Pages

Friday, May 29, 2015

Eksklusif dari MistisFiles: The Dark Vatican



Lama sungguh tak jengah blog rakan, dari pemerhatian yang dibuat, Mistisfiles kelihatan masih utuh dan menarik. Kini berwajah baru. Kita boleh lihat mesej yang disampaikan, bersahaja dan santai tetapi bermaklumat. Ada retro dari beberapa artikel popular yang tetap relevan dan segar, berisi dan sedap dibaca.

Pembaca2 baru mungkin tidak tahu betapa hebatnya MistisFiles satu masa dahulu. Blog yang paling popular. Lama juga mereka menyepi (mungkin ada kena mengena dengan ancaman M16, apa itu M16?), kecuali Srikandi pakar sejarah tu agak rajin muncul di FB. Bagi jenerasi baru, cubalah hadam perlahan2 walaupun sedikit sukar. Konsep asas ialah dengan memahami puncanya, kita akan mudah faham setiap peristiwa yang berlaku di hadapan mata kita sekarang. IS, ISIS, Rohingya, dan berbagai2 lagi. Jika tidak, kita bakal terkial2 dan terpusing2 dalam bilik yang salah dan sering pula menyalahkan. 

Punca bencana Akhir Zaman.....

Eksklusif : The Dark Vatican


Di sebalik lorong-lorong gelap ke biara-biara bawah tanah... ada rahsia yang tersembunyi. Pedophile... perzinaan sesama biarawan dan biarawati. Penderaan dan kehidupan lesbian para biarawati.. .ini adalah sisi gelap Vatican.

Sejarah hampir 1000 tahun di mana tapak Saint Peter's Basillica itu adalah bekas kuil dewa matahari adalah kesinambungan secara rahsia kepada adat dan budaya paganisme Eropah.

The Black Mass dan upacara tahbis adalah mengandungi pengertian yang tersembunyi dari sejarah lama penyembahan syaitan di kalangan bangsa Jerman, Frank atau Rom.



Di bawah kolong, terdapat patung-patung dan mazbah penyembahan dewa matahari dan 'Black Madonna'...

Ritual Isis dan Osiris serta pengorbanan manusia...

Para kardinal dan biskup yang memakai jubah dan penutup kepala yang menyeramkan, siap untuk melontarkan bait-bait mantera yang warisan bersambung-sambung dari era paganisme Eropah...

Patung-patung dewa-dewi dengan jelingan redup... memandang ke arah ruang-ruang rahsia bawah tanah.. yang seakan-akan ruangan di bawah Colosseum!

yang di dalamnya... menyimpan 1001 cerita kegelapan...



BERMULA MEI INI

Di depan tiang obelisk Saint Peter's Basillica....

MistisFiles akan membawakan kepada anda...

17 Rahsia Domba-domba para Syaitan

dan memberikan kepada anda

KUNCI BERSILANG DARI DEWA JANUS


-Sejarah Kuil Matahari di Bukit Janiculum
-Misteri Saint Peter
-Iblis wanita 'Lady in Red'
-Perjanjian para 'Apostle' dengan syaitan-syaitan
-Ritual Iblis Matahari di altar gereja
-Halaman yang hilang di Secret Archive of Vatican
-Buku asal Book of Devil
-Rahsia Rennes le Chateau yang ditakuti paderi Vatican
-Riwayat Janus dan kaitan dengan ritual misteri 'The Black Mass'
-Apa yang dilihat oleh Saint Peter sebelum disalib?
-Lukisan syaitan di tembok gereja

dan banyak lagi...

Bersediakah anda menerima rahsia Vatican?

Bersediakah anda untuk diancam oleh M16, agensi perisikan yang di-remote oleh para pendeta Jesuit?


