Pages

Thursday, January 19, 2012

PEMBANGKANG - FITNAH DALAM SISTEM POLITIK ISLAM.




PEMBANGKANGAN ADALAH CARA POLITIK BARAT MERUPAKAN FITNAH DALAM SISTEM POLITIK ISLAM.

Amalan pemimpin dan rakyat di zaman Saidina Abu Bakar Assiddik dan di zaman Saidina Umar Alkhattab adalah yang terbaik dan bercirikan sistem Islam sepenuhnya. Amalan agama dan politik di zaman inilah yang terbaik satelah tamat zaman Rasulullah saw. Ini di benarkan oleh Hadis Sahih Rasulullah saw. Sabda Rasulullah saw, “Sebaik-baik kamu (Umat islam) ialah mereka yang berada dizamanku, kemudian yang berikutnya (Zaman Abu Bakar) kemudian yang berikutnya (zaman Saidina Umar ra).- Hadis Sahih Muslim.

Jadi apa yang yang dikatakan oleh puak Ihkwanul Muslimin Mesir bahawa segala amalan dan perkataan Khalifah empat adalah lapuk dan tidak sesuai pada zaman moden adalah salah, kerana Rasulullah saw memeberi pertunjuk yang berlainan. 

Puak Ikhwanul Muslimin itu berkata demikian supaya mereka boleh menjadi pembangkang, kerana jika mengikut kaedah Khalifah Arrasyidin pembangkang ini tidak ada dan tidak pernah dipraktikkan oleh khalifah Arrasyidin dan khalifah atau pemimpin yang dipilih berkuasa seumur hidup (Khalifah/Sultan). Pembangkangan adalah fitnah besar dalam sistem politik Islam. Kita lihat apa kata Saidina Umar ra tentang politik pembangkang,

Daripada Khuzaifah ra katanya, “Pada suatu ketika kami berada bersama Umar, lalu dia bertanya, “Siapakah diantara saudara-saudara yang hafal Hadis Rasulullah saw mengenai fitnah sebagaimana yang pernah disabdakan beliau? 
Jawabku, “Aku”. 
Kata Umar “Engkau sungguh berani !.Bagaimana sabda beliau?”.
Aku mendengar Rasulullah bersabda, “Fitnah seorang laki-laki bersumber atau terletak pada isterinya, pada hartanya, pada dirinya, pada anaknya, pada tetangganya. Semuanya tidak melakukan puasa, tidak bersembahyang, tidak bersedekah, tidak mahu menganjurkan yanh makruf (kebajikan) dan mencegah yang mungkar”. 
Kata Umar, “Bukan itu yang aku maksudkan, tetapi ialah huruhara yang menggelora bagaikan gelombang lautan”. 
Jawabku, “Anda tidak terlibat dalam peristiwa itu !, Ya Amirul Mukminin !, Kerana antara anda dengan bencana itu ada suatu pintu yang terkunci rapat”. 
Tanya Umar, “Apakah pintu itu dipecahkan orang atau dibuka orang”?.
Tidak dibuka, tetapi dipecahkan orang”. 
Kata Umar, “Kalu begitu patutlah pintu itu tidak lagi dapat dikunci untuk selama-lamanya”. 

Kami bertanya kepada Khuzaifah. “Tahukah Umar pintu yang mana”. Jawab Khuzaifah, “Ya !, saperti yang diketahui oleh Umar pada malam besok hari”.-Hadis Sahih Muslim.

Pintu yang diperkatakan oleh Khuzaifah dan Khalifah Umar ra itu ialah kematian Umar ra pada malam besoknya. Pada malam besoknya Umar dibunuh ketika menjadi imam bersembahyang oleh seorang Majusi. Selepas kematian umar ra beliau di ganti oleh Saidina Uthman bin Affan, dan di zamannya terjadilah pembangkangan politik sehingga terjadi pemberontakan dan mengakibatkan Saiidina Uthman terbunuh. 

Kematian Umar menjadi pemisah kepada dua zaman yang berlainan. Iaitu dimana zaman Abu Bakar ra yang tidak ada pembangkangan politik dan begitu juga di zaman Umar ra. Di zaman Uthman ra dan zaman Ali kw terjadi pembangkangan politik, ia membawa banyak fitnah dan huruhara. Terjadi hasil dari pembangkangan politik itu. 

Pembangkangan ini pula bukanlah dibuka atau ditaja atau direstui oleh khalifah yang memerintah saperti mengadakan pemilihan semula khalifah dan sebagainya, walaupun ada umat Islam yang menyuruh Saidina Uthman meletak jawatan. Jika Saidina Uthman bersetuju meletak jawatan, maka pemilihan semula berlaku dan ini adalah pembangkangan yang dibuka. Demikian juga di zaman Saidina Ali, beliau tidak mengadakan parti pembangkang, tetapi beliau tetap ditentang oleh Muawiyah, dan ini juga tidak ditaja oleh umat Islam. Tetapi dipecahkan dan diusahakan oleh Muawiyah. 

Kata Saidina Umar pintu fitnah pembangkangan ini tidak dapat ditutup selama-lamanya. Kerana itulah ada sahaja pembangkangan politik yang akan berlaku. Ianya dapat dikawal, tetapi tidak dapat dihapuskan sama sekali. Lebih-lebih lagi amalan politik Barat yang mewajibkan ada parti pembangkang menjadi amalan seluruh dunia, termasuk negara-negara Islam. 

Apabila Saidina Umar ra di lantik menjadi Khalifah, beliau berucap di khalayak ramai. Antaranya kata beliau, jika aku tidak betul maka luruskanlah aku. Maka bangun seorang dengan pedangnya berkata jika engkau tidak betul akan diluruskan dengan pedang. Ini menunjukkan semangat penentangan itu telah bertapak se awal-awal zaman khalifah lagi. Saidina Umar tidaklah menyuruh umat Islam bertindak sekeras itu, ia bermaksudkan ingatkan dirinya. 

Adalah tidak beradab mengangkat pedang di hadapan seorang Khalifah dan dijamin syurga pula oleh Rasulullah saw. Tindakan dengan pedanglah yang membawa padah kepada Saidina Uthman ra dan Saidina Ali kw. 

