Wednesday, December 7, 2016

700,000 orang dari "China" bakal ke Johor. Apa yang mereka cari?


Berita mengenai petempatan baru sedang dibina untuk jutaan orang di wilayah Iskandar Malaysia mendorong bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tertanya-tanya nasib apakah akan menimpa Johor.

Dalam posting terbaru di blognya Dr Mahathir berkata laporan Bloomberg menyatakan di sekitar Johor Bahru ada 60 projek perumahan sedang dibangunkan dan boleh menempatkan 1.5 juta orang.

Namun kata Dr Mahathir, tidak diketahui siapakah yang akan mengisi bangunan pencakar langit di kawasan Iskandar Malaysia itu.

"Masuk akalkah jika orang Johor, Melayu, Cina dan India seramai 1.5 juta berpindah untuk tinggal dalam projek-projek mewah ini? Tak masuk akal," katanya dalam entri berjudul Kerakyatan.

Kata beliau apa yang "masuk akal" ialah 1.5 juta orang asing bakal menetap di sekitar Johor Bahru.

Beliau turut membangkitkan dakwaan bahawa orang asing itu akan berada di kawasan petempatan berkenaan selama tiga bulan saja sempena musim sejuk di negara asal mereka.

"Sudah ada syarat dan perjanjiankah? Bolehkah kita gambarkan 700,000 orang terbang ke Johor untuk tinggal tiga bulan dan selepas itu 700,000 orang ini terbang balik dan tinggal bandar raya Iskandar kosong selama sembilan bulan.

"Fikirkan 1.5 juta juta manusia mengosongkan bandar, pangsapuri, kedai, kilang selama sembilan bulan. Sunyi senyap Johor Bahru. Masuk akal?

"Jika 1.5 juta juta orang asing ini pilih untuk tinggal, untuk bekerja untuk berniaga, untuk melahirkan anak sepanjang tahun dapatkah (Menteri Besar Johor, Datuk) Mohamed Khaled (Nordin) menghalau mereka keluar?" tanyanya lagi.

Dr Mahathir yang kini lantang mengkritik kerajaan selepas menjadi pembangkang turut mempertikaikan status orang asing terbabit dan kemungkinan mereka menuntut kerakyatan Malaysia.

"Apa kata kalau senyap-senyap mereka diberi IC (kad pengenalan) Malaysia sebelum PRU 14?" katanya.

'Tahniah' untuk MB

Baru-baru ini ketika berceramah di Krubung, Melaka Dr Mahathir berkata 700,000 orang dari China akan diberikan kad pengenalan Malaysia dan membolehkan mereka mengundi dalam PRU ke-14 nanti.

Dakwa beliau ia adalah sebahagian daripada perjanjian yang diusahakan Datuk Seri Najib Razak semasa melawat China baru-baru ini.

Kata Dr Mahathir warga China itu akan dibawa masuk ke Forest City yang menjadi sebahagian daripada Iskandar Malaysia.

Laporan Bloomberg turut menyatakan pemaju Forest City sedang aktif menarik pelabur dari China.

Turut didakwa ialah pertambahan jumlah penerbangan AirAsia antara Johor Bahru - Guangzhou pada April bagi memudahkan lebih ramai pelabur China ke Johor.

Ekoran itu Khaled menafikan dakwaan Dr Mahathir dan menganggapnya sebagai "tidak masuk akal".

Kata Khaled tuduhan bekas presiden Umno itu hanya untuk menakut-nakutkan rakyat Johor dan mahu melihat negeri itu gagal dalam mencapai cita-citanya.

Khaled juga menyatakan projek Forest City memakan masa kira-kira 30 tahun, dan antara perkara yang menjadi tarikan pelaburan ke Johor adalah kos perniagaan dan sara hidup yang rendah berbanding Singapura dan Kuala Lumpur.

Dr Mahathir kemudian secara sinis mengucapkan tahniah kepada Khaled kerana mempunyai 1.5 juta orang asing di sekelilingnya.

"Kepada Mohamed Khaled, Menteri Besar Johor, saya ucap tahniah. Awak akan dapat 1.5 juta orang asing di sekeliling awak. Mereka kononnya tidak akan menjadi rakyat. Tetapi mereka akan berada di sekeliling kamu.

"Hanya dengan adanya 1.5 juta orang asing di Johor, (ia) akan menjadi masalah kepada kamu.

"Lihat apa jadi kepada Singapura. Hanya kerana komposisi penduduknya tidak seperti di Malaysia, kita terpaksa keluarkan Singapura dari Malaysia.