BERMULA MEI INI

Dari bawah kolong rahsia Saint Peter's Basillica

Kami bawakan anda mazbah berdarah dari Dewa Janus



The Hidden Secret of Dark Vatican

hanya di MistisFiles


Akses ke SISTINE CHAPEL OF THE BLACK MASS





Tuesday, May 26, 2015

Ulasan Matriks Hologram 4.4 "Quantum Entanglement"


Ini adalah ulasan ringkas oleh M.O dalam siri keempat Matriks Hologram. Beliau ditemuramah oleh Srikandi sendiri. Artikel kali ini membincangkan tentang topik Keterkaitan Kuantum, di mana dua zarah seolah-olah memiliki kebersamaan hubungan dan sifat atau kelakuan satu zarah boleh diketahui melalui zarah yang satu lagi, tanpa pengaruh jarak dan jisim.

Enjoy!



S: Srikandi  J: M.O


S: Apa yang ingin anda jelaskan dalam artikel ini?

J: Keterkaitan Kuantum atau Quantum Entanglement. Ini adalah subjek penting dalam mekanik kuantum.

S: Apa yang dibawa oleh subjek itu?

J: Dua zarah yang berjarak jauh, mampu diketahui sifat dan situasi mereka masing-masing melalui pemerhatian salah satu dari mereka.

S: Jadi,apa yang menariknya? Nonsense lah!

J: Sebelum ini manusia menyangka dunia ini terbina dari zarah-zarah sepertimana batu-bata membentuk satu dinding. Dengan penjelasan melalui Keterkaitan Kuantum, jarak itu seolah-olah ilusi dan zarah-zarah itu seolah-olah tidak wujud.

S: Tidak wujud? Biar benar. Jadi apa yang membentuk alam ini?

J: Perhatikan, ia tidak wujud mengikut sangkaan kita selama ini.

S: Masih tidak faham.


J: Begini, ia tidak wujud sepertimana batu-bata membentuk dinding, tetapi ia wujud seolah-olah sebagai satu zarah tunggal.

S: Satu zarah tunggal? Apa kayu ukur yang anda gunakan untuk mengatakan sedemikian?

J: Seperti yang saya katakan tadi, apabila mereka mengalami keterkaitan atau entanglement maka ketika itu jarak seolah-olah tiada.

S: Mengapa jarak sudah tiada?

J: Jarak bukan 'sudah tiada' tetapi jarak menjadi ilusi kerana dua zarah tadi berkelakuan seakan-akan satu zarah kini.

S: Jelaskan bagaimana ia bertukar menjadi seolah-olah satu zarah itu.

J: Anda tahukan bahawa setiap zarah memiliki tingkat tenaganya tersendiri, pusingan dan gerakannya yang tertentu?

S: Maaf M.O, saya dari bidang sejarah, di sekolah subjek Fizik saya hancur (Srikandi tersenyum).



J: Belajar sejarah tidak semestinya mengorbankan pelajaran lain. Okay, begini... setiap zarah memiliki ciri atau sifat tertentu, jadi kita sudah pastikan bahawa zarah A misalnya pusingan arah begini, pergerakan begini, dan lokasi di tingkat tenaga begini. Namun, apabila diperhatikan zarah B, setiap ciri zarah B kelihatan mengekori atau menyamai zarah A dengan pola-pola tertentu. Ini menunjukkan terdapatnya hubungan yang terkait antara mereka, merentasi jarah infiniti sekalipun.

Ada satu keadaan yang seakan-akan sama dengan perkara di atas, dalam bidang elektrik, setiap fasa akan mengikuti fasa lain dan ini membentuk arus ulang-alik.

S: Hmm... masuk arus ulang-alik tu saya dah mula blurr... apa kata kita mulakan sahaja artikel ini.

J: Silakan.

S: Para pembaca sekalian, artikel ini adalah siri keempat dalam kempen keempat The Matrix 101 di MistisFiles, dan siri ini adalah antara paling kontroversi dalam sejarah MistisFiles hampir satu dekad ini. Siri Matriks Hologram adalah berdasarkan penjelasan dunia Matriks yang memiliki ciri-ciri hologram dan ia menepati 'dakwaan' dalam ajaran kerohanian dan agama bahawa dunia yang kita berhidup kini semata-mata permainan dan kepura-puraan semata-mata.

