Pages

Sunday, August 26, 2012

BELASUNGKAWA




Kemuncak dari siri penghinaan berterusan terhadap Allah dan agama Nya..

Adakah anda: Kecewa? Geram? Marah? atau.. Tiada apa2 reaksi kepada mereka2 ini?

    

Apa yang telah Islam lakukan kepada mereka sehingga mereka begitu benci terhadap agama suci ini? Zalimkah Islam kepada penganut agama lain di Malaysia?  Samakah tarafnya dengan kaum Buddha Myanmar menyembelih kaum Rohingya? Hasutan semakin liar seolah Islam ini amat jahat. Mereka kelihatan begitu takut kepada Islam dan hukum Allah. Apabila mereka bercakap mengenainya bagaikan orang terserempak hantu. Apa yang ada dalam Islam sengaja dijaja sebagai sesuatu yang buruk. Mereka lupa bahawa secara tidak langsung mereka telah menghina orang Melayu, tuan tanah Bumi Melayu yang telah benyak berkorban kepada datuk nenek mereka. 

Bukan itu sebabnya mereka mempersenda Islam. Mereka sengaja membangkitkan kebencian terhadap Islam hanya kerana inginkan kuasa. Mereka ingin merampas apa yang ada pada tangan Islam. Mereka sudah semakin hampir kepada matlamat itu atas sebab kebodohan Umat Islam (Melayu) sendiri. Amat malang. Ada diantara kita berkokok melebihi ayam jantan. Mengaku memperjuang Islam dan mengharap Rahmat Dari Allah, tetapi membiarkan wajah sendiri diludah dan dihina, sanggup membiarkan Islam dipermainkan.

Islam berdiri di sini sekian lama bersandar kepada kekuatan bangsa Melayu. Kini kesatuan bangsa ini semakin lumpuh, bercerai berai bagaikan timbunan pasir di pantai. Yang wujud hanyalah Istana Pasir yang kelihatan gah dan hebat dari jauh. Hakikatnya hanya menanti masa untuk roboh.
  
BELASUNGKAWA adalah ucapan yang paling sesuai kepada bangsa ini. Manusia yang mengaku mempejuangkan agama sedang meranapkan agama atas alasan politik sempit. Usahlah berdalih. Dengan apa yang kita hadapi kini, ia sangat jelas sedang memasuki perangkap kuffar dalam sangkaan menjadi 'hero' kepada bangsa bertuah ini.

Saudara Aminuddin (Suara Dari Gunung) berkata:

Kenyataan berikut adalah merupakan siri-siri kenyataan oleh pimpinan parti bukan Melayu yang jelas dan terang menghina islam. Saya tidak tahu apa lagi yang harus umat islam berikan keyakinan kepada mereka.

“MCA"

Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.“MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam,” kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.


"DAP"

DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini walaupun mengakui Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kenyataan itu adalah jelas dan tidak pernah berubah kerana perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali.”

Selagi umat islam tidak bersatu dan meletakkan agama dihadapan maka selagi itu kita akan diperlekehkan. Saya tidak pasti perkataan manakah lagi yang harus digunakan untuk menyedarkan umat islam. Kenyataan-kenyataan ini saya sifatkan sebagai lambang kedayusan bangsa Melayu islam yang sudah hilang kejantanan mereka. Lupakan masjid, lupakan ceramah-ceramah umum, lupakan program-program dakwah saudara. Jika ini tidak sedikitpun menimbulkan kemarahan saudara apa erti semua aktiviti itu. Kita meraung melihat kesengsaraan Palestin, kita menangis melihat penyiksaan Rohinga, kita simpati mendengar penderitaan rakyat Syria tetapi penghinaan kepada batang hidung sendiri kita tidak terasa apa2.\\

Saya sangat berharap saudara2 semua tidak melihat ini dari perspektif politik dan cuba menyalahkan orang lain kerana sifat itu adalah sifat orang yang kecewa dan tidak ada perjuangan.

http://suaradarigunung.wordpress.com/2012/08/19/masihkah-kita-menaruh-harapan/

Ingin bertanya: Adakah anda juga termasuk dalam golongan pemusnah ini?

"Biar agamaku hancur atau bangsaku musnah asalkan aku dapat melangsaikan dendam kesumat yang semarak kencang dalam dadaku".

Demi dendam ini aku sedia menjilat apa sahaja......