Pages

Thursday, July 5, 2012

Bencana Serangan Liberalis, Mampukah Malaysia Bertahan?


Apa tanggung jawab anda dalam menghalang "FITNAH" ini dari menghancurkan ummah? Ia tak ubah sebagai salah satu FITNAH DAJJAL yang sedang menular dengan rakusnya sehingga para ulama pun kehilangan cara untuk menahannya.




Tangan Dajjal

Kita perhatikan, apabila ia dikatakan sebagai "Fitnah Dajjal" maka ada diantara kita akan segera menafikannya. Sebab apa mereka nafikannya? Sebab ia tidak menguntungkan mereka barangkali. Atau mereka sudah pun terhasut dan sedang berada dibawah naungannya. 

Malapetaka ini tidak mempamirkan bahangnya sebagaimana gunung berapi. Ia tersembunyi secara rahsia di sebalik agenda lain. Wayang dipertontonkan bagi menghalang agar kewujudannya tidak terzahir secara nyata kepada masyarakat. Malangnya ada ulama yang berpengaruh telah tahu mengenainya tetapi sengaja mendiamkan diri demi cita-cita tersembunyi. Sesuatu yang amat mengecewakan. Di sinilah terselindungnya ujian maha dahsyat ini. Memaut dan mengheret banyak jiwa yang tidak berdosa untuk ikut bersubahat.

"Dajjal memiliki gunung roti ketika manusia sedang kelaparan". Mungkin ada yang dapat memahami makna tersirat ini. Akibat gagal dalam ujian ini, akan tenggelamlah mereka dalam kekufuran. Mungkin kita masih dapat bertahan, bagaimana dengan anak dan cucu kita nanti?

Suatu hari nanti mungkin dalam masa terdekat, agenda mereka akan dihalalkan. Ia bakal diangkat sebagai "kebebasan sejagat" apabila pendokongnya mempunyai kuasa. Pada waktu itu, penularannya sudah pasti tidak dapat dibendung lagi. Nasi sudah bercampur najis, jika ia setakat menjadi bubur masih lagi dapat kita jamah walaupun tak sesedap nasi.

LIBERAL, LIBERALIS, ISLAM LIBERAL dan LIBERALISMA DI MALAYSIA



Golongan ini semakin menonjolkan diri semenjak peristiwa 11 September 2001, ketika umat Islam dilanda krisis dan fitnah yang dilemparkan oleh Barat dan pendokong-pendokong mereka. Ada pihak yang mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh, cuba menjadi wira dengan memperkenalkan “moderate muslim”, kononnya bagi menunjukkan ajaran Islam itu ramah (Islam baru yang lebih ramah), walhal agama Islam sudah sememangnya ramah dan sememangnya bersifat wasatiyah. Mereka bukanlah meramahkan Islam sebaliknya meremehkan hukum dan ketetapan Islam itu sendiri. Semestinya golongan ini mendapat pengiktirafan dan sumbangan dari Barat sama ada dari segi peruntukan dan sebagainya.

Siapakah mereka?

Mereka ialah pendokong dan penganut Islam Liberal yang menjadikan ideologi liberalisme sebagai pegangan mereka.

Umat ini memang ditimpa pelbagai masalah dan musibah, tetapi penyelesaiannya bukanlah dengan mengimport ideologi-ideologi kufur yang bertuhankan selain Allah ataupun menempelkan ideologi-ideologi ini pada Islam. Bahkan mereka menjadikan Islam semata-mata sebagai “cosmetic make-up” bagi mengaburi mata umat, sedangkan di sebaliknya mereka membawa satu agenda Kristianisasi yang sangat halus. Kristianisasi ini bukanlah semata-mata mengkristiankan orang Islam, tetapi sudah cukup dengan mengeluarkan orang Islam daripada pegangan mereka yang asal.


