Pages

Friday, April 27, 2012

Mangsa Diperbodohkan Mangsa

Pelik bunyinya? Apa pula mangsa memperbodohkan mangsa, apa bodoh punya tajuk. Mana tak bodoh, sentiasa diperbodohkan akhirnya tajuk pun ikut jadi bodoh. Sebenarnya yang memperbodoh pun jadi mangsa dan yang dibodohkan ikut jadi mangsa. Itulah lebih kurang maksudnya. Kalau salah tolonglah tegur. Takkan ambil hati punya. Kan kita semua sama-sama bodoh.

imbas 2.0 menuju 3.0 mungkin akan ada hingga 10.0?

Rahsia mereka masih tersembunyi, apa sebenarnya yang mereka cari? Helah apa yang ada sebaliknya? Kita terasa bahawa kita semakin hari semakin bebal dan buntu. Kenapa begitu?

Kita sering angkat bangsa kita bakal akan bangun berjuang pada akhir zaman bersama imam Mahadi. Tetapi akhir-akhir ini nampak kita semakin lunyai diperkosa mereka yang ada agenda.

Mampukah kita bangun menjadi sebuah kuasa baru atau sekurang-kurangnya menjadi bangsa yang dihurmati? Apa yang terjadi menunjukkan kita sedang dipermainkan oleh mereka yang berkepentingan. Perjuangan Islam jenis apakah yang kita ada jika hanya menjadi pak turut.

Sedih dan gusar melihat gelagat beberapa kerat dari bangsa ini menjadi alat kepada makhluk negara asing yang jelas kejahatannya. Melaluinya kita semua diperlakukan sebagai kambing atau haiwan sembelihan. Adakah kita semua bodoh? Atau sememangnya kita suka menjadi manusia bodoh.


Sebenarnya kelemahan kita Bangsa Melayu sering merelakan ditipu terus menerus. Kita sedia menjadikan diri kita sebagai sang bebal bukan lagi kambing hitam. Apa yang kamu perjuangkan sebenarnya? LBGT? Ya terasnya bukan Islam atau pilihanraya yang kotor tetapi LBGT. Untuk siapa semua ini? Untuk agama Islam yang suci?

Begitu lemah akal manusia yang telah dirobotkan oleh orang asing. Disebalik semua ini ada LBGT ada Kristianisasi. Tiada satu pun demi kebaikan Islam. Tiada perjuangan tegakkan HUDUD. Kenapa pula ditakrifkan sebagai "WAJIB" dan "JIHAD"? Subhanallah, begitu keliru sekali hamba-hamba Allah ini.

Mesyuarat BERSIH 3.0 Dengan Kedutaan Asing

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kepimpinan BERSIH 3.0 dijangka hadir dalam mesyuarat tertutup dengan kedutaan asing petang ini.

The Malaysian Insider melaporkan mesyuarat tertutup itu akan diadakan di hotel Doubletree Hilton pada pukul 3 petang hari ini, yang diwakili ahli jawatankuasa Maria Chin Abdullah, Andrew Khoo dan Hishamuddin Rais.

Adrew Khoo merupakan antara penyokong utama pergerakan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender), manakala Hishamuddin Rais pula pernah mengaku melanggan pelacur.

Difahamkan perwakilan BERSIH 3.0 akan memberi taklimat berkenaan demonstrasi ‘Duduk Bantah’ anjuran pihaknya di Dataran Merdeka Sabtu ini.

“Tujuan taklimat itu secara umumnya untuk mengemaskini maklumat kepada para diplomat asing tentang perkembangan reformasi pilihanraya setakat ini, sejak 9 Julai tahun lalu, kami berjumpa dengan mereka”, kata Maria kepada The Malaysian Insider.

Marina Chin Abdullah merupakan aktivis NGO feminisme yang mempunyai jaringan meluas dengan yayasan-yayasan dana antarabangsa termasuk NED (National Endowment for Democracy) dan OSI (Open Society Institute).

Maria pernah mengaku menerima dana dari dua yayasan dana asing iaitu NDI (National Democratic Institute), salah satu cabang NED dan OSI untuk kerja-kerja pemantau pilihan raya di Malaysia.

Selain terlibat dalam BERSIH, Maria juga terlibat aktif NGO feminisme dan hak asasi seperti EMPOWER, NIEI (National Institute for Democracy and Electoral Integrity), SIS (Sister In Islam), JAG (Joint Action Group for Gender Equality) dan WDC (Women’s Development Collective).

Kesemua NGO yang dianggotainya itu merupakan penyokong LGBT Malaysia.

NIEI pula merupakan cabang kepada ANFREL (Asian Network for Free Elections), organisasi yang berpengkalan di Bangkok dan NAMFREL (The National Citizens’ Movement for Free Elections), organisasi berpengkalan di Filipina. Kedua-dua organisasi itu mendapat tajaan NED.

