Pages

Saturday, January 14, 2012

Melayu iktiraf komunis sebagai pejuang negara - satu analisa

Satu artikel AfterDark:
MALU BESAR MELAYU TAHUN 2011



Kenapa saya menulis dalam bahasa melayu kali ini?

Sebab saya malu hendak berkongsi kandungan artikel ini dengan sahabat-sahabat saya daripada kumpulan Pemerhati (Watchers Group) yang merupakan pembaca teramai melawati laman blog saya ini.

Kenapa pula saya malu? Ini alkisahnya..

Kelmarin ayah dan ibu saya datang ke rumah saya untuk melawat cucu-cucunya (bukan nak melawat saya dan isteri pun.. semenjak ada cucu ni maka anak dan menantu turun kasta). Jadi semasa berbual-bual semasa makan malam, ayah saya menceritakan diskusi yang berlaku antara dia dan Herman iaitu warga Indonesia yang digaji sebagai pemungut buah kelapa sawit di kebun 15 ekar ayah saya.

Sebelum itu perlu saya beritahu dahulu bahawa ramai warga Indonesia yang berkelulusan 'ada-ada' sanggup berhijrah ke Sabah untuk mencari kerja hatta sebagai penjaga kebun. Herman ini sudah lama kami ketahui merupakan siswazah daripada Universiti Negeri Makassar. Kami tidak pernah pula melihat sijilnya namun dia seringkali berkata bahawa dia dari Jurusan Sains Sosial. Yang pasti ialah dia memang petah bercakap dan kelihatan berpelajaran.

Kenapa dia sehingga merantau berkerja kebun? Katanya dia sedang menumpul modal untuk menebus kebun keluarganya di kampung. Ternyata gaji dan komisyen sebagai pengumbul buah kelapa sawit lebih lumayan daripada berkerja kantor di Indonesia.

Oleh kerana ayah saya tiada teman berbual mengenai politik (kerana saya tinggal dan berkerja di daerah lain) maka si Herman inilah yang selalu jadi temannya. Minggu lepas Herman telah bertanya kepada ayah saya mengenai isu Mat Sabu. Kira-kira beginilah bunyi pertanyaannya itu (mengikut kata ayah saya).


Herman "Melayu Malaysia ternyata aneh ya Pak. Masa melayu komunis bisa dianggkat sebagai pahlawan. Malahan yang mengangkat itu agamawan lagi katanya"

Ayah saya menjawab "Biasalah dalam politik. Namanya mahu menang pilihanraya maka semua pun dibohongi asalkan boleh menang undi Cina"

Herman "di Indonesia pun bangsanya lagi gemar berpolitik pak. Malahan di sana lagi besar demonya Pak dan lagi banyak orpol dan parpolnya Pak. Namun tidak pernah ada yang kekeliruan dalam membicarakan kebejatan komunis. Saya jamin kalau ada orang seperti agamawan Malaysia itu di Indonesia, pasti sudah dipenggal kepalanya oleh penduduk kampung".

Ayah saya: "Mungkin keadaan di Indonesia dan Malaysia berbeza".

Herman: "Ampun pak, harap jangan kecil hati ya. Tapi pandangan bapak itu salah. Bangsa Indoesia juga pernah ada Partai Komunis seperti Malaysia. Malahan lebih parah lagi. Semua bangsa Indonesia tahu apa itu Komunis dan apa maunya pak. Itu makanya bangsa Indonesia pengkhianat komunis tiada ampunnya lagi. Malahan Pak Sukarno yang agung menentang Belanda itu langsung saja tumbang kerana kebergantungannya pada Komunis. Jika di Malaysia ada Mat Indera yang picisan itu, di Indonesia kami ada Dipa Nusantara yang tinggi tingkatnya. Itupun langsung dibunuh saja. Tidak ada siapa di Indonesia bakal menyanjung Dipa sebagai perwira Indonesia".

Cerita ayah saya ini sebenarnya kebetulan sekali mengingatkan saya kepada email yang saya terima daripada seorang rakan warga Pakistan yang juga merupakan bekas ahli kumpulan "Pemerhati". Di dalam emailnya itu, beliau sebenarnya mengejek (walaupun secara gaya bahasa tidak langsung) kebodohan sekumpulan Melayu di negara ini yang melakukan sesuatu yang tidak pernah berlaku di mana-mana negara Islam lain di Dunia - iaitu mengiktiraf komunis sebagai pejuang negara.


Jika penyokong PAS/PKR membaca buku Sejarah, mereka patut boleh melihat persamaan pergerakan Komunis di Malaysia dan Indonesia. Contohnya, Partai Komunis Indonesia ("PKI") dan Parti Komunis Malaya ("PKM") ditubuhkan atas arahan Communist International atau Comintern yang dipengaruhi oleh Rusia. Keduanya menggunakan alasan yang sama sebagai alasan penubuhan iaitu perjuangan menentang Penjajah. Malahan jika benarlah komunis melayu itu patut disanjung, maka Melayu Indonesia berhak melakukannya terlebih dahulu kerana berbeza dengan Malaysia, PKI di Indonesia adalah didominasi oleh orang melayu islam malahan Ketua Umum Pertama PKI juga adalah seorang melayu iaitu Semaun Prawiroatmodjo. Lebih hebat lagi, Semaun ini merupakan ahli kumpulan Sarekat Islam.

Anda tentu tidak percaya jika diberitahu bahawa PKI Indonesia merupakan serpihan daripada Sarekat Islam, bukan? Tapi itulah hakikat lucunya. Parti yang akhirnya banyak merusak keamanaan bangsa Indoesia itu adalah berasal dari Sarekat Islam.

Jadi PKI itu adalah pergerakan orang melayu indonesia.. beragama Islam lagi. Jadi kenapa Komunis Indonesia yang majoriti anggotanya melayu islam itu (berbeza dengan PKM yang didominasi cina) akhirnya dibenci bangsa Indonesia?


Jawapannya mudah. Kerana jalan komunis yang dilaksanakan PKI itu keterlaluan jahat. Dalam siri pembunuhan yang dilakukan oleh PKI sekitar tahun 1948, PKI yang dipimpin melayu Indonesia bernama Muso Manowar melaksanakan Modus operandi mendatangi rumah-rumah penduduk dan memaksa setiap laki-laki dan perempuan yang berusia 15 tahun ke atas menjadi anggota PKI dengan yuran Rp 0,10. Sesiapa yang menolak maka kelak dibunuh. Sudah tentu yang paling menolak itu adalah para kiai dan murid-murid sekolah agama. Akibatnya mereka juga dibunuh. Malahan sungai-sungai di Madiun menjadi merah oleh karena darah para kiai dan santri yang dibunuh itu. Peristiwa pembunuhan tokoh ugama ini diingat oleh bangsa Indonesia sebagai Peristiwa Madium.