Saya tidak ingin merungkai panjang sejarah asal liberalisme, tetapi kita perlu mengetahui bahawa liberalisme adalah kesinambungan sekularisme iaitu pengasingan agama daripada pengurusan pemerintahan dan kehidupan. Liberalisme ialah ideologi yang lebih “advance” iaitu manusia mempunyai kebebasan mutlak dalam tingkah laku mereka tanpa terikat kepada undang-undang atau penetapan dan meletakkan neraca akal dan logik melebihi segala-galanya termasuk neraca wahyu. Kebanyakan penganut Islam Liberal menggelarkan diri mereka sebagai reformis dan golongan ‘renaissance’ yang kononnya membawa perubahan pada masyarakat, padahal mereka hanya meruntuhkan sesuatu yang sudah kukuh tanpa membina sesuatu yang baru. Secara ringkasnya mereka hanya ada kemahiran meruntuhkan tanpa kemahiran membina.

Jika kita menyingkap kembali isu-isu yang berlaku di sekitar tahun 2012 di Malaysia, daripada isu murtad dan kristianisasi hinggalah isu kemasukan tokoh liberal ke negara ini, dapat kita lihat corak dan strategi mereka yang akan menangguk di air yang keruh, berusaha mempamerkan diri mereka sebagai penyelamat dan penyelesai masalah bahkan menggambarkan pihak berautoriti agama sebagai pihak yang bersalah. Antaranya dalam isu LGBT, Erykah Badu, Hamzah Kashgari, Irshad Manji dan isu terbaru berkenaan gerakan Syiah di Malaysia.

Jika diteliti kenyataan-kenyataan mereka khususnya Islamic Renaissance Front (IRF) terhadap isu-isu berkenaan, mereka sering memetik dan menterjemahkan ayat 256 daripada Surah al-Baqarah yang bermaksud, “Tiada paksaan dalam urusan agama,” dan menggunakan ayat ini bagi menyokong slogan “freedom of speech” iaitu kebebasan suara. Sedangkan ayat ini sebenarnya bermaksud, “Tiada paksaan dalam menganut agama Islam”, dan ayat ini ditujukan kepada golongan bukan Islam yang mana mereka tidak boleh dipaksa untuk menganut agama Islam. 

Bagi penganut Islam pula, setelah menganut agama Islam, mereka perlulah mengikuti dan mentaati perintah arahan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan terikat kepada peraturan dan undang-undang Islam. Kebebasan bersuara melebihi sempadan syara’ bukanlah suatu yang bersifat moderat bahkan ekstrim dalam bersuara, sehingga ke tahap menafsirkan Al-Qur’an sesuka hati mengikut nafsu mereka. 

Neraca mereka bukanlah Al-Qur’an, Sunnah, Ijma’ Ulamak dan Qiyas lagi, tetapi ‘sunnah’ Human Right Watch dan Deklarasi Universal Hak-Hak Asasi Antarabangsa (Universal Declaration of Human Rights (UDHR) 1948). Bahkan sewenang-wenangnya berijtihad menggunakan dalil-dalil syaral dengan menggunakan logik akal tanpa berpandukan kaedah-kaedah syarak yang betul dan syarat-syarat yang telah ditentukan.


Siapa di sebalik mereka?

Jika dilakukan sedikit kajian, di sebalik golongan Islam Liberal ini terdapat pemikir-pemikir barat seperti Cheryl Benard, Benard Lewis, Richard Nixon dan beberapa orang lagi yang sebahagian besarnya terlibat dalam penafsiran Islam Liberal. 

Usaha pembiayaan golongan liberal ini juga berjalan secara terancang bagi mengangkat golongan ini di mata dunia. Setelah Barat memecahkan umat Islam kepada kelompok ‘fundamentalist’ dan ‘moderate’ mengikut tafsiran mereka sebelum ini, mereka cuba mencipta pecahan kelompok Islam yang baru iaitu Islam Liberal dengan menggunakan nama Moderate Islam, yang mana diangkat sebagai Islam yang dikatakan sederhana dan melabelkan golongan fundamentalist sebagai golongan yang ekstrim dan radikal.

Mengikut laporan tahunan 2010 oleh National Endowment of Democracy (NED) yang diterbitkan pada Ogos 2011, terdapat beberapa organisasi di Malaysia yang menerima dana yang dibiayai mereka bagi mempromosi usaha-usaha demokrasi yang selari dengan objektif NED (Amerika Syarikat), antaranya media online seperti Malaysiakini, dan badan NGO hak asasi manusia seperti SUARAM. 