Untuk akses ke artikel ini sila KLIK Entanglement

Selamat membaca!

-Temuramah disediakan oleh Srikandi


Monday, May 25, 2015

Temuramah Prelude 'The Dark Vatican'




Ini adalah temubual ringkas antara Hermit & M.O, yakni penulis siri 'The Dark Vatican' yang telah tertangguh selama setahun setengah, kini akan menemui pembaca dalam masa terdekat.

Ikuti temuramah yang menarik ini.




S: Hermit J: M.O


S: Agak lama anda tidak menulis kempen yang besar-besar sejak hiatus 2012 yang lepas.

J: (tersenyum) Ya, ada beberapa tugas yang melibatkan profesion saya menyekat kebebasan saya untuk menulis. Namun saya masih mengikuti trend dunia hari ini dan bagaimana pelan 10 tahun terakhir sejak The Feast of The Beast yang terakhir dijalankan.

S: Apa yang menarik untuk dijelaskan dari pemerhatian itu?

J: False flag yang lebih banyak sejak imej-imej Osama dan Al-Qaeda. Mereka perlu satu strategi marketing yang baru dan segar.

S: Objektif?

J: Untuk menggambarkan Islam dan muslim sebagai pengganas dan jahat. Ini adalah usaha subliminal message secara besar-besaran. Mass mindcontrol.

S: Ada contoh false flag yang telah mereka jalankan?

J: Sudah tentu dan ianya jadi perhatian. ISIS atau IS atau seumpamanya adalah kejuruteraan imej dan penjenamaan semula 'Islam sebagai paksi keganasan'. Ia amat terang-terang dan lebih licik. Seperti biasa, ramai yang terperangkap dengan 'game' seperti ini, sama seperti kes 'Osama'.

S: Terperangkap yang bagaimana? Jika saya kata IS itu benar?

J: (tersengih mengejek) Perhatikan, jika Osama dan AlQaeda tidak pernah menyentuh Israel, samalah seperti IS ini. Mereka hanya membunuh orang awam dari kalangan muslim sahaja.

Sama juga seperti IS ini,mereka hanya membuat huru-hara di sekitar Syria dan Iraq, untuk check n balance para pejuang Mujahidin yang ingin menggulingkan pemerintahan Bashar. Seperti yang kita lihat kini, rancangan mereka agak berjaya. Para mujahidin Syria semakin tenggelam dan telah kacau-bilau dengan imej IS.

S: Adakah lebih penjelasan lain?


J: Begini, cara untuk mengetahui halatuju sesuatu organisasi, adakah ia memberikan keuntungan imej dan bantuan fizikal pada Islam atau sebaliknya. Kewujudan Osama tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada nasib umat Islam yang tertindas di seluruh dunia. Ia hanya memberikan harapan palsu pada mulanya, kemudian kini ia lenyap bagai ditelan angin. Gosh!

Dia tidak pernah membantu rakyat Palestin atau membangunkan Afghanistan. Dia hanya berlakon dalam video bahawa perjuangan dia benar dan Tuhan akan menjahanamkan Amerika. Akhirnya dia hilang lenyap bagai ditelan bumi.

S: Di mana dia sekarang?

J: Bertukar identiti. Ini jawapan yang mudah. Data dipadamkan dan diganti baru.

S: Sungguh aneh, adakah satu keperluan untuk menggambarkan Islam sebagai agama keganasan?

J: Amat perlu bagi pelan mereka. Ia akan mewujudkan taboo dan alergi terhadap Islam. Ia membantu untuk mengurangkan statistik populasi muslim dengan penyusutan kemasukan dan peningkatan murtad. Ini selaras dengan 'depopulasi' mereka. Hanya orang-orang terpilih akan mewarisi bumi dan sudah pasti muslim bukan di kalangan mereka.

S: Mengapa bukan muslim?

J: Islam adalah agama yang menghalang cita-cita mereka.

S: Mengapa Islam? Apa cita-cita mereka?

