan khusus untuk menyampakan dakyahnya merosakkan Islam.

Kenapa pula isu ini serupa dengan propaganda Jesuit dalam beberapa laman di Indonesia? Laman Murtadin di sana sering memutarbelitkan fakta dan sejarah Islam untuk selewengkan kebenaran. Ia serupa dan seiring dengan laman WIKIISLAM yang diurus oleh seorang Murtad. Begitulah aktifnya mereka menggunakan sebarang peluang untuk mendustakan kebenaran.


Mereka ingin memberi gambaran bahawa Islam itu bukanlah agama hanif dan suci. Padahal Kaabah itu hanyalah sebuah kiub batu empat segi yang serba sederhana malah tidak menyerupai sebarang makhluk hidup di dunia. Tiada sebarang keistimewaannya sama sekali dari segi bentuk dan rupa. Jika tidak kerana perintah dari Allah dan RasulNya, orang Islam pasti telah melupakannya. Bagaimana mungkin ia disamakan dengan berhala seperti mana palang salib nasrani?

Saya yakin dia sememangnya orang melayu yang telah tersilap dalam langkahnya mengharungi kehidupannya. Tersalah anggap terhadap Baginda Rasulullah saw dan keseluruhan Sahabat Baginda, para Tabi'in dan Ulama Muktabar keseluruhannya. Hanya berbekalkan alQuran semata-mata dan dihurai mengikut kemampuan akal yang lemah sebagai senjata untuk membunuh keyakinan orang Melayu terhadap para ulama (termasuk para wali Allah), hamba-hamba Allah yang selama berusaha menyebarkan agama suci ini.

Sebelum ini dia sering muncul memberi komen dengan menggunakan kata "muhammad" sahaja untuk maksud Rasulullah saw setelah ada pembaca yang terperasan bahawa dia bukanlah seorang Islam kerana tidak menghormati Baginda, dia memperbaikinya dan mula meletakkan saw selepas "Muhammad" untuk menutup rahsianya. Ia bertindak sebagai seorang yang terpelajar dan menghujah secara akademik tidak seperti gaya Mahadaya yang masih menggunakan kesah dongeng dan kuno.

Amat menyedihkan dia rela mempergunakan kemahiran yang telah dianugerah Allah kepadanya untuk meruntuhkan kerukunan Islam dari jiwa orang Melayu. Bagi sesiapa yang tidak mempunyai pegangan yang teguh atau terasa imannya masih lemah, harap menjauhi blog tersebut. Sebaliknya sesiapa yang yakin tidak akan goyah dan mampu bertahan, silalah menyiasat kebenaran ulasan saya ini.

Apakah niat sebenar atau matlamat usahanya itu, masih lagi disangsikan, tetapi cenderung saya katakan ia mempunyai muslihat yang jahat kerana membahaskan agama melalui kaedah jahiliah yang jauh dari "nur" addin yang suci.

Pokok perkara yang sering diutarakan olehnya ialah "kaabah dan hajaratul aswad itu adalah BERHALA orang Islam". Ia tidak mampu memberi bukti yang lain. Sama ada kurang persediaan atau sememangnya tiada lagi bukti yang dapat menyokong dakwaannya itu. Hujah yang tersangat longgar dan jauh dari kebenaran. Tentu sekali jauh dari hidayah kerana di dalam alQuran sendiri telah jelas diungkapkan bahawa Kaabah itu ialah rumah Allah yang Suci lagi Berkat.

Qs.5 Maa’idah:97. "Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia". Ayat ini menunjukkan dengan jelas bahawa Allah telah maktubkan Kaabah sebagai "Rumah Suci" di dalam alQuranul Karim. Kenapa dia berdusta? Tidak takutkah azab Allah yang bakal diterima dari hati yang mendustai ayat-ayatNya?

Sebenarnya telah lama saya perhatikan "manusia" ini dan dia pernah muncul dalam beberapa blog popular membuat hujahan propaganda yang penuh kontroversi termasuk di Mistisfiles. Ada beberapa komen yang tersasar sehingga membuka rahsia identiti dirinya. Dia tidak mengaku sebagai orang Melayu kristian sebaliknya mengatakan dirinya adalah seorang Melayu yang telah "Murtad". Menyanjung dan bangga dengan kejayaan tamaddun Barat. Marah dan mengkritik hukum syarie, menghina dan membenci hukuman "pancung" kepada sesiapa yang murtad dari agama (Islam). Memberi ulasan bahawa orang Melayu menjadi bodoh dan miskin diakibatkan Islam. Mendakwa Islam telah menjajah minda dan cara hidup orang Melayu.

Catitan saya dalam artikel yang lepas:

Makkatul Mukarramah


Allah berfirman: ‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Qur’an dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya..’ (asy-Syura: 7)






Qs.5 Maa’idah:97. "Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia". 