Malah pembangkangan ini juga telah timbul di zaman Rasulullah lagi apabila seorang yang berjanggut lebat, mata cekung dan dahinya menjorok menegur Rasulullah supaya baginda takut kepada Allah swt. Ini adalah salah, kerana Rasulullah saw tidak perlu di ingatkan oleh manusia tentang hal ehwal agama, tetapi boleh memberi pandangan tentang hal ehwal adat dan cara dalam hal-hal keduniaan. Ini kerana dia sentiasa dalam peliharaan Allah dan tidak mungkin melakukan maksiat dan melakukan kesalahan dalam hal agama. Jika ada kesalahan kecil dalam tugas, maka Allah swt sendiri meluruskannya. 

Pernah berlaku Rasulullah saw meninggalkan seorang buta dan menghadap seorang bangsawan Quraisy apabila keduanya datang bertanya mengenai agama Islam. Allah swt menurunkan ayat Alquran menegur Baginda Rasulullah saw. 

Dalam kes ini, manusia berjanggut tersebut adalah manusia biadap dan mempunyai sikap keterlaluan. Di mana manusia saperti inilah yang meniup semangat penentangan (pembangkangan) terhadap para pemimpin dan akhirnya lahirlah militan yang bersemangat saperti dirinya.dan menjadi pengganas dunia. Malah setengah dari mereka membunuh orang Islam dan para pemimpin negara Islam yang tidak bersetuju dengan cara mereka. Kita boleh lihat apa yang berlaku di Linya, Iraq dan beberapa negara Islam yang bergolak.

Dalam zaman di mana amalan demokrasi bebas Barat ini berleluasa maka pembangkangan pun dibenar diamalkan dengan meluas dan merata tanpa mengingat lagi bahawa politik pembangkang ini tidak ada dalam kamus politik Islam. Amalan yang ditiru dari Barat ini menyebabkan politik umat Islam sentiasa tidak tenteram hasil asak mengasak antara parti kerajaan dan parti pembangkang. Fitnah ini tidak akan membuah kebaikan. Bagi Barat sistem ini memberikan menfaat kepada mereka dengan memecah kecilkan umat Islam. 

Lagi pun Rasulullah saw pernah bersabda ada tiga zaman terbaik iaitu zamannya, zaman Abu Bakar dan zaman Umar. Tidak ada zaman terbaik yang keempat. Sekarang ini negara demokrasi masih berada diatas landasan sunnah politik Islam, iaitu pemimpin dipilih. Ada jejak-jejak kenabian walaupun tidak sepenuhnya sunnah, kerana zaman nabi saw tidak ada pembangkang dan Rasulullah saw sendiri tidak mendaftarkan parti pembangkang. 

Begitu juga di zaman Abu Bakar ra dan Umar ra, tidak ada pembangkang walau pun Abu Bakar tidaklah sebaik Rasulullah saw dan Umar pula tidaklah sebaik Abu Bakar. Sistem politik yang mewajibkan ada pembangkang menjadi perbezaan antara amalan politik demokrasi kini dengan demokrasi Rasulullah saw dan para sahabat. 

Namun pembangkangan ini telah terjadi dan tidak akan berhenti. Manusia memang makhluk yang suka membangkang tanpa usul periksa. Di zaman terbaik Islam itu, pemimpin dipilih dan pembangkang tidak ada atau tidak dibuka. Mereka mengamalkan syura iaitu nasihat dan berbincang. Di zaman kita sekarang ini pemimpin juga dipilh tetapi pembangkangan berlaku dan dibuka pula. Di sesetengah negara Islam pembangkangan yang dibuka secara dekmorasi telah beralih menjadi pembangkangan bersenjata saperti Di Indonesia dan Algeria.

Inilah perbezaan Sunnah Pemerintahan Islam di zaman terbaik Islam dengan Sunnah Pemerintahan Islam sekarang ini. Pemerintahan kini telah kembali mengikut jejak kerasulan iaitu pemimpin dipilih dan bukannya lagi warisan saperti yang berlaku dalam pemerintahan monarki iaitu pemerintah beraja. Namun perpecahan telah terjadi akibat di buka pintu bangkangan (pembangkang).

Di zaman Saidina Uthman ra, banyak orang Islam yang suka memburuk-burukkan beliau. Ubaidullah bin Umar yang diampunkannya kerana membunuh juga sangat kuat mengkeritik beliau. Kerana terlampau banyak orang bercakap tentang politik dan membangkang inilah terjadinya pemberontakan dan Saidina Uthman dibenci langsung dibunuh. Zaman bagindalah bermulanya fitnah dalam pemerintahan.

Di zaman Saidina Ali, pembangkang politik bertukar menjadi pemberontakan. Pemberontakan ini diketuai oleh Muawiyah. Semasa berperang dengan Saidina Ali, kuasa politik negara Islam tidak berkembang lagi saperti di zaman Umar ra. Muawiyah terpaksa berdamai dengan tentera Rome dan membayar sejumlah wang yang banyak. Tenaga umat Islam masa itu digunakan untuk memusnahkan sesama sendiri.

Pembangkang Muawiyah adalah orang yang bertanggung jawab diatas kejadian dan fitnah yang buruk itu. Saidina Ali ra tidaklah boleh disalahkan. Ini kerana Saidina Ali adalah orang terjamin syurga dan digelar "Pintu Ilmu" sementara Muawiyah tidak ada kelebihan sedemikian. Mencegah negara Islam dari mempunyai dua khalifah adalah tugas khalifah awal dilantik.

Semasa Muawiyah masih kecil, beliau sedang tidur di riba Nailah, kakaknya, dan Rasulullah saw berkata “Engkau sayangkah kepada adik engkau itu, sesungguhnya dia akan menjadi orang besar islam seluruhnyanya”. Setelah dewasa Muwawiyah berkata, “Perkataan itulah yang aku selalu ingat”. Rupanya percakapan Rasulullah saw menyebabkan Muawiyah mempunyai niat kepada politik yang kuat, sehingga sanggup berperang dengan "pintu ilmu" itu, iaitu Saidina Ali kw.

