Pages

Sunday, April 1, 2012

Kebangkitan Palsu



Sebelum ini saya cuba bangkitkan teori bahawa apa yang berlaku dalam dunia Islam sekarang semuanya berada di bawah bayang-bayang "Konspirasi Zionis", malangnya, masih ramai yang kurang bersetuju atau tidak percaya. Mereka masih teruja dengan slogan "Kebangkitan Islam" yang amat mereka nantikan.


KETERUJAAN "KEBANGKITAN" INI TELAH DIHIDU OLEH YAHUDI. MELALUI HARAPAN DAN KEINGINAN YANG MEMBUAK MASYARAKAT ISLAM INILAH MEREKA (YAHUDI) MENGAMBIL KESEMPATAN MENEROBOS PERTAHANAN NEGARA ISLAM DAN MEMBANGUNKAN SATU KUASA BARU BERSELINDUNG DI SEBALIK NAMA "REVOLUSI".

Peringatan telah diberikan supaya kita sentiasa beringat bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan pernah selesa selagi kita semua masih beriman kepada Allah. Pelbagai tipu muslihat dianjurkan untuk kita supaya kita kehilangan petunjuk dan mempercayai apa sahaja yang mereka anjurkan.

Walaupun nyata kita ditipu, kita masih menganggukkan kepala dan pertahankan mati-matian bahawa kita dipihak yang benar. Contoh nyata ialah revolusi Libya. Masihkah kita hendak katakan bahawa serangan NATO menghancurkan bumi Libya dan membunuh rakyatnya masih dianggap sebahagian dari revolusi? Siapa yang berrevolusi sebenarnya?

jet ini kepunyaan siapa?

siapa yang terbunuh?

Betapa mudahnya kita tertipu. Bagaimana nanti jika berhadapan dengan Dajjal? Mampukah kita melepaskan diri?

Sejauh manakah kita masih beranggapan bahawa kita berada di jalan Yang Benar bergantunglah kepada apa yang kita usahakan. Selagi kita rela bertuankan Yahudi dan Nasrani, selagi itulah kita masih jauh dari "Jalan Benar" seperti yang dimaksudkan.

Bolehlah kita anggap selagi kita tidak redha terhadap Yahudi dan Nasrani, kita masih lagi selamat dalam jagaan Allah. Jika sebaliknya yang berlaku, kita telah terpedaya dengan bisikan halus sang Iblis walaupun kita berkeyakinan bahawa kita lebih beriman dari kumpulan pertama.

Ingatlah, hanya mereka yang benar-benar beriman sahaja akan mendapat petunjuk dan pertolongan dariNya. Selain dari kumpulan ini, semuanya akan tertipu dan dipermainkan oleh Iblis, Yahudi dan Nasrani. Lihatlah keinginan mereka, mereka hanya bertuankan kebendaan, kuasa dan nafsu syahwat.

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.QS Ali-Imran 3: 54
Sesungguhnya mereka bermati-mati menjalankan rancangan jahat, Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya). Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa. QS Ath-Thaariq ayat 86: 15-17
Ujian ini amat berat bagi Umat Terakhir. Ayat di atas memaklumkan kepada kita bahawa setiap kaum Muslimin perlu sentiasa berwaspada dan jangan leka atau menjadi tentera mereka. Muslihat sebegini telah dikupas dengan jelas dalam sebuah rencana di blog rakan kami Umat Terakhir. Anda boleh mendapat maklumat rahsia (terselindung) percaturan Yahudi melalui USA ini. Andai kata anda masih lagi sangsi, tiada siapa dapat membantu anda dan layaklah anda menerima nasib sebagaimana yang terjadi kepada rakyat Libya atau Syria.

Apa yang pasti, Revolusi Arab adalah ciptaan Yahudi. Jauh sekali melibatkan kebangkitan Islam seperti yang disangkakan.
The CIA’s Fake “Arab Spring” Becoming A Long, Hot Summer Of War
Akibat dari keadaan yang semakin kalut mereka terus merencanakan berbagai anasir subersif memburuk-burukkan pemerintah Islam dengan pelbagai kata buruk. Berbagai saluran media yang ada dibawah kekuasaan mereka dipergunakan sebaik mungkin. Di tokok pula medan sosial internet yang juga sengaja mereka (CIA) bina dan popularkan. Memberi info sepihak yang tidak sesekali menguntungkan para pemimpin negara yang mereka sasarkan.

Facebook, Twitter, Google, Yahoo dan berbagai lagi lidah dusta USA dan Yahudi telah menjadi saluran hayat penting kepada penyebaran dakyah pembohongan dan maklumat palsu. Facebook lah yang paling berjaya dalam mempercepatkan merebaknya siri penipuan maklumat atau berita rekaan tersebut.


Berita sensasi sentiasa sahaja dicipta oleh agen berbayar untuk timbulkan keresahan dan ketidak puasan hati rakyat kepada pemerintah. Berita propaganda dan subersif menular bagaikan gelombang-tsunami wabak yang tidak lagi dapat disekat. Fitnah bertebaran laju memasuki setiap rumah di seluruh dunia Arab. Sama sahaja apa yang berlaku di Indonesian dan Malaysia.

Kebaikan sudah beralih menjadi keburukan begitu juga sebaliknya. Penjenayah diangkat sebagai "hero" dan pejuang pula dianggap sebagai "pengkhianat". Begitulah, betapa hebatnya media kepunyaan Dajjal ini. Masihkah mahu menyangkalnya?


