Pages

Sunday, October 16, 2011

Rahsia Tersembunyi Yang Amat Digeruni Yahudi


Malaysia diambang kemusnahan. Mungkin ada yang marah atau tertawa atau tersenyum sinis mendengar ungkapan ini. Untuk sementara waktu, lupakanlah sangkaan dan jauhilah permasalahan politik kerana ia lebih jauh dan rumit dari sangkaan itu.

Sukar untuk menelah apa sebenarnya yang bakal berlaku. Namun angin bertiup menjadi semakin kencang dan panas di negara hutan hujan tropika ini. Malaysia terselamat dari bencana alam yang dahsyat. Tiada gunung berapi ataupun lingkaran gempa bumi. Namun, bencana lain yang bakal melanda. Malah ia lebih bersifat kemusnahan "kemanusiaan". Bencana yang akan mengalirkan air mata berbaur darah. Sukar dimengerti sehinggalah ia benar-benar terjadi kelak. Bangsa yang hidup harmoni dan diperakui sebagai bangsa yang paling lembut bertoleransi ini bakal diregut dengan ganas atas kerakusan pengikut Dajjal. Malangnya ia didalangi oleh pengkhianat dari bangsa ini juga.

Kita toleh ke arah negara Arab seketika untuk cuba memahami situasi tersebut. Arab didorong untuk berbunuhan sesama sendiri, begitu juga Melayu akan dihasut untuk berbunuhan sesama Melayu. Fakta terbaik, kita boleh renungkan peristiwa Libya. Kesudahannya hampir pasti. Apa perasaan anda? Mungkin ada yang tidak pernah ambil peduli kerana ia masalah negara Arab. Ada sedikit yang rasa gembira kerana tumbangnya seorang pemimpin zalim (adakah benar?). Pendokong sekular bersorak kerana demokrasi sekular bakal menerajui Libya. Ada pula telah melupakannya atau menganggap ia hanyalah krisis biasa. Namun saya mengajak semua memikirkannya kembali sebagai iktibar.

LIBYA SEBENAR bukanlah seperti yang dilaporkan oleh media. Tangan Hitam telah menjadikan Gaddafi sebagai sasaran melalui perancangan yang cukup rapi. Membangunkan emosi orang Arab untuk membenci pemimpin mereka. Media antara bangsa dikerah untuk membuat liputan berat sebelah. Seluruh negara Arab bergolak (digolakkan) untuk memudahkan penipuan atau menyembunyikan "Hakikat Sebenar" matlamat mereka dari diketahui dunia.   Perencanaan mereka untuk menghapus dua lagi musuh yang sangat menyusahkan mereka. Pemimpin Libya dan Syria. Musuh pertama telah pun dikuburkan iaitu Saddam Hussein.

Sila lihat pendedahan dari penulis Barat mengenai Gaddafi: Muammar Gaddafi - The Truth!

Untuk mengelabui mata dunia, perancangan ini tidak menjurus terus kepada Libya dan Syria sebaliknya mengucar kacirkan beberapa negara lain terlebih dahulu termasuk juga kerajaan beraja. Ia sengaja diatur supaya kelihatan seperti gerakan revolusi rakyat menuntut kebebasan. Namun tindakan terhadap negara selain dari Libya dan Syria kelihatan amatlah berbeza. Kerajaan beraja Arab telah diselamatkan melalui beberapa kaedah yang pelik diterajui oleh kerajaan Wahhabiah Saud Arabia.

Setelah Tunisia, kekacauan meletus di Mesir pula. Semua ini adalah gimik dan Hosni Mubarak dijadikan "kambing Hitam" untuk menutup niat mereka sebenar. Tak perlu NATO atau boss mereka USA membuat serangan tentera menjatuhkan Hosni Mubarak. Cukup dengan peranan beberapa proksi sahaja.

Dalam waktu yang sama rakyat Libya dihasut melalui sentimen dan keghairahan untuk menukar kerajaan. Peristiwa di Mesir dijadikan contoh dan ikutan. Mereka dipacu oleh agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD meniupkan sentimen anti pemerintah.

Kaedah yang digunakan seiras dengan apa yang telah digariskan dalam protokol zionis dan perancangan rahsia Illuminati. Malangnya rakyat Libya telah dikeliru malah begitu mudah dihasut melalui pelbagai maklumat palsu yang dibangunkan secara sistematik supaya membenci Gaddafi. Peranan Facebook dan media alternatif dipergunakan secara maksimum sebagai alat propaganda terbaik bagi menutup suara kerajaan. Media lain telah dilabel sebagai alat kerajaan dan hanya memuatkan berita yang memihak pemerintah atau alat propaganda pemerintah. Rakyat Libya disaran supaya mengabaikannya. Hal yang sama sedang menular di negara ini.

Senjata utama siri kejatuhan negara Islam ini ialah "PEMBOHONGAN". Pembohongan bermaksud "Dusta" itu adalah gelaran yang senonim dengan Dajjal Laknatullah. Fitnahnya berpaksikan pendustaan yang hebat sehingga orang beriman pun akan hilang kewarasannya.

Apabila terpengaruh dengan janji manis untuk hidup bebas (tanpa had) seperti masyarakat Barat, Demokrasi dimomokkan sebagai sesuatu yang amat indah, untuk itu rakyat Libya sanggup mengorbankan segalanya.

Seperti mana Iraq. Barat membina helah, membantu mempercepatkan kemusnahan dengan pelbagai sekatan dan ugutan. Bertujuan untuk melemahkan Gaddafi. Akibatnya rakyat menjadi mangsa. Hidup menderita dan mengalami kesusahan. Pada waktu ini terhamburlah janji "Gunung Roti" bakal dinikamati dan ia ditawarkan sebagai ganjaran jika membuang pemerintah sedia ada. Ingatlah mereka mencipta masalah diikuti tawaran penyelesaian. Bagi sesiapa yang sudah memahami perancangan zionis " The Protocols of the Elders of Zion"  perkara ini bukanlan sesuatu yang ganjil.

Itulah keadaan sebenar yang berlaku yang tidak disedari oleh kebanyakan orang. Nasib yang sama bakal dilalui oleh semua negara Islam. Tidak terkecuali Malaysia dan Indonesia. Dajjal tidak akan membenarkan Islam dan segala sistemnya diketengahkan. Para pemimpin negara Islam yang degil haruslah bersedia untuk mati atau hidup dalam penjara kerana dunia kini milik Dajjal.

(Muammar Gaddafi bersama Presiden Mahmoud Abbas didalam khemahnya)

Siapa Gaddafi sebenarnya?

Keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas. Usahanya hampir berjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.

Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.

Terima kasih diucapkan kepada sdr Zulkifli kerana membongkar rahsia yang terpendam ini untuk dihayati oleh pembaca yang tidak mengetahui atau telah dipesona oleh dusta tajaan Dajjal. Saya petik tulisan Zulkifli Nordin dari blognya.


Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik.

kredit untuk
Zulkifli Bin Noordin


Catatan tambahan:

Kolonel Muammar Muhammad al-Gaddafi[1] (Arab: مُعَمَّر القَذَّافِي‎ Muʿammar al-Qaḏḏāfī audio(bantuan·maklumat)) (lahir 7 Jun 1942) adalah seorang pemimpin politik dan revolusi Libya. Beliau telah menjadi Presiden Libya semenjak menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tak berdarah pada 1969 dan menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya.[2]. Tempoh pemerintahan yang kini hampir mencecah 42 tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.[3]

Ideologi Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam Buku Hijau. Buku ini disebar ke seluruh dunia secara percuma. Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina. Enam hari selepas Amerika berjaya menangkap Saddam Hussein , Gaddafi berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD. Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS, Condoleezza Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik AS-Libya.

Pada awal Februari 2011, bantahan politik besar, yang didorong bantahan di TunisiaMesir dan bahagian lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan dengan cepat bertukar menjadi perang saudara. Gaddafi berikrar "mati syahid" jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar, menyatakan yang mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak mati.[4][5][6] Pada 17 Mei 2011 Mahkamah Jenayah Antarabangsamengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab jenayah terhadap kemanusiaan;[7] pada 27 Jun, pernohonan ini diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknya Saif al-Islam.[8][9]

Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri.