Muawiyah sepatutnya mengerti apabila Rasulullah berkata sesuatu perkara, tentu akan terjadi. Jika beliau tidak berperang dan tidak meminta pangkat sekalipun beliau tetap akan menggantikan Saidina Ali kw disatu hari nanti. Jika beliau taat kepada Ali maka beliau tetap akan dilantik oleh umat islam kerana pada ketika itu beliau sahajalah ahli politik yang bijak. Namun begitu beliau mengambil keputusan berperang untuk mendapat kuasa. Jadi terpaksa melangkah seratus ribu nyawa atau lebih.

Demikianlah juga keadaan pemimpin PAS di negara kita. Jika mereka mencampurkan diri dalam UMNO atau Barisan Nasional, mereka tidak akan rugi. Jika telah tertulis, Allah menetapkan mereka akan muncul sebagai pemimpin negara, mereka akan dapat juga jadi Perdana Menteri melalui taat setia kepada kepimpinan yang ada. Jika mereka tetap mahu berpecah dan berjuang sendirian tanpa melibatkan UMNO mereka mungkin juga akan dapat kuasa, tetapi kemungkinan besar setelah menempuh huru hara dan kekacauan. Atau setelah orang Islam Melayu di Malaysia kehilangan kuasa politik kerana berpecah belah.

Segeralah bersatu untuk membangunkan sistem pemerintahan Islam. Susah sangatkah untuk kita bersatu hati untuk menyerang kembali anasir subersif yang sedang merosakkan agama? Yahudi dan Nasrani telah bersatu hati mengganyang Islam. Kita orang Islam masih lagi bertempur sesama sendiri. Kemanakah hala tuju kaum malang ini dan mampukah mempertahankan kesucian agama tercinta? Mustahil.

Segera masuklah dalam satu saf, kurangkan peselisihan dan jauhi sikap benci membenci. Jauhi iri hati keduniaan kerana dunia ini tidak pernah akan kekal. Jadilah barisan pendesak dari dalam, inilah masanya untuk wujudkan perkongsian kuasa yang dituntut agama. Tak perlulah menoleh kebelakang lagi kerana bukti nyata Islam sedang diperkosa. Sukarkah manusia Melayu ini untuk bersatu? Tidak, tetapi ada dalang yang mengeturkannya sebegitu. Siapa yang akan menjadi mangsa? Anda, saya dan seluruh kaum Muslimin. Ulama menjadi pembimbing umara. Mendesak supaya mengaturkan peralihan sistem dari sisten zionis kepada sistem sunnah. Kenapa tak lakukan? Ia disebabkan oleh kepentingan dunia dan rasa tidak sabar.

Jika kaum skular mempunyai naluri keduniaan ia tidaklah menghairankan, tetapi jika kaum ulama juga mempunyai naluri yang sama, amatlah malang bagi kaum Muslimin. Kaum ulama harus tonjolkan sifat mulia seperti sabar, ikhlas, memaafkan, tawakkal dan sebagainya untuk dicontohi. Bukannya bersaing sebagaimana mereka yang sekular.

Yahudi dan Nasrani tidak pernah berputus asa menyerang Islam dan memecah belahkan perpaduan Muslimin. Bagaimana kita boleh berputus asa untuk bersatu dan dalam masa yang sama mengiakan apa yang dipersiapkan oleh Yahudi dan Nasrani untuk kita. Kenapa? Ia disebabkan dendam, benci dan sentiasa membuka hati untuk mendengar hasutan.

Bersatu sahaja caranya untuk menentang segala sistem yang dipaksakan oleh Yahudi dan Nasrani. Selain itu kita hanya berangan-angan dengan berbagai resolusi itu dan ini. Oleh itu sediakanlah tapak yang sesuai untuk Islam bangun kembali. Tolak pemerintah dan tolak pembangkang dan pilih jalan baru? Dimanakah jalan baru itu?

Kita semua tahu Yahudi bergabung dengan Nasrani (yang tersesat) untuk melumpuhkan Islam melalui rangkaian Zionis antarabangsa seperti beberapa pertubuhan rahsia mereka termasuk Jesuits, NED, CFR dan PBB yang amat terkenal itu. Kita tidak layak mendapat kemenangan dengan menyertai mereka. Abaikanlah alasan seorang pemimpin totok yang gilakan wang lobi Yahudi tersebut. Sanggup gadaikan apa sahaja demi dana besar untuk berjaya dalam perjudian politik.

Bangunkan kumpulan pendesak dalam kepimpinan negara dan sentiasa memantau program kerajaan supaya tidak menyalahi syarak. Dengan perlahan-lahan kita hapuskan sistem perundangan dan kewangan Yahudi ini.

Semoga bermenfaat


tulisan zabada


33 comments:

  1. assalamualaikum wbtuh..
    agak 'LANCANG' jugak tuan memperkatakan berkenaan Saidina Muawiyah R.A. Sila semak hadith berkenaan beliau yang mana di jamin syurga & mungkin ramai pembaca di sini belum 'KEMAS BENAR' berkenaan sirah Nabawi & Sahabat R.UM.
    ' Sekadar nasihat, agama itu nasihat..' wallauaqlam

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa makna wallauqlam? tak pernah dengar.

      Delete
  2. Salam..kalau tidak dipecahkan ruyung..masakan dapat sagunya..kalau tiada pergolakan dunia..tidaklah kita tahu tinggi atau rendahnya iman kita..kalau seluruh dunia aman sejahtera makmur bahagia..maka cepatlah kiamat menjelma..'Tidakku jadikan sesuatu dengan sia-sia'..wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak sewajarnya mendoakan "huruhara" walaupun berniat mengembalikan pemerintah Islam. Berusaha mencapainya melalui keamanan lebih dituntut. Politiklah yang membunuh kesatuan sesama kita. Inilah halangan yang kita sendiri cipta.

      Delete
  3. muslim,
    kalau hebat, tunjuk lah hadis tu. main cakap hadis tu hadis ni dalil tu dalil ni semua org boleh. barula penulis dan semua boleh kaji hadis tu taraf apa. sahih, hasan, gharar dsbnya. nasihat mu samar2 la. camana nak ikut. byk sgt punahsihat zaman ni.

    jentayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum..
      Muawiyah mengiktiraf Saidinah Ali... tidak pernah Muawiyah merebut kuasa saidina Ali.. sila baca sejarah islam betul2.. kaji betul2 sejarah yg kita belajar selama ini betul atau tidak.. dan Jelas Umar cakap kalau dia salah sila tegur.. so.. kalau kita dah tegur masih melakukan kejahatan.. mestilah kita bertindak dgn langkah yg kedua iaitu ubah dgn perbuatan.. takkan kita nak sekongkol sekali dgn kejahatan.