Gelombang fitnah sebegini amat ampuh untuk memaksa masyarakat Arab bangun memberontak dengan berbekalkan dendam kesumat. Setelah dilabelkan sebagai "revolusi" dan "kebangkitan Islam" maka demonstrasi dan bantahan menjadi semakin galak. Ramai yang sanggup mengorbankan diri untuk "syahid" (syahid?) menentang kerajaan sendiri. Keamanan yang dinikmati sebelum ini, sejak puluhan tahun telah hancur musnah dalam sekelip mata, ramai rakyat terpaksa melarikan diri. Ramai pula terkorban percuma. 

Sehingga kini masih ramai yang keliru dan hilang pedoman, adakah benar tindakan yang mereka ambil itu? Benarkah pemerintah mereka kejam sebagaimana yang didakwa? Siapa musuh mereka sebenarnya? Jika mahukan revolusi kenapa semua negara yang tidak disukai Yahudi sahaja yang ber"revolusi"? 

Cukup menghairankan bagi setiap manusia yang waras. Negara-negara Teluk, Jordan, Maghribi dan Arab Saudi juga negara Islam. Mengapa tiada "revolusi"? Tidakkah rakyatnya juga terbakar semangat untuk ikut sama ber"revolusi" atau lakukan "kebangkitan" sebagaimana di negara Arab lain? Adakah "revolusi" ini hanya layak berlaku di negara-negara yang tidak mesra USA?

LIBYA AND ARAB SPRING: NEOLIBERALISM, REGIME CHANGE AND NATO’S HUMANITARIAN WARS
The double-standards of the U.S. and the European Union have become visible during the course of these tumultuous events. Both the US and the EU have kept silent about the brutal repression of unarmed civilian protesters in the Persian Gulf sheikhdoms, such as Bahrain and Saudi Arabia, while, by contrast, the Western powers have vehemently pushed for conflict with Libya and Syria. Maklumat selanjutnya sila klik sini

Setelah berlalu sebagaimana Libya dan Iraq, ia sudah terlewat. Bagaimana untuk hidupkan kembali mereka yang tidak berdosa dan terkorban sia-sia semasa memperjuang "revolusi palsu" milik Yahudi ini? Mungkin akan ada sebilangan pembaca yang marah dengan pandangan saya ini. Tidak mengapa, mungkin sampai masa nanti mereka semua akan sedar apa sebenarnya yang sedang dihidangkan kepada mereka. Saya ingin bertanya kepada mereka, adakah Dajjal (anti-christ) akan mengaku sebagai "Dajjal" bila ia muncul kelak? Mungkin anda dapat capai maksud yang cuba saya sampaikan.

Jika Perang Dunia Pertama dan Kedua direncanakan oleh Yahudi, takkan revolusi Arab tidak mampu dilakukan oleh mereka? Nanti akan muncul bukti nyata kenapa dikatakan semuanya telah dirancang melalui kumpulan rahsia Yahudi terutama Illuminati, Mason dan Jesuit. Mungkin dalam artikel selanjutnya, insyaAllah.


Imperial Overstretch Threatens as US, NATO Wage Five Wars: Afghanistan, Iraq, Pakistan, Libya, and Yemen – Are Syria, Iran, Lebanon Next?..... Malaysia.. Indonesia... all Islam countries under USA control?


Usah paksa diri untuk menerima pandangan ini, buat kajian sendiri supaya anda berpuas hati bahawa apa yang berlaku, sebahagian besarnya sememang telah dirancang termasuk apa yang berlaku dalam negara kita sekarang. Daripada slot "Arab Spring" beralih kepada "Revolusi Arab" mengalir kepada istilah "Kebangkitan Islam" dan seterusnya akan menjahanamkan semua negara Islam untuk menerima pemimpin berhaluan Islam Liberal yang pro Yahudi. Agak keterlaluan kenyataan ini. Betulkah begitu?

Usah bimbang, apa yang berlaku nanti pasti akan menyenangkan hati para pengikut pemimpin yang cenderung kepada Yahudi dan Nasrani tetapi menyakiti mereka yang menentangnya. Untuk sementara waktu, Malaysia masih jauh kecuali ada perubahan drastik selepas PRU nanti. Tumpuan USA dan Zionis sekarang masih terhala ke Asia Barat.

Apa yang sedang direncanakan Yahudi sekarang ialah kebangkitan watak alMahdi palsu. Siapakah yang akan mereka bangunkan sebagai watak ini? Walaupun agak sukar mereka tetap akan lakukannya mulai dari kebangkitan tentangan dari Iran nanti. Iran melalui alMahdi versi Syiah ini akan membawa kemusnahan kumpulan Sunni di Tanah Arab. AlMahdi Iran ini akan dilabel oleh Yahudi sebagai "Dajjal" atau digelar sebagai "Antichrist".

Berlakulah peperangan besar dengan Iran, dalam masa itu akan muncullah "pembela" dari kalangan Yahudi dinamakan sebagai "alMasih" atau "Keturunan Nabi Daud", raja Yahudi yang dijanjikan. Ia juga dikaitkan dengan "Falling Angel". Tak mustahil pula Jesuit (wakil gelap Vatican) akan mempopularkan manusia ini sebagai "Jesus" yang muncul kembali untuk menyelamatkan orang Kristian. Kita sedia maklum, Yahudi sudah lama menguasai pemikiran penganut Kristian sedunia dalam semua mazhab yang wujud. Agama Kristian telah lama di liberalkan oleh mereka. Menambah beberapa maklumat palsu sedemikian amatlah mudah buat mereka.