Menurut bekas pegawai perisikan CIA, Philip Agee, pembiayaan dana melalui NGO merupakan teknik lama CIA.

“Teknik lama CIA, (dengan) menubuhkan (sesuatu) organisasi (NGO) yang kuat (di kawasan) Pasifik yang akan terlibat dalam memantau pilihanraya atau sesuatu sepertinya.

“Yang pertama yang saya tahu adalah NAMFREL di Filipina, yang ditubuhkan sekitar tahun 1950-1951, sebagai salah satu usaha negara tersebut untuk menentang pemberontakan.

“Dan kami melaksanakannya melalui organisasi ini, NAMFREL. NAMFREL mengilhamkan (moto perjuangan) Kuasa Rakyat (People Power),” katanya.  AIDCNews – 25/04/12 –

Sah ini semua untuk kepentingan Amerika. Anda juga penyokong Amerika? Bangsa penakluk yang dibiayai Yahudi Antarabangsa yang telah memperkosa beberapa negara Islam? Kini Amerika ingin perkosa negara kita pula. Modus Operandi mereka sama sahaja.

Berhenti bersedih dan pilu. Usah lagi menangisi nasib Afghanistan, Pakistan, Iraq dan Libya. Kita juga sedang sediakan jalan untuk jadi seperti mereka. Kita bakal mengikuti apa yang mereka rasakan. Hebat bukan?

Ucapan tahniah jika anda bersetuju memilih untuk menyertai BERSIH. Selain mengangkat LBGT dan Seks Bebas, martabatkan Islam Liberal, kita juga akan membawa USA masuk untuk menjadi tuan baru kta semua. Di manakah keadilan? Di manakah kebersihan? Ya itulah namanya keadilan apabila nanti dikuasai oleh Yahudi. Rakyat negara ini akan dibebaskan. Bebas sebebasnya. Betulkah begitu? Syurga di tangan Dajjal..... masih keliru?

Lihat sendiri apa yang dikatakan oleh barua USA ini dan cuba kaitkan dengan apa yang cuba diwayangkan dalam BERSIH.


Mereka akan tetap usahakan supaya Malaysia tidak lagi hidup dalam aman damai. Itupun jika anda mahu percaya. Jika tidak, tunggu sahaja nanti bila ia benar-benar berlaku. Jangan kesali perbuatan anda itu bila anak cucu hidup menderita di tanah air sendiri. Huru hara akan bermula menuju kehancuran yang tak pernah termimpikan.

Yahudi Amerika dan Israel, mereka peduli apa? Melayu yang akan membunuh Melayu dibantu pula dengan senang hati oleh cauvinis ultrakiasu yang terdiri dari bangsa pendatang. Itulah niat mereka. Yang penting, hasil bumi negara ini akan menjadi milik mereka.

Adakah anda tergolong di kalangan manusia yang bebal dan bodoh? Mungkin..... !!



25 comments:

  1. aku sokong admin.. mereka ni bodoh dan sedang diperbodohkan... kerana orang yg bodoh menjadi makanan orang yg bengong.. ambiga terang2 sokong lgbt.. atas nama hak asasi manusia..bahalol dia.. kena ada NGO yg lawan mereka golongan lgbt dan NGO YG memperjuangkan hak manusia utk hidup normal .. adakah ini harus dicontohi oleh anak2 kecil..semua mesti tolak setan tiada tanduk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut kerana kebodohan mereka yang mengikut telunjuk anwar baik dari ulamak atau rakyat akan tergadai agama Islam yang kita sayangi..Risau sangat Allah bagi BALA bernama Anwar ibrahim jadi pemimpin malaysia..habis malaysia kalau Anwar jd pm

      Delete
  2. NGO Islam mesti bangkit segera imbangi NGO pro Yahudi ini. Please.. dont sleep to long.. Melayu PAS sememangnya otak tumpul tak dapat fikir walaupun seinci kedepan. main ikut buta tuli.. fatwa konon. Apa jadi kepada bangsa dan agama, Nik Aziz dan Anu war kena tanggung, darah mereka jadi halal.. ingat tu?

    Anu war ikut telunjuk Yahudi sebab guna duit Yahudi, Nik ziz apahal? Buat fatwa WAJIB dan JIHAD menyopkong LBGT.. bukankah bangang namanya? Ularma bukan ulama.

    ReplyDelete
  3. “Mereka membuat makar (perancangan jahat) dan Allah membuat (membalas) makar (mereka) dan Allah adalah sebaik-baik Pembalas makar”.....................
    Aku ada ALLAH........ALLAH itu wujud,qidam.......
    Tenangkanlah wahai sekalian hati dan jiwa.

    Islam akan kembali bangkit dengan cara dan rahsianya yg tersendiri.