Saya petik ayat di atas kerana teransang dengan hujahan seorang blogger yang membuat tuduhan bahawa Kaabah itu adalah berhala kaum Muslimin Saya membuat carian di Google dan menemui sebuah blog yang dirasakan ada sesuatu muslihat terkandung dalam rencana yang ditulis, berdasarkan tajuk-tajuknya. Saya amati tulisannya untuk pastikan adakah dia yang meninggalkan komen mengenai "berhala" dalam blog ini yang telah membangkitkan kemarahan beberapa orang pembaca.. Setelah membuat beberasa semakan, akhirnya saya pasti memang dialah yang cuba melakukan provokasi beberapa kali di blog saya sebelum ini. Blog beliau ialah "kaabahituberhala"

Blog ini seperti yang diduga, lengang dan tidak mendapat sambutan samalah seperti yang terjadi kepada blog Asalama yang kini semakin sepi. Ada juga beberapa pengikut yang mungkin terdiri dari para simpatis atau rakan-rakannya. Walaupun begitu, terdapat sedikit kelebihan berbanding blog Mahadaya yang berbentuk kuno itu. Paling menarik, hujahan blogger bernama-nick "baca quran" itu banyak menggunakan dalil serta berlandaskan ayat-ayat alQuran, contohnya seperti di bawah:
"Walaupun Al Quran tidak menjelaskan secara terperinci cara-cara penyempurnaan aktiviti ritual agama Arab pagan – apa yang jelas ialah – segala apa yang diamalkan oleh orang-orang muslim diseluruh dunia hari ini – tiada satu pun diantaranya diperintah oleh Allah dalam Al Quran – pendek kata – Allah tidak pernah menetapkan aktiviti-aktiviti ritual ini sebagai satu komitmen kepada hamba-hambaNya. Dan Allah telah memberi peringatan kepada hamba-hambaNya: tetapi menafikan beberapa firmanNya".

icon yang digunakan atas nickname "baca quran"

Tengok icon sahaja, sudah boleh diagak ke mana hala nak dibawa. Manusia Melayu yang mendewakan tamaddun Barat. Mungkin sahaja ia adalah anak didik Yahudi Keparat atau Jesuit Laknat itu.

Hadis telah ditolak mentah-mentah dengan andaian ia tidak boleh dipercayai kebenarannya dan hanyalah cakap sianu kepada si anu.

"Untuk meyakin pengikut-pengikut mereka - setiap cebisan-cebisan maklumat yang dikumpul dikatakan ianya disampai oleh jejak keaslian rantai salasilah. Mereka mengunakan rumusan yang aneh dengan berkata seperti berikut:
"Mengikut dari si-anu dan si-ani - yang mendengarnya dari si-anu atau si-ani - sepupu atau bapa saudara kepada si-anu – yang mendengarnya dari si-anu atau si-ani – yang mendengarnya dari si-anu semasa dalam perjalan mereka dari Syam ke Murbut – bahawa Nabi telah bersabda itu dan ini – dan itu dan ini......” 

Sayangnya kajian yang dilakukannya tidak dibuat secara menyeluruh dan gagal menemui sesuatu yang tersirat disebalik ayat-ayat alQuran itu. Dari sini kita dapat menelah sesungguhnya dia telah gagal mencapai nur yang dilimpahkah Allah melalui RasulNya dan hanya mampu mentafsirkanya dengan akal yang sejengkal itu. Dengan berbekal akal yang kecil seperti itu, apakah dia mampu mencapai kebenaran?

Daripada beberpa artikel yang dikeluarkan saya dapati manusia ini berbangsa Melayu yang fasih, nampak berpelajaran dan dapat menulis dengan baik . Bagi saya beliau seorang yang agak kreatif juga kerana mampu mencari selidik beberapa sumber dari alQuran. Dalam setengah hal, dia menganggap dirinya lebih bijak, lebih sempurna berbanding orang Islam (Melayu), menyangka dirinya mempunyai ketajaman berfikir (bukan pak turut), katanya.
"Pakar-pakar Pak Turut ini mengelabukan penipuan-penipuan mereka dengan cara berkata ”Hadis ini mengikut sanad yang betul” – walaupun mereka sendiri tidak tahu siapa yang mula membuat cerita tersebut. Orang-orang bukan Arab apabila mereka dengar perkataan ”Sanad” – mereka akan terpegun dan terus menjadi bisu. Mereka tidak akan menyoal lebih lanjut ulamak-ulamak Melayu yang menjadi Pak turut ini."

Kita boleh lihat hujahnya yang dangkal itu, andainya hadis tidak boleh diterima dan hanya cakap yang direka-reka, bagaimana pula alQuran yang juga disampaikan secara lisan pada peringkat awal melalui para hafizin yang juga para ulama? Adakah pada fikirannya alQuran itu tidak diperturunkan dari ulama kepada ulama secara turun temurun sebagaimana hadis? Bagaimanakah dia mempercayai alQuran berbanding hadis sebagai rujukan? Ternyata dia mempergunakan alQuran hanya untuk tujuan mengelirukan. Ia dipetik di sana sini yang sesuai dengan seleranya sahaja.

