Pages

Thursday, November 24, 2011

Layakkah Melayu Moden hari ini menggelar diri mereka Bani Jawi?


Istiadat Melayu masih wujud



Kanak-kanak Melayu 

Apa itu Jawi?

Kini ramai dari anak Melayu yang sudah tidak mengetahui apa sebenarnya maksud "Jawi" ini.  Apa yang mereka tahu hanyalah tulisan jawi. Malangnya tulisan Jawi juga semakin tenggelam dan bakal hilang dari pengetahuan Melayu Moden.

kehalusan Bani Jawi terpancar pada seni binaan

JAWI kini hanya diketahui sebagai salah satu jenis tulisan berunsurkan abjad Arab. Namun dari kajian beberapa penyelidik asing, terdedah satu rahsia terpendam.

Kedudukan Bumi Jawi dari Kaabah


Ia mengenai kisah satu bangsa yang pernah mendominasi dunia satu masa dahulu tetapi kini hanya tersimpan dalam misteri sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh sekumpulan manusia yang mempunyai niat tersembunyi.

Tiada siapa yang benar-benar tahu sebab sebenar kenapa ia cuba disembunyikan dari pengetahuan dunia. Namun kebenaran itu akan tetap menampilkan dirinya secara tidak dirancang. Itulah juga yang akan berlaku kepada misteri ini.

Semakin hari semakin jelas kewujudan bangsa purba yang mana di satu saat dahulu terpahat satu nama baru yang menarik, mereka digelar Bangsa Jawi oleh pedagang Arab. Sebelum itu tidak diketahui apa nama panggilan Arab untuk mereka selain “zabaq”.

“Jawi” bukanlah bangsa baru muncul sebaliknya ia berasal dari satu bangsa terdahulu yang di kenali sebagai Mala, Mala-vu, Mala-yu, Mala-yang atau Jawaka yang dikaitkan dengan bangsa “Melayu” purba.

Kajian masih diteruskan untuk mengesan asal usul perkataan Jawi ini. Belum ada jawapan yang konkrit sama ada ia berkait dengan perkataan ”levi”. “kawi”, “jawa” atau “lawi”. Ianya masih kabur dan terus diselubungi misteri.

Jawi meliputi seluruh bangsa di Nusantara ini yang menerima Islam sebagai pegangan. Ia adalah sebuah kesatuan besar, tiada lagi Melayu, Jawa, Bugis dan lain-lain. Semuanya terhimpun dalam istilah "Jawi" tersebut. Apa lagi jika kita sebutkan negara seperti Imdonesia, Malaysia, Brunei, Filipina, Fatani. Tiada semua itu. Inilah kelebihan Jawi berbanding bangsa, etnik dan puak. Ia lebih senonim dengan nama Kesatuan Islam Nusantara.

Dari sudud budaya Melayu “Jawi” hanya diikat dengan “Islam”. Selain dari yang beragama Islam walaupun dari rumpun Melayu atau Nusantara, tidak digelar sebagai Bangsa Jawi. Kita ambil pendekatan mudah dengan mengingat kembali budaya lama kaum Melayu ini.

Satu masa dahulu, sebelum perkataan berkhatan menjadi popular ia disebut “masuk jawi”. Maksudnya sesaorang kanak-kanak Melayu tidak layak dipanggil “jawi” sekiranya belum akhir baligh yang dikait dengan “berkhatan” itu. Ini sebuah simbolik mengapa Jawi itu dikaitkan dengan Islam sahaja. Orang Jawi mesti berkhatan. Orang Melayu tidak semestinya berkhatan.

Kesimpulan mudah Jawi adalah orang Melayu Islam yang telah dewasa dan berakal. Seperkara lagi yang tidak diketahui ramai, bangsa Jawi ini amat terkenal dengan sifat yang berlawanan dengan bangsa Arab. Sikap bangsa Jawi yang sentiasa merendah diri dan bersopan amat dikagumi oleh bangsa Arab sendiri.

Setelah masyarakat Melayu bertukar menjadi bangsa Jawi, maka penulisan juga ikut berubah kepada abjad Arab di tambah dengan sedikit abjad Parsi (Ga Nga Pa Nya) untuk membolehkan sebutan Melayu-polinesia Austronesian (asli) bercampur Sanskrita itu dapat ditulis sepenuhnya. Terciplah sejarah Tulisan Jawi yang khusus untuk masyarakat Melayu Islam (Jawi).

Dari beberapa kitab lama Melayu versi Jawi, telah dapat dikenal pasti apakah jenis manusia yang berbangsa Jawi ini. Selain dari Ilmu Islam yang lazim untuk umat Islam, bangsa ini amat meminati dan mendalami unsur “kebathinan” atau “kerohanian” yang mendarah daging dalam jiwa orang Melayu sebelum Islam.

Orang Melayu Jawi ini menjadi satu entiti yang mendapat tempat khas dalam bidang tasawwuf yang menjadi pokok kepada ilmu kerohanian. Muncullah beberapa ulama Melayu Jawi yang terkenal dan ada yang dilantik sebagai guru malah mahaguru di Makkatul Mukarromah sebelum berkuasanya kerajaan Wahhabi Saud. Samaada dari Fatani, Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo dan Sulawesi. Inilah ulama Jawi yang dikagumi oleh Arab.

Kegahirahan Bani Jawi terhadap agama Islam amat menakjubkan. Letusan dari ketekunan mereka maka muncullah beberapa ulama yang bertaraf Wali Allah dari bumi ini yang disanjung hingga akhir zaman seperti Habib Noh, Tol Kenali, Tuan Tulis, Tokku Paloh, Tok Pulau Manis, Wali Sembilan di Pulau Jawa dan banyak lagi (beratus orang) tidak termasuk para wali yang mengelak dari kemasyhuran tersembunyi dari pengetahuan umum.

Pada masa ini pun masih ramai Wali Allah yang bermukim di bumi Jawi ini walaupun tidak diketahui ramai. Mereka sedang menanti “mujahid” yang bakal muncul dan menjadi penghulu mereka diakhir zaman ini.

Jalan yang diteroka oleh para ulama inilah (kesemuanya beraliran Ahlussunah wal-Jamaah) menjadi pegangan segenap ahli masyarakat sehinggalah wujudnya kumpulan ulama baru yang cuba menukar arah kepada aliran wahhabiah dan kini wujud pula penggerak aliran liberalisma. Perkembangan ini menolak jauh apa yang dipusakai dari para ulama tersebut. Ia berupa malapetaka yang terpaksa kita semua hadapi atas kesilapan kita sendiri.

Kita pernah mendengar perkhabaran bahawa Islam akan bangkit dari timur. Adakah “timur” di sini bermaksud Nusantara atau Gugusan Melayu? Ia masih menjadi tekateki. Walaubagaimanapun Islam pernah bangkit di daerah “timur” tetapi bukannya Kepulauan Melayu. Adakah itu maksud sebenar perkhabaran tersebut, tidaklah diketahui. Sultanul Aulia Syeikh Abdul Qadir al-Jilani dan Iman al-Ghazali muncul sebagai ulama tersohor di zaman Abbasiah (500 tahun selepas Hijrah) berasal dari daerah Jilan dan Khurasan iaitu timur Madinatul Munawwarah tempat Nabi saw berucap.