Kehidupan awal

Gaddafi adalah anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang di Oasis Hun,Sirte. Beliau keturunan suku Arab Badwi [Berber]] , Qadhadhfa. Datuknya, Abdessalam Bouminyar dikatakan mati syahid ketika menentang penjajahan Itali ke atas Libya di Khoms pada 1911.

Menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961. Gaddafi begitu kecewa apabila dunia Arab / Palestin kalah kepada Israel dalam perang 1948.

Pada akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini adalah Gamal Abdel NasserPresiden Mesir yang telah menjatuhkan kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.

Kemudian, Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.

Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan diTurki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikantahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai "Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi."

Tidak seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya sebagai putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa politik. Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal hingga ke hari ini. Gaddafi sering melaungkan Libya "diperintah oleh rakyat" .Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kekal sebagai kolonel selepas merampas kuasa manakala Jerry Rawlings, bekas Presiden Ghana, tidak memegang pangkat tentera tinggi daripada leftenan udara.

Sementara di Republik El Salvador yang diperintahkan oleh Leftenan Colonel Oscar Osorio (1950 - 1956); Leftenan Kolonel José Marísatu Lemus (1956 -1960) dan Leftenan Kolonel Julio Adalberto Rivera (1962 - 1967).

Rejim tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan Arab , nasionalisme dansosialisme berteraskan Islam. Gaddafi memanggil negara Libya sebagai negara kebajikan dengan sistem pemerintahan secara "langsung, popular demokrasi" dan lebih sesuai dikenali sebagai "Sosialisme Islam" . Libya kini membenarkan ekonomi dikawal oleh syarikat-syarikat kecil dengan kawalan minimum daripada kerajaan.

Gaddafi juga memmperkenalkan sistem moral Islam yang melarang minuman alkohol dan berjudidi kalangan rakyatnya. Falsafah politik beliau direncakan dalam sebuah buku rasmi Libya yang dinamakan 'Buku Hijau'. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979.

Bagaimanapun, dalam praktik pemerintahan , sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan kekangan dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan antarabangsa.

Jawatankuasa Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh. Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara. Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh di Itali.

__________________ 

Tidak mustahil rakyat Libya akan menderita sebagaimana nasib saudara mereka di Iraq. Itulah kebebasan dan  keindahan demokrasi yang diidam oleh rakyat Libya. Mereka tidak belajar dari peristiwa Saddam Hussein dahulu malah bersedia dibutakan mata hanya dengan khayalan umpama filem Hollywood. Segala hasil negara bakal dipunggah keluar dan rakyat Libya dipaksa membayar kos perang NATO. Bahagiakah mereka? Kesah ini umpama hikayat Melayu, "Lebai Malang".

Demokrasi adalah Syaitan paling kejam yang nyata memanipulasi manusia di akhir zaman ini. Mampukah kita lari dari syaitan ini? Paling jauh kita hanya mampu berusaha agar syaitan ini tidak mudah membinasakan saki baki iman yang ada. Itu pun jika kita rasakan berada dikelompok manusia beriman. Untuk itu patuhilah saranan Rasulullah SAW mendindingi diri dari fitnah Dajjal. Dinasihatkan agar menghafal dan sering amalkan 10 ayat surah al Kahfi tanpa jemu. Kita akan diperlihatkan KafFaRa di "dahi" Dajjal ini. InsyaAllah.

Kita bernasib baik kerana kita diantara mangsa mereka yang terakhir, bukan yang terawal seperti Asia Tengah dan Asia Barat. Mungkin sememangnya Allah merencanakan begitu agar kita dapat bersedia sebelum terlambat. Pastinya doa para Aulia diperkenankan Allah SWT. Bersyukurlah. Segala kemelut politik dan sosial yang berlaku mutakhir ini sepatutnya segera mematangkan kita bukan sebaliknya.

Memandangkan kita sekian lama merangkul demokrasi sekular, halacara menjatuhkan pemerintahan sedia ada menjadi sedikit sukar. Namun melalui proksi mereka yang berjiwa kental dan liat, mereka masih berpeluang mengucar kacirkan negara ini. Walaupun starategi terpaksa diubah dan disesuaikan dengan keadaan, perancangan untuk menjatuhkan pemerintah Islam tetap akan dilaksana terutama yang melaksana sistem yang berbeza dengan apa yang mereka sarankan.

Malaysia juga diantara negara yang cuba popularkan "Dinar Emas" satu masa dahulu tetapi menenggelamkan hasrat tersebut setelah dapat menghidu bencana yang bakal dihadapi. Harus diingat, selain Malaysia negara yang cuba bangunkan projek "Dinar Emas" ini ialah Iraq dan Libya. Iraq dan Libya telah dihanguskan dan projek tersebut telah ditamatkan. Tidak mustahil pula Iraq dan Libya mempunyai rezab bijih emas di bawah perutbumi padang pasir yang luas itu. Sebab itu mereka berani menyuarakannya.


 



Apa yang berlaku kini, dinar dan dirham dikeluarkan di Malaysia hanya sebagai jualan "koleksi" bukan sebagai matawang rasmi. Ia tidak menggugat sistem kewangan antarabangsa. Zionis tetap mencurgainya dan bimbang Malaysia mengambil langkah drastik mengisytiharkan untuk menggantikan wang kertas satu masa nanti. Mereka tahu Malaysia antara negara yang berani membuat pilihan sendiri mengawal sistem kewangannya dan berupaya mengenepikan pandangan pakar IMF.

Rekod mengenai hasrat kerajaan Malaysia mahu menggunakan "Dinar Emas" sebagai forex atau tukaran perdagangan antarabangsa disatu masa dahulu masih tersimpan kemas dalam diari Illuminati dan zion, mereka masih tidak percaya Malaysia telah melupakan hasrat tersebut. Itulah mimpi ngeri bagi Illuminati yang sekian lama telah menipu dunia melalui terbitan "wang kertas" yang bersandarkan hutang (debt/riba) itu. Syarikat yang mencetak wang kertas ini juga milik mereka dan proksi mereka.

Untuk menghilangkan terus kemungkinan ini, pemerintah sekarang harus diganti dengan proksi mereka. Siapakah proksi mereka? Akan didedahkah sedikit waktu lagi bila masa mengizinkan. Mungkin bukan dalam blog ini kerana komputer peribadi saya sudah diintip dan perhubungan internet pula sering terganggu.

Jika rakyat negara ini masih siuman, ingatlah bahawa fitnah Dajjal itu amat menyesatkan dan mustahil umat yang kurang imannya dapat melepaskan diri. Setelah tumbangnya Syria (pembesaran Israel), Malaysia akan jadi medan baru jika Indonesia dapat ditawan secara aman. Dalam pada itu jika pembaca meyakini kemungkinan ini bukan sekadar hipotesis, adalah dinasihatkan supaya segera mengumpul "dinar/dirham (emas dan perak) Malaysia" sekadar yang terdaya. Kerajaan negeri Kelantan juga telah mengeluarkannya. Secara tidak langsung ini menunjukkan kerajaan Kelantan juga telah mengetahui kemungkinan apa yang bakal terjadi atau mungkin hanya bertujuan menghidupkan kembali tradisi Kelantan sebelum dijajah British.



Kemerosotan nilai wang kertas akan menjadi semakin tenat sekiranya kesatuan negara Eropah gagal mengekang kejatuhan ekonomi negara anggotanya. Ditokok pula semakin lemah kepercayaan dunia terhadap kestabilan USD. Ringgit Malaysia juga tidak akan dapat melepaskan diri dari ikut tersungkur sama. Buat waktu ini, USA masih berupaya melindungi kejatuhan nilai dollarnya, tidaklah diketahui berapa lama lagi ia dapat bertahan. Mungkin setahun, dua tahun atau lima tahun sahaja lagi. Keadaannya dilapurkan sangat tenat.

Emas akan menpunyai nilai yang berkali-kali ganda dari nilainya sekarang bilamana nilar ringgit merosot kelak kerana ringgit juga masih berdiri atas nisbah tukaran antarabangsa yang dikuasai IMF. Semua wang kertas dunia bersandar kepada bon dan "debt" atau nama asalnya ialah RIBA. Inilah perusahaan Illuminati (anggota Dajjal) selama ini. Mereka mengumpul emas sebaliknya memaksa dunia menggunakan wang RIBA.