Pembentukan golongan moderat ini bagi membentuk persekitaran politik dan undang-undang di negara Islam seperti yang dicita-citakan oleh Barat, mengikut acuan mereka.


Umat Islam perlu melihat permasalahan ini dari sudut pandangan yang lebih luas dan dalam, tanpa terperangkap dalam kotak pemikiran yang sempit termasuk melalui perspektif politik kepartian. Kita perlu sedari bahawa peperangan sekarang ialah peperangan arus globalisasi, antara Arus Globalisasi Barat dan Arus Globalisasi (‘Alamiyah) Islam. Arus mereka berpadu dan bersepakat dalam mengikis jati diri umat Islam termasuklah umat Islam Melayu di Malaysia. 

Penting bagi pihak kerajaan, pembangkang dan rakyat untuk menilai apakah aulawiyat (keutamaan) semasa, dalam menjaga kepentingan orang Melayu selaku majoriti umat Islam di negara ini. Kesepakatan tanpa kompromi amatlah perlu dalam membendung ideologi-ideologi ini. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Jangan nanti sudah terhantuk baru terngadah.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia atas usaha beliau meletakkan Agenda Islam Dalam Transformasi Negara dan juga jaminan yang diberikan bahawa LGBT, liberalisme dan pluralisme tidak akan mendapat tempat di negara ini. Begitu juga cadangan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS agar penetapan Islam sebagai cara hidup diperuntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia.

Komitmen semua pihak, tidak kira pihak kerajaan, pembangkang, kerajaan-kerajaan negeri, pentadbiran pusat dan negeri, agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, tokoh-tokoh masyarakat serta seluruh rakyat dan warganegara tanah air tercinta ini untuk memelihara serta mengukuhkan lagi kedudukan agenda Islam di dalam negara menjadi satu jaminan dan imunisasi awal ke arah melihat kedudukan Islam akan terus terpelihara buat generasi akan datang.

Rujukan :
Demokrasi liberal: Strategi penjajahan baru Barat di dunia Islam (Siri 2), http://www.ismaweb.net/v4/2012/06/demokrasi-liberal-strategi-penjajahan-baru-barat-di-dunia-islam-siri-2/
Khalif Muammar, Atas Nama Kebenaran, Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal, Edisi Kedua.(2009). Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia:Bangi.


Oleh: Muslim Bin Abdullah Zaik

Perkara ini juga pernah dibincangkan oleh akhbar PAS, Harakah. Semoga semua umat Islam sekata menghalang perkembangan tidak sihat ini dari menghancurkan dunia Islam. PAS tahu PKR menjadi penaja pergerakan berkaitan Islam Liberal dan Liberalisma, namun terpaksa memendam rasa demi kepentingan politik dan mengelak kontroversi.

Masih belum jelas apa pandangan rasmi pemimpin PAS mengenai isu ini. Belum ada sanggahan hebat dari mereka terhadap penglibatan PKR secara langsung dalam menjayakan program LGBT, Pluralisma dan Islam Liberal ini. Semoga pemimpin akan lebih terbuka dalam usaha menghalang berleluasanya pengaruh Islam Liberal di Malaysia.

Kita harus sedar semuanya akibat kealpaan kita melihat perkara ini dengan serius. Sebahagian besar dari umat Islam Malaysia berada dalam bahaya. Bermula dari terpengaruh dengan Wahhabi dan kini mula menyeberangi sempadan menyokong Islam Liberal pula.

Kerajaan BN juga sepatutnya lebih bersungguh-sungguh menjaga agama Islam dari dicemari oleh anak buah Zionis ini. Apa yang kita harapkan mereka yang terlibat menjahanamkan agama mulia ini disiasat dan dihukum. Oleh itu sangat penting bagi kita semua menyeru agar UMNO, PAS dan JATI bersatu dalam menangani ancaman mereka. Keikhlasan mereka akan dinilai oleh Allah swt.

Ini petikan dari HarakahDaily:



Golongan Islam Liberal ini tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hukum fekah. Segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama termasuk hal yang telah menjadi ijmak ulamak, termasuk tafsiran daripada Rasulullah s.a.w. dan sahabat serta ulamak mujtahid ditolak oleh mereka.