Kedua ulama ini memberi cahaya baru dalam kebangkitan masyarakat Islam 500 tahun selepas kewafatan Nabi saw. Namun ia masih jauh dari zaman akhir yang sedang kita tempuhi sekarang.

Memandangkan Islam semakin luntur akibat gangguan hebat gerakan wahhabiah dan liberalisma (dikatakan sengaja diatur oleh zionis antarabangsa untuk melemahkan Islan dari dalam) selain gerak kerja Jesuits kristian (jubah hitam) dari arah luar. Bermula dari situ terbitlah era baru yang membawa manusia mengejar kebendaan dan kuasa. Untuk mengisi slot terakhir ketamaddunan dunia sementara ini, Islam perlu bangkit semula.

Darimanakah kebangkitan ini akan bermula? Buat masa ini hadis Rasulullah saw yang menyatakan Islam akan bangkit dari “timur” itu masih terpakai kerana tiada sebarang nas lain yang menunjukkan arah selain dari itu.

Islam akan bangkit secara berkala setiap 500 tahun. Secara kasarnya, tahun 500 Hijriah (1100 M) diikuti tahun 1000 Hijriah (1600 M) dan akhirnya zaman ini tahun 1500 Hijriah. Mungkinkah mujahid itu dari kawasan yang sama juga iaitu Khurasan? Cuba perhatikan, apa yang kita maklum perkembangan Islam di India amat hebat di sekitar tahun 1600 masihi, mungkinkah itu bermaksud kebangkitan kedua?

Kita lupakan dahulu persoalan tersebut. Apa yang penting ialah mencongak adakah benar masa kebangkitan “Mujahid” baru akan menjelang 1500 Hijriah sekitar tahun 2020 hingga 2030 ini?

Dari perkiraan tempat ia memberi satu petunjuk. Kebangkitan pertama terjadi di Khurasan dan Iraq, kedua berlaku di benua kecil India dan dimanakah yang ketiganya? Masihkah di sekita Khurasan dan India atau di tempat lain? Adakah di tempat yang lebih jauh ke arah timur? Iaitu Bumi Melayu tanah asal Bani Jawi.

Sesungguhnya Bumi Jawi ini penuh dengan misteri. Islam bertapak kukuh di kelilingi pengaruh Buddha dan Hindu. Bangsa yang sanggup mengenepikan agama nenek moyang dan menerima Islam dengan hati rela. Islam tidak akan mudah disingkirkan dari hati orang Melayu Jawi ini kecuali melalui usaha yang mahal harganya. Melalui kerja jahat serta tipu helah dan muslihat proksi Iblis.

Lihat sahaja di Selatan Thai yang asalnya sebuah kerajaan besar Melayu Fatani serta Selatan Filipina dan Kepulauan Sulu yang telah mengalami musibah buruk, diperangi sejak zaman berzaman. Islam tidak mudah terlucut. Pertolongan Allah terhadap bangsa ini. Tidak mustahil juga pejuang Islam akan bangkit dari dua wilayah bergolak ini.

Waktu berlalu semakin pantas. Kita sedang berada dikecamuk petaka buatan manusia. Oleh kerana ia merupakan tuntutan fitnah akhir zaman, tentu sekali kita tidak dapat melarikan diri dari kekusutan akal untuk melihat kebenaran. Kecamukan ini bertindih-tindihan dan menjadi semakin kusut. Terpinga-pinga meniti arus dalam keraguan, adakah kita masih berada di landasan yang benar atau sedang lemas dalam lautan fitnah.

Masanya sangatlah hampir, kita berada dalam tahun 1432 H sekarang, hanya 18 tahun menjadi landmark kebangkitan ini (1500 Hijriah), dan mungkin juga lebih awal dari itu. Wallahu a’lam.

Sedutan dari: Alter Paling Rahasia Bangsa Melayu IV oleh Mistisfiles Mengapa wilayah Khurasan (asal) dan Asia Tenggara sedang diawasi oleh Zionis, proksi Dajjal? – halang kebangkitan tentera al Mahdi.



Ahli Bait

Sejak para rahib Illuminati mula mencari-cari ke manakah hilangnya ahli bait (keturunan Rasullullah s.a.w) setelah keberhasilan meracun Hassan Al-Askari r.a, keturunan Rasullullah s.a.w yang digelar antara Imam 12 oleh Syiah (ini bukan sokongan terhadap Syiah, yang sesat tetap sesat,dan yang sesat dan mengada-adakan akan duduk dalam neraka), ternyata keturunan Rasullullah s.a.w seolah-olah lenyap tanpa berita, padahal Imam Iblis Tertinggi mereka memberitahu AlMahdi adalah dari keturunan Rasullullah s.a.w dan Hasan Al-Askari r.a bukanlah Mahdi yang dicari-cari.

Semua ciri-ciri dan  berwatakan AlMahdi telah dihafal oleh para rahib dalam 'inner circle' melebihi esetengah orang Islam sendiri yang mengaku

mencintai ahli bait. Begitu takutnya Dajjal akan orang yang akan membunuh dia kelak. AlMahdi perlu dihapuskan!!

Kesemua keturunan Rasullullah yang berketrampilan dan menjadi pemimpin Masyarakat telah meninggal dunia akibat DIBUNUH! 90% dari mereka telah DIRACUN! Ini bukan kebetulan tetapi satu konspirasi terancang.

Ketika mencari-cari kerajaan Kristian Presto John disebut dalam mitos yang berada di Timur, para pengembara Rosicrusian (satu ajaran sesat Dajal) Sepanyol dan Portugis akhirnya menemui lebih dari sebuah kerajaan disana. Adakah ia kerajaan  Kristian Presto John yang digembar-gemburkan itu? malangnya tiada sebuah pun yang beragama kristian seperti yang di sebutkan. Di sana terdapat lebih dari sebuah kerajaan Islam yang kaya-raya di Timur Jauh.

Bukan negara orang-orang Arab sepertimana yang mereka ketagui ,tetapi satu bangsa yang mereka sendiri tidak pernah mengenalinya. Bagaimana terdapat sebuah kerajaan Islam ditengah-tengah pengaruh Hindu Buddha di Timur Jauh yang jaraknya beribu kilometer dari negara Arab? Mereka telah dapat mengagak, kemungkinan ahli bait yang mereka cari itu telah lari ke Timur Jauh!

Dari situ mereka mula ingin belajar mengenali musuh baru mereka!

Keturunah Keturah?


Siapakah Bani Jawi? 
-Apa Misi rahasia Bani Jawi? 

Siapakah Bani Jawi - Jawa/Melayu? Dari manakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai ilmuwan memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahasia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini?

bani jawi = adalah sebutan yg diberikan orang2 arab sejak zaman dulu untuk menyebutkan orang2 islam yg berasal dari Nusantara atau Asia Tenggara. jadi bani jawi tidak merujuk pada suku jawa saja tetapi juga semua ras keturunan melayu di Asia Tenggara

Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan Rahasia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan....

Bangsa Paling Rahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.

Bangsa ini, yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membangun kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.

Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang,lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey.

Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, 'di penghujung dunia'. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan...

...... dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka? Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka? 


Mengapa Israel bersusah-payah membangun pangkalan dan pengaruhnya di Singapura? 

Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis?

Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura? 

Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi? 

Apakah dia alter Paling Rahasia Bangsa Melayu?.

Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?


'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur! 


.. Bangsa paling rahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia....

.....Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu, beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membangun negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir. Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. 

Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? 

Perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba. 

ADAKAH SEJARAH YANG KITA BACA SELAMA INI BETUL-BETUL TEPAT?......

... Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang, lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey.... 

...... Di selat Melaka, kedua-dua kumpulan ini bertemu. Kumpulan yang tiba melalui jalan laut (yang banyak menetap di Kepulauan Indonesia) bertemu saudara mereka (kumpulan yang tiba melalui jalan darat-majoriti menetap di Semenanjung 'Emas' Tanah Melayu). Mereka adalah serumpun dan bersaudara.

Sudah lama (ratusan tahun) mereka terpisah. Bangsa Keturah telah bersatu di Selat Melaka di  'Tanah Yang Dijanjikan' The Land of The East'....... 


.......... Apakah rahasia bangsa Melayu 2500 tahun dahulu? Apakah yang ditemui oleh rombongan kerajaan Nabi Sulaiman di Nusantara? Apakah perjanjian rahsia para Firaun di The Land of The Gods? .......... 

....Anehnya, para Firaun ini mendakwa nenek moyang mereka berasal dari tanah ini, yang digelar.... 'THE LAND OF THE GODS'
 
????

Kepada bangsa 'Mala' di Indonesia dan Malaysia, kita dipisahkan oleh penjajah-penjajah barat. Kita adalah serumpun dan bersaudara. Belanda dan Inggeris lah dalang pemisahan kita. Hentikan segala sengketa yang terlampau bodoh dan merugikan, bersatulah. Biar bangsa Mala bangkit maju seperti masa-masa yang lalu.


Ini tanah kita. Ini bumi kita. Ini adalah "The Promised Land".

- Tulisan asal Srikandi di Mistisfiles yang kini telah tersebar luas di seluruh Nusantara.



Jika diteliti terdapat satu rahsia penting yang boleh menghuraikan misteri mengapa orang Melayu Nusantara (Jawi) dengan rela hati tanpa paksaan menukar agamanya serentak sebaik sahaja diperkenalkan Islam. Contoh terbaik adalah keadaan di Pulau Jawa, raja dan rakyat telah mengenepikan agama Buddha atau Hindu dan beramai-ramai memeluk Islam. Ketaatan anutan mereka terhadap agama terdahulu bukanlah calang. Lihat sahaja Candi Borobudur. Ia merupakan warisan hebat budaya Buddha di Indonesia yang terletak di Magelang, Jawa Tengah telah dengan mudah diketepikan.

Tiada lagi penganut Buddha dan Hindu. semuanya memilih Islam. Kehilangan terus pengaruh Buddha di Indonesia juga merupakan satu bukti bahawa umat Jawi ini sentiasa memilih agama yang “benar”. Ia menjadi misteri kepada pengkaji sejarah. Keanehan ini tentulah mempunyai sebab musababnya selain daripada pertolongan Allah swt. 

Kita harus melihat agama Hindu dan Buddha yang menjadi agama rasmi mereka sebelum ini. Mereka bukan penganut membabi buta. Mereka bangsa yang bertamaddun. Agama mereka bukanlah agama Hindu dan Buddha yang ada pada hari ini, agama mereka sebenarnya adalah agama “Haniff” yang dibawa oleh Utusan Allah. 

Borobudur

Jika diperhatikan, setelah Indonesia, Brunei, Philipina, Fatani dan Malaysia dijajah selama 350 tahun oleh Portugis. Spanyol, Belanda dan British mahupun Thailand salah satu misi mereka adalah mengkafirkan umat Islam, tetapi umat Islam di Asia Tenggara tidak dapat di musnahkan dengan mudah, malah semakin kuat. Hal sedemikian tidak terjadi di  benua Afrika dan benua Amerika. Malah penjajahan di Afrika dapat mengubah agama di sana.  Kita boleh lihat sejarah Senegal, Mali, Nigeria dan juga negara-negara seluruh benua Amerika.

Sorotan dari penulisan anak Indonesia, kajian yang menarik untuk direnungi:

Misteri Leluhur Bangsa Jawa – Melayu (JAWI) http://kanzunqalam.wordpress.com/

Di dalam Mitologi Jawa diceritakan bahwa salah satu leluhur Bangsa Sunda (Jawa) adalah Batara Brahma atau Sri Maharaja Sunda, yang bermukim di Gunung Mahera.

Selain itu, nama Batara Brahma, juga terdapat di dalam Silsilah Babad Tanah Jawi. Di dalam Silsilah itu, bermula dari Nabi Adam yang berputeraNabi Syits, kemudian Nabi Syits menurunkan Sang Hyang Nur Cahya, yang menurunkan Sang Hyang Nur Rasa. Sang Hyang Nur Rasakemudian menurunkan Sang Hyang Wenang, yang menurunkan Sang Hyang Tunggal. Dan Sang Hyang Tunggal, kemudian menurunkan Batara Guru, yang menurunkan Batara Brahma.

Berdasarkan pemahaman dari naskah-naskah kuno bangsa Jawa, Batara Brahma merupakan leluhur dari raja-raja di tanah Jawa.

Budaya Klasik Jawa penuh rahsia
Bani Jawi Keturunan Nabi Ibrahim

Di dalam Kitab 'al-Kamil fi al-Tarikh' tulisan Ibnu Athir, menyatakan bahwa Bani Jawi (yang di dalamnya termasuk Bangsa Sunda, Jawa, Melayu Sumatera, Bugis... dsb), adalah keturunan Nabi Ibrahim.

Bani Jawi sebagai keturunan Nabi Ibrahim, semakin nyata, ketika baru-baru ini, dari penelitian seorang Profesor Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM), diperoleh data bahwa, di dalam darah DNA Melayu, terdapat 27% Variant Mediterranaen (merupakan DNA bangsa-bangsa EURO-Semitik).

Variant Mediterranaen sendiri terdapat juga di dalam DNA keturunan Nabi Ibrahim yang lain, seperti pada bangsa Arab dan Bani Israil.


Sekilas dari beberapa pernyataan di atas, sepertinya terdapat perbedaan yang sangat mendasar. Akan tetapi, setelah melalui penyelusuran yang lebih mendalam, diperoleh fakta, bahwa Brahma yang terdapat di dalam Metologi Jawa indentik dengan Nabi Ibrahim.


Brahma adalah Nabi Ibrahim

Mitos atau Legenda, terkadang merupakan peristiwa sejarah. Akan tetapi, peristiwa tersebut menjadi kabur, ketika kejadiannya di lebih-lebihkan dari kenyataan yang ada.

Mitos Brahma sebagai leluhur bangsa-bangsa di Nusantara, boleh jadi merupakan peristiwa sejarah, yakni mengenai kedatangan Nabi Ibrahim untuk berdakwah, dimana kemudian beliau beristeri Siti Qanturah (Qatura/Keturah), yang kelak akan menjadi leluhur Bani Jawi (Melayu Deutro).