Manusia terkutuk ini (bagi Islam) juga mungkin akan keluar dari Iran? Ada nas menyebut dari bandar Isfahan diiringi 70,000 orang Yahudi. Isfahan sebuah bandar dan wilayah Yahudi di negara Iran. Inilah watak yang sedang dinantikan oleh seluruh manusia seperti mana kepercayaan mereka. Yahudi adalah bangsa terpilih, Raja mereka tentulah juga raja yang terpilih. Ingatlah, dia adalah Dajjal yang sebenar bagi kita kaum Muslimin.

Bagi kaum Nasrani pula manusia ini adalah Penyelamat dan dianggap sebagai kepulangan semula Jesus sebagaimana disebut dalam kitab suci mereka (yang entah berapa kali telah dipinda). Bukannya Nabi Isa as yang turun bersama dua malaikat di menara putih di Damsyik yang juga akan mematahkan "salib" dan membunuh "babi" sebagaimana keterangan hadis. Bagi kaum ini (Nasrani), Nabi Isa as yang akan muncul di menara putih nanti adalah "False Prophet" atau nabi palsu ciptaan Islam. Maklumat yang telah disesatkan oleh Yahudi untuk penganut kristian.

Persediaan untuk itu sedang diatur denga teliti. Sebelum ia terjadi, mereka mahu seluruh dunia memandang tinggi Israel tempat kemunculan "Sang Penyelamat" ini. Malaysia tidak terkecuali. Mereka terdesak dan memaksa pemerintah seluruh dunia termasuk negara ini mengiktiraf Israel dan membuat perakuan untuk sama-sama berjuang dengan Israel melawan "antichrist" dari Iran ini (alMahdi Syiah).

Kenyataan dari pemimpin seluruh dunia  untuk "menjamin keselamatan negara Israel" adalah amat penting bagi Yahudi. Malangnya masyarakat Malaysia masih lagi berdegil. Oleh yang demikian, pemimpin Malaysia mesti segera diganti dengan mereka yang seiring dengan hasrat Israel tersebut. Maka lahirlah istilah "Regime Change" untuk Malaysia. Salah satu faktor penting mengapa pemimpin beberapa negara Arab diganti melalui kebangkitan palsu bernama "Arab Spring".

Sesuai dengan pandangan beberapa pemuka dan pengkaji fenomena semasa (yang masih terus berjuang tanpa henti untuk memberitahu dunia terhadap siri-siri penipuan MASON dan ILLUMINATI), saya juga yakin semua ini hanyalah tipu helah semata-mata. Modus Operandi Yahudi Zionis ini masih tetap sama iaitu ciptakan kekeliruan bagi memaksa masyarakat dunia mempercayai bahawa apa yang berlaku adalah "nature" atau kebetulan. Jika berlakunya sesuatu "kebangkitan", ia akan segera dikatakan tiada kena mengena dengan mereka. Namun seperti yang kita sering perhatikan, di peringkat penghujung episod akan terserlah jua apa yang dirahsiakan oleh mereka. Sememangnya semua ini adalah terlaksana hasil sentuhan tangan mereka dan pastilah akan memberi keuntungan mutlak kepada meraka.

Adakah Arab Spring menyusahkan mereka? Adakah Regime Change yang berlaku menggugat keselamatan mereka? Perkara yang berlaku adalah sebaliknya.



Huru hara pasti berlaku sehingga terjadinya pembunuhan sesama sendiri. Ramai rakyat tak berdosa akan terbunuh, cedera, jadi pelarian dan sengsara di negara bergolak. Pada waktu itu semuanya sudah terlambat untuk melakukan pembaikan. Sebagaimana biasa, ia akan terus meniti arus mengikut skrip yang telah lama disediakan terutama untuk negara negara Islam dan Arab. Satu pertanyaan yang menarik, bagaimana nasib Malaysia?


Mungkinkah mereka akan datang ke sini selepas PRU13 atau PRU14 (2017) atau PRU15 (2025) nanti? Mereka akan masuk campur dengan syarat berlakunya demonstrasi besar-besaran seperti di negara Arab diikuti huru hara. Tokoh penggerak ke arah itu sudah lama bersedia, kini sedang berusaha bersungguh-sungguh membangunkan pelbagai isu untuk memulakannya. Fokus pastilah membangkitkan rasa marah dan benci sebahagian rakyat terhadap kerajaan yang dilabel sebagai lemah, korup dan zalim. Fitnah menjadi senjata sebagaimana digunakan oleh guru mereka iaitu CIA, FBI, NED yang dikuasai oleh Yahudi USA.

Segalanya bergantung sejauh mana cepatnya rakyat negara ini terpedaya dengan muslihat mereka. Bersedialah menjadi mangsa tipudaya Yahudi dan Nasrani ini. Ya, mereka tetap akan datang dalam apa juga peluang jika ada. 

Bagi mengelak serangan USA nanti, sanggupkah kita melepaskan teraju negara untuk ditadbir oleh rakan setia Israel? Ia merupakan satu pilihan bagi kita. Kita akan dikatakan "bijak" jika menerima "option" ini kerana terselamat dari serangan jet USA atau Singapura atau Israel. Negara mungkin huru hara sedikit seperti Indonesia sekarang. Indonesia telah lama mengambil option ini bila bekas pemimpinnya memilih untuk menyembah USA dan Yahudi (rujuk dasar Presiden Gusdur). Pilihan yang kita ada ialah DSAI yang amat bersetuju dengan dasar pencerobohan USA dan menyokong kewujudan Israel.