Aksi berikutnya pada tanggal 13 Januari 1965 sekitar pukul 04.30 subuh, lebih kurang 3,000 anggota PKI yang dipimpin Ketua pengurus cabang Pemuda Rakyat (PR) Daerah Kediri, Soerjadi, mengadakan teror dengan melakukan penyerbuan di desa Kanigoro, Kediri, Jawa Timur. Pada ketika itu ada sekitar 100 orang PII (Pelajar Islam Indonesia) dari seluruh daerah di Jawa Timur yang sedang mengikuti rapat bersama di Masjid At Taqwa selesai salat subuh. Tiba-tiba datang segerombolan orang berpakaian hitam-hitam menyerang mereka. Mereka melakukan pemukulan dan penganiayaan terhadap para kiai dan imam masjid sehingga korba jatuh serta merusak rumah ibadah, bahkan menginjak-injak Kitab Suci Al Quran.

Mereka berteriak “Ganyang santri!”, “Ganyang Masjumi!”, “Ganyang Sorban!”, “Ganyang kapitalis!”, “Ganyang Kontra Revolusi!”, “Dulu waktu peristiwa Madiun besar kepala, kini rasakan pembalasan!”.

Berdasarkan sejarah PKI di Indonesia, dapatlah disimpulkan di sini bahawa orang melayu Islam pun boleh menjadi gelap mata apabila sudah dibutakan hatinya oleh pergerakan komunis di masa itu. Di Indonesia pergerakan komunis bukannya didukung oleh orang cina, sebaliknya kesemua pemimpin PKI yang menjadi dalang dalam kekejaman adalah orang melayu. Oleh itu tidak hairanlah Mat Indera yang dikatakan hafiz Quran itu pun tergamak membiarkan rakan-rakan komunisnya membunuh wanita melayu dan anaknya yang berumur empat tahun semasa serangan di Bukit Kepong.

Walaupun sejarah Indonesia masih mengakui peranan awal PKI yang didukung oleh bangsa melayu dalam penentangan terhadap Belanda, namun bangsa Indonesia sama sekali tidak akan sanggup mengiktiraf melayu-melayu komunis ini sebagai pahlawan. Begitu bencinya mereka pada komunis sehinggakan pada tahun 2001, ribuan penduduk Kaloran, Temanggung, Jawa Tengah bertindak menghalang usaha menguburkan tulang belulang anggota PKI yang dibantai pada 1965. Mereka enggan membenarkan tulang belulang anggota PKI itu dikuburkan di daerah mereka kerana dendam mereka kepada komunis.

Pembantaian 1965 berlaku selepas PKI membunuh 6 jenderal Indonesia dalam cubaan untuk melakukan rampasan kuasa. Pihak tentera yang diketuai oleh Jeneral Suharto segera membalas dengan menangkap dan membunuh anggota-anggota PKI. Akibat oleh dendam kepada PKI terutamanya pembunuhan ahli-ahli agama oleh PKI pada di desa Kanigoro, Kediri, Jawa Timur, rakyat biasa turut turun tangan membantai kesemua anggota PKI.

Kelompok-kelompok pemuda dari organisasi-organisasi muslim barisan Ansor NU dan Tameng Marhaenis PNI membalas dendam di Jawa Tengah dan Jawa Timur sehinggakan Sungai Brantas di dekat Surabaya menjadi penuh mayat-mayat anggota PKI sampai di tempat-tempat tertentu sungai itu "terbendung mayat". Di pulau Bali, yang sebelum itu dianggap sebagai kubu PKI, paling sedikit 35,000 PKI menjadi korban di permulaan 1966.

Di Kediri yang mana sebelum itu dibantai oleh PKI dalam peristiwa 13 Januari, warga masyarakat Kediri melakukan serangan balik dengan memburu para pengikut PKI. Desa Kanigoro dijadikan ajang pembantaian orang-orang PKI, dan mayat mereka dimasukkan ke dalam sebuah tanah galian besar yang saat ini dikenal oleh warga masyarakat sekitar dengan sebutan Makam Parik.

Jika kita lihat apa yang berlaku di Indonesia, ternyata bahawa kebinasaan yang berlaku akibat kewujudan pergerakan komunis adalah adalah sangat dekat sekali dengan sejarah negara kita. Darurat Tanah Melayu berlaku bermula pada 1948 iaitu tahun yang sama komunis di Indonesia membunuh orang awam dan ahli agama dalam tragedi Madium. Dua tahun selepas pembunuhan di Madium, komunis di Malaya pula menyerang dan membunuh anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong. Namun kita di Malaysia masih bernasib baik kerana berkat jasa anggota keselamatan kita, darurat akhirnya tamat pada 1960. Indonesia tidak mempunyai nasib sebaik kita. Pembunuhan massal oleh Komunis masih lagi berterusan sehingga 1965 disusuli oleh rusuhan dan pembunuhan balas dendam ke atas Komunis pada 1965 dan 1966.

Jadi kenapa masih ada di Malaysia yang tidak bersyukur dengan nasib kita yang sebegitu baik? Tidak kah kita menyedari bahawa sekiranya Allah mengizinkan, maka boleh saja DIA menterbalikkan nasib antara Malaysia dan Indonesia pada waktu itu? Dan tidakkah PAS terfikir bahawa jika saja apa yang berlaku kepada ahli agama di Madium, Indonesia pada 1948 itu berlaku di Tanah Melayu, maka yang menjadi mangsa pembantaian komunis sudah tentulah kesemua ahli-ahli parti PAS sendiri?

Di Indonesia, anggota PKI yang sudah tinggal tulang pun masih tidak dibenarkan dikubur oleh penduduk. Di Malaysia pula anggota PKM yang membunuh orang melayu lelaki dan wanita pula hendak dijulang sebagai perwira negara.

Secara kebetulan pula beberapa malam yang lepas saya menerima email daripada sahabat lama dari Pakistan (juga anggota Watchers). Beliau juga berminat dengan isu ini selepas mendapat khabar angin daripada saudara beliau yang kini berkerja di Malaysia. Apatah lagi beliau mempunyai banyak keluarga di sebelah ayah beliau yang menjadi mujahidin di Afghanistan menentang komunis Rusia, maka sudah tentu beliau musykil kenapa ada orang beragama Islam yang sanggup memuja Komunis.

Dan itulah sebabnya mengapa saya malu hendak menulis dalam bahasa Inggeris kali ini. Tidak sanggup rasanya hendak berkongsi artikel ini dengan rakan-rakan daripada kumpulan Watchers yang sering berkunjung melawat blog ini. Perangai kebanyakan melayu pembangkang yang kini cuba memartabatkan pejuang komunis adalah sangat sangat sangat memalukan.

Malu .. Malu .. Malu .. Malu .. Maluuuuuuuuuuunya...

Terus terang sahabat saya itu mengatakan bahawa sekiranya Mat Sabu atau penyokong-penyokongnya cuba memainkan isu ini di Afghanistan atau Chechnya, maka sudah kepala mereka sudah dipenggal. Malahan tidak keterlaluan jika akan wujud pula seruan jihad membenteras kesemua penyokong PAS/PKR/DAP.

Tiada guna PAS dan PKR cuba memusing peranan Mat Indera dalam Komunis kerana orang-orang Afghan dan Chechnya juga pernah menghadapi 'Mat Indera' mereka sendiri semasa perang Afghanistan dan perang Chechen. Inilah barua-barua yang membelot kononnya demi kepentingan Negara namun akhirnya mati dimaki bangsa sendiri.