      Delete
    2. ha ha ha, ustat belajar sirah yang mana, tulisan siapa? umum tahu peperangan menetang Ali KW tu... berapa ramai yang terkorban? walaupun Ali KW menang, Muawwiyah gunakan tipu muslihat mengangkat alQuran dihujung pedang minta peperangan dihentikan dan adakan musyawarah untuk selesaikan perselisihan. Majlis tahkim yang amat bersejarah itu diaadakan bagi memilih semula khalifah. Wakil Ali kw diperdaya, orang tua lurus itu melakukan sebagaimana biasa melucutkan jawatan Ali dan minta wakil Muawwiyah pula lakukan hal yang sama untuk membolehkan perlantikan khalifah baru untuk seluruh muslimin... apa yang berlaku? ya... tipu daya lagi... Berpunca dari sinilah Saidina Ali kw telah dibunuh oleh kumpulan yang kecewa dengan tipu muslihat Muawwaiyah, namum Muawwiyah dapat melepaskan diri dari dibunuh... tiada bukti Muawwiyah tunduk patuh dan tidak menentang khalifah arrasyidin Ali kw?

      nak tanya ustat.. sejarah ini tak betul kerrrr? atau cuba nak buat fitnah ker? apa tujuan ustat sebenarnya?

      Delete
    3. salam mecelah...muawiyah tak pernah patuh pada saidina ali kw...muawiyah telah menggunakan tipu muslihat yang telah dilakukan oleh amru al-ash...sebab itu lah 3 orang pembunuh diupah utk membunuh saidina ali, muawiyah dan juga amru...anak cucu muawiyah lah yang telah membunuh saidina hussin kalau tak silap yang berlaku di karbala...sebab itu juga lah puak2 syiah merayakan peristiwa karbala...klau slh tolong betulkan...

      Delete
  4. Salam..
    Maaf,Pihak2 kini yg cuba dikatikan dgn Sirah dan Dalil yg diketengahkan penulis agak tidak cocok ..
    Bukan Isi Dalil yg sy ingin perkatakan ttp hala Dalil itu cuba ditujukan..Sy menjadi skeptikel dgn hala tuju Dalil ini diarahkan dan ia agak serabut apabila cuba disesuikan dgn kefahaman sy berdasarkan kelompok2 yg cuba dikaitkan..huhu..
    1)Jika pembangkang tidak direstui dlm siasah Islam,maka UMNO yg sudah jd pembangkang dinegeri-Negeri yg dikuasai oleh Pakatan Rakyat kini adalah kelompok yg dinasabkan dlm Takwilan dalil diatas..Penulis mengabaikan hakikat itu dlm konteks politik Malaysia..Ianya akan jd pertikaian..
    hehe..

    2)Byk Insiden yg menunjukkan bahawa Muawiyah bersama(Berpihak kpd)Saidina Ali dlm byk hal..
    Ketika Kuasa Bezyntin ingin menceroboh Syam,Muawiyyah menyatakan bahawa beliau sanggup bersama dgn Ali(dgn memanggilnya sepupuku)utk menghalau Pencerobohan pihak Bezyntin dari wilayah2 Islam..
    Ketika Saidatina Aisyah cuba dipanah oleh Kelompok Khawarij dlm peristiwa perang Jamal,Ummi Mukminin itu melaungkan "Kutukan Allah kepada para pembunuh Utsman",lalu laungan itu disambut oleh Saidina Ali dan Muawiyah lalu mereka maju kedepan utk melindungi Ummi Mukminin itu..
    Pd sy org yg cuba menidakkan sumbangan Muawiyah dlm sirah Islam adalah kelompok yg mengentengkan sejarah..Teserlah ke"Wahabi'annya..
    Muawiyah adalah tokoh yg memulakan kpd wujudnya pasukan Armada Laut tentera Islam dan dgn Kekuatan Armada itulah yg digunakan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh utk membuka Kota Konstantinopel..
    Kisah Pembukaan Kota Konstantinopel adalah perkara Ghaib(belum terjadi dihayat Baginda Rasulullah s.a.w) yg disampaikan oleh Rasulullah s.a.w dan Muawiyah membuka jalan kpd penggunaan kekuatan Armada Laut yg bakal digunakan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dgn memulakan pembinaan Kapal2 perang lalu pengaruh Islam berjaya merentasi Benua2 Asing..

    3)Agak tidak sesuai utk menyamatarafkan Kepimpinan UMNO dgn Kekhalifahan Islam..Kondisi UMNO itu sendiri menyebabkan ianya tidak sesuai atau layak utk disama tarafkan..Lbh Murad utk mengatakan bahawa Umat Kini tiada pemimpin krn kepemimpinan yg sedia ada tidak mampu utk menyatukan umat..
    UMNO mahu pun PAS tidak memiliki kemampuan utk menyatukan sesama Islam..
    UMNO mengatakan PAS Fanatism dan PAS mengatakan UMNO Nationalism..Xde kesudahan smpai skrg..
    Buat masa ini agak kelihatan Mustahil utk mereka beratu wlw bagaimanapun mereka diwajibkan bekerjasama dlm hal2 yg berkaitan dgn survival Islam..Klu nk bersatu,Dua2 kena bubar,baru fair and square..Tp siapa yg akan memilih option Ini?
    Penulis pun tahu jawapannya..