Keseluruhan rencana yang dimuatkan di dalam blognya hanya berbentuk sangkaan dan bermain dengan akal semata-mata. Di sinilah terlucutnya kebijaksanaannya berhujah. Hanya mereka yang tidak berilmu sahaja yang mungkin akan dapat dipengaruhi. Hujahnya kelihatan "bodoh" dan "Membodohkan". Dia hanya menyesatkan dirinya sendiri walaupun ada niat tersembunyi cuba memperlekeh.kepercayaan kaum Muslimin. Kenyataannya iman itu tidak dapat dijual beli.

Pada satu keadaan saya merasakan blogger ini seorang "Bukan Islam" yang berusaha mempengaruhi sebilangan anak muda atau kaum intelek mengikut kepercayaannya. Tidak mustahil pula ia adalah orang Jesuit yang menggunakan jarum secara halus mempengaruhi anak bangsa meninggalkan Islam. Satu bentuk tipu helah Jesuit dalam usaha meruntuhkan kekuatan Muslimin di Malaysia? Di satu sudud lain pula menggambarkan dia telah hanyut jauh dibawa arus "anti hadis" sehingga menjadi manusia bingung. Kemungkinan juga dia seorang murtad akibat telah tenggelam punca.

Terkejut pula saya bila saya gunakan carian Google mengenai "kaabah", lamannya "kaabah itu berhala" mendapat tempat istimewa dalam carian. Seolah Google juga membantu mempopularkan blognya. Apakah ada konspirasi di sana? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Saya berharap dia membaca ayat ini dan mengkajinya.

Qs.5 Maa’idah:97. "Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia".

Ayat ini menunjukkan dengan jelas bahawa Allah telah maktubkan Kaabah sebagai "Rumah Suci" di dalam alQuranul Karim.

Dalam pada itu, saya terjumpa pula satu blog Hindu yang menghujah bahawa Kaabah dan Hajaratul Aswad itu milik orang Hindu. Hal ini memang melucukan.

"Hindus have been referring their Deity moon goddess Durga as “Allah” in Sankrit in their chants since early period of Hinduism”; Ref: http://www.hinduism.co.za/kaabaa.htm
He also chose Hindu God Lord Siva’s temple “Kaaba” (built by King Vikramaditya* for Moon God Siva) as Islam’s holiest place and required all Muslims to pray and bow towards it. In addition he picked Hindu pilgrimage Haj as the highest form of worship and the only worship which washes all the sins away. He made black stone (Hajar Aswad ,the symbolic lingum (private part ) of Lord Siva , which was made a part of Siva temple Kabah by King Vikramaditya), as the most revered stone of of Islam , to be touched and kissed by all pilgrims.

Penulis mendakwa bahawa pendapatnya berdasarkan sejarah dan kajian yang dilakukan terhadap kitab suci Hindu. Pada saya, jika benar pun ianya ada tertulis di sana (tentunya berkias), ia bukanlah bermakna Kaabah itu sebahagian dari hak orang atau agama "Hindu" sebaliknya kitab tersebut menceritakan kebenaran yang gagal mereka cungkil kerana telah tersasar jauh. Dr Zaki Naik telah berjaya mengupas hakikat Veda itu (Kitab Suci Hindu) adalah sebuah kitab yang asalnya dibawa oleh seorang pesuruh Allah.

Dr Zaki Naik

Semakin hari semakin ramai orang yang melalut membuat pelbagai andaian yang tidak realistik malah ada yang berkeadaan seperti orang mabuk dan tidak siuman. Saya amat terperanjat bila mengetahui begitu ramai kalangan yang mengambil berat mengenai Kaabah, pusat ritual Kaum Muslimin. Samaada ingin memperbaiki keimanan dengan mengkaji rahsianya atau mempertikai kebenaran atas tujuan untuk menghina atau menentang Islam.

Ada pula pihak yang membuat tuntutan gila yang tidak masuk akal. Apa pun tujuan mereka, secara sepadu mereka yang mempertikai Kaabah ini cuba membuktikan kepada dunia bahawa Kaabah itu adalah "berhala" dan agama Islam adalah agama pagan dari Arab. Semoga Allah mengampuni mereka atas kejahilan ini.

Pertama kali saya temui mengenai isu ini ialah sekitar 5 tahun yang lalu. Saya dapati gerak kerja Jesuit melalui laman-laman web Indonesia dengan garangnya telah membangkitkan tuduhan bahawa Kaabah itu adalah "berhala" orang Islam. Walaupun saya terasa marah pada mulanya, akhirnya ia memberi kekuatan pula kepada saya untuk mencari jawapan yang konkrit terhadap tuduhan melampau ini serta membantu saya mendapatkan bukti bahawa hujahan mereka itu tersangat lemah dan dangkal. Jika Kaabah itu berstatus berhala sebagaimana "salib" atau patung, kenapa kaum Muslimin tidak membuat replika atau duplicate untuk disembah di rumah atau masjid sebagaimana berhala agama-agama lain?