Melalui option ini, Islam ASWJ terpaksa dikorbankan. Islam yang menjadi dominan pada ketika itu ialah Islam Liberal sebagaimana Indonesia sekarang. DSAI juga seorang penaung atau tokoh Islam Liberal, rakan Gusdur dan peneraju JIL Indonesia.

(Nota: Antara pegangan Islam Liberal ialah, menghalalkan perkahwinan antara penganut tanpa perlu menukar agama. Homoseksual dibenarkan selagi tidak mengganggu ketenteraman (suka sama suka), semua agama layak masuk syurga tidak terhad kepada Islam sahaja. Allah ialah tuhan kepada penganut semua agama. Tidak perlu beriman kepada yang ghaib (semua ini dianggap hanya sebagai kiasan atau perumpamaan). Pegangan dan amalan syariat agama sebagaimana amalan ulama silam adalah jumud dan lapuk, perlu dikaji semula. Nabi Muhammad saw juga sama sebagaimana manusia biasa dan lakukan kesilapan. Sila rujuk pegangan JIL untuk mendapat gambaran lebih jelas.)

ASWJ akan dianggap Islam Ortodok dan melampau atau ekstrim. Pasti tidak sekali-kali akan diterima oleh USA, rakan sekutu DSAI. Ingin ditanya kembali, berbaloikah pengorbanan (option) ini? Bukan itu sahaja, kemungkinan besar kontrak sosial pasca kemerdekaan akan dihilangkan dari silibus Perlembagaan Negara dan tidak mustahil juga Malaysia bertukar menjadi Republik untuk memberi laluan kepada bukan Melayu menjadi pemimpin negara. Bagaimana mungkin negara liberal mempunyai syarat khas - hanya membenarkan orang Islam sahaja yang menjadi pemerintah?

Apa pun semua ini bergantung kepada keputusan rakyat Malaysia terutamanya Melayu yang menjadi tonggak (mandatori native) di negara ini. Umat Islam akan menentukan sama ada akan terus menganut Islam ASWJ atau beralih dan selesa dengan Islam Liberal bawaan pemimpin pro USA. Jika menerima option tersebut, sebagai balasannya USA tidak akan menjajah Malaysia melalui kekerasan. Menghunjam peluru berpandu dan bom dari jet pejuang atau kapal induk mereka sebagaimana yang dilakukan terhadap Iraq, Libya dan Syria.

Ungkapan lebih indah ialah "terimalah syurga yang ditawarkan oleh USA (Yahuda wa Nasara), jika enggan terimalah azab siksa neraka yang mereka cipta".

Segalanya terletak di tangan anda semua. Jika anda tanya saya pula, jawapan yang mampu saya sebut ialah saya lebih rela mati terbunuh dari menerima option tersebut! Kenapa? Rujuk kembali dua Ayat Suci yang dipaparkan di atas. Menjadi talibarut Yahuda dan Nasara umpama menderhaka kepada Allah dan RasulNya. Pastinya saya/kita akan terkeluar dari barisan di kalangan manusia beriman. Nauzubillah min zalik.

.
Pilihan di tangan anda.


17 comments:

  1. Saya berterimakasih sekali kpd saudara yg telah memberi peringatan ini buat kita org muslim. Tapi memang tidak mudah utk menerimanya, karena yg akan menolak info yg anda sampaikan ini adalah org muslim sendiri yg telah berkawan karib dg yahudi dan nasrani... Semoga kita di beri jalan oleh Allah agar selamat di akhir zaman ini. Keep telling us... we need it...

    ReplyDelete
  2. As Salam

    Jangan cari pasal,bangsa yahudi ini banyak hibrid,dna diorang dah ada dlm negara kita ni.Dah lama diorang migrasi ke sini.Janganlah nak tambah lagi bawa masuk yg dari luar pula.yahudi/nasara ke zionis ke yang jelasnya nanti batu,pokok kayu pun akan suruh kita hancurkan.Cuba cari hadis akhirzaman.

    http://umat-akhir.blogspot.com/2011/12/bloodline-yahadut-mizrah.html?spref=bl

    ReplyDelete
  3. aku hormati pendirian admin cuma.. jika dikaji sejarah tanah melayu british yang mengambil alih tugas dari belanda masih tidak mampu untuk menakluki dan memansuhkan insitusi Raja Raja melayu ketika itu..
    banyak rahsia orang melayu sepanjang penjajahan yang masih tersimpan didalam artikel yang kini tersimpan rapi didalam negara mereka .. hingga akhirnya memaksa british memasukan pendatang dari china dan india.. semata mata untuk memecahkan populasi orang melayu...

    peristiwa pembunuhan jww bitch masih menjadi igauan ngeri bagi mereka... dan para pahlawan nusa bangsa tanah air yang mempertahankan agama bangsa dan negara masih segar dalam ingatan mereka ..yang kini diwarasi oleh keturunan mereka..

    adakah mereka mahu mengulangi perkara yang sama... tidak tetapi kali ini mereka jadikan hiburan yang melampau gaya hidup bebas .. seks luar nikah adalah senjata mereka ..

    sebesar negara china pun telah jatuh ketangan mereka kerana chandu .. dan disebut dalam sejarah perang chandu...

    tetapi china bukanlah negara islam.. tiada kekhuatiran pada golongan the hidden hand.. untuk mencatur rancangan...