Tanah Melayu pernah digelar Semenanjung Emas. Pastinya emas menjadi nadi ekonomi  penduduk purba Semenanjung Tanah Melayu. Sejarah ini telah berjaya ditutup rapat oleh British dan sejarah orang Melayu hanya bermula dari kewujudan Kesultanan Melaka..

Walaupun beratus tahun menjajah Tanah Melayu,  namun atas kehendak Allah mereka masih gagal menemui simpanan emas kecuali simpanan terhad di Pahang. Pelbagai ekpedisi dilakukan hingga ke seluruh hutan rimba banjaran Titiwangsa. Di mana tempat tinggi mereka mendirikan penempatan dengan alasan sebagai kawasan rehat. Mereka tetap gagal mengesan simpanan emas di perut bumi Tanah Melayu ini. Apa yang diizinkan Allah untuk mereka hanyalah bijeh timah.

Tumpuan mereka hanya untuk menjajah Tanah Melayu dan bersedia pula melepaskan negeri Fathani kepada penguasaan Siam melalui satu triti. Tentu ada sebabnya. Dapatkah dibayangkan apa akan berlaku sekiranya mereka menemui simpanan emas yang banyak di sini? Keadaannya tentu sekali berbeza dari apa yang wujud sekarang.

Simpanan rezab emas "mentah" Tanah Melayu memang banyak, Illuminati dan talibarutnya telah lama mengetahuinya. Melalui kecanggihan teknologi yang mereka miliki, dalam diam mereka telah mengkaji, mengesan dan memantau secara rahsia kedudukan dan nilai rezab tersebut.

Kerajaan sekarang juga sudah lama mengetahuinya (sebab itu PM terdahulu pernah membayangkan penggunaan dinar emas sebagai sandaran perdagangan menggantikan USD). Menjadi tanggung jawab kerajaan untuk merahsiakannya dari pengetahuan umum demi keselamatan negara atas nasihat pakar strategik.

Sebab itu mereka (zion) akan cuba sedaya untuk menghalang kerajaan sekarang dari terus memerintah. Walaupun pemerintah negara ini tidaklah sebaik sepertimana yang semua orang diharapkan, namun sehingga kini mereka masih berupaya melepaskan diri dari perangkap Yahudi (zion/illuminati).

Allah masih belum izinkan mereka menjatuhkan pemerintah yang ada . Andai sebaliknya berlaku, proksi mereka akan mengambil alih pemerintahan dan dengan mudah semua rezab ini diangkut ke Jurussalem secara rahsia. Masa untuk mereka semakin suntuk. Usaha mereka selama ini masih belum menampakkan hasil. Kini dengan bantuan Jesuit (cawangan gerakan sulit zionis), mereka berharap keadaan akan berubah dan memihak kepada mereka. Sebagai makluman, Jesuit telah hampir berjaya menawan Indonesia melalui gerakan para proksinya. Gerakan Islam di sana semakin lemah dicemari LIBRALISMA kecuali Acheh.

Walau bagaimanapun, hanya Allah yang tahu untuk siapa rezab ini disimpan begitu lama. Perancangan Allah melangkaui tipudaya makhluk. Hakikatnya segala rahsia adalah "hak Mutlak" Allah Subhana Wa Taala. Wallahu A'lam.


-ABATASA-

Sebagai tambahan maklumat:

Muammar Gaddafi telah diliwat (pada duburnya) dengan pisau sebelum dibunuh. Siapakah yang mengajar manusia Arab (Islam) memperlakukan perkara sebegitu zalim kepada musuhnya?


Gaddafi sodomized with a knife before lynched from "peaceful & democracy friendly" rebel fighters


Thumbnail0:17
The following content has been identified by the YouTube community as being potentially offensive or inappropriate. Viewer discretion is advised.












Berita ini amat memalukan seluruh Umat Islam yang sepatutnya mempunyai pekerti yang terbaik sesuai dengan ajaran agama. Setelah belajar dan bersekongkol dengan Iblis, mereka sanggup lakukan apa sahaja walaupun menjatuhkan maruah bangsa dan agama. Harap perkara sebegini tidak berlaku di negara kita. Ada diantara kita yang menganggap kekacauan di Asia Barat dan Utara Afrika sebagai "kebangkitan Islam" dan ada pula yang menggunakan selogan  "revolusi palsu Arab" sebagai satu momentum menjatuhkan pemerintah Malaysia.

Beginilah bentuk DEMOKRASI yang diperjuangkan oleh pemberontak Libya. Kebebasan tiada had. Siapa yang lebih zalim antara Gaddafi dan musuhnya?, anda sendiri dapat memberi jawapan. Semoga ia memberi kesedaran kepasa bangsa kita agar berwaspada terhadap permainan musuh yang tersembunyi.

Wednesday, October 12, 2011

22 OKTOBER 2011



Himpunan Keramat Sejuta Umat
dan TITIK MULA Siri Jelajah Malaysia

Demi Allah dan RasulNya. Lupakan pebezaan kerana Allah. Hapuskan maksiat paling terkutuk - MURTAD. Harapkanlah ganjaran dari Allah Subhana wa Taala dan bukannya keinginan nafsu, dendam dan takbur. Usah meniti arus keangkuhan kerana ia tidak memberi sebarang menfaat sama ada dunia atau akhirat.



Umat Islam yang sayangkan agamanya dan yakin Islam agama yang benar adalah wajib menyertai Perhimpunan Sejuta Umat pada 22 haribulan ini.

Lupakan sejenak perbezaan politik. Ini bukan agenda politik. Masih ramai yang sayangkan agamanya. Masih ramai mengutamakan Agama melebihi Politik. Masih ramai yang berfikiran terbuka dan melihat pemerkosaan terhadap Islam semakin menjadi-jadi. Islam kelihatan semakin longlai ditambah nilai dengan perpecahan ketara idologi partisan (penghasilan demokrasi). Musuh sentiasa mengintai peluang dan mereka semakin berani setelah percubaan pertama mengguris Islam melalui "tuntutan nama Allah" berjaya dan alkitab pula kini bebas diedarkan kepada orang Melayu. Tujuannya menarik mereka yang kabur terhadap akidah akan terpancing. 

Jika kita berjuang dijalanraya kerana inginkan kebersihan politik, bagaimana kali ini? Adakah kita akan turun bersama menuntut kebersihan akidah? Jika anda ikhlas atas La Ilaha Illallah dan Allahu Akbar. Anda wajib bangun bersama dan berjuang demi Allah dan Rasulnya. Lupakanlah UMNO kerana UMNO sememangnya telah menjadi makanan serta telah dimangsakan oleh gerombolan SEKULAR yang sentiasa lapar itu.

Bangunlah bersama generasi baru Islam yang lebih sayangkan agama dari sekelumit kuasa dan percayalah bahawa Allah akan mempertingkatkan darjat kita. Jangan ragu kerana Allah tetap bersama mereka yang berjalan atas landasan BENAR.



Masa telah tiba untuk kita kesampingkan edologi politik (acuan zionis) dan kembali kepada pokok perjuangan, kekuatan Ummah Akhir Zaman. Tenggelamkan politik kotor itu dan tidak mustahil perjuangan PAS (asal) dan UMNO (asal) yang amat ditakuti British satu masa dahulu akan dapat ditaja kembali. Paling penting Islam kembali kukuh dan dominan dalam negara pelbagai bangsa ini. Islam kembali syumul dan dikenali. Musuh (berniat jahat) akan kecut dan gementar melihat lautan manusia memberi sokongan padu kepada gerakan memperkasakan kembali Islam di Bumi Melayu tercinta ini. 

Semoga berhasil sesuatu diluar jangka atas izin Allah. Masa sudah tiba untuk Ulama menunjukkan jalan ke mana hala tuju Ummah.