J: Sekularisasi. Agama tidak diperlukan dalam hidup,atau jika perlu mesti disesuaikan dengan nafsu manusia. Dalam sekian banyak kepercayaan di bumi, hanya Islam yang merangkumi semua aspek hidup, dari tatacara masuk ke tandas sehingga tatacara menguruskan perbankan dan negara.

S: Ini benar-benar mengejutkan, jadi berbalik kepada kempen The Dark Vatican, apa kaitan semua ini jika kita boleh kaitkan sesuatu?


J: Paksi Luciferiancraft bukannya dibebankan kepada satu ras atau bangsa, misalnya Yahudi. Sebab Tuhan bukanlah zalim menciptakan satu bangsa untuk nasib seperti syaitan-syaitan. Cuma para Elit mereka SECARA TRADISINYA adalah dari kalangan rabbai-rabbai yang jahat.

Di sana ada Jesuit dan Christian Zionist dan ini semua adalah racun seperti Wahabi dan Syiah. Yang menjadi trivia, kedua-duanya adalah tesis dan anti-tesis. Diwujudkan untuk menimbulkan anggapan mereka adalah dua elemen yang berbeza, namun sebenarnya bekerja untuk bos yang sama.

Bani Israel memiliki tema yang boleh dimanipulasikan. Ini adalah kejuruteraan sentimen.

S: Apa kaitan dengan Vatican?

J: Ini adalah menarik jika anda melihat bahawa dunia Kristian itu sendiri adalah tema yang telah dimanipulasikan. Adat dan kebiasaannya adalah warisan paganisme Eropah yang pekat. Krismas dan Santa Claus itu sendiri adalah perayaan paganisme yang dipaksakan ke atas ajaran Nabi Isa dan Hawariyyun baginda. (Jesus & The Apostle)


S: Okay, apakah pesanan anda sebagai mukadimah kepada siri The Dark Vatican yang akan terbit di MistisFiles nanti?

J: Siri ini akan membawa anda menjelajah ke dalam lorong-lorong gelap di semua kaderal dan gereja Eropah serta ke dalam Sistine Chapel untuk melihat kesan-kesan pemujaan Iblis era paganisme Eropah. Semua paganisme Eropah adalah berdasarkan animisme, dewa-dewi yang menjaga alam sekitar. Ini berbeza dengan dewa-dewi Hindu yang berasal dari para raja-raja dan pahlawan zaman purba termasuk penjenamaan semula raja-raja Babilon dan Medes kepada kebudayaan Indus.

S: Mengapa siri ini tertangguh begitu lama, bukankah sepatutnya ia keluar pada bulan Mac 2014?

J: Beberapa kandungannya dapat dicapai oleh pepijat milik M16. Puncanya ialah cakera keras eksternal yang disambung ke laptop ketika online. Kandungannya tersebut amat sensitif dan pernah keluar dalam Wikileak namun ditarik balik. Jadi semua artikel ditapis sekali lagi supaya tidak ada keyword yang dapat dicapai oleh pepijat mereka. Tukar keyword sahaja dan mereka pun 'buta' (M.O tersenyum).

S: Ada apa-apa lagi nak dikatakan?

J: Di sana, di Saint Peter's Basilica, ada rahsia yang dipendam di bawahnya. Bukit itu... adalah bekas sebuah kuil pemujaan dewa yang memiliki dua alam, menurut kepercayaan orang Rom. Di bawahnya saban kali dilakukan pemujaan misteri yang dilakukan para kardinal berpangkat tinggi.

Semua upacara itu dapat dihubungkan dengan The Feast of The Beast dan The Wise Man. Saya ingin membuka minda anda bahawa orang-orang yang paling hebat dan dikatakan 'sekular' dan paling 'liberal' itu sebenarnya adalah penganut tegar paganisme dan sihir.

..................

OFF-THE-RECORD
mistisfilesv1.blogspot.com/




27 comments:

  1. salam berkayra tok..
    lama tak bertemu..
    moga ada barkahnya...