    ReplyDelete
  4. MISTERI & KEAJAIBAN NUSANTARA...

    Perkhabaran dari Pak Admin dihari diawal bulan April. Hahaha... ini bukan "April Full" ya... Walo pun perkhabaran ini koq mengejutkan, namun ianya bisa membangkitkan kesedaran. Walo pun kejutan itu maseh lagi dlm kekaburan, namun koq bakal menjadi kenyataan, kalo Orang Melayu Islam itu sendiri tersalah percaturan. Jangan sampei ayam terlucut dari genggaman, tangan sendiri hehe.. berbahu tahik ayam candu. Usaha2 Pak Admin mendedahkan konspirasi sang Dajjal Al-Masikh serta konco2nya diAlam Nusantara amat dialu2kan. Harap2 kali ini ngak ada lagi hehe.. kaki fening yg mahukan dalil sanad2 Hadis utk membuktikan apa yg sedang berlaku diNusantara kita ini...

    Makanya tiga negara Islam diNusantara itu : (1)Indonesia, (2)Brunei dan (3)Malaysia, dulunya sebelumnya telah sekian lama dijajah secara spiritual dan material. Sekarang ini kelehatannya udah bebas merdeka, samada mengistiharkan sendiri kemerdekaan secara berkorban nyawa dan harta, mengusir penjajah dari tanah tumpah darahnya. Ato menuntut kemerdekaan secara perundingan. Setelah kita sekian lama merdeka, apakah kita maseh lagi terjajah...???

    (1)INDONESIA : Dizaman kebangkitan Islam diera Wali Songo / Wali 9 Jawa, apakah Islam tidak dijajah..?? Perlu dihingat, konspirasi Yahudi dan Nasrani terhadap Islam itu ngak pernah padam2. Penghijrahan Maulana Maghribi dari keluarga Al-Hassan itu telah sekian lama dikesan oleh Gereja Vatican City. Apakah Setan2 dari Gereja Vatican City hanya berdiam diri..?? Dari peristiwa2 yg berlaku dizaman Wali Songo / Wali 9 Jawa itu, apakah yg terjadi..?? Indonesia telah terjajah sebelum Belanda datang menjajah. Cobaklah kakang dan kakek renongkan...

    (2)BRUNEI : Herannya negara Islam Brunei itu adalah antara negara Islam yg paling akhir dan lewat menuntut kemerdekaan dari British. Apakah pengeran Brunei dari warisan Al-Hassan itu udah cukup selesa berada dibawah naungan British..?? Apakah dinegara Brunei itu bisa bergolak juga seperti dinegara2 Islam yg laen...??? Haha.. negara Islam yg diperintah oleh keluarga Al-Hassan - Brunei, Morocco dan Jordan, ngak akan bergolak kencang. Koq kenapa hanya kakang dan kakek renongkanlah sendiri...

    (3)TANAH MELAYU : Hahaha... maka tinggal satu lagi negara Islam, Tanah Melayu yg dulunya aman. Kemakmuran Tanah Melayu diera zaman Kesultanan Raja2 Melayu diMelaka telah terancam dgn masuknya Portugis. Selepas itu masuk pula British hinggak kemasukan tentera Jepun diera WWII dan seterusnya... Hahaha... British itu salah satu ahli terkuat dlm Pakatan Gereja Vatican City. Apakah syarat2 yg telah diadun oleh British sebelum Tanah Melayu diberikan kemerdekaan...??? Hanya kakang dan kakek yg arif yg bisa menerangkan. Sejak Akhir Zaman ini, pemerintah Malaysia dan pembangkang2nya cukup hebat berdebat. Perbebatan yg ngak bisa reda2, hinggakan koq ada pihak yg terpaksa menageh bantuan dan simpati dari Yahudi dan Nasrani. Siapakah sebenarnya yg menjadi Tok Dalang yg sanggup gadaikan maruah negaranya dan agamanya sendiri, semata2 karna kepentingan politiknya dan kroni2nya..?? Hahaha... perlu dihingat, "Mata-Mata" dari Alam Ghaib diBumi Mim itu sentiasa memerhati siapa sebener dia "Sang Munafik" itu...

    Namun yg sukar dijajah adalah mereka itu dari nasab Al-Hussein Ahlul Bait Tulen dari "Wali 7 Alam Melayu", yg bertaburan tersembunyi diserata Nusantara. Mereka itulah yg dinamakan "Bani Jawi Yg Hilang", dan salah seorang darinya, itulah yg sedang dicari. Nah, sekarang ini ditiga negara Islam Nusantara manakah pula serangan dari pakatan Illuminati yg paling hebat sedang berlaku...??? Koq kakang dan kakek yg tajam renongan koq bisa menjawab...