    4)Khalifah adalah Imam..
    Dulu Khalifah adalah Imam kpd jemaah,memberi Khutbah dimasjid,mengetuai delegasi negara,mengutus surat2 diplomatik dan memberi arahan kpd jeneral Perang..
    Kini definisi Khalifah dan Imam itu sudah terpisah jauh..
    Pemimpin2 bukan lg dipilih atas ketaqwaannya,ttp kepetahan pidato dan jumlah penyokong yg menjadi Indikatornya..Ramai x semestinya benar dan benar x semestinya diikuti ramai dlm keadaan Islam itu kembali dagang dlm arus dunia zaman Fitnah..
    Amatlah jauh daripada Indikator apabila ciri2 kepimpinan dlm Sirah2 itu cuba dihalakan kpd keadaan umat kini..
    Boleh dikatakan ciri2 Khalifah Saidina Abu Bakar,Umar,Utsman,Ali mahupun Muawiyah tiada langsung pd perwatakan dan bawaan pemimpin2 yg ada sekarang,jd mereka sama sekali tidak layak utk dimasukkan dlm raga Kekhalifahan itu..
    Sisa2 ciri Khalifah kini hanya terdapat pd kepimpinan jemaah Tarekat,Tabligh,Ahli2 Sufi dimana mereka kini menyepi diri dari mengikuti arus dunia yg penuh dgn Fitnah lalu mereka lbh cenderung menjaga anggota tubuh dan hati mereka dari melakukan dosa dari bergaul dgn masyarakat awam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami menghormati anda yang memihak PAS. Nasihat kami luanglah sedikit ruang untuk mencari persetujuan dan persefahaman demi Allah. Jika dengan bukan Islam kita boleh berkerja sama, kenapa tidak sesama Islam?

      Delete
    2. Maaf,sy tidak cenderung pd mana2 Doktrin politik ttp sy telah didaftarkan sebagai ahli UMNO..Yg sy tahu nama sy telah diambil dari senarai pemain bolasepak belia dan didaftarkan sebagai ahli UMNO dgn yuran keahlian telah dibayar oleh org dan sumber yg tidak sy ketahui..
      Sbb itu sy x hairan jika UMNO mendakwa yg mereka mempunyai 3 juta ahli..
      Sy menganggap diri sy tidak berparti dan kerja2 kotor sebegini tidak layak utk disamatarafkan dgn peribadi Khalifah2 Islam..
      Jwb dgn sy bagaimana sy nk bersetuju dgn org yg mencuri identiti sy lalu dimasukkan dlm senarai keahlian Partinya..Islam mengajar beginikah atau mereka yg menipu ttp membawa Brand Islam utk disolekkan kpd mereka..
      Kata2 dan tingkah laku mereka berlawanan..
      Sy berhak mencela mereka krn apa yg telah mereka perbuat kpd sy dan Allah tidak Redha akan perbuatan mereka..

      Delete
  5. Sesuatu perkara terletak kepada niat. Kebijaksanaan jika tidak memandu kepada kebaikan, adalah batal. Jauhi perbezaan dan bangunkan persamaan untuk pembangunan ummah. Kenapa harus berselisih hanya kerana pangkat dan kuasa. Bukankah kuasa itu satu amanah yang berat untuk dipertanggungjawabkan?

    ReplyDelete
  6. Ramai yg cekal nak runtuhkan kerajaan yang ada tanpa berfikir panjang. Lebih kepada dendam dan benci, adakah tiada langsung kebaikan yang diperolehi? Islam tak pernah ajar untuk dendam dan benci, entah kenapa Melayu tidak dpt bersatu lagi sampai kiamat. Sepatutnya saling bantu membantu. Malang nasib bangsa ini diperbodoh dan diapi2kan oleh bangsa asing yg menumpang. Disatu keadaan memperjuang Islam guna pendekatan agama utk menkafirkan bangsa sendiri, disatu keadaan lain bersama musuh agama menyerang bangsa sendiri seagama. Adakah wajar Melayu menjadi pengemis dinegara sendiri, mampukah pendatang membantu Melayu utk berjaya? Sy tak nampak penyelesaiannya. Akan tiba masanya org Melayu dimangsakan oleh pendatang dan diperhatikan shj oleh bangsa sendiri. Akan tiba berbunuhan sesama sendiri atas hasutan bangsa pendatang. Kasihan Melayu,. usah tertipu dengan mainan mereka yg beselindung di sebalik jubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepada FH dan Hamba Kelana

      Jangan terlalu mementingkan perasaan kepolitikan kerana politik amat jijik, kita gunakan apa yang ada untuk selamatkan agama dikira satu kebajikan jua. Bergantung kepada niat anda. PAS juga mempunyai perancangannya sendiri, cuma keadaan sekarang tidak banyak membantu. UMNO yang tidak seislamik PAS masih dilihat tidak memusuhi Islam sebagaimana DAP dan MCA. Jadi kita mesti dominan dalam menghadapi gerak kerja anti Islam. Itu pandangan kami, maaf jika tidak seiring dengan anda.

      Delete
  7. lantak pi lah hangpa nak sokong komunis ka nak sokong sapa ka, aku dok lagu tu jugak. islam la apa la semua pemohong. hangpa ingat cina bodo macam hangpa ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tidak wajar berputus asa. Kita tahu kesukaran yang terpaksa ditempuh. Ada tangan tersembunyi sedang gerakkan jarum halus meleberalkan masyarakat Islam Malaysia. Harap betulkan diri.