Dalam pada itu seorang blogger telah memberi satu contoh yang baik:
"Jika kaabah itu mampu diusung dan dibawa ke Malaysia sekalipun, arah kiblat tetap menghadap ke Baitul Haram. Ianya merupakan simbol penyatuan umat. Kami hanya menghadap ke arah satu kiblat. Jika diteliti sejarah nabawiyah, muazzin akan naik ke atas Kaabah untuk melaungkan azan. Dan jika dibandingkan dengan agama lain, pernahkan mereka memijak kepala patung Jesus atau pun Mary ketika beribadah di gereja? Sejadah yang digunakan ketika beribadah, antaranya ada gambar kaabah. Orang Islam memijaknya tanpa ada perasaan melakukan satu kesalahan kerana, bagi orang Islam Kaabah itu bukanlah Tuhan".
Tidak menghairankan pada ketika itu kaum kristian Indonesia menggunakan isu ini kerana mereka sedang bergelut dengan hujahan pendakwah-pendakwah Islam di sana yang telah bangun dengan berani menempelak kepalsuan agama Kristian. Kisah penipuan Paulus telah ditelanjangi dengan hebat dan juga berkaitan isu memakan daging babi, perkara ini amat melemaskan penganut keristian tersebut dan atas gugatan ini timbullah serang balas yang tidak kurang hebatnya dari mereka.

Pemuda Islam Indonesia dan ada juga dari Malaysia harus dipuji kerana mempunyai inisiatif mempelajari beberapa versi bible (mencontohi Syeikh Ahmad Deedat) dan mampu membahas kepalsuan yang wujud di dalam (alkitab) bible berbahasa Indonesia. Sebenarnya tindakan pemuda Islam ini adalah semata-mata bertujuan untuk mempertahankan diri dari serangan ganas penganut Keristian Indonesia terhadap Islam oleh gerakan para mubaligh kristian begitu ghairah untuk memurtadkan seluruh Muslimin Indonesia dan seperti yang kita tahu ia sekarang telah menular ke Malaysia.

Dari sinilah mula timbulnya berbagai propaganda baru atas bantuan penyelidik Jesuit menyerang keutuhan penganut Islam. Mereka melakukan hebahan secara besar-besaran melalui gereja dan internet dengan menggunakan beberapa ciri kelemahan (pada sangkaan mereka) yang mereka anggap mampu memberi tekanan kepada Islam.

Antara yang popular ialah menyamakan umat Islam adalah kaum pagan dan Islam adalah agama pagan Arab. Nabi Muhammad saw adalah pengikut Syaitan, Nabi Muhammad saw mengambil ajaran Bukhaira dan bapa saudara isterinya mencipta agama palsu dan banyak lagi. Orang Islam didakwa penyembah batu (Kotak hitam dan batu hitam) di Makkah. Satu lagi serangan hebat ialah dengan cara meruntuhkan kredibiliti Rasulullah saw, mendakwa Baginda seorang yang gila seks mengahwini ramai wanita. Peribadi Baginda dihina dengan dahsyat dengan memanipulasi kisah Saidatina Aisyah ra yang mengahwini Rasulullah saw pada usia muda.

Serangan terhadap peribadi Rasulullah saw sudah semakin kendur setelah ramai intlektual Islam segera membuat kajian terperinci kisah Saidatina Aisyah ra ini, dan akhirnya mendapati hadis yang digunakan oleh Jesuit tersebut adalah sesuatu hadis yang lemah serta diragui ketepatannya bersandarkan perawinya. Selain dari hadis tersebut, mereka tidak berupaya membuktikan kebenaran dakwaan mereka. Namun golongan bawahan masih lagi menggunakannya sebagai senjata serangan brutal yang tidak berilmiah. Serangan yang lainnya tidak menggugat kaum Muslimin kerana hujah mereka tidak disokong oleh fakta kukuh.

Mengenai isu Kaabah juga akhirnya mereka menghadapi kebuntuan, namun masih ada beberapa kerat dari mereka yang masih menyanyikannya. Lagu yang mereka dendangkan menjadi semakin serak dan sumbang. Sebetulnya, memang benar janji Allah. Mereka telah sesat dan Allah tambahkan lagi kesesatan mereka. Hati mereka telah terlalu hitam untuk menerima cahaya.

KAABAH Yang Mulia

Qs.5 Maa’idah:97: Allah telah menjadikan Ka’bah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.

Al-Quran secara khusus, berkali-kali menyebut kota ini dengan pelbagai nama yang berjumlah sebelas semuanya. Antaranya Makkah, Bakkah, Al-Baladul Amin, Al-Haramul Amin, Ummul Qura dan Al-Baldah Al-Tayyibah. Bahkan, Allah bersumpah dengan kota suci ini serta memberikan kelebihan dan keistimewaan besar, yang tidak diberikan kepada kota lain. Di pinggir Kota Makkah, iaitu di Jabal Nur pula, turunnya wahyu llahi yang pertama iaitu surah Al-Alaq. Selepas itu wahyu turun berturut-turut kepada Nabi Muhammad saw melalui Jibril, ayat suci al-Quran yang turun di kota ini dinamakan ayat Makkiyyah, manakala yang turun di Madinah dinamakan ayat Madaniyyah.