    Wallahu'alam =_= Wassalam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. menurut pandanganku (sahaja), bagian nusantara adalah bumi terakhir akan diacah dan cuba dibolos oleh sang zionis dan kuncunya, semua selepas jatuhnya syria secara total kepada zionis. Tidak tahu kapan waktu tepatnya, mungkin sebelum 2015.
      Selepas itu, barulah muncul hurru hara dan fitnah dajal secara dahsyat di bumi melayu, mungkin sebelum 2017 atau sebelum 2020. Aneh bukan kenapa dahulu Tun Mahathir mencanangkan wawasan 2020, israel pun turut menyasarkan israelraya 2020, mekah juga menyasarkan bandar moden 2020. Sebenarnya, semuanya mungkin punya perkaitan tersirat belaka, iaitu akhir zaman...
      Kepada adik abang kakak dan semuanya Umat Melayu, kalian punya pilihan seperti admin kata, mahu pilih mana??? Namun apa jua pilihan kita ada, ternyata di bumi nusantaralah akan mulainya bibit bibit kebangkitan akhir zaman sehingga menjalar sehingga ke pelusuk dunia lain... Zionist cari penyakit di bumi nusantara, 'ubat' untuk mereka ada tersedia di sini!
      Brunei setelah melihat malaysia diasak, tiba tiba mereka akan jadi bangsa yang bangkit dengan garangnya ikut sama melawan... bahkan di indochina thailand filipin indonesia, umat berdarah daging melayu (walaupun sekarang berlainan iras wajah dan tutur kata) turut sama ikut bangkit.
      Wallahua'lam.

      Delete
  5. Amat stuju dengan komen tiga saudara anon di atas. Tapi aku amat berduka dan kesihan kepada saudara2 kita yang masih terikut2 perasaan. Sanggup anggap kejatuhan pemerintah Arab itu sebagai satu kebaikan kepada Islam. Kalau tengok komen fb lebih nyata lagi. Alasan sama macam para ketua mereka, dungu dan tak masuk akal. Ada juga yang sanggup kata "laknatullah" kepada ghadafi dan assad. Entah bila pula manusia itu menzalimi mereka sampai sanggup melaknat melibatkan nama Allah pula. MasayaAllah.. sedih beb.

    Kalau diorang tak faham mainan THH aku tak kisah, memang diorang malas nak kaji, suka angguk2 jer. Bawa ceramah ketua mereka yang rata2 tak masuk akal. Nak bagi pandangan tapi ikut sedap mulut jer.

    Katalah M'sia jd Arab... USA attact, dia ingat dia akan selamat dari kena bom? Mak bapak dia jadi pelarian... nak lari mana ek? Deme suke "demo".. ada yang baring atas jalan beb. Digelek lori nanti kata.. kjaan zalim.. ehh aku kurang stuju dari dulu pun nak demo demo ni. keje bodo amat.. Sapa punya idea ni..?

    Kepada admin, aku minta buka la lagi rahsia pelik2 kami nak tahu mana tahu dapat kami sedarkan saudara2 kita yang termakan candu Arab tu. Tima kasih bebanyak.

    ReplyDelete
  6. Negara 'Islam' yg wujud pada hari ini bukan negara Islam yg sebenar. Pemimpin 'Islam' juga tidak mengamalkan pemerintahan Islam yang sebenar.Rakyat yang bangkit menentang pemerintah juga bukan dgn cara yg benar. Tetapi mereka memang mahukan Islam yg HAQ.Inilah yg tidak dipaparkan oleh Media atau cuba disembunyikan oleh Zionis. Rakyat bangkit mahukan Islam kembali. Maka mereka dibunuh.Itulah yg berlaku di Timur Tengah. Suatu 'pembersihan'. Mereka yang terkorban sia-sia atau tidak,akan dinilai mengikut niat dan amalan masing2, seadil-adilnya diakhirat.Nasib kita juga belum tahu.

    Konspirasi Zionis sememangnya tidak akan mengizinkan kebangkitan Islam semula berlaku dimana-mana, malah mereka sudah lama menyusun agenda demi agenda sebelum kejatuhan kerajaan Othmaniah Turki lagi. Semua Negara 'Islam' yg wujud pada hari ini pun adalah ciptaan mereka hasil pecah perintah.

    Zionis mengkaji hadis2 tentang peristiwa diakhir zaman yg menjadi pegangan umat Islam dan membuat perancangan sebesar-besar fitnah. Ketakutan mereka terhadap kemunculan Imam Mahdi menyebabkan mereka memerangi habis-habisan Saddam Hussein dan lain-lain pemimpin yg seumpamaya.

    Rasulallah SAW yang amat bijaksana juga membuat perancangan untuk umat baginda diakhir zaman.Baginda amat bimbangkan keselamatan umatnya terutama yg akan berhadapan dgn fitnah Dajjal.Hadis-hadis baginda mempunyai maksud yg berlapis-lapis dan kod2 yg hanya difahami oleh orang2 yg bertaqwa.

    Zionis mencipta kebangkitan Islam versi mereka.Kita tidak akan mampu menghadapi mereka tanpa pimpinan Imam Mahdi.Kita amat memerlukan kepada pemimpin yg HAQ.Tapi sebelum itu kita harus mempersiapkan diri kita dengan Islam yg tulin. Memohon petunjuk dari Ilahi untuk hadapi dugaan berat dan mencemaskan dinegara kita sendiri, Malaysia yg tercinta.