      Delete
  8. Salam..
    Tiada siapa yg nk meruntuhkan kerajaan..
    Ramai yg silap apabila guna Istilah "kerajaan"..
    Kerajaan itu bukannya UMNO..
    UMNO itu adalah parti yg mewakili Kerajaan..
    Ahli Parilmen dan senator UMNO dan BN merupakan ahli jemaah Menteri dan ahli Kabinet dan ianya boleh ditukar dgn Kaedah Pilihanraya..Byk negara sudah bertukar wakil kerajaan dan pusingan itu adalah kitaran lazim dlm sistem Demokrasi..
    Institusi dlm Kerajaan tetap berjalan krn Hanya menteri dan jawatan2 atas tiket politk sahaja yg akan keluar merayu undi sbb tempoh mereka berada dlm kerajaan sudah tamat apabila Parlimen dibubar dan mereka perlu menjalani proses pemilihan yg dipanggil pilihanraya utk berada dlm kerajaan bg penggal yg berikutnya sekiranya mereka menang dlm pemilihan itu..
    Semua kementerian punya ketua Pengarah dan mereka yg akan melaksanakan dasar2 yg telah dibuat ketika ketiadaan menteri..Menteri hanya mengesahkan hasil mesyuarat dgn Ketua2 Pengarah kementerian utk dibawa ke jemaah menteri..
    Yg ingin ditukar adalah wakil kerajaan..
    Mcm mana manusia nk menyusun siapa yg akan mewakili kerajaan jika kerajaan sudah runtuh?
    Jika yg ini pun x dpt nk dibezakan macm mana anda layak utk memberi komen?
    Sbb itu anda marah2 pd pendapat yg tidak memihak anda..
    Yg terjadi adalah anda yg salah menilai kerangka dan anda beria-ia sgt utk mempertahankannya..
    Cara yg sepatutnya anda lakukan adalah dgn membuang undi..Soal siapa yg akan dipilih bukan hak anda utk mengkritiknya krn masing2 punya Kreteria dlm membuat keputusan masing2..
    Kalah menang itu adalah perkara lumrah yg harus dilalui..
    Org yg biasa kalah pun x mecela spt anda,ttp knapa org yg selalu menang x boleh menerima kemungkinan akan menanggung kekalahan???
    Lalu berbagai Sirah,Nas dan dalil dikemukakan utk mempertahankan pilihan anda..
    Itu silapnya anda krn org lain yg tidak sependapat dgn anda pun punya dalil atas Iktikad dan pilihan mereka..
    Wakil Kerajaan yg sedia ada pun sudah berpuluh tahun menikmati hasil undi org2 Cina dan India..
    Ironinya peralihan undi berlaku krn kelemahan pengurusan dlm pentadbiran kerajaan krn wakil2 yg telah dipilih tidak memuaskan hati org2 yg telah memilih mereka..Indikator kpd kecekapan pengurusan adalah berdasarkan pendapatan Negara kasa,peratusan pertumbuhan ekonomi,Aliran wang masuk dan keluar,kadar inflasi,kadar pengangguran,Kadar jenayah,Harga barang,Tarif letrik,air dan Gas dan berbagai petunjuk2 ekonomi..
    Inilah data yg dijadikan asas dlm membuat penilaian..
    Hasil dapatan ini yg akan mengukur tahap keyakinan awam terhadap Kerajaan yg ada..
    Jgnlah anda nk menerjah kpd isu Agama semata-mata krn ianya bukan idea yg ideal utk dibuat ukuran krn sikap ini menggambarkan apabila keadaan semakin tidak memihak kpd Juara Bertahan,Agama pula yg dijadikan Perisai dan Indikator utk menyelamatkan wakil Kerajaan setelah segala petunjuk2 ekonomi,Dasar2 yg dilaksanakan merugikan pembayar Cukai..
    Umat Islam telah memberikan lebih dari yg sepatutnya utk runningkan kerajaan yg sedia ada..Bukan hanya setakat zakat,cukai pendapatan dan berbagai cukai lg yg telah dibayar sejak sekian lama..
    Tiba2 ada suara yg nk membangkitkan Agama sebagai jaminan kesetiaan kpd Wakil2 kerajaan..
    Jika memilih wakil selain dari mereka kedudukan agama akan terancam..
    Tiada siapa yg mengucap Kalimah Syahadah mahu kedudukan agamanya terancam..Persoalannya adalah semua pembayar cukai diberi Hak memilih..Pilihan bkn utk dicaci maki,ttp utk dilihat keberhasilannya..Menjaga agama adalah pekerjaan semua Umat Islam,bkn hanya terletak dibahu kerajaan semata-mata..
    Adakalanya sy merasa mual dgn sesetengah org yg begitu emosi dgn mengeluarkan kata2 tidak sopan yg merendah-rendahkan org lain tidak sependapat dgnnya,mengungkit-ungkit Asal keturunan..
    Klu x mampu utk berhujah jgn merendah-rendahkan intelek org lain dgn mengatakannya bodoh dan sebagainya krn itu jelas suatu sifat kegopohan dlm menanti hasil yg diharapkan..
    Siapa yg kan rugi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pandangan anda. Kita sedang mendaki bukit yang tunggi dan licin. Tergantung kepada pilihan masyarakat menilai dan melakukan sesuatu untuk selamatkan sisa tinggalan ulama lampau. Bagi kami tidak wajar masyarakat Islam berpecah kerana ia akan memudahkan usaha kristian memurtadkan ummah. Maaf jika anda tidak bersetuju.

      Delete
  9. Penyatuan Ummah amat didambakan. Kita tidak lagi mampu berpecah dan dikecilkan. Bagaimana caranya kita tidak kisah, apapun Islam mesti diutamakan. Perbezaan pandangan tidak sewajarnya menggagalkan hasrat murni ini.

    ada sesuatu yang anda semua wajib lihat:
    http://zharifalimin.blogspot.com/2012/01/kristianisasi-menular-di-iraq.html

    ReplyDelete
  10. Salam...

    Saya pernah terbaca pasal Muammar Ghadafi dan rahsia kenapa Nato dan US nak serang Libya tulisan blog tuan, iaitu ada 5 rahsia besar yang tersembunyi..

    Saya fikir ulasan di blog tuanlah di antara yang terbaik..

    Namun sejak Mohamad Sabu cakap komunis tu pejuang kemerdekaan, artikel-artikel tuan berleretan mengenai politik Malaysia sehinggalah sekarang.

    Dan artikel di atas juga merupakan di antara artikel yang terburuk pernah dibaca... Saya khuatir Allah SWT tidak menerima semua amalan baik tuan kerana memfitnah atau mengumpat sahabat nabi SAW.

    Saya fikir "Jika awak ingin mencatur, awak sebenarnya yang dicaturkan..." Kelihatan the hidden hand terlalu suka dengan tulisan blog tuan.. Bertaubatlah selagi hidup, dan pergilah dengar bayan maghrib di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur.

    Yang benar,
    Wan.
    mlshaharizuan@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. salam kembali saudara anon.

    Terima kasihlah atas teguran. Saya hanya diamanah sebagai admin sementara kerana abatasa masih belum mahu menulis. Saya akui saya tak begitu pandai dan hanya meletakkan mana2 artikel yang saya fikir baik untuk bacaan bangsa ini. Pada saya tiada umpatan kepada sesiapa. Jika Muawwiyah menentang Ali saudara anggap ia sebagai umpat, saya tak dapat nak kata apa. Setahu saya memang itulah yang berlaku. Melainkan jika saudara dapat utarakan yang lain dan buktikan cerita sejarah itu tidak benar.

    Saya diKedah, jauh sangat nak ke sana. Jika ada yang kurang setuju, saya terima sebagai teguran membena. Maaf jika ada yang salah.