    ReplyDelete
  2. Sesiapa ada terjumpa PBT tolong repot kat dia ada kejadian songlap dan kelepet duit kerajaan tempatan melibatkan kerugian berbilion ringgit. Sila ambik tindakan segera. Penjenayah, perompak, penipu, sembang kencang hendaklah dibawa kemuka pengadilan. Kerjasama PBT amatlah dihargai bagi memertabatkan agensi berkuasa kerajaan yg telus dan amanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pbt tak amik pot kat report tu kecuali bila dah dapat greenlight. Semua penjenayah tu akan dihukum setimpal dengan perbuatan mereka. Kebanyakan kepala kepala setiap jabatan/ agensi dan sebagainya akan diganti tukar serta merta. dia tahu rahsia setiap mereka.

      Delete
    2. Aku rasa PBT yg korunk cari2 tu dah ada. Baru2 ni dia dah isytiharkan diri sbg pemimpin generasi baru. Hasil dari ilmu kacaf yg aku pakai dapatlah sikit2 aku decode rahsia yg korunk selalu komen2 tu. Dia ni tak muda, mungkin perasan muda. Tapi ciri2 PBT tu memang byk kat dia. 
      Keputusan kod yg aku dah nyahkan PBT tu adalah Pelayar Bugis Tua.
      Dia Perasan Bagus Too. Di samping tu dia Penakut Bini Tercinta. Sebab aku blaja dari mistikfile org melayu ni pandai belayar. Dia pun ilmu tinggi. Dia amal ilmu penabur. Ilmu penabur beri ringgit 1 malaysia. Ini ilmu tahap raja. Tapi adakah PBT ni maksud dia Pondan Bapok Tua? Korunk nyahkanlah sendiri kod2 rahsia ni. Nanti kita syer sama2.
      Aku harap korunk sumer dpt menerima kod yg aku dah rungkai ni. Kalau korunk tak suka jgn kutuk, cela, hina, caci, nista okeh. 

      Delete
    3. Wokeh bro tapi salah. Tq

      Delete
    4. Alamak ai, yeke. Aku memang dah lama minat kaji misteri mistik2 ni. Camana boleh salah pulak? Kalau PBT tak muncul sapa nak settlekan masalah negara ni.
      Takpe aku akan cari PBT sebenar. Kalau PBT fake tu korunk takleh terima. Mungkin yg jenis pakai selendang dan kupiah tajam ni kot.

      Delete
    5. Wron. Please try again,, :-)

      Delete
    6. Aku boleh cari PBT tu, cuma ko kene bagi aku nama kitab rujukan dan penulis kitab yg ko baca tu. 
      Pasal malam tu dia ada dtg jumpa aku. Paras dia mcm budak remaja. Rasa dek aku makhluk jin gak tu. 

      Delete
    7. Ok PBT detected. Nama dia kalau tak Isa, Amin. Diorang ni tak lepas nak balik. Mungkin tu lah suara2 yg dikatakan dari tuhan yg maha penyayang.
      Kalau Allah berkalam pakai Quran. Main bisik2 ni tak jin satan. Tapi korang kalau halau hantu jangan bawak naik bas skolah. Ini salah, syaiton mestilah direjam. Bukan bawak jalan2 naik bas.

      Delete
    8. "seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi"
      "Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan"
      berdasarkan clue di atas korang dah dapat baca tak PBT yg dicari2 tu? Mungkin dia ni Pemimpin Barua Talibarut. Baru2 ni dia pegi s'wak dekat dgn sabah, Sekali dia sembang kencang kat sana semalam sabah gempa bumi. Hint lah tu dia PBT sampai bergegar gunung kinabalu. Kene kencing mat saleh pun ye gak kot.
      Hati keping besi tu memang iyalah, orang bagi sumpah seranah apa kat dia pun dia tetap berhati waja. Bukan hati keping besi je, ingat tembok berlin pun ada kat muka dia kot.

      Da Vincci Devil. Sokong MU Pun Kalah.

      Delete
    9. Nice try but wrong. Ko nak kitab rujukan? Bacalah al quran dengan bacaan tartilan. Mesti jumpa. Kalau tak jumpa tu maknanya ko tak baca secara tartilan lagi la...