    Perancangan Zionis di sini berjalan dgn lancar dan selesa. Suara-suara yg menentang ibarat anjing menyalak bukit,seperti tidak memberi kesan apa-apa. Melayu semakin lemah.Apakah nasib Islam dibumi ini. Siapakah tokoh yg akan muncul sebagai penyelamat? Wallahua'lam. "....berilah tempoh kepada mereka sedikit masa"

    ReplyDelete
  7. baik sekali garapan admin dlm menanggapi situasi yg berlaku sekarang. Betapa muslim2 yg baik bisa tertipu dgn politik demokrasi barat, hanyut dan lagha dgn sistem2 taghut, betapa ulama2 boleh terpedaya dgn imej lahiriah yg muncul sama2 mendokong atas nama kebebasan dan keadilan yg sangat kuat dihujamkan dgn nas2 dan sabda2 rasul, sayang alim ulama ni tak memahami betapa berlikunya permainan tipu daya zionis, hanya berbekalkan disiplin islam yg diamalkan berzaman merasa, menganggap masanya telah tiba utk Islam muncul melihat pada riak2 sedunia, sang penipu berimej syariat Islam bercakap nama kebebasan dn keadilan dari neraca dn paksi yg lain dr alim ulama pencandu poltik demokrasi barat ini, persamaan yg muncul nilah yg mampu digarap dgn baik sekali lalu wujud pakatan yg mengelirukan muslim2 biasa seharian dgn nilai2 melayu/ islam, keliru termangu mencari jawapan disebalik yg berlaku, bila muncul arab spring dilumuri dgn bau bauan kebangkitan Islam, muslim2 biasa ni sudah hampir memberi jawapan yg keliru tadi, betullah nilah perjuangan yg berlandaskan firman dn sabda rasul, sudah muncul maka marilah kita semua bersama2 mendokong wadah baru ini.

    Segala pembongkaran kebejatan sang watak imej Islam tadi dinafikan atas nama segala rujukan ilmu dlm Islam, hati tertutup kerana sinar Islam yg diimpikan seolah lebih kuat melenyapkan lg cerita benar kesongsangan sang watak imej Islam tadi.

    Jadi proksi yg dicaturkan sejak dr dulu lagi telah berakar umbi dlm bani jawi ini, lalu menerbitkan lg proksi2 yg tak dilatih utk sama2 berjuang atas nama Islam tapi rupanya hanyalah kulit luar shj tapi dalamnya adalah cita2 unggul yahudi freemason iaitu utk menafikan takdir Allah yg telah difirmankan dlm Quran, telah disabdakan dlm hadis.Sayang sekali alim ulama ini tak sedar bahawa mereka juga menjadi proksi yahudi dek terpukau dgn zahiriah makhluk, inilah akibatnya Islam yg diamalkan bukannya kaffah, hilang satu iaitu rohaninya, menyebabkan pandangan tembus tak dimiliki oleh alim ulam ini.

    Hanya ulama yg memiliki ketiga2nya mampu melihat perancangan yahudi ini. Hilangnya senjata utama Islam ini pun telah dicanai oleh yahudi sejak dr dulu lagi selepas al fatih. Oleh itu marilah kita masuk Islam dgn ketiga2 sekali.

    # Muhamad Alfatih telah diakui oleh rasul. Maka selidikilah perjalanan hidupnya, yg utama ialah dia ditarbiah sejak kecil lagi oleh Ulama yg mempunyai kaaffah. Bani jawi inilah kekuatannya yg tersembunyi yg belum masanya muncul.

    .

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Hanya nak menyampaikan support saya.
    Saya one of the firm believer yang 'Arab Spring' ini adalah propaganda Yahudi.. Memang benar dan sedih bila umat Islam tidak nampak.. Saya percaya ini disebabkan rata2 umat Islam hatta yang bahasa ibundanya bahasa Arab, tidak memahami kandungan Al-Quran. Malahan tidak didedahkan dengan Sirah Rasullah SAW dan tidak mahu membaca dan memahami kisah2 Nabi2 terdahulu.

    ReplyDelete
  9. Salam semua, Alhamdulillah.

    Kami amat menyanjung pandangan yang amat bernas dari beberapa saudara kita di atas. Mereka ternyata berilmu atas izin Allah untuk melihat yang tersirat. Kami memang merhargai pandangan mulia sebegini bukan kerana kepentingan duniawi sebaliknya untuk dunia dan akhirat serta isinya. Keterbukaan disertai kebijaksanaan hanya dapat dicetus oleh hati nurani yang hidup, hati nurani yang bersih yang mampu melihat jauh k edalam cahaya yang terpancar berlapis-lapis itu.

    Semoga lebih ramai lagi ilmuan dan mukhlisin sudi singgah dan memberi buah fikiran supaya memudah fahamkan kemelut semasa kepada bangsa yang masih sayangkan Islam ini. Kita harus bersatu bukan dalam soal politik tetapi atas kefahaman murni menjaga agama.

    Unsur negatif disishkan sejauh mungkin, walaupun ia bersandarkan darah daging sendiri. Bersandarlah kepada NUR Allah yang sedia ada dalam diri.

    Malangnya politik telah dipergunakan secara maksima oleh musuh Allah untuk merosakkan lagi Islam yang telah sedia tercemar, maka kita perlu melihat secara menyeluruh kerana politik itu penuh dengan tipu daya yang licik.

    Sekali lagi kami ucapkan terima kasih tak terhingga dan teruslah bersama kami mengupas isu bangsa/agama ini.