    ReplyDelete
  12. -faisal-

    saya bersetuju dengan AnonymousJan 21, 2012 07:42 AM. nampaknya fokus blog ni telah berubah daripada isu akhir zaman dan konspirasi kepada politik.terlalu banyak isu politik tak bagus utk kesihatan....


    kalau pembangkang tak ada maka tak lengkaplah demokrasi.asas demokrasi adalah memberikan kuasa kpd rakyat utk memilih induvidu2 dan parti2 yg layak utk memerintah negara.

    masalahnya, mungkin demokrasi tak begitu sesuai utk orang2 melayu di malaysia.demokrasi adalah idea/rancangan jahat british utk memecah belahkan orang melayu.british yg lama memerintan malaysia(tanah melayu /sebelum merdeka) sudah tentu sudah faham benar sikap orang melayu yg setia kepada raja mereka.zaman dulu orang2 melayu bersatu padu dibawah raja/sultan, jika ada sebarang perbalahan mereka akan merujuk kepada sultan/raja utk penyelesaian.malah orang melayu pada masa tu ditanamkan dengan sikap menghormati raja/sultan melebihi segala-galanya.atas sebab inilah sultan/raja zaman dulu telah berjaya menyatu padukan orng melayu dibawah satu pergerakan/organisasi.

    dek kerana kesetiaan kepada pemerintah(raja/sultan) yg tinggi inilah yg mengagalkan usaha pendakwah2 kristian pada masa itu utk memurtadkan orang melayu.malaysia(tanah melayu) dah dijajah hampir 500 tahun sejak tahun 1511, tetapi hanya sebilangan kecil(mungkin)orang melayu terpedaya dengan dakyah kristianisasi yg dibawa oleh penjajah.kejayaan orang melayu mengekalkan identiti mereka sebagai penganut agama islam adalah kerana mereka bergerak dalam satu pasukan yg sama bertunjangkan raja2/sultan2 melayu.atas sebab inilah british(selepas ww2) memperkenalkan demokrasi,politik kepartian di tanah melayu ,utk memecah belahkan perpaduan orang melayu.malah sebelum mereka bagi kita merdeka, kita disemaikan dengan segala sistam mereka termasuklah riba(interest).kalau british ikhlas utk memerdekakan tanah melayu pada masa tu, boleh saja mereka kembalikan kuasa raja2 melayu dan serah semula pemerintahan negara kepada raja/sultan.tapi ia tak berlaku sebab mereka sedar dan faham kesan dan akibatnya.


    wassalam....

    ReplyDelete
  13. Sy setuju dgn Saudara Faisal..
    Sy Lihat Blog ini sudah berubah fitrah dan lbh canderung kpd Persoalan Politik..
    Sy berpendapat adalah lbh baik baik isu2 politik ini dipinggirkan krn sy tidak gembira melihat pembaca kecam mengecam antara satu sama lain..
    Entri politik akan memecah belahkan hubungan sesama pembaca Blog ini..
    Adalah lbh baik kita kembali kpd Entri2 yg membolehkan pembaca memberi komen yg bebas dari kecenderungan politik mereka..Sbb Politik Malaysia ni sebenarnya x Islamic pun,jd Dalil mana pun yg dimasukkan nampak tidak kena dan dipertikaikan dan akhirnya merugikan wibawa pihak Admin..
    Kita ingin melihat lanjutan dari HAARP,tentera Cyber,Military dan konspirasi2 yg terkandung dlm Piramid pelan tindakan Illuminati dari menyentuh peribadi2 dlm politik Malaysia dan serahkan sahaja perkara politik ini kpd Blogger2 Politik utk bercakaran sesama mereka..
    Sy agak terkilan dgn perkembangan Blog ini sejak Akhir2 ini yg lbh suka mencanangakan perang persepsi sesama pembaca..
    Anda telah menyumbang kpd perpecahan wlwpun sy percaya niat admin adalah berlawanan dgn apa yg sy katakan ini..
    Tidak byk yg boleh kita perkatakan tentang politik Malaysia ini krn ianya penuh dgn skandal dan kelicikan mainan Isu sesama Ahli politik..Membosankan..Lihatlah apa yg diperkatakan oleh Media2 Malaysia selepas PRU 12..
    Tidak banyak pun,semuanya berkisar tentang satu dua peribadi yg perkatakan pengikut2 politik ini sehinggakan Isu2 lain terhindar dan dilupakan..
    Macam mana dgn Isu Tg.Pagar,Pulau Batu Putih dan kedaulatan perairan dan udara kita?
    Langsung x disentuh oleh politkus2 ini..
    Sbb itu sy katakan ahli politik mempunyai sikap yg membosankan..Lalu kita pula berminat nk berbincang tentang topik yg mengantukkan mata ini..
    Jika kita terlalu mengikutnya,ianya seolah-olah membenarkan Mind control Program mainan Media dilakukan keatas diri kita..
    Kembalilah kpd Fitrah Asal anda dan kami akan menyokong anda dlm menyiarkan entri2 yg membebaskan pembaca dari menjadi Hamba anutan politik Malaysia..

    ReplyDelete
  14. biasalah org suka menyalahkan org lain sama macam suhakam dan sewaktu dengannya. bagi mereka merekalah yang betul. tak malu desak memansuhkan segala yang berkaitan melayu dan agama islam. apa nak kata memang nasib melayu nak jadi macamni. elok pun negara tergadai.. huhu

    ReplyDelete
  15. Umat yang baik akan melahir peminpin yg baik.Umat yang jahat akan melahir peminpin yg jahat.Sifat fitrah manusia walau dia jahat dia maseh menharap peminpin yg baik.

    ReplyDelete
  16. Bismillah...

    Saya turut bersetuju dengan beberapa komen Anon di sini.. Memandangkan saya ni pelajar undang-undang (walaupun baru asasi) tetapi saya dapat memahami dengan lebih baik.

    1) Saya kira rencana di atas wujudnya elemen memfitnah Muawiyah.. Beliau ini salah seorang sahabat yang dijamin syurga.

    Apabila saya merujuk kisah konflik Muawiyah ini kepada ustazah, bukanlah bererti beliau ini jahat, tetapi ingin menunjukkan bahawa dalam kita bermasyarakat, dan bersaudara seislam, namun konflik saudara akan tetap berlaku.

