Pages

Tuesday, May 17, 2011

HAARP dan DAJJAL





Saya tak akan komen mengenai perkara ini di sini.

Cuba selidiki maklumat yang terkandung dalam video ini mungkin dapat membantu anda mencari jawapan tentang perkaitan antara Dajjal dan Projek HAARP di USA. Terserah kepada anda untuk membuat penialain terhadapnya.




Sebagai maklumat tambahanm sila tonton video berikut:

HAARP Russia ?




Russia juga ada Blue Beam Project.. UNTUK APA ?





Ini pula ialah TEORI BARAT...




Mengenai HAARP dan projek Bleu Beam anda boleh telusuri artikel ini : Blue Beam
Apapun, semuanya bertunjangkan FITNAH. Pembohongan dan dusta untuk membawa manusia ke jalan yang salah.



DUSTA PERINGKAT TINGGI BAKAL MEMPERSONA DAN MENGKAGUMKAN MANUSIA!


SIAPAKAH YANG AKAN TERLEPAS DARI DUSTA INI?


Kesimpulannya hanya manusia beriman dan bertaqwa sahaja diselamatkan oleh Allah SWT. Mulailah mengamalkan 10 ayat alKahfi agar selamat dari fitnah Dajjal. Tiada pilihan lain, dusta yang bakal muncul amatlah hebat bukan setakat HAARP ini sahaja.



8 comments:

  1. tkan suis je trus jd gempa bumi. gile la teknologi diorg ni

    ReplyDelete
  2. bukan gempa jer salji pun diorg blh bawak turun pasal tue msk sistem kaji cuaca US gov diorg blh tahun cuaca dlm masa sbln awal or mungkin lg tgk LA cuaca terlalu panas kalah kita yg berada di khatulistiwa

    ReplyDelete
  3. Perkaitan Projek HAARP Blue Beam dan kedatangan Dajjal:- mengujudkan kejadian ajaib dan fenomena luarbiasa, yang menyerupai atau kelihatan seperti mukjizat dan karamah. Semua usaha ini adalah untuk memperdaya,menipu, mengelirukan manusia demi menjayakan cita-cita NWO mereka. Sekaligus mencabar kuasa Tuhan. Melalui ejen THH, Dajjal sudah berani isytihar atau “claim” bencana alam seperti gempa bumi,ribut taufan dan tsunami adalah hasil perbuatannya melalui Projek HAARP ini. Segelintir manusia juga percaya bahawa Acheh dan Jepun dicetuskan hasil daripada projek tersebut. Benarkah demikian? Apakah perbezaan antara gempabumi dan tsunami yang didatangkan oleh Allah dengan yang diciptakan oleh Dajjal? Tsunami di Acheh dan Jepun bukan teknologi HAARP tetapi milik Allah kerana mengandungi rahsia dan hikmah yang amat besar kepada umat Islam.

    Keupayaan Dajjal tidak boleh dipandang kecil. Dajjal mengkaji perjuangan Rasul-rasul terdahulu dan juga pemimpin kebenaran. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada menyebutkan bahawa kemunculan Imam Mahdi akan diisytiharkan oleh suara malaikat dilangit. Dajjal sebenarnya cuba meniru gambaran tersebut dan juga kebangkitan semula Nabi Isa as ke dunia. Dia juga meniru mukjizat dan karamah yang dianugerahkan Tuhan kepada para Rasul, Nabi dan Waliyullah. Antaranya ialah boleh menguasai alam semulajadi.

    Nabi Nuh mendatangkan tsunami dan banjir besar, Nabi Musa membelah lautan. Nabi Ibrahim menundukkan api, Nabi Sulaiman memerintah angin. Nabi Lut menjungkir balikkan bumi. Nabi Isa menghidupkan orang yang sudah mati. Rasulullah SAW mengubah perjalanan bulan dan matahari. Karamah para wali juga tidak kurang hebatnya. Boleh berjalan diatas air. Tahan dengan cuaca sejuk dalam salji. Boleh terbang diudara. Peluru berpandu dan bom tidak meletup. Kepada yang rajin mengkaji hal ini, tidak ada yang mustahil boleh berlaku hasil kurniaan Allah kepada orang-orang yang bertaqwa. Itu baru mukjizat dan karamah serta maunah yang zahiri. Belum termasuk yang maknawi. Dajjal pakar memanipulasi hal ini. Segala usaha digembelengkan untuk mencapai kemuncak pembohongan tersebut. Serupa tapi tak sama. Dajjal dengan sombong dan bangganya mempersembahkan projek HAARP dan Blue Beam .Projek ini kononnya dirahsiakan untuk memberi kejutan kepada seluruh manusia apabila dilancarkan nanti. Agar akal dan jiwa manusia terpukau, terkesima dan tidak mampu menolak “penyelamat” palsu itu.

    Kelemahan dan kekurangan fizikal dipihak Islam menyebabkan musuh tertipu dan merasakan kemenangan pasti menjadi milik mereka. Pada saat-saat akhir ketika suasana amat genting dan mencemaskan, maka diwaktu itulah bantuan Tuhan pun tiba. Ternyata pihak Islam memiliki super power roh (teknologi roh) yang berlipat kali ganda, jauh mengatasi pihak lawan. Musuh kelam kabut, menggigil ketakutan, kehairanan dan tercengang bangang melihat “hero” Tuhan, tak disangka-sangka boleh menang dengan begitu mudah..Begitulah cara Tuhan memberi pengajaran kepada musuhNya dan menganugerahkan kemenangan kepada orangNya.