Disamping itu saya tertarik dengan komen seorang pengunjung satu lamanweb:

CT.Kudin says:
Kepada penganut Kristian: Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah SWT dan ikhlas serta jujur menyeru kepada jalanNya kamu semua tidak perlu sibuk-sibuk dan bersusah payah hendak mengkristian orang Islam. Sesusungguhnya mereka sudah pun beriman kepada Allah SWT dan kepada kitab-kitabnya termasuk Torah dan Injil (Gospel) dan para nabiNya Noah, Abraham, Moses dan Yesus dan NabiNya yang terakhir Muhammad SAW. 
Sepatutnya kamu pergilah menyebarkan agama kamu kepada yang belum mengenali Allah SWT dan beriman kepada Nabi-Nabi Allah SWT dan yang Ghaib. Kamu semua sebenarnya membuang masa sahaja sekiranya hendak mempengaruhi orang Islam/Mukmin kerena di sisi Allah SWT mereka sesungguhnya sudah berada di Jalan Yang Lurus seperti yang dikehendaki oleh Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa alaihissalam. 
Sekiranya kamu boleh berjumpa dan bercakap dengan Nabi Isa, sudah tentu junjungan mulia Isa alaihissalam akan menyuruh kamu jangan membuang masa dan tenaga mempengaruhi orang Islam untuk mengikut kamu. Sesungguhnya mereka lebih terdahulu sudah memeluk dan mengamalkan agama Allah SWT lebih-lebih lagi sebagaimana yang dikehendaki olehNya menerusi Kitab dan RasulNya Muhammad SAW. 
Pergilah kamu kepada orang kominis dan golongan tidak percaya kepada kitab-kitabNya dan nabi-nabiNya kerana merekalah yang sebenarnya memerlukan pertolongan kamu semua. Kecualilah sekiranya kamu ada agenda dan kepentingan lain seperti mahu memecah belahkan perpaduan Islam Melayu yang sudah beratus dan mungkin lebih seribu tahun sudah hidup harmonis dengan alam dan Pencipta mereka, aman damai dan bersatu di bawah panji-panji Allah SWT.


Sunday, October 9, 2011

Mala Petaka untuk Malaysia bila toleransi umat Islam semakin dicabar


Raja-Raja Melayu sangat prihatin terhadap masalah perpaduan ummah di hari ini. Ummah kelihatan berada dalam babak yang begitu taksub untuk menang 'sorak' tanpa memikirkan kampung lamannya mungkin tergadai.

Raja-Raja sedang memerhatikan pendirian taksub kepimpinan politik di kalangan ummah, memilih untuk berpatah arang berkerat rotan, bergembira melihat yang kalah menjadi abu dan berpuas hati walaupun yang menang akan menjadi puntung-puntung arang; pimpinan politik di kalangan umat Islam hari ini tidak lagi menghayati semangat biduk berlalu kiambang bertaut.

Dalam suasana pimpinan politik di kalangan umat Islam tidak lagi mahu bersepakat, umat Islam perlu mempunyai platform penyatuan yang kukuh - platform penyatuan yang bebas dari politik berparti.
Satu kelainan bermula. Raja dan Sultan Melayu mula mengorak langkah menjadi penghulu kepada umat. Satu perubahan positif mendaulatkan Islam di negara ini dan ini akan membantu menghalangkan serangan brutal beberapa pihak terhadap kedudukan Islam dalam Persekutuan.

Islam dinodai oleh bukan Islam dan malangnya ia diizinkan oleh individu Islam yang berkepentingan. 

Kemelut demi kemelut melanda Malaysia, negara yang selama ini diterima dengan penuh kesedaran sebagai sebuah negara merdeka yang bertuankan bangsa Melayu, ia diterima tanpa sebarang prejudis. Selama ini juga Islam telah diterima sebagai agama negara dengan rela oleh semua warganya. Sebelum ini semuanya berlangsung dengan baik, tiada usaha menggugat kedudukannya yang telah dinobatkan dengan rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan. Akhir ini, gugatan muncul bertali arus. Islam dinodai dengan rakus. Hal ini mewujudkan kecelaruan yang sungguh menyedihkan.

Tidak dinafikan kemelut ini bakal semarak menjadi krisis. Islam dirobek dan tidak mustahil ia bakal dinafikan terus jika ada peluang dan Melayu pula akan disama ratakan dengan bangsa pendatang. Tiada lagi kelebihan setelah dirampas haknya. Sedikit sebanyak ia menghiris hati dan menggurus perasaan suatu bangsa yang telah banyak berkorban menyerahkan sebahagian dari haknya kepada saudara dari bumi asing.

Negara kini bakal berdepan dengan pelbagai asakan luaran dan dalaman sama ada secara terbuka mahupun sebaliknya. Kecenderungan baru semakin meningkat. Semuanya membawa kepada kehancuran. Semua ingin dicorak semula termasuk perkara-perkara yang bersabit dengan agama. Segala-galanya mahu diubah kononnya atas nama demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan, keterbukaan, liberalisme dan pluralisme.

Kemusnahan ummah kini akibat pencerobohan baru, berselindung si sebalik perjuangan dan kemodenan. Licik dan halus, berbeza ketika zaman lampau angkara pencerobohan Alfonso di Albuquerque, Stamford Raffles, Francis Light mahupun Yamashita.

Pencerobohan baru meliputi perlanggaran kalimah suci "Allah" sehinggalah kepada manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara. Siapa dalang disebalik semua ini?

Hakikatnya semua ini akan menjadikan Islam sebagai mangsa secara langsung atau tidak. Tujahan terhadap pemerintah diseret bersama kebencian terhadap bangsa dan agama pribumi. Sesuatu yang amat menyakitkan.

Ia telah pun berlaku. Persoalannya apakah yang perlu dilakukan selepas ini? Cabaran yang dihadapi oleh umat Islam bukan di dalam dewan besar, moden dan serba dingin tetapi di luar sana - seluruh pelosok tanah air. 

Cabaran umat Islam semakin kritikal. Ekonomi orang Islam yang merupakan golongan majoriti masih jauh tertinggal dibelakang, kemiskinan terus menghantui dan menyepit, perpecahan pula menjadi-jadi dan kuasa yang ada kini semakin mendekati hujung tanduk. 

Satu kongres melibatkan umat Islam dan didokong sokongan padu raja-raja Melayu telah diadakan baru-baru ini. Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, Ia sesuatu yang luar biasa yang mana belum pernah Raja dan Sultan terutama Yang Di Pertuan Agung menghadiri kongres sebegini. Ini menunjukkan bahawa sesuatu yang gawat telah melanda bangsa ini. Maka kongres itu menuntut lebih banyak gerakan susulan untuk mencetuskan gelombang kesedaran baru. Kedudukan Islam harus dipelihara sebaiknya.

Kekuatan dan perpaduan umat Islam akan melimpahkan faedah besar buat kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama. Ia telah dibuktikan selama puluhan tahun. Kedaulatan Islam adalah center of gravity dalam konteks keselamatan nasional.

Pada akhir titah, Raja Nazrin sebagai pemangku Sultan perak sebak selepas menitipkan doa. Kita turut terharu sambil mengenangkan kian banyak pencerobohan baru, serta apa kesudahan nasib umat Islam di tanah air ini nanti.


"... Peruntukan 'Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai' bermakna Islam adalah agama utama di antara agama-agama lain yang dianuti di negara ini. Islam bukan setaraf dengan agama lain, bukan duduk berganding bahu atau berdiri sama tegak.

''Ia duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Ini bermakna Kerajaan bertanggung jawab memelihara, menyemarak dan mengembangkan Islam seperti mana yang termampu dilakukan oleh Kerajaan sekarang, dan agama-agama lain hendaklah diatur suai dan di hala tuju ke arah yang menjamin supaya ia diamalkan dengan aman damai dan tidak menggugat kedudukan utama agama Islam...."

Setelah 54 tahun tanah air mencapai kemerdekaan, setelah 13 Raja Melayu secara bergilir bertakhta di singgah sana Ketua Utama Negara, setelah 12 kali pilihan raya umum dilangsungkan, dan setelah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan Persekutuan, pentafsiran Perlembagaan dengan perspektif yang menghormati sejarah penubuhan Malaysia, amatlah penting diperingatkan semula, malah wajib terus diperingatkan sepanjang masa.

Segala persetujuan yang telah dicapai wajib dihormati. Prinsip-prinsip asas terutama menyentuh Islam dan Melayu tidak boleh sama sekali dikompromikan.

Walau apa sekalipun alasan, walau apa muslihatnya, matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai ke peringkat menggadaikan nasib ummah di hari ini dan di hari muka.

Ummah wajib berdiri teguh - berpendirian tegas, tidak berundur ke belakang walau setapak sekalipun. Pencerobohan-pencerobohan yang dilakukan di masa lalu, hari ini perlu dibayar dengan harga tinggi oleh ummah.


Ucapan penuh Raja Nazrin pada kongres ini wajar direnung bersama bagi mentafsirkan kegawatan yang melanda umat ini sekarang.