Di Chechnya wujud manusia seperti Haji Akhmad Kadyrov, bekas Ketua Mufti Chechnya yang kemudian menyebelahi Russia dalam Perang Chechen Ke-2 sebelum diangkat oleh Rusia sebagai Presiden Chechnya. Terdapat hujah dari sesetenngah pihak yang mengatakan bahawa beliau berpaling tadah bagi menyelamatkan Chechnya daripada serangan Russia, namun hujah sebegini tidak diterima oleh bangsa Chechnya yang menganggap beliau pembelot. Beliau akhirnya dibunuh oleh pejuang Chechen melalui letupan bom pada 09 Mei 2004 (Anaknya Ramzan yang juga menyokong Rusia dan dijadikan Presiden pada 2007 juga dianggap pembelot).

Di Afghanistan pula terdapat Bekas Perdana Menteri Hazifullah Amin yang menjemput tentera Russia masuk ke Afghanistan demi mengukuhkan kedudukan Kerajaan. Amin kemudiannya dibunuh oleh Russia dan tempatnya diganti oleh seorang lagi pembelot bangsa Afghan iaitu Babrak Kamal. Tidak kira apa cerita yang direka oleh Russia bagi menggambarkan Amin dan Babrak sebagai nasionalis yang ingin meliberalkan Afghanistan, hakikatnya bangsa Afghan tetap memandang boneka-boneka Komunis ini sebagai pembelot.

Saya sekarang berdoa siang malam agar isu sokongan segelintir orang melayu kepada perjuangan komunis ini tidak disebarkan ke media antarabangsa. Sekiranya perkara ini bocor kepada negara-negara Islam seperti Afghanistan dan Chechnya, maka malu yang bakal terpalit kepada orang melayu Islam di negara ini tidak dapat dibayangkan lagi. Kita akan menjadi bahan ejekan umat Islam di seluruh dunia dari Indonesia ke Arab Saudi. Malahan tidak mustahil umat Islam di negara ini akan dijadikan iktibar tentang kebodohan umat Islam di akhir zaman yang terhegeh-hegeh menyanjung Musuh Islam.

32 comments:

  1. orang kampung aku...kampung jelai, batu kurau, perak...akibat membocor rahsia komunis telah dipaku disebatang pokok di jalan hutan simpan pondok tanjung...sehingga mayatnya kering!!...komunis pejuang???

    kebanyakkan orang Melayu yg menyertai komunis adalah org yg bijak dikalangan masyarakat pada masa itu...org yg bijak tetapi tergelincir!!!!..seperti golongan Muktazilah yg hendak menyucikan Allah tanpa sedar mereka sudah tergelincir dari Tauhid...

    jadilah mereka(melayu komunis) golongan yg tertolak tidak diterima...seperti 72 golongan yg disabdakan tidak diterima...atau dengan istilah lain "BETUL TAPI TIDAK DITERIMA!!"

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Sy rasa British adalah pencipta kpd semua raksasa yg ditakuti oleh penduduk Tanah Melayu ini..
    Asal kpd kumpulan gerila Komunis ini MPAJA yg ditubuhkan oleh British utk menentang Jepun krn org2 Cina adalah yg paling teruk dizalimi oleh Jepun ketika pendudukannya ditanah Melayu ini..
    British telah melatih dan membekalkan senjata kpd mereka dan Modus operandi mereka adalah kpd taktik Gerila iaitu serang hendap krn mereka kekurangan bilangan anggota..
    Masalah timbul apabila kekalahan Jepun akibat Pengeboman bandar Hiroshima dan Nagasaki..Jeda atau selang masa ini berlaku persoalan adakah kita mahu menerima kembali British atau merdeka dari cengkaman mereka..Disinilah doktrin Komunis ini dimulakan oleh British krn mahu mereka diterima semula ditanah Melayu dan sesiapa yg menentang kedatangan kali kedua mereka ini dianggap sebagai Komunis sehinggakan Dr.Burhanuddin Helmi dipenjarakan dan ramai yg diburu telah lari ke hutan kerana dituduh Komunis utk mewajarkan penangkapan mereka..
    Sy tidak mengiktiraf Ideologi sebilangan mereka yg berjuang dihutan itu ttp lbh kepada ingin memahami sejarah mengapa berlakunya keadaan ini..
    British sgt Licik sehingga mereka punya aksess dlm pasukan Komunis..
    Buktinya mereka dpt membalas dendam atas kematian Sir Henry Guerney dgn membunuh balik org yg bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan itu hasil dari pembocoran maklumat dlm pasukan Komunis itu sendiri..
    Oleh itu sumber2 maklumat tentang Komunis jika merujuk dari pihak Britis agak meragukan dan perlu kajian semula..
    Tangan British pd sy lbh kotor krn mereka adalah arkitek kpd kecelaruan yg melanda Tanah Melayu krn ingin terus berkuasa dan mengangkut hasil mahsul Negara ini ke negara mereka..
    Oleh itu kondisi di Tanah Melayu mesti dicelarukan supaya mereka nampak lbh diperlukan utk menyusun Tanah Jawi ini..
    Sy tidak mahu menyentuh kpd Politik krn persoalan politik bg sy adalah semata-mata perbedaan Persepsi sesama kelompok berdasarkan kecenderungan..
    Apabila Kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian Damai dgn PKM pada tahun 1988(klu x silap)di Thailand bermakna kita harus meraikan dan menghormati hasil perjanjian itu..Kita tidak perlu bimbang lg dgn ancaman mereka krn pasukan mereka telah dibubarkan dan apabila mengaitkan keadaan kini dgn cuba diungktkan kembali dgn sendirinya kita tidak mengiktiraf perjanjian damai itu..
    Ibarat jiran tetangga yg telah berdamai atas sebab mahukan kesejahteraan ttp disebelah pihak masih lg mengungkit-ungkit perihal jirannya itu..
    Oleh itu,persoalan Komunism ini hanyalah lbh kpd Takwim Kementerian pertahanan setiap Ogos dimana ianya adalah bulan Partiotik dan kebetulan pasukan askar Melayu dan Polis sudah wujud sejak zaman British lg,maka kisah2 mengenai perjuangan mereka diulang tayang setiap Ogos..
    Masalahnya kita sering diperangkap dgn mainan Politik sesetengah pihak dan ikut-ikutan lbh dari cuba memahami perbedaan pandangan..Kita membaca sejarah lbh dari kita membaca Al-quran krn menerima semua yg ditulis tanpa kita bimbang adakah sejarah itu telah dikompromi oleh tangan2 penjajah..
    Keadaan ini tidak sihat jika kita Mahukan Malaysia yg lbh baik,kita sepatutnya Reset kpd Malaysia yg lbh baru lalu semua pihak dpt memainkan peranan utk membentuk negara yg lbh baik utk hari2 yg seterusnya..
    Klu hendak sgt mengikut sejarah rasanya sy tidak akan sama sekali akan bersahabat dgn Rakyat Johor krn mereka begitu lama sekali menjarah Daerah Jelebu,begitu juga dgn Daerah Rembau krn mengkhianati perjuangan Dol Said menentang British..
    Ttp semua yg terlibat telah meninggalkan kita dan seharusnya kita mendoakan keampunan Allah buat mereka jika mereka pernah melakukan kesilapan silam yg memberi kesan kpd Sejarah..
    Itulah yg sebaik2nya dari menasabkan mereka sebagai Muktazilah atau yg sepertinya,krn itu agak keterlaluan ditakuti Taqlid kita itu bersalahan dgn Hakikat yg hanya Allah yg maha mengetahui,silap2 mereka lbh dekat dgn Allah berbanding kita krn kita tidak hadir semasa sejarah itu berlaku..