Dan kita telah sama pahami bahwa, Nabi Ibrahim berasal dari bangsa 'Ibriyah, kata 'Ibriyah berasal dari 'ain, ba, ra atau 'abara yang berarti menyeberang. Nama Ibra-him (alif ba ra-ha ya mim), merupakan asal dari nama Brahma (ba ra-ha mim).


Beberapa fakta yang menunjukkan bahwa Brahma yang terdapat di dalam Mitologi Jawa adalah Nabi Ibrahim, di antaranya :

1. Nabi Ibrahim memiliki isteri bernama Sara, sementara Brahma pasangannya bernama Saraswati.

2. Nabi Ibrahim hampir mengorbankan anak sulungnya yang bernama Ismail, sementara Brahma terhadap anak sulungnya yang bernama Atharva(Muhammad in Parsi, Hindoo and Buddhist, tulisan A.H. Vidyarthi dan U. Ali)...

3. Brahma adalah perlambang Monotheisme, yaitu keyakinan kepada Tuhan Yang Esa (Brahman), sementara Nabi Ibrahim adalah Rasul yang mengajarkan ke-ESA-an ALLAH.

Ajaran Monotheisme di dalam Kitab Veda, antara lain :

Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahwa tidak ada rupa bagi Tuhan, Dia tidak pernah dilahirkan, Dia yg berhak disembah

Yajurveda Ch. 40 V. 8 menyatakan bahwa Tuhan tidak berbentuk dan dia suci

Atharvaveda Bk. 20 Hymn 58 V. 3 menyatakan bahwa sungguh Tuhan itu Maha Besar

Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahwa tidak ada rupa bagi Tuhan

Rigveda Bk. 1 Hymn 1 V. 1 menyebutkan : kami tidak menyembah kecuali Tuhan yg satu

Rigveda Bk. 6 Hymn 45 V. 6 menyebutkan “sembahlah Dia saja, Tuhan yang sesungguhnya”

Dalam Brahama Sutra disebutkan : “Hanya ada satu Tuhan, tidak ada yg kedua. Tuhan tidak berbilang sama sekali”.

Ajaran Monotheisme di dalam Veda, pada mulanya berasal dari Brahma (Nabi Ibrahim). Jadi makna awal dari Brahma bukanlah Pencipta, melainkan pembawa ajaran dari yang Maha Pencipta.

4. Nabi Ibrahim mendirikan Baitullah (Ka'bah) di Bakkah (Makkah), sementara Brahma membangun rumah Tuhan, agar Tuhan di ingat di sana (Muhammad in Parsi, Hindoo and Buddhist, tulisan A.H. Vidyarthi dan U. Ali).

Bahkan secara rinci, kitab Veda menceritakan tentang bangunan tersebut :

Tempat kediaman malaikat ini, mempunyai delapan putaran dan sembilan pintu... (Atharva Veda 10:2:31)

Kitab Veda memberi gambaran sebenarnya tentang Ka'bah yang didirikan Nabi Ibrahim.

Makna delapan putaran adalah delapan garis alami yang mengitari wilayah Bakkah, diantara perbukitan, yaitu Jabl Khalij, Jabl Kaikan, Jabl Hindi, Jabl Lala, Jabl Kada, Jabl Hadida, Jabl Abi Qabes dan Jabl Umar.

Sementara sembilan pintu terdiri dari : Bab Ibrahim, Bab al Vida, Bab al Safa, Bab Ali, Bab Abbas, Bab al Nabi, Bab al Salam, Bab al Ziarat dan Bab al Haram.

Kaabah


Monotheisme Ibrahim


Peninggalan Nabi Ibrahim, sebagai Rasul pembawa ajaran Monotheisme, jejaknya masih dapat terlihat pada keyakinan suku Jawa, yang merupakan suku terbesar dari Bani Jawi.

Suku Jawa sudah sejak dahulu, mereka menganut monotheisme, seperti keyakinan adanya Sang Hyang Widhi atau Sangkan Paraning Dumadi.

Selain suku Jawa, pemahaman monotheisme juga terdapat di dalam masyarakat Sunda Kuno. Hal ini bisa kita jumpai pada Keyakinan Sunda Wiwitan. Mereka meyakini adanya 'Allah Yang Maha Kuasa', yang dilambangkan dengan ucapan bahasa 'Nu Ngersakeun' atau disebut juga 'Sang Hyang Keresa'.

Dengan demikian, adalah sangat wajar jika kemudian mayoritas Bani Jawi (khususnya masyarakat Jawa) menerima Islam sebagai keyakinannya. Karena pada hakekatnya, Islam adalah penyempurna dari ajaran Monotheisme (Tauhid) yang di bawa oleh leluhurnya Nabi Ibrahim.

Peradaban Sundaland pernah mencapai masa ke-emasan, hal ini bisa terlihat melalui usia Astronomi Jawa (Pakuwon), yang diperkirakan telah berusia 17.000 tahun lebih (lihat postingan Suzaku Musha, di halaman 63).

Ketika terjadi peristiwa banjir Nuh, semua peradaban di bumi termasuk Peradaban Sundaland musnah. Dengan demikian, andaikan ada keturunan Nabi Syith-Delajah (berdasarkan pendapat gantenguy), sesungguhnya peradaban kaum tersebut telah binasa, karena mereka yang tesisa, adalah Nabi Nuh beserta pengikutnya yang berpegang teguh kepada Syariat Allah.

Gambaran Pelabuhan Melayu Purba

49 comments:

  1. :) teruskan usaha !!! :)
    saya suka mengkaji asal usul melayu dan nusantara ini dgn membaca artikel2 spt ini..
    selamat mengkaji !!^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. dijawa ada peninggalan nabi sulaiman.borobuduur.sudahkah anda kesana.sangat menangjubkan sekali.yg membuatnya manusia dan bangsa jin.

      Delete
  2. Misteri bangsa jawa memang penuh dan sulit dimengerti.Lihat saja tulisan kuno bahasa jawa yang penuh dengan makna dari 20 kata yangh di ciptakan Ajisaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan Jawa berasal dari KERAJAAN JAWAKA, kerajaan khianat menerima HINDU BUDDHA di zaman Kerajaan Ajaran Ibrahim KEDAH TUA dan LANGKASUKA. Kerajaan Jawaka membuka kerajaan HINDU BUDHHA di Nusa Kambangan, kemudiannya dipanggil Pulau Jawa...terus mengkhianati KERAJAAN MALA-UR hingga ke zaman KERAJAAN HINDU BUDDHA MAJAPAHIT, seterusnya menjadi dalang pada kejatuhan KERAJAAN MALA-UR MELAKA bersekongkol dengan Portugis.

      Delete
    2. Tahukah kamu pada makam patih gajahmada bertuliskan ‘La Ilaha Illallah, Muhammad Rasulullah’.

      Silahkan baca artikel ini untuk lebih jelasnya
      http://www.fimadani.com/misteri-keislaman-patih-gajah-mada-dan-kerajaan-majapahit/

      Banyak bukti yg di temukan bertolak belakang dengan sejarah yg kita ketahui saat ini, walaupun masih kental dengan adat istiadat hindhu buddha yg banyak berkembang saat itu, kemungkinan kerajaan majapahit dahulu telah menganut agama islam.