Raja Dr. Nazrin Shah menyampaikan Titah DiRaja sempena Kongres
Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2011
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur,

SEGALA puji tertentu bagi Allah Subhanahu Wata'ala yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagi Nya (pula) segala puji di akhirat, dan Dialah saja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

Hamba-Mu ini, dengan hati yang bening - ingatan yang hening, melafazkan seikhlas tutur dari denyut nadi - menzahirkan setulus kalam dari pancaran hati, kalimah kesyukuran yang setinggi-tingginya atas anugerah rahmat dari Mu jua Ya ALLAH, mengangkatkan martabat Hamba-Mu ini untuk menyempurnakan satu tanggung jawab fardu kifayah di pagi ini.

Dengan segala kerendahan sifat - kelemahan kudrat, hamba-Mu mohon mendapat petunjuk dan panduan dari Mu jua.

Selawat dan kesejahteraan ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, semulia-mulia kejadian. Demikian juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda yang merupakan bintang-bintang penunjuk mencernakan cahaya, seterusnya ke atas sekalian para Tabiin dan para ulama yang berperanan sebagai penyuluh daripada kegelapan. Semoga memperoleh ihsan daripada Allah SWT sehingga ke hari kebangkitan.

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi' Maka dengan lafaz ini berikrarlah kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana Undang-undang dan Perlembagaan Negeri yang telah disah dan dimasyhurkan dan yang akan disah dan dimasyhurkan di masa hadapan ini.

Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri."

Demikian lafaz ikrar sumpah jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara. Status Ketua Utama Negara bukan sekadar simbol hiasan. Status Ketua Agama Negara menuntut kepada penyempurnaan tanggung jawab besar memenuhi amanah.

Terkandung lima kata kunci dalam sumpah jawatan tersebut iaitu: Undang-undang, Perlembagaan Negeri, Agama Islam, Adil dan Aman. Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia ini, dianjurkan, menyusuli ketetapan yang diperkenankan dalam Persidangan Majlis Raja-Raja.

Menjunjung titah duli-duli yang maha mulia raja-raja, patik merafak sembah junjungan kasih setinggi-tingginya atas limpah perkenan duli-duli tuanku, memberikan pengiktirafan ke atas batang tubuh patik, menyempurnakan hasrat duli-duli tuanku, untuk patik menzahirkan titah diraja atas tema 'Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah'.

Setiap yang tersurat dizahirkan dari yang tersirat. Ketetapan Majlis Raja-Raja memperkenankan kelangsungan Kongres ini, perlu direnung secara tajam, diamati secara halus dan diselami secara mendalam.

Betapa keprihatinan yang tersirat dalam ruang minda Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu tentang senario semasa negara; senario semasa negara yang harus dirangkaikan dengan lima kata kunci yang terkandung dalam sumpah jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; senario semasa negara berkaitan Islam, survival ummah dan perpaduan ummah, soal keluhuran Perlembagaan, soal kedaulatan undang-undang, soal keadilan, soal keamanan; serta lebih utama keprihatinan duli-duli yang maha mulia itu, sebagai pewaris kepada tujuh wasiat yang telah diperkenankan kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu oleh sembilan Raja Melayu pada tarikh 5 Ogos 1957, lalu memberikan perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Perlembagaan Persekutuan secara nyata menetapkan kewajipan penting Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selaku Ketua Utama Negara untuk memelihara kesucian agama Islam pada setiap masa.

Tanggung jawab penting tersebut didukung bersama oleh sembilan Raja Melayu di negeri-negeri. Tanggung jawab penting tersebut telah sekian lama diamanahkan kepada Raja-Raja Melayu dan Raja-Raja Melayu telah menyempurnakan amanah tersebut dengan memastikan kesucian Islam tidak ternoda, syiar Islam terus dikembangkan dan umat Islam dilindungi dari penyerapan fahaman lain hingga boleh dimurtadkan.

Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada negeri menggubal undang-undang untuk mempertahankan agama Islam dan penganutnya dari dipengaruhi unsur-unsur agama lain.

Islam mula berakar di negeri-negeri Tanah Melayu sejak kurun ke-14. Islam terpahat kukuh di persada sejarah negara. Islam telah tersebar di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu lebih awal dari Melaka.

Dengan pengislaman Raja Melaka dalam tahun 1409, Islam bertapak lebih kuat di alam Melayu, dijadikan agama rasmi Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1458) Kesultanan Melaka dianggap sebagai salah sebuah Kerajaan Islam yang ulung di Asia Tenggara, berperanan sebagai pusat penyebaran Islam di Nusantara.

Risalah Islam memberikan impak besar kepada jiwa dan minda masyarakat Melayu. Islam mengisi kandungan rohani, begitu serasi - begitu sebati dengan jiwa dan budaya Melayu.

Ajaran Islam diterima pakai sebagai asas yang mutlak dalam kehidupan umat Melayu di Malaysia. Islam mengubah anutan agama umat Melayu kepada satu agama wahyu yang ditanzilkan oleh Allah SWT.

Proses pengislaman di alam Melayu berlangsung dalam masa yang singkat dan merupakan tenaga terkuat yang mencorakkan kepercayaan, nilai dan sikap masyarakat.

Ajaran Islam cepat menyerap di kalangan umat Melayu kerana Islam merupakan satu keratan lapisan yang diletakkan atas sistem kepercayaan yang sedia wujud, memperlihatkan kebijaksanaan umat Melayu melakukan asimilasi, menyesuaikan sistem kepercayaan lama dengan yang baru.

Islam memberi dimensi baru kepada minda Melayu. Ia telah mencetuskan satu revolusi pemikiran di kalangan umat, berupaya menyemai nilai dan semangat keagamaan yang luhur. Islam telah merobah bukan sahaja struktur zahir masyarakat Melayu malah turut menyentuh struktur batinnya.

Berpalinglah pandangan hidup umat Melayu, gugur dari singgahsana alam seni dan mitos yang khayal, berpindah ke alam akal dan budi yang menuntut kepada gaya tertib yang lebih teratur, berjaya membina daya rasionalisme dan intelektualisme di kalangan umat, mengangkat adab dan susila serta kesedaran terhadap kemuliaan insan dan keagungan Tuhan.

Beberapa pengubahsuaian lantas berlaku dalam sistem pemerintahan dengan pengenalan identiti baru. Raja dan kerajaan diberi taraf baru, menghapuskan konsepsi lama yang menganggap Raja sebagai 'penjelmaan tuhan di bumi', status yang meletakkan Raja sama taraf dengan tuhan, beralih kepada konsepsi bahawa Raja adalah 'bayangan ALLAH di muka bumi (zillulah fi al-Ard)" . Hubungan batiniah Raja dengan para dewata ditinggalkan, di sebaliknya talian spiritual dirangkaikan dengan Allah dan Rasul serta kekudusan tokoh para aulia dan anbia.

Berdasarkan konsepsi baru ini, Raja hanya bertaraf wakil atau khalifah di bumi dengan sifat-sifat kemanusiaan. Kuasa Raja disandarkan dengan hukum kerana Raja juga tidak boleh mengingkari tuntutan syarak. Kemuliaan Raja dinilai dari sudut amal makruf Baginda menyempurnakan tanggung jawab, lantas menginsafkan Raja bahawa kuasa pemerintahan adalah satu amanah ILAHI yang sama sekali tidak boleh disalahgunakan.

Raja wajib menjunjung amanah pemerintahan dengan melaksanakan keadilan untuk kesejahteraan rakyat mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Islam dan Melayu adalah tunggak utama Tanah Melayu. Undang-undang Islam diguna pakai untuk mentadbir negeri-negeri di Tanah Melayu. Melaka telah mengkanunkan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka berdasarkan Hukum Syarak. Di Perak, Undang-Undang 99 juga digubal berdasarkan prinsip Hukum Syarak; Terengganu, Kelantan dan Kedah menyerap pengaruh Islam dalam pentadbiran masing-masing.

Selepas kejatuhan Melaka, kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Melayu meneruskan tradisi pemerintahan beraja yang kekal berpandukan undang-undang Islam sehingga munculnya penglibatan Inggeris dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu.