Abdullah bin `Adi bin Al-Hamra meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Demi Allah! Kamu (wahai Makkah) adalah tanah Allah yang terbaik dan yang sangat dicintai oleh-Nya. Andai kata aku tidak diusir dari kamu, aku tak akan berpisah (daripada kamu)." Hadis riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Tirmidhi).

Ada pihak mengatakan piring parabola astro perlu di hadapkan ke arah kiblat untuk mendapat siaran yang lebih jelas. Saya tidak begitu pasti mengenainya, tetapi ianya mungkin satu kebetulan kecuali dapat dibuktikan secara saintifik. Andaian mereka adalah disebabkan Mekah itu pusat bumi dan terdapat satu tenaga atau gelombang yang terpancar dari sana yang lebih kuat dari tempat lain. Mungkin ada pembaca yang dapat memberikan info yang lebih spesifiks mengenainya.

Sebagai penutup diulangi lagi pedoman dan juga peringatan penting untuk muslimin semua semoga kita dapat mengambil pelajaran, dan ingatlah bahawa sesiapa yang termasuk kalangan yang Rasulullah saw maksudkan di bawah haruslah melakukan perubahan supaya tidak terperangkap dalam perdayaan mereka yang memusuhi Allah dan RasulNya.:

Dari pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".

31 comments:

  1. haha... aku baca sepintas selalu jer blog peniup pipe bag tu.

    Dalam kaabah moden hari ini memang ada 3 tiang seri yang menyokong bumbung kaabah.Kalau tak salah zaman Nabi SAW dulu bumbung kaabah hanya dari pohon /pelepah kurma.Tapi blog ni terus terjemahkan 3 tiang seri tu sebagai manifestasi 3 bentuk bahala zaman dulu, simbolik bahala Al Manat, Al Uuzza dan Al Lat ...katanya.

    pacak tiang terus bertukar jadi bahala la pulak...ajaib betul.

    Tiang bumbung penyokong atap bukannya bahala pakcik,...agaknya bagi dia sebab tiang punya pasal kaabah pun terus di kira bahala.

    ReplyDelete
  2. aku pernah juga terbaca forum cerita "membahalakan kaabah" ni.asas dan hujjah yg paling utama diorang kata macam tu sebab dalam kaabah memang kosong seperti bilik yang kosong,cuma adalah 3 tiang dan bekas-bekas tergantung dulu.(katanya bekas tu dulu berisi wangian wallahualam)

    maknanya bagi diorang kaabah tu kosong jer tak de Tuhan didalamnya.tu sebab mereka kata umat Islam menyembah bahala kabah sebab tak de Tuhan di dalamnya,

    ReplyDelete
  3. SALAM,

    Kalau mereka kata macam tu Ano,tu menunjukkan tak kenal Allah SWT.Di ingatnya Allah SWT macam Tuhan patung arca mereka kot,bolih diukir-ukir dengan tangan.

    Hari ini timbul perangai suka merebut nama Allah SWT pula.Suka berebut nama Allah SWT tapi Allahnya,Tuan yang ampunya nama tak di tauhidkan, di sembah dan di imani.Tu pasai jangan dok heran lah kerja pusing-pusing ni.

    hu!! maleh nak layan.

    ReplyDelete
  4. Hanya Allah jua lah yang mengetahui akan keadaan tiga susuk tiang tersebut. Yang demikian itu ada kebenarannya dari sisi Tuhan Yang Maha Esa. Adalah bumbung Ka'abah didukungi oleh kayu yang melintang dengan dua arah. Jangan lah di pertuturkan akan apa yang bukan dalam pengetahuan kita. Demi bumi berpaksi dalam keadaan serta aturanNya, yang demikian jua akan sekalian alam ini dalam aturanNya. Dan si situ ada kebenaran yang terang lagi nyata yang tiada mampu oleh akal fikiran manusia mentafsirkannya walaupun melalui ilmu sains. Wallahualam.

    ReplyDelete
  5. kalau ngko menyembah kebendaan bukan ke menyembah serba BAHALA namanya tu? ngko ingat kaabah tu bukan dari KEBENDAAN /MATERIAL ke...menyembah kaabah sama lah termasuk budaya beriktiqad MUJASIMMAH.Menyekutukan TUHAN.!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha alamak,si murtad ni marah lah. panas telinga ke bang? biar panas sekarang jangan panas dalam neraka. cepat lah hudud terlaksana. supaya orang macam dia ni di pancung bercerai kepala dari badan !

      Delete
  6. Masalahnya bukan kami sembah kaabah! Faham tak? Baca biar habis kat atas tu. Ni geng dia kot?

    ReplyDelete
  7. Tak pe kita jangan marah ke dia,tak semua orang yang memiliki ilmu dan kefahaman yang sama.Ada yang cepat faham ada yang lambat sikit.Semuanya anugerah Allah SWT belaka.Sebaiknya kita terangkan secara baik.Bukankah itu yang Nabi SAW suruh dan itu juga perintah dari Allah SWT juga.