    ReplyDelete
  3. Pengalaman hidup zaman komunis dahulu memang perit. Tak dapat dinafikan. Ayak aku cerita dia sentiasa dalam ketakutan, kezaliman komunis tiada hadnya. Tidak tahulah kalau ada komunis yang baik. walau apapun belum pernah dengan ada komunis yang baik.

    ReplyDelete
  4. masakkan orang yg dekat dengan Allah boleh berjuang/bersekongkol dgn sebuah organisasi yg tidak mempercayai adanya tuhan??????....komunis menentang british kerana british tidak mahu menyerahkan beberapa wilayah kepada mereka...ada hikmah disitu...tak dapat aku bayangkan kalau british menyerahkan wilyah itu kepada mereka...tak kan tak tahu komunis...ini salah satu cogankata mereka "KEBENARAN HANYALAH DIMUNCUNG SENAPANG AKU"....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Kpd Anonymous Jan 15, 2012 07:12 AM..
      Sy merasakan bahawa anda mempunyai Masalah pemahaman dlm memahami Komen Sy..
      Anda dgn mudah melahirkan andaian yg org2 Melayu yg lari ke hutan dan bergabung dgn PKM adalah org2 yg mengiktiraf organisasi yg tidak percayakan tuhan..
      Adakah Anda fikir Mereka ini punya masa utk menyelesaikan perbedaan Idiealogi sesama mereka didalam Hutan itu dlm keadaan mereka senantiasa diburu,kekurangan makanan,ancaman penyakit dan senantiasa diancam oleh peluru British?
      Sudah tentunya persoalan ini terpaksa diketepikan buat sementara dan menyelesaikan perkara2 yg berkait dgn keperluan asas dan logistik mereka yg senantiasa Mobile di Hutan terlebih dahulu..Keadaan mereka tidak semudah seperti yg anda andaikan..Keadaan dihutan sama sekali berbeda dgn diluar hutan sana dimana kita punya option samada mahu berpihak kpd Golongan A,B,C,D atau E dimana semuanya boleh didaftarkan dan disahkan oleh pendaftar pertubuhan..
      Barangkali Anda tidak mengambil Iktibar dari kisah mimpi Rasulullah s.a.w tentang golongan2 yg memburu Imam Al-Mahdi yg akan ditelan bumi berdekatan Baida..
      Ada diantara mereka itu sememangnya ingin memburu Imam Al-Mahdi,Ada pula yg tidak redha utk berbuat demikian ttp pergi atas sbb terpaksa dan ada rombongan yg kebetulan melalui perjalanan yg sama ttp atas niat yg tidak sama..
      Kesemuanya Menurut Rasulullah s.a.w akan ditelan bumi,ttp Allah akan memisahkan mereka berdasarkan niat Hati mereka sebagai bukti Keadilan Allah s.w.t di Yaumal Mahsyar kelak..
      Sy tidak semudah itu ingin menasabkan semua yg bergabung dgn PKM adalah kelompok yg sama dari segi Ideologi krn kondisi mereka berlainan dgn Kondisi PKM ttp mereka terpaksa bergabung krn menghadapi ancaman yg sama..
      Samada Berbeda Ideologi atau tidak,mereka tetap akan diburu..
      Isunya adalah suvival mereka dihutan bukannya Ideologi..
      Apakah saudara fikir mereka punya masa utk itu semua?
      Anda membuat komentar yg pendek dan tidak membincangkannya serta enggan mamahami Asbab pemburuan keatas sebilangan yg lain..
      Pd sy penilaian sebegini tidak cermat dan akan memangsakan semua yg terlibat dlm persoalan ini krn sebab mereka diburu adalah berbeda-beda..
      Barangkali apabila anda mengalami situasi sebegini barulah anda akan meminta org lain melayan anda dgn adil..
      Komunisme pd sy adalah Hantu ciptaan British utk membuatkan org2 Melayu melupakan bahawa British adalah Grand Master bg semua kekalutan ini..
      Yg kalakarnya Babak cerita Hantu ini diulang tayang saban Bulan Ogos..
      Sy menyanjungi jasa2 Pasukan keselamatan dan mendoakan agar Ruh mereka Ditempatkan dikalangan para Syuhada..
      Ttp andai sy dipilih utk mengimamkan Solat Jenazah mereka,sy akan Kumpulkan sama Jenazah Islam dipihak yg satu lg bersama-sama spt mana Saidina Ali menyolatkan semua tentera yg tekorban dlm peperangan Saudara antara Pihak Ali dan Muawiyyah dan memulangkan kembali harata rampasan perang kpd waris kedua-dua pihak..
      Wallhu a'lam..

      Delete
    2. saudara...berpeganglah kepada Ahlil Sunnah Waljamaah...fahami betul2 Ahlil Sunnah Waljammaah....apakah maksud "jamaah" itu...Ahlil Sunnah Waljammaah mengikut kumpulan yg banyak..Ahlil Sunnah .so pada masa itu lebih banyak yg menolak komunis...dalil Ahlil Sunnah Waljammaah melalui hadis ini.."pada seekor kambing itu...diantara najis,darah,susu...susulah yg terlebih baik"....begitulah cantiknya Ahlil Sunnah Waljamaah..kalau mereka(komunis melayu)berpegang dgn Ahlil Sunnah Waljamaah tentu kesudahannya akan berakhir dgn "kecantikkan"...