    ReplyDelete
  10. Salam untuk semua.Sejarah sudah berkali-kali mengingatkan kita semua.Malangnya kita tidak mahu belajar daripadnya.Sejarah tidak berbohong tetapi manusialah yang menipu sejarah.Tiga perkara sering memesongkan kita (1)wang (2) Politik peribadi(3) Pangkat. Dalam kalangan umat Islam inilah yang terjadi.Suatu ketika saya pernah beri komen dan ulasan dalam blog yang lain bahawa apa yang terjadi dan menimpa umat Islam hari ini bukanlah kebangkitan Islam,sebab kebangkitan Islam tidak dengan cara membunuh sesama umat dan revolusi,sayang sekali komen2 yang saya berikan disanggah begitu rupa malah ada orang Islam di Malaysia menyarankan apa yang terjadi di rantau timur tengah/afrika dibawa ke Malaysia yang aman damai ini. Orang2 seperti ini bukan sahaja mahu menghancurkan negaranya tetapi agamanya sendiri!Mereka masih tidak ingin buka mata dan minda.Orang Islam (saya tujukan kepada Islam di Malaysia - mungkin sebahagiannya)masih tidak menerima hakikat apa yang terjadi di Iraq umpamanya Nur Maliki yang diasuh bertahun-tahun oleh Zionis,dia dapat kedudukan tetapi Iraq hancur dan kacau bilau.Demikianlah juga Hamid Karzai Afganistan dan sekarang Mesir,Libya dan sedikit masa lagi Syria.Crusade dan conquer masih berterusan dan pada hari ini diberi wajah baru.PBB,USA dan Eropah melakukannya secara terang-terangan dan tiada tentangan malahan diberi sokongan padu oleh segelintir umat Islam yang mementingkan diri.Senario ini sedang tumbuh di negara yang kita cintai ini sama ada menerusi proksi atau secara langsung.Apa yang diutarakan oleh Anon2 di atas semuanya cetusan dan pandangan positif.Kalaulah semua orang Islam berfikiran begini alangkan baiknya.Semoga kita diberi perlindungan oleh Allah SWT.

    ReplyDelete
  11. PERANG DUNIA I DISEBABKAN OLEH PERLUASAN WILAYAH.
    PERANG DUNIA KE II OLEH SUMBER ALAM.
    PERANG DUNIA KE III DISEBABKAN OLEH AGAMA.

    JADI BERSIAPLAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bismillahirahmanirahim...
      Assalamualaikum...

      Maaf diatas pandangan hamba, Perang Dunia I, ke II dan ke III adalah berpunca dari Dadjal yang menjadi dalangnya. Ini adalah kerana supaya tersusunnya rencana " The world new order".

      Delete
  12. Telitilah dengan akal bukan dengan nafsu. Peperangan akhir zaman pasti berlaku sama ada kita suka atau tidak. Bagaimana keadaannya sama ada menguntungkan bangsa dan agama, hanya kita orang Islam dan Melayu akan melakarkannya. Tindakan kita hari ini akan menjadi penentu masa hadapan. Nasib anak cucu kita.

    Berhentilah berpolitik yang merugikan...

    ReplyDelete
  13. assalamu'alaikum,kita renung kembali sirah nabisaw bagaimana baginda mendirikan negara islam madinah apakah dgn rampasan kuasa ataupun peperangan.tentu tuan2 semua sudah maklum tentang itu.tidak akan berdiri islam yg syumul jika tidak mengambil cara nabisaw,ini janji allah,kaedahnya sama zaman saja berbeza.semua manusia yg beriman atau yg tertindas mengharapkan akan ada pemimpin yg adil lagi disayangi bagi yg tidak sabar mereka mencari jln lain utk berjuang dgn menceburkan diri dlm politik kepartian yg sarat dgn najis jahiliah.perjuangan yg suci utk menegakkan agama allah mestilah segala-galanya suci,dari pejuangnya yg suci dari syirik dan segala kelengkapannya bebas dari unsur syubhah dan haram.cara islam telah ditunjuk oleh nabisaw jgn mengambil jalan lain pasti akan gagal seperti kata pepatah 'spt tikus membaiki labu'kononnya merekalah pejuang jika bukan menyertai mereka seolah2 kurang jiwa islam org tersebut.itulah yg aku alami sebelum ini seawalnya memasuki parti berteraskan kebangsaan,lalu rasa x puas hati lantas mengambil parti yg mendakwa memperjuangkan islam namun aku tak menemui ketenangan apatah lagi kedamaian yg diharapkan lantas aku meninggalkan terus perjuangan yg penuh dgn adu domba lalu mencari jln pembersihan hati dan disinilah aku merasakan sesutu yg x pernah aku rasa sebelum ini. aku mengajak diriku & tuan2 bangun & hidupkanlah jiwa2 tauhid, jiwa yg x takut selain Allah jiwa2 inilah yg akan mewarisi bumi M'sia jiwa2 yg akan mengisi 313 spt tentera Badar.wassalam....."perjuangan yg suci mestilah segala-galanya suci"

    ReplyDelete
  14. selagi kita menyokong sesuatu yg berdasarkan sekularism sudah tentulah, masyarakat tidak akan bersatu..PRU nanti sama-sama kita melakukan pemilihan yang berlandaskan Islam.

    ReplyDelete
  15. Askm..Sahabat Muslim-Muslimat sekelian..Ayuh kita semua bersatu..ikhlas dalam segala hal..gunakan segala strategi untuk melawan segala yang datang..Berjuang hingga titisan darah terakhir semata-mata kerana Islam. Janji Allah SWT pasti datang..yakin..percaya...Akhirat negeri yang kekal abadi..dunia sementara...

    ReplyDelete