      Tentang benar tidaknya artikel tersebut,
      Wallahu a'lam
      hanya allah yang mengetahui secara pasti.
      Dan jika ini benar
      Subhanallah

      Marilah kita lebih mendekatkan diri kepada allah dan perbanyak membaca al-quran dan hadits agar tidak mudah disesatkan oleh fitnah akhir jaman.

      Delete
  3. Kaum Jawa dan Melayu (Sumatera) Indonesia amat teguh pegangan agama sehingglah ada tangan hitam menyesatka mereka. Wujud kelompok menyebarkan kristian, Islam Wahabi dan Islam Liberal. # kumpulan ini sedang membuat onar baru mengalihkan perhatian warga Indonesia kepada agenda "permusuhan" dengan Malaysia. Pada hal mereka tahu sepertiga pribumi Malaysia berusul asal dari sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan Jambi berasal dari KERAJAAN KEDAH TUA. Kerajaan Kandis berasal dari KERAJAAN PAHANG TUA, Kerajaan Jawa berasal dari KERAJAAN JAWAKA dan Kerajaan Kutai yang mengamalkan KORBAN SAPI sempena gantian KORBAN ISMAIL beasal dari KERAJAAN LANGKASUKA...logisnya dari TANAH BESAR ke Pulau kemudian pulang semula ke TANAH BESAR.

      Delete
  4. wujudkah bahasa indonesia sebelum indonesia wujud (17 aug 1945) ... wujudkah bahasa malaysia sebelum malaysia wujud (31 aug 1957)....

    bahasa apakah yang dituturkan dan difahami dinusantara sebelum indonesia dan malaysia wujud....

    bahasa yang juga difahami dan dituturkan di borneo, philipina hingga ke madagaskar...

    inilah IBU segala bahasa ... inilah ibu segala BANGSA... bahasa yang boleh dijejaki hingga ke mesir purba.... dari sundaland ke mesir dan kembali ke nusantara.....

    ReplyDelete
  5. Kesah2 pasal keturah ini hanya terdapat dalam Bible sahaja di dalam Al-Quran tidak ada satu ayat pun yang menyebut pasal keturah..

    Di dalam bible ada disebut nama seorang isteri Nabi Allah Abraham ( Ibrahim )..

    Dalam Bible kesah keturah ini dikesahkah melalui 6 ayat2 pendek

    Di sini aku paparkan ayat2 yang terdapat dalam bible berhubung dgn riwayat keturah..

    Bab Kejadian 25

    1. Abraham mengambil pula seorang isteri bernama keturah.

    2. Perempuan itu melahirkan baginya Zimran, Yoksan, medan, midian, Isybak dan suah.

    3. Yoksan memperanakkan syeba dan dedan. keturunan dedan adalah org asyur, orang letush dan orang leum.

    4. Anank2 Midian ialah efa, efer, henokh, abida,dan eldaa, itulah semuanya keturunan katura.

    5. Abraham memberikan segala harta miliknya kepada ishak.

    6. Tetapi kepada anak2nya yg dioeroleh dari gundik2nya ia memberikan ppemberian; kemudia ia menyuruh mereka--masih pada waktu ia hidup--meninggalkan ishak, anaknya, dan pergi kesebelah timur, ke tanah timur.

    Dalam ayat tersebut mengatakan bahawa anak2 beribukan Keturah ini telah dikerahkan oleh Nabi Allah Abraham ( Ibrahim ) berhijrah ke timur..

    Apakah bangsa melayu ini berasal dari keturunan Katurah..??

    Sukar dipastikan kerana mungkin juga bukan melayu mungkin bangsa china kerana dalam perjanjian lama mengatakan anak keturah akan memerintah dgn bala tentera yg berkuda yang tangkas lagi pantas..

    Bahkah mungkin juga bangsa jepun atau korea..

    Sebenarnya aku hanya beriman dgn Al-Quran dan hadith Rasulullah...

    Aku menolak semua kitab sebelum Al-Quran kerana kitab2 tersebut telah dirosakkan oleh tangan2 manusia...

    Apakah kita harus percaya dgn semua isi kandungan kitab2 dalam perjanjian lama, taurat dan injil yg telah diubah isi kandungannya...??

    Di mana dan bagai mana akidah kita...??

    Memang ada Hadith Rasulullah yg mengatakan bahawa islam akan bangkit dari sebelah timur di akhir zaman nanti.. tetapi apakah kita harus mengambil sumber rujukan dari Injil dan taurat yg telah diselewengankan itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg diselewengkan...tettapi ada isi dalamnya y xblh diselewengkan....kitab asal original y xdiselewengkan ada dgn pope yang sorokkan dari mata dunia...

      Delete
    2. Saya menjawab persoalan yang diutarakan oleh hafzach dengan hadis nabi saw yg menyatakan jika ada ahli kitab mengkhabarkan kamu sesuatu, janganlah kamu mempercayainya dan menidakkannya.

      Delete
    3. kita bukan mengambil akidahnya. apa yg berlaku di sini ialah kajian sejarah. sejarah adalah salah satu cabang kajian secara saintifik, maka ia bermaksud mungkin benar dan mungkin salah. walau bagaimanapun, kitab injil yang asal yang berusia dlm lingkungan 2000 tahun telah pun ditemui baru2ini... :)

      jika dlm injil asal juga disebut ttg keturah, bermakna barulah ia dikira pasti benar malahan penolakan isi injil asal adalah merosakkan akidah kerana salah satu rukun iman ialah percaya kepada semua kitab2 dan mushaf2 (asal) yg mana ia adalah wahyu drp Allah di zaman masing2.

      Delete
    4. akhirnya ada pon seseorang yg berfikiran sama mcm aku,

      hafszach, btol tu, patotnya diaorg kaji asal usul melayu ni berpandukan Al-Quran, tp ni tidak, diaorg berpandukan kitab lain pulak sedangkan Al-Quran dh nyata kebenaranya...

      Delete
  6. ...

    MISTERI BANGSA MELAYU / BANI JAWI...
    Terlalu rumit pak, kalo kita mahu mengesan asal usul, salur galur, keturunan bangsa "MELAYU". Kalo mengikut sejarah silam zaman "ICE AGE", benua Nusantara itu asalnya bersambung dgn Benua China dan India. Adakah bangsa Melayu telah ujud dizaman itu.? Kapan berlakunya bencana alam besar, letopan gunong berapi, gempa bumi, tsunami dan banjir besar, akhirnya kesatuan benua Nusantara itu telah hancur lebur, tenggelam, terputus2 hingga tinggal struktur baru, seperti apa yg terlehat hanya pulau2 yg bertaburan. Maka dlam peta dunia, satu dunia menamakan Nusantara ini dgn "GUGUSAN KEPULAUAN MELAYU" ato "THE MALAY ARCHIPELAGOS". Hingga dunia telah dikejutkan, kapan ada pihak yg mendakwa "The Lost Atlantis" itu adalah Nusantara...

    Selepas malapetaka itu, adakah semua penghuni pulau2 bertaburan itu maseh mengaku mereka bangsa Melayu.? Ato mereka yg berhirah keTanah Melayu itu aja digelar bangsa Melayu..?? Maka timbul berbagei kajian, andaian dan jawaban. Tidak kesah kalo dinamakan "BANI JAWI", ato "BANI MIM", ato sebageinya, asalkan mengaku badan-dirinya keturunan Melayu, bangsa Melayu. Walo pun asalnya dari pelbagei etnik2 Melayu Jawa, Bugis, Banjar, Kampar, dsbnya yg hanya sedikit berbeda, namun bisa hidup serumpun terhimpun diTanah Melayu. Maka Melayu yg tinggal dibumi Melayu adalah "Melayu Islam". Karna sudah ketentuan Allah bangsa Melayu beragama Islam, yg telah diIslamkan oleh Ahlul Bait2 pewaris Nabi SAW. Sejak kemasukan jutaan pendatang haram, celakanya Setan2 Illuminati, salah satu konspirasi mereka utk meng"Kristian"kan bangsa Melayu Islam...

    Sejarah Melayu itu ada yg telah diketahui, ada yg maseh ghaib diAlam Misteri. Ketuanan Raja2 Melayu dan Agama Islam adalah lambang kedaulatan Tanah Melayu. Bangsa "Melayu Islam" adalah sebagei tulang belakang pembantu kepada kebangkitan "Puak Timur" peneraju Akhir Zaman. Malangnya bangsa Melayu Islam sedang tenat bersundulan sesama sendiri. Api membara dlm sekam padi sedang menanti. Duri dlm daging sendiri sedang menikam diri. Kapan terlucut kuasa, terjajah, baru padan muka =_= =_= hehehe... Ampon pak koq fahaman kami bersalah2an...

    Allahu'alam, Wassalam...

    ReplyDelete
  7. sangat terperinci... teruskan usaha dan buktikan kitalah ummat yang terbaik !

    ReplyDelete
  8. kita kena pastikan tiada pergaduhan atau permusuhan sesama sendiri Di Malaysia Dan Indonesia. dimalaysia sesama melayu yg bergaduh anggap perbezaan pendapat senagai permulaan kearah penyatuan ummah. sebab politik yg memecahkan kita semua. kita takkan menjadi bamgsa anggung jika kita bermusuhan sesama sendiri Dan bersaimg sesama sendiri. kita adalah kebangkitan sebenarnya

    ReplyDelete
  9. kita kena pastikan tiada pergaduhan atau permusuhan sesama sendiri Di Malaysia Dan Indonesia. dimalaysia sesama melayu yg bergaduh anggap perbezaan pendapat senagai permulaan kearah penyatuan ummah. sebab politik yg memecahkan kita semua. kita takkan menjadi bamgsa anggung jika kita bermusuhan sesama sendiri Dan bersaimg sesama sendiri. kita adalah kebangkitan sebenarnya

    ReplyDelete
  10. Bani Jawi akan membentuk satu kesatuan yang utuh dengan nama "Negara Kesatuan Islam Nusantara" yang meliputi Brunei, Indonesia, Malaysia, Fatani, Filiphina...semua itu dibawah satu kepemimpinan yang dipilih berdasarkan syarat pemimpin di dalam Islam...

    Semoga Allah mengabulkan doa dan mimpi kami tidak lama lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangkitlah masyarakat Melayu kini.. Sedarlahhh, bak kata pemimpin terdahulu pandanglah keTimur(JEPUN) jangan jadikn Barat sebagai contoh kita, bersyukur dan berbanggalah karna terpilih utk lahir sbg Islam dan bangsa MALAYU,, ayuhlah kita bersatu menentang Yahudi Zionis yg sdh termaktub mereka lah musuh kita.. Moga ALLAH menerima jihad kita. AMIN

      Delete
  11. sejarah dulu mmg hebat tapi kita sekarang bagaimana?

    rasa nya xperlu terlalu asik mengkaji sejarah yg tidak dpt dipastikan kebenaran nya.

    lebih baik kita usaha atas iman supaya Allah selamatkan kita dari fitnah al masih dajjal yg sekarang ni banyak disekeliling kita.

    ia umpama kita mengenang memori indah kita di zaman kecil. di penghujung nya ia masih sekadar memori.

    ReplyDelete
  12. allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar

    ReplyDelete
  13. kalau nak kenal diri kita,kenalah tahu sejarah bangsa kita. Bila dah kenal bangsa kita,barulah kita rasa bangganya kita menjadi sebahagian daripada bangsa ini. Setiap bangsa pasti ada budaya, dan budaya bersandarkan kepada pegangan agama. Jadi, cuba renungkan budaya apa yang nenek moyang kita cuba pelajari kalau bukan bersandarkan kepada agama.

    Renungkan-renungkan dan selamat beramal..

    ReplyDelete
  14. i proud to be muslim and proud to be bangsa melayu!allah huakbar!

    ReplyDelete
  15. Kesimpulannya, Malaysia dan Indonesia perlu menghentikan segala persengketaan. Baru la wujud kembali Bani Jawi yang di GERUNI.

    ReplyDelete
  16. wah wah... tak usah nak di panjangkan... kt semua ini manusia daripada keturunan para nabi... anak cucu nabi Adam A.S. Inggeris, Eropah, China, melayu, india, kesemuanya cucu cicit nabi Adam a.s. huhu...

    ReplyDelete
  17. Indonesia Malaisia bisa saja bersatu, kalo toh sampai sekarang masih tegang hanya karena ulah segelintir manusia. dan fakta membuktikan malaisia yang sering mendahului. bahkan pemerintahnya juga sering mengganggu dengan sengaja menggeser batas negara di perbatasan di pulau kalimantan. Belum lagi budaya yang sering di klaim asli malaisia. Diperparah lagi dengan ulah aparat polisi diraja dan perlakuan terhadap tenaga kerja. semua fakta malaisia yang memulai gara gara

    ReplyDelete
  18. Penulis kok berani mengatakan kedatangan Raffles [ inggris] di asia tenggara memecah belah persatuan bangsa melayu. memangnya siapa malaisia? selama ini kan berlindung dibawah ketiak inggris.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan Mala-Ur Jambi berasal dari KERAJAAN KEDAH TUA/KEDAH JAMBI bukti pada penemuan TAPAK ARKEOLOGI SUNGAI BATU, lari ke Jambi akibat diserang kerajaan buddha...kemudian setelah lama datang semula menyerang bertujuan merampas semula KEDAH TUA dari kerajaan buddha...sila rujuk 'Kerajaan Kedah Jambi'. Kerajaan Mala-Ur Kandis (Kuantan Sengigi) pula berasal dari KERAJAAN MALA-UR PAHANG TUA. Kerajaan awal Bangsa Mala berada di Tanah Besar yang menghubungkan India dan Indocina, berpusat di KEDAH TUA dan LANGKASUKA, manakala Kerajaan Jawa beasal dari KERAJAAN HINDU BUDHHA JAWAKA...dan kekal dengan budaya sesat Hindu buddha hingga ke hari ini walau telah menerima Islam seperti dlm Tarian Jawa, Manahora, Wayang Kulit, Kuda Lumping dsb, begitu juga dengan nama nama hina dan kotor pengaruh hindu buddha yang tidak langsung melambangkan ciri Islam seperti KARNO, KARTO, TOLO, TINI, DEWI, SAMBARONO dsb.