    Bersedialah!

    ReplyDelete
  4. Bangsa lautan..bangsa daratan..kamu kana beralih dangan pasanan wali dan keramat. Kalau kamu tidak beralih..kamu kena hancor. Sa umpama garam yang hancor sa kana air mutlak...amin.

    ReplyDelete
  5. Memang batol Pak Anon, semuanyak udah hancor labor. Urang Melayuk udah tarsapit ditangah2 duak parsimpangan jalan. Mengiring pun kenak. Menunggeng pun kenak. Menirap pun kenak. Apa lagik kalo manalantang kadak melawan, lagiklah batol2 kenak. Hinggak Urang Melayuk ituk bersatuk, ayuhak bangun diajakan bertimpas baruk katahuwan sapakah pulak yg kenak...

    ReplyDelete
  6. Kami amat2 menantikan siri2 Bersih yg akan dtg kerana dgn yg demikian kite akan nampak dimanakah dan siapakah yg berada di sisi yg gelap sebenarnya..
    * Sisi A- Ambil ikhtibar dr kejadian dan hapuskn puncanya.
    * Sisi 1- Teruskn perjuangan dan bawakn kebenaran.
    Harge yg mahal untuk sebuah pengajaran..

    ReplyDelete
  7. org2 melayu yg kini mula jdi org mu-layu=layu dan smakin layu dgn agenda puak2 konspirasi yg halatuju nya demi refomasi konon.buka mate luas2 utk tngok,dngarlah dngan tlinga sbagai pnjelasan,pikir2 lah dgn otak yg waras sblum buat kputusan...jnganlah hanya ade mate pndang,ada mulut diam n ade kaki goyang..

    ReplyDelete
  8. Tidak mustahil mereka akan teruskan selagi matlamat mereka tidak tercapai - USA controlled all the world, selagi itu mereka akan usahakan konspirasi Dajjal ini. Kata Saidina Ali kw "manusia menjadi musuh kepada apa yang dia tidak tahu" Ada maksud tersembunyi di sana. Jika kita yakin kita mempunyai akal, pastikan akal kita sihat dan jangan biarkan ia tercemar dengan sikap kehaiwanan. Jauhi sifat taksub kerana taksub bakal memandu kita kearah yang sesat. Hentikan sifat menurut membuta tuli atau nafsu amarah yang merosakkan.

    BERSIH 4.0 pasti sedang dirancang sekarang setelah gagal baru2 ini. Sedihnya Islam telah tercemar dan muslimin menjadi watak jahat di mata dunia. Jika kila melantik Yahudi dan Nasrani menjadi ketua, ingatlah bahawa Allah akan menurunkan bala, sekurang2nya kita akan hilang pedoman. Saya takut kali ke empat ini, pihak keselamatan tidak lagi bermurah hati atau bersabar dihina dan dibuli. Siapa yang akan menjadi mangsa? Adakah Anwar atau Ambiga atau Hj Hadi atau Lim Kit Siang? Pilihlah kesudahan yang baik bukannya kesudahan yang buruk.

    Ingatlah USA dan sekutunya NATO juga sedang merancang. CIA dan NED mengarahkan agennya membuka langkah baru. Malaysia sudah dipilih untuk dihancurkan. Hanya rakyat yang berilmu dan sedar permainan ini sahaja yang akan dapat menghalangnya.

    Jangan terus mendesak pemerintah sehingga mereka hilang sabar. Mereka tahu mereka diasak oleh rakan2 Anwar dari kalangan Yahudi antarabangsa untuk memberi laluan kepada Anwar. Sampai bila mereka akan bersabar? Jika terpksa tentera akan masuk campur. Bagaimana nanti nasib kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ske2 je ckp anwar yahudi. .katak bwh tempurung btol la ko nie. .anwar tu org yg teraniya pham

      Delete
  9. orang melayu memang bodoh dan sombong. sikit2 ISlam.. itu lah kelemahan korang. aku rasa 10 tahun lagi melayu kat malaysia jadi pengemis. fanatik sangat dengan Ketuanan melayu anda. itulah perngkap melayu dari dulu hingga sekarang.. bye2 melayu.. anda akan jadi hamba di malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah contoh jawapan2 mereka yg akan diberi kuasa pemerintahan sementara sebelum diazabkan penghancuran Mutlak daripada Tuhan kerana akan menjadi penentang kuat terhadapNYA. Memang Jelas dan NYATA.

      Delete
  10. Semoga Allah ampunkan hambanya bernama anon di atas tu. Islam tetap berada di atas setelah itu baharu bangsa jadi keutamaan. Kalau anda Bukan Islam danm Bukan Melayu, janganlah cuba bermain api. Kami tetap hamba kepada Yang Kuasa. Usahlah memperkecilkan kami. Tak perlu provok demi dunia..