      Delete
    10. Bisikan ada macam macam bisikan. Selalunya bisikan dari qarin syaitan yang membisik ke dalam hati. Inilah yang paling common dan biasa. Dan inilah yang mengajak ke arah kejahatan.

      Tapi bukan semua bisikan itu jahat walaupun sangat sedikit yang boleh dikenal benar seperti bisikan yang datang kepada para rasulin, auliya dan mereka yang dipilih dan terpilih. Siapa? Hanya Tuhan Yang Tahu. Kenapa? ? ?

      Ramai orang beranggapan dosa zina, gay dan peras ugut tu dosa besar sebesarnya. Ya memang benar dosanya sangat besar tapi tak boleh compare lagi dengan dosa para ulama su' yang jauh lebih besar yang suka suka hati mengubah hukum hukum Tuhan. Fitnah yang mereka lakukan di muka bumi pasti akan kembali ke atas muka muka dan batang leher mereka.

      Delete
    11. takpelah kalau dah salah nak buat macamana. PBT ni memang mystic mysterious betullah. Aku carik dia pasal dia tengah in sekarang ni. Tu yg aku bersungguh siasat.
      Dia ni macam halimunanlah. Orang seru dia, tahu dia ada, dia datang tapi orang tak perasan bila dia sampai.
      Takleh cerita lebih2, nanti M16 tgk. Korang taulah kan kalau M16 ada mat bond double 0 seven mesti ada punya tu.

      Delete
  3. Juga tolong siasat kes kecurangan dark evil dalam tabung haji yg taknak mengundurkan diri sendiri. Hantarkan lembaga tersebut ke Palestin utk kerja2 amal, palestine memerlukan dia. Duduk sana lagi lama lagi bagus.
    Darkness is nice, darkness can't stop you. From doing all the things in life u'd like to.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah contoh satu produk pecah belah hidden hand. penyubur budaya caci maki dan mengesyak wasangka sesama islam. padahal bukankah Allah dah berfirman berpeganglah pada tali Allah. manakala caci maki dan syak wasangka tu datangnya dari setan. tapi nampaknya banyak manusia lebih suka ikut kata setan dari firman Allah macam anon kat atas ni.

      jentayu

      Delete
    2. Ayu jgn ckp camtu. Ntah2 anon tu ada hand of god mcm Maradona ke. Org islam mana curik duit haji senyap2 buat beli tanah. Curi duit hidden hand. Kalau org amanah kita simpan duit nak pegi haji, kita takleh kidnap duit tu buat beli barang lain dosa tau. Yg pecahbelahkan org ni selalu feero'n. Memecahkan antara kaya miskin, atas bawah, elit street, senang susah mereka punya keje la tu. 
      Hidden hand selalu ambik balaci yg top2 mgmt je. Yg smart2.

      Delete
  4. Salam kepada saudara Abatasa dan pembaca blog,

    Seperti yang boleh teliti daripada dialog tu, boleh kita lihat musuh pihak Nasrani/Vatican ni adalah agama Islam lalu mereka merencanakan agenda sekularisasi dalam kehidupan manusia khususnya umat islam pada zaman sekarang.

    Dan agenda sekularisasi yang paling aktif dan sedang bergiat jalan sekarang adalah sekularisasi ilmu di pengajian peringkat tinggi (Universtit,Kolej) hatta pengajian peringkat rendah (Sekolah). Hal ini telah menyebabkan kekeliruan dalam pemahaman ilmu dan seterusnya mencetak generasi yang berada dalam kekeliruan ilmu tersebut. Begitu juga lahirnya seorang pemimpin daripada hasil sekularisasi ilmu tersebut, khususnya Institusi pengajian tinggi yang telah melahirkan pelbagai pemimpin,pentadbir,peniaga,peguam,dan sebagainya.