      Delete
    3. Salam..
      Terima Kasih wahai saudara dgn dalil yg diberi..
      Sy meraikan anjuran saudara itu krn Sy tidak pernah merasakan diri sy terkeluar dari Ahlul Sunnah Wal jamaah dan moga2 Allah melindungi kita semua disini..
      Hanya Allah yg maha mengetahui kesudahan Husnul Khatimah ataupun Su'ul Khatimah wlwpun zahir kita akan menghukum mengikut pendapat teramai..Kesudahan setiap manusia semuanya dlm Ilmu Allah yg sudah tertulis melalui Kalamnya dan tersisip kemas diLauh Mahfuz dan setiap Ruh itu mempunyai hak dan kedudukanya..
      Bukanlah sy menidakkan penderitaan umat awam akibat ironi Komunisme yg melanda negara sebelum merdaka ini dan Saudara harus faham dlm kita berbincang,elakkan membuat kesimpulan ketika perbincangan sedang berjalan..Harap saudara faham dan tidak tersinggung..
      Ianya bukan persoalan akidah sehingga kita perlu kpd Fatwa krn kita sudah pun maklum bahawa Komunisme itu sesat..
      Persoalan sy lbh kpd mencerakinkan Kelompok2 Melayu yg diwartakan sebagai Komunis oleh Inggeris bukannya batang tubuh PKM itu..
      Krn Melayunya mereka dan Islamnya mereka itulah sy cuba utk tidak menyinggung Makam mereka disisi Allah krn itu bukan pekerjaan kita..
      Tambahan British yg mewartakan kelompok Melayu ini pun bukan kita tidak maklum adalah golongan pendusta para Nabi lalu mengapa kita harus mengikut dan menelan semua maklumat dari mereka apabila ianya menyinggung saudara seagama..Sy tidak sekali-kali akan memutuskan tali persaudaraan sy dgn Samsiah Fakeh krn yg menggelarkannya Komunis adalah British bukannya Para jumhur ulama..
      Jika kita tidak mahu mengiktiraf Komunisme maka putuskan sahaja hubungan kita dgn kerajaan China sekarang juga..
      Mengapa kita mengabaikan prinsip Ahlul Sunnah Wal Jamaah dlm hal hubungan antarabangsa?
      Dimana sikap kita apabila etnik Ughair ditindas di China?
      Nampakkah kita yg kita menolak Fahaman Komunisme ttp mengiktiraf negara Komunis?
      Sbb itu ianya perlu kita cerakinkan berdasakan maslahat,bukannya menghakimi perkara berdasarkan kulit..
      Kita Harus ingat bahawa yg dijaga dan dipertahan oleh British di Tanah Melayu ini bukannya kita ttp kepentingan2 mereka..
      Kita kena igt bahawa perkembangan perhubungan spt jalan keratapi,jalan raya yg dimulakan oleh British bukanlah utk memajukan Tanah Melayu ttp utk memudahkan penghantaran Bijih timah ke pelabuhan,utk memudahkan sistem surat menyurat mereka kpd Ratu England..
      Kita hanya menumpang kemudahan yg diwujudkan oleh mereka..
      Sekali lg sy menegaskan bahawa apa sahaja yg dibuat oleh British Di Tanah Melayu adalah berkait dgn kepentingan mereka..Apabila kita menggunakan kemudahan2 yg mereka beri,mereka beroleh keuntungan dan hasilnya dibawa ke England..Harap kita dpt celik mata dlm hal keberadaan British diTanah Melayu ini..
      Sy menolak Komusisme dan menolak Negara Komunis ttp sy tidak membuang saudara seagama sy yg berada atau tinggal di Negara Komunis krn negara Komunis dan akidah Umat Islam dinegara Komunis perlu kita cerakinkan..
      Samalah juga dgn Org2 Melayu yg ada dlm Regimen2 PKM..
      Sy tidak akan menasabkan mereka mati sebagai Komunis ttp sebagai org Islam yg wajib ditunaikan haq2 jenazah dlm Islam..

      Delete
    4. adakah mengadakan perhubungan dgn sesebuah negara itu bermakna kita mengiktirafnya....nabi sendiri mengadakan perhubungan dgn negara2 lain....dibolehkan dgn mempunyai muslihat tertentu...bukannya berjuang bersama2...seperti komunis....lagi satu lagi pegangan Ahlil Sunnah Waljamaah..."apabila berlaku dua pertembungan...pilihlah yg mana kurang mudaratnya"...jadi pada ketika itu...pilihan yg mana KURANG MUDARATNYA??...fikir2lah kalau anda berada pada jalan Ahlil Sunnah Waljamaah..

      Delete
  5. Saya setuju dengan anon 7:12

    Umat terdahulu merasai derita akibat kejahatan komunis, umat sekarang tak rasa. Takkan mampu hadapi penyiksaan yang tiada peri kemanusiaan oleh komunis padahal ISA yang sedikit susah pun mereka tak sanggup. Melayu yang bodoh2 sahaja yang akan bersekongkol dengan komunis, walaupun tujuan nak menang pilihanraya. British jahat, komunis lagi jahat.

    ReplyDelete
  6. X timbul soal PAS/PKR menyokong komunis atau tidak. PAS konsisten dgn pendiriannya tidak menyokong komunis sepanjang sejarahnya. Mat Sabu hanya menyuruh kita berfikir semula samada MatIndera nie pejuang bangsa atau tidak. Mungkin keadaan masa itu tidak ada alternatif atau gerakan yg konkrit kepada sebahagian pejuang melayu dalam menentang British. Itu adalah pandangan Mat Sabu bukan pandangan rasmi PAS. Lihatlah ini sebagai perdebatan sejarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sdr azm

      Untuk makluman anda, saya dari BP johor saya tahu cerita Mat Indera, bagaimana dia ditangkap, kenal siapa yang menipunya sehingga ditangkap. Tahu bagaimana matinya, tahu amalannya, tahu ilmunya... banyak lagi.. Tahu juga kisah Panglima Salleh, bagaimana ilmunya, bagaimana matinya dan sebab matinya... Panglima Salleh vs Mat Indera.

      Jika ada pilihan antara Mat Indera dengan Panglima Salleh, siapa yang anda pilih?

      Sebenarnya itu semua tak penting pun kerana mereka semua sudah pergi. Kita hanya membaca kisah sejarahnya untuk dijadikan pedoman.

      Delete
  7. kenapa lah website2 sebegini mempunyai nada yg hampir2 sama aje. Berlindung di balik slogan pemerintahan Khalifah atau x mahu terlibat dgn sistem demokrasi. tapi di sebaliknya secara halus seolah2 agen UMNO.

    ReplyDelete
  8. -faisal-

    saya rasa baik komunis atau british kedua2nya berniat jahat.saya bersetuju dengan Anon Jan 14, 2012 11:37 AM,semua ini adalah mainan politik.kita perlu faham dilema orang melayu ketika itu, sama ada menyokong british atau komunis.Dalam hal ini ketika penjajahan jepun majoriti orang2 melayu menyokong MPAJA, dan lain2 pasukan gerila yang berjuang menentang jepun.ironinya hampir kesemua pasukan2 ini dibiayai oleh british yang kemudiannya diharamkan dan diperangi habis-habisan selepas kekalahan jepun dek kerana enggan menyerahkan senjata dan tunduk kepada pemerintahan british yg kembali berkuasa di tanah melayu.ramai pemimpin2 berhaluan kiri melayu rasa tertipu oleh british yg tidak mempunyai niat utk memerdekakan tanah melayu selepas perang dunia ke dua.Di sinilah munculnya konflik antara orang melayu konvensional yg Pro british dan pejuang berhaluan kiri melayu.bagi orang melayu yg pro british , satu-satunya cara utk merdeka adalah dengan bekerjasama dengan british dan menuntut kemerdekaan melalui perbincangan bukannya pertumpahan darah.sebaliknya organisasi berhaluan kiri seperti PKM(SEMASA PENJAJAHAN JEPUN DIKENALI SEBAGAI MPAJA)dan lain2 pemimpin berhaluan kiri melayu merasakan bahawa kemerdekaan tabnah melayu tidak boleh dicapai melalui perbincangan, tetapi melalui pertumpahan darah iaitu peperangan.kemudiannya, kita semua sudah tahu akibat perbezaan pendapat ini berlakulah pertumpahan darah dan pertempuran sengit antara pasukan polis melayu yg pro british dan PKM serta organisasi berhaluan kiri ygt lain.saya rasa pemimpin berhaluan kiri seperti samsiah fakeh sedar akan kepincangan ideologi dalam parti komunis malaya tetapi mereka 'terpaksa mamejamkan mata , dan menutup telinga' demi mencapai matlamat mereka menghalau penjajah british dari tanah melayu.Ironinya penentangan daripada organisasi berhaluan kiri seperti pkm inilah yg telah membuka mata pihak british utk segera menstrukturkan kembali sistem kolonial mereka di tanah melayu melalui MALAYAN UNION yg kemudiannya GAGAL dek kerana penentangan gabungan pertubuhan melayu.Akhirnya british terpaksa memilih 'option' memerdekakan tanah melayu utk menghalang penguasaan komunis di tanah melayu.(kemudiannya sabah,sarawak ,singapura menyertai tanah melayu membentuk malaysia).


    Akan tetapi kini selepas merdeka kita warga pasca penjajahan keliru dan pening kepala memikirkan jawapan kepada soalan 'siapa wira dalam kejayaan ini? ' dan siapa musuh kita yg sebenarnya?

    kita tak boleh menolak jasa pemimpin2 pertubuhan kebangsaan melayu bersatu dan semua golongan pro british dalam usaha memerdekakan malaysia dan mempertahankan maruah orang melayu. tetapi kita juga tak boleh menolak hakikat bahawa penentangan oleh melayu kiri seperti dol said, tok janggut, dato bahaman dan banyak lagi pemimpin melayu yg memilih utk menentang british melalui pertumpahan darah lah yang memaksa british memerdekakan tanah melayu/malaysia.Mungkin pemimpin melayu yg berhaluan kiri membuat kesilapan dengan memilih komunis sebagai'kawan' ,tetapi marilah kita berfikiran positif dan melihat peristiwa sejarah ini sebagai pengajaran bahawa perpecahan orang melayu cuma akan merugikan bangsa tersebut.Selain itu kita perlu memahami bahawa perancangan ALLAH S.W,T lah yang lebih lengkap dan sempurna, jika golongan kiri seperti pkm ini tidak berjuang menentang british maka british tidak akan sedar akan 'risiko tinggi' jika menyimpan tanah melayu sebagai koloni mereka terlalu lama.Apabila bercakap mengenai pemimpin berhaluan kiri melayu dan parti komunis malaya marilah kita melihat perjuangan mereka dari sudut yg positif dan menjauhi yg negatif, kerana inilah fungsi sejarah yg sebanarnya supaya kita memahami apa yg perlu kita lakukan sekarang utk membentuk masa depan melalui sejarah masa silam.

    wassalam...

    ReplyDelete
  9. -faisal-

    umno,pas,pkr dan parti2 politik melayu perlu sedar bahawa perpecahan yg berlaku sekaran dek kerana perbezaan ideologi dan pendapat hanya akan merugikan dan merosakkan orang melayu .kini kata2 tersohor pahlawan agung melayu HANG TUAH 'TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA' mungkin akan berubah menjadi ' MELAYU SUDAH HILANG DI DUNIA KERANA TIDAK BERSATU PADU'.pada saya tak salah berpolitik utk mengembangkan idea/pendapat kolektif kita semua utk mencari dasar/tindakan yg paling sesuai dalam membangunkan negara malaysia ini. tetapi janganlah hina- menghina,caci-mencaci, fitnah-menfitnah antara satu sama lain.kenpen salah menyalahkan dan jahat menjahatkan antara satu sama lain perlu dihentikan(umno baik,sebaliknya pas,pkr pembangkang lah yg jahat amd vice versa).berpolitiklah dengan cara yg baik , bersainglah dengan cara yg sihat, tak salah berbeza pendapat asalkan kita tetap hormat-menghormati antara satu sama lain....


    wassalam...

    ReplyDelete
  10. -faisal-
    kepada penulis, jika anda penyokong UMNO/kerajaan sila nyatakan, jangan berselindung di sebalik perkataan neutral.tak salah pun, sokong lah mana2 parti pun asalkan kita sedar yg kita ni dipihak yg sama (IAITU MELAYU/ISLAM).JIKA ANDA BENAR2 NEUTRAL MAKA DEDAHKANLAH KEPINCANGAN/KESILAPAN KERAJAAN SUPAYA PEMBACA FAHAM ISU SEBENAR YG KITA HADAPI SEKARANG ADALAH KEGAGALAN KITA UTK MENCARI KATA SEPAKAT DALAM SEMUA HAL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam faisal. Bersabarlah anda akan jumpa artikel sedemikian tetapi bukan masa terdekat, membongkar kepincangan kerajaan apabila Islam telah terselamat dari "virus" yang mungkin menghancurkan. Kita utamakan mana yang lebih mudharat.

      Buat waktu ini tumpuan kita ialah menyelamatkan Islam. Islam Liberal, plural, komunis dan Sosialis sedang menular (harap buat kajian). InsyaAllah arikel berkait dengan dasar pemerintah akan disiarkan kemudian. Harap bersabar.

      Demokrasi sendiri adalah anjuran syaitan dipanggil fitnah besar akhir zaman. Kami tidak mahu terlibat. Apa yang penting ialah memmberi kefahaman kepada pembaca supaya tahu kekangan yang ada sebelum kita menerima kepimpinan Imam Terakhir.

      Harap maklum

      Delete
    2. saudara...berpeganglah kepada Ahlil Sunnah Waljamaah...fahami betul2 Ahlil Sunnah Waljammaah....apakah maksud "jamaah" itu...Ahlil Sunnah Waljammaah mengikut kumpulan yg banyak..Ahlil Sunnah .so pada masa itu lebih banyak yg menolak komunis...dalil Ahlil Sunnah Waljammaah melalui hadis ini.."pada seekor kambing itu...diantara najis,darah,susu...susulah yg terlebih baik"....begitulah cantiknya Ahlil Sunnah Waljamaah..kalau mereka(komunis melayu)berpegang dgn Ahlil Sunnah Waljamaah tentu kesudahannya akan berakhir dgn "kecantikkan"...

      Delete
  11. assalamu'alaikum,adalah kesilapan paling besar mengikiraf & mengangkat komunis sebagai pejuang, sejarah kammpongku sendiri di sg manik menyaksikan kezaliman & penganiayaan yg mereka lakukan sehingga bangkitlah seorang tuan guru almarhum Tn Hj.Bakri memimpin orang2 kampong menentang komunis. Nyahkan komunisme & fahamannya di atas muka bumi Allah ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikumussalam

      Terima kasih atas maklumat. Ia akan membantu memberi kefahaman yang lebih jelas kepada pembaca terutama jenerasi muda.

      Delete
  12. azm,
    sbb blog mcm ni mendekati sesuatu yg kurang memudaratkan. kan nabi dah ajar kita untuk ambil pendirian mcm tu kalau xde yg sesuai. antara pas dan umno, pas ternyata dan terbukti lebih memudaratkan. artikel kat atas dah menjawab pun persoalan mat sabun tu. ko x baca abis ke? nak pikir apa lg. komunis dah jelas dan nyata x sehaluan dgn nilai islam dan melayu. jgn la jd lembu dlm sesuatu isu.

    jentayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sdr , jangan menghina dia, dia ikhlas menyatakan pandangannya. InsyaAllah apabila dia faham, dia akan tahu tujuan artikel disiarkan. Tak penting Islam nak memihak sesiapa, sendiri gunakan akal yang sihat. hanya untuk Allah jua.

      Delete
  13. Salam, kepada lain-lain pengomen, saya ucap terima kasih atas pandangan yang sdr semua berikan.

    Kami menafikan bersekongkol dengan politik semasa baik kepada Kerajaan atau pembangkang. Apa yang cuba kami lakukan ialah memberi kefahaman bagaimana anasir NWO menyerap ke dalam masyarakat kita dan memberi amaran agar berwaspada.

    Jangan salah sangka kepada kami hanya kerana sdr menjunjung PAS atau PKR. Kebetulan apa yang cuba diketengahkan tidak memihak pandangan sdr. Ia menjurus kepada analisa kes. Jika sauadara yakin dengan apa yang saudara pegang, kami menghormatinya, kami tidak memaksa saudara mengubah pendirian.

    Anda akan nampak dengan jelas isu semasa jika anda tidak berada dalam mana-mana kelompok. Politik demokrasi inilah yang menjerat kita supaya bermusuhan, hanya mementingkan pengaruh dan kuasa. Kita sepatutnya bijak meletakkan diri kita dalam apa jua situasi.

    Kami utamakan Islam dan menentang sebarang usaha mengubah sistem yang sedia ada jikapun tidak mampu menambah baik kembali kepada Islam Sunnah Rasulullah saw. Selagi Islam tergugat selagi itulah kami menumpukan perhatian kepada usaha menyedarkan umat.

    Sangkaan anda adalah berdasar persepsi. Benar, kami hanya menanti Imam Akhir Zaman. Selain itu mengharap keamanan akan terus berkekalan.

    Harap jangan keliru.

    ReplyDelete
  14. -faisal-

    tak da sapa cakap komunis tu wira negara kecuali mat sabu dan kawan2 nya. mat sabu ni politician bukan pakar sejarah.jadi kenapa ambil peduli sangat apa yg dia cakap?

    ingat tak lagi bila professor2 dari majlis professor negara keluar kenyataan bahawa malaysia tak pernah dijajah? bukan ke ni lg teruk dari kenyataan mat sabu? sebab mat sabu bukan pakar sejarah,tapi prof.2 ni pakar SEJARAH.

    KALAU ADA ORANG DULU2 SOKONG DAN SANJUNG KOMUNIS, MAKA KITA SEKARANG KENA AMBIK PENGAJARAN DRPD PERISTIWA SEJARAH NI,SUPAYA KITA BOLEH MEMBINA MASA DEPAN YG LEBIH BAIK.

    kalau media massa yg dikawal oleh umno/kerajaan tak war2 kan dan spin kan isu ini maka tak da sapa pun nk ambik tau.sebab kat sekolah dulu kita dh belajar dan faham yg british atau komunis adalah sama2 jahat, tak cukup lagi ke?

    soalan 2 dibawan ini cuma utk renungan bersama utk supaya kita fikirkan bersama ada banyak lagi pemimpin yg korup kat luar sana.

    siapa..


    1) Yang gadaikan tanah rezab Melayu dari 3 juta kpd hanya tinggal tak sampai setengah?

    2) Siapakah yang buang pengajaran tulisan jawi dalam sistem pelajaran hingga buat ramai bangsa Melayu sekarang tak tahu baca jawi dan seterusnya baca Quran?

    3) Singapura tu dah tentu negara lain, siapa halau orang Melayu dari penang hingga merempat dibumi sendiri, tanah org Melayu di penang hampir habis hingga terpaksa lari ketanah besar?

    4) PM kita Melayu, menteri kewangan, perdagangan, menteri pembangunan luar bandar dan hampir semua jawatan penting yg pegang pemimpin2 Melayu ...tapi Melayu masih merempat dibumi sendiri...salah siapa?

    5) Siapa yg tak bagi azan kuat? Tapi saudara igtkan siapa yg bantah azan kuat di Lembah Pantai...org itu adalah ketua pemuda MCA yg kemudiannya memohon maaf secara terbuka..

    6) Siapakah yg melongkangkan bahasa Melayu hingga tak dihormati..? siapa yg tukarkan bahasa pengajaran/pembelajaran matematik dan sains kepada bahasa inggeris dan seterusnya menyusahkan anak2 melayu yg memang dah lemah dalam mata pelajaran tersebut?dan kemudian tukarkan balik ke bahasa melayu yg memeningkan kebanyakan pelajar2 melayu kita.

    7) Siapakah yg buat persempadanan semula kawasan parlimen dan dun hinggakan kerusi Melayu tinggal sedikit?

    8)siapa yg memberikan kontrak2 kerajaan kepada kroni2 mereka sehingga golongan melayu bangsawan ini lebih kaya daripada kebanyakan orang melayu?

    9)siapa yg melantik kroni2 mereka menerajui syarikat2 GLC walaupun mereka tak ada pengalaman dalam urus tadbir korporat?


    10)cuba check anak2 menteri2 kat malaysia, berapa banyak aset2 dan harta diaorang, mesti kita terkejut.bukan tu saja anak bini dan kaum kerabat mereka semua dapat darjah kebesaran.

    dan ada banyak lagi penyelewengan yg menunggu utk didedahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham penderitaan anda, saya hormati pandangan politik anda. bukankah demokrasi itu najis?

      Delete
  15. Kalau dah benci tu ada sahaja salahnya. Adatlah tu. Kalau kita jadi PM pun sama juga ada org tak puas hati, buat komplian. Itu tak betul ini tak betul. Tapi kan, banyak juga universiti dibuka, ramai yang jadi pandai. Dah pandai, banyklah akal. Apa nak heran?

    ReplyDelete
  16. Komunis pandai pulak memilih orang melayu berpendidikan dan berkepentingan di dalam hutan .Matlamat menghalalkan cara

    Kalau setakat pemetik buah kelapa , dah lama kena tembak .
    Yang curi harta orang kampung pun dimakan habis oleh orang komunis Melayu dalam hutan nuu..

    jadi beruntunglah Mat Indera dapat berjuang bersama Komunis , untuk hidup atau untuk mengkomuniskan negara ... hanya Allah yang tahu.

    British memang di ketahui perancang 1000 tahun agen Freemason .. Jika mahu berjihad, boleh sahaja hancurkan demokrasi.. apabila tinggal 20 juta penduduk ,kita tengok siapa yang makan siapa...

    MCA and DAP , Singapore : turning point dalam sekelip mata..

