Pages

Monday, April 26, 2010

Terpedaya (fitnah)





ADAM dan PERMAISURI nya

Berjayanya Iblis menggoda Adam dan Hawa supaya memakan buah khuldi. Buah khuldi (nama khuldi diberikan Iblis) adalah satu-satunya yang terlarang di dalam "kehidupan" yang mereka bertempat ketika itu. Apakah hikmahnya, sama-samalah kita mencarinya. Adakah Allah tidak tahu bahawa Adam akan engkar laranganNya semasa diperintahkan menjauhi pohon "khuldi" itu?  Amat mustahil bagi Allah untuk "tidak tahu" setiap sesuatu yang telah dan juga belum terjadi.  Apakah kiasannya "buah khuldi" itu?

"Dan Kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim." (AlBaqarah ayat 35)

Iblis menggoda (sifat semula jadinya) dengan mengatakan bahawa dengan memakan buah dari pohon terlarang itu, Adam dan Hawa akan kekal selamanya di dalam kerajaan yang tidak akan binasa.  Apakah Adam lupa pesan Allah kepadanya? Atau Adam sengaja menentang Allah demi nafsunya untuk kekal di syurga?  Adam dibekalkan Ilmu yang tidak dipunyai oleh mana-mana makhluk termasuk malaikat. Tidak cukupkah ilmunya sehingga terpedaya kepada hasutan Iblis yang amat mendengki Adam itu?  Kenapa pula berita ini disampaikan oleh Allah kepada manusia melalui para RasulNya?  

Padahal Segala sesuatu milik Allah jua.  Berfikirlah sejenak semoga kita mendapat jawapan punca sebenar kejadian.  Bukankah segala suatu itu semuanya atas keizinanNya?  La Haula Wa La Quwwata Illa Billahi Aliyyil Adzim. 

"Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata: "Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?" (Thaahaa ayat 120)

Apabila memakan buah itu, maka pakaian syurga yang dipakai oleh Adam dan Hawa pun tercabut serta-merta dan mereka terpaksa menutup tubuh mereka dengan pucuk-pucuk kayu.

"Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) syurga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia." (Thaahaa ayat 121)

Betapa sedihnya hati Nabi Adam, maka ketika itu beliau pun berdoa dengan satu doa yang membuka satu rahsia yang amat penting. Rahsia yang sungguh indah.

Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam, "Tatkala Adam melakukan kesilapan dengan memakan buah larangan Allah dalam syurga, Baginda berkata, "Wahai Tuhan! Aku memohon dengan hak Muhammad agar Engkau ampuni aku." Allah berfirman, "Wahai Adam! Bagaimana engkau mengenali Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya?" Adam menjawab, "Tatkala Kau menciptakan aku, Kau meniupkan roh ke dalam jasadku maka aku mengangkat kepalaku lantas aku melihat pada tiang-tiang ‘Arasy tertulis ((Lailaha illallah Muhammad Rasulullah)), maka tahulah aku bahawa Engkau tidak akan menyandarkan nama seseorang kepada-Mu kecuali dia adalah yang Engkau kasihi dikalangan makhluk-Mu." Firman Allah, "Benarlah engkau wahai Adam. Dia amat Aku cintai berbanding sekalian makhluk lain. Jika engkau meminta daripada-Ku dengan haknya nescaya Aku ampuni engkau. Jika tidak kerana Muhammad, tidak Aku ciptakanmu wahai Adam. Dia ialah nabi yang terakhir dari zuriatmu." (Diriwayatkan oleh Al-Hakim, disahkan oleh Al-Baihaqi dan Abu Nu'aim dalam Ad-Dalail serta At-Tobrani dalam Ausat Wasoghir juga Ibnu ‘Asakir dan Al-Ajriyy dari Saidina Umar Al-Khattab r.anhu.)

8888888888888888888888888888888

Kalimah Syahadah telah pun tertulis di tiang-tiang Arasy ketika kelahiran Nabi Adam. Nama MUHAMMAD telah terukir di tiang-tiang Arasy.Tidak diketahui sejak bila nama itu sudah berada di situ.  Untuk siapa?, tentulah ianya untuk adam juga supaya Adam dapat melihatnya. 

Bukankah segalanya telah diatur oleh Maha Pengatur?  Untuk siapa pula cerita ini?  Tentulah untuk sekelian manusia.  