Pengaruh liberalisme yang telah terjadi dalam agama Yahudi dan Kristian mulai diikuti oleh sekumpulan sarjana dan pemikir muslim termasuklah dengan menubuhkan forum diskusi dan institusi seperti Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia dan Sister in Islam (SIS) di Malaysia.

Gerakan Islam Liberal ini sebenarnya adalah lanjutan daripada gerakan modernisme Islam yang muncul pada awal abad ke-19 di dunia Islam sebagai suatu konsekuensi interaksi dunia Islam dengan tamadun barat. Modernisme Islam tersebut dipengaruhi oleh cara berfikir barat yang berasaskan kepada rasionalisme, humanisme, sekularisme dan liberalisme.

Rancangan musuh-musuh Allah dan muslim, iaitu Zionis dan Amerika adalah untuk memecahbelahkan umat Islam dengan memberi sokongan kepada golongan Islam yang radikal dan pada belahan dunia Islam yang lain mereka menaja kelompok Islam liberal, disamping menghidupkan semula tarekat-tarekat sufi yang menyimpang, MAKA gambaran majoriti umat Islam sebenar yang mengikuti manhaj ahli sunnah wal jamaah dan menjadi umat pertengahan tidak dapat dilihat dengan jelas.

Menurut penganut dan aktivis kumpulan Islam liberal ini, agama hendaklah disesuaikan kepada realiti semasa, sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas-nas syarak secara qat’ie. Jika terdapat hukum yang tidak menepati zaman, kemodenan, hak-hak manusia, dan tamadun global, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan.

Sebenarnya, program Islam liberal ini dilancarkan oleh barat untuk memperkuatkan liberalisme politik di negara-negara umat Islam setelah gagalnya sekularisme di Timur Tengah (dunia Islam). Bagi mereka, tanpa liberalisme Islam yang kuat, maka liberalisme politik di Timur Tengah dan negara umat Islam yang lain tidak akan berhasil. Kerana itu, mereka menaja kumpulan-kumpulan dan individu-individu tertentu di negara-negara umat Islam untuk mempromosikan fahaman Islam liberal ini.

Secara ringkasnya, ada tiga bidang dalam ajaran Islam yang menjadi sasaran liberalisasi iaitu; [1] liberalisasi bidang aqidah dengan penyebaran fahaman pluralisme agama, [2] liberalisasi bidang syariah dengan melakukan perubahan metodologi ijtihad, dan [3] liberalisasi konsep wahyu dengan melakukan dekonstruksi terhadap al-Quran.

Semoga Allah selamatkan kita daripada sebarang bentuk kesesatan.

--Harakahdaily

27 comments:

  1. kakakak... Najib jaga Islam... pembohong yang nyata... aku tengok dia org buat bodoh je dgn artis2... akhkak anak2 muda... sudah beb... mana ada PM kita amik tau pasal Islam... bini sendiri tak bertudung camne nak pimpin umat.. aduh lawak di pagi hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. udahlah.. limkitsiang anak beranak nak jaga islam lepas ni wei

      Delete
    2. sekadar mengkaji ikut kulit ....tapi isi tu yang lagi penting...kalau tengok luaran pas pakai kopiah pejuang "hudud" tapi isinya? fikirkan....adakah kita pernah merasa nikmat islam bersaudara?

      Delete
  2. ni satu lagi usaha utk mempertahankan umno/najib.apa yg umno /bn buat selama ni?

    1-sistem kewangan/perbankan/ekonomi masih lagi berasaskan riba.
    2-tiada undang2 dibuat utk membolehkan kerajaan dan agensi2 yg berkenaan menahan orang2 yg mengistiharkan murtad.
    3-undang2 yg terhad terhadap kesalahan zina/khalwat dlm undang2 syariah negeri2.
    4-kuasa jakim yg terhad.
    5-hak asasi manusia yg mengancam islam;Seksyen 4(4), Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
    1999 (Akta 597)
    6-menghina hukum allah;Membenci sesuatu sistem yang
    ada dalam Islam. Melihat hukum-hukum ciptaan manusia sebagai yang terbaik dan
    hukum-hukum syariat sebagai ketinggalan zaman. Melebihkan sistem yang lain ke
    atasnya atau menyamakannya. Mempersendakan sesuatu yang datang daripada al-
    Qur‘an dan al-Sunnah, atau syiar Islam.
    7-tindakan murtad perlu dilihat bukan dari segi
    hak peribadinya untuk menukar agama, tetapi dari aspek adanya unsur “hirabah’’,
    iaitu serangan terhadap dasar-dasar agama yang menjadi tonggak utama kerajaan
    Islam. Lantaran itu, langkah-langkah perlu diambil bermula dari proses memberi
    penjelasan bagi merungkai keraguannya, meminta supaya bertaubat dan berakhir
    dengan pelaksanaan hukuman bunuh atas dasar “hirabah’’ (al-qatlu hirabatan)
    sekiranya ia tetap berdegil mempertahankan pendiriannya untuk murtad. Ertinya
    murtad dibunuh bukan atas kekufuranya, tetapi atas dasar hirabah. (al-Buti, 2004:
    85-87).
    ** rujukan: http://www.islam.gov.my/sites/default/files/murtad_not_hak_asasi.pdf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu..semakin melayu.
      Masih acap kali menuding jari.Kau salah itu dan salah ini.Aku nampak pekung kau memang busuk lagi membusukkan.
      Apaka tiada kaedah lain yang lebih lunak dan manis untuk menegur sesama saudara.
      Usah sampai dikata orang...babi hutan lebih pandai bersaudara dan kasih kepada sesama bangsanya...tak seperti MELAYU.....................

      Delete
    2. kot masa dah tiba.. islam vs islam - dema dh ajar agama baru.. musuhi sesama islam tapi sekatil dengan bukan islam, salah org kecoh salah sdiri diam bisu.

      Delete
  3. copy paste.. hehe.. melayu memang dah jadi bodoh sombong.. dah lah bodoh sombung plak.. usaha untk selamatkan BN? huh... Islam Liberal yng diperkata, apa kaitan dngan BN? Memang semakin bodoh dan bengal kou nih.. melayu yang bodoh ini taraf mat rempit jer.. syabas.. semua berpunca dari manusia bernama anwar.. mungkin dah sampai masa anwar dan pengikut bendulnya dilumatkan. melayu akan bunuh melayu.

    ReplyDelete
  4. pemerhati senyap.. ngeriJuly 5, 2012 at 8:59 PM

    pergh!! ganasnya puak ni pertahankan LGBT.. nak tanya sket, haj hadi dan nik ajis tahu x anwar bawa islam liberal? kalau tak tahu memanglah bengap. sori ye? nak jadi pemimpin kenalah buat siasatan. tetapi... kalulah dh dia tahu .. buat2 x tahu n masih nak sokong.. hmmmm.. maknenya merekalah kan tanggung bala kerana bersubahat dan khianat kpd umat islam semua. faham2lah apa sebenarnya Islam yang dbawa pas.

    ReplyDelete
  5. dari korang bertekak / bercelaru / terbahak / terkahak / ada baiknya korang nie semua berdoa untuk kita sbg kaum melayu bersatu .

    ReplyDelete
  6. udah la weiii... itu porn star memekak kat twiter bila adun johor bg cadangan hukum hudud.. ada sesape kesah... udahlah.. kita perlukan KHALIFAH... sistem khalifah je yg dapat setelkan benda ni... tolong ini bukan isu politik... ini ISU UMMAH... tolong ketua negara islam Malaysia... perbetulkan ISLAM di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa yg nak start dulu ni jd khalifah?

      Delete
    2. Apakata kita bg kat Ibnu Nikmat, mana tau dia mampu.. alahai.. tak yakin la pulak... kurang fathonahnye.. hmm ..

      Delete
  7. betul betul betul... buat demo jom ?

    ReplyDelete
  8. jadi jom pakat2 boikot pilihan raya.

    ReplyDelete
  9. Agaknya apa yang akan jadi jika kesemua orang Melayu dan Islam seluruhnya memboikot pilihanraya????????? Ada idea?

    ReplyDelete
  10. Rakyat jelata percaya agama, golongan pandai tahu agama tipu, golongan politik guna agama

    ReplyDelete
  11. korang ni cam budak hingusan yang baru baca buku politik la.