Inggeris telah memisahkan urusan pentadbiran negeri dengan agama Islam. Proses peralihan kepada sistem pentadbiran perundangan Inggeris telah dilakukan dari negeri ke negeri. Hal ehwal Islam ditadbirkan secara berasingan dengan penubuhan institusi-institusi khusus untuk urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Di Perak, pentadbiran Islam dipertanggungjawabkan kepada beberapa Orang Besar Negeri yang dilantik oleh Sultan. Salah seorang Orang Besar Delapan, Imam Paduka Tuan dilantik memegang jawatan Kadi.

Di pertengahan abad ke-19, terdapat gelaran-gelaran Imam Seri Raja Kota Lama Kanan, Imam Siraja Pakih Kota Lama Kiri, Imam Malaikat Amin Ketior, Imam Siraja Diraja Geronggong, Imam Seri Jidin Sayong, Imam Siraja Mahkota Bota, Imam SyakuI-Islam Pasir Salak dan Imam Siraja Dalam Istana Sultan.

Dalam abad ke-20, Majlis Orang Besar-Orang Besar dan ulama ditubuhkan untuk mengambil tanggung jawab mengurus tadbir hal ehwal Islam di Perak .

Amat ketara, urus tadbir berpaksikan Islam yang merangkumi aspek perundangan, toleransi, ekonomi dan sosial ketika itu, telah diterima sebagai cara hidup masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama di bumi ini .
Pengiktirafan tersebut selanjutnya diterjemahkan melalui kes Raman - lawan Laton, apabila Mahkamah Rayuan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu memutuskan bahawa Islam adalah 'lex loci of the land'.

Begitu ketara Inggeris mengakui hakikat bahawa Islam merupakan satu-satunya agama yang diiktiraf sebagai agama bagi negeri-negeri Tanah Melayu, berkedudukan tertinggi berbanding agama-agama lain.

Berasaskan hakikat tersebut, Hakim Abdul Hamid yang menganggotai Suruhanjaya Reid telah bersetuju dengan memorandum yang dikemukakan oleh Parti Perikatan supaya Islam dijadikan agama bagi Persekutuan Tanah Melayu.

Parti Perikatan adalah gabungan parti-parti politik yang mewakili masyarakat Melayu, masyarakat Cina dan masyarakat India, tiga kaum utama di kalangan penduduk Tanah Melayu.

Dengan pertimbangan bahawa sudah terdapat 15 negara di dunia ketika itu meletakkan agama dalam Perlembagaan mereka, Hakim Abdul Hamid mengakui bahawa Islam memiliki kedudukan istimewa di negeri-negeri Tanah Melayu dengan menyatakan:

"If in these countries a religion has been declared to be the religion of the State and that declaration has not been found to have caused hardships to anybody, no harm will ensure if such a declaration is included in the Constitution of Malaya.


''In fact in all the Constitutions of Malayan States a provision of this type already exists. All that is required is to transplant it from the State Constitution and to embed it in in the Federal".

Tradisi pengiktirafan Islam sebagai agama Negara telah diterjemahkan melalui persetujuan yang dicapai oleh kaum-kaum dan kumpulan-kumpulan agama yang menghuni Tanah Melayu untuk menerima Perkara 3(1), meletakkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan Perkara 3(2) untuk menjamin hak-hak, keistimewaan, kuasa prerogatif Raja-Raja di negeri-negeri.

Islam adalah 'Magna Carta', satu kontrak sosial yang tersirat, dan adalah komponen yang terkandung di dalam Perlembagaan, satu kontrak sosial yang tersurat di negara ini.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang diperlengkap dan diperkukuh dengan beberapa peruntukan lain, telah memartabatkan Agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan; dan hakikat akan penerusan kedaulatan Raja-Raja Melayu di Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya di kenali sebagai Malaysia.

Adalah penting untuk Perlembagaan Persekutuan ditafsirkan secara menyeluruh untuk memastikan kesemua peruntukan yang terkandung di dalamnya adalah berikat dan berkuasa.

Perkara-perkara utama mengenai Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditafsir secara harfiah.

Ia perlu ditafsirkan secara holistik, dikaitkan dengan peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan, demi memastikan, tujuan sebenar peruntukan-peruntukan tersebut tidak dimanipulasikan hingga menidakkan hak yang nyata kepada umat Islam.

Dalam kes Dato' Menteri Othman Baginda & Anor melawan Dato Ombi Syed Alwi bin Syed Idrus , Ketua Hakim Negara ketika itu, Yang Amat Arif Raja Azlan Shah memutuskan antara lain:

"In interpreting a constitution two points must be borne in mind. First, judicial precedent plays a lesser part than is normal in matters of ordinary statutory interpretation. Secondly, a constitution, being a living piece of legislation, its provision must be construed broadly and not in a pedantic way - with less rigidity and more generosity than other Acts" (see Minister of Home Affairs v Fisher (1979) 3 All ER 21)

Yang Amat Arif Raja Azlan Shah seterusnya menyatakan:

"It is in the light of this kind of ambulatory approach that we must construe our Constitution. The Federal Constitution was enacted as a result of negotiations and discussions between the British Government, the Malay Rulers and the Alliance Party relating to the terms on which independence should be granted. One of its main features is the enumeration and entrenchment of certain rights and freedoms. Embodied in these rights are the guarantee provisions of Article 71 and the first point to note is that, that right does not claim to be new. It already exists long before Merdeka, and the purpose of the entrenchment is to protect it against encroachment."


Segala yang terpahat di dalam Perlembagaan adalah dalam semangat menjunjung Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang secara tegas menetapkan antaranya, Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Tanah Simpanan Melayu diperuntuk dan dipertahankan, kedudukan istimewa Orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain dilindungi, kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah Negara kekal terjamin.

Perkara-perkara ini tidak boleh dipinda di dalam Perlembagaan semata-mata melalui suara majoriti dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat atau ahli-ahli Dewan Negara tanpa perkenan Raja-Raja.

Perkara-perkara ini tidak boleh sewenang-wenangnya dijadikan modal politik untuk kepentingan politik. Perkara-perkara tersebut adalah prinsip asas, prinsip utama yang tidak boleh sama sekali diperdagangkan.

Islam adalah agama yang memiliki benteng perlindungan dan taraf keistimewaan mutlak di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Yang Arif Hakim Mohd. Noor Abdullah dalam penghakiman kes Meor Atiqulrahman Ishak dan yang lain - lawan - Fatimah Sihi dan yang lain, telah memberikan tafsiran berikut:

"... Peruntukan 'Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai' bermakna Islam adalah agama utama di antara agama-agama lain yang dianuti di negara ini. Islam bukan setaraf dengan agama lain, bukan duduk berganding bahu atau berdiri sama tegak.

''Ia duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Ini bermakna Kerajaan bertanggung jawab memelihara, menyemarak dan mengembangkan Islam seperti mana yang termampu dilakukan oleh Kerajaan sekarang, dan agama-agama lain hendaklah diatur suai dan di hala tuju ke arah yang menjamin supaya ia diamalkan dengan aman damai dan tidak menggugat kedudukan utama agama Islam...."

Setelah 54 tahun tanah air mencapai kemerdekaan, setelah 13 Raja Melayu secara bergilir bertakhta di singgah sana Ketua Utama Negara, setelah 12 kali pilihan raya umum dilangsungkan, dan setelah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan Persekutuan, pentafsiran Perlembagaan dengan perspektif yang menghormati sejarah penubuhan Malaysia, amatlah penting diperingatkan semula, malah wajib terus diperingatkan sepanjang masa.

Segala persetujuan yang telah dicapai wajib dihormati. Prinsip-prinsip asas terutama menyentuh Islam dan Melayu tidak boleh sama sekali dikompromikan.

Walau apa sekalipun alasan, walau apa muslihatnya, matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai ke peringkat menggadaikan nasib ummah di hari ini dan di hari muka.

Ummah wajib berdiri teguh - berpendirian tegas, tidak berundur ke belakang walau setapak sekalipun. Pencerobohan-pencerobohan yang dilakukan di masa lalu, hari ini perlu dibayar dengan harga tinggi oleh ummah.

Abdullah Munsyi mencatatkan bahawa dalam adat resam Melayu, pengajian al-Quran diperkenalkan kepada anak sebelum mempelajari Bahasa Melayu; tetapi Raffles pada 1810 telah menganjurkan supaya pelajaran bahasa Melayu hendaklah diasingkan dari dasar pelajaran Al-Quran. Satu arahan yang pada hakikatnya merupakan senjata halus, memulakan pemisahan pengajian Islam dalam sistem pendidikan di kalangan ummah.