    Buat Ano,June 28, 2011 8:41 PM, kami tak mahu syak dan buruk sangka dengan Tuan,itu tak baik... diharap Tuan harus faham bahawa beragama bukan sahaja nak memenuhi hakikat agama,syariat pun kena bawa juga.Gaya Tuan ni menjurus ke hakikat memanjang ,syariat macam terlanjang lah pulak.Jangan marah ye...

    Meh sini kami kabo kan...kalau sebiji durian dari dusun Tuan dapat cuma ada isi je tergolek bawah pokoknya...Rasa2nya Tuan nak ambil makan tak...tentu ada ras was-was kan....kalau sebiji berkulit lengkap dan masak ranum, berbau harum pula ,ha bagaimana...sudah tentu Tuan terus ambil belah dan makan kan!

    Sebab apa? Sebabnya Tuan rasa yakin kerana KESEMPURNAANNYA kan?.Ha.. begitu juga hakikat agama dan syariatnya...tak leh lah nak ambil hakikat jer syariat terbiar,atau bersyariat sahaja hakikat tak sempurna.Ibarat sebiji durian tadi bila lengkap kulit dan isi, harum, wangi dan manis pulak tu,Baru yakin ia sedap selamat kita jamah dan makan.

    Kalau di terjemahkan pula pada isu kaabah bahala ini,maka kita kena fahamlah tak semua penganut Agama Islam ini mempunyai kefahaman yang sama taraf.Iman setiap kita pun ada makam dan darjahnya memasing.Iman Rasul tak sama tarafnya dengan iman orang awam.

    Orang awam bila Nabi SAW kata Allah SWT perintah mengadap dan tawaf berhaji di kaabah maka mereka ikut sahajalah, kerana itu perintah,"Samikna' wa Attakna"...(kami dengar dan kami patuh)

    Jadi kita berlapang dadalah soal keyakinan ini.

    Harap Tuan mengerti akan tujuan tajuk ini di perbincangkan.wallahualam.

    ReplyDelete
  8. isy...isy.. cantek tol komen anon 1.28 nie. Wa tabik kat lu. Timakasih.

    ReplyDelete
  9. Hamba telah tuliskan tingkat2 orang beriman dari kitab Jawi Universiti Malaya. Kenali iktikad ahli Al Sanata Wa Al Jamaa'ta kerana Islam termasuk di dlm golongan 11 yg kafir lagi zindiq. mahadaya-asalama.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. masih boleh berkokok lagi ye ko medaya?
    lau dah ko kate KAFIR ZINDIQ..apa yg ko bley buat? takkan takat berkokok je....ada KONTOL buat lah cara ada...

    ReplyDelete
  11. Laaa ada lagi dia nih, madaya, pi main jauh2... toksah buat haru kat sini. Apa nih, pakai kitab jawi lah pulak! Mai kot mana kitab tu hah? Terjemah dari bahasa arab kot. Mengkali hang Mabok dak? hang kelabu biji mata tuuu, sat sat melayu sat sat jawi sat sat arabaya,,, pusin pi pusin mai lama3 penin, tak tau arah dah, hai, nabi asalama tak tulis kitab ka? Awat pi pinjam merata cerok. Kata hang nabi, buat la kitab sendiri, tok sah buat bodo pi kopy sana kopy sini... haru betoi la hang nih. Kata orang Islam tak betoi, hang guna kitab islam pasai apa? hi hi, maap la pak cik... tekasaq sikit.

    ReplyDelete
  12. MRAR

    Gunakan AKAL wahai orang-orang yang mengaku Islam (berserah diri bulat-bulat kepada Tuhan)

    Tempat Tertinggi @ Al-A’raf :
    Orang-orang yang tidak beriman itu apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: Kami dapati DATUK NENEK kami mengerjakannya dan Tuhan perintahkan kami mengerjakannya. Sesungguhnya Dia tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadapNya apa yang kamu tidak mengetahuinya? (28)

    Mereka berkata: Adakah kau datang kepada kami supaya kami hanya mentaati Tuhan semata-mata dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh DATUK NENEK kami? Kami tidak akan menurut maka datangkanlah azab yang kau janjikan kepada kami jika betul kau dari orang-orang yang benar.(70)

    Nabi Hud menjawab: Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Tuhan. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai nama-nama yang hanya kamu dan NENEK MOYANG kamu menamakannya, sedang Dia tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? Maka tunggulah kedatangan azab itu, sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang turut menunggu bersama-sama kamu. (71)

    Setelah mereka tidak juga insaf, Aku gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak serta bersenang-lenang dan berkata dengan angkuhnya: Sesungguhnya NENEK MOYANG kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan sebagaimana yang kita rasakan. Lalu Aku timpakan mereka dengan azab seksa secara mengejut, secara mereka tidak menyedarinya. (95)

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. apa barang komen guna anon????