    Sukacita untuk dimaklumkan bahawa sebenarnya sudah wujud idea dan gagasan Pengislaman Ilmu Kontemporari yang dibawa oleh Yang Mulia Tan Sri Prof Syed Mohd Naquib Al-Attas semenjak tahun 1970-an lagi untuk menangkis serangan sekularisasi ilmu yang sememangnya sudah merebak dalam masyarakat ketika itu. Kerajaan Malaysia sewaktu awal tahun 1990-an memang pandang akan idea tersebut dimana disokong oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dengan menubuhkan UIA serta ISTAC(International Institute of Islamic Thought and Civilization). SMN Al-Attas dilantik sebagai Pengarah ISTAC malahan senibina ISTAC itu sendiri diilhamkan oleh beliau.

    Sebenarnya ada kaitan panjang DSAI dengan gagasan ini disebabkan beliau sendiri pernah menuntut ilmu dengan SMN Al-Attas(pernah berjawatan pensyarah di UM) pada tahun 70-an dahulu lalu ditarbiyah dengan perjuangan serta giat dalam ABIM (cerita lama nak kena selak semula). Cuma lani jalan cerita DSAI dah jadi lagu lain.

    Dipendekkan cerita SMN-Al-Attas dan orang-orang kananya dibuang/dipecat tanpa surat tunjuk sebab daripada ISTAC padas tahun 2002 (mungkin kerana tiada modal dan sokongan politik?)

    Dan sekarang ni perjuangan Al-Attas diteruskan oleh anak murid kanan beliau Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, Pengarah CASIS (Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation) UTM-KL yang menerbitkan karya karya mengenai gagasan ilmu dalam islam.

    Para hadirin blog boleh rujuk karya Al-Attas Islam And Secularism (1970)
    http://www.goodreads.com/book/show/1458748.Islam_and_Secularism

    Cucu Mohammad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cucu mohammad. Akhir zaman ni dah tak boleh percaya siapa. Yang paling benar ialah dari ilham bisikan hati yang paling terdalam dari Tuhan yang Maha Penyayang. Bukan dari ulama yang ditunjuk tunjuk. Bukan pula ulama yang dikenal. Apatah lagi dari al kaafirun semuanya.

      Delete
  5. Hahahahaha macam menarik jer.. Join boleh..? 0163163615 Ara Damansara Subang Selangor.. ( tak faham sgt tapi saya sudi belajar) bolehhhh loorrr

    ReplyDelete
  6. Macamlah kamu hebat

    Disember2014 Januari2015 lalu semenanjung kena banjir oleh Obama, nangis-nangis melayu meratap harta benda bernilai juta tengelam

    Srikandi, MO dan gengnya Freemason Melayu Bawahan. Mereka tu sejak 2008 dari dulu ada hati mau lawan Vatican kontol

    Memang ada berlaku, freemason bawahan ada hati mau lawan higher-up Elit

    TAPI TAK HEBAT.

    Janji dinar emas pun dicapati. Mana janji kamu kononnya nak martabatkan emas

    Hakikatnya, mereka MO dan geng kononnya pembela kebenaran tak mampu lawan freemason cinababi pengamal riba.

    Dan sangat lama juga sejak merdeka acuan British freemason melayu ikut sama mengamal riba Bank Negara kan wakil riba

    Ntah-ntah MO ni anjing freemason cina di Penang. Kononnya musuh padahal satu geng dgn cinababi

    Bukan kamu tak tahu melayu perogol senang dibeli cinababi

    Bukan kamu tak tau freemason melayu anjing freemason cina

    Diburu M16 konon
    Diburu CIA konon

    Makan tahilah kamu menipu tak sudah-sudah puak konpirasial

    Kita tengok apa puak pengkaji tahi konspirasi buat cerita bohong seterusnya.