    ReplyDelete
  12. hik hik ... kalu kita suma x gi ngundi.. bagus gak. kalu org kata kita bodo x per. janji tolak demokrasi haha.. x yah ambik tahu apa yng akan jadi.. kan mudah?

    pastu mabok demonstrasi la plak. huhu.. mlayu mlayu.. ehh apa nak buat bila ulama pong sokong libralisme.. sokong lgbt dan boss dia yang anut liberalisme pluralisme.. apa kita bleh buat? ikut jer? lg aku x paham bila nik aziz tak peduli atau sentuhpun masalah islam liberal yg dibwa anuar.. errr... pkr. apsal? apsal? kata nak jaga islam... camana tu?

    mlayu dungu.. x tau pun dah berkali2 kna kencing politikus.. nasib baik bukan tikus.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah hilang hak di tanah air sendiri,dah terantuk baru nak terngadah ?
      Sedar kah saudaraku semua,nasib anak bangsa kita bagai telur di hujung tanduk ?
      Kita hanya pemegang amanah warisan nenek moyang buat anak cucu kita kelak.Jangan lah kita hancur leburkan tanah air tercinta ini.
      BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH...

      Delete
  13. Assalamualaikum..
    Ancaman Liberalisasi pd sy sudah terlewat utk disedari krn ianya sudah merebak dlm semua sistem yg berjalan dlm negara kita sudah diresapinya tanpa anda semua sedari..Bagaimana ulat hendak meninggalkan buah sedangkan ia membesar dan makan pd buah yg penulis katakan sebagai ancaman itu..
    Semua penjawat Awam dan swasta dicuci dgn sistem ini..
    Melainkan dgn ulat pergi menjengah dan hinggap pd buah rohani yg tidak hanya mengenyangkan jasmaninya..
    Berapa ramai yg masih merasakan penilaian mereka benar dan org lain kurang tepat sama spt kita disini..
    Kadangkala sy jd tepu melihat perselisihan dlm mencari siapa pihak yg harus dipersalahkan..
    Sedangkan kita sendiri masih liat utk mengamalkan Sunnah,tidak berakhlak spt mana yg Allah dan Rasulnya ajarkan,berakhlak dgn akhlak Liberal lalu ingin menyalahkan org lain..Kitalah yg salah sbnrnya..Sbb itu Rasulullah s.a.w beristighfar 70 kali sehari sebagai mendidik kita mengakui kita adalah org salah didepan Tuhan..
    Kita dizaman ketiadaan Rasul,maka hidup kita ini menjadi org muda yg hidup tanpa org tua..Sbb itu salah menyalah ini berpanjangan..
    Rasul menyuruh kita berpaut pd pewarisnya lalu kita meninggalkan pewarisnya ttp pergi pd penguasa di akhir zaman ini..Kemudian kita salah menyalah padahal kita yg melanggar pesanan Rasul..
    Jika semuanya telah rosak,mana pula yg baik?
    Yg baik itu dari Allah maka pergilah berkejaran menuju keredhaannya..Tp kita sendiri bertangguh dgn alasan2 yg sudah tentu akan dilibas oleh Saidina Umar r.a dgn pedangnya andainya kata2 spt itu dilafazkan dizaman terbaik itu..
    Kita tidak merasa diri sebagai satu jemaah..itu silapnya kita..Bila Imam telah tertinggal rukun,makmum senyap,lalu imam terus membawa jemaah dgn rukun yg telah cacat..
    Para jemaah pula menegah makmum lain menegur Imam dgn alasan kita berbuat perkara yg betul,jaga adab dan perkara2 akhlak dan adab yg tidak kena pada lapangannya..Sudah byk yg tidak kena ttp makmum terus mengikut imam dgn Harapan dan hasrat yg berbeda-beda antara mereka..Lalu yg menyedari kekurangan ini hanya berkata didalam hati..menegur kesilapan Imam bkn selepas solat ttp ketika solat sedang berjalan,itu yg Rasul ajarkan,ttp tiada siapa yg punya keberanian utk berbuat apa2 utk menegur Imam..Imam pula Was-was dlm solat jemaah lalu sentiasa istighfar dan mengulangi semula rukun sedangkan tahu was-was itu bawaan Iblis..Salahnya Imam melayan bisikan Iblis,makmum pula Jahil,yg tahu pun x berani menegur,lalu rosaklah seluruh jemaah..Itu yg duduk dlm Jemaah,yg x pernah jengah masjid atau surau lg lah parah keadaannya..
    Begitulah mantik sy jika ada yg mampu memahaminya..
    Tujulah pd siapaun mantik ini semuanya akan kena krn kita org salah disisi Tuhan..
    Ada yg minta supaya bersatu sedangkan kesemuanya ada yg mereka kejarkan..Sbbnya tidak merasa diri berada dlm satu jemaah..
    Ambil lah yg kekal atas dari yg binasa..tp ramai yg pilih utk binasa..Itulah kita,dunia tanpa org tua..Muda dilihat pd usia bkn ilmunya..itulah silap kita lalu org2 muda meninggalkan kita..salahnya kita bercakaran dari nk masuk masjid hingga nk melangkah tangga masjid utk pulang..
    Itulah rupa jemaah kita..
    Jgn marah jika org muda meniggalkan kita krn mereka sendiri x merasa yg kita mampu utk memimpin mereka..
    Dlm keadaan org muda diajar membuang malu dari rancangan realiti tv,para ilmuan berkhilaf x sudah2 walhal ianya telah selesai sejak lahirnya Imam2 Mazhab,Org tua bergaduh spt budak2,maka tunggulah sahaja bala yg akan menimpa x kira atas org beriman atau fasik...
    Kita org salah..
    Musuh2 Allah x perlu kerja keras sbb Iman kita dh memang nipis,salah menyalah ini akan berterusan hingga semuanya senyap krn pemimpin yg ditunggu sudah tiba..Persiapkanlah diri,tinggalkanlah perselisihan krn Pemimpin besar itu akan menyatukan kita semua..Bajailah anak2 kita dgn Ilmu dan Taqwa selama hayat kita belum bersatu dgn tanah,sbb kita mungkin dikuburan dan sedang disoal oleh Munkar dan Nangkir ketika pemimpin besar itu muncul nanti..persiapkanlah diri andai x mahu dipalu dgn penukul yg boleh meruntuhkan bukit itu..

