Pages

Monday, September 23, 2013

Jari Dajjal


Sentuhan Dajjal - tersembunyi dalam logik akal...

Sehingga kini kita dihidangkan dengan lakonan beberapa watak yang sentiasa berusaha melindungi antara satu sama lain. Rahsia dalam rahsia. Rahsia atas rahsia. Permainan sulit yg tidak dapat muncul dipermukaan atau dihidangkan untuk pengetahuan umum. Langkah menyembunyikan maklumat sebegini, wayang akan dicipta dan dihebahkan. Fakta sebenar dibenamkan dan fakta palsu mengambil tempat. 

Ini adalah rencah Dajjal. Inilah cara Dajjal. Matlamat utama ialah mengelabui dan mengelirukan pemikiran manusia disamping melaksana berbagai agenda tersembunyi. Manusia sedunia dipermainkan dan dipaksa menjadi bidak (pawn) melakukan pengorbanan sia-sia.

Fitnah Dajjal cukup besar dan dahsyat. 

Pernahkah kita dengar ungkapan itu?

Siapa peduli? Siapa pula yang tidak peduli? Jangan disangka dalam air yang tenang itu tiada buaya. Jangan disangka orang yang berwatak alim itu adalah ... Jangan disangka ....

Itulah anatara resepinya Dajjal dalam mengatur langkah menguasai muka bumi, semua ini hanya dapat dikesan oleh mereka yang berfikiran waras. Dan terus menerus berusaha mencari kebenaran. Allah Maha Bijaksana.

Wakilnya juga bijak menyembunyikan diri. Namun ada yang tidak dapat disembunyikan.


Rumahnya saja RM7 juta

8 comments:

  1. agak panas pendedahan ini... kalau lagi jelas lagi bagus ... jangan main sembunyi2...

    ReplyDelete
  2. ada kaitan ke ni...

    AIDCNews – 23/06/12 -“Bagi saya, duit bukan perhitungan bagi Anwar lagi. Sebab dari sudut duit, dia sudah ada segala-galanya,” kata Ezam Mohd Nor ketika ditemubual secara eksklusif oleh AIDC.

    Katanya lagi, “Kalau orang yang boleh buat rumah setelah keluar penjara, rumah yang bernilai RM7 juta. Apakah duit menjadi persoalan ? Sudah tentu tidak.

    “Itu rumah yang kita tahu. Kita tak tahu lagi berapa banyak rumah-rumahnya di tempat-tempat lain.

    “Duit tidak pernah menjadi faktor kepada Anwar sebab dia ada segala-galanya. Dia sudah cukup, lebih daripada cukup dari segi duit”.

    Ketika ditanya berapakah jumlah simpanan duit Anwar, Ezam menjawab, “Kalau hartanya RM7 juta pun, dia tidak akan menghabiskan hartanya semata-mata untuk membuat rumah RM7 juta. Maknanya, dia ada lebih banyak daripada itu.

    “Hakikatnya dia boleh membuat satu mahligai berharga RM7 juta. Maknanya dia memang cukup mewah”.

    more info http://www.anwaraidc.com/?p=25544

    ReplyDelete
  3. ramai2 gi bangkok hihi.. sanjung ketua komunis.. nak bawa balik abu mayat.. apa la bodoh nak mampos. ikut telunjuk dajal juga ker?

    ReplyDelete
  4. Terdapat 12 kaum telah dibinasakan Allah, kaum pertama adalah kaum Lumur atau Lumerian, kaum dataran bawah bertamadun tinggi di zaman Nabi Allah Nuh, dibinasakan dengan banjir besar di empat penjuru dunia. Kaum ke 2 pula adalah kaum dataran rendah, kaum Add atau Atlantis di zaman nabi Allah Hud, dibinasakan dengan ribut pasir, manakala kaum ke12 pula adalah kaum Saba' di zaman Nabi Sulaiman, dibinasakan dengan banjir besar kali ke2 Al Arim. Kaum ke13 yang bakal dibinasakan, mengikut pengiraan ganjil adalah kaum lingkaran api pasific atau pacific ring fire/lingakaran gempa, pulau-pulau yang dipenuhi gunung-gunung berapi aktif, ancaman thunami, dan penggeseran khutub serta kecairan ais yang bakal mendatangkan banjir terbesar kali ke3. 2/3 pulau-pulau Indonesia dan 2/3 Semenanjung Tanah Melayu bakal musnah dan tenggelam. Akibat dari segala bentuk kemungkaran, kekufuran, fitnah, konspirasi, pembohongan, segala bentuk maksiat yang dilakukan dengan sedar oleh umat Islam yang berumpun Melayu!!!

    ReplyDelete
  5. Setelah 2/3 bangsa Melayu yang kononnya beragama Islam binasa, maka akan turunlah Al Mahadi untuk memusnahkan pula bangsa yahudi, kemudian dituruti oleh Isa Al Masih untuk mengislamkan semua kafirun!!! KENAPA KAFIRUN tidak binasa pada peringkat awal??? Jawapannya adalh kerana UMAT ISLAM DIWAKTU INI LEBIH KAFIR DARI KAFIRUN!!! Ulamak ulamak contohnya berebut-rebut menjual ayat-ayat Allah dalam ceramah mereka yang berbayaran tinggi, para menteri berebut-rebut mengumpul harta, yang tak kaya berebut-rebut nak jadi kaya dan yang paling menjadi punca pada segala bentuk kekufuran, kemungkaran, kemaksiatan dan segala bagai pendehakaan itu adalah manusia melayu beragama Islam dari yang paling tinggi sampai kepaling rendah!!!

    ReplyDelete
  6. Sujud itu hanya kepada Allah.
    Beruntunglah mereka yang ikhlas dalam keimanan.

    ReplyDelete
  7. Dajjal ialah manusia yg amat bijak sebab dia umur panjang, dia berumur beribu2 tahun...Dia memiliki ilmu yg sangat tinggi melebihi manusia normal...Dengan dibantu oleh Iblis Azazil yg berumur berjuta2 tahun yg amat bijak dan berpengetahuan amat tinggi dlm banyak segi...2 gandingan mantap ni saja cukup untuk meranapkan kekuatan agama dan kekuatan manusia...

    ReplyDelete