"Apabila Johor Bahru dikelilingi 1.5 juta orang asing, apakah kita akan merdekakan wilayah Iskandar? Na'uzubillah," katanya.

2 comments:

  1. Selamat malam para penggemar angka togel 2D 3D 4D 5D Dan 6D lewat internet ini saya pengeng mengucapkan banyak terima kasih kepada AKI ALIH atas bantuannya sama saya dan saya pengeng juga menyampaikan sesuatu bagi anda yang sering kalah main togel janganlah Anda Putus Asa…karena Anda sudah menemukan peramal angka yang sangat tepat dan bisa merubah nasib anda menjadi lebih baik dari sebelumnya karena saya sudah membuktikannya kemaring malam waktu pemutaran angka 6D tuk putaran MALAYSIA dan alhamdulillah saya dapat Rp 350 juta dari 4 bandar togel karena AKI ALIH menyuruh saya pasang angka sama 4 bandar dan kemenangan saya ini karena berkat bantuan AKI ALIH dan insya allah beliau akan membantu anda semua dengan Angka Ritual yang mengandung banyak keuntungan dan keberhasilan dan jika anda mau bukti bukan omongan belaka silakan hubungi beliau secepatnya karena kesempatan tak’akan datang kedua kalinya.

    DAN APAKAH ANDA TERMASUK DALAM KATAGORI DI BAWAH INI…!!!

    1 i kejar-kejar tagihan hutang yang tak pernah bisa terlunasih.

    2:Selalu kalah dalam bermain togel sehingga anda bisa-bisa setres mikiring hutang yang semaking menumpuk.

    3:Barang berharga sudah terjual buat judi togel..

    4:Sudah kemana-mana tapi tidak ada menghasilkan solusi yang tepat.

    5:Sudah banyak dukun di tempati minta angka ritualnya,belum dapat juga jalan menyelesaikan masalah.

    6.Mau pulang kampung tapi malu karena tidak ada ongkos pulang.
    7.Dan bagi anda yang memerlukan pesugihan TUYUL anda juga bisa minta sama beliau kalau anda ke pengeng cepat kaya.

    BAGI YANG BERMINAT ANDA BISA GABUNG DI SINI…!! SUPAYAHSEMUA MASALAH ANDA BISA TERSELESAIKAN ATAU Silakan hubungi AKI ALIH di nomor hpnya 082 313 669 888 atau >

    .karena angkanya bisa di jamin 100% tembus saya berkata begeni karena saya sudah buktikan sendiri..!!!
    jadi tiba giliran anda tuk membuktikannya,terima kasih…?
    (`’•.¸(` ‘•. ¸*¸. •’´)¸.•’´)
    «´ Thanks AKI `»
    (¸. •’´(¸.•’´ * `’•.¸)`’•.¸ )
    : >
    KLIK DISINI

    SALAM TERIMA KASIH SAYA SAMA AKI KARENA SUDAH BANYAK MEMBANTU SAYA DAN KELUARGA SAYA DAN SEMOGAH AKI SELALUH SEHAT-SEHAT SAJA,AMIEN….!MAAF AKI KALAU BOLEH SAYA BERTANYA APA BOLEH SAYA MINTA TUYUL AKI SUPAYAH SAYA BISA CEPAT KAYA TRUSTRAN AKI SAYA CAPEK JADI TKI DI MALAYSIA,SAYA KEPENGEN PULANG KE INDONESIA BUKA USAHA DAN BISA KERJA MANDIRI AKI DAN TADI ANGKA AKI TEMBUS DAN SAYA MENANG SEBANYAK Rp 350 JUTA DAN INSYA ALLAH BESOK SAYA TRANSFER UANG SEBANYAK Rp 35 JUTA UNTUK SEWAH TUYULNYA DAN SAYA JUGA KhbE PENGENG BERIKAN AKI bj UANG SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH SAYA SAMA AKI SEBANYAK Rp 10 JUTA KARENA AKI SUDAH MEMBANTU SAYA DENGAN ANGKA TOGEL AKI,JADI TOLONG DI TERIMA YA KI…?

    ReplyDelete
  2. Perjanjian Malaysia dengan China mungkin hampir sama dengan perjanjian Indonesia dan China. Terdapat bantahan di Indonesia kerana kemasukkan pekerja China yang ramai. Bezanya terdapat sebahagian isi kandungan perjanjian tersebut berbanding dengan Malaysia yang tiada di dedahkan.... seolah-olah mahu menjual Malaysia......

    ReplyDelete

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews