Pages
▼
Monday, June 3, 2019
Perginya Penuh Misteri - Sahabat ini seorang Wali
Asalamualaikum wbt...
Saya adalah cucu atok zamany..ingin membuat satu pengmuman berita yg sedih dari Mekah berkenaan atok zamany yg telah dilapurkan hilang pada Malam Lailatulqadar di Masjidil Haram Mekah bersamaan dgn 26 Ramadhan waktu Msia.
Mengikut cerita dari sahabat2 dia yg ada bersama pada waktu itu, seperti biasa dia akan menjadi Imam solat malam. Setelah selesai solat2 sunat malam itu mereka melakukan zikir dan tahlil, kemudian dalam jam 3 pagi Mekah.. hadir satu cahaya dan kabus tebal yg sangat harum mengililingi mereka. Lebih kurang 1 jam.. kemudian atok bangkit utk solat sunat syukur dan sujud syukur... selesai selepas itu, dia bangkit dan berjalan mengikut kabue dan cahaya itu pergi meninggalkan semua makmum dia itu dan terus hilang. Itu sebab saya katakan dia pergi bersama2 Lailatulqadar. Mungkin inilah pertama kali saya dengar pernah terjadi kepada manusia dan yg paling saya tak sangka ia berlaku kepada atok saya sendiri. Memang sejak 6 bulan kebelakangan ini dia banyak memberi wasiat kepada saya. Semuanya dia serah kepada saya melalui lawyernya. Malah dana yg dia usahakan itu juga telah diberi amanah kepada saya utk mentadbirnya. Kemudian kata2 akhir dia yg paling saya sedih sekali ialah "Atok tak mahu menyusahkan sesiapa.. atok pergi ini jangan kamu tunggu kepulangan atok kerana atok terus mengadap Allah utk selama2nya". Kata2 ini diucapkan semasa dia nak berangkat hari itu. Saya anggap ia mungkin satu gurauan atok saja... rupa2nya ia benar2 terjadi.
Ada 3 org sahabat dia bermimpi cerita yg sama semasa di Mekah itu.. dimana atok datang dan beritahu mereka tak payah cari dia kerana dia dah pergi untuk selama2nya. Jadi oleh sebab itu mereka balek terus hari ini dan tak perlu tunggu lagi di Mekah. Tapi semua urusan telah mereka lakukan di kedutaan disana dan hanya berang2 dia yg saya terima di Airport Changi Spore tadi. Mereka terpaksa bertolak semula ke Australia, Indonesia dan Brunei. Hanya seorang saja dari Spore..yg lain transit saja utk jumpa saya.
Jadi... inilah berita yg saya terima dan hingga disini saja usaha atok zamany kepada umat islam di Msia, kawan2 dan sahabat handai dimana dia memperjuangkan dan memberi kesedaran kepada ramai orang terutama semua sahabat2nya didalam blog ini. Saya terpaksa memengang amanah yg telah dia beri dan blog ini mungkin akan saya sambung...tapi saya tidak pandai dan berpengelaman macam atok. Mungkin mula sekarang saya kena belajar menulis seperti atok cuma bagaimana ya ???
Bagi pihak atok zamany dan seluruh kaum keluarganya, saya memohon ampun dan maaf jika sekiranya ada kata2 atok yg menyinggung perasaan semua,, haraplah dimaafkan. dan kepada sesiapa yg telah memberi hutang apa2 juga.. hendaklah dihalalkan atau boleh bertemu saya untuk saya jelaskan segalanya. Jika mengikut wasiatnya... dia tiada berhutang kepada sesiapa pun kerana semuanya telah ia jelaskan dahulu sebab memang pekara ini telah saya tanya dan pastikan sebelum dia berangkat ke Mekah tempoh hari. Tetapi... manalah tahu ada lagi yg tertinggal... mohon email saya dengan menggunakan alamat yg sama blog ini..ya.
Sekian dahulau dari saya dan terima kasih.
saya yg benar:
zaman
https://kubranewszamany.blogspot.com/2019/05/brexit.html?showComment=1558940458968#c8033242304793732019Perginya Penuh Misteri