Tuesday, June 21, 2016

? "TURKI" sebuah negara ISLAM



Kenyataan di bawah ini saya copy dari komen sedara Mohd Shafieq. Berkenaan dengan pandangan orang Melayu Malaysia kita sekarang terhadap Negara TURKI. :)

Saya lihat kebanyakan orang Melayu kita hanya melihat sedikit saja mengenai Turki. Antara sisi superficial yg mereka nampak hanyalah penampilan isteri Presiden yg bertudung, solat saf penuh di satu masjid, 'keseriusan' Presidennya untuk 'memperkuatkan' Islam dan 'bantuan' mereka terhadap pelarian Syria.

Tapi sebenarnya banyak sisi gelap Turki yg mereka tak nampak.

I. Gadis-gadis Turki kenalan saya di Snapchat masih ramai berpesta arak di bulan yg mulia ini. Mereka juga tidak berpuasa. (Takkan hari-hari bocor kot?)

II. Gadis-gadis Turki yg bertudung boleh dibilang dgn jari. Cubalah cari di Instagram. Majoriti freehair dan suka pakaian yg tak cukup kain. Yg bertudung hanyalah makcik-makcik di kampung pedalaman mereka sahaja terutama sekali daerah Kurdis.

III. Pertandingan ratu cantik di sana disambut dgn acara gilang-gemilang dgn tajaan syarikat swasta dan disokong kerajaan tempatan. Yg menyertainya majoriti adalah gadis Turki sendiri dan salah satu acaranya adalah memakai bikini singkat two-piece yg memberahikan. Pernah sekali dibuat pada bulan Ramadhan pada tiga tahun sudah.

Image result for miss turkey 2016 

Cuba kat Malaysia? Miss Tourism World di Melaka haritu pun baru sekali buat sudah mengamuk macam Gunung Ledang nak runtuh.

IV. Di sana, event-event seperti anugerah muzik dan filem. Para selebriti perempuan mereka disana bebas berpakaian seksi tanpa kecaman media. Cuba di Malaysia? Tak cukup dihentam Utusan dan Harakah, blog-blog pun tumpang sekaki.

V. Arak bebas dijual kepada umum. Ibu bapa mereka tidak melarang anak mereka yg bawah umur minum arak.

Kalau saya cerita panjang-panjang pun sampai besok tak habis.

Orang Melayu kita sebenarnya tak kenal langsung Turki. Tapi mereka berlagak pandai hanyalah kerana sehelai tudung yg dipakai Hayrunisa, isteri Presiden Erdogan.

Image result for Hayrunnisa

* Saya nak tambah sedikit. Saya masih ingat lagi apa yang salah seorang pensyarah saya cakap. Dia ni pensyarah sejarah dunia Islam dan selalu ke negara-negara di Asia Barat untuk buat kajian termasuklah Turki. Masa dia jadi pensyarah tetamu di Turki dia bawa bini dia sekali. Tetapi bini dia tak dibenarkan masuk ke kampus sebab bini dia pakai tudung litup dan jubah. Jadi bini dia terpaksalah duduk luar kampus sebab dihalang oleh security. Dan Prof saya terpaksa la sewakan bilik kat luar kampus untuk bini dia sorang sebab sebelum ni pihak kampus dah bagi rumah khas untuk dia duduk dalam kampus dengan bini, tapi sebab bini dia pakai tudung semua dia tak dibenarkan duduk dalam kampus.

Depa kata kalau nak masuk kena pakai formal. Yakni pakai pakain macam coat perempuan dah skirt pendek paras lutut serta tak boleh pakai tudung. So terkesima la dia dan bini dia. Tak sangka pula di kampus Universiti bahagian pengajian Islam tak boleh pakai tutup aurat. Tapi kemudian dia tengok semua pelajar yang pakai tudung masa kat luar kampus bila masuk je gate kampus terus buka tudung. Malah prof saya cakap para pensyarah perempuan yakni Ustazahnya semua pakai skirt pendek formal tu, pakai baju kemeja ketat dan tak pakai tudung.

Prof saya tu tunjuk la kat saya..."Nah awak tengok ni gambar saya dengan mereka, yang ini Ustazah Ussulluddin (pakai skirt paras atas sikit dari lutut berkemeja lengan pendek ketat dengan rambut kerinting), yang ni Ustazah Tafsir dan Al Quran, yang ni pakar sejarah Islam, dan yang ni Dekan Pengajian Islam"... Semua tak pakai pakaian menutup aurat kecuali ada sorang dua yang pakai tudung ala-ala zaman 70-an dulu tu ikat kat belakang. :)

Cuba bayangkan kalau para Ustazah kita di Malaysia sekarang ini ada yang pakai macam tu? Rasanya ramai dah mengamuk dalam media-media sosial dan media cetak kot. Bayangkan Ustazah yang ajar kita Fardhu Ain kat sekolah pakai skirt pendek paras lutut, kemeja formal paras lengan yang ketat dan free hair blonde. :D.