"Baginda Salallahualaihi Wassalam bersabda, "Sesungguhnya Allah menulis tentang takdir ciptaan-Nya 50,000 tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi" Ketika Baginda Salallahualaihi Wasalam ditanya, "Bilakah engkau dilantik sebagai Nabi?" Jawab Baginda , "Ketika (Nabi) Adam antara roh dan jasad." (Diriwayatkan oleh Muslim, Ibnu Hibban dan Baihaqi dipetik dari Hikam)

Semakin jelas sekarang bahawa rahsia ini milik kita semua. Suka saya bertanya pembaca semua, apakah kita masih berada di syurga sekiranya Adam dan Hawa tidak memakan buah terlarang itu?  Jika begitu, tidak perlulah para rasul terutama Nabi Muhammad saw di utus kerana manusia semua kekal di sana dan tidak melakukan maksiat kepada Allah. Dimana pula bangsa Jin pada masa itu? Untuk apa pula neraka disediakan? Persoalan demi persoalan akan menjelma bertimpa-timpa, mengajak kita untuk terus berfikir.


8888888888888888888888888888888

Bagaimana keadaan yang berlaku sekarang ini?  Nyata manusia telah meninggalkan fitrahnya dan lebih sadisnya sanggup memijak hancur perjanjian di alam mithal (sebelum dilahirkan di muka bumi ini). Semua manusia berjanji akan akur dan taat apa yang telah Allah perintahkan.

Siti Hawa atau "Eva" - Inggeris,  dicipta khusus untuk Adam. Sekali lagi di ucap "SEMATA-MATA UNTUK ADAM" itula fitrahnya wanita ini wujud di muka bumi.  Dari mana asal Hawa ini? Adakah diciptakan dari tanah juga seperti Adam?  Sudah semestinya tidak.  Hawa adalah sebahagian dari diri Adam.  Ia harus hidup bergantung sepenuhnya pada Adam.  Tidak ada pilihan baginya kerana ia berasal dari tulang rusuk Adam.  Jika ia melawan fitrah ini, maka ia menentang Allah swt yang menciptanya semata-mata atas kepentingan Adam.  Malah ia tidak dibekalkan kekuatan fizikal, keupayaan memimpin (kecuali anak-anak suaminya), tanggungjawab sebagai Imam dan banyak lagi.  Allah menyediakan "bakat" semula jadi yang lemah lembut dan berkeinginan untuk memberi khidmat kepada Adam.

Tugasnya jelas, membantu Adam dalam memenuhi muka bumi dengan makhluk bernama manusia. Menghiburkan hati Adam, sebagai kawan suka duka kepada Adam.  Membesarkan anak-anak Adam. Tidak pernah kita dengar ungkapan "anak-anak Hawa".  Jelaslah siapa Adam dan siapa pula itu Hawa. 

Ada sesuatu yang telah diselewengkan oleh tangan jahat di sini.  Merka sengaja mencipta satu keadaan yang menyalahi fitrah ini.  Maka beransur-ansurlah manusia menjadi rosak dan keliru.  

Pada masa kini, wanita berjuang mendapat taraf sama tinggi dengan lelaki. Ajaran siapakah itu? Padahal tidak mungkin akan sama kerana mereka dari kumpulan yang berbeza fitrah. Berbeza tanggung jawab, berbeza fungsi dan segalanya berbeza. Masing-masing unggul dalam bidang yang telah dikhaskan. Taraf apa dan bagaimana yang mereka maksudkan (Pejuang Hak Kebebasan Wanita)? Bukan semua tugas lelaki dapat mereka lakukan kerana pada lahiriahnya ada kelemahan yang menghalang. Contoh yang paling mudah, pemandu kenderaan wanita. Tidak dinafikan mereka mampu menjadi pemandu yang cekap walaupun tidak setaraf lelaki (F1). Apabila kenderaan mereka rosak atau tayar pancit, ia kan menjadi masalah berat bagi mereka untuk memperbaikinya. Nasib baik ada telefon mudah alih boleh menghubungi sesaorang meminta bantuian. Biasanya siapakah yang membantu menukar tayar tersebut jika bukan lelaki. Itu hanya sekadar contoh mudah. Begitulah Allah swt mengatur kehidupan makhluknya.

Bukankah lebih baik semua kembali kepada akhlak dan memakai semula pakaian "fitrah"? Saling hormat menghormati dan harga menghargai.  Bukankah itulah jenis "kebahagiaan" yang sedang dicari oleh semua manusia?

Apabila menegakkan sesuatu yang palsu, yang tidak wajar dan berlawanan dengan fitrah, maka akan berlakulah huru hara dan kacau bilau yang tidak berkesudahan. Masing2 hanyut dalam kekeliruan. Sudah tidak dapat mencari punca dan berputar2 dalam cawan kejahilan.