Muhammad Nejatullah Siddiqi, yang dianggap penulis paling berpengaruh di kalangan generasi pertama ahli Ekonomi Islam, menghuraikan bagaimana sistem pendidikan yang diwarisi di negara-negara Islam memisahkan pendidikan sekular dengan agama lalu menghindarkan peluang kepada umat Islam menguasai pengetahuan ekonomi.

Pelbagai muslihat yang dilakukan di masa lalu, hari ini telah menidakkan ummah kepada haknya; betapa kedaulatan Kesultanan Melayu Johor terhakis sepenuhnya dari lakaran sejarah Singapura dan betapa pula Kedaulatan Kesultanan Melayu Kedah di Pulau Pinang turut dipadam, dan betapa Melaka pada hari ini sudah tidak beraja lagi; dan betapa Hukum Kanun Melayu dihakis dari menjadi sumber undang-undang setelah diketepikan dengan penerimaanCommon Law Inggeris.

Penghakisan martabat agama Islam di bumi ini bukanlah sesuatu yang tidak mungkin terjadi atau tidak dirancang secara tersirat baik dari dalam mahupun dari luar negara. 

Jika dihalusi, usaha-usaha pencerobohan terhadap Islam bukan sahaja tampak berlaku, tetapi berlaku dalam terang lagi bersuluh. Ia mungkin bermula dengan satu jamuan - satu nyanyian, satu perkhemahan - satu lawatan; ia mungkin bermula dengan segenggam garam - setahil emas, ia mungkin bermula dengan satu kalimah - satu ceramah.

Beta pernah menzahirkan peringatan bahawa pencerobohan besar bermula dari perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari sebuah surau, atau sebuah madrasah, atau sebuah masjid atau sebuah mimbar.

Ia bermula dari satu ungkapan, satu ucapan, satu khutbah, satu tazkirah atau satu doa; ia bermula dari pencerobohan kecil dan jika dalam menghadapi pencerobohan kecil, umat Islam masih belum insaf, masih berdegil dan masih sombong mempertahankan ego, masih memilih untuk bertelagah, maka umat Islam sebenarnya telah memberikan petanda yang salah; petanda seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat Islam dan terhadap institusi Islam.

Hari ini, kemusnahan ummah dan watan tidak lagi perlu menghadapi pencerobohan dari Alfonso de Alburque atau Raffles atau Francis Light atau Yamashita atau Mac Michael.

Pencerobohan-pencerobohan baru boleh berlaku melalui manipulasi fakta sejarah, melalui perbuatan mempersendakan lagu kebangsaan, melalui penghinaan bendera negara, melalui pelanggaran menghormati kalimah suci Allah yang sekian lama eksklusif kepada umat Islam. Keangkuhan semakin berlaku - toleransi umat Islam semakin dicabar.

Ummah kelihatan semakin dilemahkan, ia mungkin berpunca dari satu kenyataan, satu ungkapan. Ia mungkin berpunca daripada satu kekaburan dasar atau satu tafsiran yang salah; ia mungkin berpunca dari perlakuan rasuah atau perbuatan pecah amanah. Walau apa puncanya, ia laksana anai-anai yang semakin membesarkan busut - yang semakin mereputkan ummah.

Umat Islam wajib menghayati semangat "Bersatu teguh, bercerai roboh". Umat Islam wajib mengambil iktibar dari peristiwa penyatuan yang dicerminkan oleh kaum lain dalam mempertahankan maruah mereka.

Dua patah perkataan yang terselit di antara ribuan perkataan dalam sebuah novel, yang dianggap menghina kaum mereka, telah menyatupadukan warga berketurunan India Malaysia untuk membantah secara habis-habisan.

Meskipun tidak ada niat penulis novel untuk menghina mana-mana kaum, tetapi atas semangat mempertahankan maruah bangsa, warga Malaysia berketurunan India dari pelbagai kumpulan politik, baik yang bersama kerajaan mahupun yang tidak bersama kerajaan, para akademik dan pelbagai organisasi, bercantum tekad - bergabung usaha, bersatu suara - bersatu tindakan atas nama mempertahankan maruah.

Tuntutan mereka menghasilkan kejayaan. Semangat bersatu sedemikian atas nama maruah bangsa, sewajarnya dijadikan teladan. Islam akan terhakis apabila tanggung jawab terhadap urusan Islam gagal dipantau secara tegas. Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa, sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada perkara-perkara prinsip menyentuh akidah.

Hari ini nama suci Allah, dilaporkan telah digunapakai tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam - tanpa mengendahkan potensi yang boleh mengelirukan akidah anak-anak Islam - tanpa mempedulikan betapa terhirisnya perasaan ummah.

Nama suci Allah yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. Allah adalah kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam, kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.

Kalimah suci Allah bukan sekadar 'nama am' yang bermaksud 'Tuhan' walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut bila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas, Tuhan Maha Suci - Tuhan Maha Agung.

Allah adalah satu-satunya Tuhan berdasarkan Kalimah Syahadah yang dilafazkan:

"Bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah";

Amatlah bahaya jika prinsip asas agama diredakan untuk dijadikan bahan tolak ansur politik. Sesungguhnya insiden yang sedang berlaku, merupakan ujian besar kepada umat Islam di bumi ini.

Ujian yang mungkin sengaja diturunkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala terhadap umat Islam, menguji keikhlasan kepimpinan Islam di bumi ini; ujian Ilahi terhadap ketegasan umat Islam keseluruhannya, di kalangan ummah, ulama, barisan pemimpin, organisasi politik hatta Raja-Raja.

Ia adalah ujian terhadap ketegasan umat Islam untuk mempertahankan kalimah tauhid, Keesaan Ilahi, Allah yang "satu" lagi berkuasa di atas segalanya, Allah yang mengamanahkan kuasa di kalangan mereka yang telah ditentukan. Dalam menghadapi cabaran besar ini, berpegang dan yakinlah kepada kalam Allah mengikut yang terkandung dalam ayat 26 Surah Al Imran yang bermaksud:-

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki; Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"

Berpeganglah kepada kebesaran Ilahi, dengan bersendikan keteguhan iman, untuk berani menegakkan yang hak, menentang perlakuan mungkar.

Yakinlah bahawa kuasa itu adalah amanah Allah, datangnya dari Allah, dan ALLAH akan memberi berkat, memberi petunjuk, memberi perlindungan dan memberi kemenangan kepada mereka yang memiliki kekuatan untuk mempertahankan kesucian kalam tauhid.

Hanya sanya kerana politik, umat Islam jangan sampai hilang pedoman untuk tidak menghalang sesiapa sahaja "mengALLAHkan" apa sahaja yang mereka anggap tuhan. Satu keredaan yang membuka jendela kepada proses yang berpotensi menyimpangkan akidah.

Sudah terlalu lama umat Islam di bumi ini, berfikiran selesa dengan status bangsa, status agama dan status sejarah. Sudah terlalu lama umat Islam berfikiran selesa sebagai pewaris kepada tanah air pusaka bangsa.

Sudah terlalu lama umat Islam berpendirian selesa sebagai penduduk majoriti di sebuah negara merdeka, sudah terlalu lama umat Islam bersandarkan keselesaan kepada tiang politik yang disifatkan kukuh. Keselesaan umat Islam telah mengulitkan mereka leka tidur di siang hari bermimpikan bahagia.

Hari ini segala-galanya telah berlalu. Tanpa sesuatu langkah strategik - langkah berani, umat Islam dibimbangkan sedang menghitung hari, berada di ambang untuk menghadapi nasib bermusafir kelana di rumah sendiri. Ada kalanya umat Islam yang berani bersuara tentang bangsanya dan umat Islam yang berpendirian tegas untuk mempertahankan kesucian agamanya, dianggap melakukan dosa kepada negara-bangsanya.

Ummah mengimpikan pencapaian ekonomi yang lebih baik, profesion pekerjaan yang lebih baik, taraf hidup yang lebih baik, urus tadbir negara yang lebih baik.

Ummah mengimpikan pemerintahan adil lagi saksama; pemerintahan yang berlandaskan undang-undang yang tidak dilaksanakan secara diskriminasi, melalui badan kehakiman yang berintegriti; pemerintahan yang menghormati kesaksamaan gender, keadilan sosial, menyediakan kemudahan pendidikan yang dapat membangunkan potensi insan.