    Semua ini sudah terlakar didalam sejarah Nabi Musa ketika berhadapan dengan Firaun . Nabi Ibrahim yang dihumban ke dalam api oleh Namrud. Kisah Thalut berhadapan dengan Jalut.Sejarah perang Badar yang dikepalai Rasulullah SAW Mereka semuanya berbekalkan keimanan dan ketaqwaan yang sangat tinggi kepada Allah. Sangat yakin dengan janji Allah. Golongan yang sedikit dapat mengalahkan jumlah musuh yang ramai dengan kekuatan super power roh ini.

    bersambung

    ReplyDelete
  4. Kebangkitan Islam diakhir zaman akan mengulangi sejarah kegemilangan zaman Nubuwwah dan khalifah arRasyidin. Ia dimulai dengan perjuangan Putera Bani Tamim berusaha mendapatkan Daulah Islamiyah. Perjuangan beliau lunak dan membawa kasih sayang, tidak militan, tidak menumpahkan darah. Setelah bersusah-payah, menempuh onak duri dan ranjau perjuangan, bahkan difitnah dan ditentang oleh kaumnya sendiri, akhirnya beliau berjaya. Tampuk pemerintahan segera diserahkan kepada Imam Mahdi. Mereka berdua ibarat gandingan Nabi Harun dan Nabi Musa atau Saiyidina Abu Bakar dengan Rasulallah SAW. Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim dianugerahkan Allah bermacam-macam karamah yang ajaib dan luarbiasa , zahiri dan maknawi, yang tidak terfikirkan oleh awamul muslimin, penuh strategi, muslihat dan tipudaya. Barulah setanding untuk menentang kelicikan Yahudi, Nasrani dan Dajjal yang memiliki sihir tahap tinggi serta kemajuan sains dan teknologi yang paling hebat dan canggih dizaman ini. Itulah keadilan Tuhan.

    Sistem kekhalifahan Islam akan muncul kembali. Imam Mahdi akan dibaiah di Mekah dan disahkan oleh Putera Bani Tamim yang amat mengenali beliau. Semua wazir-wazir Imam Mahdi yang merupakan Sheikh- sheikh Tariqat akan muncul dan bergabung disana. Panji hitam akan berkibaran dengan megahnya. Yahudi dan Nasrani semakin terdesak, diasak oleh tentera-tentera Imam Mahdi. Mereka merayu-rayu raja mereka Dajjal Al Masikh untuk segera muncul. Maka akan berlakulah tayangan hebat diangkasa menyambut ketibaannya dari alam ghaib. Dan berbagai musibah timbul bersama kedatangannya itu.

    Dajjal akan bertarung dengan pasukan Imam Mahdi di Baitul Maqdis, Palastine. Mengepung mereka tanpa makan dan minum. Tetapi apabila Allah turunkan Nabi Isa Al Masih as dari alam ghaib, Dajjal sangat terperanjat dan “mencair” ketakutan melihat kehebatan Nabi Isa. Lalu dia lari lintang pukang menyelamatkan diri. Diwaktu itu projek HAARP atau BlueBeam sudah tidak bermakna lagi.

    Wallahualam
    Nurrohi

    ReplyDelete
  5. tertinggal.....

    Sejarah telah membuktikan perjuangan para Rasul dan pemimpin kebenaran sentiasa berhadapan dengan musuh yang mempunyai kekuatan yang paling hebat dan canggih mengikut ukuran dan logik akal pada zaman itu (teknologi akal). Mereka menghadapi musuh-musuh Allah dengan penuh dugaan dan keperitan. Kalau ibarat cerita filem,“hero” selalunya kalah dahulu dalam pertarungan, menang sekejap kemudian kalah lagi. Kadang kala cedera parah dan bangkit semula.Pengikut pun ada yang hilang keyakinan,berbolak-balik malah tidak kurang yang berpaling tadah.

    Kelemahan dan kekurangan fizikal dipihak Islam menyebabkan musuh tertipu dan merasakan kemenangan pasti menjadi milik mereka. Pada saat-saat akhir ketika suasana amat genting dan mencemaskan, maka diwaktu itulah bantuan Tuhan pun tiba. Ternyata pihak Islam memiliki super power roh (teknologi roh) yang berlipat kali ganda, jauh mengatasi pihak lawan. Musuh kelam kabut, menggigil ketakutan, kehairanan dan tercengang bangang melihat “hero” Tuhan, tak disangka-sangka boleh menang dengan begitu mudah..Begitulah cara Tuhan memberi pengajaran kepada musuhNya dan menganugerahkan kemenangan kepada orangNya.

    ReplyDelete
  6. salam sdr Abatasa,
    komen saya tertinggal sewaktu copy paste, maaf jk komen terlalu panjang. Harap pembaca faham maksud yang ingin saya sampaikan.
    nurrohi

    ReplyDelete
  7. Salam saudara Nurrohi, lama tak nampak, saudara sihat? Semoga dirahmati selalu.

    Tidak mengapa, komen saudara memang di alukan di sini. Memang hebat hipotisis ini, kalau ia hepotisislah... mungkin juga saudara mendapat alamat istimewa dariNya.

    Saya akan kaji dan seiringkan dengan pesanan Rasul kita saw. Nampaknya seakan selari, mudah-mudahan kita dapat hidayah berterusan meninjau pengakhiran zaman.

    ReplyDelete
  8. HAARP dan DAJJAL : Apakah bener pak, kepintaran kelicikan "Teknologi Sains" barat dari Dajjal dan Yakjod Makjod tuh hehe.. bisa mengancam Dunia Islam..?? Kita tunggu aja "Teknologi Ghaib" dari Allah pula, telah pun datang secara kecil2an, dan bakal mendatang secara besar2an. Laknat balak bencana dari Allah lagi Maha Hebat, hahaha... bisa menggegarkan Semesta Alam... The Magicians are at work and will be emerging very soon...

    ReplyDelete