Pages

adam





ADAM dan ALAM SEMESTA

Ia bermula dengan kata-kata, Iblis yang menggoda Adam dan Hawa supaya memakan buah khuldi. Buah khuldi (nama khuldi diberikan Iblis) adalah satu-satunya yang terlarang di dalam "Matrix" yang mereka bertempat ketika itu.

"Dan Kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim."

(AlBaqarah ayat 35)

Iblis menggoda dengan mengatakan bahawa dengan memakan buah dari pohon terlarang itu, Adam dan Hawa akan kekal selamanya di dalam kerajaan yang tidak akan binasa.


"Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata: "Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?"

(Thaahaa ayat 120)



Apabila memakan buah itu, maka pakaian syurga yang dipakai oleh Adam dan Hawa pun tercabut serta-merta dan mereka terpaksa menutup tubuh mereka dengan pucuk-pucuk kayu.

"Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) syurga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia."

(Thaahaa ayat 121)


Betapa sedihnya hati Nabi Adam, maka ketika itu beliau pun berdoa dengan satu doa yang membuka satu rahsia yang penting.

Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam, "Tatkala Adam melakukan kesilapan dengan memakan buah larangan Allah dalam syurga, Baginda berkata, "Wahai Tuhan! Aku memohon dengan hak Muhammad agar Engkau ampuni aku." Allah berfirman, "Wahai Adam! Bagaimana engkau mengenali Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya?" Adam menjawab, "Tatkala Kau menciptakan aku, Kau meniupkan roh ke dalam jasadku maka aku mengangkat kepalaku lantas aku melihat pada tiang-tiang ‘Arasy tertulis ((Lailaha illallah Muhammad Rasulullah)), maka tahulah aku bahawa Engkau tidak akan menyandarkan nama seseorang kepada-Mu kecuali dia adalah yang Engkau kasihi dikalangan makhluk-Mu." Firman Allah, "Benarlah engkau wahai Adam. Dia amat Aku cintai berbanding sekalian makhluk lain. Jika engkau meminta daripada-Ku dengan haknya nescaya Aku ampuni engkau. Jika tidak kerana Muhammad, tidak Aku ciptakanmu wahai Adam. Dia ialah nabi yang terakhir dari zuriatmu." (Diriwayatkan oleh Al-Hakim, disahkan oleh Al-Baihaqi dan Abu Nu'aim dalam Ad-Dalail serta At-Tobrani dalam Ausat Wasoghir juga Ibnu ‘Asakir dan Al-Ajriyy dari Saidina Umar Al-Khattab r.anhu.)

8888888888888888888888888888888

Kalimah Syahadah telah pun tertulis di tiang-tiang Arasy ketika kelahiran Nabi Adam. Ini adalah The Keys of Kingdom of Heaven.Nabi Muhammad adalah 'The One' yang akan di 'plug in'kan ke "Matrix" dunia kelak. Namanya telah dahulu terukir di tiang-tiang Arasy.Tidak diketahui sejak bila nama itu sudah berada di situ.

"Baginda Salallahualaihi Wassalam bersabda, "Sesungguhnya Allah menulis tentang takdir ciptaan-Nya 50,000 tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi". Ketika Baginda Salallahualaihi Wasalam ditanya, "Bilakah engkau dilantik sebagai Nabi?" Jawab Baginda , "Ketika (Nabi) Adam antara roh dan jasad." (Diriwayatkan oleh Muslim, Ibnu Hibban dan Baihaqi dipetik dari Hikam)




8888888888888888888888888888888

Bagaimana keadaan sekarang?  Nyata manusia telah meninggalkan fitrahnya dan lebih sadisnya sanggup memijak hancur perjanjian di alam mithal (sebelum dilahirkan di muka bumi ini). Semua manusia berjanji akan akur dan taat apa yang telah Allah perintahkan.

Siti Hawa atau omputeh kata "Eva" - dicipta khusus untuk Adam. Sekali lagi di ucap "SEMATA-MATA UNTUK ADAM" itula fitrahnya wanita ini wujud di muka bumi.  

Tugasnya jelas, membantu Adam dalam memenuhi muka bumi dengan makhluk bernama manusia. Menghiburkan hati Adam, Sebagai kawan suka duka kepada Adam.  Membesarkan anak2 Adam. Tidak pernah kita dengar ungkapan "anak2 Hawa".  Siapa Adam dan Siapa itu Hawa?  Ada sesuatu yang telah diselewengkan di sini.

Pada masa kini, wanita berjuang mendapat taraf sama tinggi dengan lelaki.  Ajaran siapakah itu?  Padahal tidak mungkin akan sama kerana mereka dari kumpulan yang berbeza fitrah.  Berbeza tanggung jawab, berbeza fungsi dan segalanya berbeza.  Masing2 unggul dalam bidang yang telah dikhaskan.  Taraf apa yang mereka maksudkan?  Bukankah lebih baik semua kembali kepada akhlak dan memakai semula pakaian "fitrah"?  Saling hurmat menghormati dan harga menghargai.  Bukankah itulah jenis "kebahagiaan" yang sedang dicari oleh semua manusia?

Apabila menegakkan sesuatu yang palsu, yang tidak wajar dan berlawanan dengan fitrah, maka akan berlakulah huru hara dan kacau bilau yang tidak berkesudahan.  Masing2 hanyut dalam kekeliruan.  Sudah tidak dapat mencari punca dan berputar2 dalam cawan kejahilan.

Lelaki itu ada tugasnya, tangjawabnya amat berat meliputi seluruh hal ehwal keluarga.  Malah sesetengahnya diberitanggung jawab sebagai khalifah.  Wanita tidak dipertanggungjawabkan sedemikian berat, kerana mereka adalah pembantu yang setia dan memberi khidmat tanpa persoalan kepada khalifah ini.  Adakah kaum wanita juga idamkan jawatan khalifah?  Mampukah wanita memangku tugas berat itu walhal ia telah ada tugas sendiri yang sesuai dan harmoni dengannya?  Akhirnya saling salah menyalahkan dan berlaku pelbagai fitnah kehidupan.

Fitnah akhir zaman, dikhabarkan bahawa pengikut DAJJAL ialah Yahudi dan Wanita.  Apa maksud ini semua? Ramailah kaum wanita menjadi penghuni neraka...  Nauzubillah Min Zalika.

Wanita mempunyai suara dalam pilihanraya, apakah kewajarannya?  Demokrasi Berpalimen ini juga menentang fitrah manusia?  Siri fitnah yang terus menyimpan kejahatannya.  Mengelirukan umat pada akhir zaman.