    ReplyDelete
  11. apa yang terjadi dalam perhimpunan bersih 3.0 cukup menyedihkan kerana orang2 melayu ramai yang menjadi pengikut dan mangsa yang dibawa oleh manusia yang rakus dengan kuasa lupa segala2nya hilang pertimbangan akal fikiran , kegilaan yang menjadi2, membuat kecelakaan , dangkal akal fikiran sanggup membuang agama, kenapa mereka lebih percaya pada dajal 2 yang merosakkan, cuba2lah fikir kemana tujuan dan matlamat bangsa kita .

    ReplyDelete
  12. Apa yang berlaku di Malaysia sekarang bukan kerana dajjal kerana dajjal masih dikurung tetapi ianya adalah disebabkan oleh USA Dan zionis yang mengikut arahan azazil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ternyata belum lagi cukup sedar tentang dan penguatkuasa2 dajjal.

      Delete
  13. Anon May 2, 2012 11:22 AM,

    adakah anda melayu? atau anda segan mengaku anda melayu?
    sekiranya anda melayu dan terperangkap, jalan untuk keluar adalah bersatu, bukan menyerah kalah dan berpaling ke pihak lain..sy tidak mempertikaikan keadaan anda, tetapi ingat..MELAYU suatu Bangsa yg cukup bijak dan intelektual..jika benar MELAYU akan menjadi Hamba di Tanah Melayu sendiri, pantang tunduk ke tanah..biar mati, di tanah sendiri, bukan di tanah haram seperti kamu..mungkin anda bukan dari TANAH MELAYU???!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu HANYA AKAN Maju dan Merdeka apabila Berani bermandi Darah Menjunjung Hukum Hakam Agama Islam serta Menjaga KeSucianNya dan tidak akan sebaliknya.

      Delete
  14. salam..baru terjumpa blog nie lepas member bagitau..hurm..nmpak molek..semua menjurus kepada islam..jadi,timbul persoalan pada aku..khususnya dlm bab BERSIH atau LBGT..aku menolak LBGT tetapi menyokong penuh gerakan BERSIH..adakah blog ini cuba utk menipu??menjual agama utk kepentingan sesuatu pihak??fikir-fikir kan lah..ini zaman gila..zaman org jual agama utk kuasa..hurm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sokong kau brother. .Diorg nie smua saje nk pecah belah kn manusia. .

      Delete
    2. Tak akan ada yg akan lebih Benar lagi Bersih daripada Hukum Hakam Agama dan Sunah Nabi.

      Delete
  15. SABDA JUNJUNGAN MENGENAI AKHIR ZAMAN Daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam berhadap kepada kami (pada suatu hari) lalu beliau bersabda: “Wahai kaum Muhajirin, 5 perkara jika kamu telah ditimpakan bala dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), maka tiadalah kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah Ta’ala, semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkata itu ialah:

    1. Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani melakukannya secara terang-terangan, kecuali mereka akan ditimpa penyakit taun yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

    2. Dan tiadalah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan ditimpakan bala dengan kemarau dan kesusahan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

    3. Dan tidaklah mereka menahan akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiadalah binatang (yang hidup di permukaan bumi ini) sudah pasti mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah Ta’ala.

    4. Dan tiadalah mereka memungkiri janji Allah dan rasulNya kecuali Allah akan menjadikan musuh mereka menguasai mereka, maka musuh itu akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

    5. Dan apabila pemimpim -pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Qur’an dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri”

    Ini semua berlaku pada zaman sekarang di malaysia, dan kerajaan yang mengurus malaysia ialah B.N ,arak ,club malam ,seks ,rasuah semua nya bebas. Kenapa????. .orang yang cuba menegakkan islam dan negara dikatakan musuh. .bAnyak pemimpin yang tidak bersalah menjadi mangsa. .anwar ibrahim, nik aziz dan ramai lagi. mereka teraniya. Sudah terang lg bersuluh, kerajaan B.N la dalang kepada semua konspirasi ini, dan pemimpin-pemimpin B.N iaitu najib, dialah dalang kepada konpirasi. .fikir2 lah dan renung kan lah sebentarr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Hanya PAS sahaja, yang lain tidak dan tidak akan berani menegakkan Hukum Agama dan Sunnah Nabi. Dan akan menjadi lebih teruk dan buruk dari sebelumnya. WaSalam.

      Delete
  16. Memang termaktub seperti yang telah diperkatakan di dalam sabda 2 Baginda Rasulullah(SAW). Bagaimanapun adalah menjadi Amanah kepada kita untuk mempertahan dan menegakkan Agama dan Kebebaran Islam, bukan sebaliknya melemah dan menjatuhkannya.
    Allah tidak akan membiar dan melepaskan hamba2Nya untuk ditindas mahupun dikalahkan.

    ReplyDelete