Walaupon ada kita dengar dari mak-mak kita yang Ustazah zaman 60-an dan 70-an dulu tak pakai tutup aurat sepenuhnya tak ada la sampai ada yang pakai skirt pendek rasanya. Paling tidak pon depa pakai selendang lepas, pakai kebaya dan kain batik paras buku lali. :)

Pendek kata Turki sekarang bukan lagi Turki Uthmaniah. Sekian.

9 comments:

  1. Turki terbahagi 2 bahagian berat dan timur..separuh islam dan separuh kristian..sebelum mengata negara org ptut negara malaysia korang perbetul kan..mcm lah korng melayu minum arak,puii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Turki dah marah ludah2 tu..hahaha

      Delete
    2. org Turki pandai cakap melayu hahaha

      Delete
  2. Baru aje bace artikel pasal Turki ni..dah kena plak coup d'etat.Secara kebetulan mungkin. Mungkin penulis boleh sambung lagi artikel ni Turki : Part 2 Cubann Guling Kerajaan Erdogan.
    Mcm ada kesinambungan dari artikel ini.Tq

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    Apa yg dituliskan Tentang Turki itu benar..Ini adalah krn dasar negara itu adalah sekular dan terma SEKULAR itu memang termaktub dalam Perlembagaan Negara Turki..
    Maka secara literalnya Turki adalah sebuah negara yang masih Sekular pemerintahannya..

    Berikutan tentang Presidennya yang condong karektornya ke arah Islamik,ia suatu permulaan menuju transisi buat sebuah negara sekular seperti Turki dan ia seharusnya kita fahami sebagai suatu proses yang panjang krn Turki dikenali sebagai sebuah negara Sekular semenjak tahun 1924..Ia suatu jangka waktu yang sgt lama bagi sebuah negara spt itu untuk mengalami Transisi krn dasar Sekular itu telah sebati di mana seluruh entiti dlm kerajaan Turki mengamalkan dasar itu semenjak era Mustapa Kamal Atartuk lg..
    Ia berbeda dgn kita di mana Islam dpt diletakkan sebagai agama Rasmi perlembagaan krn wujudnya entiti Istana sebagai ketua agama bg setiap negeri (kecuali Melaka,P.Pinang,Sabah,Sarawak)yang membentuk persekutuan membolehkan Islam mendapat kedudukan dlm perlembagaan..Ini aspek fudamental yg perlu kita fahami terlebih dahulu sebelum kita melakukan perbandingan..

    Tentang apa yg dinyatakan dalam posting diatas itu adalah kesan dari dasar yang telah lama berjalan..Jika sy menjadi Erdogan,sy memerlukan pelan yg sgt strategis utk mengubah Turki dan ianya perlu sy lakukan secara berhati-hati..Pertamanya,sy perlu data dan malumat tentang pegawai2 atasan Tentera (krn mempunyai pengaruh yg kuat dlm kerajaan Turki)yg pekat otak sekularnya dan apakah yg perlu sy lakukan utk mengubah keSEKULARan Organisasi tentera terlebih dahulu jika sy berniat utk mengubah SEKULAR Turki yg pekat itu..Salah satu caranya adalah dgn tidak melanjutkan perkhidmatan pegawai2 ini apabila usia mereka mencapai tahap layak dipencenkan..bukan mudah tu..
    Disamping itu sy juga hanya akan selit2 sedikit sahaja tentang Islamisasi dan melakukannya secara perlahan-lahan krn jika sy melakukannya dgn drastik,respon terkejut akan kedengaran dari ahli Nato,Israel,U.S dan negara eropah yg lain..tahu sahajalah,mereka2 itu mengepung kepentingan Turki dan Turki tidak mampu menghadap seluruh dunia seorang diri tanpa persediaan yg cukup..Itu x masuk lg dgn musuh2 politik domestik kpd Erdogan yg ingin melihat beliau jatuh..
    Itulah serba ringkas yg dpt sy rasakan berkaitan kondisi Turki sebagai sebuah negara anggota Nato..Menjadi ahli sekutu kepada Nato dan hubungan diplomatik dgn Israel bknlah bermakna Turki takutkan Israel,ttp jgn bertinju seorang diri saat diri dikepung oleh back-up2 Israel yg akan menumbuk,menendang dan menikam dari belakang andai Israel disinggung..

    ReplyDelete
  4. nak komen lebih2 tak boleh sebab tak pernah sampai sana.. boleh komen setakat dalam kotak ni je.. hehe..


    jom jenguk sini ya.. hehe

    ReplyDelete
  5. Seumpama diturki masih banyak maksiat. Paling tidak presiden erdogan sedang berusaha membawa turki kepada negara yang lebih islami...

    ReplyDelete

artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews