Pages

Monday, January 9, 2012

Islam Liberal semakin terserlah - sentuhan politik



Tuntutan duniawi melampaui tuntutan ukhrawi. Intipati pegangan Islam Liberal, musuh utama umat di akhir zaman. Ia merebak dengan cara halus dan memerangkap mangsanya perlahan-lahan umpama air meresap ke dalam tanah. Masalah yang sukar dirungkai walaupun kewujudannya nyata di hadapan mata.

Sekumpulan manusia telah menerima Islam Liberal sebagai cara hidup mereka dan bilangan mereka semakin ramai setelah ada usaha secara teratur dilakukan oleh tokoh Islam Liberal Malaysia. Walaupun begitu mereka melakukannya secara rahsia dengan menyembunyikan identiti diri masing-masing disebalik beberapa pergerakan.  Mereka berada di semua peringkat kehidupan. Mereka menghalalkan pemurtadan ummah, itulah cara terbaik untuk mengenali mereka.

Adakah mereka sudah diserap dengan fahaman Pluralisme
 sehingga membenarkan mereka menyerupai tindakan 
orang Nasrani seperti ini?

Demi keselamatan, penulis tidak akan menyatakan individu terbabit. Maklumat ini belum dapat dipaparkan buat waktu ini. Terserahlah kepada pembaca menilai dan mencari tokoh-tokoh ini. Jika anda kata mereka hanya berada di belakang pemimpin pembangkang, ianya tidaklah benar. Sekiranya diteliti, ia akan kelihatan semakin jelas. Islam Liberal telah pun diterima atau lebih sesuai disebut dianuti oleh sebilangan pemimpin dan kakitangan kerajaan. Walaupun begitu, ia tidak akan ditonjolkan secara terbuka buat masa terdekat untuk mengelak dari kehilangan populariti.

Pada pengamatan saya sebahagian besar penganut Islam di Malaysia masih menolak Islam Liberal ini terutama yang ada asas agama kerana ia dianggap "menghampiri kekafiran" ataupun membawa ke arah kesesatan. Namun begitu kita dapat lihat ada sesuatu yang sedang berlaku. Beberapa watak dikesan sedang berusaha mengambil tempat di dalam pertubuhan Islam popular. Selain NGO mereka juga mulakan langkah menguasai parti politik Melayu Islam. Secara tidak langsung, Islam Liberal akan diketengahkan melalui beberapa jenama lain. Dari sinilah Islam Liberal bakal menyusur untuk menguasai masyarakat Islam tanpa disedari.

Perkara penting  yang boleh dilihat ialah keghairahan berpolitik. Tidak kira dari kem mana. Agama dikesampingkan demi mendapat nama dan kemasyhuran.  Sekiranya mereka masih kukuh berada dalam pegangan Ahlussunah Waljamaah, perkara sedemikian tidak akan berlaku. Jemaah Sunni sebenar akan menolak keghairahan, radikalisma, provokasi dan sentiasa memilih untuk menerima ketetapan dengan redha. Memilih jalan sederhana serta mengagungkan sunnah Nabi saw.

Inikah cara Islam sebenar? Indonesia. Atau permainan Islam Liberal?

Sebaliknya, Islam Liberal mengutamakan keduniaan dan segala perhiasannya. Tafsiran mereka, manusialah yang menentukan segalanya walaupun tuhan itu wujud. Mereka mengambil mekanisma keajaiban kejadian manusia dan menganggap tuhan menjadikan dunia ini khusus untuk manusia. Ada yang lebih berani menghujah bahawa tuhan sebenar ialah manusia itu sendiri. Jauh lebih terpesong dari fahaman Wahdatul Wujud.

Entiti ghaib seperti Malaikat, Jin, Syurga, Neraka, Siksa kubur dan sebagainya tidak wujud secara fizikal pada pandangan mereka. Itu semua hanyalah maklumat yang berbentuk kiasan dan perlu diterjemahkan semula. Pemikiran sains modenlah mendorong halacara kefahaman liberalsma ini termasuk juga Islam Liberal. Akhirnya ia dibawa menuju Pluralisma, menyamakan semua agama. Noktah.

Liberalisma sebenarnya tidak banyak beza dengan sekularisma. Barat menciptakan satu sistem kehidupan tamaddun baru di Eropah yang diberi nama sekular. mengasingkan agama dari politik. Ramai yang telah terpikat dengan kejayaan barat ini dan mula sangsi dengan agamanya sendiri termasuk penganut Islam.

Memandangkan sekular semakin dikeritik dan dianggap tidak praktikal untuk umat Islam, muncullah gagasan yang mempopularkan liberalisma. Tujuannya untuk terus menguasai saki baki penganut Islam yang menolak sekularisma ini. Menawan pihak yang masih mahu jenama Islam berada dalam perjuangan politik. Kerana itu satu corak baru diketengahkan yang kelihatan lebih islamik di mana asalnya dari baju sekularisma juga.

Mereka yang mempopularkan Liberalisma ini tetap berpaksi perjuangan demokrasi sekular. Buktinya jelas, kita dapat lihat peranan NED dan Asia Foundation misalnya. Matlamat mereka ialah politik. Islam Liberal dijadikan tapak memisahkan penganut Islam dari kehidupan beragama dan menarik mereka mencintai dunia. Lihat artikel sebelum ini.

Beberapa tokoh tertentu telah ditawan sepenuhnya oleh fahaman Liberal tetapi tetap tidak sanggup mengakuinya. Sama ada tidak disedari ataupun cuba menyelamatkan diri. Secara tidak langsung mengajar para pengikutnya cara untuk berlaku tidak benar, berbicara bohong, memutar belit isu atau memilih cara hidup di luar moral. Kerosakan ini hanya diketahui oleh sebilangan kecil dari kita terutamanya yang berjaya mengesan kehadirannya. Sebahagian besar atau kebanyakannya masih tidak tahu.

Sekarang kita boleh tahu kenapa sejak kebelakangan ini orang Islam semakin ghairah memuja tokoh tertentu dan menghalal cara termasuk penipuan, cemuhan dan fitnah demi memenangkan tokoh tersebut. Perkara yang dilarang dalam agama antaranya berkata bohong, mencerca, menghina, memfitnah dan sebagainya telah dianggap perlu (dharurah?), sehingga tidak lagi diambil peduli.

Kita boleh lihat sekarang beberapa laman atau blog atau lain-lain laman sosial yang diuruskan oleh orang Islam yang pada luarannya dilihat memperjuang Islam juga telah menerima pakai halacara Islam Liberal yang sesat ini. Maksudnya, terdapat kata-kata lucah, kata-kata menghina dan ada juga yang sanggup memaparkan cerita atau gambar lucah tanpa rasa bersalah. Saya sedih bila sebuah pertubuhan Islam (termasuk parti politik) membawa budaya bukan Islam dalam ceramah dan tulisan walaupun mereka sering melafazkan ayat-ayat suci.

Nyatanya Islam tidak meresap ke dalam hati. Ia hanya berligar di dalam fikiran didorong oleh keinginan nafsu ghairah.

Jenerasi mendatang pastinya lebih parah. Keadaan semasa akan membentuk kefahaman mereka mengenai agama. Mereka akan  dikuasai sepenuhnya sistem hidup yang ditawarkan oleh Islam Liberal ini kecuali sedikit yang diselamatkan oleh Allah hasil dari didikan sempurna keluarga.

Semoga membantu memahami keadaan semasa yang dicetuskan oleh pergerakan Islam Liberal di Malaysia. Maaf jika terlanjur.

Wallahu a'lam

15 comments:

  1. Ko ni pro umno.klu pkr dan pas liberal.umno ape plak.islam sangatkah.aper yg umno sumbang sangat bro. Tunku tu tali barut british nak proksi malaysia

    ReplyDelete
  2. aaakkkk tuiii..!!!!!!! belajar lagi pasal ISLAM. lu masih lemah sgt lagi ni...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, syukur. Terima kasih mengesahkan wujudnya kekeliruan hebat dalam kehidupan anak Melayu. Penghargaan saya atas pandangan anda yang penuh sopan dan tertib itu. Jika anda lebih berilmu, sila bantu kami yang kurang ilmu.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah baik budi bicara.Yang keliru adalah anda.Menjadi proksi umno mca mic.X perlu saya mendedah diri saya kecuali kita semua telah dicaturkan oleh THH.Ini termasuklah Pas pkr dap.hakikatnya permulaan umno memang dikuasai oleh thh semenjak kemerdekaan lagi yang pasti tunku tahu mengenai hal tersebut kerana beliau adalah perosak tamadun melayu. Anda harus berfikir dan berdoa dan beristikharah untuk memilih siapapemimpin yg harus dipilih.insyallah allah swt bersama kita kelak.dan allah jua yg maha mengetahui. Semua sedang diaturkan oleh THH utk menguasai malaysia.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana membalasnya dengan lebih sopan dan tak lagi "aaakkk tuiii"

    Setahu saya yang jahil ini, Allah tak pernah mengajar kita meghina sesama Islam apa lagi dengan ejekan sedemikian rupa. Saya tak pandai agama sebagaimana anda, namun saya tidaklah bodoh sangat sampai tak dapat bezakan antara hina dan sopan.

    Saya tak pernah keliru mengenai perancangan THH. Saya tahu asal mula mereka masuk ke negara ini. Memang bidang kajian saya. Sila teliti artikel2 sebelum ini.

    Saya tak perlu membalas komen anda memandangkan anda tidak fokus kepada apa yang cuba disampaikan dalam rencana diatas. Saya bukan UMNO, bukan PAS bukan PKR... tetapi tak serasi dengan DAP, saya tahu asal usul mereka. Tahu matlamat mereka. Tahu permainan mereka. Itu sahaja harap maklum.

    Terima kssih kerana membuat teguran.

    ReplyDelete
  6. Maaf.Sy bukan yg aak tui 2.anda keliru lg.Sy pertama sekali.Andai saudara tidak menyebelahi sesiapa pun ia mmg baik.Andai hakikatnya saudara telah mengetahui ssuatu alhamdulillah.DAP adlh penerus PAP.Spt Lee Kuan Yew bmain politi pada masa silam untuk memisahkan Singapura.Dan memisahkan Sgnting Kra dari perutnya.Sy menyanjungi anda krn mengetahui sesuatu yg tidak diketahui.Ssungguhnya Allah memberi anda pengetahuan yg menakjubkan.Pabila sampai masanya sambutlah seruan Yg Maha Esa krn masa itu semakin hampir untuk menegakkan yg benar.Islam pasti bersinar....insyaalllah.Allah bersama anda. .......

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Penulis dan pembaca...

    Nak minta tolong penulis dan blogger yg lain utk mengkaji kesahihan video dibawah(dari youtube)

    SHOCKING ANNOUNCEMENT by PRINCESS KAORU NAKAMARU ( Japan) about 2012

    Kalo x silap saya, dalam hadis(??) pun ada menyebut hari kegelapan di akhir zaman. Tolong saya yg konpius ini

    ReplyDelete
  8. -MOFAI-
    saudara penulis, jika anda benar2 bebas yakni tidak menyabelahi sesiapa (baik umno ataupun pas,pkr dsb)anda sepatutnya tidak mengeluarkan artikel yang seolah-olah menyebelahi parti pemerintah. sampaikanlah maklumat dengan telus.jika kita semua mengaku islam maka jangan tuduh menuduh. kita sama2 mengucap 2 kalimah syahadah, sembahyang 5 waktu sehari, berpuasa di bulan ramadan, bayar zakat dan pergi haji bagi yg mampu.jadi saudara tak sepatutnya melemparkan tuduhan2 seperti itu.Dalam islam tak ada konsep liberal,sekular,syiah,sunni ,islam hadari,islam extrem,islam moderate dsb. yg ada cuma islam yg menekankan keamanan, kemakmuran dan segala kebaikan.tuan sepatutnya menyebarkan mesej yg boleh menyatupadukan kita semua, bukannya menyebarkan keburukan orang lain.tuan juga sepatutnya menjelaskan persamaan yg kita kongsi bersama sebagai umat islam bukannya meluaskan lagi perbezaan itu.

    -wasalam-
    (mofai_said@ ymail.com)

    ReplyDelete
  9. Sakam anon,
    saya dah tengok youtube terdebut, tk

    pandangan saya ada dua kondisi...
    1) ilmu dari alam ghaib, bersuber entiti yang mungkin kalangan jin. bukannya laduni dan ada pengaruh budha dan kristian.

    2)boleh baca, boleh buat kajian tapi tak boleh percaya 100%. Sedikit sahaja kesamaan dengan Islam. Berhati-hati.

    Kejadian tersebut 3 hari tanpa cahaya, tidak mustahil bagi Allah. 22 dis 2012 tarikh yang sama diramal oleh seorang padri. Ada pengaruh nostradamos dan mayan. Saya tak fikir ianya benar, mungkin maklumat palsu dari jin. Kelahiran semula di planet lain, sangatlah bertentangan dengan agama kita.

    wallahuaklam

    ReplyDelete
  10. mungkin juga maklumat spt dlm article ini tak bg bg aku dah x guna lagi article camni. masyarakat sekarang hanya suka ilmu yg sesuai dengan jiwanya atau klompoknya sj. jika x sama tolaklah walaupun benar. nak buat cmana. mende nih di indon dah teruk, kene jaga jgn masuk sini. aku tau dasat puak liberal nih..arak pun hlal.. rmai x tau..Kalau blog agama dah banyak dah... ni nak crita nwo yang buang semua agama sokong pluralisme. itu yg aku faham la. sorry lah kalau salah. la ni sume suke politik, eeeh... smpai ada khaaak tuiiih bagai... tah lah.

    ReplyDelete
  11. Islam tak suruh kita bergaduh dan melaga-lagakan sesama umat...cuma kita diberikan kebebasan bersuara jika terdapat kekeliruan dan perbezaan pendapat...pemimpin seharusnya beri tauladan dan contoh seperti ajaran Nabi Muhammad barulah umat islam betul2 kukuh bukanya ikut cara barat dan kafir..sekian terima kasih,]

    ReplyDelete
  12. Untuk anon 1:11, salam alaika

    Saya sokong pandangan saudara, Islam melarang membuka aib orang dan menyemai permusuhan waemma kaum kafir sekalipun. Itu kira sangat comel dan perfect. Dalam hal Islam Liberal ini, 3 siri ni, saya dapati ada sesuatu yang cuba nak disampaikan tetapi pengarang saya rasa kurang pandai menyusunnya. Maaflah, ini hanya pendapat saya sahaja.Islam nama baru semuanya tidak benar, biar tambah nama apa sekalipun, ia salah. Tidak ada kebenarannya di sisi Allah. Islam dah lengkap. Kenapa mesti tambah Liberal pula. Saya faham bahawa keadaan masa sekarang sudah berubah, ramai yang tak tahu Islam sejati itu bagaimana. Ramai yang teraba2. Jadi banyaklah alirannya. Ada sunni ada syiah dan sekarang ada liberal pula. Yang jadi susahnya Islam Liberal ini bukan asal dari orang Islam sendiri. Ia diaediakan dan digalakkan menyusup kedalam masyarakat Islam secara rahsia, Sekarang ini pusat Islam liberal adalah di USA. Mungkin, pada sayalah, mungkin pengarang cuba nampakkan bahayanya supaya kita dapat mengesan kewujudannya disekel;uling kita. Jika kita lihat web Islam Indonesia yang terkenal Era Muslim http://www.eramuslim.com/ misalnya, perkara ini sering dibincangkan. Telah dinyatakan betapa bahayanya aliran tersebut. Jadi saya fikir pengarang kena juga menjaga hati pembaca supaya tidak menyinggung walaupun bukti nyata Pengetua Islam baru ini (nama manis)di Malaysia adalah dari ketua parti politik tertentu. Maaflah, rasa saya pengarang juga cuba sembunyikan maklumat tersebut. Saya fikir jika ia didedahkan lebih lagi kemarahan pembaca. Saya pernah baca dalam banyak lamanweb. Perlukah saya tokok tambah lagi disini? Jadi bagaimana caranya untuk kita maklumkan kepada orang ramai tentang sebarannya yang semakin melebar? Saya fikir ianya penting sebelum terlambat. Maksud saya kita cuba selamatkan yang mana boleh. Itulah pandangan saya yang hina ini. Mungkin saudara yang lain ada pandangan mengenainya. Seorang mufti ada keluarkan kenyataan Sister in Islam NGO anak Mahathir juga penyebar Islan Liberal ini. Adakah patut mufti keluarkan kenyataan itu? Maaafkan saya yang hina ini, kepada pengarang saya harap buatlah teguran jika saya salah. Begitu juga pembaca yang lain, saya sedia terima. Terima kasih.