Lelaki itu ada tugasnya, tanggung jawabnya amat berat meliputi seluruh hal ehwal keluarga, khalifah dalam dunia keluarganya. Malah sesetengahnya diberitanggung jawab sebagai khalifah masyarakat dan negara.  Wanita tidak dipertanggung jawabkan sedemikian berat, kerana mereka adalah pembantu yang setia dan memberi khidmat tanpa persoalan kepada khalifah ini. Adakah kaum wanita juga idamkan jawatan khalifah? Mampukah wanita memangku tugas berat itu walhal ia telah ada tugas sendiri yang sesuai dan harmoni dengannya? Jika demikian, akan terjadi akhirnya saling salah menyalahkan dan berlaku pelbagai fitnah kehidupan. Lelaki akan menerima pembalasan (dosa) apabila ahli keluarganya melakukan maksiat, termasuk isterinya. Ditetapkan menjadi "wali" kepada semua anak-anak perempuannya selagi belum bersuami. Menanggung dosa mereka bila anak-anak perempuan mereka membuat angkara. Ituilah beban tersembunyi yang terpaksa ditanggung oleh lelaki (ADAM) sesuai dengan peranannya sebagai imam atau khalifah.

Amat berat tanggungan Adam. Siapakah yang dapat memahami keadaan ini pada zaman sekarang? Semua jadi kelirtu kerana Fitnah yang dilakukan oleh The Hidden Hand. Siapakah yang dapat memperbetulkannya? YDP Agung? Perdana Menteri? Mufti? Kadhi? Ulama? ..... kelu ....   tiada jawapan....  

Fitnah akhir zaman, dikhabarkan bahawa para pengikut setia DAJJAL ialah Yahudi dan Wanita. Apa maksud ini semua? Ramailah kaum wanita menjadi penghuni neraka ... Nauzubillah Min Zalika.

Wanita mempunyai suara dalam pilihanraya, apakah kewajarannya? Mampukah mereka memilih dengan adil sesaorang pemimpin? Cara mereka berfikir tidak selaras dengan keperluan pemerintahan yang penuh dengan peti rahsia serta muslihat. Mereka dianugerahkan sifat lemah lembut, halus jiwanya, berperibadi menawan dan berwatak pengasih, sebab itu mereka mudah termakan pukuk rayu berbanding lelaki. Sekiranya pemimpin yang salah terpilih sebagai khalifah daulah, siapakah yang akan menerima akibatnya? Siapakah yang akan menanggung dosa ini? Oleh itu untuk kebaikan, biarlah tugas pemilihan sesaorang pemimpin itu dilaksanakan oleh orang lelaki sahaja. Mereka sememangnya telah dibekalkan daya fikir dan keupayaan yang terbakat semula jadi sebagai penghulu masyarakat. Islam mengajar sedemikian. 


Demokrasi Berparlimen (bukan dari Islam) ini juga menentang fitrah manusia. Sesiapa sahaja layak menjadi pemimpin termasuk kaum wanita. Mereka (kaum wanita) terpaksa menerima tanggungjawab "khalifah", secara tidak langsung mereka rela menggagahkan diri untuk melakukan tugas yang bukan sepatutnya. Sudah semestinya mereka terpaksa melepaskan tanggung jawab mereka sendiri sebagai pembantu yang setia kepada suami dan "guru" kepada anak-anak. 


Dari sinilah wujudnya "tadika" dan seumpamanya. Anak-anak diasuh oleh orang lain bukan ibunya sendiri kerana si ibu sibuk menghambakan diri kepada masyarakat dan masa mereka tertumpu kepada meraih kuasa sebagai khalifah. Jenerasi selepas mereka akan terhoyong hayang mencari "diri" mereka dan pastinya akan mengikut apa yang telah disampaikan oleh pengasuh mereka. Jika mendapat pengasuh yang jujur, kira mereka amat bernasib baik.


Siri fitnah terus mengaliri kehidupan manusia dan menyimpan kejahatannya. Mengelirukan umat pada akhir zaman. Bagaimanakah nasib kita yang menyanjung atau sekurang-kurangnya menyokong "demokrasi" ini? Kita sedah begitu jauh terlanjur, amat sukar untuk diperbetulkan. Sememangnya benar ungkapan Rasulullah saw bahawa Fitnah Dajjal adalah seburuk-buruk fitnah yang ada di muka bumi ini.

insyaallah akan disambung....


UNTUK MAKLUMAN SEMUA PEMBACA,  ABATASA TIDAK DAPAT MENGURUSKAN BLOG INI BUAT SEMENTARA WAKTU, DIHARAP PARA PEMBACA DAPAT MEMAAFKAN SAYA, JIKA TULISAN SAYA INI TIDAK BEGITU SEMPURNA.

9 comments:

  1. tinggalkan demokrasi dan kembalilah kejalan Allah.. Tegakkan sistem Khilafah...