    Jikalau dirujuk kepada kisah Muawiyah, beliau ini juga rapat dengan ahlul bait dan antara sahabat yang banyak membantu dalam perkembangan Islam walaupun mengalami konflik dengan Saidina Uthman RA.

    Ini lah perancangan musuh Allah untuk menampakkan keburukan yang berlaku dalam agama Islam melalui kisah ini. Mohon agar admin nampak perkara sedemikian.

    2)Rencana ini juga gagal mengaitkan bagaimana kekhalifahan ini terdapat dalam sistem demokrasi di negara Malaysia, dan amat malang sekali, demokrasi juga telah didakwa wujud dalam zaman Rasulullah... Begitu besar perbezaan ASAS demokrasi (yg wujud pada permulaannya) dengan Syura ketika zaman Rasulullah dan para sahabat.

    3)Untuk mengetahui siapakah khalifah sebenar amat susah, sebab khalifah dalam konteks Islam, ialah ketua kepada dunia Islam... tapi sekarang pemimpin2 kini adalah ketua kepada negara masing2... sifat kenegaraan itu antara faktor penghalang... mereka ini layaknya hanya pangkat gabenor sahaja, kalau ikut hiraki. Namun saya kira.. dunia Islam di sini, adalah wajar Raja kembali diangkat sebagai Khalifah semula.... dalam pemerintahan beraja (memandangkan kita mengamalkan sistem beraja pertama di dunia), 1 sumber kuasa adalah cukup kukuh untuk mentadbir sebuah negara, berbanding pilihanraya, di mana begitu ramai pihak yang berebut kuasa untuk memerintah,tatakala itu, wujudnya isu jatuh-menjatuhkan.

    4) Saya kura tuan perlu tahu bahawa kita ini berada di fasa ke-4... iaitu zaman pemerintahan yang menyombong.. dan khalifah itu kembali bermula masa fasa ke-5 nanti..

    5) saya sarankan agar tuan kembali untuk menulis rencana perihal pendukungan sistem khalifah dan menerangkan kelemahan sistem sedia ada agar pembaca lebih sedar akan penipuan Legal System di Malaysia.

    Allahu a'lam...

    ReplyDelete
  17. Hmmm "Muawwiyah dijamin syurga"? pelik sikit bunyinya, Sumber? hanya 20 tak termasuk dia... itu yang difahami ramai dan tercatat dlm sejarah. Kenapa pertahankan Muawwiyah yang memerangi Ali? Akibatnya cucu Baginda saw juga ikut terbunuh? Muawwiyah manusia pertama Islam yang bangunkan kerajaan monarki dinasti... bukan syura..

    Yang peliknya kenapa menentang apabila ada seruan untuk "bersatu"? Kepentingan politik? Melayu akan terus berpecah... gitulah layaknya hanya kerana ketaksuban dan tak mahu mengalah atas dendam kesumat.. yelah tu... fitnah kepada Muawwiyah yang terjamin syurga?.... ish-ish..

    ReplyDelete
  18. Bergaduhlah, bermusuhlah dan kalau dapat berperanglah sesama kita. Berbunuhan lagi baik, sebab cepat sikit pupus. hehehe. Naga dan Singa Cina sedang menanti Melayu jadi lembik untuk dibaham. hehehe. Masing sangka dia betul dan org lain salah. Bagus. Itulah yang Cina sukakan, lebih banyak kepala babi akan dihadiahkan kepada masjid. hahaha.

    ReplyDelete
  19. hanya 20 x termasuk dia.. siapakah Dia itu?? mungkinkah pewaris terdahulu buat come back..

    ReplyDelete
  20. apa jenis artikel ni? apa sebenarnya yg hendak disampaikan?
    menganggap muawwiyah bin abu suffian sebagai seorang yang jahat & seorang perampas kuasa?
    maafkan jika teguran ini terlampau, tetapi muawwiyah juga adalah salah seorang sahabat nabi, dan tidak dapat dinafikan dia dilahirkan sebagai seorang ahli diplomatik yg hebat, muawwiyah bukan tidak mahu membaiat Saidina Ali cuma pada waktu itu dia meminta Saidina Ali mencari terlebih dahulu pembunuh Saidina Usman kerana Muawwiyah & Saidina Usman adalah mempunyai hubungan saudara dr segi keturunan..
    Di sini, Saidina Ali dan Muawwiyah tidak pernah brmusuh dan bukan mereka yg memulakan permusuhan..melainkan golongan musyrikin yg memulakan api pergaduhan sesama umat.
    Mereka, Saidina Usman,Saidina Ali, & Muawiyyah adalah tokoh-tokoh yg perlu umat Islam hormati..bukan mereka yg perlu dipersalahkan dlm setiap api pemberontakan yg tercetus tetapi manusia-manusia musyrik yg mengaku sebagai Islam. Jika diperkatakan tentang perjalanan politik pada masa Saidina Usman adalah pencetus kpd jalan pemberontakan sila siasat keadaan ekonomi enam tahun pertama sebelum enam tahun kedua pada zaman pemerintahannya..Segala tohmahan yg dilemparkan kpd semua sahabat2 Rasulullah adalah permainan Barat yg sengaja hendak memperlekehkan keupayaan mereka dan seterusnya membuatkan umat Islam mempercayai kelemahan tersebut dtg drp kelemahan mereka dlm pemerintahan..
    Artikel di atas sangat-sangat merisaukan saya kerana ada dlm kalangan umat Islam yg senang terpengaruh tentang kelemahan tersebut sepenuhnya.

    ReplyDelete
  21. Apa kesan politik ke atas org islam?

    Kau jgn suka hati tulis ada politik dlm islam.. Kau jgn sama kn Daulah dgn malaysia.. Jgn suka2 tambah sejarah islam.. Jgn sama kn umat islam dulu dgn melayu yg mengaku islam ni.. Teriak hidup melayu smpi nk trkeluar urat,melayu dgn melayu kutuk mengutuk,fitnah memfitnah,berpuak puak.. Islam x anjur kn semua tu.. Bertaubatlah melayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini semua gara-gara bisikan syaitan laknatullah terhadap mereka yang buta mata buta hati... dan telinga pun pekak badak... barangkali Allah SWT menambahkan agar mereka menjadi semakin buta mata hati...

      Delete