    ReplyDelete
  17. Hehehehe..
    Mengapa anda membuang masa melayan Retorik2 yg dibangkitkan perihal isu Komunism ini sedangkan Fahaman Komunis ini sudah lama berkubur..
    Anda semua berlawan dgn Hantu atau Entiti yg tidak wujud krn semua yg terlibat sudah tiada lg..Yg tinggal hanyalah sejarah yg tidak akan berulang..
    Semua yg terlibat dgn politik Malaysia hari ini mengikut sistem Demokrasi,lalu apa relavannya Isu Komunis ini?
    Masa anda telah dibuang begitu sahaja krn masalah yg melanda negara bukan isu2 spt ini..
    Sekejap keluar Entri Kritik Demokrasi,sekejap Entri isu Komunis..Mana satu kehendak Korang yg sebenarnya???
    Sy lihat Admin telah kehilangan Fokus dan terlalu melayan Karenah Politik Suratkhabar..Saudara2 begitu mudah dibolak-balikkan ke kiri dan ke kanan oleh permainan Retorik..
    Senang la kerja org Politik klu mcm neh sbb semua umpan anda sambut lps tuh kecam mengecam sesama pembaca..
    Apa Faedahnya semua itu?
    yg sy nampak hanya Mudharat..
    Paling teruk ada pula yg menakut-nakutkan sesama pembaca jika berlainan pendapat dgn kecenderungannya beerti terkeluar dari Jalan Ahlul Sunnah Wal Jamaah..
    Pulak dah..
    Ni lg satu,belajar agama ingatkan dh makrifah dgn sifat mehnah manusia2 yg berkepentingan..Tp yg belajar agama pun sekapal ikut layan Rentak org politik..
    Apa nk jadi la golongan2 muda yg mengaku Ahlul Sunnah neh..
    Saudara x sedar yg saudara mengikut perlakuan Ahli2 Bida'ah dan sedikit demi sedikit mengikut tingkah laku golongan Wahabi yg suka sgt berdebat dan mengeluarkan Fatwa ikut kecenderungan sendiri..
    Jika guru2 anda tahu pembawaan anda ini pastinya mereka akan bersedih krn anda masih lg dipengaruhi akal dan sangkaan..
    Komunisme ini hanya Modal politik dan mainan sepak terjang sesama ahli politik lalu mengapa anda yg menggelarkan diri selaku golongan pemerhati mudah sgt terpengaruh???
    Anda sudah jd golongan pengikut dan tidak bebas lg sebagai Pemerhati..
    Sebarang kecenderungan yg memihak pd mana2 pihak menjadikan anda seorang pengikut dan bukan lg pemerhati..
    Apa kayu ukur kpd sifat seorang pemerhati jika dgn umpan Mat Indera ini pun anda hilang Paksi sebagai pemerhati?
    Sebagai Pemerhati anda harus seimbang dlm memberi pandangan ttp akhir2 ini sifat itu semakin menghilang dari Blog ini..
    Sy dahulu sgt meminati Blog ini krn pendedahan2 yg membuka mata dan fikiran yg pernah disajikan dan ianya menjadi Bookmark setiap kali sy melayar internet..
    Ttp apabila sy membaca Blog ini akhir-akhir ini sy kecewa dgn ulasan entri2 yg diterbitkan krn terlalu Defensif dan hanya menjurus kpd peribadi2 yg tidak disenangi oleh Golongan ahli Politik..
    Maafkan sy..Sy merasakan King Of The East perlu bangkit utk mengembalikan kewibawaannya yg lalu..
    Sy terlalu merindui Entri2 King Of The East yg mencabar intelek dan membuka mata spt dahulu..
    Maaf kpd admin,
    Sy memberi Komen krn sy kasihkan anda dan syg dgn Blog ini..

    ReplyDelete
  18. admin, buat research lebih detail, x pyah la nak propa malu tu lebih sngat, penulisan anda nih lebih memalukan, nampak sngat brmotifkan politik sebelah pihak...

    ReplyDelete
  19. Adakah anda malu bila dikaitkankan dengan komunis? Belajarlah terima kenyataan. Negara dan agama didahulukan. Apa cara sekalipun. Research telah dibuat dan ada tangan jahat sedang membawa Melayu mengambil jalan mengangkat komunis sebagai landasan baru politik(berselindung) malangnya ia sedang menguasai pembangkang. Munkin itu yang anda semua tidak suka. Pahit, memang pahit. Celalah saya, tidak mengapa. Mungkin dimasa hadapan anda akan lihat sendiri apa yang berlaku sekiranya pengaruh komunis tidak dihalang dari melebarkan sayap. Kami tetap berada pada landasan asal walau apa pun entri dikemukakan. Islam Melayu dan negara. Mana-mana pihak yang cuba menganggu keharmonian dan keutuhannya, kami tidak akan disokong. Pengarang asal blog sudah tua, umur +- 60 tahun mungkin lebih sikit. Dah mula kurang aktif. Mungkin dia sudah merajuk kerana gagal sedarkan anak bangsa. Mungkin akan ikut jejak mistisfiles, Ibnu Yaacob, KSZ, kumandie dsb sebagai blog teragong masa lalu. Kami sedang mempelajari apa yang dia maksudkan manusia Melayu adalah sisa dari tamaddun silam dan hanya bangsa ini yang mampu bangun setelah kejahatan luar dapat dipisahkan. Kita tidak tahu bila masanya. Unsur negatif mesti dibuang. Nak harapkan pemerintah tentulah tidak mampu membawa kepada kebangkitan, namun ramai dari ahli mereka juga berharap ia berlaku. Pembangkang juga tidak membantu kepada usaha memulihkan keadaan walaupun telah diberi beberapa peluang. Cakap je lebih. Islam liberal pula menjadi perjuangan mereka. Walaupun pemerintah sekarang tidak bagus, tetapi buat waktu ini mereka lebih baik dari pesaingnya menghalang kerja Yahudi Nasrani. Thats all. Tolong buat researh juga.. bukan hanya kami di sini. Soalnya adakah anda ikhlas? Kalau soal rohani tasawwuf hakikat dan ma'rifat adalah terlalu tinggi untuk dihayati golongan muda masa sekarang. Apa yang perlu ialah memberi info dasar sebelum membuka minda terhadap kerja jahat Yahuda wa Nasara ini. Jika pekung sebenar diketengahkan bukan sahaja ada yang tak faham, keliru, hilang punca dan anda sendiri akan lari dengan marah2. Saya sangat yakin dengannya. Bila diceritakan mengenai bangsa lain arab Libya dan Iraq misalnya, anda boleh terima sebab ia jauh dari diri anda. Apabila ia berkait dengan diri sendiri, sukar pula terima dan anggap penulis memihak. Ini yang susahnya bangsa Melayu ini. Tolong susah tak tolong lagi susah.

    Pada masa ini zaman tidak menyebelahi kita dan kita pula gagal bersatu hati. Apa gunanya segala pengetahuan?

    ReplyDelete
  20. salam tuan admin. Ada kalangan yang anggap tuan memihak kerajaan apabila tuan bawakan hal komunis, sy tak hairan.
    Rujuk blog bawah ini,

    http://matamin02.blogspot.com/

    ReplyDelete
  21. fahami idelogi komunis dgn sebenar2nya
    lihat dlm skop yg lebih luas melangkaui kerajaan/umno/bn yg hanya seputar di malaysia shj

    british dan komunis adalah thesis dan anti-thesis..fahami betul2

    ReplyDelete