Pages

Wednesday, December 19, 2018

Sesiapa yg ikut jalan lain... tak akan jumpa jalan pulang






Assalamualaikum atok..

Cucu ada beberapa persoalan yg perlu dirungkai..
Di mana special nya manusia ni tok sampai Allah kata manusia sebaik2 ciptaan?
nak kata kuat beribadat malaikat lagi kuat.bukit lagi mulia Allah tanjalikan zat Nya pada bukit.

Kalau dah wujud hanya Allah masih ada ke malaikat jin manusia alam dan isinya dikala itu.

Apa sebenarnya yg Allah taala nak kita bawa mati esok jumpa Dia. Cukup ke dgn amal ibadah sedekah bagai tu tok.tak malu ke kita nak claim tu semua di hadapan Dia nanti sedangkan semua itu perbuatan dia.kita lemah fakir tiada daya upaya.kalau itu dah tak menjamin kita untuk bekal apa dia yg kita nak bawa tok?Betol ke cuma penyaksian seperti mana janji kita sblm di lepas ke alam syahadah ni yg perlu kita bawa mati esok tok...

Maaf tok kalau soalan sy tak sesuai atau menyingung atok..

Cucu muliadi




Jawapan atok:

walaikumsalam cu muliadi.

 1- Specialnya manusia dari semua makhluk Nya yg lain ialah di bahagian "ROH NYA YG DIA TIUPKAN KEDALAM JASAD MANUSIA" Inilah yg menyebabkan manusia itu mulia disisi Nya. Sebab bukan setakat tajali zat saja... malah semuanya termasuk zat, sifat, afaaal dan asma Nya terangkum didalam satu.

2. Dikala hanya DIA yg ujud... maka semua makhluk tidak ujud. Mula2 sekali Allah ujudkan Roh Muhammad kemudian barulah makhluk2 lain setelah itu.

3. Yg ALLAH MAHUKAN ialah Roh Nya kamu pulang semula dihadapanNya.. seperti keadaan asal semasa DIA tiupkan dahulu. Ini yg manusia gagal nak buat. Ada yg separuh siap saja. Ada yg senget sebalah. Ada yg tak jumpa jalan balek langsung. Ada yg pergi ikut jalan Iblis pulak. Jalan pulang yg DIA redha ada pada Nabi Muhammad saw, kemudian diwarisi oleh sahabat2nya, kemudian diwarisi oleh ulama2 pewaris ambia, kemudian Waliallah2, kemudian guru2 pewaris dari para Waliallah itu dan terakhir ialah murid2 pengikut kepada guru2 pewaris wali itu. Sesiapa yg ikut jalan lain... tak akan jumpa jalan pulang. Tak tahu dia akan kemana ??

Tak ada apa yg kamu bawa balek, amalan kamu semua Dia Punya. Kamu balek kosong seperti kamu datang dulu pun kosong. Yg hanya ada pada kamu kelak hanyalah REDHA ALLAH. MACAM MANA KAMU JANJI DAHULU. Ingat semula apa yg kamu dah janji... dan inilah yg DIA tuntut dari kamu. Semua kerjabuat kamu hanya utk mendapat REDHA ALLAH. Bukan utk pahala atau syurga. Syurga hak Dia, Neraka hak Dia... akhirat hak Dia. Mana ada hak kamu. Sukahati Dia nak campak kamu dimana2. Kamu kena redha je lah..

Semua ibadahnya hanya untuk Allah dan dia hanya manukan Redha Allah. Dia beribadah bukan lagi untuk pahala atau syurga. Dan pabila Redha Allah sampai padanya dan jelas kepada dirinya... maka dipermudahkan segala urusannya dunia dan akhirat. Org ini Allah tak masukkan dalam syurga.. tapi dia hanya akan duduk bersebelah dgn Allah selama2nya sebab dia dah buat apa yg Allah perintah dan Allah dah janji akan letak dia disebelah Nya kelak. Dunia yg menjadi tempat tinggalnya sekarang juga dia anggap syurga.. semuanya Allah kurnia kepada dia seperti Allah kurnia kepada Muhammad saw. Rasul2, Nabi2, Wali2 dan guru2nya itu.

Bukan saja penyaksian dan pengakuan kita bahawa DIALAH YG MAHAUJUD, MAHAPERKASA, MAHAADIL, MAHAHIDUP, MAHAMELIHAT, MAHAMEMAKSA, MAHAPEMBALAS, MAHAZAHIR, DAN SEGALA2 MAHA LAGI. Malah kamu kena redha atas semua ketentuan yg telah Dia tetapkan kepada kamu, taat atas semua suruhannya dan larangannya, beribadah hanya untuk Nya dll. Inilah yg dimaksudkan penyaksian. Dikala telah zahir REDHA Allah padanya... bukan nya dia mati membawa apa2... tak perlu pun nak bawak apa2.. sebab Dia lah yg pulang kepangkuanNya. Kalau masih lagi kamu ujud dikala itu... masaklah kamu kena soal mungkar nangkir kelak, kena pukul siang dan malam kerana tak faham apa yg Allah perintah buat didunia. Kamu ibdah kerana pahala, kamu beribadah kerana syurga.. jadi mana dia untuk Allah??? tak ada ??? Hak Allah kamu kena pulangkan... mana ada hak kamu??? Solat kamu hak Allah, Puasa kamu hak Allah, zakat kamu hak Allah, Naik haji ke Mekah juga hak Allah yg hanya tinggal pd kamu ialah dua kalimah shadati itu saja. Jadi bagaimana kamu nak menyampaikan kalimah itu kepada Nya ??? selagi kamu tak sampaikan kepada Nya... tiadalah penyaksian kamu kepadaNya ??? Fikirkan...

atok zamany.
zaman5169@gmail.com

2 comments:

  1. If you're trying to lose weight then you absolutely need to get on this totally brand new custom keto meal plan diet.

    To create this keto diet service, licensed nutritionists, fitness trainers, and chefs united to develop keto meal plans that are effective, suitable, cost-efficient, and delicious.

    Since their first launch in 2019, hundreds of clients have already remodeled their body and well-being with the benefits a professional keto meal plan diet can provide.

    Speaking of benefits; clicking this link, you'll discover eight scientifically-tested ones given by the keto meal plan diet.

    ReplyDelete
  2. Your website provide an amazing information and goo content . Please Visit : Learn More

    ReplyDelete