    ReplyDelete
  2. patut org pompuan kena baca artikel ni...ni tidak asik2 surf internet tgk peluang biznes mlm...kononnnya nak bantu suami ringankan beban ekonomi tai lebih nak ringankan beban beli brg kemas dan alat mekap. seharusnya kau hawa kena sedar, bukannya mereka x boleh bekerja atau berniaga, tp dlm sibuk dan kalut mengejar dunia, mereka lupa pada kebajikan keluarga. kalau dahulu, seorang ibu itulah yang paling mengenali hati budi anak2nya. cuba skrg kita tanya pada kaum ibu. taukah mereka apa yang anak mereka suka dan tidak suka? pasti dijawab oleh mereka.."ala kalau aku beli semua dia suka" sampai bila anak2 hendak dirasuah dengan benda2. malas nak komen lagi la..kalau citer sampai thn depan pun x abis..apa2 pun bagus artikel ni.

    ReplyDelete
  3. sy sokong tapi blum jumpa llki yang sanggup dan layak jd pemimpin..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih, sememangnya sukar kita menepis fitnah yang telah merosakkan sistem hidup kita. Kekeliruan semakin menebal, akhirnya kita tidak lagi kenal yang mana asli yang mana palsu, sama2lah kita berusaha memperbaiki diri.

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Yang menggoda dan menyesatkan Adam ialah syaitan dan setan, bukannya iblis (cuba perhalusi ayat firman betul-betul).

    Syaitan: membisik dari dalam Adam
    Setan: menggoda dari sebelah Adam (isterinya)

    Bermakna yg menyesatkan kita anak Adam pun samalah...syaitan dan setan dari kalangan manusia sendiri.

    Jin pun asalnya disesatkan oleh manusia yg memuja jin!(rujuk surah al-Jinn)

    Tolong hati-hati dengan tafsiran, syaitan sentiasa membisik dari maqam 1 sampai 33. Kita semua bukannya maksum dik.

    ReplyDelete
  6. Segala isi alam ruh, alam benda dan alam makhluk diciptakan kerana dan untuk manusia. Manusia pula diciptakan untuk menyembah-NYA. Namun demikian, jika manusia sembah atau tidak; tidak pun menambah atau mengurang walau sesuatu apa pun bagi-NYA.

    Sebaliknya jika manusia tidak menyembah-NYA, jahannam kekal jawabnya.

    Jika menyembah-NYA disamping "menyembah" juga benda/makhluk lain misalnya $, pemimpin, raja, kuasa , berhala, rasul-NYA maupun syurga-NYA maka...neraka jugalah tempatnya.

    Jangan pula ditanya untuk apa DIA wujud...mempertikaikan hak DIA lagi berat hukuman-NYA!

    Maka beribadahlah kerana-NYA semata-mata dan bukan beribadah kerana syurga-NYA!

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, terimakasih atas komen berguna dari saudara Zaidi. Sama2 kita baiki kehidupan di alam sementara ini.

    ReplyDelete
  8. Segala puji hanya layak bagi ALLAH. AlhamduliLLAH.

    ReplyDelete
  9. ❗Fāţir:42 - Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sungguh-sungguh bahawa jika datang kepada mereka seorang rasul pemberi peringatan, nescaya mereka akan lebih mendapat petunjuk dari sebarang umat yang lain. Tetapi sebaliknya *setelah datang rasul pemberi peringatan kepada mereka, mereka bertambah jauh dari kebenaran*.
    ��Rujuk Surah Al-Ahzab, ayat 7. Empat orang pemberi peringatan akan dihantar kepada umat akhir zaman di mana semuanya sudah, sedang, dan bakal diberi Al-Hikmah oleh Allah dalam memahami isi kandungan Al-Quran. Sebelum azab bintang berekor, kalian akan didatangi dua orang pemberi peringatan dari kalangan orang kebanyakan. Kemudian, Imam Mahdi akan 'dijagakan'. Beberapa tahun selepas itu, Nabi Isa akan diturunkan dan mengesahkan kebenaran yang dibawa semua pemberi peringatan. Selain ayat keterangan Al-Quran, gerangan pemberi-pemberi peringatan sudah Allah dedahkan melalui tajalli yang hanya dapat difahami oleh orang-orang yang diberi ilmu. Setiap berita ada waktunya. Kelak kalian akan tahu.

    https://m.facebook.com/Pendaki-Mahligai-Makrifat-1235177323165323/

    http://pendakimahligaimakrifat.blogspot.my

    Harimau Allah (Pemuda Bani Tamim) sedang 'dijagakan'. Doakan yang terbaik.

    ReplyDelete