    Azli

    ReplyDelete
  13. Salam..
    Ramai yg membandingkan zaman Kenabian,Khulafa Ar-Raisyidin,Legasi Khalifah2 Umaiyyah,Abbasiyah dan Utsmaniyah dgn keadaan umat zaman sekarang..
    Islam tidak ketandusan pewaris2 jalan Nabi sehingga kini dan sehingga tamatnya usia umat Islam dan kiamat itu berlau ketika Umat Islam itu sudah tiada lg..
    Dizaman Ibnu Mubaraq ulama yg mengafal sebanyak 1 juta 200 ribu Hadith,jumalah Haji yg Mabrur pun tidak sampai 10 org menurut mimpi Ibnu Mubaraq menandakan Keberkatan atas dunia ini semakin ditarik oleh Allah..
    Sekarang ini adalah zaman sahajat-jahat manusia dimana Dosa mata,lidah,telinga,hati,perut,kaki dan tangan berlumba-lumba memasuki buku catatan amal Malaikat Ratib dan Atid..
    Amalan semakin sedikit krn Dunia tumpas kpd Sistem Dajjal ttp Allah tetap memelihara mereka yg menjaga anggota tubuh mereka dari melakukan dosa..
    Nikmat2 pancaindera yg Allah beri ini harus dijaga dgn mentaati Allah,menjauhkan diri dari jalan2 mungkar dan memelihara Hati dan menundukkan Nafsu..
    Manusia bukan tidak tahu hukum ttp Akhlak sudah rosak dan tidak diambil jalan utk memulihkannya..
    Akhlak disini bukanlah mencakupi persoalan Moral sahaja ttp perlaksanaan Akhlak dlm kehidupan..
    Akhlak tersembunyi dlm Asma'2 Allah iaitu sifat2 terpuji yg Allah nyatakan pd nama2nya..
    Sifat pemurah,pemaaf,pengasih,pemberi dll sifat2 yg terkandung dlm Asma Allah itulah yg tidak di Makrifahkan dlm diri2 manusia akhir zaman ini..
    Akhlak bukan Ilmu krn ilmu boleh dicari melalui pembacaan,maklumat dan segala mcm sumber didunia moden ini..
    Akhlak adalah perlakuan berdasarkan sifat2 yg terkandung dlm Asma' Allah itu,perlu dipelajari supaya kenal,diketahui duduknya pd setiap anggota tubuh,dilatih,dilaksanakan oleh setiap anggota tubuh lalu apabila ia berjalan dlm diri manusia,ia akan memantulkan bayangan cerminan Akhlak dari sifat Asma'Allah itu..
    Dgn itu barulah ibadah menjadi lazat,tidak berat dan terbit syahwat utk melakukan ibadah lalu akan kita manusia berada disejadah sblm masuk waktu solat,sabar dlm mengerjakannya,kasih kpd sesama makhluk,pemaaf kpd sesiapa sahaja krn tidak mahu merosakkan hati dari dosa org lain keatas diri kita..
    Ramai yg mengaku Islam ttp Islam Taraf manakah kita disisi Allah?
    Sedang Akhlak2 Allah pun tidak kita kenal lalu bagaimana kita mahu berjuang dijalannya?
    Akhlak Islam apabila menguruskan org2 Kafir,ianya didahuli dgn kelembutan bkn dgn Ilmu krn Ilmu adalah perlu apabila kita berurusan sesama kita..Sbb itu Ramai Org tertawan dgn Akhlak Rasulullah s.a.w lalu ingin berkongsi keyakinan dgn utusan Allah ini..
    Mereka tidak makrifah dgn Allah lalu dgn Akhlaklah kita mengenalkan mereka kpd Asma'2 Allah..
    Disinilah kita mencatat rekod buruk yg menyumbang kpd kegagalan sebagai penganut Islam dlm berdakwah,krn akhlak kita yg buruk menjauhkan org2 yg bukan Islam dari mengenal Asma'2 Allah..
    Islam tidak akan sempurna tanpa akhlak krn ianya adalah Asma' kepunyaan Allah lantaran itu Rasulullah s.a.w menyuruh kita berakhlak dgn Akhlak2 atas nama Asma' Allah itu..
    Jika Akhlak2 ini tiada dlm diri kita,maka jadilah kita org2 yg hanya mengerti Fiqh ttp cacat dari segi Akhlak,iman tidak bertambah lalu hilang sifat berlapang dada dan senantiasa dikalahkan oleh Nafsu..Dgn Akhlak Fiqh akan menuju kesempurnaan,Ibadah menjadi ringan,Nafsu dpt ditumpaskan,amanah dpt dilaksanakan,munkar dpt dihindarkan,persekitaran dipenuhi keberkatan,masyarakat sihat akal dan fikiran,negara dpt dibangunkan..Ancaman kita adalah Nafsu yg tidak ditundukkan krn itu Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa memerangi hawa Nafsu adalah Jihad yg paling besar..Senjatanya adalah Akhlak dari Asma'Allah..

    ReplyDelete
  14. pembetulan: Malaikat Rakib dan Atid

    ReplyDelete
  15. Semua kerosakan agama ni dilakukan oleh Penyembah syaitan yg bertopengkan Kristian iaitu JESUIT yg berpangkalan di tempat penyembahan Syaitan yg terbesar di muka bumi iaitu di Vatican City, Italy. Skrg ni America (pax Americana) menjadi pusat pemerintahan Dajjal. Selepas ni Israel (pax Judaica). Semua parti kerajaan dan parti pembangkang telah dipegang oleh Freemason dan Illuminati. Itu hakikat pahit yg patut diketahui. Ice Frost

    ReplyDelete