    Tak hebat pun ada hati mau lawan Vatican

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo benar kalian pembongkar konspirator, bongkarkan dan mujahadah dulu hati. Jaga Rukun Islam dan Rukun Iman. Dah bersih mata hati baru boleh lihat yang mana haq dan bathil. Jangan terpengaruh dengan penyakit AlWahn, cinta duniawi. Soalan yang simple, adakah kalian takut mati atau ternanti nanti akan kematian itu kerana rindu kepada Allah swt?? Kalo dah dapat yang kedua, Alhamdulillah boleh berjuang bersama

      Delete
    2. Kalo benar kalian pembongkar konspirator, bongkarkan dan mujahadah dulu hati. Jaga Rukun Islam dan Rukun Iman. Dah bersih mata hati baru boleh lihat yang mana haq dan bathil. Jangan terpengaruh dengan penyakit AlWahn, cinta duniawi. Soalan yang simple, adakah kalian takut mati atau ternanti nanti akan kematian itu kerana rindu kepada Allah swt?? Kalo dah dapat yang kedua, Alhamdulillah boleh berjuang bersama

      Delete
  7. Wants to attain an appropriate, Eco Maxx faultless look they want. however, not all of us can come up with the money for to go through those unique remedies so we have no desire but to resort to fundamental skin care pointers, coupled with.For more ==== >>>>>> http://www.skinshining.com/eco-maxx-anti-aging-cream/

    ReplyDelete
  8. Hai semua

    Nama saya Ahamad Faudzi Abd dari MALAYSIA. Saya mengalami trauma kewangan kerana saya ditipu dan ditipu oleh banyak syarikat pinjaman dalam talian dan saya fikir tiada apa yang baik boleh keluar dari urus niaga dalam talian tetapi semua keraguan saya segera diambil untuk berehat dan pergi apabila rakan saya memperkenalkan saya pada mulanya ke syarikat SEMUA GLOBAL PINJAMAN GERAN, saya fikir ia masih menjadi permainan cheaters yang sama, tetapi rakan saya meyakinkan saya, dan saya juga melihat testimoni yang lain, saya terpaksa memaksa diri untuk mengikuti semua proses, pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua keperluan, saya mendapat pinjaman sebanyak RM 5.000.000 dalam akaun bank MUAMALAT saya Apabila saya dimaklumkan di telefon saya, saya tidak pernah percaya, nampaknya saya bergegas ke bank untuk memastikan ia benar dan benar, dan pinjaman itu ada di dalam saya akaun, saya menarik diri tanpa komplikasi dan melabur dalam perniagaan saya Venture.

    Sekiranya anda ingin pinjaman hari ini untuk perniagaan dan memulakan hidup, syarikat, dan kontrak besar anda, sila hubungi SEMUA GERAN GLOBAL GLOBAL pada e-mel mereka di bawah.
    E-mel ............. allglobalgrantloan@gmail.com

    Dan jika anda mahukan maklumat yang betul dari saya, maka anda boleh menghubungi saya melalui e-mel peribadi saya (aahamadfaudziabdlatif5@gmail.com)

    Saya seorang pemandu TRUCK biasa, tetapi sekarang saya mempunyai TRUCKS dan saya menjadi penyokong besar, saya memberi jaminan kepada anda semua bahawa anda akan mendapat pinjaman anda daripada SYARIKAT yang baik ini.

    SYARIKAT: SEMUA GANJARAN PELANGGAN GLOBAL
    Tel ............. +1 (304)997-4034
    e_mail .......... [aahamadfaudziabdlatif5@gmail.com]

    ReplyDelete
  9. NICE ONE KEEP POSTING http://www.enews.pk/khabar-garm-hai-26th-october-2020/

    ReplyDelete
  10. Memgarut jer semua ni. Semua nak publisiti murahan.💩💩💩

    ReplyDelete
  11. Saya baru saja mengajukan Pinjaman Mobil dari Pak Pedro dan perusahaan pendanaan investasinya dan Pinjaman Tanpa Subsidi. Setelah melakukan riset terhadap berbagai pemberi pinjaman, saya memilih Discover karena mereka tampaknya menawarkan beberapa manfaat terbaik di pasar (saat ini) dengan tingkat suku bunga 2%. Hubungi Tuan Pedro di pedroloanss@gmail.com melalui whatsapp: +393510140339. untuk mengajukan segala jenis pinjaman.

    ReplyDelete