Pages

Thursday, November 15, 2012

Selamat Datang 1434 H - Meniti Waktu Menanti AlMahdi


Hanya tinggal 66 tahun sahaja lagi mencapai 1500 H. Tarikh terakhir hilangnya Umat Muhammad. Sebelum tiba waktu ini, akan bangun seorang Mujahid Agung. Bilakah saatnya?



Walaupun begitu, hari ini 1 Muharram 1434, kelihatannya masih ramai yang bertelingkah dan hari demi hari persengketaan menjadi semakin rencam. Di mana-mana sahaja ada umat Islam, akan ada sengketa. Akan ada usaha menghasut supaya saling bunuh membunuh. Kesatuan Islam akan dirapuhkan, direnggangkan kepada beberapa puak ataupun dipecah kecilkan supaya tidak akan mampu bersatu.

Mahukah jika saya bukakan satu rahsia "kebangkitan" ketika dunia sedang mabuk mencari jalan keluar?  Pastinya tidak dinamakan rahsia jika ianya melibatkan kerangka yang ada di hadapan mata kita semua. Tidak juga dinamakan rahsia jika ia mudah difahami oleh semua orang. Juga bukan lagi satu rahsia jika ia telah dibukakan! Bukankah begitu?

Hanya orang beriman dan musuhnya orang Yahudi sahaja yang amat berminat dengan rahsia ini. Sesuatu yang tidak mungkin mudah difahami oleh mereka yang hanya menggunakan "akal sejengkal" atau akal zahir walaupun mempunyai ijazah Dr falsafah sekalipun.

Jikapun saya bukakan rahsia ini, ia hanya merupakan sacebis darinya sebagai pembakar semangat dan harapan kepada sekelian taulan yang ingin berjuang dan mati syahid. Namun keseluruhan rahsia ini akan tetap ditutup rapat sehingga tiba waktunya. Tahukah anda bahawa Yahudi sangat terkesan dengan fenomena ini?  Mereka masih terus menghidu. Mereka masih mencarinya dan berharap dapat menghapuskan sumbernya sebelum gelombang ini menyata. Kenapa begitu? Mereka amat takut kepada Raja dan tentera dari Wilayah Timur ini. Harimau yang sedang tidur.

Tidak mungkin saya membuka seluruhnya, saya tidak mahu menjadi pengkhianat. Harap maafkan saya. Namun ia akan dibuka juga secara perlahan dengan cara tidak langsung bila kita bicarakan soal konspirasi Yahudi, kerana ia sangat berkait rapat dengannya.

Satu bangsa yang masih misteri asal usul mereka. Kini mula terbuka satu persatu lapisan berita bahawa Melayu adalah antara bangsa terawal seadanya Lemuria dan Atlantis. Satu demi satu bukti diketengahkan dan penemuan-penemuan baru secara tidak sengaja telah diperolehi. Asia Tenggara adalah permukaan muka bumi paling subur di dunia, menjadi penempatan awal manusia di zaman "airbatu". Ketika itu selain dari kawasan Khattul Istiwa, muka bumi diselaputi ais tebal dan tidak sesuai didiami manusia.  Apabila bumi semakin panas, ais mencair. Manusia perlahan-lahan bergerak untuk menghuni kawasan lebih utara dan selatan terutama apabila kawasan asal semakin ditenggelami air. Logik bukan?

Beberapa pemenuan telah membuktikannya. Namun ia sengaja dihalang dari diketahui ramai. Campurtangan pembiaya ekspedisi dan juga ilmuan tajaan Yahudi ada kaitan dengan pengkebumian bukti-bukti ini. Dr Santos juga terpaksa mati secara misteri apabila cuba memberitahu kepada dunia bahawa Lemuria adalah Sundaland. Bumi asal bangsa bertamaddun di dunia.

Bumi ini telah terpisah akibat cairan air batu di utara dan selatan dunia, daratannya telah ditenggelami air menjadi pulau-pulau kecil sebagaimana sedia ada. Bangsa ini telah terpisah secara geografi namun tetap bersatu dalam semua segi termasuk soal kerohanian.

Bumi Melayu melibatkan seluruh Asia Tenggara yang diberi nama Nusantara. Namun kekuatannya terletak kepada tiga wilayah utama dimana penduduknya masih menobatkan diri mereka sebagai Melayu. Tiga wilayah ini telah dipisahkan secara paksa oleh talibarut Yahudi sejak beratus tahun lampau. Tanah bertuah inilah diriwayatkan sebagai Tanah Siguntang dalam beberapa Riwayat Melayu Tua. Ia melibatkan Sumatera, Tanah Melayu dan Fatani. Brunei, Sabah, Sulu, Sulalawesi dan Mindanau juga sebahagian darinya tetapi telah berjaya dilemahkan oleh penjajah. Wilayah manakah yang akan mula bangkit, sama-samalah kita nantikan.

Peraoalannya: Telah bersediakah anda? Jika belum, segeralah isikan Syariat anda dengan Hakikat untuk menjadi "manusia Beriman".  Carilah mursyid dengan segera.

Tahukah anda "padi emas berdaunkan perak" yang diceritakan dalam riwayat-riwayat itu benar-benar wujud? Ia masih lagi disimpan oleh mereka yang diberi tanggungjawab mempertahankan bumi ini pada waktu huru hara besar nanti. Ia sebagai satu bukti bahawa merekalah keturunan Wan Empok dan Wan Malini. Bukan setakat itu, mereka juga merupakan saki baki pemilik hikmat bangsa yang masih wujud di muka bumi. Ilmu inilah yang amat ditagih oleh pemuja Syaitan bernama Kabbalah.

Perlukah artikel ini disambung?.... beri pandangan anda