Ummah mengimpikan negara yang bebas dari kekacauan dan persengketaan; negara yang mengagihkan kemakmuran secara saksama. Sesungguhnya masih ada jurang di antara menggapai harapan dengan realiti, lalu mencetuskan pelbagai reaksi - pelbagai kebimbangan - pelbagai keresahan.
Raja-Raja Melayu sejak zaman berzaman memiliki sifat prihatin terhadap kelangsungan bangsa dan kesucian agama, dua perkara yang begitu dekat di hati Raja-Raja Melayu.

Rekod-rekod perundingan membuktikan, semasa era pentadbiran Inggeris, Raja-Raja Melayu senantiasa mengingatkan Inggeris untuk memastikan berlakunya perimbangan terhadap pribumi dalam program yang diperkenalkan oleh Inggeris baik dari segi pendidikan, pertahanan, pekerjaan, penghijrahan, pembukaan tanah dan pelbagai perkara lagi.

Raja-Raja Melayu sangat prihatin terhadap masalah perpaduan ummah di hari ini. Ummah kelihatan berada dalam babak yang begitu taksub untuk menang 'sorak' tanpa memikirkan kampung lamannya mungkin tergadai.

Raja-Raja sedang memerhatikan pendirian taksub kepimpinan politik di kalangan ummah, memilih untuk berpatah arang berkerat rotan, bergembira melihat yang kalah menjadi abu dan berpuas hati walaupun yang menang akan menjadi puntung-puntung arang; pimpinan politik di kalangan umat Islam hari ini tidak lagi menghayati semangat biduk berlalu kiambang bertaut.

Dalam suasana pimpinan politik di kalangan umat Islam tidak lagi mahu bersepakat, umat Islam perlu mempunyai platform penyatuan yang kukuh - platform penyatuan yang bebas dari politik berparti.

Majlis Agama Islam (MAJLIS) di bawah payung naungan Raja-Raja perlu berada di barisan hadapan memenuhi peranan kritikal ini. Roh Islam wajib dikembalikan. Islam itu adalah sumber kekuatan perpaduan yang amat hebat.

Islam berperanan sebagai penentu identiti, sebagai peta spiritual di dalam hidup, memberikan panduan dan makna, tujuan dan harapan, serta berperanan sebagai faktor tersangat penting untuk membina perpaduan. Dalam konteks negara ini, Islam memberikan identiti ummah dan identiti negara.

Islam adalah benteng pertahanan kekuatan ummah, benteng pertahanan yang gagal ditembusi oleh setiap kuasa yang pernah melakukan penjajahan politik, penjajahan budaya, penjajahan ekonomi di bumi ini.

Islam tidak wajar dilihat melalui lensa politik, kerana lensa politik boleh berubah. MAJLIS adalah institusi bukan politik, institusi yang bertanggung jawab secara langsung kepada Raja-Raja sebagai Ketua Agama Negeri.

Majlis Agama Islam diwujudkan melalui Undang-undang Tubuh Negeri sebagai Pihak Berkuasa Utama Negeri mengenai hal ehwal Islam selepas Raja Pemerintah. Institusi ini hendaklah berstatus bebas sebebasnya dari pengaruh dan campur tangan politik berparti; dan Raja pada setiap masa wajib memastikan takhta kekal di atas politik kepartian.

Majlis Agama Islam Negeri berada dalam kedudukan yang boleh memenuhi dua peranan secara bijaksana untuk memastikan kelangsungan Islam dan survival umat Islam di negara ini.

Dalam perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan dalam perkara-perkara yang tidak menderhaka kepada Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu, 'MAJLIS' wajiblah memenuhi peranan pelengkap, bekerjasama erat dengan kerajaan yang dipilih secara demokratik; tetapi dalam apa juga usaha yang bercanggah dengan semangat asal Perlembagaan dan berunsur menderhakai Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu, 'MAJLIS' wajib secara tegas - secara lantang, berpegang kepada prinsip, menolak serta menentang; serta segera menyembahkan kepada perhatian Raja-Raja cadangan-cadangan alternatif demi mempertahankan syiar Islam - demi menjamin ummah tidak berakhir dengan nasib berdagang di bumi sendiri.

Peranan MAJLIS kini semakin kritikal dan masa tidak memihak kepada umat Islam kerana kekayaan ekonomi dan kekayaan intelek masih belum memihak kepadanya.

Majlis Agama Islam wajib keluar dari kepompong pendekatan yang usang dan berani mencabar tradisi yang jumud. Dalam mendukung tanggung jawab besar terhadap ummah, 'MAJLIS' perlu melakukan perekayasaan, membawa minda keluar dari sangkar kurungan ciptaan Inggeris, mencelikkan pandangan untuk berupaya merangka rancangan dan tindakan yang lebih substantif.

Hassan Al Bana dalam Usul Ishrin menggariskan Islam ialah sistem yang syumul merangkumi seluruh aspek hidup, Islam adalah negara dan watan, pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang, ilmu dan kehakiman; Islam merangkumi material dan harta benda, usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan fikrah, akidah yang benar dan ibadat yang sah.

Insan yang menerima Islam sebagai pegangan agamanya, memiliki ikatan dan komitmen yang mendalam kepada Tuhan Maha Pencipta. Islam adalah Addin, satu cara hidup yang lengkap dan berkesinambungan, mengaitkan kehidupan di alam dunia dan di alam akhirat, perlu dibincangkan secara berintegrasi tanpa memisahkan komponen duniawi dengan komponen ukhrawi.

'MAJLIS' wajib menghayati tafsiran sedemikian dalam hasrat melakukan transformasi peranan, transformasi agenda dan transformasi pendekatan.

Justeru, peranan MAJLIS harus diluaskan, dimerdekakan dari minda lama yang dengan sengaja disempitkan oleh Inggeris. Peranan MAJLIS hendaklah ditakrifkan secara bijak, disuntik dengan tenaga pemikiran dan tenaga pelaksana berwibawa untuk menghasilkan idea bernas dan program dinamik.

Selagi tindak tanduk MAJLIS tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan, Negara hendaklah mengiktiraf MAJLIS sebagai institusi strategik, berpotensi menyempurnakan tanggung jawab fardu kifayah, berperanan sebagai benteng terakhir dan terpenting untuk menjamin kelangsungan Islam dan survival ummah walau apa pun senario politik yang berlaku di dalam negara.

MAJLIS perlu menimbangkan empat platform untuk diberikan fokus utama untuk berperanan lebih berkesan dalam membela nasib ummah.

Pertama: menyemak dan menghalusi dasar-dasar negara dan pelaksanaan dasar agar tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan tidak bertentangan dengan wasiat Raja-Raja Melayu.

Kedua: mengenal pasti, memantau, membantu dan memperlengkap usaha-usaha Negara untuk membangunkan taraf ekonomi, taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi ummah.

Ketiga: menerokai usaha untuk membangunkan modal insan dan modal sosial di kalangan ummah agar tidak tercicir dan ketinggalan dengan menyuntik perisian dan komponen latihan yang lebih relevan dengan keperluan guna tenaga semasa dalam institusi-institusi pendidikan agama di semua peringkat terutama di luar bandar.

Keempat: Memaksimumkan kegunaan infrastruktur agama Islam sedia ada seperti masjid dan surau, dipelbagaikan aktiviti dan dibangunkan sebagai pusat pembangunan kecemerlangan ummah. - sumber


......................


Sebelum ini saya dapat mengesan kesedihan yang dialami oleh seorang ulama dari sebuah parti politik dimana pandangannya kelihatan agak berlainan nada dengan para pemimpin yang lain. Dari sudud keagamaan, ketegasan dan kekuatan prinsip, beliau sepatutnya mengetuai parti itu jika mahu selamatkan maruah ummah yang sedang bernaung di bawah payung partinya.

Kemungkinan itu kelihatan amat mustahil buat waktu terdekat. Kiblat mereka (pemimpin semasa) semakin condong kepada keazaman menjadi pemerintah berbanding menjaga agama. Hal ini terlalu pahit untuk di telan.


1


2

Sudah tiba saat kehancuran bila kebenaran diganti dengan kebatilan. Itulah intipati dari keluhannya.