    ReplyDelete
  14. w/salam, terima kasih atas pandangan anda. Belum terlewat jika kita semua ingin berusaha menanganinya. Sedarkan masyarakat yg mesih terleka. Lakukan apa yang termampu dan jujurkan diri. Usah kesali apa yg telah berlaku, ia tidak memberi sebarang faedah.

    Kesedaran itu penting supaya masyarakat ikut memikirkananya dan belajar memahamimya. Dari sini mereka akan berusaha mengekangnya melebar dalam keluarga masing2. Selain itu terserahlah pada Allah.

    Terima kasih saudara.

    ReplyDelete
  15. Sedih melihat pemimpin2 hr ini bercakaran demi kpntingn msg2. Inilh pdhnya kalau kita pilih pemimpin dr golongan 'luka bin luka'.

    ReplyDelete
  16. percakaran mereka bukan setakat sesama mereka sahaja sebaliknya mengheret sama seluruh kaum muslimin dalam persegketaan ini.

    ReplyDelete
  17. masa hadapan melayu sebenarnya telah pun pudar setelah diserang melalui gerak gempur secara rahsia dari dalam. harapan untuk kembali unggul amat tipis. selamat menuju kehancuran kerana terlalu mencintai pangkat dan harta walaupun mempunyai ilmu agama.

    ReplyDelete
  18. perperangan yg bakal di realitikan.Bani tanah melayu.jadilah kaum yg sedikit.usaha kuffar semakin mencapai sasaran.itu janj Allah.kita merancang Allah juga merancang.dan perancangan Allah itu lagi tepat.nasihatilah melayu layu.sebelum al mahdi memenuhi bumi dengan kebenaran.org yg alim belum tentu makrifat.org yg makrifat belum tentu syurga.azazil pun ahli makrifat juga.

    ReplyDelete
  19. sy suka semua status d atas.sy sokong.teruskan usaha anda sebelum terlambat.melayu mudah ikut org.

    ReplyDelete
  20. tengok dalam komen pun dah tau mmg umat Islam berpecah belah...

    ReplyDelete