    ReplyDelete
  15. Astaga waduh pak... koq hanya orang yg tidak beriman itu jua yg suka mempertikaikan fasal "Rumah Allah Kaabah". Walo pun Kaabah itu zahirnya hanya berupa bangunan yg dibina oleh tangan2 manusia, namun puncak kesedaran manusia itu adalah tetap kepada Allah Yg Maha Pencipta. Allah adalah "Tanzih", tetapi dlm pada itu ada tajalli-Nya berbentuk "Tasybih".. Kaabah adalah lambang Pusat Kesatuan Ummah, dari pelbagei rumpun dan arah..

    Kaabah itu juga adalah lambang Kiblat bagi Jasad. Karna Jasad2 manusia itu adalah warisan Jasad Tok Adam, asal-berasal ditempa dari 7 kepal Tanah Mekah. Kapan telah siap bertempa Lembaga Adam lalu Allah perintahkan Sang Iblis sujud kepada Lembaga Adam. Iblis engkar perintah Tuhan lalu dia dilaknat. Barang siapa ngak mahu sujud, menghadapkan wajah dan batang tubuhnya arah Kiblat Kaabah, hahaha... bererti dia itu seperti Sang Iblis terlaknat yg durhaka perintah Allah....

    ReplyDelete
  16. Terima kasih Pak atas penerangan itu.

    ReplyDelete
  17. allah kata 1 akal 2 quran ,tak usah cari kat lain lah sesat nanti

    ReplyDelete
  18. kaabah tu diibarat kan rahim ibu.. sebab tu menjadi tempat tumpuan.. ade 3 tiang tu diibaratkan 3 lapisan rahim ibu ni mengikut sains...

    ReplyDelete
  19. When I initially commented I clicked the "Notify me when new comments are added" checkbox
    and now each time a comment is added I get three emails with
    the same comment. Is there any way you can remove me from that service?
    Appreciate it!

    Take a look at my website :: stainless steel european charms

    ReplyDelete
  20. Kafir bagi sesiapa yang mengatakan bahawa Kaabah adalah Berhala.

    ReplyDelete
  21. Anti-Hadis kata solat menghadap Qiblat bererti sembah batu. Kafirlah mereka ini. Pihak berkuasa agama Islam kita serta Raja-Raja Melayu kita membiarkan saja mereka ini menyebarkan ajaran sesat mereka. Semakin ramai yg telah sesat.

    ReplyDelete
  22. Fahaman anti-Hadis adalah kafir. Sejak 25 tahun yang lalu, fahaman ini telah dan sedang berkembang pesat di kalangan umat Islam di Malaysia kita ini kerana kerajaan kita yang mendorong dan memberi laluan mudah kepada mereka.
    Pengasas ajaran sesat ini ialah Rashad Khalifa dpd Mesir. Beliau belajar fahaman ini dpd Goldhizer, seorang Yahudi dpd Germany. Dpd Mesir, Rashad Khalifa berhijrah ke Amerika dan dpd sana beliau mengembangkan fahaman ini ke seluruh dunia termasduk ke Malaysia kita ini.

    ReplyDelete
  23. Fahaman anti-Hadis adalah kafir. Sejak 25 tahun yang lalu, fahaman ini telah dan sedang berkembang pesat di kalangan umat Islam di Malaysia kita ini kerana kerajaan kita yang mendorong dan memberi laluan mudah kepada mereka.
    Pengasas ajaran sesat ini ialah Rashad Khalifa dpd Mesir. Beliau belajar fahaman ini dpd Goldhizer, seorang Yahudi dpd Germany. Dpd Mesir, Rashad Khalifa berhijrah ke Amerika dan dpd sana beliau mengembangkan fahaman ini ke seluruh dunia termasduk ke Malaysia kita ini.

    ReplyDelete
  24. Orang tu memang bodoh. Biarkan.

    Orang Arab jahiliyah yg mempunyai 360 buah behala disekekilingnya pun tak menganggap kaabah tu berhala.

    ReplyDelete
  25. APAKAH BENAR KAABAH ITU SEBUAH BERHALA..??

    Jawabannya samada "Benar" ato "Tidak".. hanya Imam Mahdi AS itu jua yg bisa memutus menetapkan hukum2ny... Namun clue2 jawabannya bisa dijawab difikirkan dulu oleh akal yg waras. Bayangannya tersirat dlm peristiwa malem Israk Mikraj, tatakala Rasulullah SAW dijemput diangkat ketemu dgnNya. Seperti Firman Allah SWT :

    " Maha Suci (Tuhan) yg memperjalankan HambaNya (Muhammad) pada malem hari, dari MasjidilHarem kemasjid yg amat jauh (BaitulMakdis), yg telah Kami berkati sekelilingnya, supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian Ayat2 (Tanda2 Kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.." (Surah 17 AlIsrak - Ayat 1/111).

    ReplyDelete
  26. Ka'bah adalah berhala ausan, lihat link lengkapnya di: https://books.google.co.id/books?id=f-ZDDwAAQBAJ&pg=PA6&lpg=PA6&dq=berhala+ausan&source=bl&ots=f2_8pNSq_q&sig=mq8KLVvxyYrhXRmvLISDPKPl9z4&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwi78MiOtKLYAhXMp48KHftdD1oQ6AEIMjAB

    Penghalalan Baitul Haram (Makkah) Dan Penghancuran Ka’bah (karena Ka’bah adalah berhala ausan) dipimpin oleh Imam Mahdi.

    “Belum terjadi kiamat sehingga orang-orang dari umatku kembali menyembah berhala-berhala (yang dimaksud berhala ausan ka’bah) selain Allah.” (HR. Abu Dawud)

    Rasulullah bersabda:‘Seseorang dibai’at di (tempat) antara Rukun Yamani dan Maqam Ibrahim, tidak akan ada yang menghalalkan Baitul Haram kecuali kaum muslimin; apabila mereka telah menghalalkannya, maka jangan ditanya tentang kehancuran orang Arab. Kemudian datang orang Habasyah, lalu mereka menghancurkannya sehingga Ka’bah tidak dimakmurkan lagi setelah itu untuk selamanya, dan merekalah yang mengeluarkan simpanannya.’
    Dan diriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Umar Ra, dia berkata, “Rasulullah bersabda:‘Ka’bah akan dihancurkan oleh Dzu Suwaqatain dari Habasyah (Ethopia), perhiasannya akan dilepas dan kiswahnya akan dibuka. Seakan-akan aku melihatnya agak botak, agak bengkok tulang betisnya, ia memukul Ka’bah dengan sekop dan cangkulnya.’” [HR. Ahmad]
    Imam Ahmad dan asy-Syaikhani meriwayatkan dari Abu Hurairah Ra, dia berkata, Rasulullah bersabda:“Ka’bah akan dihancurkan oleh Dzu Suwaiqatain dari Habasyah (Ethopia).”
    kitab Shahih Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah Ra, bahwa Rasulullah bersabda:“Ka’bah itu akan dihancurkan oleh Dzus-Suwaiqatain dari Habasyah atau Ethiopia.” (HR. Bukhari dan Muslim).
    Jika ada yang mengatakan, “Sesungguhnya hadits-hadits ini bertentangan dengan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
    “Dan apakah mereka tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Kami telah menjadikan (negeri mereka) tanah suci yang aman…” [Al-‘Anka-buut: 67]
    Dan Allah Ta’ala telah menjaga Makkah dari serangan pasukan bergajah, pelakunya tidak bisa menghancurkan Ka’bah, sementara saat itu Ka’bah belum menjadi kiblat, maka bagaimana bisa orang-orang Habasyah menguasainya setelah menjadi kiblat bagi kaum muslimin?!
    Jawabnya : ka’bah adalah berhala ausan, sedangkan orang yang menyembah berhala adalah orang kafir. Sedangkan orang yang jidatnya hitam disebabkan menyembah berhala ka’bah disebut tanda orang kafir atau diantara dua matanya jidatnya tertulis KAFIR.
    Ini sesuai dengan apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahwa Makkah tidak akan dihalalkan kecuali oleh kaum muslimin. Maka, peristiwa itu terjadi sesuai dengan apa yang dikabarkan oleh Nabi, dan sudah menjadi kehendak Allah SWT, maka ikhlaskanlah, dan apabila kaum muslimin sudah mengikhlaskan dan menghalalkan Ka’bah untuk dihancurkan maka sempurnalah sabda Nabi SAW. Dan semua sudah sesuai dengan kehendak Allah.

    Dan perlu diingat bahwa kita sholat tujuannya adalah menyembah Allah dengan menghadap Allah. tetapi ka’bah tidak mampu memuat Allah, dengan kata lain, didalam ka’bah tidak ada Allah. Lalu kalau kalian sudah tahu bahwa didalam ka’bah tidak ada Allah, kenapa kalian masih sholat menghadap ka’bah ? apakah kalian mengira ka’bah akan dapat member syafaat pada kalian ? Allah berfirman, (30:13). Dan sekali-kali tidak ada pemberi syafa'at bagi mereka dari berhala-berhala mereka dan adalah mereka mengingkari berhala mereka itu.
    “Katakanlah: Sesungguhnya sholatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam…. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (QS. Al An’am : 162 – 163)

    Kita harus menyembah Allah dengan menghadap Allah dimana Allah berada. Allah berfirman:”Bumi dan langitku tidak sanggup memuatku, tetapi hati seorang hamba Mukmin yang saleh sanggup memuatKU "
    (HR. Imam Ahmad)

    ReplyDelete
  27. Hati-hati kalau masuk group dalan Facebook. Ada group yg dicipta untk meyebarkan pahaman wahabi. Dan merekrut org ramai agar ikut pahaman wahabi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati-hati kalau masuk group dalan Facebook. Ada group yg dicipta untk meyebarkan pahaman wahabi. Dan merekrut org ramai agar ikut pahaman wahabi.nama group tu Salafikini

      Delete