      Delete
    2. bangsa jawa mempunyai ajaran kejawen tentang budi pekerti luhur, akhlak yang mulia, tidak saling menfitnah, merendahkan, walau sekarang ini telah banyak fitnah dari penjajah eropa bahwa ajaran kejawen adalah penyembah batu pohon dan akhir akhir ini dari ajaran wahabi saudi arabia yang mengkafirkan ajaran kejawen , wahai saudara seiman dan serumpun sesungguhnya ajaran kejawen adalah ajaran monotheisme yang sudah mengenal ketuhanan yang maha esa jauh sebelum ada ajaran hindhu budha, yang disebut sangkan paraning dumadi, ajaran luhur yang berbudipekerti dan berakhlak, inti sari ajaran yang didalam islam disebut Makrifat, mengenal tuhannya didalam hati dengan tirakat puasa melawan hawa nafsu duniawi, bukan seperti yang di arab saudi sekarang ini, islam hanya dijadikan kedok untuk memperkaya keluarga kerajaan, berfoya foya, lihatlah sejarah bahwa kerajaan saudi dengan raja raja dan pangeranya yang bergaya hedonisme apakah mencerminkan nilai nilai islam? mereka bisa berdiri berkat bantuan inggris yang sebetulnya keluarga saud adalah berasal dari suku baduy yang sejak zaman rosullullah memang yang paling kasar. bodoh dan suka menghina nabi yang berasal dari suku quraisy (bangsawan arab) , marilah kita pererat persatuan sesama bangsa serumpun, memang di indonesia sekarang sedang berperang melawan korupsi yang memang telah di setting oleh amerika, seperti penguasaan freeport tidak terlepas dari CIA , semoga Allah memaafkan bangsa Indonesia dengan memunculkan pemimpin yang amanah seperti sifat rosul, wahai saudara apakah kalian tidak sadar apabila bangsa indonesia mempunyai pemimpin yang amanah maka kebangkitan bangsa melayu tinggal menunggu waktu, seperti yang telah dijanjikan oleh rosullullah sendiri bahwa bangsa arab akan digantikan oleh bangsa yang berasal dari arah timur yang mempunyai akhlak lebih muliam berbudi pekerti luhur bukan bangsa yang kasar, amin

      Delete
  19. negara nusantara di bawah naugan pemerintahan NEGERA ISLAM NUSANTARA INDONESIA.sebentar lagi berdiri amin

    ReplyDelete
  20. pasukan panji hitam dari timur.sedang tekun berlatih beladiri dan mereka mempunyai kekuatan ghoib yg telah di redhoi ALLAH untuk kebaikan membela yg benar.jika ada sebuah gunung yg menghalangi jalan mereka tentu lah gunung itu hancur dgn perbutan mereka.sungguh sangat dahsat kekuatan mereka.karna ALLAH meridhoi tindakan mereka.SEMOGA

    ReplyDelete
  21. Ass..jayalah nusantara dengan panji panji Islam dengan semangat kebhinekaan Tunggal ika, lindungi minoritas, hormati mayoritas, janganlah Indonesia dan Malaysia bertengkar dikarenakan perbedaan penjajah Indonesia-Belanda , Malaysia-Inggris. ayo berpikir dewasalah dengan konsep visioner, jangan berpikir jahiliyah demi kejayaan Islam nusantara seperti yang diramalakan bahwa kejayaan Islam akan dimulai kembali dari bangsa yang berasal dari Timur (Bangsa Jawi) bangsa yang hilang yang mempunyai kebudayaan dan kebudayaan yang sangat tinggi dan pernah menjadi bangsa yang besar didunia (Atlantis) yang sangat kaya akan emas, perak yang gemah ripah lohjinawi berkat rahmat Tuhan Yang Maha Esa . Ayo bangsaku sadar sadarlah....umat Islam dunia menunggumu...AlahuAkbar...

    ReplyDelete
  22. sebenar ny kita x yah risau pasal ni..xyah nk kecoh sngt..kerana segala yg telah ditakdir kn oalh yang Maha Kuasa pasti akan berlaku..manusia hanya hamba..

    ReplyDelete
  23. mengenai Keturah,tiadak dapat dipastikan samaada keterunannya itu bani jawi atau bangsa seperti China ,Monnggol,Jepun ataupun Korea.Ada satu hadith Nabi SAW yg menerangkan akan tiba satu masa dimana kamu(orang arab)akan diserang oleh satu bangsa dari timur.Mereka itu adalah dari bani Qanturah. Adakah Keturah sama dengan Qanturah didalam hadith tersebut?

    ReplyDelete
  24. Kerajaan awal Bangsa Mala menganut AJARAN IBRAHIM kemudiannya dikenali sebagai BRAHMA/BRAHMIN/BARAHAMANA dsb. Ajaran yang mengesakan Maha Pencipta, mengamalkan Ibadah Korban sempena gantian korban Ismail, tidak menyembah patung maupun berhala. Disebarkan oleh Raja Agung Iskandar Zulkarnaen melalui Jalan Sutera di Selatan India dan Campa sebelum ke Kedah Tua dan Kerajaan Kembarnya Kedah Jambi serata Langkasuka juga Gangga Negara, kecuali Kerajaan Jawaka yang menerima hindu, kemudiannya buddha dan bila tiba di Jawa menerima pula gabungan hindu buddha. Kerajaan Awal Bangsa Mala dipanggil MALA-UR ( Ur adalah nama tempat kelahiran Raja Agung Iskandar Zulkarnaen dibawah Kerajaan Cheldina di zaman Nabi Allah Ibrahim ( tidak ada langsung kaitannya dengan nama Keturah yang tidak disebut dalam Al Quran kecuali Hadith). Bahasa, tulisan dan budaya Mala-Ur ketika itu adalah gabungan Bahasa Austronesia, Sanskrit, Ibrani dan Hebrew, menggunakan Tulisan Pallava yang mempunyai pengaruh Hebrew, Ibrani dan Sanskrit dan mengamalkan budaya campuran Campa, Selatan India ( bukan budaya hindu), Ibrani, Hebrew dan Tempatan. Manakala senibina diwaktu itu mempunyai pengaruh Yamen, Mediteranean dan Indocina, seperti yang terdapat pada Kolam Santai di Raja yang bersambung dengan Kolam mandian, Gelanggang di Raja atau Dewan Permainan yang bertangga-tangga, Balai Rong Seri, Gazebo di Raja, Istana Hinggap dan Istana Utama yang 100% DISALAH TAFSIRKAN OLEH SEMUA MANUSIA BUTA, RABUN, PEKAK dan TULI sebagai CANDI HINDU dan BUDDHA.

