Pages

Saturday, May 14, 2011

Pusara Pemusnah Kubah di atas Kubah Masjid

Peristiwa 90 Tahun Lalu

Ajaib: Kuburan Wahabi Di atas Bumbung Masjid

Mungkin ada yang belum mengetahuinya, saya sajikan satu cacatan peristiwa aneh yang berlaku pada era bermulanya pemerintahan keluarga Saud di Arab Saudi kira-kira 90 tahun dahulu. Pada masa itu pengaruh WAHABI mula mengambil alih segenap segi kemasyarakatan di tanah suci. Pengurusan kedua-dua masjid utama iaitu Masjidil haram dan Masjid Nabawi telah diambil alih dari pentadbiran ahlul-bait.

Maklumat ini tersiar melalui email pada tahun 2010. Penyebarannya cuba dihindar oleh pihak Saudi kerana bimbang akan diketahui ramai.


Menjadi Pengajaran
Setelah mengambil alih kuasa di Madinatul Munawarah, langkah pertama mereka ialah memusnahkan semua pusara ahlul-bait di Al-Baqie dimana 4 imam dan lainnya dikebumikan.

Berikutnya, WAHABI merancang memusnahkan kubah pusara Rasulullah saw (the green dome) di mana puncaknya betul-betul bertepatan di atas makam Baginda. Seorang dari mereka mendaki hingga ke puncak kubah untuk memulakan kerja membuka kubah tersebut.  Secara tiba-tiba kilat menyambar dan sekaligus membunuhnya di situ. Tiada siapa berupaya mengalihkan mayatnya dari atas kubah hijau tersebut walaupun berbagai cara telah diusahakan.

Atas nasihat seorang ulama. mayatnya tidak boleh dialihkan dan hendaklah biarkan kekal di situ sebagai satu amaran dan pengajaran kepada sesiapa yang berniat merosakkan masjid Nabawi di kemudian hari. Dikhabarkan ulama tersebut mendapat petunjuk mengenai hal itu melalui satu mimpi.


Akhirnya kerajaan Saud memutuskan agar menjadikan kuburannya di sana dan menutupnya agar tidak ketara. 

*******

Anda boleh telusuri maklumat di sini.

This was a miracle happened around 90 years ago narrated by Sheikh Al-Zubaidi.

When the WAHABIES took over the power in Medina , the first thing they did was to demolish the Graves of Ahlul Bait in Al-Baqie Cemetery - where 4 Imams and other members of Ahlul Bait are buried.


The next thing they tried to do was to demolish the Dome of Prophet Mohammad (Choicest blessing and peace be upon him) – AL Masjad Al Nabawi (the green dome).However, when some one climbed over the dome to start the demolition, a sudden Lightning struck him and the climber died at the spot and no one was able to remove his body from the top of the dome!!!


It was also said that a pious man from Madina heard a voice in his dream that no one can take out the dead body from the Dome and that he should be buried their as a warning and a lesson for those who may think of attempting to demolish it in future!!! 


Finally, they decided to bury the man right there on the dome and to cover his body with a green box so it won’t be visible to people.

11 comments:

  1. Wa alaikumussalam sahabat

    Terima kasih berkunjung ke sini. Begitulah kuasa Allah swt. Tiada siapa wajar pertikaikannya. Menunjukkan Allah amat mengasihi rasulNya, bagaimana kita kaum Muslimin?.

    ReplyDelete
  2. Saya pernah dengar tentang sejarah 2 org Yahudi yg menyamar sbg abid yg cuba menggali makam Rasulullah tapi di halang oleh khalifah setelah Rasulullah memberitahunnya tentang niat jahat Yahudi tersebut melalui mimpi

    mungkin admin boleh mengulas sedikit kisah tersebut

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Ya berita itu adalah benar. Mereka menggali terowong dari sebuah rumah menuju ke pusara baginda saw. Allah memeliharanya, alhamdulullah.

    ReplyDelete
  4. semua ni mengarut....jika syaitan menyihir situasi tersebut dengan menyerupai sesuatu keadaan yg kelihatan spt "kuasa allah" pd pandangan mata kita pula bagaimana??.....

    apa bukti ini kuasa allah?....jika syaitan yg menggunakan sihir,korg masih lg kata ia "kuasa allah"

    bagaimana korg nk bezakan yg mana satu perbuatan syaitan dan yg mana satu perbuatan allah??

    era tahun 2000 ni pun terdapat ilmu sihir yg menyerupai islam.contohnya ialah ilmu pengasih,ilmu pelaris dan ilmu2 perubatan tradisional.

    500 tahun lps, ilmu pengasih dan ilmu pelaris dihukumkan sebagai ilmu sihir dan ajaran syaitan..tetapi era tahun 2000 ni ilmu pengasih dan pelaris disertakan sekali ritualnya dgn bacaan ayat suci al-quran....

    fenomena ini menyebabkan masyarakat menganggap ia sebagai khasiat al-quran dan yg paling bahaya sekali org islam percaya bahawa ia adalah rahmat dari allah s.w.t...

    korg x nampak ke ayat al-quran telah diselitkan sekali dlm ritual perubatan supaya korg x akan kata ia sihir padahal ritual itu masih lg sebuah sihir...korg x perasan ke yg al-quran telah digunakan supaya membenarkan sihir berlaku..

    contohnya...500 tahun dahulu jika ingin membuatkan seseorang berperangai jahat atau panas baran...maka ritualnya ialah dgn meminumkan org tersebut dgn air yg dijampi mantera...

    pada era 2000 ni...untuk membuatkan anak2 korg jadi anak yg taat ibu bapa...maka ritual perubatannya ialah memberi anak korg minum air penerang hati yg juga telah dibacakan ayat al-quran.

    korg x perasan ke mcm mne mana anak korg tiba2 jer berubah perangai jadi baik disebabkan hanya minum air....air xkn membuatkan anak korg jadi baik...cara yg betul ialah korg kena didik dia sendiri...

    kalau tidak kenapa rasulullah perlu bersusah payah berdakwah menggunakan jasad dia sendiri??? knp rasulullah x sumbat jer air kt mulut orang2 arab yg keras hatinya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenyataan anda sangat dangkal.seorang profesor pengkaji air dari jepun sendiri telah mengesahkan air zam zam itu punya molekul terhebat apalagi bila dibacakan ayat quran pada air itu.
      air adalah peresap mesej terbaik .perakam suara.dan getaran ayat alquran pada air bukanlah sebuah jampi.
      syaitan juga tidak ada upaya menyihir.kecuali dengan izin Allah jua.

      Delete
  5. Sudara anon..
    Maafkan sy jika sy katakan sy kurang bersetuju dgn pandangan saudara itu..
    Berkenaan dgn bacaan Ayat2 Al-Quran utk menyembuhkan penyakit kedegilan,sy harap saudara memahami dan mendalami dahulu akan Kaedah rawatan Rukyah sblm saudara menasabkan sesuatu itu mengikut kefahaman saudara..
    Mengapa air digunakan sebagai medium rawatan adalah krn sifat air itu sendiri yg merupakan perakam terbaik dimana air akan membentuk kristal2 hidup berdasarkan gelombang dari ucapan org yg mengadap air itu..Sbb itu Rasulullah s.a.w menegah kita bertengkar didepan rezeki..
    Ayat2 Syifa' dan zikir2 pilihan dibacakan pd air lalu diminum bukanlah satu kaedah yg asing krn kita sendiri dianjurkan membaca Basmallah sblm menjamah rezeki..Itu asasnya yg kita terlepas pandang..Saudara sendiri boleh melakukannya jika saudara bermula dari sekarang,tidak perlu kpd Ustaz atau pengamal perubatan Islam jika saudara melakukannya sebagai amalan yg berterusan..
    Degil itu adalah penyakit bawaan Nafsu yg dtgnya dari Qalbu..
    Kita sudah lama tidak makan minum ikut Sunnah..
    Kesannya ialah tiada keberkatan kpd rezeki yg masuk ke tubuh kita dan apa yg kita makan dan minum itu akan mempengaruhi Qalbu kita dibantu dgn jln sumber duit yg kita guna utk membeli makanan kita itu..
    Sebenarnya kita sendiri boleh merawat penyakit kedegilan dgn kita sendiri yg menjaga jln sumber rezeki kita itu dan kembali mengamalkan cara makan dan minum ikut Sunnah supaya hadir keberkatan pd apa yg kita ambil sebagai rezeki..
    Mengapa org2 awam berjumpa para Ustaz adalah kerana mereka sendiri terlepas pandang bahawa merekalah yg harus memikul tanggungjawab memastikan bahawa anak2 kita mendapat rezeki yg berkat dgn jln Halal utk mendapatkan rezeki itu..
    Dlm kes2 tertentu,Ustaz hanya membantu dgn keilmuan yg Allah telah berikan kpdnya,selebihnya hanya dgn izin Allah yg akan menyembuhkan sesuatu penyakit itu atau sebaliknya..
    Org awam berjumpa para Ustaz dan pengamal perubatan Islam adalah krn umat awam sendiri yg sudah jauh dari Sunnah sehinggakan nk mendoakan anak2 pun terpaksa bergantung kpd org lain..
    Bacaan Ayat Al-Quran itu bukanlah ritual ttp amalan biasa org Soleh,cuma masyarakat kita yg sudah tidak mengikuti amalan para Solehin,maka bila Allah timpakan ujian dgn anak yg bermasalah,siibu bapa yg dh x kenal hukum tajwid neh terpaksalah mengadap ustaz dan pengamal perubatan Islam sbb diorang neh sahaja yg mengenal huruf hijai'ah dan tahu akan Khafiat kalam2 Allah..
    Kalau saudara kata membaca ayat Al-Quran pd air itu sebagai Ritual,maka mambaca Al-Quran itulah ibu segala Ritual jika merujuk kpd kefahaman saudara..
    Masalahnya apabila kita sendiri yg dh x ikut amalan para Solehin,amalan mereka itu pula menjadi asing pd kita padahal kitalah yg sudah menjadi asing dgn agama krn merasa janggal melihat org membacakan ayat Al-Quran pd air utk dimnum,sedangkan Pembuka ayat iaitu Basmallah itu hari2 kita amalkan sblm makan dan minum serta memulakan pekerjaan..

    ReplyDelete
  6. trima kasih atas info yg terlalu berharga ni. Tanniah, wsslm tuan blog abatasa.

    ReplyDelete
  7. Hantar cerita ni pada Nik Aziz dan Asri dan yang sekufu dengannya

    ReplyDelete
  8. wak parjo tukang kubahDecember 6, 2011 at 3:00 AM

    Ada wahabi panas bila cerita golongan nya mati terlekat atas kubah,terus merapu meraban pasal sihir etc.adakah sihir itu bukan kuasa Allah?adakah kuasa lain selain Allah?

    ReplyDelete
  9. itu bukanlah mayat sesiapa tetapi adalah pintu utk naik servis kubah.lihat ditepinya tersedia tali logiknya utk membersih atau mengecat kubah itu.(tali tempat bergantung pekerja )

    ReplyDelete