    ReplyDelete
  25. Kerajaan Awal Bangsa Mala-Ur sama sekali bukan beragama hindu maupun buddha. Perhatikan saja pada penemuan senibina Takungan Air di Raja, Kolam Santai dan Mandian di Raja, Gelanggang Permainan di Raja, Singgah Sana, Balai Rong Seri, Kesan Tapak Istana Hinggap, Gazebo, Istana Utama yang terdapat di Tapak Arkeologi Lembah Bujang yang ditfsirkan oleh Pengkaji Kurang Akal...Kurang Siuman dan pakar arkeologi terencat akal sebagai CANDI HINDU dan BUDDHA!!! SANGAP! BENGAP! BAHLUL ke apa???

    ReplyDelete
  26. Tahukah Janda bangsa Korea Dan jepun berasal dari keturunan orang asli semang Dan Senoi dia malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xtahu pun ? ade bukti x? nk tgk la

      Delete
  27. apa yang terjadi kan tetap trjadi

    ReplyDelete
  28. soalnya, indonesia sama malaysia harus bersatu, barulah kita melayu islam kuat..

    ReplyDelete
  29. Apapun agama kita apapun kepercayaan kita marilah saling berbudi pekerti baik jangan saling berdebat yang tak perlu.jangan saling berperang.kita semua sedarah.biarkan saja pengadu2 menggonggong kita tetap saudara.mari pertahankan nusantara ini jangan sampai kita berpisah belah spti dahulu lagi.walaupun kita tau pemerintah kita sekongkol dengan musuh kita.tp jangan kawatir kita semua bangsa yang kaya

    ReplyDelete
  30. Wujudkan kembali bangsa jawi seluruh nusantara nescaya melayu2 serantau itu kan bersatu..

    ReplyDelete
  31. Berhentilah Dari mencari jalan sengketa sesama bangsa Kita ini Yang hanya merugikan. Sudah sudah lah menuding sesama Kita tentang kejahatan keturunan yakjuj makjuj( para penjajah) Yang memang bertujuan memporak perandakan bangsa Mala-ur@ jawi@ nusantara Dan sebagainya sebagainya usaha untuk menidakkan ketentuan Allah azzawajalla iaitu jahanam nya Yahudi nti Oleh tangan Panji2 Hitam Yang datang Dari Timur. Mencari asal usual tidak Salah malah wajib, belajar tentang sejarah nenek moyang adalah sangat perlu supaya Kita belajar tentang semuanya iaitu tentang kelemahan Dan kekuatan, kelebihan Dan kekurangan. Janganlah dianggap merugikan akibat dek sifat malas atau kononnya membuang masa. Sedang musuh Kita berhempas Pulaski berusaha bersungguh2 mrngenal musuh mereka yakni orang2 Islam beratus tahun lamanya malah beribu tahun lamanya demi memastikan servival fahaman sesat mereka.
    Justeru ayuh, ketepikan semua kesempadanan dgn berusaha member in pengehtahuan kpd saudara2 Kita yg Masih buta sejarah yg sebenar dgn meyakinkan nereka sambil didokong Oleh ahlul bait yg dijanjikan sendiri Oleh Pencipta kita keberkatan sehinhgga ke Hari kiamat.

    ReplyDelete
  32. Ya, sudah saatnya Indonesia, Malaysia, Brunei, fatani, Filipina, dan seluruh bangsa jawi bersatu, dan membentuk kesatuan. Aamiin

    ReplyDelete
  33. Kesatuan negeri jawi nusantara

    ReplyDelete
  34. Wahai saudaraku di malaysia juga di indonesia.. Bersatulah atas dasar kita serumpun juga se-akidah.
    bangsa dan kesatuan kita telah dipecahkan dan diadu domba oleh kafir laknatullah, belanda, british, siam lama, portugis. Dan terus berpecah hingga kini. Renungilah maksud ayat dibawah.

    Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
    (Al-Hujuraat 49:10)

    DALAM hadits, Rasulillah Muhammad banyak menyampaikan/memberikan perumpamaan. Semua Perumpamaan itu dimaksudkan sebagai pelajaran bagi orang-orang yang berakal.

    1. Bagaikan Pohon :

    مَثَلُ الْمُؤْمِنِ كَمَثَلِ الزَّرْعِ لَا تَزَالُ الرِّيحُ تُفِيئُهُ، وَلَا يَزَالُ الْمُؤْمِنُ يُصِيبُهُ الْبَلَاء

    “Perumpamaan seorang mukmin seperti tanaman, angin menerpanya ke kiri dan ke kanan. Seorang mukmin senantiasa mengalami cobaan. Sedangka perumpamaan orang munafik seperti pohon yang kuat tidak pernah digoyangkan angina sampai ia ditebang.” (al-Hadits)

    2. Bagaikan Bangunan

    الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا

    “Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, sebagian menguatkan sebagian yang lain.” [Shahih Muslim No.4684]

    3. Bagaikan Tubuh

    مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ، وَتَعَاطُفِهِمْ، وَتَرَاحُمِهِمْ، مَثَلُ الْجَسَدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

    “Perumpamaan kaum mukmin dalam sikap saling mencintai, mengasihi dan menyayangi, seumpama tubuh, jika satu anggota tubuh sakit, maka anggota tubuh yang lain akan susah tidur atau merasakan demam.” [HR. Muslim]

    4. Bagaikan Cermin

    الْمُؤْمِنُ مِرَآةُ أَخِيْهِ، إِذَا رَأَى فِيْهِ عَيْباً أَصْلَحَهُ

    “Seorang mukmin adalah cermin bagi saudaranya. Jika dia melihat suatu aib pada diri saudaranya, maka dia memperbaikinya.” [sanadnya Hasan]

    5. Bagaikan Lebah

    مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ مَثَلُ النِّحْلَةِ ، إِنْ أَكَلَتْ أَكَلَتْ طَيِّبًا ، وَإِنْ وَضَعَتْ وَضَعَتْ طَيِّبًا ، وَإِنْ وَقَعَتْ عَلَى عُودِ شَجَرٍ لَمْ تَكْسِرْهُ

    “Perumpamaan seorang Mukmin seperti lebah, apabila ia makan maka ia akan memakan suatu yang baik. Dan jika ia mengeluarkan sesuatu, ia pun akan mengeluarkan sesuatu yang baik. Dan jika ia hinggap pada sebuah dahan untuk menghisap madu ia tidak mematahkannya.” (HR. Al-Baihaqi]

    6. Bagaikan Pohon Kurma

    مَثَلُ الْمُؤْمِنِ مَثَلُ النَّخْلَةِ , مَا أَخَذْتَ مِنْهَا مِنْ شَيْءٍ نَفَعَكَ.
    Artinya: ” Perumpamaan seorang mukmin itu seperti pohon kurma, apapun yang engkau ambil darinya pasti bermampaat bagimu.” (HR: Thobrani)

    7. Bagaikan Emas

    مَثَلَ الْمُؤْمِنِ مَثَلَ سَبِيْلَةِ الذَّهَبِ إِنَّ نَفَخَتْ عَلَيْهَا اَحَمَرَتْ وَإِنَّ وَزَنَتْ لَمْ تَنْقُصْ.

    Artinya: “Perumpamaan seorang mukimin seperti lempengan emas, kalau engkau meniupkan (api) diatasnya ia menjadi merah, kalau engkau menimbangnya, tidaklah berkurang.” (HR. Baihaqi)

    ReplyDelete